DALAM PAHIT ADA MANISNYA



semua orang patut tahu . . tiap yg berlaku ada hikmahnya ! setiap yg Allah datangkan ada tujuannya dan kebaikannya untuk setiap orang . . .

mungkin awak kurang percaya akan kata -kata saya ni tapi mari saya jelas kan dengan lebih terperinci maksud yg saya nyatakan diatas :

sebelum ni awak kenal tak dia ni ? semestinya lah kan sebab lelaki itu merupakan hero pasukan kegemaran saya iaitu JDT !



tapi sebelum ni awak kenal kah beliau ni ?


mungkin awak tak mengenalinya sebelum ni ,tetapi disebabkan kes 'sopan santun' yg di perkatan itu , mereka sama-sama di kenali walaupun dengan berbagai sudut peribadi  . .

pak cik ni mungkin sebelum ni orang tak berapa nak hurmat sekarang orang akan memandang dia dengan seribu satu macam perasaan di hati mereka  !

nah ! lihat lah  keajaiban Allah . .  !!! sekelip mata ianya berubah . . .sesuatu yg tak pernah terjangka oleh sesiapa kan . .tapi tulah kenyataannya . .


Dia insan yg hanya sebagai pakguard dikenali apabila telah terinaya !  wajarkah begitu ? pada saya setiap orang yg mengenalinya wajib untuk meghormatinya kerana itulah tanda sopan santun . .bukan setelah dia 'pemes'  . .  tepuk dada tanya lah minda ! *what on your mind*

apa yg jelas disini tiap dalam pahit tu ada manisnya . . ingat tu sayang . . . hee ~

BISIKAN HATI LYENDA NUR


 Assalammualaikum awak . .
kalau lah awak tahu saat sepi begini
takde lain yg saya fikirkan
hanyalah tentang kehidupan saya dimasa hadapan nanti
dan tentang kematian saya yg sudah pasti muncul sendiri
juga tentang ikatan kita yg belum pasti
namun ianya nampak indah dan berseri
awak . . biarlah Tuhan saja penentu segala
kerana segala milik kita adalah penentu dariNya
dan saya hanya mampu berserah
dan menyerah semuanya pada takdir . . .

I miss you backgrounds - Pesquisa Google
when i need you . . .

BLOGGING AND BLOG WALKING

awak . . malam ni lepas melayan muka buku , saya terus melepak di blog ! haish tangan ni gatal pulak nak mengubah background . ye pada asalnya menang nak ubah sIkit saja tapi bila dan syok edit sana. . edit sini ..sekarang  lihatlah hasilnya . . .

bila cakap pasal blog ramai budak lelaki eh . .budak ke ..entahlah budak lagi ke tak tetapi perangai memang macam budak je saya tengokkan heee . . ok . . . ok.. ramai orang lelaki tak suka blog ! ah bosan katanya . . dan sebenarnya mereka silap follower saya ramai juga orang lelaki . pembaca entri saya ramai juga orang lelaki . . . cuma antara mereka suka atau tak entri-enri saya . . waallah hualam . .

pada saya blog yg paling memberi info pada saya ialah blog oh! blog . .awk pernah ke masuk blog tu ? emm macam -macam ada i told you. . . awak  nak tau ke . .jap saya nak pergi usha jap hehehe dan antara awak suka ke tak saya tetap kata saya suka kan ohbelog ni *sila klik nama blog tu !

selain tu juga blog yg selalu saya berjalan-jalan ialah

blog daddy Qaliff

blog Maqnie

blog donny

dan sebenarnya ada banyak lagi blog yg tiap hari saya jenguk maklumlah kan banyak masa terluang sekarang ni so lebih baik blog walking dari walking in the dark. . .maybe   u know what i mean . .

...
i am missing you  . . . hmm

BAHAN BUKTI

hi   . . . awak tentu tau yg saya selalu bergaduh dengan skandal saya encik Max tu kan . sebenarnya saya bukan nak cari publisiti atau mencari kesilapan si Max tu tetapi kalau dah melampaui ,mengapa harus tidak saya kutuk ! eh . . macam lain pulak ayat 'kutuk' tu kan hehe

ye  . . saya ada buktilah yg saya betul-betul marah si Max sebab dia yg bersalah ! bukan salah saya ! saya seorang yg tak bersalah  . .eh ..macam kes mahkamah le pulak ni hmmm

jum-jum tenguk bahan bukti yg saya  perolehi petang tadi .  . .





awak tengok je lah semua skrinnya putih  . .loading jangan cakaplah punya lah bersopan santun geraknya . . saya siap guna power turbo lagi tu tau mau kasi  laju..tapi hampa belaka .kalau saya guna line google chrome dan mozila firefox lagilah takkeluar apa-apa untuk blogging ni . .hmm kini  hanya api kemarahan yg menyala dan akhirnya saya ambil keputusan . .saya akan terus meninggalkan Max dalam sepi . . .  tidur lebih baik  :(


CINTA BUAT KU

salam senja nan merah

biar perit mata memandang pada skrin notebook saya ni,tapi saya masih nak juga menaip sedikit keluhan nurani yg tiba-tiba muncul  dalam hati . . . .

kenapa mudah sangat mengaku cinta ? itu persoalannya !

bila saya kaji ,ramai adik-adik di muka buku saya tu sangat mudah menjatuhkan cintanya . padahal baru beberapa hari berkenalan . mungkinkah ini ragam remaja ? emm saya pun pernah remaja ! adik saya pun remaja dan kawan-kawan saya ramai yg remaja di alam nyata ni . tapi kami sangat sensitif untuk meluahkan cinta pada sang jejaka diluar sana!

