GUDBYE 2012

alhamdulillah . .
akhirnya sampai jugak aku ke penghujung tahun 2012
tengs to Allah untuk setahun yg penuh mencabar buat aku
berbagai pengalaman yg aku tempuh
berbagai kenangan yg dapat  aku abadikan juga
kenangan pahit manis , kenangan yg indah , kenangan yg makan hati . . .   (^,^)'
diambang 2013 ini apakah aku makin menjadi tambah matang
kerana semua yg terjadi di 2012 lalu
akan aku jadikan teladan dalam perjalanan sisa-sisa kehidupan aku ini
2013  ~
menyinta , dicinta , atau apakah bakal kecewa lagi???
dapatkah aku lalui setelah jiwa aku teruk di mamah kecewa lalu
tak mampu rasanya air mata ini nak turun lagi
tak larat rasanya bersedih lagi
jiwa aku sekarang ni dahagakan bahagia
naluriku sekarang ni inginkan gembira . .
mampukah semua tu terjadi di 2013 nanti??
sekarang aku pasrah lantas menyerahkan semua pada takdir Allah
kerana semua tu bakal berlaku dan aku tak mampu halangnya
sesungguhnya aku manusia yg tak pernah sempurna .
namun aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengecapi semua yg diberi.
tengs Allah , tengs pengalaman , tengs jugak kekecewaan
gudbye 2012 . .aku akan merindui kamu disepanjang hidupku  *** itu janjiku

mood tahun baru : rindu yg bukan dibuat-buat tapi kena pendam sampai koma . . .


KATANYA





HMMM . . . .

hari yg sangat busy buat aku
seawal pagi dah mula melakukan aktibiti rumah
family ramai lepak kat rumah nenek
maklum cuti hujung minggu
ahh..melepaslah aku nak bermuka  buku
seronok jugak melayan makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepipit tu
hahaha ..mana ade sepipit tah ..main belasah jek cakap ni  :p
tiba-tiba ..sedang syok masak didapur
aku terus teringat kat dia . . hmmm . . yunx . .
miss u tetibe je ni adeh . . . terus rase sebak . .
nilah akibat kedegilan aku
apekah kedegilan aku tu?
ye . . sesuatu yg bukan susah pun
tapi aku memang anggap serius benda ni
apekah dia??hmmm . .  aku memang degil untuk menghubungi dia
walaupun number fonenya dah tersenarai dalam list di handset aku ni . .
kenapa sebegini degil?
padahal dah rindu seteruk ni?
hmmm . . . biar lah aku sorang je yg tau
biar aku sorang je yg rase
biar aku sorang je yg tanggung
betapa sakitnya rindu ni
sebab aku tak mahu lepas ni aku bukan saje rindu kat dia
tapi aku akan rindu suaranya juga . . .argh! tu lagi derita....
so...aku pendamkan je hasrat aku untuk menghubunginya sehingga saat ni
apa yg aku mahu ..
dari kejauhan ni biarlah aku begini , derita sendiri . .
dan dari kejauhan ini juga
biarlah dia tenang dan bahagia disana ( disamping teman-temannya )
yunx . . i think . .i love  u . . .

KENAPA YUNX . .

malas . . .
mood semalam bersambung ke harini
kalau semalam malas
hari ni tambah malas . . .
sejak kebelakangan ni
aku dah malas nak bercakap
jiwa tah pape
kang cakap banyak orang kata aku kuat meroyan . . .
lemah . . .bila apa yang dibuat semua tak menjadi
bila kejutan demi kejutan datang dalam hidup
lesu tak bermaya lantas sahabat menjadi mangsa
orang sekeliling yg tak tahu ape-ape bakal menjadi sasaran
bingung . .bila kau diam camtu
apa salah ku?ape dosa ku?mana silapku?
yunx . . .
berdiam bukan penyelesaian
kamu diam bukan aku tau ape yg dipendamkan
diam nya kamu makin buat aku sakit . .
aku ingat dengan kehadiran kamu saat aku lemah camni
bakal menjadikan malam ku jadi terang
rupanya kamu bawa kabus dimalam ku yg dingin lagi sepi ini . .
emmm . . .sungguh aku katakan
yg aku makin lemah.. sakit.. derita di situ
mau saja ku lepaskan kan semua
agar aku dan kamu tak lagi bertemu
namun apa yg aku bimbang
marah ku ini bakal jadi aku tambah rindu padamu . . .


BLUR *OTAK KOSONG*


SEBAB SAYA TAK BAGI

assalamualaikum awak . . .
bila baca massage tu hati saya jadi sayu  . . .
salam yg awak hulur
buat saya jadi sebak seketika
kelu ..tak tau nak kata apa
kalau sebelum ni saya gembira bila di tegur awak
tapi kenapa malam ni saya jadi sebak . . .
bila air mata dah puas mengalir
saya balas salam tu dengan degupan jantung yg lemah
waalaikumusalam . . .
dah abis ngajuk? tu soalan yg awak bagi kat saya
sedih campur geram pulak saya rasa
nak gelak tapi saya tahankan
dalam senyum air mata berlinang saat tu..
awak memang sengaja bagi soalan nakal
walaupun masa tu saya tengah serius
awak...
awak tau tak
kenapa saya masih berada di inbox awak lagi
kenapa saya masih melayari laman sosial tu
semua sebab awak . . .
awak yg tak bagi saya deaktif
awak kata nanti awak rindu saya
awak kata nanti awak nak benci saya selama-lamanya .
padahal awak ada ramai lagi teman disitu kan
kalau saya hilang pun mana mungkin awak perasaan .
ye..malam tu bila keluar ayat ..HATE U
saya jadi blurr
jantung saya macam baru lepas berlari 100km tanpa henti
mata saya jadi kelam
bukan sebab saya mengantuk
tapi sebab saya menangis teruk
beberapa jam saya tunggu awak untuk siapkan kerja awak
bila saya tegur menyapa awak..
patut kah ayat tu yg awak bagi untuk saya ni??
hina sangat kah saya ni awak?
teruk sangat ke saya ni awak?
keputusan orang marah memang bodohkan awak..
saya amek keputusan untuk tinggalkan awak disitu
geram, sedih, kecewa bila diakhir ayat awak tu awak kata UP TO U
saya terus delete akaun saya
terus off9 forever
ye itu niat saya malam tu
saya tidur dengan mata yg basah
jiwa yg lemah
hati yg hancur
orang yg tiap kali saya bermuka buku wajib saya cari
akhirnya seperti menghalau saya dari hidupnya..
ye..
sebenarnya bukan sekali awak halau saya dari situ
dah beberapa kali dah
kalau selalu saya hanya diam dan membisu
tapi kali ni keputusan saya memang gila
tinggalkan awak
tinggalkan kenangan
tinggalkan semua yg menjadi separuh dari nyawa saya
ye..malam tu saya tidur dengan kepala yg kusut . .
pagi esoknya  . .
jam 10 am sayamula rasa  rindu ...
rindu kat awak...
rindu kat suasana bersembang
berkomen dimuka buku tu
rindu semuanya
ahh satu lagi kerja gila saya buat . . reaktif my fb akaun :p
buang karen tol kan !
ye jam 10 am tu lah awak beri salam kat saya
rupanya awak tunggu saya on9
ada benda awak nak share kat saya
kata awak . . .

