YE KE TAK

Kata orang lelaki ni kalau dah sayang
cemburunya  makin hebat gila
aku tak boleh nak jawap
sebab aku belum tukar jantina lagi
so aku memang tak tau heee
katanya setiap pergerakkan awek dia nak pantau
apa yang dibuat
apa yang dimakan
apa yang dikerjakan
apa yang di minda
dan apa yang dihati pun lelaki nak tau !
eh...apa yang didalam baju tak nak tau kah bro??
hahahaha
katanya makin sayang,
makin tambah la lagi keegoan si lelaki pada aweknya
silap sikit nak merajuk !
salah sikit nak membisu seribu bahasa
tapi untuk dia membebel mungkin tidak la
sukanya asik membatu dan terus membatu...
aaaa..barulah nampak ROCK !!
kan bro kan ...hehehehe
lelaki suka pendamkan perasaannya
dia pendam..pendam dan pendam
sampai satu tahap
dia akan luahkan apa yang berbuku dalam hatinya
masa tu kadang-kadang sampai keluar semua air !
air mata ,air hidung ,air peluh,air..
err..err...diaorang ada air apa lagi ekk???
hahahaha..entah...tak tau...tak tau ..hahaha
lelaki kalau dah sayang
katanya memang awesome !
yang rock tu katanya boleh meleleh jiwangnya
apa lagi yang jiwang makin tambah poyo lah gamaknya
hahahaha...kalau yang pandai cover tu
bukan lama sangat pun maintain covernya
last-last meroyan jugak
bila ada yang tak kena dengan awek kesayangan dia
hehehehe pelik !!lelaki kalau dah sayang ni
lelaki lain dah tak boleh dah,
nak bersembang bagai dengan awek dia !
asik je di skodeng aktiviti mereka
dapat pulak si awek yang memang semula jadi peramah!
hambekkaw!!! hahaha
jantung asik kembang kecut je hari-hari hahahah
yang si awek masih dok haha hihi huhu je dengan kawan2nya
lahai...makan hati je la bro...
ehhhhh... tak salah kalau nak cemburu pun kan
sebab dah sayang sangat-sangat  tapi...
agak-agak la jangan nanti terlalu sayang punya pasal
korang  langsung tak dapat si'DIA' tu heeee...
aku cakapkan je sebab benda dah selalu jadi didepan mata
huk3 !!

SEJARAH CINTA

Sering aku katakan cinta amat berharga buat insan bernama aku !
bukan mudah untuk aku melafaskan cinta
tak mudah juga untuk aku menyatakan yang aku telah jatuh cinta !
kasih sayang yang mahal bagiku apabila
kau hadir tanpa aku sedari ...
kata-kata mu yang sering bermain diminda ku ini
telah menghanyutkan aku makin jauh dari dunia reality ku
mampukah kau menjadi milik ku satu saat nanti?
setelah jiwa aku cukup hambar untuk mengulangi semula sejarah cinta dulu?
cinta semalam amat trajis buat aku
semakin aku melupakannya
semakin dia menjelma di minda kusut aku ni
gelodak asmara duka bukan mainan lagi
kehadiranmu menjadi  penyeri malam sepiku
tanpa kau sedari ..dalam tiap gelak tawa ku
setitis demi setitis  air mata ku jatuh kepipi ..
dalam senyum aku resah
dalam suka aku binggung ...
kerana aku takut akan kehilangan insan penyayang seperti kamu
seperti mana aku kehilangan cintaku yang semalam ..
ye...dia lah sejarah cinta ku ~

SEMANGAT YANG HILANG

Kusssss  semangat
heee tu kata nenek kalau terkejut,
apa yang nenek maksudkan dengan 'kus' tu
aku pun tak dapat nak cari kat google ...
tapi kenapa pada semangat ??
kenapa tak pada benda lelain ekk.hmmm....entah la..
orang tua-tua ni memang pro kalau bagi perkataan ,
kalau tak ...takkan kita ada berjutah-jutah perkataan sekarang ni
dan orang muda zaman ni hanya mampu merosakkannya aje !
ish.. tak patut langsung...
sebut pasal semangat ...
aku di baru saje pulih dari demam tau ...
tapi demam aku bukan lah pasal badan yang panas
bukan berkaitan seram sejuk
bukan pasal batuk atau pun demam selsema
tapi aku ni baru baik dari demam yang melanda seluruh malaya
iaitu demam bola !!
eh...dah abis ke bola piala malaysia tu?
belum pun habis ...
tapi baru semi - games je ni dah kacau bilau
hahaha..peminat yang fanatik !
semangat yang tah apa-apa ! jiwa kacau tol !
aku mungkin tak tengok secara live di stadium pada malam tu...
tapi pada apa yang aku  amati,
pada apa yang aku renungi ,
pada tiap yg aku baca ..
aah... penyokong memang over dari pemain !!
aku tak menunding ke penyokong team mana-mana
tapi kalau mereka tak over ,
tengok bola ikut sistem,
kawal emosi,
sporting dan berhemah
semua kejadian yang memalukan itu tak kan belaku!!
zaman ni dunia siber sangat pantas
berdesup je keluar informasi didepan mata
apa yg perlu,sebagai kaki siber kita kena akur
gunakan akal dan fikiran yang waras,
untuk menerima tiap berita yang datang itu,
jangan diterima bulat-bulat
pastikan kesahihan itu adalah asli!
bukannya terima  ikut emosi
yang mana kebiasaannya emosi kita dikawal oleh syaitan !
manusia sanggup berkelahi sebab bola !
melakukan kekejaman sesama sendiri,
satu bangsa ! satu agama !
kenapa manusia tak buat begitu untuk menuntun ceramah agama?
ketika majlis musabaqah ?
waktu sambutan maulidurasul?
kalau lah semangat ke majlis keagamaan itu
sama dengan semangat menuntun bola ...
mungkin semua kejadian yang tak diingini
tidak berlaku pada perlawanan-pelawanan bola di malaysia ini !
sebab ???
semuanya bertolak ansur
semuanya bersopan santun
semuanya pasti elok perangainya ,
mempunyai perasaan kasih sayang sesama insan...
semuanya pasti akan baik-baik aja....
kini melihat pada apa yang berlaku pada malam itu
semangat ku kian hilang ....
apa yang ada didalam jiwa aku sekarang ni
mencari insan jujur untuk dijadikan teman seiring
bagi meneruskan perjalanan yang makin singkat ini ....






BICARA HATI MU


just to let u know that i'm missing u when never we're apart ..
and i;m feeling all alone,
i close my eyes and think of all the happiness we;ve known..
i clearly see that ..i really miss you..
sy sangat2 rindu kat awk ....

