MALAYAKU

Malaysia negara ku yg ku cintai

dari zaman kekanak ,saya dah mengenali malaysia sebagai negara saya yg aman dan makmur . tu dlu ,era 90an  . tapi sekarang di era melinium ,Malaysia saya sudah semakin berubah .

Malaysia dikejutkan dengan pelbagai kes yg dulu-dulu hanya saya tengok di kaca tv jek itu pun terjadi dikawasan luar malaysia saya .  sekarang malaysia makin hebat ! bukan hebat kemajuan sahaja tetapi hebat dengan gejala sosial nya yg makin teruk !

apakah ini kemajuan ?

kes bunuh boleh dikatakan tiap hari

kes rogol bukan lagi kes jarang-jarang

kes rompakan , belaku hampir tiap minit

kes buang bayi sudah seperti satu  tradisi kotor

kes penipuan

Kes penderaan

kes pemalsuan

kes itu ,kes ini  . . alahai . .  sedih nya malaysia saya sekarang .

Tempohari   berlaku kes yg saya beri nama kes  ' nikmat 38 ' !!
manusia yang bernafsukan syaitan .telah menjadikan  2 orang gadis berusia 15 tahun sebagai mangsa ! bila di selidik , ianya belaku dinegeri yg bakal mengamalkan hukum hudud pertama dinegara saya Malaysia.

Memang wajarlah jika kerajaan negeri itu berusaha untuk menjalankan hukum Allah sebagai undang-undang kepada rakyat yg beragama Islam.

Tapi kenapa ada muslim yg menolaknya ???


INILAH DUGAAN KITA

Awak . . . sakit kan bila putus cinta ? awak pernah alaminya  ? pasangan yg rajin bercinta mungkin kerap merasainya  . yelah bercinta bukan kena ambil kelulusan apa-apa pun hanya tahu istilah kasih sayang ,rindu ,saling menghormati isi hati masing-masing ,cintalah namanya tu !

tapi pasangan yg berjaya mengukir cintanya hingga ke jinjang pelamin  adalah insan yg bertuah kerana tabah  dalam menempuh dugaan . akan tetapi dugaan tak akan pernah berhenti ,malahan dugaan demi dugaan pasti akan muncul ! dari mula dengan suai kenal dengan ahli keluarga baru sampailah ke anak cucu dugaan demi dugaan akan datang bertamu .

pada yg kuat dan hatinya tabah ,dapat lah mereka menumpuh dugaan
ada yang jiwa tipis ,iman goyang ,dugaan bakal memberi jutaan makna dalam hidup mereka. lagi-lagi bila ,

yang indah jadi duka
yang manis jadi pahit
yang senyum jadi tangis
yang sayang jadi benci
yang rindu jadi jemu

dan akhirnya perpisahan jua lah jalan yg terakhir dilakukan . jika baru couple tu taklah berat sangat kesannya  .tetapi pada yg dah beranak pinak  .. . . hmmm ... sedih ,terutama kepada anak-anak yg terpaksa menanggung risiko perpisahan . mak bapak mungkin mudah saja cari pengganti .tapi bagaimana dengan situasi anak-anak  ? ayah tiri or ibu tiri tidak sama dengan mak bapak kandung mereka ! mak bapak bersimpatilah  . . .


saya tak pernah benci dugaan. kerana pada saya tiap dugaan yg datang tu ialah ujian yang mana bakal menjadikan saya seorang insan yg lagi kuat dan tabah . terima kasih Allah utk segalanya  yg telah Kau beri ,amat ku hargai . . . .