sbrnye sy nk ckp i hate u sbb wat sy rndu. . . tp xsngka plak awk da niat nk tnggalkn sy. . . hurmmm


adeh . . .
saya salah ke ni..adoiyai . .
saya pun tak tahu tah kenapa malam tu saya emo sangat kan
selalu saya cool jek kalau awak buat perangai
rupanya awak nak gurau dengan saya
adeh..lain kali nak gurau pun ..bagi lah salam dulu
ni tak..terus jek ..
kan dah hampir-hampir kena tinggal
rugi tau kalau awak hilang saya ni [ budak yg suka meroyan ]
tu panggilan untuk saya yg awak bagi :p
pastu nanti awak takde siap lagi nak ajak mengumpat ..
tapi...baru 12jam berbaik- baik..
malam tadi awak buat hal lagi..adehh
macam kucing hilang anak saya dibuatnya
awak dah buat saya menangis lagi tau
awak dah bagi mata saya sembap lagi
awak dah buat jiwa saya kacau lagi . . hmmm
awak...apa yg saya buat ni semua bersebab
bukan awak tak layak jadi kawan saya
bukan saya tak mahu mendengar suara romantik awak tu
semua saya mau tapi ada sebab
kenapa saya menolak permintaan awak..antaranya
~ awak dah ada gf
~awak akan rindu suara saya pastu nanti awak akan kena keluar RMutk cari saya
~awak akan dgn saya walau dimana saya pergi nanti saya jadi tak selesa
~saya akan merasa bersalah tiap kali menghubungi awak sebab awak bf orang
~saya akan jadi rindu tak memasal saya meroyan di blog jiwang saya ni nanti
~saya ni nakal..awak pun tau kan saya camane  :p

awak...
biarlah kita camni
kalau ada rezki adalah jodoh kita untuk bersembang
please jangan benci saya hanya sebab saya tak penuhi permintaan awak tu
saya dapat rasakan bagaimana pedihnya hati orang yg menyintai awak
jika dia dapat tahu..awak dan saya saling berhubung di nfone
awak...saya pun perempuan ~
hanya perempuan yg paham perasaan perempuan...
ape pun kat sini saya nak cakap sikit lagi kat awak . .
saya suka dengar lagu jiwang yg awak bagi ritu
tersentuh dibuat nya ..aww ~
awak..blog saya belom delete laa
saya tengah edit  layout dan yg sewaktu dgnnya je ni :p heee ~
janji saya kat awak . .
walau benci mana pun awak kat saya ni
saya tetap sayang dan rindu kat awak..
ape aku pedulik !!!
ha3

TENTANG SI PEREMPUAN


GENAP SETAHUN

ye hari ni genap setahun
pemergian insan tersayang
yg selalu bermain di kotak ingatan aku ni
bagai baru semalam dia pergi
meninggalkan aku..mama dan semua
meninggalkan kekasihnya juga disana . . .
hari ni suasana menjadi sepi dirumah kami.
kerana semua sedang bersedih . .
bila disebut namanya, hati jadi pilu . . .
bila dikenang akan pemergiannya, air mata turun laju . .
kini selepas kehilangan dia
seluruh dunia kami berubah
kehilangan yg buat kami sangat-sangat terasa
tiada lagi tempatku bermanja
namun jika kami sayang dia, Pencipta lebih menyayanginya..
yg mampu kami buat hanyalah redho
dan bacaan yasin dan tahlil buat arwah akak . .
moga akak aman disana ..aamin . . .
kak . . . kasih sayang ini takkan pernah pudar.
terima kasih Allah kerana membawa kakak hadir dalam hidup kami
walaupun sekejap cuma . . .
al-Fatihah .. .


