EMMM BILA LAH NAK HABIS

malam ni malam sambutan kemerdekaan malaysia  . . merdeka !! merdeka !! merdeka !! malam ni jugak saya hanya duduk dirumah  sambil layan mood  ,rehatkan badan .sebab esok pagi-pagi lagi kami dahgerak ke selatan tanah air . . .  selat tebrau ,aku rindu kamu . . .

sebenarnya  saya tak terfikir yg raya masih belum habis ! hebatkan ? ye masih lagi mood raya rupanya dan kali ni kita sambut 'merdeka raya '

di malaysia ni kita bukan je ada sambutan raya aidil fitri dan raya aidil adha  ,tetapi juga kita ada sambutan 'kongsi raya' , 'depa raya' dan kali ni 'merdeka  raya' ! dan walaupun tidak berapa meriah tapi disebabkan hari kemerdekaan jatuh pada hari sabtu , maka semua rakyat malaysia  meraikannya dengan berbagai aktiviti

esok 31 hb ogos ! saya ada 3 undangan perkahwinan , 8 open house , 2 kenduri doa selamat dan 1 majlis pertunangan . .  camana tu ?? huhu keputusanya saya ambil aktiviti yg membolehkan saya pergi bersama mama,ayah dan adik-adik ..'fair' kan ?? mana yg teman-teman sekolah tu saya terpaksa call mereka dan mohon maaf  sebab tak dapat datang !! huhu . . .

sebenarnya undangan ni wajib di hadiri ,kerana orang yg mengundang tu mengharapkan kehadiran kita ! tapi saya pun pening  nak buat macam mana ? bila berbincang dengan mama . .  mama mencadangkan keluar saja dengan keluarga ! lebih selamat . .  ok mama . .  i follow u . . .

taddaa !!! esok saya nak pergi open house ,jemptan kawin dan berhari raya di rumah sanak saudara di temasik !!  jumpa lagi . .  wassalam . .

TAK DAPAT MENGUBAH TAPI BOLEH MENYELAMATKAN

Assalam malaikum awak . . . jumaat datang lagi , dia dapat jumpa awak ,dia dapat jumpa saya ,dan dia dapat  jumpa semua yg masih bernyawa lagi harini . alhamdulillah siapa dia  ?? encik jumaatlah hehe . . . namun jika tidak diberi peluang lagi ,belum tentu petang ni kita dapat berjumpa dengan jumaat hari ni .. waAllah hualam. . ..

awak ... sejak kebelakangan ni , dapat kita lihat bagai mana tragedi kemalangan belaku yg meragut banyak nyawa. termasuk yg baru2 ni tragedi yg belaku dimana kereta avanza berlanggar dengan lori di tangkak . . .dalam sekelip mata keluarga mereka kehilangan orang yg mereka sayang . .  padahal semua mangsa tu baru saja pulang dari menziarahi ahli keluarga mereka yg baru meninggal dunia di pahang . . .  innalillah . mungkin ini takdir tapi bagaimana kah jika perjalanan itu dirancang lebih awal ,maksud saya mereka mulakan perjalanan diwaktu siang atau diawal malam ,mungkinkah terjadi ? aaah..sudah di tulis dari azali ,kita tak mampu merubah . . .

awak . ..pengalaman saya sebagai pengguna jalan raya yg tegar  . .huhu *perasan* kita boleh amalkan beberapa tips untuk mengelakkan kemalangan :

1 mulakan perjalanan diawal pagi kerana waktu tu tak banyak kereta dan pengguna jalanraya yg lelain masih lena tidur ,lagi best mulakan pada jam 6.30am selepas awak solat subuh masa tu memang jalan lenggang dan sangat selesa ,jangan pulak masa tu awak nak racing pulak sengsorang nahas nanti . .  eksiden sendiri pulak!

2 kalau dah tau malam nak gerak, siangnya tu janganlah asik nak bersembang,baik waktu yg terluang tu diginakan untuk tidur *untuk pemandunyalah* penumpang ok je kot kalau tak tidur siang.

3 jangan makan terlalu banyak sebelum memandu ,nanti perut dah penuh ,mata jadi mengantuk ,lagi-lagi dah kena air-cond ,alahai . ..  bahaya tu

4 cari kawan yg duduk sebelah yg kuat bebel !!  'kompem' awak tak mengantuk walaupun memandu 10 jam hehe

5 carilah 2 orang pemandu jika berjalan perjalanan yg jauhnya lebih 4jam ,sebab manusia nikan macam-macam rasanya , so kalau yg sorang mengantuk atau letih,yg sorang nanti boleh gantikan.

6 masa memandu tu janganlah asik nak tukar cd lah,tukar siaran radio lah,tukar kasetlah ,bahaya tau! sebelum mulakan perjalanan tu baik awak adjust la dulu ,then masa dalam perjalanan tu nanti awak tak perlulah asik nak buat apa-apa lagi . fokus pada pemanduan jek !

7 berhentilah kalau letih ye,jangan paksa diri tu, enjin pun tau penat,ni kan lagi manusia ... RNR kan ada...

8 mulakan perjalanan itu dengan doa ( doa mula perjalanan ) kalau tak tau sila cari dirumah mr google tu !

Awak  . . .sebenarnya ada banyak pekara yg orang anggap remeh tapi sebenarnya ia dapat membantu kita sebagai pengguna jalan raya ...ingat ye awak jalan raya bukan lagi laluan ke distinasi  ke semua arah didalam  dunia ni ,ianya jugak distinasi ke alam lain . . Allah Maha Besar . . .

HARI-HARI KASI GOYANG

selamat malam jumaat semua ! lepas baca yasin , online muka buku kejap ,then mengadap blog la apa lagi ,malam ni saya macam nak happykan blog ni biar mood saya akan jadi makin hot !! huhu ... ok !!  cari punya cari  .. .akhirnya terhasil lah yg awak lihat sekarang ni . . . so  . . . . jum goyang sampai esok  !!! hehehe

*tapi yg online guna handphone takleh goyang kot heeee . . .*

SEMALAM PUNYA HAL

awak...meh nak cerita . . . .

lepas saya offline muka buku malam tadi tu kan ,  rumah saya di kunjungi oleh teman-teman adik yg cute miut tu , ala tomey nya budak-budak pengkid ni . . .  disebabkan adik saya demam maka saya lah yg terpaksa melayan mereka terlebih dahulu sementara diaorang tunggu adik saya keluar dari bilik !

sis ! kata mia sis nak sambung study ? betul ke ? salah sorang pengkid tu bertanya pada saya . yup..betul ..kenapa? tak percaya ke ?? hehehe saya menjawap sambil gelak kecil.

bidang apa sis ? eh tanya lagi !! emmm..budak ni menyoal lagi le pulak , soalan saya tidak pulak dia jawap lagi tu ! hmm .. pendidikan awal kekanak !..jawap saya ringkas .. oooh.. tapi kenapa bidang tu sis,kata mia sis kan terror science and ekonomi . . .so nape tak ambil bidang yg berkaitan je? kan lebih mudah nanti . . kan kan kan ?? hahaha dia gelak kan saya  ???? isshhhh.. budak ni..ada makan penampar juga di pipi gebu dia kang ...dok asik menanya dah macam polis pencen le pulak .

beb . .  sis ambil bidang tu bersebab la,bukan suka-suka tau . .jawap saya ringkas  . .    ooo..sebabnya apa ?? adeh . .  tangan kiri saya ni dah gatal dah masa tu !! emmm . . yup..sebabnya sambil sis belajar bidang  tu untuk satu gulung kejayaan, sis jugak akan menimba ilmu untuk masa depan sis..iaitu alam perkhawinan nanti . . .

contohnya zaman ni dah ramai ibu bapa yg suka sangat mengabaikan personality anak mereka ! apa yg mereka nak anak diaorang bijak dan sihat! wal hal mereka tidak memikirkan bagaimana nak mendidik rohani dan jasmani anak-anak itu . .. so bila dah dewasa nanti ,, bila anak-anak nakal tak dengar kata , reti pulak ibu bapa yg marah , pening kepala dan risaukan anak mereka! masa tu dah tak guna sebab rebung dah jadi buluh !!

eleh...sis ni , orang dah cakap . . kawen jek ,lagi senang tak payah fikir banyak ,duduk je kat rumah  , jaga suami , jaga dapur dan jaga anak . . hahaha  alamak !!!!! dia gelak kan saya reramai ??? adeh . . . 

hellooo . . . dengar sini key..sis nak bagi tau kat korang. . . kawen tu memang senang , tapi tanggung jawap  nya tu yg perit nak di tunaikan ..korang  cuba tengok family korang je key , mak ayah korang bersusah payah nak besarkan korang then jaga korang ,pastu kena pikir pasal masa depan korang, nak makan ,nak sekolah, nak hidup sama standart macam orang lain . . .haaaa camana ?? senang ke susah ?? aaaaa..jawap..sapa nak jawap??

hurm . .  ye sis ..memang susah pun ,siang malam kerja belum tentu jadi kaya .!! mak saya cakap biar tak de harta tapi ilmu tu kena wajib ada , kalau tak sampai bila pun hidup tak berakal  . . .  

kannn... aaa pandai pun jawap eah.. hehehe .. bijak jugak budak tu *bisik hati saya* so bukan mudahkan nak mendidik anak kalau dari awal dah tak terdidik ?? hmmm yang korang ni bila nak jadi perempuan tulin ni?? hahaha saya sengaja mengusik mereka !! 

emm . . emm . .  nantilah sis . . .  bila kami dah ada napsu kat lelaki nanti ,kami jadi la perempuan origenal semula !! hahahahah... sengal punya jawapan !! ku tampa kau kang !!! jawap saya sambil menjerit kat dia . . dan kami pun gelak sesama . . . .