REALITY BUKAN FANTASY

waaah ... layan lagu mr faizal tahir ni
mood rocker hidup semula la beb
tapi tulah siang ke..malam ke
dia tetap suruh tidur hek3
macam dia tau-tau je aku suka tidur siang
ape dah abang pejal ni kan.. emmm ...
tapi entri kali ni bukan pasal tidur ok
minggu ni pasal kemanusiaan yang tak mungkin terputus
selagi hayat dikandung badan
selagi itu lah ianya terjalin dimaya pada ini...
kehendak hati bukan halangan jika kita mampu buat
tapi jika keupayaan terhalang
maka dicadangkan agar abaikan je kehendak itu
bermimpi untuk menjadi insan terbilang adalah sangat indah
namun realitynya bukan satu kerja yg mudah kan
begitu jugak dengan kebahagiaan
melihat pasangan lain hidup bahagia
sendiri terus terasa bila sendirian macam ni
bila orang ada anak
terasa sweetnya jadi ibu
bila orang ada suami
terasa indah nya jadi isteri
tapi...tulah kan ada tapinya
semuanya itu indah khabar dari rupa
aah...yokk tidur yokk !!
abang pejal ni asik ucap selamat malam je ni
lebih baik ku lelapkan mata
sweet dreams semua
mimpi yang sweet pun jadilah kan ...huhu

SAKIT JIWA

semalam line buat aku hangen
sampai pukul 3 pagi aku tunggu semuanya hampa
text aku hilang
text dia tak masuk
komen aku pun sangkut-sangkut
nak tidur mata tak mengantuk pulak
mungkin sebab hati dok sungguh-sungguh
nak tunggu text dari dia ...
harini .. inbox langsung tak boleh buka
mengapakah? mushkil sungguh dengan line ni
malangnya bila  line problem
jiwa pun jadi makin sakit . . . . .zZzZ. . . . ..





PUAS

ok.!!!dah settle kerja  pengubah suaian ini
banyak yg telah berubah
banyak item yang dah takde
mungkin rasa agak janggal
tapi ala nanti lelama ok la tu ..
apa yang penting sekarang ni
aku masih mempunyai tempat untuk
meluahkan bisikan naluri ku
ok...sejujurnya aku sangat berpuas hati hari ini
harap esok aku tak gatal tangan ni nak tukar back ground lain !
hahaha.. nam jahnam nanti jadinya ok..ok... mengantuk sudah !
kini aku tak lagi sunyi diblog ini lagi
sebab setiap masa aku ditemani secantik
miss Ghothic yg classic ...awch!!
ye aku dah puasss !!

MODIFYING THE BLOG NOW

hello ..happy bercuti untuk semua!
jangan lupa harini hari jumaat ye
yang ade bela misai tu wajib kemasjid
heee.... sapekah??? ala...awak laaaa...
ingin dimaklumkan disini
blog ku sedang diubah suai
so..takde lagu-lagu jiwang
takde tempat korang nak follow
takde hiasan fanpage dan jumlah pengunjung
kerana semua benda-benda tu
ku sedang order , kata pembekal
semuanya akan datang sikit masa lagi
stock sangat lah terhad
maaklom la kan cuti sekolah
ramai orang kawen...eh....merepek-repek sudah
hahaha...
apa-apa pun maaf..maaf..maaf
segala kesulitan sangat disesali
but...kat blog ku sekarang ada sekujur awek ghotic
la..la..la... muaaah ~

SELAMANYA PASTI

malam tadi kau hadir disaat ku sendirian
menyapa aku yang sedang lena didakap kenangan semalam
malam tadi sekali lagi hajat mu , hajat ku tercapai
dan malam tadi juga air mata kasih ini tumpah lagi
wahai cinta semalam
mampukah aku menyambung sejarah luka kami ini ?
tak sanggup rasanya menangis lagi untuk meratap sesuatu yang tak kesampaian
aku yang dulu hanya mampu berserah
kini kian menyerah pada takdir pada ketentuan pada kerja Tuhan
ye..berserah aku selamanya disini
apa yang pasti ...malam tadi ..airmata mu gugur kembali
bukan kerana sedih tapi kerana ucapan rindu dari ku ...
selamanya merindu .....pasti  ...

SEPI ITU INDAH

kalau dalam hidup ni
kita kata kita hidup sorang
mungkin sangatlah tak masuk akal
kalau kita kata hidup kita ini sunyi
nampak sangat membohongnya kan
dunia ni milik tiap insan
insan sepi
insan hina
insan terbaik
insan sengal
insan poyo
insan argh..semua insan yg bernafas la senang cakap
kecuali insan yg tak bernyawa yang di panggil jenazah
heee....
ada kala kita tak menyangka disebalik ke sunyian itu
Tuhan bagi masa yang terbaik buat kita
masa untuk merehat kan minda dan jiwa...
sebab ...bila kita berada dalam keadaan sunyi dan sepi
minda kita berfungsi dengan lebih sempurna
kerana tidak dipengaruhi oleh apa-apa permasalahan
bila kita sunyi juga akal..hati ..percakapan kita pastinya teratur
sebab ketika tu kita hanya ada dijiwa kita
kita bukan bersama jiwa orang lain..
well..manusiakan mudah terpengaruh
bila dah bercampur dengan orang lain
kita mudah lupa siapa kita
dari mana asal usul kita
siapakah keluarga kita
apakah pekerjaan kita
kadang kala kita sangat mudah lupa
tentang apakah agama kita ...
hmmmm ....
aku tak nak cakap orang lain
aku hanya nak cakap tentang aku! serious aku cakap disini,
bahawa ada ketika bila sudah bergaul dengan kawan-kawan diluar sana,
aku lupa siapakah aku , mana asal ku
siapa mak ayah ku, apa jenis derita yg bersarang di minda ku
ye...sungguh ! semua tu aku sering lupa !
tapi bila aku kembali sunyi sendiri, baru lah aku sedar
pada tiap yang telah aku lakukan diluar sana
dan ketika itu . . . .nak menyesal pun dah takde guna
semua sudah berlaku dan kehidupan perlu diteruskan !

KEMELUT JIWA

hi there !!
masalah problem tol ni ...
dah aku cuba ,try ,test ...ianya masih tak berubah
ialah kan ..nama pun perangai
kita ni memang tak boleh berangan nak mengubah perangai orang lain
tak kiralah perangai tu baik ,atau buruk
yang boleh ubah ialah tuan punya badan itu sendiri
ye ke betul ?? haha
soalan sengal..tak payah jawap la yek
nak jadikan cerita ..
ada lah sorang orang yang dinamakan insan ni
beliau adalah seorang orang yang bernama lelaki !
dari usianya belasan tahun
sampailah usianya dah nak masuk ke ambang sore dah ni
tapi sikap cemburu buta dia masih bermaharaja lela
kalau dulu kekasihnya adalah mangsa ,
kemudian tunangnya,
kini isterinya  ....
apa yang peliknya
antara kekasih,tunang dan isterinya
mereka adalah orang yg sama ,yg serupa !!
aku pernah bertanya pada isterinya
kenapa tidak tinggalkan saja dia itu?
kenapa mesti bersabar ?
kenapa mesti menanggung beban menjadi mangsa dia ?
dah kena mandrem kah?

