SEMANGAT YG HILANG

Pernah kah awak melihat seorang yg bersemangat  dan bersungguh dalam melakukan tugasannya ?

Kalini saya nak berkongsi bagaimana begitu bersungguhnya mahlok tuhan ni nak menari . . . lagu dia best ! Body dia . . . no komen heheee

video



1 MAY 2014

salam mesra dari selatan tanah air . .  .awek johor nak meroyan jap ,sila bagi laluan ehem ...

esok hari pekerja ! yes 1 may datang lagi ! buat yg berkerja dengan syarikat-syarikat atau badan kerajaan ,tentu la wajib cuti ,kecuali yg kena standby tu ,kenalah kerja ye dak ?

tapi kalau yg berkerja sendiri macam saya ni . . hmm . . takdenya nak  kenal erti cuti hari pekerja  . kena jugak berkerja lahai susahnya nak cari duit ni kan . .. tapi saya tetap redha dan bersyukur sebab Allah bagi  rezki kat saya pada hari semua orang sedang enak bercuti . yelah duduk rumah pun bukan ada suami yg nak dibelai,bukan ada anak yg hendak dibelek ,so duduk kat tempat mencari rezki tu adalah jugak yg dapat di buat dan yg penting rezki saya masuk dan ianya mohon sentiasa menjadi rezki yg diberkati oleh Allah s.w.t ~ aaminnnn . .  .

cunn . .

KELEMASAN

Awak ooo awak . . . pagi tadi ada murid saya mengadu dia kelemasan dan hampir saja sesak nafas ketika dibonceng oleh ayahnya kesekolah. mulanya saya bingung bila saya lihat kenderaannya hanyalah sebuah motosikal. . tetapi bila saya lihat ayah dia maka saya paham dan hanya mampu berpesan kepada dia " lain kali hati-hati tau . . "



BILA DINDA SAYANG KANDA

Hai  . . . jom kita tengok aksi bila dinda sayang kanda ni . kalau awak bawah umur 18 tahun dilarang menuntun sebab ada adengan  18sx . dan video ni paling syok dituntun lewat malam sebab baru feel dia ada rasa lebih . . erghhh . . cakap banyak tak guna , jum kita tuntun bersama  . . jeng3

video

LAWATAN INI

Hai . . .asalammualaikum

Selamat pagi untuk pembaca setia nun jauh disana ! Baru baru ni kita dikejutkan dengan kehadiran presiden Amerika Syarikat iaitu mr Obama ke negara kita Malaysia . Dan beliau disambut baik oleh rakan sejawatnya iaitu mr Najib Abd Razak *pm kita le tu *


Ada soalan yg diaju kepada mr Obama mengenai MH 370 dan jawapan beliau AS komited bantu misi mencari pesawat dan sedia meminjamkan lebih banyak aset kepada Malaysia .


Dan untuk soalan mengenai pm kita Dato' Najib beliau kata beliau menyifatkan pm kita tu sebagai tokoh pembaharuan yg komited .


Ok ! Terlalu banyak komitednya disini kan ? Apa-apa pun kita doakan yg terbaik untuk Malaysia.


dan tiba - tiba saya teringat pada perbualan saya dengan seorang jejaka harapan bangsa iaitu encik EpoolRoy mengenai masa depan Malaysia nanti ! Tapi . . perbualan tu lama dah berlaku hmmmm . .**Epool . . kita sayang negara kita kan awak kan ?





ITS ABOUT ME ?

hai selamat malam awak  . .  .

malam -malam macam ni selain menunggu mata pejam ,layan jari menari pun best jugak . kalau awak pembaca yg sering bertandang kemari ,pernah tak awak terfikir siapa itu cik Lyenda ixati ? apakah kegemarannya ? apakah perkara yg dibencinya ? apakah cita-citanya ? apakah matlamat hidupnya ?  bagaimanakah rupa pasangan yg diidam-idamkannya ? meh saya story sat !

saya Lyenda ixati ! umur saya tahun ni masuk 24 tahun dah.status ? ( dalam pertimbangan )ceh* boleh pulak gitu fuh !

bila ditanya tentang kegemaran ,saya akan jawap saya suka melihat telatah manusia . tak kira manusia dialam maya atau dialam realiti . melihat sikap dan perangai mereka maka akan tersingkap juga keburukan dan kebaikan saya ! dan jika yg baik maka saya akan follow ,tapi jika tak berapa baik maka saya akan buat la tauladan . senangkan ?

apa perkara yg buat saya benci ?
ye sejujurnya saya benci orang yg suka membebel pasal kerja dia lah , harta dia lah , pasal keluarga dialah , tentang simpanan dia diASB lah ! padahal saya berkawan dengan dia bukan nya sebab itu !! please eah saya berkawan dengan awak,awak,awak bukan sebab awak tu popular ke apa ok ! sayA kenal dengan awak ,awak dan awak hanyalah sebab Allah berfirman : antara manusia dijauhkan dari syurga ialah mereka yg meruntuhkan silaturahim . . . ok jelaskan ?

so???? ok fine  . .  .so lepas ni kalau nak ajak saya bersembang kosong dengan awak  ,tak perlulah cerita pasal dunia awak yg berada dilubuk duit ke apa ! saya betul-betul tak suka ! i hate that seriously !!! saya pun ada kerjaya tapi saya tak suka nak heboh-hebohkan kat umum . luahkan diblog pun dah ok ,sebab kat blog ni hanya orang-orang tertentu je yg baca .

bytheway jika awak terror pun janganlah tunjuk depan-depan saya jugak sebab tak baik tau riak tu namanya  . . ahha dan saya memang anti pada orang yg suka sangat bangga diri sendiri ni . *mohon janganlah terasa ye hehee . .*

kalau ada yg ajak sembang jugak pasal diri dia yg hebat itu ???haha jawapan saya senang je  . .  saya akan 'seen' text dia  dan lepas baca saya pun blah! habis cerita !

pasal pasangan yg diidam-idamkan tu  ? saya  tak cerewet pun yg penting dia ada misai macam wak doyok hahaha kenal wak doyok ?? nanti saya upload wajah dia kat bawah tu eah ? tapi memang kena macam wak doyok ke ?? hahaha. . tipu je lah*  saya ni nakal , saya nak pasangan saya yg boleh  mendidik saya kedunia akhirat yg lebih sempurna dan diredhai oleh Allah . . tu jek .lelain tu ofcos lah boleh kasi saya makan zahir dan batin . . . .  eh!!  heheee





wow . . . . !!! so . .inilah wak doyok tu !!tak dapat dia ,dapat abang bermisai macam misai dia pun dah kira ok dah hahahaha . .k bhaii tipu jeeee~






RAZMAN ??

lahai  . .gosip pulak  . .  kali ni nama Razman naik pulak dalam sejarah hidup saya ! benda yg dah hampir bertahun berlaku tetiba jadi satu cerita hot !!

saya ingin jelaskan disini Razman yg ada dalam jiwa naluri saya tu ialah seorang insan yg mana sebelum zaman saya ada akaun fb ni pun dia dah mari dah dalam dunia saya ! dia lah yg selalu bermain dalam jiwa saya waktu itu. banyak persoalan kenapa kami terpisah dan berpisah setelah 4 tahun couple ! oyeah !


cik Lyenda siapa kah dia razman ?
jejaka harapan malaya yg saya jumpa selepas saya habis SPM , saya duduk rumah 24jam then bosan-bosan on lah qute games ! apa qute games ? cari kat rumah mr google .



bila kenal razman ?
dalam tahun 2009 waktu tu qute games masih free . tak kena charge sesen pun ! siang malam pagi petang dok mengadap hp ! wow ! gilerrr dan masa tulah saya jumpa razman saya tu !



pernah jumpa razman face to face ?
tak pernah tapi call selalu lah maklum kekasih  itupun selepas 2 tahun kami couple baru saya bagi dia number fone,dan number fone tu pun dah saya bagi orang lain jugak *selepas break dengan dia* tabiat semula jadi saya ni ( suka bagi simcard kat orang )



razman budak mana ?
pahang !


siapa razman dengan cik Lyenda ?
Ok fine ! dia cinta siber pertama saya ! lahir tahun 1990 ,anak maklong midah ! lelain awak semua tak perlu tahu . yg awak perlu tahu razman budak yg baik ,penyayang , tak banyak hal dan sangat caring dan dia sungguh-sungguh memahami kehendak saya  sebagai kekasihnya  dan ada sedikit pencemburu buta orangnya ahha ! ok tu jek boleh saya cakapkan kat sini !



kenapa tinggalkan cinta yg dah hampir 4 tahun bersemi dgn razman ?
hello ! percaya pada qadaq dan qadar tak ?? ahha kalau awak percaya ,inilah namanya takdir dan hanya saya dan razman je tahu hal itu . dan lebih hebat ini melibatkan maruah keluarga saya ,so berpisah itu yg terbaik daripada kami berdua hidup dalam keadaan  tertekan dimasa akan datang .



dahlaaaa. . jangan banyak tanya lagi. . apa yg perlu awak tahu razman yg hadir dlm hidup saya tu bukan lah razman yg awak kenal ,azman ke ,salman ke , osman ke ,manman ke , no ! no ! no! takde sesiapa-siapa dalam fb saya tu yg kenal razman kecuali kawan-kawan sekampung dengan razman . . . kami dah lost contac hampir 2 tahun dah  dan razman  kini kenangan buat saya . . .  . dan setelah razman saya pergi dalam hidup saya , saya dah semakin serik untuk menjalinkan cinta siber lagi . . .  .hmmmm


hi !