mia..moga cepat sembuh *hujan* hehehe

BIARLAH RAHSIA

hai awak . . hujan pula diluar tu , ingat nak keluar pergi kedai top up ,adeh . . .  dugaan betul ni . harini macam biasa lah lepas semua aktiviti saya dah settlekan ,blogging adalah tnggungjawap yg dah tentu nya menjadi pilihan saya ...

awak selalunya lah kan , semua orang suka mendengar rahsia . .  ye tak ? tapi hari ni saya ada rahsia dan ingin di kongsikan kat seseorang , pelik !!! boleh dia tak nak dengar?!! uuyoo firstime ni taw.. hehehe

tapi tulah kan. .. dah orang tak mau dengar rahsia tu , maka saya pun akan simpan rahsia tu elok-elok agar ianya kekal menjadi rahsia saya . . .kbhaii,,

CINTA SEJATI

selamat pagi sang mentari  ,
selamat pagi burung - burung ,
selamat pagi dunia  ku . . .
terima kasih Allah
kerana memberi ku peluang
untuk bernafas lagi hari ni . . .
di kedinginan yg menyerlah
setelah bumi disirami hujan malam tadi
ku gagahi tubuh untuk bangkit..
kerana tugas dan tanggung jawap
yg setia menanti diluar sana !
hanya dengan senyuman
ku lihat wajah mama ,
ku renung wajah ayah . . .
assalammualaikum mama . . .
assalammualaikum ayah . . .
waalaikumusalam sayang . .
serentak mereka berdua menjawap salam ku . .
sambil tersenyum ,
ku melangkah lesu ke bilik mandi . . . .

awak . . .hari ini mungkin saya masih boleh tersenyum untuk mama ,untuk ayah saya , memberi salam buat mereka berdua , membantu mereka semampu saya , mendidik adik-adik saya , menjaga harta mereka , tapi saya tak pasti ,apakah esok hari saya masih akan dapat melakukan pekara yg sama untuk mereka . . . .?? waAllahhualam . . . .

awak . . . semua anak sayang ibubapanya , semua anak manja dengan ibubapanya , semua anak mahu perhatian dari kedua ibubapanya . . .kan awak kan . . .tapi tak semua anak mendapatkannya awak ...hmmm

tapikan awak . .  jika kedua mereka itu tidak memberi perhatian  kat awak selama ini .  janganlah awak berkecil hati pada mereka , cuba awak cari ( siasat ) apakah punya nya diri awak tu terabai kerana setiap perkara yg berlaku ,mesti ada sebabnya bukan saja-saja  . . .

awak . . . walau siapa pun orang tua awak ,mereka adalah ibubapa awak . . tugas awak hanyalah  berdoa setiap masa agar awak akan menjadi anak yg berguna untuk mereka di dunia dan diakhirat nanti . kerana doa dan amalan soleh anak-anak yg masih hidup itulah yg akan menyelamatkan kedua orang tuanya dari siksaan api neraka . .  .

dan setiap hari bacakan lah al-fatihah untuk mereka berdua , sama ada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia . selain awak mendapat pahala , ibubapa awak pun mendapat rahmatnya  . . insya Allah . .
awak . . . jum . . . *Al~ Fatihah*

BETUL-BETUL COOL


ahha . . ada orang ajak saya memancing harini !! tapi  . . .saya tak boleh ikut la sebab dia jauh hmmm. . .. bila cerita pasal memancing ni ,saya memang minat memancing jugak, dan saya pun peminat pemancing jugak..eh..berapa banyak jugak da. . . hahaha

awak..oo..awak ..kenapakah saya suka dan minat pemancing ni ? aaa...pastinya awak nak tau kan ? meh saya tunjukan ciri - ciri kaki pancing yg membuatkan saya minat sangat kat dia  ...adeh..kantoi la lepas ni hee

awak . . .dalam katogeri hobi orang lelaki ni,ada berbagai-bagai jenis hobi diaorang kan ..contohnya kaki rempit a.k.a .race , kaki pancing, kaki movie,kaki bola ,kaki snooker ,kaki siber ,kaki jamming ,kaki club ,kaki lepak, kaki skod ..eh.. ada macam-macamlah kaki yg diaorang minat ,letih jari saya nak menaip ni ! aduh ..awak fikir lah kaki apa lagi yg awak tau ye . . .

tapi paling cool dan paling penyabar ialah kaki pancing ni lah hehe ,sebab apa ? aaa sebabnya dia orang buat satu benda yg tidak pasti ..tapi diaorang masih tetap cool , tenang , sambil termenung ,melihat air sungai ,air laut,air kolam dan mereka tak sedikit pun mengaku kalah walaupun 3 jam memancing tapi tak dapat ikan ! hahaha hebat tak !!!? yesss...hebat bukan . .  biarlah letih tangan tu memegang joran , biar kaki digigit nyamok nakal , biar sejuk ditiup angin mengoda, ye ! mereka tetap bersabar dan terus bersabar!
ciss . .


kalau kaki video games pergi memancing ,mau 5 minit dia dah balik,sebab dok bosan menunggu sebabnya kalau di video game tu 5 minit dah pastinya  naik 10 level dah kot? hahaha.. balik bang..balik jekkk . . . main games kat rumah lagi best ..hehehe nyamok pun tak gigit kaki abang tu hehehehe

dan sesungguhnya saya respek kaki pancing yg bijak pandai tu juga disebabkan sambil memancing dia boleh gak guna masa terluang tu dengan  , main games , berfacebook ,berwechat , ber itu . .berini .. hahaha dan pada bro yg dah kawin tu..aaaa..jangan pulak buat alasan memancing tu sebagai peluang untuk berchatting dengan skandal ok,kang kantoi kang bang hehehe ..saya cakap je  . . .

oklah..kang tak memasal saya pulak yg kena pancing kat sini huhu ,seram deh !! so dengan rasa rendah dirinya saya minta izin berhenti disini dulu , pada kaki pancing tu ,kalau tak dapat ikan disungai ,meh kita pancing ikan diakuarium ,oktak idea  ni ??? heeee . . . acah je :p



ala . . .anak ikan jek. . .hmm

EMPAT SEBAB TERIMA KASIH

hai awak ..ada beberapa pekara yg saya nak kongsikan di post kali ni

pertama ,saya nak ucapkan terima kasih kerana awak semua sudi berkunjung ke blog peribadi saya ni, membaca luahan isi hati saya ,menyelami detik saya suka ,detik saya berduka dan berbagai-bagai detik..termasuklah detik 12 malam . . . . aaaa. . .

kedua , saya nak ucapkan terima kasih kerana ada diantara awak yg sudi mem'follow' blog saya ,padahal blog saya ni bukan la 'pemes' sangat ,bukan macam blogger-blogger yg hot tu ! saya hanya blogger yg baru nak up, yg suka syok sendiri dan sangat cool . . . eceh . . . *perasan pule*

ketiga , saya ni memang suka meroyan, apa yg saya taip tu memang terjadi dihadapan jalan kehidupan saya seharian ,kalau lah awak nampak macam pelik,itu bukan lah 10 pekara pelik yg terbaik oleh 'HAGEMARU' tapi ianya hanya pelik pada orang lain,tapi itu ialah reality pada saya  . .  terima kasih la sebab percaya kata-kata saya .... . .

keempat , tentang lagu - lagu diblog saya tu  kalau awak rasa tak best untuk saluran telinga cute awak tu ,awak bagi lah lappy awak tu silent kejap ye ,sebab semua lagu-lagu tu adalah pilihan saya ketika tu ,kalau awak perasanlah kan,ianya berubah-ubah ikut mood saya yg kadang-kadang solehah,kadang-kadang jiwang,dan kadang-kadang sengal dan sesungguhnya saya ni sebenarnya peminat lagu-lagu rock !! . . .so terima kasih kerana sudi  perlahankan sound lappy awak  . . . .

awak . . tolong lah awak. .tolong lah . . .janganlah mintak yg kelima kat saya ,saya dah tak mampu dah ni .. cukuplah keempat-empat sebab tu je ok,kang banyak sangat sebab ,awak rasa saya adalah editor sebuah majalah hiburan kelas menengah pulaknya,saya belum ambil bidang tu lagi la awak, saya hanya seorang orang perempuan yg selalu diganggu oleh hormon estrogen yg pasti akan muncul aktif disetiap bulan ...kalau tak paham ,sila paham-pahamkan ye  . . . sekian terima kasih  . . .maafkan saya ~

HANYA KAU SEORANG . . .


FEEL BORED

Pagi ni pagi rabu  . . . seindah pagi yg tenang dan mood yg ceria ,saya telah memulakan aktiviti jalur lebar dengan tenang dan ceria jugak ,tapi belum  pun panas jari saya menekan keypad, rasanya belum pun 10 minit saya online ,seseorang dah buat saya rasa down . . hmm

awak ...saya tak suka cari pasal dengan orang yg saya sayang . saya pun tak suka nak cari punca silapnya ,sebab pada saya apa yg saya buat semua nya adalah iklas ,lebih - lebih part sayang menyayangi ni ,bukan satu kerja memain buat saya ! awak ingat senang ke kita nak sayang kat seseorang tu ? dan boleh menyayanginya selama mungkin  ?  kalau awak mungkin boleh kot, tapi tidak saya ! awak boleh fikir berapa lama kita berhubungkan so awak ada jawapannya disitu . . .

kalau lah kata sayang yg saya ucapkan ni  tak iklas,mungkin saya boleh beralih rasa sayang saya kat semua orang setiap masa, dan saya dah lama abaikan awak , tapi pekara tu tak belaku pun kan ...takkan awak??  saya tetap mencari awak walau dimana pun awak berada so kenapa nak pertikaikan lagi ?? hmm . ..  tahlah..

so dengan sebab itu ,saya mengambil keputusan ,harini no facebook , no handphone ,no games , no twitter , and no bloggwalking . . i wanna to feel free and i dont want to make any mistake  today .. and its make me feel so boried  but i'll redha . . .semuanya  sebab saya tak mau awak nampak silap saya lagi lepas ni . . .teman rapat saya pun semuanya sunyi  . . . .offline ~

BISIKAN TERAKHIR

Tuhan . .
malam ini  biar saja ku ditemani Mu
tanpa  insan yg ku sayangi disisi
kerana ku pasti . ..
diakhir perjalananku nanti ,
hanya Kamu yg mampu menemaniku ..