BILA RINDU

eh macam tak de pekataan lain kan
tak abis abis dengan rindu  ha3
abaikan je lah . . .
harini agak busy sikit dalam jadual harian aku
tapi blog punya pasal
wa tak akan ketinggalan beb he3
meroyan memang dah darah daging
susah nak buang tebiat ni kot
tah la . . lantak ko!! ha3
semalam aku lepak dengan sorang member sekolah
bukan lepak mana pun just
bersembang dalam tipon je  he3
nak lepak kat luar mustahil kot sebab dia lelaki
bytheway aku ni awek cun lagi bergetah ha3
kang jatuh cinta lak  . . aptb!!
disebabkan semalam birthday dia
dia ada panggilan percuma
tah dari mana dia boleh dapat tau no tepon yg boleh menghubungi aku
aku pun heran
bila aku tanya dia kata adalah..rahsia  ..hmm
aku bukan ada nofone  lagi sekarang ni ..
no fone nenek pun dia leh tau..haishh . . .
aku memang dah takde no fone .malas . . .
kononnya merajuk lew tu then malas nak guna fone lagi. .hu3
semalam...pada mulanya dia nak lepak kat rumah nenek
tapi aku tak bagi sebab kat sini takde sesiapa
kang tak pasal-pasal aku kawen percuma lak dengan dia ha3
lagi pun dia dah ada gf . . . tak nak aku :p
dalam sembang-sembang tu
baru aku tau dia tak kerja lagi . .
tapi hidup dia mewah . .
bagaimana kah?
sedang family dia pun bukan orang kaya pun . .
boleh la dikatakan golongan sederhana je..
senang cakap macam standart hidup aku jugak lah kan
mulanya dia nak rahsiakan camane dia boleh hidup camtu
bila aku korek rahsia..lelama terbongkar jugak ..
dia ialah lelaki simpanan
tekejut beruk aku
dengan wajah dia yg iras-iras shah rukh khan tu
dia berjaya menarik perhatian seorang gadis.
hidupnya hampir 100% ditanggung oleh perempuan tu
aku tanya apakah family dia tau semua ni . .
dia jawap..ye mereka tahu . .
dah tu nape ko tak kawen je beb .. .  aku dok menyoal . .
dia kata .. nanti lah.. aku lum keje laa ..
ishh..aku mula menyebok..nikah je wei..dosa tu dok serumah tanpa ikatan sah ..
dia jawap .. ye aku tau beb . .tapi  . ..
rupanya dah lama dia buat keje ni
selamani aku ingat dia mewah sebab hasil kerja dia
rupanya atas sponser sang kekasih . .
sayang sekali . . .
ilmu yg diberi ustaz selama ni disekolah ko buang gitu jek beb . .
aku mengeluh menyesal..
aku tau semua ni dose..dia mula sebak...
tapi aku lom ade keje beb
aku sayang dia
dia sayang aku...dan kami tak leh dipisahkan lagi dah ni
ye la..aku mula nak membebel . .
korang nikah je lah dulu... pape hal pun tu yg penting..wajib tu beb . .
bila dah nikah ..korang tak lah tanggung dosa disepanjang hidup korang ni..
orang dah kawen ni rezki dia Allah murahkan tau . . .
pastu semua yg korang buat pasti akan dapat redho dari Allah beb ..
eh..sedap pulak aku beri ceramah kan..
nasib dia tak kecik ati..
beb . . . dia mula bersuara sebak . .
percintaan kami terhalang  . .
keluarga dia benci aku sebab hidup aku camni . .
tak kerja..takde masa depan . .
tapi kami memang dah tak boleh dipisahkan lagi beb . ..
aku terkedu . . .
simpati menular dalam benak kepala otak aku ni
hati aku jadi sebak
dada aku beku . .
dia tak tahu...
sebenarnya nasib aku serupa dengan dia
cinta yg terhalang . . .
cumanya dia dan kekasihnya nekad
manakala aku hanya menyerah diri  . . .
diakhir perbualan panjang tu
aku ada jugak berpesan kat dia
..beb.. ko carik la keje dulu
ko mantapkan diri ko
ko majukan diri ko
kerjaya ko tu beb kena kukuhkan dulu
ko muda lagi
maruah ko kena jaga beb
memang lah ko lelaki
tapi ko tak kesian ke kat mak bapak ko
dari kecik diaorang jaga ko
dah beso camni
ko  pulak nak bagi malu kat diaorang
kesian beb ..kesian..tentu kecik hati mak bapak ko tu . .
ko tak sayang diaorang ke beb ..
sorry beb aku membebel pulak ni..aku mula tersedar
aku tahu aku dah over ni...he3
naseb member aku tak amek hati ..
dia cuma cakap dengan nada perlahan..
aku sayang doe mak bapak aku tu..
tapi aku belum sedia untuk semua tu ..
pasal kerja tu .  .ok la beb . .aku cari la keje nanti
aku pun nak hidup normal macam orang lain jugak
ada keluarga
ada kerja
ada masa depan . .
tapi aku belum jumpa kerja semua yg sesuai dengan aku ni
aku bukan tak cari bukan aku tak usaha ..
belom ada rezki aku lagi  gaknya. . .hmm ..dia mengeluh perlahan . .
hati aku tambah sebak..
air mata persahabatan mula menitis lesu dipipi aku ni..
beb ... aku kena pegi kedai ni
ada barang kena beli ...
alasan aku buat ..
padahal aku nak cover jiwa
aku dah mula nak melalak
mengenang kan nasib member aku yg seorang ni
jalannya sama je dengan jalan hidup aku rupanya
cuma ..cobaan dia sikit berbeza..
beb ..aku chaw dulu tau...
happy on your birthday
mulakan hidup baru k
beb ..yg terbaik utk ko nanti..aaamin . .
heee....dia gelak campur sebak...
aku pun tak dapat nak gelak sebab air mata ku makin lebat turun
k beb..assalamualaikum . . .last perkataan yg keluar dari mulut aku
waalaikumussalam beb..tengs ye..ko memang kawan aku dunia akhirat..
jawap dia dengan suara yg tersekat-sekat.
aku tau dia sedang bersedih dihari lahirnya  . . .
dalam hati aku berkata ...
''beb ... aku syg ko sahabatku ... :'( ''








NO KOMEN . . .

adeh . . .
bagai nak gelak beso dah ni
kawe nak story pasal kawan kawe yg sorg ni
laa pasal ape kecek kelate ni..adeh . . .belom lulos lagi dah berangan ha3
dalam seminggu ni
aku adalah aktif berpesbuk kejap..wat cuci mata kununnya he3
adalah sorang hamba Allah ni
add la profile yg aku gunakan tu
then dengan jujurnya aku pun approve kan la.
tapi baru firstday chating
dia dah mula meroyan macam-macam
aku bukan tak mau melayan
tapi maklomlah kan
kalau bab cinta cintun ni aku memang payah sikit nak layan
yg pelik tu seolah-olah macam dia dah jumpa aku 2 tahun
padahal baru 20 minit
apekah ni trik lelaki?
tapi aku dah jumpa berpuluh-puluh lelaki kat situ
tak de pulak sepesen macam mamat ni..
dia follow aku kemana-mana je aku pergi . .
adeh...setiap ada komen aku
dia akan kata ayat-ayat yg power lagi jiwang . .
aku makin risau sebenarnya
ape motif dia?
masuk hari ke dua
aku mula lah buat tak reti jek
sebab malas nak layan
lagi satu aku respek dia tu
sebab dia lebih berumur
hampir ke 30 tahun umurnya
hormat menghormati tu kan disuruh sesama insan . .
so . . aku pun wat derk jek lew
masuk waktu tengahari
dia dah mula bosan bila
dia katakan dalam komen nya
'kehadirannya bagai tidak diperduli'
adeh . . .bise2
aku masih meroyan dengan member-member yg lain
sebab malas nak terkurang ajar kat dia...
tapi waktu petangnya..
aku masuk ke group yg aku selalu lepak tu
tiba-tiba muncul pulak post dari dia...