BUKAN MUDAH

Hai. . .awak
Katanya kalau menyanyi siapa-siapa pun boleh. . tapi cuba tengok cik abanglalala ni nak belajar menyanyi . . .

video


Payah kan sebenarnya nak menyanyi hmmm. . .hancurla lobak dan labu tu nanti heheee

YANG SEBENARNYA

inilah pengakuan kak Lyen tentang apa yg dia dah buat untuk adik nya Mia . . .


beb . . aku tau kau syg giler kat poksu , aku yakin ,memang yakin poksu pun memang sayang giler kat kau . aku tak marah korang bercinta sebab poksu single dan kau pun masih single . apa yg aku mintak ,boleh tak kau fikir tentang akan datang bila mana kau jadi orang rumah poksu ??? andai itu takdirnya nanti ?

beb , aku pernah menaruh kan harapan dengan jiran poksu , tu dah kompem kau tau punya kan ? malangnya hampir 4 tahun harapan tu kita orang bina akhirnya hancur disebabkan kelemahan diri masing-masing terutamanya aku *akak kau*

beb cuba kau bayangkan ,jika kau jadi isteri jiran kepada ex -bf aku ? ada banyak risiko akan timbul doe ! antaranya kau rase handak ke aku tunjukkan muka aku yg sebenarnya kat dia satu hari nanti lepas aku mainkan perasaan dia dan lepas dia dah hancur kan hati aku ni  ?

kau sedar tak beb ??? hati aku dah tak pandang dengan semua lelaki hanya sebab dia ???? sehinggakan aku serik nak bercinta lagi ? dan sehingga sekarang aku anggap lelaki tu sepesen je perangainya ??

kau rase aku tegar ke nak ke kampung halaman dia ?? beb ,kalau aku tak dapat budak kampung tu ,bermakna kau pun takkan dapat budak kampung tu !! walaupun kita bukan menyintai orang kampung yg sama ! tetapi yg paling istemewa mereka tu kawan sekampung dari sejak lahir lagi !!satu sekolah ,kawan sepermainan beb ! kau kena tahu tentang itu beb !! please. .  .

beb . . . sedang elok korang bercinta ,aku boleh pulak suruh break kan ? ok memang aku kejam dalam hal ini . cuba kau bayangkan esok-esok kalau kau sudah menjadi isteri kepada poksu , kau jadi moksu dan andai kata kau diduga di rumah mak mertua kau tu . dan masalahnya mungkin antara kau dengan kawan baik poksu ,kau fikir mana satu yg poksu akan percaya ??? oh yess semestinya dia kan pilih kawan baik dia beb , sebab mereka dah kenal lama  dan kau  ??? aah aku dah  dapat bayang kan situasi akan datang keadaan tertekan hidup kau tu beb !! aku tak sanggup ! sumpah !

biar kita macam ni  !biar orang disitu membenci kita 100% !aku tak heran pun ! yg penting aku nak hidup kau bahagia dari sekarang ,esok hinggalah aku takde nanti . sebabnya  kau pun tahukan  ,apa yg aku tanggung selama ini ,menanti masa untuk keakhir perjalananya je kan ? so kau fikirkan lah ok .

beb . . aku nak ,bila aku dah takde nanti ,kau jangan pernah untuk kembali kepada poksu atau  sesiapa je lelaki dalam kampung tu ,tapi . . . aku nak kau pilih je lah warga negeri kita yg dikatakan lanun ini .! takpe beb ,lanun ke apa ke ,kita masih reti mengucap kalam Allah dan tahu jaga solat 5 waktu kita. , kita masih tahan berpuasa sebulan dan kita masih tau hurmat mama dan ayah kita . . itu pun dah mencukupi buat aku .

beb . . aku tahu betapa hancurnya hati poksu bila dia tahu semua ni angkara aku yg menghalang  tapi aku yakin ,poksu seorang yg kuat !unlimited dia memang power ! aku memang hormat gila kat dia ! sorang lelaki yg bijak menjaga maruah dan kehormatan orang perempuan ! dia layak dapat bakal isteri yg jauh lebih baik dari keluarga kita beb terutamanya kau!!

aku nak dia jadilah suami kepada orang yg betul-betul menyintai dia sepenuhnya  ,bukan macam kau ,bukan macam aku . . .  kita hanya pelangi senja beb . . memberi keindahan kepada dunia tapi  kehadiran kita tak pernah kekal lama . .

beb ,maafkan aku ,sebagai kakak kau ,aku lebih rela meluahkan dengan cara begini dari satu hari orang salahkan kau sebab menolak cinta suci dia  . . kepada poksu ,maafkan orang ye ,orang tak nak poksu sangka Mia yg nakal ,padahal yg sebenarnya orang yg halang semua ini diteruskan sebab orang tak nak Mia menjadi satu bebanan dalam persahabatan antara Poksu dengan Razman . .  maaf sekali lagi 


Mia. . .. . . tu je yg mampu aku luahkan beb . . maafkan aku ye  . . wasalam . .



TAK PERLU KATA APA-APA

hai awak  . . .  dalam dunia ni bila kita cakap bersedekah/berderma  je ,secara automatik orang akan terfikir emm mesti lah kena ada duit ,lepastu boleh la bersedekah atau menderma .

tapi yang sebenarnya di zaman moden ni ada banyak yg boleh kita sedekahkan walaupun tanpa keluarkan duit walau sesen . ia termasuklah derma darah , derma idea ,derma organ dan derma apa-apa sahaja  yg dibolehkan termasukan sesuatu yg paling mudah dan ringkas , tolong dermakan senyuman anda disini  . . .  hehee

ye itulah antara yg boleh didermakan tanpa mengeluarkan wang atau menghabiskan harta benda . . . selamat tersenyum ye :)

KELUHAN MALAM JUMAAT

hai . .  . malam jumaat muncul lagi  . . . . malam ni leka bersembang dengan kengkawan dunia reality dan dunia fantasy saya  . . .  alhamdulillah semuanya bertambah sihat dan ceria ..

hujan yg turun sejak tengahari tadi membuat kan  malam jumaat saya bertambah sejuk disini . haish . . untungla yg sudah ada pemanas tu  (heater ) hahaha

orang single macam saya ni hanya dok membebel di blog , di laman social , di dalam minda dan dimana-mana yg terdaya lah untuk meleaskan bosan dan kesejukkan ! haha kesiankan . . tapi saya tetap redha kerana ini lah yg dinamakan dugaan kecilbagi insan yg single mingle . *ceh

oklah dah pukul 12.35 , mata dah mamai , dah puas gelak dengan Anis sengal dan mat arif ngokngek . . selamat beradu awak   . . k bhaiii . .  .

Nak pecah perut saya gelak masuk sini . . . 

* adehhj .  . .anis punya status untuk kengkawan je lah awak . . . .hmm*

MANA BISANYA


hai !  awak tengok ke rancangan kilauan emas ke 2 tu ? malam tadi merupakan malam prmulaan konsert dia kan ? saya sebenarnya tak berapa minat rancangan begini tetapi oleh kerana tengok tv secara berjemaah , so layankan je lah bila otai-otai yang masih berbisa di rumah saya ni nak sangat menuntunnya  . .


bila lihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik menyanyi malam tadi saya agak tergugut sebab saya rasa kalau dibandingkan dengan anak muda yg rajin ambil bahagian dalam rancangan macamni ni  *rancangan yg beradu suara, kalah rasanya orang muda !

cuma ada cumanya jugak tu . .
saya rasa sedih sebab masih ada otai yang menyanyi diusia 60an sedangkan usia begini Allah beri untuk menambahkan lagi amal ibadah ,bukan menambah dosa-dosayg belum pudar. ok fine !!  dia buat dia yg dapat ,tapi sebagai muslim , kita mesti  ada rasa tanggungjawab pada muslim yg lain . . .sekian ~


SAJA MENDUGA

hai awak !

malam ni saya sengaja cari pasal dengan seorang gadis ! memang sengaja ! untuk apa ? hahaha untuk tahu  bagaimana kah reaksinya bila saya kata yg saya nak cari lelaki yg tak reti bukak apa-apa laman sosial didunia alam maya ni . nampaknya kerja saya berhasil ! jum tengok !



Mohdzulkarnaen Kedah
Sy nk tnya pda semua yg baca stats ni jika di beri pilhan pasngn mcm mana yg U ALL nak di jadikan pasngn hdp. .

 1. Baik hati.
 2. Hormat orang tua/muda
 3. Brtngngjwb
 4. Suke tlng orang
 5. Briman (soleh/soleha)
 6. Pndai melyn
 7. Rajin
 8. Memahami
 9. Pndai ambk hati
 10. Pndai urus kewngan
 11. Bnyk harta
 12 . Hensm / cntek
 13 . Bijak /pandai
 14. Lasak
 15. Pndai brdikari
 16. Ad krja tetap
 17. Sntiasa jga perckpan
 18. X memileh
 19. Kerja krajaan
 20. Kerja swasta

 lain - lain yg xad dlm list nyatakan jujur oke munkn dgn kejujuran u all boleh dpt jodoh yg baik .
 rajin - rajin lah brdoa ALLAH sntiasa mendgr
3 hours ago
Unlike

Shu Cyunx Dyea
xssah eh. Kna cqi btoi2 la.
Like · 2 hours ago

Lyenda Ixati
sy nak yg xtau nak on fb ,twitter,wasapp,wechat ,line ect. . . agak2 ade x ?
Like · Edit · 1 hour ago

Shu Cyunx Dyea
Haha. Ad tp x bnyk . . Yg buta IT sngt2 ja yg x tau bka smua 2. .
Like · 57 minutes ago

Lyenda Ixati
tulah . . teringin sgt nk cri yg xtau ape2 tntng dunia alam maya ni . . . :)
Like · Edit · 56 minutes ago

Shu Cyunx Dyea
em xleh jgk mcm 2. Dy ja x tau psai iT tp kta tau. Xleh jd mcm 2 ,xadil bg dy
Like · 34 minutes ago

Lyenda Ixati
xpe , jnji dia slmt dri dose alm maya ni . . .
Like · Edit · 30 minutes ago

Shu Cyunx Dyea
kta plak mcm mna? Xslamat dosa alam mya? Think first
Like · 21 minutes ago

Lyenda Ixati
yup. . kita yakin yg kita selamat dari dose alm maya ni sbb hanya kita yg tau siapa kita tapi kita tak tahu bagaimana pula hati si dia , untuk mendapat ygter baik ,kena cari, yg masih putih macam baby bru lahir yg xtau ape2 bkn yg dh tau macam2 . . . tu pendapat sy
Like · Edit · 17 minutes ago

Shu Cyunx Dyea
owh. Mcm mna pown xpa eh. Tp kta hnya mnusa biasa. Xkn dpt owg yg prfct!
Like · 5 minutes ago

Lyenda Ixati
tulah . . susahnya nk dpt . emm nenek2 ,atuk2 pun dh reti bkk fb ,wassap ,wechat. . emm

* DAN nampknya gadis tu sudah hangin dengan saya sebab lepas saya tunggu komen terbaru dia ,langsung tak ada  . .  . hehehee

ADA NIAT YG BELUM TERCAPAI

hai awak . . . .
pernah kah awak terfikir selama beberapa hari ni saya sedang berusaha untuk melupakan awak ? tapi sejujurnya saya katakan disini  yg saya tak boleh  . ..  sangat-sangat tak boleh ! *sebak *

pernah hati saya menjerit mengatakan bahawa awak bukan milik saya lagi ! lemparkan semua kenangan  kita itu kedalam gaung yg dalam !! ye saya akhirnya akur ,memang sukar untuk saya lakukannya !


membenci awak bukan tujuan saya hidup didunia ini .
melupakan awak bukan permintaan saya ketika berdoa .
makin saya nak lupa ,makin saya teringat-ingat !
aaaah . . memang perit kerja melupakannya tak semudah kerja merindukannya . . .  . entah bila tujuan ini akan temui jalan penamatnya saya pun tak pasti . . .