Tuhan . . 
dalam kelam malam yg sunyi ini 
baru ku sedar ,betapa aku kini telah tersasar jauh 
ku telah  jatuh tenggelam kedasar nikmatMu
ku abaikan semua perintah-perintahMu
hamba jenis apakah diriku ini Tuhan?? :'(

Tuhan . .
kini setelah ku sedari
ku akan belari meninggalkan sejarahku
tanpa menoleh pada kenangan semalam
ku akan pergi meninggalkan mereka
dan semuanya disini  . . . dan
ku akan pergi menemuiMu Tuhanku . . .

Tuhan . . .
Kau lindungilah dia yg pernah menyayangiku
Kau sayangi dia yg pernah merinduiku
Kau sayangilah  dia yg pernah mendoakan untuk kesejahteraan ku
sesungguhnya padaMu Tuhan tempatku mengadu
padaMu juga lah akhirnya aku ditemukan . . .dan kini ku menanti detik-detik itu . . .



MARAH LEW TU ?

SAYA BOSAN !!ye awak lepak disini memang bosan , hantar pesanan ringkas kat kengkawan masih tak berjawap ! akhirnya switch off the phone ! abis cerita ..heee

eh... ada orang cakap yg dia tak boleh hidup tanpa handphone ! what the ekk?? saya ni dalam seminggu hanya on handphone tak sampai 10 jam pun . . .ok jek.. mungkin saya  bukan budak 'hot' macam dia kot, saya kan budak cool . .huhu *perasan *

awak..oo..awak . . taukah awak apa kesannya kalau hari-hari kita bergantung dengan kemudahan ? jawapnya hidup kita ni tak kenal erti susah tau .. nak apa je call ..nak marah je massage .. nak itu , nak ini hanya dihujung jari ..so sampai bila kita nak belajar berusaha ??

cuba awak bayangkan . . .bila awak marahkan seseorang tu , dan awak hanya melepaskannya di handphone ...ishh mana ada feel ..lagi baik awak pergi rumah dia naik motor ke..naik bas ke..naik kereta ke..then bila sampai rumah dia ,awak tekan hon kekuat !! sampai dia keluar ,pastu awak jerit panggil nama dia ,suruh dia keluar ! bila dia dah keluar ...apalagi ..bahan je la marah dia !! sampai dia nangis guling-guling hehehe dan saya yakin,awak bukan je nampak hero/heroin ..tapi nama awak ,wajah awak akan menjadi 'pemes' dimuka hadapan surat khabar...aaa.. tu baru hero /heroin namanya ....ada bran ke awak ? hehe

pesanan saya : baik awak jangan ikut plan cantik saya tu , sebab saya sendiri pun tak berani nak buat hehehe ,cuma apa yg saya nak,bila awak marah pada seseorang ,cubalah bersabar dulu ,then bila tiba masa yg sesuai,awak luahkan lah kat dia yg awak tak senang hati dengan cara dia , mungkin masa tu dia akan paham dan awak pun dah tak berapa rasa marah ,

dan lagi elok lagi kalau awak sakit hati kat dia pada tahun 2013.. baik awak marah dia pada akhir tahun 2014 !! aaa..cane? good idea tak ni ?? hehehe ..
awak . . . jum study jum..tata~

KINI DAH TAHUKAN

good morning dear . . have a great day today !!! alhamdulillah  . . .  you can see your mom , your dad and all the world when you open your eyes . . . . lol . .  what the ekk ...

saya speaking london gitu . mungkin sebab pagi ni sarapan roti disapu butter dan salad kobis tu kot hehehe ah ..abaikan je lah pasal sarapan saya tu ! apa yg perlu awak tau kan , mama cakap saya dah gemok !!! aduhhai . . . .

harini mood online saya macam ok sikit la, tapi di sebabkan pepagi ni takde apa yg perlu di kecohkan hehe,so lebih baik saya meroyan jap disini ! yes idea oo idea come to mama please ...hahaha..*sengal !!

awak . . minggu ni banyak artikel yg saya baca di facebook tu ,yg menyentuh pasal kesan - kesan pada orang tua apa bila anak-anak dibawah jagaannya keluar dating atau  keluar jenjalan bersama insan yg bukan muhram !!

ye awak . .sedang kan pekara ni sudah menjadi salah satu budaya orang muda sekarang ni ! kerana aktiviti keluar tu kita orang panggil '' lepak time'' kan awak kan ..masa tu tak kiralah keluar bersama kekasih ke..keluar bersama teman sekolah ke, dengan kawan satu kerja ke, kawan satu kampung ke atau bersama kawan siber !!

memang niat kita ( para orang muda  ni ) hanya untuk relitention je kan awak..rupanya awak tau kah ?? hasil dari enjoyed kita dengan orang luar ( bukan muhram ) tu rupanya kedua ibu bapa kita yg menanggung dosa - dosanya . . .ohh tidak . . . .

patut lah selama ni mama saya tidak benarkan kami ( anak-anak mama ) berjumpa dengan lelaki yg bukan muhram  , keluar dengan kawan - kawan sejenis tak pe *kata mama  . . . .

awak . . . . sanggupkah awak menambah dosa kedua orang tua awak tu ??? buat masa ni saya tak sanggup , sebab pada saya biar saya menanggung beban nya asal kedua orang tua saya bebas dari dosa-dosa saya  .


mama . . . .ayah . .  maafkan  i . . .   untuk tiap kesalahan yg sebelum ni yg i penah buat dibelakang you alls. . sama ada dengan sengaja or tidak sengaja  . . ..ya Allah . . .  sesungguhnya aku hambaMu yg lemah . .maafkan ku . . .

KU YG DULU,BUKAN YG SEKARANG

assalam mualaikum awak . . .
lagi empat hari  kita akan menyambut kemerdekaan yg ke 56 tahun  ! yes merdeka..merdeka..merdeka !!

awak oo awak . .kalau lah dilihat pada usia yg ke 56 tahun tu , bagaimana kah wajah yg terbayang di depan mata awak tu ye ? kalau saya lah . .  terbayang seorang insan yg dah berusia sikit, rambutnya ada sikit rerambut putih , kulit diwajahnya juga sudah ada garisan-garisan halus  , besar kemungkinan beliau sudah menggunakan cermin mata untuk membaca surat khabar ..dan jika beliau seorang petugas awam ..beliau  sudah pun hampir pencen dalam tugasannya . .

awak oo awak  tapi apa yg awak nampak pada negara kita diusianya yg ke 56 tahun ini ?? kemajuan makin terselah ! rakyat semakin morden ! berbagai gadget baru yg terkini hampir dimiliki oleh rakyat malaysia ! setiap keluarga hampir mempunyai kereta ! motor ! dan rumah sendiri ! mewahnya rakyat malaysia sekarang ni ! ekonomi makin teguh ! berbagai infastruktur di naik taraf oleh kerajaan . .dan berbagai faedah untuk rakyat yg diberi oleh kerajaan bantuan demi bantuan dihulurkan ,si miskin dan si golongan sederhana semua mendapat keuntungannya !! . . so pada saya lah malaysia makin muda dalam usianya yg semakin beransur tua !


awak oo awak betul tak cakap saya ni ?

BAHAGIA BUKAN DERITA


jam menunjukan pukul 1 pagi ..esok hari minggu . . lepak fb malam ni macam biasa ,sambil berbalas komen,ada jugak pm yg bertamu,so saya pun balas lah. asalnya memang sangat tidak meletihkan pun,tetapi lama kelamaaan ,terasa sakitnya hati bila nak online , line pulak lembap ! adeh bertambah - tambah sakit la hati saya ni... akhirnya shout down the lappy ! habis cerita..

pagini saya teringat kan seseorang , yg jauh dimata dan jauh juga dah dihati saya ni . . orang yg sikit masa dulu pernah mengisi kekosongan waktu2 sepi saya . keakraban terjalin hanya bila kami sama-sama lepak di group *rahsie* bila dia tahu saya baru lepas 'frust' , hampir setiap hari dia menegur saya dengan memberi salam, bertanya khabar  dan bertanya apakah aktiviti saya hari tersebut..dengan alasan dia tak mau saya bersedih lagi . .

kami memang rapat tapi hanya di fb ,tak lebih ...walaupun dia lebih dewasa dari saya,namun dia masih boleh memahami naluri seorang orang perempuan seperti saya .maklumlah kan saya ni jenis moody , jenis sengal satu badan, jenis yg entah apa-apa . . .tapi dia memang take care orangnya. . .

rupanya dia juga orang johor *satu negeri dengan saya* tetapi dia bertugas jauh dari johor dan hanya boleh balik ke johor dengan menaiki kapal terbang ,jauhkan ?? huhu dan kenangan paling menarik bila tiba bulan puasa ( setelah hampir 6 bulan kami berkawan ) dia  sentiasa akan menghantar massage ke inbox fb saya  untuk memberi tahu saya menu apakah yg dia makan untuk berbuka puasa hari tu .. kadang-kadang menu dia tu buat saya sikit diduga hehehe..maklumlah kan bulan puasa ,dengar pulak menu yg mengiur kan..aduhhai . .