CARI SALAH


awak . . . rata-rata antara kita suka memberi komen pada tiap hasil kerja para pemimpin dinegara  kita . tak kiralah untuk pemimpin pihak pembangkang atau pemimpin kerajaan .


kalau kita orang pembangkang ,kita kata orang kerajaan tak betul ! itulah ! inilah !

manakala kalau kita orang kerajaan pulak ,kita kata pembangkang gitulah ! ginilah !



awak . . sebenarnya orang kerajaaan ke ,orang pembangkang ke . . .kita semuanya serupa . tanggungjawab kita demi Malaysia ! untuk negara kita yang disayangi ,untuk rakyat kita yg dicintai . saya tak menyebelahi mana-mana parti politik . mana yang tak betul saya tak berani nak tegur sebab pada saya untuk apa menegur kesilapan orang lain sedang saya pun entah mampu ke tidak untuk melakukan kerja -kerja macam pemimpin-pemimpin kita tu  buat  .

dan paling teruk zaman sekarang ni ramai kalangan kita memang tak boleh ditegur  .dan jika ditegur lain pulak jadinya  . cuba awak lihat gambar dibawah ni . . .



Awak . . untuk kes diatas  , ada orang salahkan kerajaan kerana tak bagi guru merotan murid . ada orang salahkan murid sebab kurang ajar dan tak tahu nak hormat guru . ada orang salahkan ibu bapa sebab tak reti jaga anak . ada orang salahkan cikgu sebab tak melawan muridnya yg menumbuk nya . entahlah awak . . . pada saya yang salah ialah kita sebab terlalu taksub untuk  cari salah orang hingga lupa apa yg salah yg kita sudah buat selama ini sehingga melahirkan jenerasi sekejam ini di bumi Malaysia kita .

dan bila kita sibok sangat mencari kesilapan  orang lain ,maka akan timbul la keburukkan diri kita yg sebenarnya awak . .sila lah hati-hati ye .

CAYOOKK

hai . . .awak . .

dunia yang dipinjamkan pada kita ni kadang-kadang buat kita lupa yg kita cuma  ada hak sebagai peminjam . akibat terlalu banyak nikmat yg diperolehi diatas dunia ini  . kita yg serba serbi mudah terpedaya ni ,ada ketika jadi lupa diri ! kita lupa siapa kita ! kita lupa asal usul kita ! kita lupa bahawa semua insan itu serupa ! kita lupa bahawa kita hidup sekejap saja ! dan kita lupa bahawa dunia ini juga sementara .

ada kata-kata berbunyi :

berusaha lah kamu bagai kamu akan hidup 1000 tahun lagi
beramal lah kamu bagai kamu akan mati keesokkan harinya

ye . . mungkin saja ayat tu dah biasa didengar atau dibaca  ,tapi bila dihuraikan semula bagaimana rupa kehidupan selama 1000 tahun lagi ? bagaimana jika kita tahu esok kita akan mati  ?? waallahhualam . .  . Allah maha mengetahui pada tiap kehendakNya .kita hamba ,kita insan biasa,kita lemah namun kita layak berusaha demi sebuah kejayaan  .

ye. . berusaha lah jangan sampai jemu tetapi dalam tiap uasaha awak tu ,pastikan awak berdoa juga kepada Allah  *Tuhan pentadbir sekelian alam * . . .  .nasihat ini untuk awak yg sedang berusaha . . .

BUKAN ITU MAHUNYA AKU


Apabila engkau biarkan
aku turut sama membiarkannya
bila engkau melepaskan
aku turut sama melepaskanya
bila engaku tak peduli
aku turut sama tidak ambil peduli
bila engkau abaikan
aku turut sama mengabaikannya
tapi  . .bila kau berjaya melupakan ,
aku masih lagi mengingati
kerana bukan itu mahunya  aku selama ini . .  .