HARI-HARI KITA


hai  . . selamat malam awak  . . percaya kah awak bila saya katakan bahawa hidup ini amat misteri kerana kita tak tahu apa akan jadi esok tapi kita selalu rindukan semalam ! padahal dalam masa yg sama esok itu jugaklah yg akan menjadi semalam selepas menjadi harini . . aaaa bingung lah tu ,baik pahamkan perlahan-lahan .

bila kita terjumpa esok sangat mustahil kita akan kata ' yey !! aku berada di hari esok sekarang ni !! '' kompem orang sekeliling akan kata " gila punya orang'' ini harilah bukan harini itu esok !! kan awak kan ? hahaha kompem tambah bingung la tu :p

yg pasti setelah kita letih menghadap hari ini , Allah akan menggantikan esok sebagai hari ini pula . . misteri kan namanya  . . .  ye  . . saya suka esok !! yes ! saya tunggu esok !! untuk apa ? sebab esok akan ganti hari ini saya yg dah hilang . dimana hari ini saya tu ??? ia sudah menjadi semalam  . .  dan semalam itu kini menjadi kenangan buat saya  . . .

aah sedihnya  . .hari saya semakin bertukar , kenangan saya semakin banyak , sedangkan esok belum tentu ada untuk saya . sebab belum pasti  pagi esok nafas saya akan beroperasi lagi . ye sangat misteri bukan ??? subhanaALLAH .

awak , sebelum nafas saya berhenti ,maka izinkan saya  memohon ampun dan maaf jika selama ini saya ada menyinggung hati nurani awak sebagai pembaca setia blog saya  . anggaplah semua ini hanya merapu saya yg kesepian disini . saat ni semua orang dah tidur ,saya je yg belum sebab mata saya kata nak tunggu esok . . .  entah jumpa ke tidak  . . . .emm * sebak *

lap tisu kt mata . . .  . eh ! ada pulak tisu malam ni kat dalam bilik saya ni ! selamat malam awak , selamat berbahagia walaupun bukan saya yg disisi awak tu , saya tetap nak awak bahagia selama-lamanya  . . . . k bhaii ~



JIWANG MALAM JUMAAT

Hai awak . . .selamat malam jumaat . . . malam ni lambat pulak mata saya mengantuk ,agaknya  kesan dari minum nestcafe petang tadikah ? entahlah . . yelah kot !kafien dalam nestcafe tu sangat power . .  . kat luar tu saya dah dapat dengar bunyi anjing menyalak ! huuuu huuuu .  .tapi saya masih lagi menaip di meja tulis ni ,layan perasaan ~ perasaan ni bukan sering kali saya rasa tapi perasaan ini buat saya tak boleh tidur  lena laaaa . . . . .


awak . .  . adik saya yg berusia 11 tahun tu pergi champing ke sebuah resort di salah satu tempat peranginan di Johor ini ! dia  mengikuti aktiviti ko -kurikulum sekolahnya  dan saya rindu dia  . ye saya rindu adik ketika ni sangat-sangat . .  merindu pada yg halal tak salah kan awak ? hmm . . .


selalunya dia lah  teman tidur saya  dirumah kami ini ,dan jika saya pulang ke kampung , dia akan ditemani oleh mama atau adik perempuan saya yg seorang lagi tu  , tapi malam ini ,dia hanya tidur di khemah bersama teman-teman dan guru-gurunya !aduh bagaimana kah situasi dia? cikgu tak beri dia bawa handphone pulak tu !

pertama kali dia berdikari tanpa keluarga ! emmm sebak pulak  . . . .apa yg ada dlm minda saya sekarang ni:

untuk apa risau ? Allah ada untuknya ,dia ada cikgu-cikgu ,dia ada kawan-kawan ! fullstop! tapi menunggu adibb balik bukan kerja  mudah bagi saya- ahad pulak tu dia baru sampai !!!! adeh tersiksa tau awak ~


*Allah . . mohon selamatkan adibb saya  . . . *

PLEASE DONT THINK YG KAMU DAH KENAL SAYA

Hai awak  . . .  .setelah didesak akhirnya terpaksa melanggar pantang hmm . . makanya termasuk semula kedalam peshbuk itu . . iman tak kuat  betul ! tapi serious terpaksa kerana desakkan siganas itu ! oh ye ! termaktub ,pastinya saya sudah dapat kesan gerangan hamba  Allah yg dimaksud kan oleh adik ! dalam ucapan tengs , saya tersentap bila dia salah tapsir kan tentang siapa saya yg sebenarnya !

Beliau seseorang yg baru beberapa bulan mengenali saya  . baru tahu sedikit sahaja perihal saya ! mengenali saya hanya melihat pada komen-komen gedik saya dengan teman-teman siber itu ! ish . . . inilah manusia  mudah sangat buat andaian tentang perangai seseorang kan !  sedangkan dikeliling senarai teman-teman saya tu ada kawan saya sudah lebih 4 tahun mengenali siapa saya so mereka lebih kenal saya dan sebab  itulah saya berani berkomen gedik yg mana pada saya habis situ  je perkara itu ! tak perlu  berlarutan  keluar lagi ! ye semua itu hanya merapu je lah !!

awak bayangkan lah kalau betul la saya menjadi saya yg seperti didalam peshbuk itu ! giler !!! berapa banyak jantan saya nak angkut ????? apa guna saya jadi orang muslim ???? janganlah terlalu take care bro . . . yakin dengan bersungguh bahawa saya ada Allah ! dan saya takkan pernah lupakan itu ! *takbir*

kalau seseorang itu benar-benar kenal siapa saya yg sebenarnya , mustahil tanggapan serupa itu dia boleh  beri untuk saya . huh ! memang komen saya serupa minah gedik a.k.a cikaro lapar ! padahal dunia reality saya 100% berbeza ! saya  adalah antara gadis Johor yg berazam untuk berhijrah ke negara Brunai sebab saya nak ikut amalan HUDUD yg kerajaan Brunai baru  laksana kan itu bermula April tahun ini !

ok fine ! mungkin dia tak kenal saya lagi *positif thinking* saya tak salah kan dia 100% dalam hal ini ! tapi bila dia kata dia malas nak buka aib orang ,whats the meanings???? itu bermaksud  ada aib saya yg dia sembunyikan didalam  mindanya ! orite. . orite. . itu hak dia ! itu pahaman dia tentang saya . itu penilaian dia untuk saya yg gemar bergurau ini . . takpe saya akur tentang itu  . Allah ada !

by the way tengs to all my best friends ,my close friends sebab mereka memang memahami siapa saya yg sebenarnya  , mereka tahu menilai saya yg bukan dinilai dari komen-komen saya tapi dari sembang peribadi dengan  saya  . saya tahu apa yg patut saya buat . saya orang melayu ISLAM !saya perempuan dan gadis , saya ada maruah , saya ada harga diri , saya ada hak peribadi untuk dihormati .  saya sudah dewasa , saya bukan remaja sekolah yg baru nak up ! so please la bersangka baik ok. tu je permintaan saya kali ni .

please jangan pandang saya sebelah mata kerana dalam senda gurau saya ada maksud yg ingin saya sampaikan dan yg pasti manusia tak mempunyai pendapat yg sama dalam kehidupannya !! itu yg paling pasti ! so lepas ini selidik dulu baru boleh bersuara ,biar pun awak tu orang beragama teguh , berpendidikkan tinggi , berharta dan berpengalaman luas  , belum tentu awak dapat bahagia seperti saya dapat dari kawan-kawan alam maya saya itu . kami tahu bagaimana untuk menilai erti persahabatan alam maya ini . TANYA lah mereka ,adakah mereka punya number handphone saya? id wechat saya ? whasapp saya ?  line saya ? instagram saya  ? LANGSUNG TAKDE PUNYA !!! so please dont worry all about mine ok !! saya ada Allah !!!

dan bila disebut buaya , diluar ini ada lagi banyak buaya yg lebih bahaya dari di dalam peshbuk saya  itu , sekian ,waallahualam . . . apa yg perlu saya katakan disini ,semua yg saya taipkan di komen teman-teman saya  itu hanya bermula disitu dan  ianya  berakhir juga disitu ,jangan pernah untuk berpanjangan . . i hate that !!!

saya adalah saya , anak perempuan mama yg sentiasa takut akan balasan azab siksaan dari Allah .  kamu dapat dari apa yg kamu beri ! pegangan  saya :  kalau pun kita ustazah berkelulusan tinggi melangit  sekali pun  . . .  jangan pernah menjatuhkan hukum kepada seseorang hamba Allah yg lain kerana itu kerja Allah bukan kerja kita ~
**saya sentap !!!