pada kami 'awek-awek kaki jogging setaman' cinta tu kalau boleh hanya sekali dalam hidup ! tapi mustahil lah kan sebab manusia diberi peluang untuk memilih dan mencuba . . .

bagi  saya cinta pertama saya yg gagal tu telah  memakan masa selama 3 tahun lebih ! itu pun masih gagal ! tapi saya dah mencuba bukan ? begitu juga adik perempuan saya , kegagalan pada cinta keduanya cukuplah buat dia lebih berhati-hati dalam alam percintaan . . . sekarang kami ingin bebas
dari istilah cinta yg hanya pada lafas bukan pada hati . .

apa yg nak saya katakan disini  : kalau hanya sebulan dua ber'chating' , ber'calling' ber'texting' tu ,janganlah anggap anda dicintai tetapi anggaplah anda sedang disayangi . .itu lagi nampak sweet !

dan untuk saya kini  . . saya lebih berhati-hati menilai cinta baru kerana dikhuatiri ditipu lagi !
serious saya seorang pecinta yg setia  tetapi jika kasih sayang saya diabaikan dan terabai . . saya akan menjadi seorang pembenci yg tegar dialam ini !! you know what i mean . . .


Tumblr | via Tumblr
FEEL FREE . . . 

SECRET ADMIRE

                                                                     :3

Awak  . . kalini nak kongsi pengalaman saya lah .
dimana saya di datangi seorang insan yg mengaku menyayangi saya dan sangat suka kat saya . kejadian ini berlaku beberapa bulan yg lalu dan saya pun hampir sahaja melupakannya . tetapi bila duduk sesorang di malam yg sepi ni ,kenangan silam tu muncul kembali , so marilah kita membacanya . . .

ketika tu macam biasa saya akan meroyan di wall facebook saya bila saya betul - betul  free, tiba-tiba seseorang telah menghantarkan text untuk saya . dalam text itu dia menyatakan yg dia memang minat dekat saya dan perasaan itu sudah datang sejak lama dulu . saya pun tak pasti selama manakah ianya datang hee. .

setelah dia luahkan ,dan saya pun membaca semua ayat-ayat dia ,jelas sekali dia memang meminati saya dan  sekali gus menyayangi saya dalam diam . . serupa secret admire la tu . . hmmm

awak . . . ada satu baris ayat dia taip yg buat saya sedikit sebak dan terharu . . dia menyatakan walaupun dia saya sayang dan suka kat saya  ,tetapi kami  tak boleh meneruskan semua ini sebabdia sudah pun dimiliki . . perh ! terharunya saya membaca text dia ! tapi bukan sebab saya tak dapat jadi couple dia  . .tetapi sebabkan . .

  dia begitu jujur dengan kekasihnya walaupun  dia  mengaku yg dia minat saya ! ye secara peribadinya saya memang respect insan terutama lelaki yg jenis sebegini . .kejujuran itu penting walaupun terpaksa melepaskan sesuatu yg diminat dan disayang  . . .

dan sebagai seorang insan yg memahami saya nak mengucapkan terimakasih kat dia kerana dia sanggup berterus terang pasal perasaannya itu. apa yg saya mahu . . .dia akan kekal bahagia dengan pasangannya . . untuk kehidupan mereka didunia dan diakhirat juga . . aamin . .  .




Love
awak tetap kawan saya . . . 

HANDPHONE

                                                         
hai . . .assalammualaikum
handphone adalah antara gadget yg popular dimasa kini , terdapat berbagai jenis jenama handphone yg semakin digemari terutamanya para remaja sekarang !


ok fine ! apa yg saya nak nyatakan disini . .  saya kurang aktifkan handphone saya ! pelik ? tapi itulah kenyataannya sebabnya sekarang ni saya terlalu sibuk dengan tanggung jawab saya dan saya tak mahu diganggu ketika saya sedang sibuk  . . jelas !? sekian terimakasih . . .


Untitled

SENANDUNG RINDU




Red Poppies sunset

ketulusan cintamu
membuatkan malam ku jadi hangat
bisikan hati kasihmu
menyerikan malam ku yg gelap
rimbunan kisah cinta kita
memburu keresahan yg keliru
awan petang bagai  memanggilku pulang
suara gemersik lalang hanya mendendangkan
lagu-lagu cinta pilu ,
dimana sedikt masa  dulu
kita pernah nyanyikan bersama
kau dan rindu ku
kini telah menyatu . . .
ku ada mu ^_^

ITS TOO MUCH SAYANG

Assalammualaikum
hai awak . ..sebagai insan yg waras , dia biasanya akan berkata-kata seiring dengan akalnya bukan dengan hatinya. jika diberi wajah yg hebat  , kehidupan yg mewah tetapi perangai yg kurang menarik maka hilanglah sedikit anugerah sempurna bagi seseorang itu ! sesungguhnya kita tak boleh mengubah wajah kita tetapi ita wajib mengubah perangai kita kerana itu mampu dibuat ! eh . . .apa yg saya meroyan ni kan ? ok tak mau cakap banyak awak baca dibawah ni  . . .


inikah milik kata-kata seorang perempuan yg beragama islam ? saya meroyan sebab dia kutuk team saya , pemain kegemaran saya , keturunan saya ,orang -orang dinegeri saya sama lah termasuklah dia mengutuk saya jugak . . patut ke awak jika dia begitu ?? mohon Allah selamatkan dia . . . aaaminn . . .