PENAWAR RESAH

awak . . bila disebut penawar itu biasanya memang tak sedap . seperti ubat -ubatan mana ada yang sedap ditelan kan  ? paling sedap pun makan ubat cacing , tu pun bukan sebab sakit tapi nak bunuh parasit dalam perut . tahun bila kah tarikh akhir awak makan ubat cacing ? heee saya pun dah lupa sebab  seingat saya makan ubat cacing hanya time sekolah je kot tu pun masa sekolah rendah , eh entahlah bil agaknya  . .

awak  . .  ubat itu pahit , tapi dengan ubatlah sakit awak akan sembuh kan ? begitu jugak dengan penawar hati yg terluka ,ianya memang sangat berbeza antara satu dengan lain ! tapi tujuan hadirnya adalah serupa ,melegakan kesakitan !

ye , kehadiran yg baru itu bukan lah sama dengan yg lama . walaupun hadirnya sebagai penawar namun kemujarabannya tidak pernah sama . pernah untuk saya menarik semua nya yg dah lepas pergi ,tapi kudrat saya terhad ,saya tak mampu untuk melakukannya lagi .

keluar air mata darah pun ia tetap akan pergi  awak . . ye dia tetap pergi . dan saya tiada kuasa utk mendapat penawar lama lagi ,dan akhirnya saya akur bahawa penawar yg baru saya jumpa ini biar pun  tak asli tetapi dia mampu memberi saya kesihatan yg saya idamkan dan akhirnya saya terlepas dari belengu  kesakitan  jiwa dan minda saya ketika ini .

tengs to Allah . .  .

HMMM

awak . .hari minggu ,aktiviti bersama keluarga yang begitu padat ,buatkan saya sangat letih untuk melayari laman muka buku ,sempat log in ,tapi mood tak stabil ,so ada baiknya saya log out kan.

saat ni ,letih lebih menguasai minda dan kudrat saya ni ,rasanya lagi elok saya beradu ,insya Allah jika diizinkan umur panjang , esok akan meroyan lagi . .  bhai awak , moga awak bahagia disana . . .



FILM HINDI

hai awak . . saya masih tak paham kenapa film hindustan masih  menjadi kegilaan orang melayu zaman GST ni ! selalunya hanya orang-orang era pop yeyeh je yang minta hindustan !

kalau tanya kat mama saya , apa kelebihan ,keseronokkan menuntun film hindi tu ? jawapan beliau ialah : pelakonnya comel dan handsome ,lagu best-best , banyak cerita yang sedih dan happy ending . jalan ceritanya menarik. dan background lokasi pun  ya hebat-hebat . .ohnya . .

tapi kalau tanya kawan-kawan kat facebook tentang apa kelebihan film hindustan ni ,maka jawapnya ialah :



Muhammad Aizat
bestnya sebab orang suka. tak suka tak payah tgk. haha
Unlike · 1 · Delete · Yesterday at 3:55pm

Dekya Ya
romantik~
Unlike · 1 · Delete · Yesterday at 3:58pm

Park Su
Sbb siaran lain xde cter..oh..aku jua terjebak
Unlike · 1 · Delete · Yesterday at 3:59pm


Ahmad Shukri
sapna hey koie bahana..kojie budok pekan
Unlike · 2 · Delete · Yesterday at 4:04pm


Modestos WanJawa
bab dia lawan dengan menipu memang epic gile...
hahahaha
Unlike · 1 · Delete · Yesterday at 4:28pm


Kuzumie Michies
Dancing pastu gaduh dia bunyi kow2 kekekeke
Like · Delete · Yesterday at 6:54pm

Syaasz Yatim
Yunkk!!! Lbh citer kita dua kan??*kenyit mata kat sweet heart..

( atas ni komen Syaasz yg sedia  nakal :p ) keh3



** hehehe itulah kawan-kawan saya ! mereka memang pro bila bagi komen  :*

BAHAGIA

Hai Arjuna beta . .  .bila disebut bahagia ,belum tentu semua orang boleh capai bahagia untuk dirinya ,walaupun zahir nya kelihatan ceria dan memiliki apa sahaja yang di hajati ,belum tentu itu semua boleh bawa bahagia didalam hidupnya .

ada orang kata biar duit sikit tapi hati senang ,
maka rasalah bahagia .

ada orang kata takde pasangan  pun takpe janji banyak wang ,
maka dapatlah bahagia walaupun hidup sorang .

ada orang kata  biarlah sederhana ,tak kaya ,tak papa,
asal boleh capai ketenangan jiwa dah  kira cukup bahagialah tu .