pernah dulu pada awal persahabatan kami , dia jatuh sakit,kerana diserang asma ! ketika saya menghantar massage kepada dia,rupanya dia sedang menjalani rawatan memasukkan oksigen , saya tetba jadi serabut kerana kasihan kat dia.ye lah kan dah la ibu dia jauh , hidup merantau , tinggal sengsorang , kalau jadi apa-apa pada dia malam tu,pastinya saya hanya mampu membacakan yasin untuk dia tiap-tiap malam jumaat  hehehe jahatnya saya ni ...

dan dengan tak malunya saya siap suruh adik saya sedekah kan alfatihah untuk dia jugak supaya dia cepat sembuh ,saya memang sudah pastinya..tiap solat saya bacakan alfatihah untuk dia ,apa yg penting dia cepat sihat.! tu jek yg saya nak!

bila dia dah pulih ,saya sangat bersyukur  . . . bila dia dah boleh menjalankan tugasannya ,saya lagilah rasa seronok ! yess kawan saya dah betul-betul sihat ! emmmm . .  tapi tu semua cerita sebelum hari raya . . .

bila tiba hari raya . .dia berjaya balik ke kampung halamannya,dia berjaya dapat cuti panjang ..seronok  berhari raya bersama teman-teman dan sanak saudaranya . . seingat saya seminggu dia mencari saya   di facebook tu bila saya takdapat bermuka buku ..setiap masa dia menghantar teks untuk saya. . . dia kata nak cari saya ,dia kata nak rancang masa cutinya untuk bersama saya walaupun sehari dan dia kata dia nak kenalkan saya dengan ibunya yg garang tu . . .ye macam-macam plan dia namun saya hanya berdiamkan diri . . . tanpa membalas teks dari dia . . .kerana ketika  tu saya sedang sibuk beraya  di kampung dan langsung tak berkesempatan bermuka buku ..

namun hati saya memang selalu berkata yg kami hanya bersahabat baik dan selama ni saya sangat hurmat dia sebagai seorang abang dan lagi . . .  saya tahu di kampung dia ada insan yg menanti kehadiranya ..walaupun ketika saya bertanya pada dia ,dia sangat-sangat menyangkal kenyataan tersebut . . katanya hanya kawan  sekolah .. dan ada sesuatu yg dia katakan pasal seseorang itu.tapi  biarlah menjadi rahsia kami . . . .

dan tanpa saya tau mana silap saya , bila saya berkesempatan bermuka buku semula , dan dapat membalas semua teks darinya , rupanya dia dah pergi jauh . .  jauh dari kehidupan saya ,jauh dari facebook saya ,jauh dari dunia saya ... tanpa apa-apa pesan untuk saya pun  . .  dan saya juga ada menghantar teks kepada dia dan dia hanya membacanya tetapi tidak membalasnya  . . .saya keliru..apa salah saya pada dia ? tapi saya tetap akur ,sesuatu telah belaku dikejauhan sana tu . . .


lebih meyakinkan lagi bila saya buka wall facebook dia , terjawaplah persoalannya bahawa  seseorang yg menanti di kampungnya amat merinduinya dan mereka telah kembali bersama..Alhamdulillah ..akhirnya dia telah  berjaya bertemu  insan yg benar-benar menyayanginya dan selalu merinduinya..saya pasti sesangat kerana saya pun perempuan dan saya ada jugak terbaca komen' kakak' yg memanggilnya dengan panggilan 'yunk' tu. . .

''awak sesungguhnya perempuan ini ikhlas,jika rindu katanya,maka rindulah dihatinya dan jika perempuan itu rindu kat seseorang lelaki,maka lelaki itu berhak untuk membalas balik rasa rindu itu . . . dan awak ada hak untuk merindui dia . .''

selepas semuanya terjelas nyataa ,maka dengan iklas juga saya melangkah kan kaki ,meninggalkan dia sehari demi sehari ,kerana pada saya walaupun kami tiada apa-apa ikatan , saya bimbang kehadiran saya dalam kehidupan hariannya hanya akan menambahkan lagi kekusutan dalam bahagia yg  telah terbina antara dia dengan  'kakak' tersebut . .  .

awak . .  sebagai teman awak dikala awak sepi, teman  dikala saya sepi .. ingatlah persahabatn iklas dari saya ni takkan penah berhenti  . . . cuma, jika kehadiran saya menjadi satu bebanan buat awak,maka saya lebih rela undur diri . . inilah keputusan saya dan sekarang ni  profile facebook awak telah pun saya block . .  maafkan saya ...saya tak suka dibenci atau membenci semestinya kehadiran saya untuk kebahagiaan bukan penderitaan . .  . .moga awak kekal bahagia disana ...aamin . .  .

kini saya masih disini , tenang dan ceria disamping  insan lain yg masih sudi menyayangi saya ..insyaALLAH ..cuma pesan saya kalau awak sedang bahagia ,jangan pernah lupakan saya yg degil ni ..dan  prinsip budak degil ini  *jangan nak mengedik dengan kekasih orang ... bahaya * huhu


KEJAP DAH BERUBAH

assalammualaikum awak . . . .
sekarang ni saya dah rajin menuntun tv bila lepak-lepak time ! kalau dulu bila kata rehat je saya akan online atau blogging atau sleeping . .  sekarang tak lagi ! sambil menuntun saya akan ambil aktibar atas tiap yang saya tuntun itu . . .

kalau awak nak tau ,sekarang ni dipetang sabtu,saya sedang  leka menuntun rancangan yg dah lama tak muncul..iaitu projek3R at tv 3 !

saya suka tengok pengacaranya yg 3 orang tu . . .  tapi sekarang mereka dah kelihatan agak dewasa sekali ! hebat sungguhkan!! begitu cepat masa berlalu . . dan begitu pantas keadaan berubah. kalau di waktu biasa saya dapat rasa 12jam itu bagai tak berasa langsung ! sekejap je masa habis . . .tup-tup hari dah malam..dan sekarang ni pun hari dah malam hehehe saya nak shut down lappy ni... .esok jumpa lagi ye awak .. .tata ~

JANJI BAHAGIA

asalammualaikum awak . . .saya tak tahu sejak kebelakangan ni saya suka sangat naik angin , bukan saja di rumah,malahan di laman sosial pun sama. kesengalan apakah kan ??

ramai kawan-kawan dah tegur saya..kenapa garang sangat sekarang ni ? entah . .saya pun tak tahu alasan apa yg saya nak bagi kat mereka tu . tapi saya memang rasa yang saya mudah sangat naik angin .

baru lepas malam ni,saya meremove diri saya dari satu 'group' di facebook tu ! sebabya . . .ahlinya sangat suka mengguna kan ayat-ayat lucah didalam komen mereka. . . bila saya tegur ,touching le pulak... emmm
dari saya terus- terusan hangen dengan budak-budak kecik disitu ,lebih baik saya tinggalkan mereka terus ! mudah kan ?

dan lepas ni akan menyusul pulak saya meninggalkan insan - insan yg tak pernah memahami saya . . .ye satu persatu akan diremove disitu . . . maafkan saya ok. .. tu fb saya , dan saya ada hak untuk melakukan apa saja ,janji saya bahagia !!

SAYA INGIN TERUS BEBAS

Wow  saya ingin terus bebas dari apa kah tu ekk ? semestinya saya ingin terus bebas dari mana-mana rasa cinta lah! kerana selepas kehancuran cinta saya dulu , kemudian saya diuji dengan cinta sesaat , dan ianya pun sangat menakutkan . . . so jalan yg paling baik untuk saya sekarang ialah lupakan semua yg menjadi sejarah  tu, jadilah seorang orang yg berani dan kuat ! jangan hanya mengharapkan kehadiran seorang orang yg bernama lelaki kalau hadirnya hanya untuk menyakiti !!lebih baik menyendiri walaupun ianya sepi ...


ye awak saya mula sedar ! semua insan yg selalu ada disisi saya [ terutamanya lelaki ] hanya memerlukan saya bila dia kebosanan ! bila dia ada masalah ! bila dia kecewa ! tetapi kehadiran saya bagai tidak wujud bila dia dah jumpa insan lain , dia dah bahagia dan bila dia dah jemu !


dalam persahabatan yg iklas ,tiada istilah jemu ok  ,kerana untuk satu pejalanan yg jauh kita perlukan keserasian bersama dalam mengenal hati budi masing-masing ! kalau saya boleh terima musuh saya untuk jadi kawan ,kenapa pula kawan saya yg sentiasa disisi ,saya nak buang pula kan ? silalah mengerti stuasi ni . .

so jalan yg terbaik ,siapa yg sudi jadi kawan saya ,terima lah saya seadanya , apa yg jelas disini,cubalah bezakan antara niat untuk berkawan dengan niat anda untuk berkasih  . .kerana kedua-dua ikatan itu sangat berbeza perasaannya dan mohon lah..sesungguhnya saya juga ada perasaan untuk marah !

Now . . . nothing love to be proud  for me  !
 its lost !!  i hate to hating u !