TUMPANG LEPAS SESAK



malam semakin suram . . suasana sepi sangat mencengkam jiwa . . . dalam resah saya masih tak boleh nak pejam kan mata ,maka meroyan lebih elok dari asik terkebil-kebil tengok bumbung  rumah nenek ini . kejap-kejap nampak cicak bercinta ,kejap -kejap ada kumbang sesat terbang,kejap-kejap ada bunyi cengkerik ,kejap-kejap ada bunyi aaummm .  . .   entahlah bunyi apa tu  . . mohon  jangan menatang ni yg bunyi nanti sudah la  HA~HA~HA~HA . . .  .selamat malam , tumpang lepas sesak kejap ,boleh ?? adeh !!




selamat malam awak .  . . .*tarik selimut lelaju*

KESEDARAN PERLU


Awak . . .
kalau awak ingat ,sebelum ini saya sangat gemar bercerita tentang pasukan bola kegemaran saya . semua page mengenainya saya liked ! group  kawan-kawan invited saya joined ! hampir kesemua page dan group di peshbuk saya join dan like ! peh seronok sungguh. . . masa tu kalah ke menang saya tetap setia menyokong ! yeah . . merah biru tetap dihati !

kemudian hari berganti hari. banyak insiden berlaku ! apa yg paling memalukan sehinggakan melibatkan pertumpahan darah ! saya tak kata orang luar nakal , apa yg saya akui masing-masing semua nakal ! otak belum tahap profesional dan belum  matang !

pergaduhan sering belaku dipage ! di mana-mana di peshbuk tu ,dipadang, di stadium  sehingga sampai satu tahap saya naik muak ! loya dengan ayat -ayat penyokong fanatik semua  pasukan bola yg popular itu ! lama kelamaan saya jauhkan diri dari page dan group tersebut supaya saya tak lagi membaca ayat -ayat kurang elok mata membacanya ! saya takut mata rabun saya makin tinggi tahap kerabunannya !!


kata-kata nista dan maki-makian!
perkataan yg mencarut !
perkataan lucah yg entah dari mana aja asalnya !
lambang-lambang lucah jugak !
komen berunsur penghinaan terhadap raja, terhadap orang yg lebih tua ,
pergaduhan bukan antara sesama pemain tetapi  penyokong !


dan ada banyak lagi  yg tak mampu saya taip dalam blog kesayangan saya ini, akhirnya sehingga ke hari ini , saya dah jadi tawar hati untuk ambil tahu pasal bola sepak tanahair itu ! minat saya turun terus ! saya benci kata cacian sesama bangsa dan agama ! saya benci permusuhan satu negara ! saya benci orang yg menganggap orang lain itu seperti sampah yg layak dihina sahaja !

maka dengan keputusan muktamad ,saya akhirnya kena akur bahawa saya hanyalah menjadi  peminat dari jauh kepada team kesayangan saya tu ,sebabnya hanya satu je  : sebab saya takut kesopanan dan ke tata susilaan saya terabai satu akhir nanti . mana letak harga sesuatu yg dipanggil MARUAH ???




SAYA JANJI : dari kejauhan ini  . . .saya tetap sokong dia ,sayang dia dan hanya dia menjadi kebanggaan saya warga Johor Darul Takzim ! ale. . ale. . . ale . . . gudluck JDT !!

ALAM MAYA

hai . . .bila dah sendirian macam ni . macam -macam cerita boleh datang dalam fikiran saya .yg baru,yg lama,semua dok muncul kembali .entahlah . . mungkin fikiran ni tengah dalam proses pengubah suaian kot. tu yg yg lama pun boleh teringat.

dulu ,ada satu hari ,waktu saya memang kerap sangat muka buku dan berkomen dengan teman-teman alam maya *tapi   . . .  ahha bukan 2 alam tau*  tiba-tiba saya terjumpa satu status ! sorang friendlist yg nampaknya sedang bersedih sedan ! dengan dp muka buku -  mata yg sedang mengalirkan air mata ,ada seiras-iras macam pic bawah ni la sikit-sikit  kot  . . .

sekadar hiasan

tapi ketika tu dia tak guna pic ni tau ! ni cuma bayangan saya je ok  . . .entah dengan tidak disangka ,jari saya begitu gatal untuk menghantar massage untuk nya . saya tanya dia kalau tak menjadi keberatan dia saya teringin nak tahu , apa sebenarnya yg terjadi kepada dia . dengan pantas dia minta saya janji untuk tidak beritahu orang lain tentang  problem besar dia hadapi .saya pun berjanji untuk merahsiakan  apa pun yg bakal dia ceritakan tu . akhirnya dia buka rahsianya kepada saya . katanya :


dia seorang gadis yg mana mak bapak  dia dah meninggal dunia . dalam usia muda dia dah menjadi anak yatim piatu . entah mana silapnya dia telah termengandung anak , hasil hubungan dia dengan tunangannya . dan tunangnya berjanji akan berkahwin dengannya secepat mungkin . kemudian malangnya pada satu hari tunangannya telah kemalangan dan meninggal dunia  . kini dia kehilangan orang yg tersayang sekali lagi dan dia terpaksa menanggung kandungan anak taksah taraf didalam rahimnya tu sendirian  .

ketika dia menceritakan kisahnya tu ,arwah tunangnya baru pergi sebulan lalu . saya sangat bersimpati bila membaca kisah duka lara gadis tersebut . dan katanya lagi sekarang dia asik sakit-sakit akibat tekanan hidup yg sedang dia hadapi  , dia tiada tempat untuk mengadu selain mengharap dijaga oleh keluarga arwah tunangnya ketika itu .

bila saya tanya 'baby' yg bakal lahir tu siapa akan jaga ? dia jawab . . keluarga tunang mahu bertanggungjawab .owh lega hati saya . saya pesan kat dia supaya jangan buat kerja bodoh lagi lepas ni . kalau ada masalah dengan baby tu ,sila pm saya sebab saya bersedia untuk menerima mana-mana anak yg tidak diperlukan oleh ibubapanya . saya akan jaga mereka semampu saya . dan dia kata ok !

kami bersembang lama . saya tanya dia jawab,saya jawab bila dia tanya  . ada yg mushkil hanya satu pekara .iaitu bila diakhir perbualan kami dia  suruh saya top upkan kredit handphone dia  . .what !??

akhirnya saya terfikir **dunia alam maya ,mana ada yg betul!! hahaha macam harem je manusia serupa ni ! akhirnya saya abaikan je dia . .tanpa dia sedari saya hanya memerhati tiap aktiviti dia dipeshbuk dan nampak macam lari dah tajuk yg dia story kat saya dengan apa yg dia buat hari demi hari . .ahh . . . apakah tipah tertipu ?? hmmm

 dan di hari terakhir saya guna peshbuk haritu , saya lihat dia sungguh bahagia dengan kekasih barunya yg sangat dia bangga-banggakan  . dalam minda saya terkeluar satu persoalan iaitu  . . . mana pergi anak dalam kandungan dia tu ekk ????? kalau betullah dia termengandung . . . . waallahualambissawab.

**ya Allah ya tuhanku  , kau jauhkan aku dan ahli keluarga ku dari perkara-perkara yg keji dan mungkar . . aaaammiiiinnnn . .  .  . *takbir*


kalau tak silap saya peristiwa tu saya alami pada tahun 2012 . .entah, ingat-ingat lupa la tapi itulah yg berlaku antara saya dengan anak yatim piatu tu  . . .  swear~ heheeee . .  ..


PAKCIK ?

salam senjakala . . . .suara kanak-kanak buat saya rindu taska . tapi disebabkan tanggungjawab yg ini lebih penting disini ,akhirnya saya kena tahan rasa rindu ini . . . .semalam adik ganas saya ada call , katanya :

kak ! pakcik tu sapa ?
hah!?! pakcik ?!!
friendlist akak tu la . . .  .

*puas saya refresh minda yg dah mula slow ni untuk mikirkan siapa gerangan 'pakcik' yg adik saya maksudkan tu . . .

apa pakcik dah buat kat kau? soal saya .
dia tak buat apa-apa tapi dia dah sekolah kan orang  ni . . .
dan dia ada pesanan untuk akak jugak . . .
apa dia pesan ?? saya terkejut ,jiwa makin resah
kak ! kata dia  . . .

Pesan kat akak kamu, yg banyak dia tegur sapa dari dulu kat timeline tu, sekadar hai2 lebih selamat. InsyaAllah. kerap juga dia layan buaya..pakcik memang tak suka buka aib org..cukup sekadar, dia berhati2. Biar memilih kawan asal tak tersalah pilih dijadikan.mangsa si kawan.
Moga setiap tindakannya dalam fb, menyelamatkan dia dari tangan2 durjana. Sama2 bantu.

 Pakcik nak pesan, jgn layan lelaki gatal & hidung belang kat wall & msg ,Diorang tu pakcik perhati, tunggu masa nak ngap dia. Jgn bagi apa2 maklumat..kat wall yg kamu balas tu..semua 'berisi'. Jangan layan sangat. Nak2, dedahkan maklumat tentang akak kamu


Adik saya suruh bagi bunga ini kat pakcik utk nasihat2 tu  hee






siapa tu kak  ? kawan akak ke ? atau pak lebai  yg baru menjelma?
kau tanya dia kenal akak ke ? soal saya. . 
yep ! orang tanya dia pakcik pernah ke masuk blog akak ?
or bersembang dengan akak kt dlm inbox ni ?  dia cakap . .  .

Blog akak? Masuk berapa kali je. Pasal dia banyak luahkan rasa. Pakcik kalau ada entri yg beri manfaat ilmu, insyaAllah.cepat je pakcik mai..bab layan hati ni, kurang.. Ye lah. Tak halal. Lainlah org  perempuan..halal sesama dia nk bercerita bab hati & perasaan
Yup. Baru2 ni je sembang.

siapa tu kak ??
ye. .ye akak letih dok mikir ni . . .  .jap tunggu  . .
ala .  .akak pergi la masuk peshbuk akak tu . .
adoiyai . .nanti akak tahu lah siapa dia !!
sorry~ fb not my taste  . .  .saya masih ego rupanya . . hmm
lantak lah !! adik saya dah naik hangin!!!!
kau jelah yg on ,tapi ingat jangan komen kat mana-mana status ,
komen kat status sendiri jek tau .nak like boleh ,please jangan komen . .
ingat tu ?!
yela. . yela . . . adik tutup perbualan !
mungkin dia merajuk ? heheee . . .
 
dan . . . sampai sekarang saya masih terfikir-fikir siapa gerangan pakcik yg adik saya maksudkan tu .waallahhu alam . . .  by the way tengs alot to 'pakcik ' yg memang takecare tentang saya selama ni .

**Allah selamat kan kamu 'pakcik' **

DOAKU UNTUKMU


doa ku hanya utk rezki mu yg halal selalu . . aamiinn . . .


MAKIN SULIT

Hai . . .

dunia kita makin lama makin tua kan awak kan .bila dah tua ,macam-macam penyakit sampai .biasanya orang tua kalau sakit dia risau ,dia mesti terfikir bahawa umur dia makin singkat .

tapi lain pulak dengan orang tua diMalaysia ni . baru-baru ni saya menuntun tv . ada program yg melibatkan orang tua untuk ambil bahagian . mulanya pada saya mana ada orang tua nak  join la, mesti mereka malu kan? almaklom orang dah tua .

tapi bila disiarkan ada tragedi di sebuah pusat membeli belah disebabkan program tu, terkejut besar saya ! beristigfar  saya waktu tu ! astagfirullahhalazim . . . macam ni pun ade??? entah dimana silapnya kan.dalam usia singkat begitu mereka masih berusaha untuk mencari dosa .aduh . .

mohon dijauhkan dari keluarga saya semua ini ya Allah . . . .  rupanya bukan saya je yg memandang perkara tu memalukan . .ada lagi segelintir yg turut sama memandang perkara ini sebagai satu yg memalukan !

apa maksud pencen ye ?