ada orang kata kalau nak bahagia ,jangan harap pada orang lain ,tapi berusahalah untuk mendapatkannya melalui urusan diri sendiri dengan Allah swt . kerana hanya Allah lah tempat yg sebenarn-benar nya untuk capai kebahagiaan ,tidak saja didunia,tapi diakhirat juga .


tapi pada saya  . . bila orang yg saya sayang tu ,ingat lagi kat saya walaupun kami dah jarang berhubung ,maka saya pun dapat lah rasa bahagia disitu , biarpun bahagia sendirian   . . .  .hmm

COMPETITION





Awak . .
rupanya harini Ahmad Azreen ada competition yang sebelum ni ada diwar-warkan kepada saya .  patut lah selama ni dia menjauhkan diri dia dari saya . aaah! silap lagi saya kali ni !! saya sering sangat menghukum dia !

ya Allah . .  kalau lah saya tahu selama ni dia sibuk dengan competition dia tu , sumpah saya takkan send text serupa gitu pada dia semalam ! sumpah saya lupa ya Allah  . . . . kenapa la minda saya sekarang susah betul nak ingat pada tiap yang dijelaskan  sebelum-sebelum ni ? daya ingatan saya sudah ditarik ke powernya ? astagfirullah halazim . .  ampunkan dosa-dosa saya ya Allah . .  maafkan saya Ahmad Azreen . tak tahu nak letak muka kat mana bila sering sangat buat salah kat awak . .







saya tahu ,bukan mudah nak perah otak untuk buat persediaan tu ! arghhh !!! kejamnya saya  . . .maafkan saya awak . . . .  goodluck ye  . . 









LELAKI ITU

chakk !! aaaa . .  meh nak story sat . .
pasal Syaasz lagi ke ?? oh no . . .kali ni nak share pasal lelaki ! tahu lelaki kan ? pastinya ramai yang kata ye saya tahu la . bukan saya ni bodoh ! opsss . . tak baik cakap bodoh ,nanti dosa . . .

meh cik Lyenda nak cerita siapa LELAKI dimata cik Lyenda !

seorang orang  yang dicipta Allah s.w.t menjadi peneman tiap orang yang dipanggil perempuan ,ok fine ! lelaki lawannya perempuan ! tapi bagaimana yang dikatakan lelaki ?

lelaki berjiwa kental !
semangat dia kuat !
tenaga di hebat !
dia tak mudah mengalah !
dia kata A maka A la pilihan dia !
dia kata Z maka Z la tujuan dia !
lelaki seorang yg bertanggung jawab !
lelaki seorang yg jujur !
dia kata takde ! maka takde la !
dia kata sayang ! maka dia memang sayang lah!
dan bila dia kata benci ,sebenarnya dia tak pernah membenci !
lelaki taksemestinya seorang yg kacak !
tetapi lelaki seorang yg kemas !
penampilan dia jaga !
perihatin pada kesihatannya!
dia sayang keluarganya !
dia hormat mak ayah dia !
dia ceria tapi pendiam !
dia manja tapi pemalu !
dia bijak tapi penyabar !
kadang-kadang emosi tapi dia tak tunjuk !
kuat merajuk tapi penyayang !
ikhlas tapi tak yakin pada orang lain !
dia senang panik tapi tunjuk cool !
dia susah nak menipu !
dia rajin cari duit ,dia fikir 10kali untuk buang duit !
rela berkorban untuk yg disayangi
ikhlas pada cinta!
tak pernah rasa kecewa walaupun telah dikecewakan!
penenang  ,peneman, pemujuk hati ,pemerhati,
pendiam tapi bukan pendendam . .
yang lagi penting dia tak pernah lupa tanggungjawabnya kepada Allah !