KITA BERBEZA PADA BATINNYA

selamat pagi dunia . .  .
melewati hari - hari yg sepi di pentas mu ,kadang - kadang aku rasa dunia ni memang hanya milik aku! bila alam jadi bisu , minda makin membeku ,kaku dan lesu ! uitt . . . meroyan pulak hehehe

Awak menyesal jumpa saya  ? awak memang patut rasa begitu  , semuanya berpunca dari ketidak adilan awak menilai saya dan dunia awak  sendiri sebenarnya ! apa yg cuba saya sampaikan ? mari saya terangkan :

kalau awak nak tau , dunia ini adalah indah jika awak tahu mencri dan menilaikan keindahannya , ni tak ,awak asik cari sukarnya hidup kat dunia ni ,awak cari silapnya dunia ni,awak musnahkan nilai yg sangat berharga di dunia ni ,so mana awak nak dapat keindahan nya kan. dan jika awak rasa dunia awak tu tak indah , maka dengan jelasnya awak juga mengganggap saya yg penghuni dunia pun tak indah lagi . . .mohon awak paham ~

dan awak ,kalau awak nak tau lagi dunia inilah syurga sementara buat sesiapa yg tahu menilaikannya , walaupun telah dijanjikan oleh Allah bahawa syurga hanya di akhirat nanti tapi syurga di dunia juga milik insannya dan pastinya awakjuga penghuni syurga dunia jugak kan ? masakan awak tidak perasan ??

awak oo awak . . . kalau awak hanya berfikiran negetif  pasal kehidupan didunia dan pasal manusia didunia ni , maka akan negetif jugaklah kehidupan awak di dunia ni , maka jelas sekali awak akan sentiasa memandang serong pada mahluk disekeliling awak jugak !semua yg awak pandang tak menampakkan kebaikan buat awak,semuanya tak betul,semuanya silap dan hanya awak je yg betul dimata awak. . .adilkah itu awak ????

dan disini jelas sekali awak dan saya sangat berbeza ,walaupun kita sentiasa berkomunikasi dengan baik, tapi awak bukan lah orang yg memahami perinsip saya . . apa prinsip saya ? mudah je  . .

* saya sentiasa bersangka baik walaupun dengan musuh saya ,
* saya sentiasa memaafkan kesalahahan yg orang dah buat kat saya
* saya akan melepaskan geram ,sedih dengan menangis bukan dgn marah2
* saya akan cepat meminta maaf jika saya  sedar kesilapan saya
* saya akan mengganggap kesilapan manusia itu pasti ,kerana manusia tak sempurna
* dan saya akan sentiasa menyayangi mahluk Allah walaupun mereka tak pernah terfikir untuk menyayangi saya . . .sesungguhnya saya ikhlas dan saya pun manusia biasa macam awak . . .

ye awak. . . kita amat berbeza pada batinnya . . .

YES

yes !! akhirnya saya berjaya melepasi keegoaan si dia ! tapi apa yang saya lihat,ramai kawan saya dia dah remove . . .kenapakah ? apa salah mereka kat dia pulak? berbagai persoalan bermain di minda saat ni ,harap apa yang dia lakukan itu betul dan tepat! saya tak nak salahkan dia lagi dalam hal ni ,sebab saya akan terus sayang dia sehingga ajal menjemput . . .


TETIBE RINDU KAT DIA

awak saya tengah bosan ni . . . nenek dah tidur . . . nak tengok bulan kat luar tu nyamuk banyak la,kang tak memasal kaki saya banyak dapat 'love bite' hehehe eh..eh.apa cite pulak nikan huhu  *sila abaikan*

awak oo awak minggu lepas saya kan ada pergi rumah madam . awak taukan boss saya tu ? rindu gila dia kat saya rupanya ! hmm salah saya ,sebab dah lama tak hubungi dia. anak-anak dia pun rindu kat saya ,masing-masing asik berkepit je kemana saya duduk ! nasib baik suami madam tak macam tu kalau tak naya la saya awak oiii ...hehehe

awak . . . tempat jatuh lagi dikenang ,nikan pulak tempat mencari rezeki, tempat menumpang kasih sayang, tempat meluahkan semua yg terpendam dalam hati ..ye tempat tu bagi saya ialah madam je~

shes so understanding sehinggakan sanggup mengambil saya  sebagai setiausaha dia walaupun baru kenal beberapa hari! bila dia tahu siapa saya lagilah , dia carikan apartment paling hebat di genting tu sebagai tempat tinggal saya , dia bayar kan semua kos sara diri saya termasuk makan minum saya ! bila public holiday dia bawa saya joined family dia bercuti ! ye sangat terharu dengan layanan beliau  sekeluarga ! sampai kiamat pun saya tak mampu membalas semua jasa baik beliau tu. . . hanya Allah yg maha mengetahui

saya masih ingat lagi , bila dia cuba mengusik saya bila mana dia samakan wajah  saya  sebagai wajah madu dia ! hahaha..macam nak demam saya rasa ketika tu !gigil semua jari ,nak pegang sudu pun dah tak larat .. hehehe last dia kata , i gurau je lah tie ,lupakanlaaah . . .  hehehe..lega saya rasa bila madam cakap macam tu!please la ,walaupun nak kata jodoh . .  saya tak rela digelar perampas kasih sayang orang lain ..kesian ~

awak oo awak . .saat nikan,tetiba saya rindu pulak kat madam hmm. . .ala..cane ni ekk ?? :'(

DIDUGA LAGI

Hai awak . . . bila jiwa dah tenang macam ni ,kadang - kadang kita diuji dengan ujian yg hanya melepasi minda jekan. hidup tiada dugaan tu bagai pokok yg tumbuh tapi tiada berdaun  atau pun bunga sudah pasti tidak kan menghasilkan apa-apa buah maupun benih .

harini masuk hari ke empat saya tak dapat masuk facebook saya tu . ingat nak chatting dengan kawan-kawan disana tapi rupanya masih di pegang oleh* seseorang yg sangat memarahi saya* barangkali hanya sebab saya kata dia lelaki tak jadi !! heee . . . dia memang la perempuan normal ,semuanya cukup ! cuma kata-katanya sangat kasar ! nampak sangat garang ! tapi sebenarnya dia sangat perihatin ! kalau tak caya tanya bf dia hehe ..eh dia ada bf ke??? ulala.. saya tengah menyiasat la ni ok !

sebelum ni kami memang berkongsi akaun tersebut ,tapi tak lah sampai saya di dera sedemikian rupa ! aduh .. saya rindu gila kat kawan-kawan saya disana tu! emmm . . . kejamnya dia kan ! bila saya call dia ,awak tau apakah jawapan yg dia bagi kat saya ???

*gua tak mau tengok lu nangis lagi beb ! lu nikan bila on line facebook je nak touching ! bila online jek lu nak sedih ! so semua yg gua buat ni untuk kebaikan lu jugak ! gua nak hidup lu happy boh ,bukannya menangis macam orang mati laki !!*

 piungg...piungg.. berdesing telinga saya tau hee ..suara dia memang kasar dah tu ayat dia pun agak kasar ,tapi untuk tidak mengasarkan lagi keadaan saya cakap kat dia . . .

*lu nak guna ,lu guna ok,tapi jangan sampai lu ganggu kawan-kawan wa dalam inbox tu ! tu kawan wa ok,bukan kawan lu !! *

awak oo awak,awak tau apa dia cakap?

*ek eleh... beb ,semua kawan baik lu,gua dah block !! hahaha* adeh..melampau kan dia tu ? tapi saya percaya dia takkan buat benda yg menimbulkan marah saya sebab dia tau saya sayang sangat kat dia dan dia pun sayang saya juga . . .  hehehe kalau saya balik nanti siaplah saya kerjakan budak tu a.k.a pahlawan tak menjadi heheheh..opsss ...

MENYESAL?

Assalammualaikum . . .awak
mungkin hari demi hari awak makin tenang disana ,tanpa gangguan yg datang dari saya lagi, alhamdulillah . . . kalau itu yg Allah bagi buat awak ,saya sangat bersyukur , bukan macam saya ni berpura-pura happy padahal sakitnya hati menusuk sampai ke dasar jiwa nurani . . .kerana makin hari kehidupan saya akan berubah sikit demi sikit ,dan ianya sangat perit ... tapi saya tetap akur sebab semua ini adalah dugaan kecil dalam hidup saya, katanya akan datang lebih besar lagi dugaan itu ,ye saya ikhlas menunggunya . . .

thanks to Allah kerana telah menjadikan hidup saya lebih bermakna disini , disamping orang yg sangat menyayangi saya , memahami saya , yg jujur dengan saya , terima kasih banyak - banyak ya Allah . disini saya mengenali dihargai , di hormati, di sayang dan terasa bagai intan yg terpilih .sentiasa tersenyum dan menganggap semua itu ada hikmahnya .alhamdulillah . . .

mulanya saya menyesal kerana mengambil tindakan ini,namun setelah beberapa hari disini , semuanya memang indah dan saya makin lupa siapa saya yg sebenarnya ! kembali kepada reality itu adil ! sangat adil walaupun kadang kala saya sangat merindui dunia siber saya tu, namun sebagai pelajar saya kena akur semuanya kena berubah ,fokus pada masa depan ! lupakan semua yg tidak pernah menghargai !! lupakan semua insan yg  memandang perempuan itu hanya sebagai simbol seks! nauzubillah  . . .

dan lupakan sahaja ,jangan pernah membenci . . .  ye jangan pernah membenci !! kerana kebencian itu akan meragut semua nilai kasih sayang ( silaturahim ) sesama insan ,ketahuiah awak . . .antara cara yg dapat membuatkan kita masuk syurga ialah  dengan mengiratkan silaturahim  . .  insya Allah . . .