akak dah suruh dia lepaskan akak tie ,tapi dia tak nak
dia pujuk akak ,demi anak-anak katanya
dia kata dia cemburu sebab terlalu sayangkan akak..
tapi bila akak dah berbaik semula
dia buat perangai
kalau sekali mungkin akak maafkan tie..
ini dah kerap sangat dah dia buat akak
dia tuduh akak curang
di fitnah akak katanya akak ada affair dengan suami orang
sehinggakan dia boleh terfikir akak dapat duit
hasil pemberian kekasih gelap akak tu tie...
hina nya akak dimata dia tie...
apa selama ini itu tanggapan dia tentang akak ?
yang hidup bersamanya hampir 26 tahun ..
dari usia akak 19 tahun kami bercinta
lepastu kami bertunang
dan sekarang akak dah bagi dia anak yang berusia 20 tahun tie
dah besar pun usia cinta kami
tapi tulah ...nama pun manusia
tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada
kasih sayang akak untuk dia
boleh dia tukar dengan fitnah sebegitu rupa ??
kejamnya dia.....*akak mula menitiskan air mata penyesalan*
sabar lah kak ...sabar ye...aku cuba menenangkan akak
26 tahun tie akak dah besabar
26 tahun tu juga akak tahan je apa yang di fitnah kat akak ni
26 tahun tu juga akak cuba bayangkan yang baik-baik je tentang dia
26 tahun tu juga akak merana tie. . . ..
akak jaga harta dia
akak jaga maruah dia
akak jaga imej dia
akak buang kawan-kawan akak
akak abaikan keluarga akak
akak tinggalkan aktiviti sosial akak
akak duduk rumah 24jam
hanya dengan melayan keperluan dia dan anak!
semua sebab tak nak dia rasa dirinya terabai tie..
pernah satu ketika akak pergi ke jemputan yasin pun
dia boleh terfikir akak pergi dating dengan someone....
akak buat amalan disangkanya akak buat maksiat ????
manusia jenis apakah ini ?
kalau betul , akak boleh mengaku tie
tapi ini tak de..seungguh takde sesiapa lagi dihati akak ni
kecuali dia...akak tak buat benda-benda gila tu ...
akak ikhlas menjadi isteri dia
menjadi ibu kepada anak dia
menjadi menantu kepada ibunya
akak tak pernah terfikir untuk curang
sumpah tidak pernah ..tie....
*akak menangis terus dan.....
aku jugak tak dapat menahan sebak ...
sambil memelok akak ,
aku pejamkan mata aku dan ....
menitis lah manik jernih ikhlas dari aku satu persatu
simpati makin menular ditiap sudut jiwa perempuan aku ni...

kak ....suara ku bergetar ...
doa yang terbaik untuk masa depan akak dan anak..
mohon jugak Allah sentiasa melindungi kehidupan akak
dan maruah diri akak sekeluarga ...aaminn ye kak ...

akak hanya diam namun matanya  masih menangis hanya menangis dan menangis didalam pelukan aku  ....

JUJUR YANG SAKIT

kita di amanahkan untuk bersikap jujurkan,
so kenapa  mesti kita berbohong pula ?
adalah lebih indah jika kita teruskan memberi kejujuran
namun dalam keindahan itu kejujuran jugak boleh buat kita kehilangan orang yg dekat dengan kita
ye..aku cakap macam ni
sebab aku dah alaminya sebelum ini
dan jugak malam ini.. ye..aku sangat yakin
selepas ini dunia aku jadi sepi
tiada lagi gelak tawa teman rapat ku
tiada lagi masalah yang mampu kami kongsikan bersama
kerana sudah makin jelas kenyataannya disini
bahawa kau akan terus meninggalkan aku dan kenangan kita
ye..silakan
kerana aku tak mau mengheret kau dalam kemelut hidup aku ni
aku tak mahu kau hadir hanya untuk secuit rasa
bukan untuk setulus hati
walaupun bagi ku silaturahim ini sangat ikhlas dari aku
tapi sikap kau itu menunjukan
makin luas jarak jurang antara kita...
aku tak mungkin bangkit malam ini
tapi akan aku lepaskan satu persatu perasaan ini
agar aku bisa terbang jauh dari sejarah semalam...

KENAPA CINTA IBARAT RERAMA

yeah... akhirnya muncul lagi entri terkini by lyenda ixati
rindu ea..a'ah kan rindu laa
ishh.. nasib la rindu tak kena bayar ,kalau tak bankrup dan aku ni
hehehe ... sengal je ekk ..??
korang lah sengal ,aku mentain je camni *sikit mereng*
letih doe semalam asik merayap
hari ni dah macam asoh mati laki dah
poyo gila time buat kerja
nasib boss perempuan
kalau lah boss lelaki
dah sah-sah dia muntah darah harini
sebab tengok muka poyo aku ni
lahai... zalimnya heheheh
eh...haritu ada orang tu tanya aku
entah kenapa tah rajin sangat dia tu nak menyoal aku
katanya :

ngekk kenapa rerama kecil? kenapa tak lain


aku tau apa maksud dia ..
aku guna kan nick rerama kecil di Face-book Aku
aku guna gambar rama-rama sebagai DP difacebook
aku guna lagu sastera kupu-kupu diblog dan
kejap lagi background ini pun akan aku tukar ke...aaa..korang lihat la nanti ok
ye..rerama @kupu-kupu
sejenis haiwan yang sangat simbolik
korang tu bukan nya insan seni mana lah korang faham kan
hahaha...yang korang tau rerama isap madu
ulat bulu jadi rerama
ulat bulu kalau terkena kulit jadi gatal
ulat gongok naik daun..eh..merepek-repek sudah haha

ok..kalau korang nak tau
kehidupan seekor rerama
yang asalnya adalah seekor ulat beluncas yang sangat lemah
hidup didalam kepompongnya
ya hanya dikepompongnya  di bergantung
dikala ingin menjadi rerama
dia sangat berkerja kuat
dia sendirian
dia lemah tanpa makanan
dia kehausan sendirian
dia berusaha dan terus berusaha tanpa jemu
sehinggakan sampai detiknya
dia mampu keluar dari kepompongnya
dan terbang kan sayapnya
dengan warna -warnanya yang sangat indah
masyaALLAH....
dan apabila rerama indah yang segar berterbangan di taman
korang bayangkan ianya sama seperti liku-luki kehidupanku
perjalananku
kesulitanku
kesukaranku
aah..ianya hampir serupa !
dan bila korang bicara soal cinta dengan aku . . . .
inilah jawapan aku ....


CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kelas aku pada suatu pagi ...
kenapa Sham? aku terkejut bila tetiba suara kawan aku tu menjerit didalam kelas
malam tadi...malam tadi aku termimpi kan cikgu Ayu  tie..
ala kau ni..rilek la..adat la tu cikgu Ayu kan lawa,manja dan cantik ,
patut pun kalau kau termimpi-mimpi Sham...
tapi tie aku mimpi cikgu Ayu tu jadi mak tiri aku,
aku tak nak tie..dah tu kau nak mimpi apa pulak sham? aku sikit pelik ..
aku..aku nak..aku nak dalam mimpi tu dia jadi awek aku heheee...
ceh..geli siot dak ni haha..aku ketawa terbahak-bahak
look ! sham pun berangan nak jadi kekasih cikgu Ayu..haha
aku makin yakin sekarang ni ..
market cikgu Ayu makin tinggi dimasa akan datang
pergh.. terbaik lah cikgu Ayu...

hari makin berlalu peperiksaan kian hampir aku diarahkan untuk menghadiri kelas tambahan pada tiap petang semua subjek ada kelas tambahan dan sebagai murid yang memang baik ...ehem2 bangga sey !! aku akan hadir tiap petang ke kelas itu korang jangan tak percaya dalam kelas subjek bahasa malaysia aku nanti cikgu Ayu yang akan mengajar !aah..lagi lah aku teruja untuk menghadirkan diri.. demi cikgu Ayu! hahaha..aku nak tengok bibir cikgu ... aku nak tenung mata cikgu .aku nak dengar kelunakkan suara manja cikgu ..aku nak menatap senyuman manis cikgu kesayangan ku itu !!

yeah!! itu tujuan utama aku ketika dalam perjalanan ke kelas tambahan petang tu..emm Sham pun tak kurang hebatnya petang tu dah macam pegawai kebajikan masyarakat je aku tengok Sham dressing hahaha..excited gitu !! teruja ok..teruja sesangat ehem.. smart siot ..aku mengusik Sham nak jumpa kekasih hati dikelas nanti la tie hehehe ala..bukan untuk belajar ke sham..?? apelah ko smart gila ni hahaha...aku sengaja cari pasal dengan sham menyelam sambil minum air la oi...sham tak mau mengalah bila aku mengusik !eh...jom masuk kelas ,nanti cikgu dah sampai kita yang tak sampai sampai yup..jom..jom.. kami pun bergegas masuk ke kelas nasib baik cikgu belum masuk so kami pun duduk dikerusi dengan tenang...

tak sampai lima minit cikgu Ayu pun sampai aku merenung cikgu Ayu yg sunguh ayu petang ni rambut cikgu yg ikal mayang berombak-ombakketika cikgu melangkah ke kelas kebaya cikgu kale purple sungguh menampakkan keanggunannya bibir cikgu yg nipis sungguh berseri dengan lipstik kale pink lembut semua mulut murid-murid ternganga ketika cikgu masuk suasana kelas  jadi sunyi sepi beberapa minit  ....aku dan sham sedang ternanti-nanti untuk mendengar suara manja cikgu ....