                                                               

jap-jap adik ni nak cakap . . . .

werkkkk . . .  hahahaha

BISIKAN RERAMA

persisi awan yg menitis lembut
bersama dinginnya rindu
aku sering alpa pada ketentuan yg azali
dikala resah menghadirkan dirinya . . .
ku hamparkan selendang rindu ditaman asmara
dedaun nan melambai seakan merestui atas setiap kejadian

mungkinkah kita bisa kembali
mengemis cinta kita yg dahulu
merayu pada tiap kenangan
agar hentikan perpisahan . . .

aku gadis hina dimatamu
laksana sang rerama yg berterbangan tanpa arah
mencri hanya sekelumit madu yg tulin

sedangkan kau ialah  helang
yg gagah diangkasa
menarik perhatian pada tiap yg memandang . . .

dan nyatanya sehingga kini
kau dan aku
tak bisa kembali . . .

Untitled
ku rindu kamu . . . .


ROUND THE WORLD

selamat malam semua
malam ni kan . . .saya ni macam letih semacam jek sebab seakan-akan baru lepas dari beraksi kejar mengejar dengan seseorang ,sebabnya kejap dia kata nak tolong kawan lepastu dia kata dia nak keluar  makan,kejap dia dibilik peribadinya dan kejap tu pulak dia dah didalam kereta dan kejap dia kata baru sampai kedai makan tapi belum sempat tanya dia order apa . . .dia dah kata yg dia dah siap makan . . .
dan diakhir kejadian tersebut dia kata dia dah mengantuk . .

kenyataannya :  muka bumi berubah mengikut perubahan musim dan angim monson . . . hahaha tak masuk dalam cerita tu pun . .ngexxx . .

awak oo awak . .
awak rasalah kan kaki ni pandai tendang orang tak ekk ??

Tumblr
peace . .  .

ERTI BEBAS PADA SAYA


Love Pictures

http://lindala.webblogg.se/


blessed with a curse

INSPIRED BY THIS FEELING

BINI OH BINI

hai . . miss u hehe
harini lepak facebook sekejap sahaja sebab ada lagi kerja yg belum dibereskan , so  jika ada text di inbox tu terpaksa saya abaikan  . . .nanti free saay buka lah ye . . .

tadi waktu ronda-ronda wall muka buku , ramai orang malayisa dok sibuk memperkatakan perihal seorang isteri yg kurang 'beradap-sopan' eh . .  mungkin bahasa saya boleh di perbaiki lagi kot...tapi itulah bahasa paling baik yg dapat saya gunakan disini harini . .

awak . .  kita ni sebagai manusia memang kebiasaannya kesilapan orang mudah sangat kita nampak , lagi-lagi kesilapan tu memang ditunjukkan di tempat yg terang lagi jelas ,tersangatlah mudah dikesan ,ye dok ?  so kalau nak tunjuk perangai ,kenalah cover sikit ,agar kejadian yg tak disengajakan atau . . .memang sengaja tu tidak menjadi tomahan orang ramai . .

apa yg menjadi mangsanya disini ialah imej suami yg tak berdosa pun terlibat sama . .  dan  ! aaa  ... ada dan nya tu . .  sebagai orang yg isteri dia 'baik-baik sangat tu'  . . pesan saya ...janganlah dok mikir silapnya isteri orang  . .moh kita sesama lihat pulak perangai isteri kita jugak,mana tau kuman diseberang kita dok nampak . . .gajah depan mata langsung tak perasan !!  . . . ingat tu ye encik abang sekelian . . .

eh !!  bini siapa ni . .

:)

THE WET WEDNESDAY . . .

Me, just playing around on my photo editors.

Assalammualaikum awak . .
dengan senyuman yg ikhlas  . . . tak banyak yg saya nak katakan disini . . .  dipagi rabu ini izinkan saya ucapkan selamat pagi kat awak semua dan nikmatilah keindahan hidup ini dengan rasa bersyukur kehadrat Ilahi . . . . alhamdulillah . .  .

wake up in paradise



~GOOD MORNING~

PLAYBOY !!

hai there!
dalam keadaan line yg kejap laju kejap perlahan ni , saya masih sempat lagi meroyan disini . . . melihat keadaan sekeliling kehidupan ini , ingin saya nyatakan disni bahawa dikalangan sahabat ,saudara terdekat dan insan yg sentiasa keluar masuk dalam hidup saya  . . bahawasenya kebanyakkan bujang tua atau anak teruna yang masih belum berkahwin itu adalah lelaki yg pada mudanya remajanya ialah seorang PLAYBOY a.k.a kaki perempuan  ! dan kenyataan ini dilanjutkan lagi dengan temu bual saya dengan beberapa orang jejaka yg masih single mingle namun usianya bukan tahap teruna trang tang tang !! shh . .