HMMM . . . ENTAHLAH

hai awak
semua dah berakhir kan,alhamdulillah.baru  tadi adik saya ada call dia beritahu yg epool nak ambil fb dan blog saya ni, hehe what to say ? kalau nak delete pun delete la semua nya . . . saya dah tak rasa ini semua perlu ! saya sedang berusaha untuk satu kehidupan yg baru , yg tak mengganggu kehidupan orang lain di luar sana tu!

malam ni jek adik saya dah ambil fb saya tu ! entah apa yg dia kerjakan saya pun tak tau la,ni saya baru guna fb kawan saya tengok-tengok dia dah deaktifkan fb tu ! hmmm . . marah sungguh dia kat saya kan .dah la tukar passwrd,lepastu deaktif pulak jawapnya memang sah - sah saya tak dapat buat apa-apa lagi ,emm pasrah jelah . . .

tapi apa yg saya tau,adik saya tu memang kepala angin,dia tak akan ber puas hati dengan sesapa aje yg suka menyakitkan hati dia,tak macam saya ni,sikit-sikt maafkan ,sikit-sikt takpe laaa..sikit-sikti its ok .. sikit-sikit no pblems. sebab pada saya apa guna marah kat seseorang tu,kalau dah memang itulah perangai dia ? hehehe nak bunuh pun ,memang tak boleh ubah punya melainkan dia sendiri ubah perangai dia ,

maka berubahlah menjadi lebih baik ye awak . . .! awak . .saya jarang naik angin kat kawan-kawan tau sebab  saya lebih suka cool je memanjang walaupun cool saya tu sebenarnya adalah HOT !! hehe

untuk adik saya yg memang garang tu,saya nak beri pesanan sikit ,jangan suka marah kat orang yg kita tak kenal siapakah dia,sebab tak de gunanya  . . .dapat dosa lagi adalah ! so..biarlah orang baling taik kat kita,kita janganlah sesekali baling taik balik,apa salahnya kita baling batu pulak kat dia,baru dia tau camana sakitnya kena batu tu nanti hahaha.. rilex beb!! wa tunggu dan lihat je apa yg korang rancang nak buat kat harta benda wa ni  . . .heee ~

SHE MENGAMUK ??

hahaha . .  ayook ..she mangamok !!! tolong bomba !! ambulan !! kereta api !!  lihat je  pada tajuk entry dah tau saat ni saya sedang gelak guling-guling atas sofa ni . . . eeee..takutnya . . . she marah-marah tu hah !!! gigil dah kepala lutut saya ni ..adoii..tak boleh berhenti lak tu hahahaha

she marah ?? eh..reti pulak dia marah ?? ingat dah abaikan saya  . .  maklumlah kan saya budak jahat !! saya degil ! selalu bikin she serabut !! sesak napas ! dan saya selalu buat she hampir koma !! ampun she . .  takde niat saya nak buat awak macam tu !! saya budak baik semalaya tau !! hahaha

awak nak suruh saya tambah ape she ?? letak buih ? letak pewangie ? adeh . .  semua tu takde dalam stock hati saya ni lagi . .  cukuplah rasa benci awak tu kat saya ! tu pun dah buat saya sakit  . . .  ohhh . . . .


ye ...ohh sakit selamanya . . . .  she . . .  miz u like crazy !!! hahaha . . offline lelaju , nak pergi beraya jap lagi ni . .  jum she ,jum follow me !!

*nak pm dah takut derr... hahaha


WARKAH BUAT SHE

kehadapan insan istemewa yang selalu saya panggil dia dengan gelaran SHE . . .semasa saya menaip warkah bisu saya ni, mungkin awaksedang tidur ,atau mungkin awak sedang berchatting atau mungkin awak sedang bermain game . dan..mungkin awak sedang melakukan tanggungjawap awak,maklumlah kan malam nikan malam jumaat  . .  hehe

she kalau awak busy di alam reality awak tu ,biar lah saya luahkan segalanya di blog kesayangan saya ni. agar segala yang saya taipkan disini tak akan mengganggu kosentrasi awak yg sedang asyik bermuka buku. tanpa menegur saya yang masih setia melayari disini. its ok !

she memang  saya mengaku ,semua ni salah saya . . saya yg buat awak stress malam tu ,tapi bukan itu maksud saya yang sebenarnya . . . sebagai insan yg rapat dengan saya,saya nak awaklah insan yg pertama tau ,pada apa yg terjadi pada akaun facebook saya tu . dan bukan niat nak menjauhkan diri dari awak or sesiapa pun she,takde niat pun .

tapi disebabkan sifat saya yg sikit lurus bendul ni, rupanya ramai kawan-kawan baik saya mainkan saya,menipu saya,sehingga saya bulat-bulat percaya pada kata-katanya . . . she ye..termasuk lah awak ! awak dah menipu saya sebenarnya tanpa awak sedari . . . tapi saya nikan memang kaki pemaaf,saya terima je segalanya dengan tenang walaupun ada ketika hanya air mata saja yg mampu mengalir.tapi saya tetap redha she...ye saya redha atas tiap yg awak dan mereka lakukan kat saya.

she jika memang niat awak nak menjauhkan diri dari saya selepas ni,saya kena terima kenyatan itu ...tapi ingtan jahat saya atas apa yg awak buat tempuh hari buat saya rasa lebih baik saya pergi dulu,sebelum awak yg meninggalkan saya . . . ye she..izinkan saya pergi dari hidup awak . .  bagai mana awak padam blog kesayangan saya tu , bagaimana awak hina diri saya dengan kata-kata awak yg sangat berbisa tu ,saya redha . .  sumpah memang saya redha . .  demi tuhan she . .

walaupun saat ni sejujurnya saya rindu suara awak , gelak manja awak disetiap kali saya duduk sendirian ,ye hanya awak yang tahu siapa saya ,perangai saya, isi hati saya, dan bagaimana rupa saya . . . ye she ...hanya awak je yg tahu . .  tapi wajarkah saya dikata menipu ?? sedangkan kita rapat sejak dari dulu lagi ???

pernah awak katakan pada saya . . . siapa saya pada awak ??dengan linangan air mata saya menaip ayat yg berbunyi : saya hanya insan tempat awak melepaskan kebosanan ,tempat awak melepaskan kemarahan awak, bila awak bosan awak cari saya dan bila awak happy dengan teman-teman,awak lupakan saya,tapi bila saya buat sikit kesilapan dengan mudah awak dapat kesan sedangkan saya sendiri pun tak perasan ! she mana kebaikan saya ?? cuba awak cari satu je dari dalam diri saya ni she..cari she ..tunjukan pada saya yg saya jugak budak baik !! please she.. saya merayu ..sebelum saya pergi jauh dari awak, cuba awak buktikan bahawa saya juga seorang perempuan yg baik !! tapi rasanya takkan ada bukti itu sampai saya pergi jauh dari awak she . . . ye . .  takkan ade kan she . .  saya tau . .

awak nak number phone saya,saya dah bagi,tapi apa yg awak cakap? ''dah jangan sms or call saya lagi,ni last!! awak ingat saya happy dengan ayat awak tu she?? ramai kawan saya yg teringin nak bersembang dengan saya,tapi saya hanya cakap . .  tunggu la bila saya free ,tapi awak yg dah dapat no saya ,boleh awak cakap macam tu kat saya ?? hina sangat kah saya ni she ??

saya telan semua yg awak buat kat saya tu ,bagai menelan hempedu yg menjadi penawar, kini setelah saya bangkit dari sejarah semalam yg kaku ,yg selamani hanya berteman air mata ,keputusan saya ialah . .  menjauhkan diri dari awak she ,walaupun jauh disudut hati saya ,saya masih perlukan awak dalam hidup saya ni . . . selamat berbahagia she . . . Allah selamat kan awak sayang. . . .

MALAM INI 15 OGOS


malam jumaat
letih ..lemah . .lesu.. tapi happy sebab dah sampai rumah dengan selamat , family semua masih dok menuntun cerita hantu ..apakah? malam-malam jumaat ni menuntun cerita hantu? hebat sungguh heee...

naluri  yang semakin berubah ni ,saya kuatkan juga untuk melemparkan sebuah senyuman buat mereka dirumah..assalammualaikum.. akak dah balik,takde orang yg nak peluk ke ?? haaa.. ofcos adik saya yg kecil tu datang berlari memeluk saya dengan kuat ! akak kenapa balik lambat sangat .dah malam ni,mama dan ayah semua risau .. aaa..tengok dia dah berleter .. hehehe.. saya hanya senyum sengih dan mencium dahi dan pipinya dengan mesra... kan akak dah balik ni..saya jawap perlahan .

mama ,ayah dan adik  yg saya panggil lelaki tak jadi tu hanya melihat aku dari jauh. nenek apa khabar ? u pergi ke rumah madam ? mama tiba-tiba menyoal . ye ,nenek sihat alhamdulillah ,pergi semalam orang ada pergi rumah madam ,tidur sana 1 malam . ..saya jawap sambil duduk disebelah mama dan ayah .

letih la ma . . . sambil saya baring atas riba mama . mama diam ..emmm dah la tu pergi lah mandi dulu..berapa jam dah u kat dalam kereta tu ... mama bersungut ~.heee..saya hanya  sengih macam orang tak reti bahasa pun ada.  sambil saya pejamkan mata rapat-rapat  tapi bukannya  tidur ...ma.. i nak study lagi boleh ? i dah fikir masak-masak . . . i nak sambung belajar ...i nak fukos masa depan i dengan lebih baik lagi. i nak masa depan i terjamin dan i nak tolong mama dan family kita satu hari nanti .. hmm.. why not ? mama jawap selamba..tapi u betul-betul kenak belajar ni,jangan nanti u buat hal macam yg u dah buat masa u belajar lepas SPM dulu tu ..

ye ma.. i dah ambil keputusan .. ilmu lebih penting ,kalau kita tak kaya tapi kita pandai,akan datang hidup kita pasti senang..lainlah kalau kita kaya raya tapi akal kita pendek,harta setinggi gunung pun habis ma.. ye ma kan? ..emmm memang la betul..tapi mama tak nak u memain macam dulu.lastly u  kerja kat nursery mama jugak kan ..

i am serious ma !! swear! haha aku angkat tangan depan mama..heee..mama hanya senyum ..ok..up to u ... ni kenapa ni? putus cinta ? tiba-tiba je nak pergi belajar ..eh..ayah mencelah ... heee.. tak lah ayah,mood belajar i dah datang mendadak ni. dan i dah cakap kat nenek , nenek pun setuju, so i takde masalah la kan??