' kadang2 kita xperasan kehadiran kita telah wat org rasa xselesa . .
hilang satu,xkan memberi kesan pun . .malah xkan ade yg prasan'

apekah???
aku terase siot . .
tapi bila aku masuk friendlist aku
kompem..dia dah remove friend
hurm...nak buat cane kan
orang dah remove diri
aku tak rasa bersalah pun
sebab pada aku
kehadiran dia
sama je dengan kehadiran
member-member aku yg lelain tu . .
tak ada yg kurang
tak ada yg special
kalau ada special pun..biarlah rahsia wa jek he3
*diam-diam sudah lah kan hu3
ok..aku bersyukur
sebab aku tak akan membenci orang lepas ni
kerana orang yg tak paham bahasa aku tu
denga rela mengundur diri . .
beb . .lu baru kecewa
wa pun baru lepas kecewa
tapi jangan la ingat
wa senang-senang nak tangkap muat cinta baru beb
wa lebih senang hidup cenggini
member-member wa pun boleh memahami
kenapa tidak lu . .
ok lah..
ape-ape pun wa ucap terima kasih la beb
sebab dah jadi teman facebook wa selama dua hari satu malam he3
wa caya lu lah . .
lu carik cinta laen naa...
ada ramai lagi awek lebih cun gila dari wa ni
yg boleh terima cinta suci lu tu . . .
in sha ALLAH . . .
tQ kerana meremove :)
apa yg wa harap . . mohon ALLAH selamatkan kamu . . .aamin  . . .





18122012



happy birthday to u
ucapan tulus dari teman-teman buat ku . .
buat sekeping jiwa yg hancur dimamah masa
buat sehelai kasih yg kian hanyut ditiup angin kenangan . .
buat secebis rindu yg kian mulai kelam dan bakal padam .
dikala puluhan ucap selamat hari lahir diucapkan buat ku
dikala senyuman berganti senyuman terpahat dibibir ini .
air mata realitinya makin rancak turun
menangis aku dalam senyum pilu. . .
di kejauhan ini amat memilukan sebenarnya
ini merupakan saat yg kita nanti-nantikan
namun bila tiba saatnya
kamu tiada disini
hilang entah kemana
sepatah berita makin hanyut bersamamu
dibawa oleh arus kebencian yg teramat sangat . ..
aku pasrah dalam menunggu
aku pasrah dalam sendu
aku pasrah dihari lahirku . . .
bakal hilang kah satu perasaan
jika kebencian dan jemu kian bermaharaja lela dijiwa
kita lihat je diakhir perlayaran ini nanti . .
moga bakal tiba cahaya buat kehidupan kau dan aku . .
sedarkah kamu . . perjalanan ku makin hampir . .
kini . .aku hanya mampu berpaut pada kenangan silam kita  . .
sakit ..perit... derita biar milik aku selamanya ..

GIRL'S FEELINGS


WILL U . .



petang yg sangat sunyi
nak tido tapi mata mengade-ngade tak nak tido
nak makan tapi perut ni rasa dah penuh dgn makanan
dok termenung depan tingkap bilik ni
mood kosong makin meluap-luap
tetibe teringat kan satu ayat  . . .
sama macam kat atas tu . . .
so . . . will you ?
agak-agaknya kalau aku tak de nanti
ada tak yg rindu . .
ada tak yg ingat . .
ada tak yg sebut nama aku lagi . .
sedih . .
kehidupan ini memang indah
namun semua tu tak lama
semua tu pinjaman
aku kena redha
ketentuan ini mesti ada rahmatnya
walaupun perit nak aku terima
yg pasti aku akan jumpa satu hari nanti . . .
u . . . will u miss me if i die . . .

KAMU

Kamu
insan yg pernah bermain dimindaku
maapkan aku untuk tiap kesilapan lalu.
maapkan aku atas semua dosa-dosa dulu..
hasrat yg pada mulanya hanya membantu
kini , bila semua dah berakhir, semua sudah terbongkar
rindu aku pulak makin  menjadi-jadi padamu
entah mungkin setahun tu buat aku sayang kat kamu
mungkin setahun tu buat aku lupa yg aku hanyalah pembantu
setahun itu telah menjadikan kamu adalah kekasihku
ye...silap aku
kerana menjadi pembantu
tapi yakinlah semua ini bukan dendam
semua ini bukan kejam
tapi semua ini adalah amanah
serius..rindu kamu serindu-rindunya ...sedih...