OK ! shelamat pehtang shemua murid - murid . . .harrini shekgu nak menghajar khamu berkenaan esheiy yang shallalu keluar di peperikshaan esh pie em ..what !!!!!!!!???????aku memandang sham ,sham tengok wajah aku !apekah ?? aku menyoal sham dengan membuat isyarat mengangkat kening,sham hanya mengangkat bahunya dengan wajah terpinga-pinga ....


ergh...cikgu Ayu 'PELAT' ??? berkerut dahi sham dan aku ketika tu..oh tidak .. dan suara cikgu ..ye suara cikgu macam suara Zizan raja lawak !! patut la murid-murid kelas lain selalu berbisik-bisik bila cikgu Ayu habis mengajar dikelas mereka ,mereka mengumpat cikgu rupanya ! ah...1 jam bersama cikgu ayu tapi 1 benda pun tak masuk kepala otak aku ni sebab aku langsung tak paham apa yang diterangkan oleh cikgu ayu dan  rupanya bukan aku aje,malahan sham..dan semua murid-murid !!


tapi...aaa tapi kenapa???...aduh... hancur hatiku ..
cikgu ayu... kenapa jadi macam ni cikgu ..
bisik hati ku .... kecewa. . . .





MALAM YANG ASYIK BUAT KU

saat itu jiwa bergetar
naluri ku makin memuncak
degupan jantungku makin kencang
seakan seluruh alam bersorak meraikannya
menakutkan aku dengan rasa 1000 kebencian , huh!
disetiap sudut malam
aku dipancarkan dengan kilauan cahaya yang sangat terang
memancar ganas satu persatu kearah ku
arghhh ...jerit ku dari kamar
sakit tau ... perit ni !
aku  memekik dengan nada yang kian lemah
suasana kamar makin hangat
aku tak mampu memandang sekitar lagi
satu demi satu cahaya memancar tepat ke arah ku
makin lama makin rakus menerjah ke seluruh kamarku
ahh..aku kini terkulai lemah..
makin lama aku makin lemah disitu..
diatas keempukan tilam aku rebah lesu tak berdaya
jiwaku telah ternoda hanya kerana panahan cahaya itu
kini . . . .aku bukan lagi aku . . . .
aku hanya lah pelepas naluri yang terbatas oleh mu !
dan segalanya hanya igauan tidur malam ku yang asyik ...

LELAKI YANG HANGAT

indah ......bisik hati dalam kabus pagi
dingin ... .tubuh ku diraba oleh bayu subuh
resah ...ucapan jiwa saat masa berlalu sepi
rindu ...entah milik siapa rindu ku ini
oh sulitnya jiwa seorang orang yang dipanggil perempuan !
semalam aku diburu bayangan sendiri
saat jemari bertatih dikeypad  laptop
tiba - tiba aku dikejutan oleh seorang orang yang bernama lelaki
ah..nama pun lelaki
baru kenal bagai dah lama jumpa
kalau tak dilayan dikata sombong
tapi jika dilayan , macam - macam mintanya
tak sampai 30 minit aku berchatting
dia sudah berani nak melamar aku!
bukan di alam nyata tapi didunia siber..
perh..satu kerja gila
bukan sekali ini berlaku antara aku dengan lelaki
pernah..ya..pernah berkali-kali
adakah begitu murah nilai sesuatu perhubungan bagi lelaki ?
aku bukan jenis perempuan yang cepat melatah
so aku ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini
apa guna Allah bagi aku akal dan fikiran!
apa guna usia ku yang kian matang ?apa guna naluriku ?
dengan izin Allah aku dapat juga atasi permasalahan semalam!
Alhamdulillah . ...
pernah....ya pernah dulu
seorang orang yang bernama lelaki
yang sudah pun mempunyai isteri ,mempunyai anak
dan mempunyai kekasih gelap juga
dengan sedikit maruah yang terabai
beliau melamarku untuk dibuat kekasih !
ohh..tidak !! bukan lelaki jenis kamu yang aku idamkan
aku bukan tiada harga diri !
maruah cinta aku terlalu mahal nilainya ...
bukan untuk di jual beli untuk satu istilah bernama nafsu
ah..mungkin itu namanya manusia
tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada
tidak pernah hendak bersyukur
tidak pernah mahu menilai harga perasaan insan yang setia disekelilingnya
kadang kala aku menjadi begitu jengkel
dengan perangai seorang orang yang bernama lelaki
bukan aku lupa bahawa ayahku juga lelaki
tapi ayahku adalah lelaki yang paling aku banggakan
ayah sanggup berkorban masa dan keringat
demi keluarganya yang tercinta
sehingga tiap masa yang terluang
ayah tak pernah kenal untuk berehat !
pada ayah selagi hayat dikandung badan
hidup dan mati ayah hanya unutk isteri dan anak-anak
cuma  ayahku seorang orang yang sangat cemburu buta !
dan mangsanya mama ! ahh... itu lah lelaki ...
yang mana aku paling tidak paham apa mahunya . . .
jika tiada tercari-cari ,didepan mata pula dicurigai ...hmmm
pada hari jumaat ini aku hanya mampu berdoa
agar lelaki  di dunia ini tau apakah kewajipannya pada
Tuhannya,Isterinya dan anak-anaknya
serious  ... aku mudah tertarik pada lelaki yang manja  ...*pengakuan jujur ku*


~ batuk hingga suara pun jadi seakan-akan suara lelaki  
hehe ..cobaannn ....