ok..kalau macam tu,u carilah kos yg sesuai buat u kata ayah lagi ..i ingat..i nak study berkaitan dengan kanak-kanak je ma..ayah.. sebab i kan memang suka budak-budak ..heee ... ok.. mama sokong .. u can study ! mama jawap ringkas.. tengs mama.. saya rasa antara sebab saya happy pagi ni ialah sebab pertama kali mama sokong keputusan yg saya buat kali ni .. muaah.. saya kish mama sambil memeluk mama dengan manja.. tengssss... bisik saya perlahan.. i nak mandi.. lah... masam dah ni ! saya bersuara minta izin untuk meninggalkan mama dan yg lelain ..

psst..psst.. saya panggil adik saya yg lelaki tak jadi tu ,jum lepak bilik !! ko tak online ke beb ? alaa... gua baru offline la.. tunggu lu macam tunggu kucing bertanduk siakk ..hahah adik saya dah marah ! wei.. jum la masuk bilik,gua ada story baik untuk lu dengar ni ..saya jeling sambil buat isyarat mata tanda ok..hehehe..kami pun masuk bilik dan si lelaki tak jadi tu pun mula lah bersembang..

awak nak tau dia story apa ? esok kalau saya free saya bagitahu  awak ok! selamat malam sayang ~

BACK TO REALITY

morning !
angin sepoi dari puncak gunung buat saya makin malas nak bangun pagi , dingin dan sepi sekali! padahal kat luar sana burung-burung, rama-rama dah terbang kesana kesini.  malam tadi saya terlelap entah jam berapa ,kirannya hanya 2 jam kot saya tidur malam tadi,tapi keceriaan dikamar ni buat saya rasa puas !kini saya bangun dengan senyuman !! yes!!!

semalaman an keseorangan   di Genting telah meringan kan beban yg kusut diminda, hidup yg makin nampak jalannya kini makin cerah dan terang! harap semuanya berjalan lancar . sendirian disini sangat memberi kesan pada jiwa saya yg kusut tempuhari .

awak oo awak
saya disini ! puncak genting yg indah . melepaskan semua yg mengganggu dalam hidup ni ! dan kini saya bebas dari seribu satu permasalahan. dan keputusannya ..ye  saya dah ambil keputusan bahawa ,saya akan tinggalkan semuanya yg merantai jiwa saya ..termasuk awak jugak..saya dah letih untuk sebuah 'permainan perasaan' dan saya dah janji tiada kebencian di hati untuk tiap pembohongan itu !

melepaskan awak dan kenangan kita memang sukar tapi saya akan mencubanya ! saya dah sanggup untuk menanggung risiko jiwa saya selepas ni . terima kasih awak kerana pernah hadir dalam hidup saya selama ni.
ye..saya takkan benci awak atau memarahi awak untuk tiap yg awak lakukan kat saya .. tapi hanya satu pinta saya,tolong jangan bohong lagi . . ..

lepasni saya akan menjadi seorang pelajar dan bukan lagi burung hantu dialam siber ni ...selamat tinggal awak ~


SOMETIME I'M THINKING THAT ...



BUKAN TAK PANDAI

hai awak
memang cakap je pukul 1 nak tidur ,tapi bukan boleh tidur pun mata ni,langsung tak ada tanda-tanda yg saya ni mengantuk. nape tah! hmmm . . .

sekarang dah pukul 1 45 am,dah pagi pun,bukannya malam lagi. layan kawan-kawan di facebook buat saya lupa yg saya sedang bersedih ! kawan-kawan saya memang kaki borak kot ,sebab tu saya sikit terhibur malam ni ,tengs bro jimy,cik anis azhari dan yg lelain tu !

harini saya tak nak cakap panjang lebar sebab harini hati saya sudah terusik ,tapi disebab kan kematangan saya dalam hal remah temeh ni,maka saya abaikannya..ye !! saya abaikan semua nya dan yang pasti saya takkan merayu pada hak milik orang lagi !! cukup-cukup sudah...*tipah tertipu*

ada beberapa tanda yg saya nak kongsikan disini pasal orang yg bodoh :

1 - orang yg paling bodoh dalam kehidupannya ialah orang yg tak reti bersyukur pada apa yg dia ada !misalnya dia ada awek tapi dia masih nak cari kasih sayang dari awek yg lain , tah-tah belum tentu awek yg baru tu kompem sayang kat dia ! dan dalam masa yg sama dia telah melukakan hati awek pertama yg betul-betul serious sayang kat dia ! haish..punya la bodoh mamat ni kan ! hurm . .tah laaa. . .

2 - orang yg paling bodoh dalam cintanya ialah perempuan yg gila harta ,tengok orang berharta sikit je dia dah jatuh cinta , tengok orang kerja best sikit je dia dah tergolek jatuh dari cinta! tah-tah yg dia pandang tu belum tentu harta si mamat yg dia feel gila tu! kot si mamat tu hanya draber datuk yg siang malam lepak rumah besar,siang malam drive kereta besar, pakai smart,tah-tah semua tu hanya pinjam bukan hak milik kekal !! ala baik cari mamat yg hanya pakai baju bundle jek,paling koman pun,pakaian dia branded gak kan hehe

3 - orang yg sangat bodoh dalam dunia ialah orang yg tak reti ucap terima kasih kat orang yg dah bantu dia. yg dah berkorban masa dan tenaga untuk dia. bila dah senang dia lupakan semua orang yg disisinya masa dia susah dulu,masa dia derita dulu, adeh...mahluk jenis apekah orang macam nikan . . . mohonlah anak cucu kita tak macam tu hidupnya kan awak kan . . . emmm *berangan!kawen pun tak lagi !! heee ~

awak . . .
kalau saya nak tunjuk perangai orang bodoh di dunia ni,mau tak cukup satu malam saya menaipnya ,so cukup la 3 orang yg memang sangat kebodohan itu yang dapat saya pamirkan disini ,apa yg saya nak sampaikan ...biarlah kita nampak bodoh ,janganlah kita tunjuk pandai dan dalam masa yg sama terselah kebodohan kita tu . .saya cakap jek ea...

ALAHAI

Assalammualaikum awak . . .
nak tanya lah ,awak pernah merajuk tak ? biasanya kita tengok orang perempuan yang suka sangat merajuk -rajuk ni ,tapi zaman yang serba serbi canggih ni ,ramai pulak orang lelaki dah pandai merajuk!! hahaha..opsss .. i'm sorry~

saya selalu jugak gelak guling-guling bila dapat tau orang yg bernama lelaki tu merajuk,lepas tu dia akn update kat wall facebook dia..!!awww ~ geli saya nak membacanya hehehe . .  gigil lutut pun ada ,tacing gila! pastu  baru nak baca pekataan yg pertama tu je saya  dah nak pitam ! sebab terharu sungguh ! haha

awak oo awak . . . pe barang nak merajuk bagai tu kan  . .  take it easy la , amat tidak memachookan jika sang jejaka merajuk , emo , pastu  . . . ala...saya nak taip atas wall blog ni pun dah tak boleh sebab terharu biru . haha

ok la ,untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan ,saya berhenti disini ,sambil makan kuih raya 3 kali dah menjanda ! hahaha ...


MOOD RAYA

assalam mualaikum awak
mood raya tak habis lagi kan ,bila tengok kuih muih atas meja ni tangan gatal sungguh nak menyuap kedalam mulut  ish... tak lama lagi confirm makin temban pipi ni ...

aduh...rindunyaaa  . .. .tu je yang mampu saya kata kat blog kesayangan saya ni ..nak ucap kat orang lain takut pulak orang kata saya perasan !haaa.. disini pun memadailah dari merayu rindu kat orang yg tak sudi ahaaa !!kejam sungguh ...

awak oo awak . . kuih raya paling saya suka ialah kerepek bawang ,kuih tart nenas dan kerepek ubi bersira lada berapi!! haaa kalau pergi beraya itulah kuih pilihan saya tuju dulu.kuih lelain saya tak pandang sangat..
cuma sekarang ni bila jumpa seseorang tu ...saya teringin pulak nak makan kuih '' 3 janda '' !!haaaa..

awak mungkin tak penah rasa kan,ye..saya pun tak pernah tengok dan tak pernah rasa jugak laaaa...saya nak suruh abang joni dip belikan tapi dia kata bagi alamat rumah je,nanti dia hantarkan kuih tu eleh..mengada je abang joni tu kan..cakap je lah nak datang jumpa saya ,kan senang hehehe

buat abang joni dip  . . .sorry awak belum boleh lagi menjejakkan kaki ke negeri atas awan saya ni sebab masih ramai hulubalang dan dayang-dayang saya yang setia mengawal saya , harap abang paham .. :)

apa-apa pun ..selamat hari raya buat semua maaf atas tiap tutur kata saya selama ni ,senyumlah sayang walau hati menangis . .  . .

THE POWER OF GIRL


Assalammualaikum  awak . . .

Daripada Abu Said al Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya :

" sesungguhnya dunia itu sangat manis dan indah pada pandangan mata.sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu berkerja. oleh itu takutlah ( jauhi ) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita.Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan  wanita !''