Sweet <33

*perkenalan abang dengan awek awek abang selalunya secara tidak sengaja ,kadang-kadang dibustop kadang-kadang di shopping complex ,kadang-kadang di pasar malam,kadang-kadang di pesta ria muda mudi..eh..macam pop yeyeh pulak! semuanya akan kekal  hanya beberapa minggu paling lama pun 4 bulan ..lelainnya 4 minggu pun tak sampai . . awak nak tau sebab nya? ini disebabkan hampir kesemuanya tu awek orang abang kebas !! hahaha . . kan dah kantoi  ni  . . so lepas kejadian yg menimpa abang satu persatu tu,maka abang serik nak couple lagi dan seterusnyasilalah  izinkan abang solo sampai ketua  ye dik . . . hahaha..saya gelak saje tanpa sepatah ayat . . .

boy
*alaa rileks la beb ,gua lelaki ,gua power doh . .kalau gua tak kawen pun,gua still ok pe.. lainlah macam lu tu orang perempuan , kang kawen lambat orang cakap tak laku ,padahal lu orang yg jual mahal . .tapi lelaki terlepas macam gua ni..*bukan lelaki terlajak ok* benda -benda ni just a small thing je ,ada ku kesah ?? takkan dohhh . . oh men . .  bro ni hampir hampir nak bodohkan saya laaaa  dohhhh .  . .

nothing/everything | via Tumblr

*abang bukan sengaja nak solo lelama dik . .abang sebenarnya memang teringin nak kawen,nak ada keluarga macam orang lain tu,tapi tulah nak kata apa belum ade rezeki la katakan  . kalau nak ikutkan bulanni jek dah 5kali abang mandi bunga tapi awek pun song takde lekat kat abang ,malahan dia orang nampak abang ni macam tak wujud jek.. serious dik..bila abang jumpa awek je abang cakap . . hi..jum couple . .  dia just jeling lepastu blah!! macam nak menangis abang dibuatnya ,tapi tulah dah takde jodoh kan..redha je lah . .  emmm abang ni ganas sangat kan,orang perempuan ni suka yg slow dan planning guy..bukannya tangkap muat sesaja  .  . .

Cute boy!!

*dulu aku ade perempuan ramai !
salah satunya artis ,dulu masa belum popular akulah tempat dia mengadu semua masalah nya..masalah duitlah,keluargalah,masalah kesihatan lah . .tup-tup dah terkenal,jangan kata nak mengadu masalah,nak bertanya khabar aku pun tak pernah ! macam itu ke perempuan? haiyakk..baik gua solo sampai gigi gua tiggal dua pun tak pelah . .  .  hmm . . . nilah kata-kata orang yg hatinya dah hancur

let's tessellate | via Tumblr
*apa ko sebok nak tau kenapa aku ta kawen lagi ??? ajak ko kawen ritu tak nak !! mengade !!
eh . . . rupanya saya salah orang untuk bertanya lah . . dia dah 4kali kawen  tapi semua isteri dia mandul ! last-last dia ceraikan isteri-isteri dia lepas keputusan makmal hospital keluar  . ..bahawa sesungguhnya doktor mengesahkan yg dia sebenarnya yg mandul . .  frust gila abang tu !! akhirnya dia bertekad utk tidak berkawen lagi . . ish3x . .macam ni pun ade??

Untitled

AWAK OO AWAK . .
sebelum saya kena kepung dengan playboy masa balik kelas nanti baik saya stop meroyan ok ,buat kawan-kawan yg masih bujang tu apa yg saya nak pesankan : bersyukurlah bahawa status single awak tu sebenarnya Allah nak menguji ketahanan minda awak mengawal napsu zahir dan batin !jika awak menang dalam cobaan ini ,maka Allah akan memberi ganjaran yg istimewa buat awak nanti . . sabar ye sayang . .  heheeee~


tumblr
wanna a big hug .  ..

SAYA SAYANG AWAK

assalammualaikum . . .  encik selasa dah datang lagi ! harini merupakan selasa yg terakhir untuk september 2013  . . .emmm dan tak mustahil jugak selasa yg terakhir untuk saya . . ye lah kan kita bukannya tahu ketentuan Allah  . . .

awak . . .  sejak kebelakangan ni jiwa saya tak berapa stabil , mungkin tugasan yg menjadi tanggung jawap saya telah membuatkan saya merasakan begitu . kehadiran awak kebelakangan ni sebenarnya ialah penyeri hidup saya tetapi disebabkan tugas . . saya makin abaikan awak . .maafkan saya ~

ye saya tahu , awak cuba menghiburkan saya dengan telatah awak  yg memang mencuit perasaan saya namun bila keadaan tenang kembali . . hati saya sepi sendiri . .  . stock gelak saya kosong !!

awak . . . maaf kalau saya suka sangat mengatakan yg saya ok . . .tak apa-apa . .yg sebenarnya saya sedang tertekan disini . . . pada zahirnya memang saya ok ,tetapi pada batinnya . . . . Allah saja yg tahu . .

ye awak . . kalau beberapa hari ni mood saya membosankan awak . . maafkan saya ,kerana saya memang sedang diulit resah dan saya tak mahu awak jugak terjerumus dalam permasalahan saya ini . . . harap awak dapat mengerti kata-kata saya ini . .

sekali lagi maaf kan saya dan terima kasih untuk bahagia kita kecapi bersama  . . .saya sayang awak ~


MACAM-MACAM ADA . .

assalammualaikum . . .
tadi masa saya online petang-petang
saya dah terbuka satu laman sosial baru yg baru. . ye masih baru, ye baru sesangat . .  mulanya difikiran saya ni nak join sebab hanya sebagai suka-suka . .so saya pun 'sign in'lah . .  tetiba bila dah log in . .  saya buntu nak masuk mana . . so saya pm admin disitu untuk membantu ,namun apa kata admin tu:

katanya : salam . .mintak no tel sbb nanti company akan call awak..