Ok ! itulah lelaki dimata cik Lyenda . . .  di dunia maya ini ramai lelaki yang saya jumpa ,tetapi yang benar -benar layak dipanggil dia lelaki itu sebenarnya tak ramai  . . .  dan saya amat bersimpati akan itu .  mohon saya jumpa lebih ramai lelaki berbanding playboy selepas ini . .  insyaAllah ~

HAPPY BIRTHDAY

hai  . .
pagi -pagi bumi dah basah  ditimpa hujan  .alhamdulillah sekali lagi tanah dibasahi air dan angin dingin membuatkan saya makin  tenang dan bertambah bersyukur  atas  nikmat Allah  .

pagi ni rupanya birthday Syaasz . . . huhu nak tau siapa syaaz tu ? mulanya saya fikir nama dia siti khatijah tapi bila tengok pada kek birthday ,nama dia  . .




kalau tak silap mata saya ,nama  AISYAH yang tertera diatas kek tu kan hehe ,umur dia 26 tahun !  tapi dia memang sporting gila ,kalau orang tak tahu memang dia 'machoo' sejati hahaha . . .  kak Syaasz memang nakal !! opss dia tak bagi saya bahasa diri saya adik pulak ,dia kata saya 'yunk' dia . . .  ok laaa. . yunk pun yunk la dear oii . . .  asal u bahagia dihari lahir u harini hahaha !

~happy birthday sweet heart ~

PELANGI KU


hai . . . awak ! pepagi lagi saya dah kena kejutan dengan si Syaasz . sejak 2 menjak ni Syaasz dah masuk dalam diary kehidupan dunia alam maya saya ! seorang gadis yg menggunakan dp gambar seorang pelakon  lelaki k-pop tu hah !

sebenarnya sebelum ni  , dia selalu kena bahan dengan saya sebab rajin sangat meroyan diwall timeline dia tu . mengejar someone yg dipanggil Asz . . .entah siapa gerangan Asz tu saya pun tak pasti . mungkin kalini dia nak balas dendam  ,so dia kejar saya pada tiap status yang saya dok komen  ,mengong si Syaasz ni .! hahaha adeh . .kalau dia baca post ni matilah saya  . . . hahaa

bila Syaasz buat status macam-macam idea untuk tackel cik Lyenda ixati ,ada sedikit keraguan dimata teman-teman ,siapa Syaasz dan siapa cik Lyenda yg sebenarnya . takpe  saya tak marah atau terasa bila ada yang berfikiran negetif pasal kami . sebabnya Syaasz memang suka buat ayat komen yang 'machoo' katanya lah kan   . .  hehee up to you la Syaasz . .asal u bahagia , i bahagia  . .sudah la  . yang penting . .

kami tak ganggu kekasih orang !
kami tak ganggu kekasih Syaasz !
kami tak ganggu kekasih saya !
eh ! saya ada kekasih ?
ada , tapi  tu dulu  . .sekarang dah  . .dah . . dah . . .




yup !kali ni Syaasz hadir  . . .
entah berapa lama Syaasz mampu menyeri hari-hari mendatang saya . saya tak pasti ,saya tak kesah jika hadir Syaasz bagai pelangi , atau bagai angin malam, atau bagai awan berarak  sekali pun . . . yang saya tahu ,kehadiran Syaasz kali ni telah berjaya buat siang saya bercahaya dengan senyuman dan malam saya hangat dengan gelak tawa . saya sangat bersyukur ~ terima kasih Syaasz



Syaasz  . . .  .Kehadiran awak kali ini adalah hadiah dari Allah untuk menjadi peneman saya di dunia maya ini . tengs syaasz . senyum saya yang mahal kini menjadi gelak tawe yang kadang kala sampai mengalir air mata . 

U are special . . 

U are syaasz . . 
U are my girl . . . 
tengs dear ~

*syaasz™




doa saya Syaasz bakal menjadi peneman paling setia disaat suka dan duka , ye tu janji dia kat saya . .. .Allah berilah Syaasz bahagia seperti mana dia memberi bahagia buat saya ~ aaminn . . .