*awak oo awak . . .hati-hati ye dengan orang perempuan ni . .  saya hanya berpesan-pesan saje ~




BLOG BERHENTI REHAT


dengan lafas Bismillah . .  saya tutup kejap blog ini malam ni . . . assalammualaikum awak ,saya dah maafkan semua kesalahan orang-orang yg telah menginaya saya siang tadi . . . ^_^ Allah Maha Besar ~ . . . . . ...... sweetdreams~

TAK JADI RAYA ??


awak... suasana raya makin hangat terasa  ,dimana-mana orang berbelanja ,selagi tak raya selagi tulah orang kita dok perabiskan duit mereka..beli tu,beli ni,ada je yg tak cukupnya dirumah tu.. hehe .kalau lah tiba - tiba dapat pengumuman yg raya tak jadi ..adeh.. bagaimnakah keadaannya lah kan !! dah tu kena sambung puasa lagi sebulan !! mau ramai yg kena strok !! haha .. mustahil..mustahil... siapa yg nak puasa 2 bulan berturut-turutkan .. tapi kalau raya 2 bulan semuanya mahu ! kadang kadang tu,dah habis raya pun orang masih nak buat open house !! aduhai .. meriahnya hari raya  . . .

awak.. tahukah awak yg akan datang kita akan berpuasa sebanyak 2 kali dalam setahun,tapi bukan tahun depan la..ianya jatuh pada tahun 2030 nanti ..iaitu pada bulan january ... dan pada bulan disember ...aaa...abis lah korang . . . hahaha... eh..masa tu berapa kah umur kita ?? cepat kira :p

PESANAN SAYA


 haa..pesanan saya ..jangan buat selalu ,takut  makan diri  . .  nanti  semua your love lari ..heee

MERINDU PADA YG SUDI

Assalammualaikum awak..malam ni dapat la beberapa  minit saya pegang lappy ni,so dapatlah lepaskan  perasaan  kejap diblog kesayangan hamba ni  .. apa yang nak saya kata kan malam yg sunyi lagi  dingin ini . dikampung kesayangan saya ,saya masih rindukan awak ...percayalah . ...

nampaknya tak boleh meroyan macam selalu ,yang mana selalunya entri saya wajip  panjang lebar..kalini seringkas mungkin je ni , sebab family dah ramai balik kat rumah nenek saya sekarang  , so saya terpaksa melepaskan rindu kat diaorang jugak sebentar lagi .. . . awak ...really saya rindu awak ditika dan saat ini . . . tata sayang  . . ..

*syoknya jadi awek kampung *

OK FINE !


SAYA DAN BANGSA SAYA

hey u .. i know u were there .. lets we talking talking about something ! something what ? ala.something what-what laaa.. hehehe payah tol nak  menaip ayat-ayat mat saleh ni ,dah naik terkehel jari saya ni awak ..sebenarnya seronok kan kalau kita dapat mengetahui berbagai bahasa antarabangsa ni,tapi tulah ..dah dasar pemalas , so malas nak belajar ..heee.. ok..saya tahu 'melayu'memang ada penyakit yg sangat bahaya  iaitu ~' MALAS' .. termasuklah saya .. mama saya kalau membebel dia selalu kata . . .

*awak ni bukannya tak pandai !! tapi awak adalah pemalas sebab apa mama cakap macam tu ???
...emm mama je yg tau  ...

awak oo awak . . . lepas ni saya mungkin cuti panjang ye .. so . . .kalau rindu ..awak  tau kan nak buat apa?

PESANAN KU

assalammualaikum ....
wahai penunggu gua !hehehe.mana ada penunggu ?? menunggu adalah kan ? aaa...awak menunggu waktu berbuka sangat teruji disaat-saat waktu berbuka kian menghampiri ni ! tapi menunggu hari raya lagilah  menerujakan ...lahai...sabo cik  yenda ..sabo ...ye saya sedang bersabarlah ni heeee ~

awak oo awak
besar kemungkinan raya nanti saya lepak lama kat kampung ,so mungkin facebook saya sepi...blog saya sunyi ..inbox saya berkunci ...so pada awak yg selalu baca luahan meroyan saya ni ,sila lah tunggu kepulangan ku nanti ...eceh..macam nak pergi jauh jek ..orang pergi haji pun tak ada nak berpesan-pesan macam ni huhu... apa2 pun thanks for alls...

NAK BUAT TU AGAK2LAH

tulah penyakitnya ,bila dah menaip,tak reti nak berhenti. idea mencurah-curah macam air terjun niagara ..laju gila !

awak oo awak ..harini saya nak share something la.. jum lepak sini kejap !

saya ada kawan facebook yg sangat ramai tau ,ada yg salah satu tu saling bersangkut paut rupanya..seperti.. si A awek si B...si C skandal si A .. si B pulak ex -bf si D yg si D tu pulak tunang si C ..macam keluarga 69 pun ada jugak ni....aaa..macam tu lah jaringan kehidupannya..apa yg perlu semua rahsia ni menjadi  rahsia peribadi saya dan ianya takkan diketahui oleh orang lain ..promise !!

awak..tapikan bila kita dah tau yg dia orang pernah couple,then putus ,lepastu masih lagi ada dalam senarai friendlist ...awak tau tak apa yg paling buat saya sedih. ? ..cuba awak bayangkan kalau ex awak tunjukan gambar couple baru dia di wall fb ? tidak kah awak terasa something ? saya sangat terharu jika kawan-kawan perempuan saya melakukan sebegitu pada exnya....

jangan macam tulah kawan . . .  walaupun dia bukan milik korang lagi..hargailah perasaan nya jugak . .  please la.. cuba ingat semula ..dialah orang yg korang puja-puja sikit masa dulukan.. kenapa nak sakiti hatinya .. mungkin dia kan bersahaja jika dia seorang yg matang dan waras...tapi hatinya...Allah je yg tahu awak.. please lagi sekali..saya merayu kat awak...

dan jika awak memang nak tunjukkan jugak..sila hidekan dari dia..takkan awak tak reti nak setkan benda tu ? kalau tak boleh meh saya ajarkan ..

sebenarnya awak...saya tak suka hati kawan-kawan saya sakit dan kecewa hanya sebab cinta yg lalu.. so sebagai orang yg memahami ,saya lebih peka dalam hal ini .. takde untungnya awak menunjuk2 kat dia ,belum tentu couple awak tu jadi milik awak yg sah..so  hati-hatilah ye.... *saya cakap jek*

SENGAJA LE TU

assalammualaikum awak..nak tido ni tapi mata masih nak menatap wall blog pulak,ok sementara menunggu puteri bunian mama tu  balik dari sekolahnya ,so baik saya meroyan kejap disini .

watpe tu ? aaa itulah soalan yg kerap ditanya bila saya berchatting or bermassage dengan kawan-kawan .awak oo awak... dah sah-sah saya kan sedang berchatting ,ofcos la saya sedang menaip perkataan dikeypad.. yang awak pergi rajin noh menanye tu kenapa ?

dah makan lom ? emm sengaja je tanya kan,kalau pun saya belum makan,bukannya awak nak belanja saya   makan kan ..baik tak payah tanya la awak . . buat saya  terliur je nak rasa makanan yg awak nak belanja nanti ..hehehe

tak keluar ke ? ohnya..kalau saya nak keluar ,takkan saya sempat nya on facebook ..paling tidak pun saya nak iron baju,tudung,pergi mandi ke, make up ke?lagi best hehehe..maklum lah kan  ala-ala gratis gitu :p

awak kat mana ni ? aaa ni lagi satu soalan . takkan saya dibilik air,atau di kolam mandi atau di atas awan..ofcos lah dalam rumah saya yg indah dan permai ini. lahai.. macam nak menangis saya nak jawap tau awak ...terharu sesangat ~ haaaa...

awak.. maaflah kalau luahan saya kali ni over sikit..tapi awak paham lah kan..orang mengantuk disuruh menaip di blog,nilah jadinya ..entah ape-ape jek...

soalan terakhir #kenapa mesti menipu ~kecewa . .


SEMANGAT YANG HILANG

salam rindu hanya dibalik awan kelabu , mendung resah makin berarak , namun bulan indah masih lagi lena dikamar beradunya ,sang camar sunyi hilang entah kemana setelah temannya yang  lain riuh mengejar rezki !

hari makin suram bila mentari merajuk dengan alam . manakah senyumannya ? manakah gelak cerianya? manakah syair pelepas rindu-rindunya ?

taman kian sepi dan bunga-bunga  kini lesu , kumbang yg dulu gagah kini makin  menjauh dari sisi.. dikala hujan semalam bukan lagi menyejukkan malahan ia menjadi ribut yg ganas melanda hati.

Awak ingat lah pesanan saya  :
jangan berjanji kalau tak boleh ditepati dan jangan menyentuh jika tiada niat untuk memetik . jum ikut saya untuk sebarkan bahagia. . .

i want to sleep like a royal . . .




PESANAN IKHLAS


KU RELAKAN SEMUA

assalam mualaikum awak . . .
letih dah mata dan jari saya ni dari pukul 7am sampai 10 am dok mengedit blog manja saya ni dan akhirnya ini lah hasilnya dan saya telah menjemput encik hazaman untuk menghiburkan awak semua yg disini lagu yg sikit touching sanubari saya saat ni .. .lagi-lagi bila dia kata ...''ku relakan jiwa untuk menjadi penghuni dalam hatimu''

ye awak ...harini 1 ogos 2013, ini entri pertama saya untuk bulan ogos ni ,kalau awak perasan dalam bulan julai tu entri saya berjumlah 66 ! bayangkan dalam sebulan 66 kali saya meroyan ..hebak sangak ! sah memang nampak bosan habis saya dalam bulan julai kan?

awak . . saya nak tanya ...salahkah saya menolak hati seseorang? semua yg saya lakukan ini semuanya untuk kebahagiaan dia jugak .. saya tak nak dia kecewa satu hari nanti ..semalam ye semalam saya dah melepaskan satu hati yang selama ni banyak membantu saya. .ye awak semua ini terpaksa , bukan sengaja,saat saya rebah sikit masa dulu dia datang tolong saya , saat saya sakit ketika satu hari dulu dialah yg membawa penawar buat saya ,bertahun mengenali dia hanya gelak tawa dalam kamus kami namun hanya kerana sedikit perasaan terpaksa dalam hati saya maka dengan rela lepaskannya. . . .


awak . . . serious saya memang kejam kan ?biarlah orang nak kata apa ! apa yang saya tau , itu keputusan saya  . . .dengan berat hati ku lepaskan semua ~