so saya kata : no tel? untuk apekah? hmm tak minat lah sampai nk no tel semua ni ...

kemudian dia kata lagi: nanti company akan call ,segala activiti saya akan sms blast ..jgn risau..kita dah jadi partner dah..awk iklan iklan tu kalau awak jadi paid member plak awak akan dapat duit ..sekarang ni awak free member so awk boleh kumpul point je. nak kumpul point senang , just bagi link awk kat member2 awk n suruh dia free register macam awak ..sorang member awak akan 25smart point . .

dan saya cakap : ish kesitu jauhnya ? hmm

kata admin tu : apa yg jauhnya . . .nie laman sosial baru, fb kaya sbb kita main game kat fb ,click iklan kat fb ..tp awak tak dapat pape pun.laman sosial nie memang leh buat duit . .

dan  kata saya :yea..memang lubuk duit kalau pro . .

admin tu cakap lagi : awak macam dah paham je..kalo saye bagitau pakai fon pn ok tak..awk bagi no..

dan seterusnya  chat kami terhenti disitu sehingga la  malam ni  . .
sebab nya saya tak bagi pun no fon saya kat dia. . .sebenarnya ada banyak lagi sembang kami tapi demi menjaga imej dia,saya kena cover line la kot  . .  tapi mushkil . .
apakah motif dia yg sebenarnya menubuhkan laman sosial tersebut kan ?
nak jumpa saya..nak no telephone saya  . . .
adeh . . macam-macam karenah manusia di alam maya ni . .  sabo ajelah . .






KECIL BERAPI TU



ok cantikk . . .
saat awak semua sedang mengulangkaji pelajaran untuk ujian dan peperiksaan tu
saya pulak diberi peluang meroyan disini . .  yeaaay . .  dah dapat masuk blog dah ni . .

assalammualaikum readers yg comey -comey belako ni . .  *ayat mengampu ni tau *
tadikan waktu saya menuntun MHI . . Malaysia Hari Ini di tv 3 . .  saya begitu tertarik dengan segman bersama artis - artis  jalanan  tu  terutamanya si cilik TEGAR ~



apa yg menarik nya dia tu rupanya sedari usia 4 tahun sudah hidup begitu . .menyanyi dan menghiburkan orang di jalanan tanpa menghirau keselamatannya dan pelajarannya !

dan bukan mudah mengemis dari satu kenderaan ke keenderaan yg lain sambil mendendangkan lagu-lagu indah  . . berpanas terik..berhujan.. berembun . .  namun itu lah yg dilalui oleh semua  penyanyi jalanan.

 

bagi si Tegar kehidupan yg terdesak jugak buat dia terpaksa lupakan segalanya tentang masa depan ! dan kini diusianya 12 tahun , dengan izin Allah dia berjaya membantu keluarganya hanya menjadi sebagai penyanyi terkenal di Indonesia dan diMalaysia  ini . .  .

tapi tadi ketika saya menuntun MHI . . saya dapat rasakan betapa manusia yg hidupnya susah  sebelumnya ,sebenarnya ialah  seorang insan yg kuat , bersemangat dan jati diri . .  yg pasti dari bibirnya tidak pernah terlepas dari menyebut  . . .Alhamdulillah . . .  :) ye dia sentiasa bersyukur atas tiap pemberian Tuhan pada dirinya . . 

 



tiba-tiba saya terfikir  . .bagaimana dengan kanak-kanak serupa Tegar yg terdapat di Malaysia ini ?? mampukah dia meneruskan hidupnya seperti mana Tegar alami selama ini ? setahu saya dikeliling saya sahaja . .kanak-kanak sebaya Tegar hanya reti bermain di taman permainan , di siber cafe dan kalau yg jenis suka lepak rumah tu , mereka lebih cenderung bermain games dan melayan gadget-gadget semasa ! oh !! alangkah bertuahnya kan kanak-kanak di Malaysia ni . .

hampir semua kanak-kanak di negara kita tak tau erti susah . . celik mata je semua sudah  tersedia . .  bila letih sikit sudah bersunggut . .  bila silap sikit sudah melenting . .  emmm adat lah kan . . anak yg hidupnya petik jari apa yg nak semua mari  . .  huhu

 

untuk si Tegar . . .  pesanan  sis  . .  jadilah anak yg sentiasa memandang kehadapan dan jadilah diri kamu yg sebenarnya walaupun bila menjadi artis kamu adakalanya terpaksa berlakun untuk menghiburkan orang . . .  good luck and suksess ~

*ku yg dulu bukan lah yg sekarang*



AHAD - JOGGING DAN COUPLE

hai awak . .  pagi minggu ni saya pergi berjogging dengan kawan-kawan !seronok gak tau ! kalau lah ada boyfriend bolehlah ajak boyfriend berjogging tapi disebabkan takde sesiapa nak ajak sama so tak lain tak bukan ialah si lessy and si penk yg sentiasa menemani saya jika keluar rumah ! ok ..senang cakap merekalah bodyguard saya sekarang huhu *perasan pulak pasang bodyguard ekk*

bila dah letih berjogging ,kami pun lepak kat port biasa kami iaitu tepi tasik ! tasik mana ? ala..awak pergilah kat Muzium lelayang kat Pasir Gudang  tu,nanti awak jumpalah tasiknya ..eh !! boleh pulak cerita ekk?