16MEI ....

assalammualaikum warah matullah hiwabarokaatuh cikgu

Masih kedengaran jelas suara ketua kelas  memberi salam ketika cikgu masuk kelas ,waktu itu aku dengan mood mengantuk hanya berdiam dan hanya berdiri kaku .suara ketua kelas di sambut oleh suara murid kelas 5 science 2 ,beramai-ramai dan aku masih lagi diam ....selepas memberi salam beramai-ramai ,cikgu suruh kami duduk..eh..cikgu tak jawap salam pun..tak kan jawap dalam hati je kot ? detik hati aku *mood masih mengantuk*

cikgu : izzati ..kenapa dengan awak ni?

aku   : saya mengantuk cikgu. . . .

cikgu : kenapa ? malam tadi awak belajar sampai jam berapa ?

aku    : sampai pukul 10 cikgu . . .

cikgu : eh..kan awal lagi tu..dah tu kenapa awak mengantuk lagi ni?

aku    :cikgu ...saya tidur pukul 11 malam ,
          tapi tiba-tiba pukul 12 malam datuk saya kejutkan saya..
         dia kata tie..temankan atuk pergi dapur tie ,
         atuk haus la..
         saya yang  mamai pun terus je pergi dapur teman kan datuk saya..
         datuk minum dan kemudian hisap rokok ,
         habis sebatang rokok datuk ,
         baru saya teman kan datuk ke biliknya semula.

aku  :  *diam*

cikgu : ala..takkan datuk awak hisap rokok dan minum air sampai berjam-jam ,
           paling lama pun 20 minit je kot...

aku  : ye cikgu ..selepas saya hantar datuk ke bilik pada pukul 12.30 malam tadi, saya dengar suara anjing menyalak sayup-sayup..dan angin diluar rumah bertiup kencang, saya pun baring atas katil saya semula ..tapi kan cikgu..bila saya hendak pejamkan mata saya  ni,tiba - tiba mata saya terbuka luas, saya terdiam..nafas saya terhenti sekejap... jantung saya ni berdegup kencang..dup dap..dup daaap....*terdiam kejap*

cikgu : kenapa jadi macam tu??

aku   : cikgu ..kalau cikgu nak tau... datuk saya dah 3 tahun meninggal dunia dan malam tadikan malam jumaat....cikgu..malam tadi saya tak boleh tidur tau.. sampailah bilal di masjid melaungkan azan subuh baru saya terlelap...sampai sekarang ni saya tak pasti siapakah yang saya temankan minum dan hisap rokok di dapur tu... cikgu .... sa...ya....naaaak pengsannnnn . . . .@#$%^&*....

*sedar-sedar aku sudah berada  di bilik rehat ,dan disisi aku ialah . . . .
'datuk' yg hisap rokok dan minum malam tadi didapur...
tolong saya cikgu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Selamat hari guru - cikgu ^^

CINTAKU PADAMU


waw..so sweet la mereka
first sweet ..dapat dating dalam hujan
second sweet ... bf dia sanggup berkorban
third sweet ... awek dia comei je senyum

dalam sejuk-sejuk tu ..meowww...haha
and the forth sweet is...walaupun dia marah tapi dia masih tetap melindungi kekasihya dari terkena hujan ,

huhu alangkah beruntungnya miss putih itu.. ini pasti kerana perasaan cinta yang kukuh, mr hitam sanggup berkorban demi miss putih ..

 kalau lah aku ada kekasih seperti mr hitam ?? sumpah ku tak carik lain dah ..hahaha

LAGI TUA LAGI POWER

Eh...apa tu? kelapa kah? atau kereta kah?
ok,ok aku share kat korang apa yang lagi tua lagi power tu..orite...heee
minggu lepas aku balik rumah family hampir 10 hari
saja la kan santai-santai dengan keluarga tercinta
lepaskan rindu yang membara pun ye jugak
sebab lepas ni aku pun tak pasti bila aku berkesempatan jumpa mereka semua
maklumlah kan madam tu kalau dah kerja bukan ingat dunia
aku sebagai PA ni  yang jadi mangsa heee..*macam tak ikhlas je kerja kan *
ok,ok..aku ikhlas seluruh kerja ku, diriku, keringatku hanya demi madam
bhahaha ayat tak boleh blah jek
kalau lah madam tau,mau dia belikan aku kereta sport kejap lagi heee
mak ai..taste tinggi tu !!!
aku sedar aku hanya PA ,bukannya perempuan simpanan madam ok..
oi..ingat madam aku tu lessbie ke hahaha!
oh madam..i dah termengumpat  u pepagi ni...sorry ^_^
aduh ..dah merepek-repek ni...
sebenarnya aku nak share story la
minggu lepas aku ada jumpa member satu sekolah
satu umur dengan aku
didalam usia sebegitu muda, dia sudah pun mendirikan rumah tangga
yang menariknya isteri dia adalah seorang ibu tunggal yang beranak 3!!!
waw..usia mereka berjarak lima belas  tahun tu...
wei..kenapa lah kau cari mak janda beb!
aku saje usik dia yang memang seorang yang kaki sembang
peramah dan penyabar,part handsome tu emmm aku pun cair kalau renung dia lelama
mood *gatai* hahahaha
kan baik ko hantar mak ayah ko datang rumah aku jek
hahaha aku mengusik dia lagi
dia asik gelak..gelak dan kami pun gelak bersama!
tie !! ko nak tau kenapa aku pilih mak janda ni ??
meh  ko dengar ni baik-baik ea..
aku nak bagi tips ..dia berkata sambil gelak
hahaha..ok,ok...share la kat aku wei...
ko tau tak  tie..
orang perempuan ni kalau dia masih muda,masih bergetah
aduh.. hati pasangan dia selalu tak tenang kau tau tak?
lepas tu suka sangat memerintah itu ini dengan suami dia,
nak tu lah, nak ni lah,kalau tak dapat kang  merajuk berhari-hari...
dia bukan kira suami dia kerja apa..gaji berapa.. mampu ke tak..
apa yang dia tau,dia dapat apa yang dia nak..betol tak tie??
aku dah jumpa macam-macam perempuan muda tie..
semuanya asik buat aku makan hati
part curang tu jangan cakap lah
lagi-lagi di facebook tu! bukan boleh dipercaya sangat!
adeh...aku terkedu dengan kata-kata dia
hahaha ye, ye betol tu beb..aku bagi  support  pulak terr..hehehek
aku amek isteri yang tua ni pun pada aku atas niat yang ikhlas tie
selain melindungi dia dari fitnah sebagai ibu tunggal
aku dapat jugak membantu dia menjaga anak-anak nya membesar
dia tu seorang isteri yang sangat penyabar tie..
sejak kawin dia tak pernah mintak macam-macam kat aku
malahan dia belikan aku macam-macam lagi ada lah hahaha
amboii ko..bertuah la badan kan hehehe
aku  pulak rasa jeles kat member aku tu!
memang bertuah tie..usia dia tu buat aku tambah sayang kat dia
selain  sangat 'berpengalaman' dia juga banyak membantu aku yang serba kekurangan ni
maksud aku... aku kan kurang dalam ilmu rumah tangga ni..
dalam ilmu keagamaan..
dalam ilmu menjadi insan yang berguna untuk orang lain
mana tak nya sebelum ni aku asik leka berfoya-foya dalam alam remaja aku
bila dia hadir dalam hidup aku
terasa sangat dunia aku ni jadi sungguh complate !!
sangat-sangat sempurna tie..wa cakap lu !! hahaha
aduh duh duh kau ni kan..
bercakap macam pakar yang sedang angau pulak
hahahaha..kami gelak bersama lagi
eh..family ko tak complain apa-apa ke beb?
tak laaa..mak ayah aku sayang kat dia doe
sebab isteri aku tu sangat hormat kat diaorang,
walaupun jarak usia mereka hampir-hampir jek
malahan selalu bergurau pasal benda yang sama
wei..dia orang satu kepala la ..happening gitu hahahaha
beb..ko biar betul... emm macamana masa depan ko nanti
bila dia dah tua?
eh... aku akan jaga dia sampai keakhir hayatnya la doe
tu janji aku kat dia,kat mak bapak aku..kat anak-anak dia dulu ..
aku sayang gila kat dia ko tau!
takde  sesiapa yang dapat merubah isi hati aku ni lagi
hanya dia..hanya dia hahahah...
chissss.. ko belagak depan aku le ni kan?
sumpah tie..demi Allah tie..aku sayang gila kat dia
ada masa dia layan aku macam putera raja kau tau tak??
gila kalau aku tak sayang dia.. emmm...
perh.. bangga aku siot dapat member macam ko ni!
eleh.. ko ni bila nak kawin tie?? aik?? ko nak aku kawin dengan orang tua jugak kah?
aku menyoal member aku tu dengan  muka selamba ...
ala tie..tua  ke muda ke..kalau dah jodoh tak kemana la beb
emm betul jugak kcakap ko tu kan...
aku ni nantilah...ada ramai anak raja yang ajak aku couple ni
tapi aku belom ada napsu lagi nak kawin lah....
eleh.....belagak siot perempuan  sorang ni!!
anak raja konon..piraaah !!!! hahahaha
wei..apa aku tak boleh ke kawin dengan anak raja beb ?
boleh..boleh tie boleh sangat-sangat..
tu belakang rumah aku ada anak raja..
eh??? betul ke ni? dia buat aku terkejut !
ye..rajagopal a/l samyvilu ...raja jugak kan tu hahahaha
erghhh... kena kan aku la tu!
hahahaha..kami akhiri perbualan tu dengan minum petang
bersama isteri nya yang baru pulang dari kerja
pergh...memang dia sangat manja dengan isteri dia
aaah..jeles aku dibuatnya ..
isteri dia pun sangat penyayang dan lemah lembut orangnya
patut la member aku tu cair hahahaha...
power..powerr... hahaha aku nak powerrrr