STORY PASAL IMAN

PESANAN


HOLD TIGHT THE MEMORIES BABY . . .




baby . . .?
nomore baby. . .
nobody who can I call baby in my life now.. nothing
it empty.. . . i'm lonely . . all is gone...






hmmm kini semua hanya kawan..lawan abes dah
kalau dulu . .
bila bosan baby hiburkan
kalau sunyi baby nyanyikan
kalau sepi baby temankan
kalau sedih baby tenangkan
kini tak lagi . . sekarang
kalau bosan aku tidur
kalau sunyi aku dengar lagu
kalau sepi aku termenung
kalau sedih aku menangis sorang-sorang  . .
hmm . . .
segalanya sudah berubah
aku akur semua ni bukan kerja aku
aku hanya insan biasa
pelakun di mukabumi ini
segalanya perancangan Tuhan
terima kasih Allah . .
but . . .

baby, if u read this
one thing u must know...
hard to forget u
please hold  tight the memories because it too expensive for me :'(


MEROYAN TAK MEMASAL

hurm...bosannya..
tak tau nak tunjuk tahap mana kah kebosanan tu sudah melanda
kalau scan maybe dah boleh nampak seperti langit mendung tunggu masa hujan nak turun
kalau bosan camni tak tau apa lagi yg boleh dibuat
dengar lagu salah
tengok tV salah
nak makan pulak rasa bersalah
nak tidur serba salah
apa lagi nak online..lagi lah nanti merepek-repek tak memasal
silap silap mood takde .. status meroyan royan tah pape
nak call member macam tak nak ganggu dia orang tu
nak massage ex takut nanti jatuh cinta semula ....pulak AIK?!! hee
**** ayat tak boleh blah je kan :p
nak kacau orang  mood gelak dah habis stock rasanya hurm....


wahai angin nyanyikan aku satu lagu
lagu rindu tahap bosan buat ku!

duhai awan lukis kan wajah
wajah orang yg selalu bermain di minda ini

wahai malam kau bisikan kalimah cinta
cinta buat hati ku yg kian terluka

duhai hati marilah bermanja
manja bersama jiwaku yg makin merana...

wahai rindu peluk lah aku
aku yg dingin dimalam yg sahdu

wahai dan aduhai hai....hai... hai...
kalau dah bosan buat satu apa pun tak boleh.. alahai....

mau saja terjun bangunan
tapi kalau jatuh sapa nak sambutkan

mau aje menyelam dilautan
kalau lemas sapa nak CPRkan

mau saja lari ke gurun
kalau lemah nanti tak boleh bangun

mau saja menjerit melolong
takut nanti tersampuk polong

mau saja ku sebut namamu
kalau terdengar pulak gf kamu

mau saja mau saja mau saja
sebenarnya semua tu tak mau
tapi saja saja je hahaha
adoiyai ..bosannnnn....

SEBUAH CATATAN KEJUJURAN

Sayang...
kalau lah awak ada disisi saya saat ni..
dalam suasana malam yg sunyi lagi sepi ni....
sambil kita layan lagu kegemaran saya 'timeless' by kelly clarkson & justin guarini
ohhh... so sweet je kan  heee...tapi awak jauh , sangat - sangat jauh...
awak...
izinkan saya menyebut kata sayang dalam entry saya kali ni untuk ganti nama awak tu
sebab saya dah lama tak menyebutnya dengan bibir ni ....
argh... saya dah mula sebak ni ... aah !! memang tak tahan....
malam ni dalam suasana yg dingin tapi mendamaikan ni..
sesekali bunyi embun jatuh ke lantai kaki lima
menitis sepi tapi jatuhnya sungguh sayu..
satu persatu bagai titisan air mata saya ni ...
masa tu saya masih lagi berhayal saat manis kita...
mengelamun saat indah waktu bersama awak...
ye..sumpah !!semua tu belum lagi terpadam dalam memori saya ni...sungguh awak....

awak...
saya makin rindu la kat awak...mana awak ketika ni sayang....
ergh !! peritnya malam tanpa awak disisi...
ingin saja saya laungkan suara ni memanggil awak disana..
tapi saya tak mampu.apa yg boleh saya kata kan disaat ni..
sayang..saya benar - benar rindu awak laaaa...


hetty zulaika rindu awak ...sungguh ni . . .

AWAK KENA INGAT INI


MEMANG BOLEH

jam menunjukkan pukul 8mlm
aku mama adik dan ayah dan lepak depan tv
atas minat yg memang mendalam pada bola
kami memang setia untuk menunggu tunggu games ni
malaysia bertemu thailand
katanya penjaga gol thailand ni dulu pernah diuji utk games besar!
tentu dia hebatkan..nama dia pun hebat :  Kawin !
aku memang suka dengar nama pelik-pelik ni hehehe.. 'jakun' je kan
sebenarnya  badan ni dah letih sangat-sangat akibat berjalan disiang hari tadi.
pada awal permainan aku tengok ayah masih baring santai
mungkin belum lagi nak 'panas' sedang aku dan mama hanya tau sebut
yea.. cepat!
ish... sayangnyaaaa..
aduh......
hehehe nak duduk pun tak senang :p
melihat pemain yg berkerja keras dipadang
berlari selama permainan berlangsung ( 90minit )
jatuh , terhempas ketanah , terhentuk , di kasari, krem kaki,
aku jadi sedikit terasa...
hebat sungguh mereka ini
mungkin gaji yg diterima belum tentu dapat dinilaikan dengan segala penat lelah mereka dipadang tu
aku yg berlari 20 minit berjogging pun dah naik semput.
tergelincir dilantai pun dah perit .
terhantuk dibucu katil pun dah pening
ishh memang awesome lah mereka semua tu
aku je yg kureng heee...
maklumlah kan awek-awek memang lemah huhu
pada aku kalau begini lah mereka dah berusaha
dan hasilnya hanya satu gol aku pun dah cukup berpuas hati.!
bukan aku tak mahu menang tapi
dengan keadaan bermain dipadang yg basah,lecak,
mereka bermain seakan-akan pemain jimnastik
aksiden sentiasa berlaku ,kecederaan silih berganti
uhh terasa sangat bersemangat mereka ni nak menang
aku yg tengok diaorang main pun dah macam apa tah
hahaha nak cerita kat sini pun tak mampu
apa yg mampu aku kata bila bola masuk gol..
aku mampu menjerit dengan mama dan ayah serta adik hehehe
yeaaaa GOOoooo L L L  L L L ............. . . . . . !  !  ! !
walau pada mula tadi ayah layan bola sambil baring-baring santai je hahaha
apa pun pemain dah buat yg terbaik malam tadikan
walaupun mereku tu boleh tunjuk yg lebih baik lagi dari semalam...
aku tau tu hahaha ..ok2 tahniah tahniah beb...
aku doakan kejayaan milik malaysia ketika bermain di Thailand pada games akan datang ni
in sha Allah...Malaysia memang BOLEH  ! ! !