sambil lepak tu kami pun sempat la jugak sembang kosong sambil layan mata kesatu sudut tasik . .kelihatan sepasang kekasih sedang memadu asmara disitu..ohnya awal lagi dah keluar dating ke bang? haha baru pukul 9am tu ..kami gelak sambil tak rasa bersalah apa-apa pun . tanpa menyedari di sindir pasangan tu asik dengan melayan emosi mereka berdua...
kata sorang kawan saya :

*pergh ! bab ni yg aku kantoi ni ,orang pegang-pegang tangan depan aku ! bukan mereka je dapat dosa ,aku yg nampak ni pun turut berdosa doh!! hehehe . . saya tak taulah sebenarnya sama ada dia marah atau pun dia seronok ! eh !! haaaa .  .

kemudian seorang teman saya pula mencelah :

*ala rilex la beb ,bukan akak ko , bukan abang ko . .biarkan je dia buat dia tanggung , ko pulak jangan tengok sangat ! orang tengah angau macam ni bukan ingat dosa pahala beb ! semua dia main bedal jek hehehe  bodayguard saya mula bersyarah ni adoi . .

kawan yg pertama tu menjawap pulak :

*aku kesian doh ! bercinta punya lah suci ,menyambungkan silaturahim memang baik lah kan ,tapi kenapa kesucian cinta tu nak dibalas dengan dosa ? bukan kah baiknya benda suci ni ditambahkan lagi dengan pahala . . moga nanti tuhan meredoi keutuhan cinta tu . .bukan melaknatinya ngekk . .

alamak mereka sudah memanaskan keadaan pagi yg cool ni nampaknya so...saya pun mencelah  :

*dahlah jum breakfast  . .pikir hal orang buat tambah dosa je watpe ! korang masih solo kan so mungkin korang tak terfikir sama macam yg couple tu fikirkan  . .  dah dah jum makan ! aku lapar sey .. saya sengaja mencelah agar dapat menenangkan suasana yg mula hot tu !

*haaa ni lagi sorang . . bila sebut pasal couple je ubah topik ! pening aku taw !

hahaha dia buat hal dah  . .  kawan saya perli saya dalam diam dah ni ! adeh . .  .

*wei . .  ape pulaknya salah aku wei . . adat la kan kalau benda yg takde sangkut paut dengankita watpe nak kita fikir kan sampai pening ,baik buat hal masing-masing jek hehehe saya gelak  . . .cover malu sebenarnya ni :p

*beb . . apa ko susah beb . .jadi couple aku je cik linda nur izzati oi . .  kawan saya si pengkid tu bersuara !

*what ??? err . .err . .  nape mesti dengan ko beb ? hahaha lawak doh  *saya gelak bingung*

* yelah kalau ko couple dengan aku kan, ku pegang tangan mu pun whuduk mu tak batal siott !!

hahahaha  . . .  aku masih waras lagi ngekkk !! saya bangun sambil meninggalkan budak -budak yg mula gelakan saya terbahak-bahak tu !! huh ! jahak mu eah . .  nanti..nanti korang  . .

kini baru saya teringat bak kata abang johnny . .  .

FunSubstance.com - Endless Entertainment & Humor

WAHAI PUJAAN KU ENCIK MAX !!

hai readers . . .
Harini saya gagal dalam menjadi seorang blogger !!! takde entri terbaru yg dapat saya muat naikkan dalam blog ni seharian ni . .emmm dari pagi tadi kalau tak silap dalam pukul 10 am sehinggalah pukul 5.30 pm ni barulah saya berpeluang untuk membuka dashboard blog saya ni ! haish ini semua angkara encik MAX !!! hello encik MAX ! i really hate u! eeee bosan doh ! napelah dia zalim sangat buat saya macam ni ? alasan encik MAX  . .  lu punya qouta sudah habis la amoi . .  kasi tambah la . .baru boleh laju macam G6 mey . .  jahak mu encik MAX !!

awak . . .oo . . .awak
kalau awak nak tau dalam rumah saya ni semua urusan yg bersangkut paut dengan line adalah menggunakan perkhidmatan encik MAX ni lah . . handphones , brodband ,wifi dan ianya adalah bawah kawalan encik MAX ! sepatutunya encik MAX ucap thanks to my family tau sebab kami pengguna khidmat encik MAX yg setia . . .rasanya dah hampir belasan tahun! ialah bermula dari ayah saya yg menggunakan nombor 012 untuk handphone nokia 3310 beliau  . . sekarang ayah dah  menggunakan berbagai gadget atas nama encik MAX  . .tapi apa yg encik MAX buat atas peghargaan kami pada khidmat beliau ? makin hari makin merosot lagi adalah . .  kami kecewa tau encik MAX .  .

tapi tulah kecewa tu kecewa jugak,tapi mama saya tetap nak bermenantukan encik MAX ..eh..bukan ! bukan . .mama tetap nak menggunakan khidmat encik MAX sebagai sumber keperluan harian kami sekeluarga  . .  lahai . .sabo je lah . . .  dari saya  . . benci tapi rindu untuk you MAX @MAXIS  . . . .
roarrrrr .  . .!!!! .

Trueeeee Bluuuud | via Tumblr

THEY ARE GOSSIP !