SHARE SOMETHING

Hehehe gosip yok
malam ni aku nak share something la
emm pasal sorang member aku ni
dia tu dulu-dulu memang rapat sangat dengan aku
maklum lah kami ni sama-sama kaki blogger
kepala pun lebih kurang mereng jugaklah
cuma aku lebih mereng dari dia kot..lantak lah kan heee
harini dia dah makin busy
dah takde nak pm aku or tegur aku lagi
but aku tak kesah
sebab dia dah sibuk dengan kerjanya. . . .
dan  aku tau dia dah ada kekasih hati sekarang ni ,
so..dia kena lah  jaga jurang antara aku dengan dia
agar percintaan dia dengan gf dia tu berjalan lancar
aku? aah aku ni jenis senang nak adjust perasaan der...
dari dia gaduh dengan gf dia sebab kes cemburu kan aku
lebih baik aku menjauhkan diri dari dia , tapi apa yang perlu,
persahabatan kami ni tak kan terputus macam tu aje
dia masih kawan aku walaupun jarak kami dah jauh. . .
but...aaa...ada but nya tu...
selepas aku dapat tau dia ni ada gf  ...
budak-budak girl dah payah nak komen kat status dia
sebabnya..nanti gf dia cemburu hahaha
komen awek-awek kat situ semua gf dia  like
pastu kan ..tiba-tiba nanti gf dia terus je marah dia
(kat kawan aku tu lah)

ajak msg cakap takde kredit, on9 facebook boleh pulak !!!

...aduh duh duh.. bengang la siot... sorry to say la girl,
if u love your bf,please dont make him ashamed with us la
malu siak kena sound depan-depan member
alaahai... kalau marah pun cover la sikit
aku kesian kat member aku tu,tapi apa nak buat kan
dah awek yang sound dia tu lah kekasih dia sendiri...
so..harap-harap dia boleh tahan sabar la ok...
aku doakan dia bahagia disamping gadisnya itu ..
dan dia bahagia jika hari-hari kena sound ...aaminn heee ~
awak.... ampun  termengumpat awak pulak hahaha

DIA YANG ITU ...

Dia
aku kenal dia belum pun setahun
aku rapat dengan dia belum jugak setahun
Dia memang sorang yang perihatin
perantau jugak seperti aku
walaupun dia tak cakap apakah pekerjaannya
tapi aku yakin yang dia memang seorang yang bertanggungjawap terhadap kerjanya
Dia
dari awal perkenalan memang mudah mesra
mungkin sebab pengalaman sebagai perantau buat dia mempunyai sifat sebegitu
banyak info dan fakta yang aku temui setelah mengenali dia
banyak jugak pengalaman yang menarik bersembang dengan dia
tapi malangnya aku tak pernah mendengar suaranya
tapi ruginya aku hanya mampu melihat photonya
dan aku hanya memandang
dan aku tak mampu menyentuhnya . . .
kalau sebelum ni kami mesra sebagai kawan siber
pernah dia memberitahu aku agar memberi peluang padanya
untuk dia menyayangi aku lebih dari seorang teman !
hasrat murni dia membuatkan aku rasa dia sangat jujur orangnya ...
tapi aku yang memang tak mempunyai perasaan untuk bercinta lagi ini,
terpaksa mengabaikan niat baik dia . . . .
namun hari ni kami makin jauh
aku makin terasa kehilangannya
aku tak pasti sama ada dia terlalu sibuk,
atau ada sesuatu yang dia sorokkan dari aku disini ..
apa yang nyata
ku takkan pernah untuk melupakan dia walau sedetik pun
kerana pada aku dia ada hak untuk semua kebahagiaan dia
walaupun bukan bersama aku  . . . .
ya Allah , Kau selamatkan dia walau dimana dia berada . . . .aaminn...
aku pulak  , biarkan je begini . . . .

PERIHAL AKU

ok harini nak story perihal aku
bila orang tanya siapakah Lyenda ixati tu?
ah mestinya ramai yang jawap 'insan misteri'
ye..tu yang pastinya
misteri sangat kah aku?
ada yang pelik dengan kehidupan aku
dengan cara aku..dengan naluri aku..
apa tak nya kalau korang masuk my muka buku
satu info pun korang tak akan jumpa pasal diri aku
seperti gambar , tempat tinggal , keluarga ,keturunan
dan apa-apa jugak la info yang berkaitan perihal aku!
hahaha apakah itu perlu ?
ala sekadar facebook untuk apakah ?
bukan aku mau cari kerja di facebook
bukan aku mau cari calon suami di facebook
ye semua nya bukan
aku tak mungkin menjadikan facebook ku muziumku
aku jugak tak nak jadikan  facebook
sebagai ejen mencari jodoh buat ku!
dan tak mungkin facebook menjadi penyimpan maklumat diriku!
argh cukup cukup sudah
aku bersyukur atas tiap kehadiran teman-teman yang selalu disisi
mereka penyeri tiap hariku
penawar tiap dukaku
penghibur tiap sunyiku
terima kasih Allah kerana mengutuskan mereka dalam hidupku
dalam saat aku rase cukup sepiku dalam hidup ku yang kosong
satu je korang kena tahu perihal aku . . .
aku selalu beranggapan bahawa
friendship never ends but love ...easy come easy go !
no komen about love anymore. . . .
dan aku sayang semua kawan-kawan aku..serious !

TAKDE MOOD


blog sepi sebab hati tak keruan
maka aku dilarang menaip apa-apa di blog ni
sehingga mood kembali stabil !
menaip dengan mood yang sengal adalah tidak digalakkan
kerana ianya hanya akan menyebab kan sedikit jiwa parah !!
aku akur pada fakta ini !so...
ayuh kita layan mood . . . . tidur jom ....