LUPA DIRI

pagi minggu
jam 6 pagi dah terjaga
padahal malam tadi aku tidur pukul 3 am
mata masih kelat ni
tapi minda dah cakap jum bangun hmm..
tepi tingkap aku lihat suasana waktu subuh yg hening
aku tarik nafas panjang...dan lepaskan
~ Alhamdulillah hillazi bak dama amatana wailaihinnusur ~
doa bangun dari tidur terkeluar dibibir aku ni
alhamdulillah kerana Allah bagi aku peluang bernafas untuk hari ini
kalau sebelum ni aku malas nak bangun awal
tapi pagi ni...aah mungkin ini kesan dari suasana malam tadikah?
heee.. senyum sorang je yg aku mampu..
benda gila yg dah lama aku tak buat
akhirnya berlaku lagi macam mimpi dalam terjaga
semua ni angkara 'dia' dan akhirnya aku .. erghh...
haha siapa kah 'dia' tu?aku je yg tahu
tapi malam tadi ye..aku betul-betul lupa diri
tah la.. tapi kenapa aku pilih 'dia' dalam mimpi semalam?
mungkin sekarang ni aku cuma ada 'dia' je disini?
atau dia dah berjaya buat aku lupa diri?
ergh!! biarlah apa yg pasti benda dah jadi
dan lagi pasti lepas ni aku dah malu nak jumpa dia lagi
adoiii......malunya!

awak... maaf atas rasa lupa diri saya tu..

MAMA DEMAM LAGI..

ma...
minggu ni dah masuk kali kedua mama demamkan?
ubat dah macam-macam mama telan
klinik pun mama dah pergi,
tapi demam mama masih tak kurang..
aku risau..
semenjak peristiwa haritu
mama nampaknya memang tak sihat
muka mama pucat lesi
bibir mama kering
selera mama dah mula berkurangan
kata mama dada mama sakit
tapi masa check up dengan doktor
doktor kata mama just demam biasa jek
mungkin kerana musim buah-buahan tu yg sakit senang datang..
tapi mama bukan ada banyak makan durian pun
apa lagi buah-buahan yg bermusim ni
sebab mama menang tak pemakan orang nya
tapi yg peliknya tu badan mama tetap semangat dan gebu :)
ma...
nak kena picit ke kepala mama ni? aku tanya mama
boleh jugak sayang,kepala mama sakit ni..
badan mama pun sakit-sakit...jawap mama
aku mula memicit kepala mama perlahan-lahan..
dan mama pun pejamkan mata tanda yg dia selesa dengan kerja aku
ma....aku bersuara lagi..
hurm... jawap mama sambil pejam mata
kenapa demam mama lama sangat ni?
selalukan 2-3 hari mama dah ok?
tah la sayang,mama pun tak tau
haritu dah ok, ni demam lagi ..bisik mama antara dengar dengan tidak.
ma.. kenapa?
aku mula menyoal mama dengan perasaan gementar
aku bimbang mama marah bila disoal banyak ketika dia sedang sakit..
kenapa ape???tanya mama
kenapa lepas aritu mama terus tak sihat ni?
aku jawap sambil memicit dahi mama pulak
tah la sayang... mama mengeluh
air mata mama mengalir ditepi matanya
satu persatu titisan air mata mama turun
aku jadi sebak..aku tak dapat nak bendung air mata aku jugak..
aku lap air mata aku dipipi lelaju agar mama tak tahu yg aku pun menangis..
tapi ma.. kita tak salah kan ? kita cuma jalankan amanah orang kan ma..
aku bersuara perlahan
ye sayang...tu yg kita kata tapi orang lain tak menganggap kita begitu...
suara mama tersekat-sekat sambil air mata mama turun makin laju..
aku masih lagi memicit kepala mama sambil menangis .
aku tahan air mata ni tapi ia nya masih turun
yg aku mampu hanya menahan suara tangisan aku dari terkeluar je..
sayang...
mama rasa inilah cobaan paling berat yg kita tempuh dalam setahun ni kan
mama ingat  ingin buat baik tapi inilah akhirnya
kita dibenci orang
kita dianggap penipu
kita di maki
kita dihina
mama sedih sayang...
mama terus menangis dan menangis
mungkin mama terlalu tertekan dengan peristiwa yg baru berlaku tempuhari
peristiwa apa? tak perlu aku nyatakan disini kerana ianya terlalu peribadi..
ma...
kalau kita berniat baik Allah akan bantu kita dengan cara apa sekali pun
dan kalau itu bukan kehendak Allah untuk kita,
maka Allah akan beri kita pertunjuk agak kita dijauhi dari benda yg tidak elok itu..
mama banyakkan bersabar ok.
jangan fikir yg bukan-bukan  lagi,
jangan fikir mama ada buat salah ke apa.
anggap je ada kebaikan atas semua ni.
apa yg perlu sekarang mama banyak berehat dan bersabar..
dan sambil tu kita sama-sama mohon dari tuhan agar diberi taufik dan hidayah untuk kita disini dan untuk mereka yg disana tu jugak ..in sha Allah...aaminnn~
ok sayang..mama kan cuba untuk kuat kan hati mam ni
walaupun sebenarnya mama memang tak kuat untuk tempuh benda-benda sebegini..
aku berhenti memicit kepala mama
aku peluk mama dan kami menangis bersama
sebab aku dah tak mampu menahan sebak yg aku pendam sedari awal tadi...
ma.. orang sayang mama tau... aku peluk mama erat-erat...
tengs sayang... dan episod itu berlaku dalam suasana pilu dan sayu
episod yg hanya kami je tahu sebab hanya kami yg mengalami situasi yg sebenarnya..
tengs to ALLAH untuk segalanya yg baru dalam hidup kami ini..
alhamdulillah~