ADA UBAN DAH ?

hai awak  . . . awak dah tua ? dah baligh ? dah beruban ?
katanya lah kan  . . . . JANGAN CABUT UBAN .. sebab  . .  .



Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya uban adalah cahaya islam”. Janganlah engkau mencabuti uban. Tidaklah seorang muslim beruban dalam islam, melainkan dia akan mempunyai cahaya, kelak pada hari kiamat”

Baginda juga  bersabda : Sesungguhnya ALLAH merasa segan terhadap orang yg beruban”. Yang dimaksudkan disini adalah segan memberi siksaan kepadanya.

Pencabutan uban merupakan bentuk penentangan terhadap takdir ALLAH, membenci perbuatan-NYA serta tidak rela terhadap ketetapan-NYA. Uban menjadi peringatan dari ALLAH akan datangnya kematian, pencegah nafsu syahwat, yg menyuruh mempersiapkan diri menghadapi kehidupan akhirat.

 (Syaikh Abdul Qodir Jailani).

AKHIR ZAMAN


hai awak  . . .selamat tengahari ,dalam rindu makan ku lalu hehe . .selera je makan harini maklumlah kan hari hujan  . sambil menunggu pak bilal bersuara melaungkan azan ,saya sempat lagi membuka email dari someone yang bertanyakan '' wei ! orang negeri kau ni pehal beb ??'' dan bila saya lihat  . . nilah hasilnya . . .



adoi . . saya nak cakap apa ?

ni memang orang tempat aku ni  ,
tapi aku tak kenal dia la beb . . itu jawab saya .


awak jika dilihat pada usianya  ,bukanlah kanak-kanak belum baligh tapi dah macam ada cucu gayanya ni . sanggup membuat report hanya sebab laungan pak bilal  ??? sedih .  . . manusia akhir zaman ,azan pun tak suka . saya ni kalau boleh  tiap masa nak dengar azan supaya saitan lari jauh dari jiwa saya  . dan saya pulak dekat dengan Allah . . . .astagfirullahhalazimm . . . .  ya Allah kalau pakcik tu silap , Kau perbetulkan la akidahnya supaya dia menjadi contoh yg baik kepada muslim yang lain nanti  . .aaamminnnn . .  .



TUNTUTAN ALLAH JADI BAHAN

hai . . .Assalamualaikum .  ..riuh semalaya dok sembang pasal tudung cik kak  tu , dari wanita hingga ke lelaki , dari remaja  hingga ke warga emas . puncanya ??? entah . . .

saya ada terbaca seorang wartawan tv mengatakan  dilaman sosialnya 'dulu hanya melihat wajah ayunya diiklan-iklan , sungguh manis sekali . . . kini setelah dia bersuara . . .*ramai orang kecewa. . . saya tak maksud kan sesiapa tetapi pandai-pandailah awak menilaikannya siapa gerangan yg cantik manis tu  yg dia maksudkan ye .

tudung ! antara pakaian   penutup aurat untuk orang perempuan muslim selain baju longgar dan kain labuh serta  stokinnya . apa yg menyedihkan sejak akhir-akhir ini orang sanggup membuat dosa hanya untuk satu item yang menjadi tuntutan Allah itu ! sedih sungguh  . . kerana harta ,kerana tamak ,kerana takut rugi . ah ! manusia mana pernah sempurna . . . .  *positif*

pada saya  ,sebagai muslim sesama muslim ,sebagai orang melayu sesama melayu , bagilah tolak ansur  , janganlah mengambil tindakan yg membocorkan periuk nasi orang lain . paling tidak pun , bersemuka dulu kemudian buat perbincangan . mungkin mereka boleh menjadi rakan kongsi ke ? meluaskan lagi perniagaan ke ? membuka cawangan-cawangan baru ke ? jalan ini boleh membuka pintu rezki untuk sesama bangsa dan agama . . pasti tak salah kan ? paling tidak nanti  pun orang akan cakap . . . dah la muka cantik ,hati budi cantik , bijak pulak tu menolong bangsa sendiri . haaaaa . . kan ? untung ke rugi ? manusia sayang ,Allah pun sayang .

oklah . . tu dia bukan saya .kalau sayalah kan ,lebih baik saya jual tudung saji  ! semua manusia dalam dunia memerlukannya ,lelaki ke perempuan ,muslim ke tidak  .pendek ke panjang ! dan saya takkan menyaman orang yang nak tiru tudung saji saya tu yg penting makanan mereka selamat dari dihinggapi lalat ! ahha tu la tujuan utamanya  .pasal untung rugi tu , pada saya rezeki tu hak Allah , dan patut dikongsikan bersama  . . baru fair ! hee


awak   jujur saya cakap  ANTARA SEBAB ADA 1 BANGSA LAIN YG MAJU KAT NEGARA KITA NI ! AWAK NAK TAHU KENAPA BANGSA ITU MAJU ???? IALAH KERANA MEREKA  BAGI SUPPORT BUKAN BUAT REPORT ~sekian~

KARIPAP



Hai awak . . . katanya karipap itu umpama manusia ,diluarnya kelihatan serupa tetapi didalam intinya berbeza-beza memang gitulah kenyataannya kan .  kadang-kadang tu tengok pada luaran sangat menarik ,macam sedap tapi bila dah masuk mulut ,ada yg masin , terlalu pedas ,tawar dan paling teruk rasanya basi ! Itu belum lagi tukang jual cakap kat kita  intinya sadin tapi  bila dah sampai rumah ,bila nak makan je rupanya dalam tu hanya berintikan keledek ! yuh !! tipah tertipu la nampaknya . . .


awak ,walau apa pun intinya karipap itu yg paling penting sebagai tukang makan  ,bersyukurlah atas tiap yg awak dapat, sebab ada orang tu cari karipap tak dapat-dapat sampai sekarang sebab tukang jual dah merajuk KATANYA ! agak-agak karipap apa ekk ??




ANTARANYA ADALAH DIA




Hai . . .bila seseorang bertanya , siapa lelaki dalam gambar itu ?dengan senyuman malu-malu saya akan menjawab . . . dia adalah antara seorang lelaki yg pernah muncul dalam hidup saya suatu ketika dulu hinggalah petang semalam .


dan bila ditanya siapa dia dengan saya ?yup dengan sebak saya akan menjawab  . . . dulunya dia sifu saya  . .dia lah yg mengajar selok belok macamana untuk berblog , apa itu website , apa kegunaan  rumah mr google , dengan dia jugak saya belajar  apa itu erti gurau , erti  gaduh , erti merajuk ,erti marah dan erti cemburu . ye dia lah antara gambaran gaya hidup saya suatu ketika dulu    !


maksudnya ??? maksudnya takde makna maksudnya !! 
hahaha siot !kepohchi betol lah !!


pernah seseorang tanya saya . . .dia bf kamu kah ? dengan seloroh saya menjawab bukan  !!! dialah musuh dalam selimut saya tapi saya tak rasa macam tu pun  , sebaliknya saya rasa  dia tu lah abang saya , cikgu ICT saya  ,pengetua  saya , teman baik saya , kawan tempat saya menangis  ,kawan tempat saya mengadu masalah peribadi ,juga kawan tempat untuk saya melepas  geram pada lelaki ! *waktu lepas frust dulu * . .peh . . . jahatnya aku dulu-dulu !!



pernah jumpa ? jawapan saya ringkas . . tak pernah ! sebab ? sebabnya kami kenal hanyalah di alam maya sahaja  dan saya agak seram nak jumpa dengan dia sebab . . .sebab  . . aaah  . . macam korang tak tahu dia kan lelaki , saya kan perempuan . . . haram doe jumpa !! nanti timbul fitnah !! bukan muhram kan ! . . tetiba jadi muslimah solehah pulak ni . tapi memang betul kan ? tak nak cakap betul pun takpe,tapi prinsip itu yg saya pegang selama ini .


pernah contact ? emmm . .  sejujurnya pernah kot . . .  call adalah 2-3 kali . sms adalah beberapa kali itu pun sebelum simkad saya tu saya bagi kat seseorang lain . . .hukhukhuk *tersedak pulak *



so sekarang masih contact ? emmm . .ni yg malas nak cakap ni . . .lepas saya deaktif muka buku saya  semalam ,so itulah rasanya hari terakhir kami contact  ,sebab dari kenyataannya pada saya semalam . . sekarang ni dia sudah tak perlukan saya lagi dalam aktivitinya dan dia pun dah tak hingin nak melayan saya yg asik dok buat perangai je *maklumlah kan saya kan nakal*  asik mengedik jek kat muka buku tu   . .*terase tau . . . hmm 



so  . . sekarang dia memang tak nak amek port langsung pasal saya  dan apa -apa tentang saya  walaupun  dia penah cakap  sewaktu dengan saya macam-macam tawaran kerja yg dia dapat ! dia tak pasti adakah itu 'luck' atau saya ada guna bomoh kat dia ! puihh . . mana boleh guna bomoh untuk dapat kerja !! gunalah pengalaman dan kebolehan serta kelulusan !! memang nak makan kaki budak  ni . . .tapi saya tak terkejut sebab pada saya siapa yg hampir kan dirinya kepada saya orang tulah yg selalu ada dalam minda dan doa saya kepada Allah . . .   malahan sebenarnya bukan dia je ,malah ada ramai lagi nama -nama kawan baik saya yg tersenarai dalam doa-doa saya selepas solat . pastinya doa saya itu berbunyi  . . .



ya Allah ya Tuhanku  . . 
Kau ampunkan dosa kedua ibubapaku ,dosaku , dosa adik2ku ,dosa teman2 baikku ,dosa jiran tetanggaku , dosa muslimin dan muslimah yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia , 

Kau murahkan rezeki kami dengan rezki yg halal lagi barokah . .kau berilah perlindungan untuk kami ,dari hasad dengki manusia ,dari gangguan saitan yg direjam dan dari malapetaka yg kau turunkan dari langit dan kau keluarkan dari bumi .wasallallahhualamuhamad waala alihi wasohbihiwasallam . . .walhamdulillahhirobbilalamin . . al-fatihah~


SEBENARNYA KAN AWAK  . . .ada banyak lagi kisah tentang orang dalam gambar diatas tu yg saya tak tahu  .entah dia milik siapa ,siapa ibubapanya , dimana tempat tinggalnya dan paling lawak saya tak tahu apa nama dia dalam surat beranak nya pun  !  hahaha

tapi bila dia jujur untuk menjadi teman siber saya ,saya ikhlas terima dia seadanya dan bila dia jugak jujur mengatakan bahawa dia memang dah tak mahu fikir pasal saya yg selama ni selalu mendoakan dia .  . .  maka lebih baik saya ambil keputusan untuk undur diri dari dunia fantasi dia tu .


disini hanya  ada doa dan harapan saya je iaitu  moga dia berjaya dalam kerjaya dia sekarang ,dia berjaya dalam pembelajaran dia di universiti tu , dia berjaya menjadi anak yg soleh kepada kedua  ibubapanya  dan dia berjaya dalam kehidupan nya didunia dan diakhirat jugak  . . .up lagi satu ! saya doakan dia cepat la jumpa jodohnya . . lama sangat membujang dah tu haha



saya ?? aahhh  . . biar je saya  macam ni . . .
menjadi pelangi senja  disini
selagi Allah izinkan untuk saya hidup secara pecuma didunia NYA . . .


soalan terakhir  . .  . betul ke tu gambar ori dia ? maybe la  tu gambar masa dia muda remaja kot ,entahlah . . .saya pun bukan penah tengok wajah dia depan -depan pun , entah-entah sekarang dia dah tua dan  dah berkedut -kedut hahaha . .agaknya kalau korang jumpa dia ditengah jalan pun korang tak perasan yg itu adalah  dia  lah  . . .*aku pun takkan perasan siak . .  hahahaha . .

tua-tua pun ex-gf ramai tau . . .aaaaaaa . . .
*eh ! ayat siapa tu ???? hahahaha
ok,ok serious semula !!