EH...SEMBANG POLITIK PULAKKK

aduh...rakyat bising lagi
lepas BN jadi juara dalam PRU 13 barang semua naik !
eh macam lumba lari pulak main juara-juara ni hehehe...
apakah kalau PKR menang harga barang tak naik kah bro?
aku sebagai rakyat yang layak mengundi
amat terkilan bila segelintir rakyat
yang asik menghina parti politik yang mereka sangat tak puas hati tu
bukan bermaksud aku ni berjiwa kerajaan
tapi aku suka ambil yang positif way
apa yang aku tengok kepala kerajaan PM kita tu
adalah seorang yang sangat berwibawa
namun disebabkan beberapa orang yang dibawahnya membuat onar
maka semua rakyat yang membenci beliau makin tambah benci
kata orang :

marah kan nyamok,habis satu kelambu dibakar

alahai... matang la sikit
aku dah kenal berbagai golongan manusia
diamanahkan wang beribu ringgit
untuk rakyat ,untuk kebajikan
memang duit tu sampai tapi kalau bajet tu 50rm
pastinya sampai pada  yang berhak itu hanyalah 30rm
yang 20rm tu dicuri toyol!! hahaha
mana rakyat tak naik angin kan...
duit mereka kena curik!! ini bukan kerja PM ok
kalau kerja PM , mustahil peruntukan itu dikeluarkan
ini kerja golongan yang berhampiran dengan rakyat
entah mana orangnya , aku pun tak tau
kata orang lagi :

kerana nila setitik , rosak susu sebelanga

tapi jika benda yang direct mungkin tak jadi macam ni
macam BR1M tu dengan voucher bersih 500rm jadi milik penerima
takde pulak dicuri toyol hehehe
duit...  siapa yang tak gila tengok duit banyak
tapi amanah tu tetap amanah
kan 'tok penghulu'' tok ketua' 'tuan pengerusi'...eh...
pihak pembangkang pulak
kalau nak menang sekali pun
tak perlulah mengutuk membabi buta beb
kerana elok-elok korang boleh menang
terus terapung-apung diawangan
puncanya rakyat keliru
mana satu yang betul
mana satu yang kena percaya?
kesian kat rakyat tau
dan akhirnya pada hari mengundi ramai orang melayu tidak mengundi
kehadiran hanya 60%
yang lain-lain tu tentu tengah dok bengang di dalam rumah
pening....hentak - hentak kepala lagi sebab bingung! hahaha
beberapa hari lepas PRU13
tup-tup harga roti pulak naik ! adeh...
lagi la rakyat marah kat BN
pengusaha pun satu ,
lain kali nak naik pun naikan lah sebelum PRU13 tu
taklah nampak sangat kesannya ! adoiyai
pada yang dok bersunggut tu
aku dah cadangkan makan lempeng buatan sendiri
lagi jimat dan dijamin halal ..ye kan ?
sekilo tepung cap bunga cempaka tu boleh dapat berkeping-keping lempeng
hebatkan? hahaha
harini mereka dok bising lagi gas memasak naik !
dari rm 28 ke rm 30 !
adeh..mengeluh lagi rakyat...
padahal kalau parti lain menang ,
mungkinkah harga gas tu turun,??
so kat mana nak untung nya negara ??
adeh...tak matang betol
sebenarnya dalam dunia diakhir zaman ini
memang diakui semua barang naik harga
ni bukan aku memandai,
tapi ustaz di kelas fardhu ain ada jugak menyebutnya...
opppss..namun begitu ada jugak yang turun tau...
apekah ???? ia tak lain tak bukan  ialah
nilai budi bahasa dan adap sopan manusia dengan manusia itu sendiri..
itu yang makin menurun ....sedihnya...
mohon kita bukan tergolong dengan golongan sebegitu la ye..aamin...



BUTAKAH CINTA ?

Abang dan akak berkahwin dah hampir 10 tahun
abang kenal akak sewaktu akak di tingkatan 4 lagi
percintaan yang hebat membuatkan abang meminang akak
ketika akak berusia  19 tahun,
abang sayang akak lebih dari dirinya sendiri
pada usia semuda akak , jiwa remaja akak masih berapi
walaupun sudah bergelar isteri orang
akak masih lagi keluar bersama teman-teman sekolah
akak masih lagi bersosial kesana kemari bersama mereka
akak bosan duduk dirumah
lebih-lebih lagi duduk dirumah ibu mertua
ye akak betul-betul bosan!
itu alasan akak pada abang
ketika abang memarahi akak kerana keluar rumah  terlalu lama
'orang bosan tau tak?' bentak akak pada abang
dan abang faham yang akak ialah isteri muda yang perlukan enjoy
abang hanya merenung akak dan berlalu pergi
tanpa berkata apa-apa  . . . ..
setahun perkhawinan abang dan akak dikurniakan anak
gembiranya hati ibu mertua dan keluarga
rumah mereka diserikan dengan tangisan bayi comel abang dan akak
kemeriahan terasa dan semua sangat bersyukur...
masuk ke tahun kedua perkhawinan
akak dah mula bosan duduk dirumah
akak nak pergi mencari kerja
abang pula kasihan kat akak dan mengizinkannya
anak mereka , ibu mertua yang jaga
akak berkerja dengan hati yang gembira
kerana terlepas dari kebosanan duduk dirumah!!
tapi akak kian matang dan telah berubah
dari perangai nya yang buruk dulu
ya akak dah menjadi ibu dan isteri yang baik ,alhamdulillah
masa berlalu . . ..
akak mula perasan yang sikap abang sudah berubah
abang sudah mula pandai pulang lewat malam
abang sudah mula bijak memutar ayat
abang sudah mula ambil sikap sambil lewa kat akak
handfone abang tak pernah lepas ditangan
facebook abang sentiasa lampu hijau
kadang-kadang abang dapat panggilan rahsia
yang buat abang tepaksa meninggalkan akak untuk menjawapnya
mengapakah??
pada satu hari akak nekad memeriksa senarai panggilan di phone abang
ada satu nombor yang kerap menghubungi
tapi siapakah??
tanpa berlengah akak menyalin nombor itu kedalam handfone akak
ketika akak free akak cuba mendail nombor itu,
dan bagai diduga akhirnya ternyata
nombor itu adalah nombor kekasih baru abang
hancur hati akak
lemah tubuh akak
pandangan akak kabur
kasih sayang selama ini akak pertahankan
telah dipandang ringan oleh abang
akak menjadi lesu disaat itu . . . .
air mata akak menjadi teman kini..
petang tu ketika abang pulang dari kerja
satu perkelahian terjadi dan akhirnya..
abang mengaku yang memang itu kekasih baru abang dan
mereka berjanji akan mendirikan rumah tangga sikit waktu lagi
kerana mereka sangat sayang menyayangi
malangnya kekasih abang meminta abang menceraikan akak dahulu
aduh... lagi derita hidup akak
mampukah akak tanggung semua ini ?
bila akak kata akak akan mengalah
dan meminta abang meninggalkan akak
abang tak sanggup kerana abang tetap sayang kan akak dan anak
abang masih sayangkan akak
tapi akak makin makan hati!
akak takkan biarkan abang menanggung dosa,
bercinta dengan yang bukan halal bagi abang!!
memadu asmara secara sembunyi-sembunyi
terpaksa berbohong dengan akak untuk menemui kekasihnya
akak dah tak sanggup melihat telatah abang yang sedang angau
kerana orang angau mudah panas baran
dan mangsanya akak dan anak ...
akak dan tak sanggup untuk semua ni
akak minta dilepaskan
akak mengadu pada ibu mertua
namun ibu mertua tak mampu menasihati abang yang kian angau!
akak menghubungi kekasih abang minta simpati
tapi akak pula di maki dihina oleh beliau
aaah..kejammnya manusia
sudah la mengambil hak orang
merebut kasih sayang orang
berusaha meruntuhkan masjid orang
kini menghina pula orang yang diinaya jugak ??
mana kah nilai budi bicara sebagai seorang mahluk Allah?
perempuan begitukah pilihan kedua abang ?
sanggupkah abang memperisterikan insan yang tiada peri kemanusiaan itu ?
ye..cinta itu buta
akak  yakin Allah sengaja menguji abang dengan insan secantik kekasih abang itu
sebenarnya abang tak sedar ,kecantikan akan pudar jugak akhirnya
kasih sayang yang ikhlas juga yang akan kekal
yang membuat satu lagi persoalan
mengapa insan secantik kekasih baru abang tu memilih lelaki seperti abang ?
sudah habiskah lelaki-lelaki bujang diluar sana ?
sudah hilang kah kejantanan lelaki-lelaki bujang zaman ini ?
apakah keistemewaan abang itu sangat hebat ?
dia tak terfikirkah jika abang akan buat pekara yang serupa padanya satu hari nanti ?
insan seperti abang akan sentiasa mencari insan yang baru dalam hidupnya
kerana abang memang tak pernah rasa puas
abang tak pernah bersyukur pada apa yang dimiliki
abang selalu ingin mencuba yang baru dalam hidupnya. . . .
aaaah memang benar cinta membuat insan itu buta
ya ..buta hati..buta jiwa..buta mata hati juga...