Xoxo :)
 Psst . . psst . . . @#$%^&* !!
yea ???..betul ke ?
a'ah..serious laaa. . .
emmm . . ish..ish . .  .
so macamane tu ?
tah !! tak tau lah ..
laaa.. takkan kau tak tau . . .
ye . .tak tau . .apa nak nipunya . . .
emmm . . . esok lah cerita
tengok melodi jek ahad ni
nanti ada lah  keluar cerita tu . . .
alaaa. . .  .ye laa.. ye laaa. .  .
^_^

MUSAFIR DIHATI SENDIRI


Hmmmm .  .awak..oo awak . . . 


.

mata saya ni memang sudah mengantuk maklumlah dah hampir pukul 2 pagi dah ni . ..tapi hati saya ni  tetap nak menikmati keindahan malam ni ! ,merindui dia yg sentiasa disisi adalah satu kerja yg menyakitkan namun sebagai hamba Allah yg diberi akal fikiran ,saya masih mampu melawan semuanya dengan penuh hati-hati dan sabar !

terima kasih Allah untuk hati ini ,kerana MU,saya masih bebas untuk menikmati keindahan maya dan merasa erti sebuah kasih sayang yg saya sendiri tak pasti tahap manakah keutuhannya . . . . . .

GOODBYE PROBLEMS

assalamualaikum awak . . .
hari nak hujan tu ! lihat lah petir yg sedang sambar menyambar di background saya ni hehe . . . dari seberang saya ambil ni tau ,jangan memain :) haaa . . .

awak . . awak ingat tak ritu , alaaa yg saya kata notebook saya hardisknya rosak tu . pastu apek ensem suruh saya beli baru jek sebab kosnya tinggi untuk repairing . . aaaa..ingat tak..ingat tak ? tak ingat ? huh ! confirm dah banyak makan semut ni ! :p

awak ooawak . . .nak tau tak bagaimana saya settlekan masalah saya tu? ishh . .sapa cakap saya jumpa apek ensem tu lagi ,emmm . .  kawan saya yg ensem tu ?? dia pun dah mana tah menghilangnya  . .haish..busy sungguh dia sekarang ni ,sehinggakan saya nak PM dia pun takut mengganggu dia ! ok.. thats not the problem lah kan !
the problemnya ialah bagaimana saya boleh selesaikan masalah saya tu tanpa mengeluarkan sesen pun 'wang' saya . . .

ada sorang insan yg boleh la dikatakan pro jugak . . dia dan gadget ni memang kawteam kot ! dia sarankan saya buang semua data games , semua gambar dalam simpanan di disk D  , didownload  dan semua sudut video dan simpanan lagu-lagu jiwang dan rock kapak saya tu . .  yess DELETE ALL !!! yg tinggal cumalah chrome,opera and mozila firefox . . .

dan hasilnya . . . saya  masih lagi dapat meroyan macam selalu heee~ thanks alot bro !! rock steady \m/ eh !



Bedroom ♡

LET ME ALONE

Australian koala
hai awak
saat ni biar saja saya disini
di alam baru saya yg makin jauh dari awak
saya rela menyendiri . . . .
apa yg saya nak, tanpa saya lagi menemani . . . .
kehidupan awak bertambah -tambah lagi ceria dan bahagia
aaminnn . . . .

ex . . please don't disturb my life . . .  .

SAKIT PERUT ?

Ok suksess . . membiarkan perut awak kosong bukanlah sesuatu tindakan yg bijak ! kerana perut adalah sebuha kilang dimana ianya melakukan pemerosesan makanan untuk diekstrak kan kepada bahagian-bahagian tertentu  ! dimana asid perut adalah ejen utama dalam kerja-kerja itu !

tahukah awak APAKAH YG AKAN TERJADI bila asid perut kurang bahan untuk di ekstrak kan ,confirm soalan la ni  . . .jawapannya :

perut awak akan rasa sakit , tekak awak  akan rasa mual , usus awak semakin aktif mengeluarkan asid itu dan awak menjadi tidak selesa ! nak call awek pun jadi tak 'happening' nak bercakap pun dah tak larat , nak keluar berjalan pun dah tak berdaya dan nak makan pun dah tak selera . . .  so apakah tindakan yg perlu diambil ? saya tiada petua disini ,tapi sebaiknya awak pergilah mendapatkan rawatan yg selanjutnya di klinik dan pusat kesihatan yg berhampiran . . . lagi senang cerita~

p/s : jangan malu nak jumpa doktor ye . . .

(1) Facebook

DENGARKAN LUAHAN HATIKU

 Ildiko | via Tumblr

hai awak . . .selamat malam . .  malam jumaat tak boleh online lelama katanya sebab nanti mata kena penyakit susah tidur lena ! nape ? tak percaya ke ? hehe saya pun tak percaya . . .

Aduhai adik - adik yg baru habis UPSR tu . . .amboi korang . . .kemain lagi ea . .  dah boleh la enjoy sakan , pergi sekolah macam nak pergi kelas tarian je akak tengokkan . berlenggang kangkong sungguh ! kalau zaman saya dulu-dulu . . lepas habis UPSR, cikgu akan suruh bawa kain perca, jarum , gunting , dan macam-macam lagi lah untuk belajar menjahit . . .  maklumlah kan sekolah awek-awek *girls school * tapi zaman sekarang ni tak tahu pulak saya , aktiviti apakah yg pelajar-pelajar lepasan UPSR buat ,sementara menunggu hari cuti panjang tu ? aah . . .lantaklah jangan pening dok memikir,cikgu diaorang kan ada hmm . .