**buat tuan kepada gambar tu maaf la ye . .bila saya dah takde nanti ,awakkan dah janji akan sedekah kan alfatihah untuk saya . . kan  . ?  .jangan lupa tentang tu ok . .  kalau awak tak bagi jugak  nanti saya jadi hantu kak limah balik rumah awak ,pastu nyanyi lagi enjit-enjit semut kat tepi tingkap rumah awak tu haaaa . . .  . nak ke ?? hahaha . . sebelum jari ni letih menaip . .satu je yg saya nak awak tau iaitu sebagai close friend jangan pernah anggap seseorang tu hanya tempat untuk mengadu masa kita susah tapi juga jadikanlah dia juga  teman yg setia hingga kehujung nyawa . . . wasalam . .

bila ditanya tentang saya: ofcos masih lagi disini menanti usia yg makin hampir kepenghujungnya . . .  . peh sedihnya *sambil lap air mata guna lengan baju  . . .




KENANGAN MENGUSIK JIWA

hai . . . .

bila muka buku sudah deaktif banyak benda tak dapat buat bila on notebook hahaha padan muka saya !!! opsss hati-hati , kata ego so lantaklah nak deaktif ke tak kan? pheww memang ego !

apakah aktiviti biasa saya bila on muka buku ?
nak tau dak? meh story sat . . .

*mula-mula saya akan check inbox ,tengok insan mana kah yg sudi mengirimkan text kepada saya ,biasanya memang insan-insan yg biasa send text je adalah dalam 4-5 orang gitu , yg luar biasa tu kadang-kadang ada jugak texting tapi selalunya saya akan bukak je ,then baca untuk membalas tu hmmm . . . .hold on ! hahaha awak pun  buat macam tu juga kan?? haha saya tau la . . .


*lepas balas text biasa-biasa tu , saya akan buka notification pulak . tengok comments ,likers and invited . kalau dulu notification saya penuh dengan close friend punya aktiviti tapi sejak saya remove semua dari close friends  ,langsung takde ! apa yg ada cuma noti pasal status saya .lulus !!

*bila dah balas komen or merayau dalam timeline , saya kemudian akan ronda home pulak ! saya terjah  kawan-kawan punya status ! saya komen jugak ! like jugak ! pedulik apa saya status siapa ! Dato kah , pakar cinta kah , pengetua kah , guru-guru kah, doktor kah,student kan, dan semua yg melintas didepan mata saya,yg menarik je akan saya like or comment !

paling menarik  kadang-kadang saya sengaja beri komen yg entah apa-apa ,last-last kena delete hahaha *padan dengan muka * paling lawak bila dah komen tuan status mampus tak layan bhahaha *gelak hentak-hentak kaki *  kadang-kadang saya memang sengaja nak duga tuan status tu  . . ye . .saja nak tengok apa reaksinya bila saya komen merapu . . .  sengal je kan  :p

tapi bila dapat tuan status yg kepala lebih sengal dari saya . .aaaaa. . .hambik kau !!! lenguh jari nak taip , kadang-kadang saya pulak yg hangen , tak tau nak balas komen apa  . .kehkehkeh *gelak pencuri :p

tapi ada seorang lelaki yg sentiasa menarik perhatian saya dimuka buku tu .tiap hari saya akan tengok wajah dia yg sweet .  .sebab memang hari-hari saya akan jumpa wajah dia di screen notebook ni . time dia makan la,time shoping la ,time meneran pun dia akan upload gambar dia  lepas ni saya akan merindu wajahnya bila muka buku saya dah deaktif . .emmm sedih siot !! pasal gambar-gambar dia tu mungkin  bukan dia kot someone else punya kerja tu hekhekhek* gelak tutup mulut pulak  :3 kerja siapa memang saya tau , tapi biarlah rahsia .

siapakah gerangan jejaka yg berjaya mencuri hatiku itu ??

bukan mamat ni tapi yg bawah tu

alololo tomey-tomey hee




siapakah gerangan ? ofcos la anak bangBen si bibir muncung tu . . .  adeh . .  melepaslah nak tenguk muncung dia lagi lepas ni , tapi saya ada lubuk power nak kesan dia laaa . . .  dimana ??? manalagi kalau bukan lubuk tempat bapak dia   cari rejeki itu  . . . hehehe ampun ye pak bercanda aja kok :p . .  . jum terjah sini kengkawan . . !!

NIKMAT DAN SYUKUR

Assalammualaikum  . . .thanks to Allah  yg dah beri saya peluang untuk membuka hati ini  kemari . thanks juga to Allah yg telah menghidupkan saya setelah saya dimatikan malam tadi . thanks  to Allah again and again  untuk tiap nikmat yg dihulurkan sejak saya dilahirkan kedunia ini sehinggalah ke hari ini

dulu pernah waktu saya kecil  ( dalam lingkungan umur 7  or 8 tahun  ) saya tanya mama :

nape mama keluarkan Hetty ? nape mama tak simpan je Hetty dalam perut mama tu ? nape mama buat Hetty ? buat Hetty untuk ape ? macamana mama buat ? macamana mama keluarkan ?  kenapa mama yg kena buat? kenapa tak ayah je yg simpan Hetty dalam perut ayah tu ? kenapa tak ayah je yg keluarkan Hetty ? Hetty kan anak ayah . . .

dan jawap mama :

emmm .  dah malam ,gi la tido   . .esok kan nak gi school . . nanti  Hetty dah besar  . .dah bijak pandai , Hetty tau semua jawapannya . mama tak pandai nak cerita sekarang nanti Hetty tak paham  . bila dapat info yg salah nanti kita sentiasa fikir benda-benda yg salah . so . . . gi la tido dulu eah .

dan saya hanya menggangukkan kepala je ketika tu walhal hati memberontak nak tahu apa kah jawapannya . .  .

sekarang baru saya tau . . . mama pening untuk menjawap soalan budak kecik yg banyak celoteh macam saya  . bila saya dah masuk keusia dewasa ini barulah saya paham dengan kepahaman maksima bahawa :

dengan kuasa Allah , saya hadir dari dasar cinta mama dan ayah . saya dikeluarkan untuk menikmati keindahan  alam yg indah ciptaan Tuhan ini . saya diberi peluang untuk bernafas dengan pecuma disini . dan saya diberi peluang untuk meneruskan perjalanan yg indah . bermula di zaman kanak-kanak kemudian alam remaja dan sekarang melangkah ke alam dewasa tapi saya taklah tua sangat pun.

dan saat paling indah bila mula-mula saya ditarik masuk ke alam percintaan ( selepas habis SPM ) walaupun hanya cinta siber  . saya juga akhirnya mengenali erti kecewa apabila 4 tahun bahtera cinta remaja saya berlayar . sekali lagi Allah beri saya peluang untuk merasa sakitnya kecewa dan diberikan juga merasa apa itu erti serik !

harini berbagai nikmat dan peluang yg Allah beri tu telah buat air mata saya jatuh lagi  . sekali lagi Alah beri saya peluang untuk mengenali erti rindu  . . .  aaah . .  saya sering dilanda rasa ini cuma walaupun  rindu itu pecuma dan saya tahu siapa tuan empunya rindu itu , namun saya kena katakan pada hati :

untuk apa dirindu kalau hadirku hanya sebagai pelangi petang??? ku hanya memberi keindahan sementara , ku hanya pelepas resah dijiwanya ,aku bukan sesiapa !! hilangkan lah rasa itu dari sini !!

dengan keegoan yg tinggi saya lepaskan rasa rindu yg tidak kesampaian distinasinya ini ketepi . memang saya akui bahawa kini keegoan saya makin berkuasa dijiwa ! . . .waallahhualam ~



CLOSED !



senjakala Ini tiada apa  yg menarik lagi . nampaknya semua bakal berakhir disitu . . .  dan ianya akan kekal disitu . terima kasih untuk semua kenangan  . .. . gud luck untuk semua . . .  assalammualaikum


MOHONLAH MENGERTI

Kenapa dan mengapa . . . .

itu persoalan saya sekarang ni . kenapa bila sudah tahu dia milik orang , kita masih terlintas untuk menghampirnya ? macam takde orang lainkah untuk dituju ? sudah habiskah manusia didunia ini untuk didekati ? meroyan lagi !

ye . .saya pelik dengan sesetengah manusia dialam maya ini . perangai yg mana dia sudah tahu tapi buat-buat tak tahu!! ye sangat kerap saya jumpa . contohnya diri saya sendiri . bila saya kata  yang saya sudah ada 'bf ' tapi  . .  masih ada insan yang masih kerap menghantar massage untuk saya diinbox tu . antara kata-katanya . . .

dia ~jgn layan perasaan sorg2,layan perasaan dgr sy tak pe hehehe...awk jgn bg nbr phone sy kat org lain tau itu khas untuk awk je?

saya~ok sy sedang bkerja sorry 


dia~owh...tak sy faham,sy pun duk keja,curi2 nak msj dgn awk,hati sy rindu nak msj dgn awk...nasib baik awk dah ada bf,kalau tak ada sy nak minta duk dihati awk,
erkk ????????
kenapa manusia macam ni perangainya ek awak ? Tak dilayan kata sombong , bila dibalas ,itu pulak jawapan yg saya dapat . adakah ini gurauan,atau dugaan atau . . . atau dia harus diblockkan !! hahaha siap bagi nombor tepon dan dia sanggup tunggu pintu hati saya terbuka untuknya tuuu . . . . adeh hampir koma saya disini tau awak . .  sungguh kejam ini manusia !!! hahaha 

lahai tunggu dan lihat je nanti apa yg perlu saya buat pada dia ni . . . hmmmm . . .  jari saya dah letih asik tekan button block tau , tapi kalau sudah terpaksa,nak buat macamana . . gasak laaaaaa . . .

ya Allah ,kalau ini balasan atas dosa-dosaku . . kau ampunkan aku . . . aminnnn. .  .