DIKALA SENDIRIAN DISINI

Jam dah menunjukan pukul 2 pagi dah ni...
mata aku masih lagi cerah dan takde rasa mengantuk pun lagi
background blog ni agaknya dah bertukar 7-8 kali dah malam ni,
macam-macam design aku edit tapi satu pun tak menjadi ..
aku masih lagi tak berpuas hati ..hurm..tah lah macam ada yg tak kena jek..
nak layan facebook memang takde mood langsung
ape lagi nak layan twitter  lagi lagi lagilahhh aku bosan..
sungguh aku memang tak reti langsung layan twitter tu hahaha..aptb!
rasa macam bercakap dengan tiang ..sungguh aku tak bohong
itu yg aku rasa bila aku online twitter ..ape ke pelik!
hidup sendirian macam ni ada kala seronok tapi ada kala sunyi sangat-sangat..
tapi mungkin dah takdir memang begini pada akhir tahun 2012 ni
maka dengan akur nya aku redha je lah kan nak ubah mcmane lagi ye tak?
tugas dan tanggung jawap yg sedia ada tu kena lah aku settlekan dulu.
agar semua yg mengharapkan aku disini  akan lebih menghormati pada
situasiku ,kerjaku,usahaku dan maruahku..
terima kasih kerana memahami aku dan memahami keadan yg sebenar aku alami.
walaupun apa jua rintangan aku temu memang wajib aku kena tempuhi...
aku rela....


MOOD MIMLAMSIN DAH MARI

hai semua yg membaca...
mood mimlamsin dah sampai lah
aku lemah dah ni
takde mood...
tapi korang pernah dengar mood tu tak?
mood tu ramai yg selalu hadapi
tapi pada siapa yg bijak menangani maka lenyaplah mood tu akhirnya
huhu mimlamsin tu dalam huruf jawi tapi dalam huruf rumi MLS
Malas!!
ya malassss...
sekarang dah mula malas nak meroyan di blog ni
mungkin mood down aku yg beberapa hari lepas tu belum lagi hilang
fikiran aku pun dah bercampur aduk dengan berbagai benda yg kena settle.
so aku masih lagi diburu kebuntuan paling serabut untuk berblog
aku pun tak tahu berapa lama mood aku akan pulih normal
kalau korang tengok ayat aku pun serabut...
ahh dah lah!!!
ianya amat membosankan !!!
bosan tahap dewa!
dalam mencari mood happy semula
aku kena banyak berdiam dan menyendiri tu yg selalu aku buat..
nanti bila dah full memori ni
baru aku curah kan habis-habisan disini
kadang-kadang 1 hari aku boleh buat 2-3 post!
bapak dia!!!!hahahaha
oklah...dari terus membebel
baik ambil mood tidur malam pun dah larut ni
burung hantu pun tahu nak tidur nikan pulak  aku !
hihihi... terasa kat diri sendiri pulak!

sebelum tu ada beberapa pesanan untuk orang yg pernah aku cuba hubungi dalam seminggu ni :

ASsyg~ Kalau saya takde lagi..ingat saya selalu ok,biar hilang dimata tapi kita dekat dihati :'(


BRO-MAN ~ org dgn mama mintak maap sangat-sangat tapi kami buat ni memang sebab amanah 'DIA' hrp abg paham...terima kasih sebab dah benci kami .dan ''blocking''  :)  kalau abg nak tau apa yg kami buat skrg ni ialah dgn selalu berdoa agar abg cepat berubah dari perangai lama abg tu....aminnn...
bang..berubahlah PLEASE.... walaupun org takkan  nampak perubahan tu lagi :'(

 ALLAH selamatkan kamu berdua..in sya Allah :'(

bythe way...lagu ni mmg penuh bermakna antara aku ASsyg dan BRO-MAN :)



SIAPA KAH AKU?

aku seorang yg kuat menangis..sensitif
mungkin sebab stock air mata ku banyak dalam mata ni
hehehe

aku takut jarum ni
alamak...jangan lah buat aku camni
mau-mau jeritan aku akan terdengar
sebelum jarum masuk dalam daging aku lagi hahaha...

aku seorang yg gemar santai
ambil ilham untuk buat post di blog
ye lah seakan-akan kerja seorang pencipta lagu gitu
hahaha

aku seorang yg selalu kena buli..
sampaikan aku suka berdendam dengan pembuli-pembuli itu
tapi mama tak suka sifat aku yg tu
hurm..sorry mama

aaa... ni perangai buruk aku!!
aku tak boleh simpan rahsia
selalu pecah lobang..kalau simpan pun paling lama 2jam
alahai macamana??
memang dah suka bercakap belasah cerita je la
adoiii... selalu kena plaster dgn mama mulut ni hahaha
i'm sorry.!!!



ye..tulah aku
nak tunjuk muka sendiri nanti ramai yg jatuh hati
hehehehe maklum lah seorang yg memang cute di alam maya ni
adeh..mama pesan lagi..jangan riak dengan wajah kamu kerana ianya tak kekal lama!!
ok mama...i ingat pesan mama tu ....
hishhh mama cakap macam tu pun nak warningkan....
bukan ape pun cuma perasan cantik jek pun hehehe
aaaalaaa mama pesan lagi...jangan suka bersunggut
nampak sangat yg kita tak iklas ..adeh deh deh...
dah la... cukup sampai disini
layan games satu!!
jommm!!!