sementara untuk pelajar yg masih dok menghitung hari untuk peperiksaan PMR ,SPM,STPM dan last exam buat budak-budak IPT tu . .haaaa..janganlah asik dengan 'pesbuk'korang ok . . .hargailah masa yg kian hampir ni . jangan leka . . .masa dah singkat dah ! lepas periksa nanti ,korang nak online 'pesbuk' sampai 7 hari 7 malam tanpa henti pun tak ada yg halang ! lantak ko !! hehehe asalkan gadget korang tak meletop !!

aduhai adik-adik ku sayang . . 
dengarkan lah nasihat akak ni , setiap yg diuji itu adalah hak kamu ! harungilah ianya dengan seribu kekuatan minda ,ilmu yg di tumpahkan ke jiwa kalian tu adalah amanah ! sambutlah cabaran peperiksaan ini dengan semangat yg tabah dan hati yg tenang !  yess suksesss . . .

ala. . .tak paham le tu kat ayat-ayat akak nikan . .so camni . .maksud akak , korang bukan selalu periksa besar macam ni kan . . mungkin PMR  hanya sekali untuk korang ,begitu jugak SPM,STPM . .bukan tiap tahun korang ambil kan periksa tu . .so bila hanya sekali  seumur hidup ! lakukan lah sebaik mungkin ! jangan leka ! perah la otak tu sungguh-sungguh . .  esok belum tentu menjanjikan apa-apa kejayaan buat kita ,kalau kita tak nak berusaha harini tau sayang . . percayalah kata-kata akak ni . . *kan dah membebel*

emmm . . tepuk dada ,tanya lah selera . . nak jadi apakah esok bila dah besar nanti . .takkan hanya nak bergantung dibawah ketiak mak ayah korang jek kan . .  sekejap sekejap takpelah kan . .tapi kalau dah masuk 21 tahun . . itu dah tanggungjawap korang untuk kehidupan korang sendiri . .  so ?? u have the answer by yourself . .   . .gud luck !!

 Universe




AWAK INI UNTUK AWAK . . .

Стереотипы | VK

AWAK . .  .
bila kita persoalkan pasal jiwa  ,banyak betul asam garam yg telah kita temui di kehidupan ni,walaupun kita hidup belum pun 1 abad ! eh..ade ke manusia hidup 1 abad ? menipu sungguh !!

AWAK . .  betul ke manusia mudah berubah ? mungkin secara biologinya mungkin , namun wajibkah manusia berubah pada hatinya ? pada janji-janjinya ?

AWAK . .bukan sekali ,tapi berkali saya jumpa dimana manusia mudah sungguh berjanji tapi pada penghujungnya janji tu semua diubah ! alasannya  sudah takdir nak buat macamana . . .  adilkah ?

AWAK . .  pada saya biarlah slogan parti politik kesayangan awak je tu yg mampu mengUBAH ..janganlah hati awak tu ye . . . kerana risikonya lebih  tinggi dari kenaikan minyak yg 20 sen tu  nanti..sangat bahaya tu !

AWAK ..kalau awak nak tau ,banyak pengalaman teman-teman fb saya yg melibatkan UBAH hati ini , sehingga membuatkan jiwa yg lagi satu pihak  tu merana dan terus merana . .  dimanakah KEADILANnya?

sebenarnya entri malam ni saya nak bagi tau awak  yg  bila sebut pasal hati ,ianya lebih kuat dari perasaan ! ada orang kata hati dan perasaan tu bukan suatu item yg sama ke ? pada saya . . .  TIDAK !

kerana perasaan ni halus dan tulus manakala hati pulak sangat keras dan kental ! awak masih tak paham lagi ? cuba tanya hati awak tu . .  dan dengarkan pulak perasaan awak tu . . ohnya. . .


*what the so sweet moment ...

Teddy Bear


TAK TERCAPAI AKALKU


kenapa mesti ada penghalang pada tiap kebahagiaan ?
jawapannya :
bahagia yg terus-terusan bahagia itu bukan lah bahagia yg sempurna ,kerana bahagia yg sempurna ialah yg hadir dengan satu kesakitan ,namun dirawat dengan kesabaran dan semangat yg kental dan akhirnya sembuh dan kekal sembuh dengan tiada kesan parut lukanya  . . .

awak . .  bukan mudah untuk capai bahagia jika ianya hanya sementara ~

mungkinkah saya hanya pendatang . . . . .

When The Stars Go Blue | via Tumblr

SS ??

Im swaggie guys | via Facebook

salam mesra dari danga bay  ^_^
angin petang yg bertiup dari teluk ini buat saya rindu lagi kat blog ni dengan senyuman saya menaip lah entri yg ke 720 ..senyum lah bibir walau hati sedih kerana bibir yg sentiasa  mengukir kan senyuman  itu , dapat menceriakan keadaan sekeliling walaupun tukang senyum tu sebenarnya senyum buat-buat !! haaaa . .  tak ikhlas eah ?? opss . .


Cute


lepak tempat begini memang sempoi . . .layan pulak lagu rock kapak . .  dari kumpulan May . . cintamu mekar dihati . . .ohnyaaa. . .  terkedu kejap idea nak keluar hmm... . . ketika ni saya ditemani oleh sinar matahari  yg makin suram . .

awak..oo awak . . .  sebenarnya ada kata-kata yg  nak saya nyatakan disini . . .iaitu bahawa sesungguhnya kan . . . yang sebenarnya kan . . . emmm dan. . .  yang . . yang. . dan  yang  sebenarnya  . . . saya sayang awak . . .  hehehe *syok sendiri pulaknya ni**

Taylor