LEPASKANLAH

hi . . .

biar langit itu mendung ,namun jangan pernah katakannya untuk hati . sebab jika hati mendung makanya seluruh hari kamu bakal  lesu .

ok . . . .mukaddimah yg cantik ! tapi di Johor harini cuaca sangat indah .cerah saja mentari bersinar. dingin sekali angin yg berhembus lembut membelai dipipi . . . ceh*

tapi bila bersantai di lereng muka buku !!  berbagai mood akan ditemu  . . .insan kekecewaan ,insan kemarahan ,insan kegembiraan ,macam-macam insan ada  . haha habislah mood sentimental saya tu jadinya . . adoiyai !

awak . . . ada orang kata untuk apa luahkan difacebook ? kan lebih baik berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan segala masalah itu? eh !

memang betul la kata orang tu tapi selain berdoa kita jugak perlu untuk meluahkannya  sesama insan . bila sudah terluah semua yg dipendamkan makanya barulah hati rasa lega . barulah boleh nak rasa lepas sikit bebanan diminda . baru lah rasa free .? eh ! ni betul ke bohong ni ???

awak . . . .hmmm . . . .  aduh . . . . . . .awak saya kan . . hmm . . . @#$%^&*

*idea kong tetibe ! hahaha k bhaiii . . . .




INDAHNYA DUGAAN

hai awak . .  .sakura digurun sahara katanya. . . Malaysia kita sekarang dilanda  dengan fenomena bunga ala-ala Korea dan Jepun . indahnya  . . .setelah Allah duga kita dengan musim panas yg panjang kemudian kehadiran dengan jerebu nya pula dan kita kini dianugerahkan dengan keindahan yg sungguh menarik .  barulah boleh kita tenguk kereta buatan Malaysia berlalu dibawah bunga-bungaan indah  . 


awak . .
tiap yg datang menduga itu ada hikmah disebaliknya . sebagai insan yg berakal , kita harus menganggap dugaan itu didatangkan sebab kita disayang . ye Allah menduga pada tiap hambanya yg disayangi . cuma segelintir hambanya kadang-kadang lupa pada tiap pemberianNya  dan rasa malas untuk bersyukur . . .*takbir*


*kalau nak tengok gambar lebih lagi,pergilah ke rumah mr google ye awak . . .  hee

CINTA DIKACA MATA KU

selamat pagi sayang . .  orite ini  untuk yg nak disayang ,kalau tak  nak disayang pun boleh . .   yg penting isteri or kekasih tak marah bila saya panggil awak sayang  . hehehe

tapi ada orang cakap 'panggilan sayang' hanya untuk orang yg istemewa je ,untuk dia yg disayang je dan bukan untuk semua orang  .sebab nanti takde feel la bila nak  panggil sayang kat kekasih lagi . hee entahlah tapi pada saya kalau untuk insan teristemewa ni la kan,saya lebih suka bagi nama manja untuknya  bukan lah panggilan sayang tu  .

apakah nama manja untuk dia yg cik Lyenda sayang ? jawapanya  . . .nantilah tunggu lah dia muncul betul-betul depan mata then baru saya panggil dengan nama tu hee *meowwww. . .  .

menyayangi memang wajib ,yg tak berapa perlu tu menyintai ! eh . . dah lama saya tak guna ayat ni kan. . terlalu sibuk barangkali sya ni . . haha aptb !

apakah maksud cinta bagi cik Lyenda ?
cinta tu umpama bau , dia ada dimana-mana cuma kita tak tahu mana satu bau yg sesuai untuk kita. yg kita tau yg busuk kita elakkan sedangkan yg harum semerbak kita hampiri . padahal kadang kala yg semerbak tu yg buat kepala kita pening ! eh ! fakta saya macam tak tepat laaaa. . .  hahaha

cinta boleh datang dan pergi ,macam bau jugak la kan  . tetapi hanya bau badan sendiri je yg kekal  . tak caya meh cium ketiak sendiri hahaha macam takde kerja jek kan. so . . sebelum kita cari bau orang lain lebih baik kita cari bau kita sendiri  maksudnya sebelum sibuk nak bercinta ,lebih baik cintai diri sendiri ,bila diri sendiri dah cukup terpelihara zahir dan batin ,makanya barulah kita menyintai orang lain . . .  namun cinta Allah , awak takkan pernah rugi . . . .betul ke cakap saya ni ??


CUBA FIKIR DAN TUKAR

Awak . . . .

 . .  dah genap sebulan MH 370 hilang . dah genap sebulan jugak kita menanti kepulangannya . dah genap sebulan jugak kita rindukan berita darinya . . .awak  .hati saya ni selalu berbisik nakal . . .  katanya   :

untuk apa merindu pada dia yg jauh darimu . . untuk apa menanti dia yg belum lagi pasti ingat pada mu . . untuk apa berbicara pada benda yg tiada . . .  kelak kamu akan merana kerana merindu pada yg tak tahu . . . 

*aaah . . silap saya barangkali kerana mudah sangat membuat spekulasi . dan sekarang ni saya ditinggalkan sendirian tanpa sebarang berita .


awak . . .  saya benci khabar angin sebab ianya selalu berita yg tidak betul .

MH 370 tu cuba awak tukarkan dengan gantinama *awak* heeee . . .




ADAT PUAK MANA

 
Assalammualaikum awak . . .

harini ramai betul yg sambut birthday kat peshbuk saya tu . alhamdulillah  sebab Allah masih izinkan mereka untuk menikmati sambungan usia mereka lagi kan . aaminn . . .  nikmat jugak tu namanya.


dan biasanya orang akan cakap . .selamat hari lahir ,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ! tu bermakna kawan awak memang nak awak menjadi yg terbaik di penambahan usia awak tu ! dan kita akan katakan  . .terima kasih ye . . .  heeheee *jangan pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kat seseorang ye . . budi bahasa amalan mulia ok ~


ok tu ayat biasa lah kan  tapi era ni  terutama anak muda belia ,akan sambut harilahir dengan balingan ! apakah maksudnya ? ye . . .sekarang ni ( beberapa tahun  yg lepas la maksudnya ) bila seseorang tu menyambut hari lahirnya ,kawan-kawan rapatnya akan membaling telur atau tepung ke birthday boy/girl!   ish ish ish . .


motif apakah disambut cara begitu ? kan tak elok membuang benda makanan . . adat puak manakah yg mereka ikut ni ?? kekadang dah macam zombie rupanya ,kesian la saya tengokkan si mangsa ,kotor bajunya ,hanyir bau telur , silap-silap haribulan  tertelan benda-benda yg dibalingkan kepadanya itu ! *eh ! kenapa ayat saya skemah sangat ni ?? hahaha



kan lagi eloknya sedekahkan lah alfatihah kat kawan yg sambut birthday tu  atau belanja dia makan ke , sebelum tu bacakan doa selamat ke . .itu lebih afdal . untung-untung birthday awak nanti dia buat benda yg serupa ! aaaa. . makan free awak nanti !


Apa pun pada saya ,lebih elok buat pekaran yg elok - elok dari buat sesuatu yg 'kosong' ini ,malahan belum tentu orang  yg diraikan tu boleh terima dengan 'kejutan ' yg diberikan untuknya. .  .







gambar diatas hanya hiasan :)
pada saya kan lebih bagus kalau tepung-tepung tu kita buat macam dalam gambar ni . . . mungkin awak kenal akannya . . . .



NAMPAK MUDAH TAPI SUSAH

Salam maghrib sayang . . .

bila kita tunjukkan sayang kat seseorang ,bagaimanakah cara nya untuk kita yakin kan kat dia yg kita sedang sayang sangat kat dia ? ada orang cakap kalau sayang kenalah selalu *kontek* owh  . .memang kena ke ? kalau yg di sayangi tu perempuan dengan perempuan mungkin tak menjadi hal ,bagaimana dengan perempuan dan lelaki? tidakkah suara itu aurat jugak ?


ala cik Lyenda ni . .geli doe asik cakap pasal hal muhram ni . . macam kolot jek ,itu tak boleh ,ini tak boleh . . .adat la orang tengah sayang,calling-calling . . tu pun nak kepochi laaa. . .  .!


uit ! ada suara memberontak diluar sana ! ye memang kalau part agama ,orang muda belia akan boring  nak dengar or nak baca. . tapi itulah kenyataan  . aurat tetap aurat . .  halal tetap halal dan haram memang tetap haram . .   siapa yg tak puas hati dengan kenyataan saya boleh la pm saya di peshbuk saya tu huhuuu . . saya setia menanti text dari anda !