pada gadis diluar sana hanya satu pesanan dari aku :

kalau korang rasa korang dah jumpa cinta sebenar . . .  silalah pastikan yang insan yang kau cinta itu bukan milik perempuan lain,kerana jika korang merampas kebahagiaan orang ,tak mustahil kebahagiaan korang jugak akan dirampas suatu hari nanti . . . aku berkata atas pengalaman , carilah cinta yang direstu kerana menyintai tak bermakna memiliki ...ingat tu sayang . . . .

LAMUNAN TAK BERTEPI

Esok tetap ditangan Tuhan
bukan aku yang menentukan
usahlah engkau salah sangka
masa merubah segalanya
semangatku bagaikan hilang
dibawa dirimu oh sayang
walaupun perit hidup ini 
akan aku tenang selalu . . .
dibibir aku mengukir senyuman
dihati ku tersimpan kepedihan
biarpun engkau tiada lagi
aku setia mengingati
biar diri aku seorang
hanyut dilautan lamunan tak bertepi . . . .. 

I MISS YOU

gerimis sepi diluar rumah
aku yakin memang dah tak boleh keluar 
pasar malam hanya cadangan disiang tadi 
tapi kenyataannya aku tetap tak boleh pergi 
apa nak buat,dah hujan  . . . sabar je la 
jalan terbaik ialah lepak dalam bilik
ditemani adik - adik aku yang manja-manja ni
sembang sembang pasal  persekolahannya
sembang sembang pasal  kawan-kawan facebooknya
gossip-gossip nya dan diselang seli dengan gelak tawanya
dan bila tiba part touching ,
tiba-tiba suasana jadi sepi ...
aah..perempuan senang sangat tersentuh hatinya
aku diam kan diri kejap
adik pun terus  senyap
air mata turun mengalir dicelah mata kami  sepi dan  lesu ..
ergh...tak mau aku menangis lagi !
tiba-tiba....
aaaah ingatan ku beralih pada seseorang
madam ...i miss u 
degup jantung ku terhenti seketika
mana madam ekk?
takde call?
sihat kah?
busy kah tanpa aku disisi?
macam dah lama sangat aku tak dengar bebelan madam  kat staff,
macam dah lama sangat aku tak dengar keluhan letih madam,
macam dah lama sangat aku tak bersalaman dan mencium jari-jari madam,
aaah rindunyaaaaa . . . .madam . . . . .realy , i miss u . . .





UJIAN YANG TELUS





sekali lagi ku diuji
semuanya bukan kehendak aku
ini adalah dugaan
aku yakin ini adalah hadiah terbaik
aku yakin Allah sangat sayang kat aku
aku yakin semua nikmat yang aku rasa ini
adalah balasan tiap perbuatan silam ku
ye...aku yakin sangat-sangat
ujian kali ni sangat besar
ujian yang merantai jiwa
harapan ku ,aku tabah mengharunginya . . . . .


MANGSA KEADAAN LAGI

salam mesra dari aku
hari ni masuk hari kelima aku disamping mama, adik-adik dan ayah
hari kelima aku meninggalkan rumah bujang ku
hari kelima aku meninggalkan madam dan kawan-kawan satu ofis
hari kelima jugak aku asik melepak dikamarku
yang mempunyai 1001 kenangan dalam kehidupanku
tiada yang indah lagi dikamar  ini. . .
tiada yang boleh buat aku tersenyum mesra
tiada yang dapat mengerti apa yg ku rasa disini
aku kat sini nak ucapkan terima kasih
sebab ada yang sudi berkawan dengan aku
sebab ada yang sudi menyayangi aku
sebab ada yang sudi merindui aku
tapi aku tak pernah mintak semua tu
aku tak pernah mengharapkan semua tu
apa yang aku nak dari korang hanyalah. . .
korang rasa akan kehadiran aku dalam hidup korang
korang hargai adanya aku disisi korang
korang kenanglah detik-detik manis saat aku bersama korang
dan korang bukan tak tau dari awal lagi aku dah kata
kehadiran aku hanya untuk satu istilah 'kebahagiaan'
dan aku nak korang bahagia disamping aku
aku nak korang terasa yang korang masih mampu tersenyum
aku nak korang hargai harga satu ikatan persahabatan
aku nak korang tau yang aku sangat menghargai korang
aku nak persahabatan kita kekal selamanya ,tapi mohon la...jangan mencurigai aku  ....

CARI DAMAI DIHATI

mood entah pegi mana
semalam bukan lah hari cuti yang indah buat aku
hari ni mood pulak hilang
jiwa yang entah apa-apa ni tetiba jadi moody
tak tau mana silapnya
lepak blog lah keje yang paling menenangkan
edit background
edit layout
adjust widths
emmm..tu je yang buat aku lupakan masalah seketika
balik ke pangkuan keluarga ?!
masih menjadi tanda tanya diminda ni . . .

MALAM JUMAAT

malam jumaat
aku takde mood nak bermuka buku
.......otak aku dah tak berapa betul sekarang ni
lebih baik aku duduk diam-diam kat bilik....
layan mata ...pejam rapat-rapat dan....T.I.D.U.R.
selamat malam madam,sorry i ponteng...

MASIH BELUM JELAS

awak , awak tau tak
kadang -kadang bila saya bersembang dengan awak
hati saya jadi beku
air mata saya pasti turun laju saat tu
nafas saya jadi tersekat-sekat
dan pemandangan saya jadi kabur seketika
apa yang jadi kenyataan disini
awak belum lagi mengenali siapa diri saya yang sebenarnya disisi awak. . .


SATU LIMA DUA KOSONG SATU TIGA

Saat ni aku sendirian disini,
dipuncak gunung yang dingin,
bersama desiran angin pagi
sesekali bertiup lembut kewajah
dengan manja angin membelai rerambut lembut
namun wajahku masih suram..
rupanya keindahan puncak
tak mampu menjadi penawar
tubuh ku saja disini
tapi hati ku entah dimana
emm ... rindu datang menjenguk ku
dikamar ini aku dilanda rindu
aku rindu kamu,
ku pujuk hati . . .
mohon bersabar laa
esok pasti kan terlerai. . .
dan sekali lagi hati akur kehendak aku
dan kami sepi disini berteman air mata ....
awak . . . . . .saya rindu  . . .   :'(