DISEMBER DATANG LAGI...AKU RINDU AKAK

morning guys...
harini masuk sudah bulan disember bagi tahun 2012
bermakna aku akan teringat kembali berbagai episod kehidupan
yg aku jumpa sepanjang hidup aku dibulan disember ini dan disember yg telah lalu...
tahun lepas pada 25 disember aku telah kehilangan orang yg aku sayang
dia pergi untuk selamanya dan meninggalkan semua kenangan bersama disisiku...
ye..bila tiba saat tu aku rasa seakan dia masih lagi disisi..
memandangkan 25disember adalah hari cuti awam
kami akan berkumpul bersama -sama sekeluarga.
dia akan menyerikan hari hari sepi aku
bila bersama ada saja suka duka yg kami kongsikan
waktu itu seakan dunia milik kami berdua..
kadang-kadang kami gelak terbahak-bahak
sampaikan mama tegur..ishh anak dara mana boleh gelak camtu...
kadang-kadang kami gaduh hal yg remeh..
kongsi lippy pun bergaduh bila berebut nak online..
masing-masing  berebut nak berchatting dgn si buah hati..
dan yg selalu mengalah ialah dia...
aku lah yg selalu menang hurmm nakalnya aku..
jadi sebak bila ingat semula kenangan tu ..
tapi dia memang adil...
mungkin sebab aku lebih muda dari dia...
maka dia lebih rela mengalah...
untungkan jadi adik-adik ni ,rugi jadi akak-akak ni
ah no komen lagi sebab aku pun ada adik jugak!!
dengan dia maybe aku menang  tapi dengan adik aku ..
aku pulak kena mengalah hmmm...


kak...dah setahun akak pergi meninggalkan kami...
tinggalkan kenangan semua kita
tinggalkan aku sengsorang disini...
blog akak aku jaga dah macam blog  aku ..
profile akak aku simpan dah macam profile aku jugak
walau pada mulanya agak sukar untuk aku menjadi akak.
tapi lama kelamaan aku boleh menjadi akak dan akhirnya...
tak siapa pun yg tahu yg akak sudah tiada lagi...
dan akak kini ialah aku...


kak...
kawan-kawan akak memang baik,sangat-sangat baik.
kekasih akak memang penyayang,terlalu penyayang kak.
patutlah akak tak nak mereka tahu akak dah tiada..
akak nak pemergian akak dirahsiakan.
akak tak mau semua orang yg sayang akak menangis sebab pemergian akak.
akak tak tahu hampir tiap malam aku menangis bila manjadi akak tau...


ye kak...
mereka tak tahu yg akak sebenarnya sudah jauh dari mereka
akak dah pergi kealam lain yg mereka pun belum sampai lagi...
akak pergi lah dengan tenang
sedang mereka disini biar lah bersama aku.
seperti mana akak bersama  mereka dahulu...
bersembang.. gelak gembira..mendengar masalah mereka
berkongsi pendapat.. berkongsi idea..
ah! macam-macam aku cuba untuk menjadi akak yg tulin!
pada mulanya memang perit untuk menjadi akak..
aku sering menangis kak
aku tak tahu yg akak begitu baik orang nya sehinggakan ramai yg sayang akak disana.
ada yg jatuh hati kat akak jugak walaupun mereka tahu yg akak sudah berpunya.
ada jugak yg sungguh-sungguh menghormati akak.
ohhh... mulianya hati mu kak..


kak...
kekasihmu...kini sudah menganggap yg kau dah benci kan dia
kerana aku tak mampu menyintainya
kerana cintanya bukan milik aku kak..
cintanya memang tulus hanya untuk akak.
mana boleh aku berlakon menjadi akak dalam soal cinta ini..
tiap kali bersama kekasih akak
aku cuba menjadi akak namun aku tak berdaya
aku lemah disitu
kak..maafkan aku ....
kini berbagai cara aku lakukan untuk kekasihmu melupakan mu kak..
maapkan aku ..aku memang tak mampu...


kak...
mama minta aku korban kan cinta aku demi akak
demi menjaga perasaan kekasih akak tu
ye kak..dengan perasaan yg sakit dan perit
aku menyuarakan untuk berpisah dengan orang yg baru aku sayang kak...
masa tu dunia aku jadi tambah gelap
dengan mood peperiksaan aku yg makin memuncak!
aku hanya pasrah..
berbagai helah aku buat
atas menjaga hati kekasih mu itu
kalau akak nak tahu
aku menyintai sahabat karib kekasihmu  kak.
mereka memang rapat sedari kecil lagi.
tetapi mama bangkang kerana pada mama
apabila aku bahagia dgn kekasih aku nanti
bagai mana pula perasaan kekasih akak tu?
maka dengan satu perbincangan dgn mama
aku ambil keputusan untuk meninggalkan kedua-duanya sekali gus.


kak...sakit kak bila berpisah...
siang malam air mata jadi teman
dia yg tak tahu apa-apa jadi kebinggungan
namun...aku yakinkan dia bahawa biar kami terpisah dalam cinta
tapi kami masih kekal dalam persahabatan.
kak... aku berkorban demi cinta kamu dgn kekasih mu!
demi mama!
demi menghurmati sesama muslim
demi semua..
atas arahan mama lagi
akaun yg dihadiahkan untuk kamu oleh kekasih akak tu
mama minta aku padamkan..
mama kata biar hilang semua kenangan kalian.
biar kekasih akak dapat kembali menikmati dunia baru
tanpa kenangan-kenangan silam yg perit.


ye kak...
aku kena turuti...mungkin awal tahun nanti
hadiah pemberian kekasih akak tu akan terpadam
dan aku mungkin tak akan bertemu sesiapa lagi disitu
dan dengan arahan mama jugak...
aku tidak dibenarkan berlaman sosial lagi kak....
kak....semuanya sudah hancur disini...
aku makin sepi.... kenangan setahun bersama akak yg aku sayang
al fatihah....

PENJELASAN .. RASANYA PERLUKAH????

semakin aku meninggalkan kamu
semakin sakit jiwa ku...
kenangan datang silih berganti 
bermain- main di ingatan ini..
aku cuba hapuskan semuanya tapi masih tak berdaya..
apakah memang sukar untuk melupakan semua nya 
setelah kita kumpul kenangan tu bertahun  lama...
aku makin lemah...
kehidupan baru ini belum memberi perubahan lagi dalam hidupku
dalam ingatan ini hanya kamu
kamu dan kamu...
penyerahan diri pada Allah sering berlaku
ada kala aku rebah di sejadah suci miliku
menahan sebak didada
merayu pada Tuhan agar dari masa ke semasa aku dapat  melupakan kamu
tapi...
semakin aku cuba..
semakin aku rindu kan kamu...
mana mungkin aku lupakan kamu???
ye penjelasan kian terbukti walaupun pada hakikatnya..perlukah?
Allah lebih tahu apa tersirat dihatiku :)