BICARA TENTANG LELAKI ITU

Bila  berbicara tentang lelaki itu . . .

lelaki itu  . . .bukan angkuh pada dirinya tapi dia cuma mengatakan apa yg dia fikirkan perlu sahaja .

lelaki itu . . . sering dianggap pendusta bila segala janji yg dia berikan tak mampu dilaksanakan.

lelaki itu . . . bukan memilih dalam mencari teman hidup ,tetapi padanya bukan wajah harus jelita, tetapi hati budi dan ketenangan yg abadi itu yg pilihan utama . dia mahu cinta yg asli ,bukan cinta copypaste atau cinta buatan Taiwan yg hanya mampu bertahan beberapa minggu . padanya beribu yg datang bertamu dalam hidup , tak mudah untuk membuat keputusan . padanya teman hidup itu bukan lah yg hanya  mendoakannya ketika dia hidup ,tapi ianya akan sentiasa mendoakan ketika dia dah mati  nanti .


lelaki itu  . .  telah mencoba sedaya upaya untuk membahagia kan kekasih hatinya dulu ,namun akhirnya dia kecundang jua ditengah jalan . puas dia memikir kan apa kah puncanya ,namun dia masih lagi buntu untuk mendapatkan jawapan .


lelaki itu . . . kadang-kadang merasa sedikit tersentuh bila mana temannya yg  lain sudah pun beristeri ,beranak pinak ,bahagia mempunya keluarga sendiri . aku bila lagi ??? *detik hatinya* aku mahukan itu jugak . . aku mahu keluarga ku sendiri jugak  ,aku mahu mendengar suara gelak dan tangis anak aku sendiri jugak . .aku mahu belaian isteri aku sendiri jugak  . . .  hmmm . . . . hati nakal nya kadang kala merintih sendirian .


lelaki itu  . .  sering diusik teman-teman kerana masih single ,namun dia hanya mengukir kan senyum mesra dibibirnya . . .siapa tahu dihati nya dia sedang menangis  ??? siapa ???? ye tiada siapa kecuali Allah yg satu  . . . aaaah . . .  pasrah akhirnya dia disini  . . .


pernah disatu sudut dia memandang lantai sambil merenung jauh entah kemana. . .  hatinya berkata :

aku bukan ego !

aku bukan penipu !

aku bukan seperti yg kau katakan itu !

aku juga mahu yg terbaik buat aku !

aku juga mahu ibu yg baik untuk bakal anak -anak ku !

tapi aku lemah untuk tiap dugaan yg selalu datang !

aku selalu kecundang dialam ku sendiri !

aku letih ! mindaku sakit memikirkannya!!

hampir saja aku benci perempuan didunia ini !

tapi akal ku masih waras kerana aku punya ibu !saudara  perempuan !

tak mungkin sekejam itu aku membencimu !

aaahhh . .   aku sedar ,

kalau selama ini  aku pilihan terakhir mu ,

tapi kenapa tidak kau katakan dulu ????

setelah segalanya aku serah padamu ,

hatiku ,jiwaku , hanya untukmu . . . tapi akhirnya .  . .aku kau tinggalkan  . . .

aku sakit. . .aku lemah  . . .tolong jangan menghukum aku lagi . .  .



lelaki itu merintih pedih sendiri . . . tanpa disedari air mata mahalnya kembali turun dipipi . . . dibiar kan ianya belaku ! dilepaskan air mata itu . . .  . dia menangis tersedu-sedu . . . *ya Allah bantulah hambaMU . . . .



lelaki itu . . .  sebenarnya kuat !! dia tabah menahan semua yg menduga ! berani keseorangan ! berani tanpa teman ! berani mengatakan  : aku tunggu takdir menentukan  semua kisah perjalanan hidupku ini !!


lelaki itu lupa . . . dia punya Allah . .Allah sentiasa bersamanya ,dalam suka mahupun duka . sejak azali dia bukan dilahirkan sendirian , dia punya segalanya cuma dia tak nampak apakah yg dimiliki .


lelaki itu  punya pekerjaan . . dia harus teruskan usahanya mencari rezki ! mengumpul harta dibumi Allah ini ,untuk apa merindu pada cinta yg kejam ?? untuk apa menyesali pada benda yg sudah menjadi kenangan ? untuk apa merintih pada dia yg tak sudi menyayang  ? Allah kan ada !


lelaki itu pun tak tahu  . . .sebenarnya bukan dia seorang sahaja yg tidak punya cinta ! bukan dia seorang sahaja yg dikecewakan oleh si jelita ! bukan dia seorang sahaja yg merana jiwa ! diluar sana ! beribu lagi lelaki yg  keseorangan ,yg kecewa,tidak mempunya cinta sejati ,yg hampa dgn cinta semalam ,yg lebih parah lagi sakit akibat ditinggalkan  . .

untuk lelaki tu yenda ixati nak katakan  :  . . inilah  kehidupan namanya  . .  kita nak ,tapi tak dapat,kita dapat tapi kita abaikan ,kita ada tapi kita nak lagi akhirnya satu apa pun kita takde. . .  .yg penting sekarang ni ,kehidupan harus diteruskan ,selagi Allah izinkan korang bernafas dibuminya selagi itu korang layak untuk bersyukur atas tiap yg di takdirkan utk korang !! biar putus cinta bro ,jangan putus kasih sayang Allah kat kita . . . .

NYESAL KENDIAN WATPE

Assalammualaikum  . . .

harini serius takde mood . .entah kenapa saya pun tak tahu . bila semua kerja dah settle , duduk mengadap notebook tapi minda saya entah kemana .

mungkin hari jumaat , so tak perlu lah nak fikir yg bukan-bukan , lebih elok duduk sambil membaca info menarik dari blog yg berkisar perihal agama lagi berfaedah rasanya . maklomlah kan dulu sekolah agama tak dapat pun habiskan sampai sekolah darjah 'khas' sekadar darjah enam je .

satu persoalan disini  . . .adakah semua sekolah agama di Malaysia ni akan berakhir dengan darjah 'Khas' ??? emmm . . sepupu saya di KL pernah cakap yg dia takde darjah 'khas' di sekolah nya bila tamat darjah enam . betul ke bohong ni ??? kata dia ,untunglah budak Johor dapat sambung belajar dikelas Khas . lahai . . saya yg duduk Johor ni pun tak dapat masuk  kelas tu . orang yg  takde peruntukkan pulak beria nak masuk  . bukan mudah sebenarnya nak masuk belajar ke kelas tu kalau keputusan peperiksaan darjah enam tak memuaskan .

tapi inilah masyarakat kita. ..kebiasaannya yg takde peluang sibuk nak dapat kannya tapi yg ada peluang tu buat tak tahu je . nanti bila dah takde baru nak kecoh  . . .


saya tak kata orang lain ,tapi bila saya dah dewasa ni . .dah mula nak fikirkan masa depan ,bila mula nak lebih cenderungkan hal  kerohanian ,rasanya ruginya saya tak belajar ilmu agama lebih mendalam.


*TERASA RUGI SANGAT*

TAKBIR !!!

Assalammualaikum awak . . .

sebagai penduduk tetap negeri johor ,harini merupa kan hari yg sangat sedih bila masih ada lagi segelintir manusia yg ingin meneruskan aktiviti maksiat mereka dalam negeri ini. setelah rancangan mereka gagal sewaktu distadium Bukit Jalil bulan lalu, tiba-tiba acara mereka bersambung pula ke negeri Johor ! negeri saya tu awak ! saya haramkan acara sebegini dibuat dinegeri saya ini ! ianya memang sangat-sangat menjijikkan dimata semua umat Islam !


acara yg dijalankan ditepi kolam renang ,bersama wanita berpakaian separuh bogel atau berbikini . dan mendapat minuman arak percuma !!! aaah ! tidak kah mereka tahu negeri Johor sultan beragama islam ? kami ada jabatan agama islam? kami ada mufti ! kami ada akal ! kenapa mesti mereka buat acara begini ? kalau benar ini acara untuk majlis persendirian mengapa perlu diwar-warkan di media sosial??


awak . . nampak sangat sekarang ni budaya ini kian menular didalam masyarakat kita ( orang melayu yg menjadi penganut agama islam ) ! ok fine . . memang mereka tidak kata acara tu untuk orang muslim , tapi yakinkah kita bahawa anak orang muslim tak masuk situ nanti ???


lihat saja di Bukit Jalil tempohari ! yang ramai mati tu anak bangsa apa ???? . . budak melayu awak  . . orang islam . . . .pelajar IPT ! yg mak bapak diaorang hantar belajar tinggi-tinggi  ke menara gading tu  !otak mereka geliga !! budak pandai ! sudah memang berakal yg sangat pro tentang mana buruk  dan baik !! bukan budak kampung yg berpeleseran di tepi warung simpang kampung tu ,mereka siswazah ,siswi  awak . . .. tapi tulah  akhirnya mereka didapati mati disebabkan terlebih mengambil dadah ,dan  mereka merupakan pengunjung acara yg menjijik itu  .


disini dapat kita katakan bahawa orang  islam kian di serang secara halus oleh satu bangsa yg semakin anti dengan muslim . . awak  . .mohon keluarga kita disisih dari perkara keji lagi menyesatkan ini . .



hey you !!! Kalau benda ni berlaku di Johor ,saya akan pastikan korang dilaknati disitu jugak !!! Allahhuakbar !!!


SELAMANYA  MOHON DIBATALKAN !!!



Dan saya sempat baca  ini pagi ni :

Johor haram 'Pool Party'
2014/04/04 - 05:51:59 AM Oleh Badrul Kamal Zakaria dan Mohd Iskandar Ibrahim

 Johor Bahru: Kerajaan Johor tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan parti liar termasuk ‘Pool Party’ yang dirancang diadakan di sebuah pusat hiburan di Bukit Indah di sini, esok.

 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata penganjuran program itu bercanggah dengan undang-undang, bertentangan dengan budaya negara ini serta boleh menimbulkan permasalahan sosial khususnya dalam kalangan remaja.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyiasat berhubung cadangan penganjuran parti liar itu sebelum tindakan susulan diambil.

 “Setakat ini, kita belum menerima maklumat mengenainya. Namun, jika perkara ini adalah benar (penganjuran parti liar), kerajaan negeri menerusi pihak berwajib tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berdasarkan kesalahan dilakukan.


Amaran tamatkan lesen

 “Jika ia dilakukan oleh premis pusat hiburan, lesen perniagaan boleh ditamatkan kerana ia menyalahi syarat peraturan premis perniagaan. Polis juga boleh mengambil tindakan jika ia dianjurkan tanpa permit,” katanya kepada BH, semalam.
 Beberapa laman sosial dan portal berita melaporkan sebuah pusat hiburan di Bukit Indah akan menganjurkan ‘Pool Party', esok.

 Difahamkan, parti liar itu menetapkan wanita yang ingin menyertainya perlu memakai pakaian separuh bogel atau bikini, selain turut ditawarkan minuman keras secara percuma.

 Ditanya jika penganjur membuat permohonan rasmi kepada PBT, Abd Latiff menegaskan pihaknya tidak akan sesekali memberi kebenaran kerana program itu bertentangan dengan tatasusila, agama dan adat masyarakat negara ini khususnya di Johor.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, mengesahkan menerima maklumat mengenai penganjuran parti liar di premis hiburan terbabit.

 “Kita menerima laporan mengenai hasrat pihak ibu pejabat pusat hiburan berkenaan yang ingin mengadakan parti itu. Bagaimanapun, polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkannya.

 “Jika ada permohonan daripada penganjur, polis akan berbincang dengan PBT untuk tindakan susulan,” katanya.  *sumber :BHonline