DAH BODOH BANGANG PULAK

awak . . .
saat saya menaip post entah apa-apa ni  ,saya rasa memang saya sorang je yg hidup dalam dunia ni , ada ketika bunyi suara burung pun saya anggap macam bunyi angin lalu ,tapi saya tau itu bunyi burung!

adik saya pulak sedang menuntun cerita indon heart siri 2 ditv astro ria  tu ! alahai ,sangat membosankan ! sehinggakan lagu cerita tu pun saya rasa macam bunyi ayam berkokok tapi saya tau tu bunyi lagu ! mana ada dibandar ni bunyi ayam berkokok kan ? kalau ada pun tu bunyi 'bapak ayam' .

saya on facebook ! entah apa yang ada disitu ! saya tercari-cari port paling indah untuk saya lepak di fb tu ,tapi hampa ,yang ada cuma budak budak kecil tingkatan 4,5  send friend request kat saya ,adeh untuk apa je adik-adik ni lahai pergilah study dulu ,exam semesta kedua dah makin hampir ni kan  . . . emm

awak . . tiap masa saya cari awak . . .tapi awak entah kat mana. status awak keluar ,tapi awak tak jugak timbul !awak ada disitu ,tapi entah dimana . kadang-kadang hati saya berbisik  bodoh  . . .

kat mana awak ni agaknya sayang , saya rindu.  . . . 

ye awak saya memang bodoh ! cari benda yang dah jauh ! kadang -kadang saya menangis sunyi . .tapi akhirnya saya akui , apeke bangang aku ni menangis untuk  dia yang dah pergi . .

awak . .entah bila bodoh dan bangang saya akan padam dari sumbunya .saya pun tak dapat nak jangka. tapi selagi hayat dikandung badan ini , selagi minda saya masih waras berfungsi , selagi saya punya perasaan sayang , saya takkan berhenti menjadi seorang yg bodoh dan bangang kerana merindukan awak . .  ye awak ,saya kena tahu hakikat ini yg selama ini betapa bodoh dan bangangnya saya melakukan semua kerja sia-sia itu . . .

 terima kasih awak kerana dah berjaya buat saya rasa betapa bodoh dan bangangnya saya harini .

NURSE DAY !

happy nurse day !

yey ! semalam hari ibu ye,hari ni ( 12.5 ) hari misi pulak ! yes adil lah tu !

pada saya nurse saya itu lah mama saya ,cikgu saya pun dia, chef saya pun dia , pensyarah pun dia ,semua adalah dia ! ye dia adalah mama saya dan saya takkan pernah lupa akan itu ! love u maa . .


nurse ! insan yang memberi seribu satu wajah untuk pusat rawatan dia bertugas .tak kiralah sama ada dihospital kerajaan ,swasta , mahu pun diklinik-klinik ! ye kalau nurse baik budi ,hari-hari rasa nak sakit, tapi kalau nurse kurang diajar ,rasa tak makan ubat pun dah baik kot !


senang cakap nurse adalah lambang keharmonian sesebuah pusat perubatan ! mereka juga pelaris  . .  eh !! betul ke ayat ni hehee . wahai nurse yg cantik lawa, pleaselah lemparkan senyuman anda  walaupun terpaksa kepada kami (pesakit yg sedang sakit ) atau pun pada ahli keluarga kami yg sedang dilanda kerisauan dihatinya  . bukan kah senyum mu itu sedekah dan ianya bakal mengawet muda wajah kamu ??

tepuk dada tanya diri sendiri . . . .  boleh muflis kah kalau asik tersenyum kepada orang lain?


AKU BUKAN TOMBOY

wei ! siyes la aku bukan tomboy ! hmmmm . . nyampah tau awek sini seksi dia kata tomboy ! anis memang sengal ! kang saya jadi tomboy betul-betul nangis dia tak dapat  nak kawin dengan saya  hahaha .

awak . .kalau awak nak tahu ,gadis -gadis Johor ni memang nampak brutal kalau bersembang ! siyes ! tak tipu ! jangan kata gadis-gadis,mak-mak gadis pun ada yg sembang nampak rock !! argh ! sumpah saya tak bohong !  mereka memang peramah ! cakap pedas ! suka happy ! suka membahan orang depan-depan ! tapi sebenarnya mereka hati baik ! cakap disitu ,habis disitu jugak ,takdenya nak bawak ke esok-esok. . .saya boleh jamin la awak sebab saya orang johor ! huhuu lagi satu hati mereka pemaaf ,mereka tak reti nak simpan masalah lelama . . yg paling special tu mereka memang sporting ! dan lagi satu . . mereka bukan tomboy tau ,kalau mereka tomboy . . .cuba awak bayangkan nenek-nenek jadi tomboy? hahahaha . . giler !


*ku tak bisa untuk membayangkannyaaaa !! hahahaha wat peace *

SORRY TO SAY LAH KAN

hai . . . morning !
breakfast ? belom ! shower ? belom ! brush theeth ? belom ! aaaah ! lantak kau lah ,lambat tertinggal lah kau ! :p 

inilah ayat biasa digunakan  untuk orang yg suka bangun lambat ! sedang orang lain dok berpeluh-peluh cari rezeki waktu begini ( 10.00am ) dia dok lagi masih enak tergolek atas tilam ! huh ! anak bangsa siapakah ini ??

jika awak keluar ke bandar  atau dikawasan taman-taman seawal pagi hingga saat ni . waktu begini kelihatan anak-anak muda berbangsa cina sudah pun sibuk keluar masuk membantu keluarga atau pun mereka menguruskan perniagaan mereka sendiri  , ada yang hanya buka kedai yg berpayung je untuk  jual air ! jual air je pun ! 

pukul 10 pagi  begini mereka sudah pun masuk kedai ayah nya ,bukan dia buat apa,cuma buka pintu kedai,kemas sikit-sikit ,buang sampah yg ada dalam kedai tu ( mungkin sampah semalam ) sementara tunggu pelanggan datang berkunjung !

sambil tunggu pelanggan dia dapat juga main hp ! dapat juga call kawan-kawan ! dan sementara tu ayah dia dapat juga buat kerja lain seperti tambah stock , order tu,order ni ! kadang-kadang baru darjah berapa sekolahnya pun ( mungkin dia bersekolah sesi petang ) sudah minat untuk  belajar berniaga dengan membantu mak bapak diaorang disebelah paginya ! memang tabik spring lah kat bangsa ini !

bukan je dibandar-banda besar ,tapi dikampung-kampung pun saya akan terjumpa dimana anak-anak mereka sudah diajar menguruskan kedai mak bapak diaorang,melayan pelanggan, tanpa rasa janggal !!

tapi anak bangsa kita ??????

krikk. . .kirkkk . .

yang pelik tu ,main game boleh pulak berjam-jam , main motor reti pulak sampai larut malam ,main perempuan tahu pulak nak kawin ! padahal poket tu masih stock habuk !!! huhu


****sorry to say to bangsa ku

MOTIVASI SENDIRI

ini post saya yg ke 1117 !


keliling rumah saya langit sudah mendung ,tanda hujan bakal turun sebentar lagi .

setelah menelan beberapa keping pisang goreng dan keropok lekor .perut dah mula kenyang ditambahkan lagi dengan satu mug ABC POWER ! amboi . . malas dah rasa nak menaip ! kehadiran tidur mulai terasa .tetapi disebabkan malam nanti ada masa lagi untuk tidur ,makanya lagi elok tidur malam je ,sebab sekarang waktu asar ,tak elok tidur kerana mewarisi diganggu jin atau masalah penyakit mental katanya  . .waallahualam ~

nak share apa ni ekk ??kempen untuk diri sendirilah . . .

katakan tidak untuk sifat kurang ajar kerana perangai itu bukan memberi anda harta yg bernilai pun ! dimana anda berada jika kurang ajar masih kekal menjadi hak milik anda ,makanya tiada lagi yg bakal kekal selain sifat terkutuk itu ! hilang kawan , hilang hartabenda , hilang kerjaya , hilang keluarga , hilang segalanya termasuk lah hilang jiwa . . .


***biar terlebih ajar ,jangan kurang ajar ~ sekian






HUKUM ALAM

you get what you gave !

Waw speaking london !  huhu baru Obama datang minggu lepas , takkan nak ubah blog jadi versi english pulak ! hahaa, edok eahhh

maksud kata-kata tu lebih kurang ' engkau dapat dari apa engkau beri' dan lebih comel bila dihuraikan ' anda dapat hasilnya dariapa yg telah anda lakukan ' naaah . . agak-agak paham la sikit-sikit ekk. atau kata budak sekolah :  tulah balasan untuk kau !! dolat la tu . . hehee. . bijak bebeno kome eah .

zaman sekarang Allah bayar cash !
kau sombong dengan orang ,
orang lain pulak sombong dengan kau

kau hina orang ,
orang lain pulak dok mengada hina kau

kau mainkan perasaan orang,
orang lain akan mainkan kau

kau ambil hak orang,
orang lain akan jahanamkan harta benda kau

kau berlagak ! taksub dengan kerjaya ! taksub dengan harta ! aaah semua tu takkan kekal lama , silap-silap esok lusa Allah ambil semuanya dari kau ! tapi jika kau baik hati , tahu hormat hati orang , hormat harta orang , tak mustahil yg kau akan di hormati orang .

*awak . . . inilah hukum alam . . .

11 MEI

Hai . . 11  mei datang lagi ! Hari ni separuh dari status difacebook rata-rata merupakan ucapan untuk IBU !

Ye . . itulah anak-anak kalau tak ada tarikh ni entah ada ke tak nak ber ucap bagai hehe. Sepatutnya ucapan saya sayang emak , terima kasih emak sebab lahirkan saya , emak ratu hati saya . . .tu hari - hari disebut dihadapan ibunya , ni tak , kena la tunggu 11 mei baru nak romantik bagai . silap haribulan emak nya pengsan terkejut sebab anaknya seperti buang tebiat nak wish happy mother day ! Hehee hati-hati ok

Tetapi yg saya tertarik anak-anak ni walaupun dah diberitahu jangan sambut , tapi ucapan makin siang ni makin rancak pulak di update ! Ahh lantak kau la nak ! Esok mesti kau dah update tentang cinta pulakkan ? So hari ni kau update lah pasal ibu kau banyak-banyak . . siapa nak halang ye dak ? Tu facebook kau ! Tak dosa memuji ibu dari dok memuja perempuan yg belum halal buat kau .

Gf boleh ditukar ganti tapi tidak ibumu . .

SAMA TAPI TAK SERUPA

Hi awak . . .
Idea sejak  dua menjak ni memang kering . apa yg mampu hanya meracau- racau ditimeline fb.

Bila tengok Beben ( Ben Ashaari ) dok agak terduga menunggu kehadiran anaknya yg kedua dan menjaga ayahnya yg sakit . saya tak sanggup nak jadi seorang anak yg nakal lagi.

Dan bila saya tengok bro framestone tu . . .*ayah si baby Fisyah* keletihan jaga anaknya demam hingga beliau pun turut mendapat demam ...

Maka ketika itu saya rasa betapa kasih dan sayangnya mama dan ayah kat kami 3 beradik .

***Ya Allah kau jauhkan orang tua kami dari azab api neraka .aaminnnn

DAH LUPA ??? SAYA TAK MARAH


saya akan tetap menjadi sahabat setia awak walaupun awak  tak mampu dah nak kenal saya lagi . .   saya tetap menjadi pendoa kesejahteraan untuk awak walaupun awak sudah lama melupakan saya . .  saya tahu , biarpun awak lupakan saya ,ALLAH selalu ada disisi saya , dan saya takkan berkecil hati jika awak sudah pun melupakan saya , namun apa yg penting . . . .Awak tak lupakan ALLAH yg satu ~


gambar hiasan