MELAYU MERDEKA






Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi Jaga,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku, 

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, 


bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir 


bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

MELAYU KINI

hai  . .dah cuti ke tu ? esok merdeka , awak sambut lah dengan semangat yang merdeka eah . dinda tak nak awak  dan jiwa  awak semua  masih lagi dijajah dengan pemikiran negetif tentang dunia ini .

dunia sekarang banyak yang selalu disalah ertikan oleh mata . dengan melihat gambar ,berpuluh ribu spekulasi dah boleh kita dapat  . dengan membaca sebaris ayat ,manusia sudah pandai menilai kata-kata orang . tanpa pertanyaan pun ,satu keterangan dan penjelasan begitu mudah diperolehi . ahhh skemah pulak bahasa dinda pagini .semangat patriotik barangkali huh !

di Malaysia  ada seorang insan yang suka bercakap tapi dia cakap lain tapi dia maksudkan lain.lama dah dinda peratikan dia . dengan follower dia seramai 18K . . .  dinda rasa ramai yang menyokongnya .

tapi bila dia berkata kata ramai yang beri komen memerlinya sesaja ,sebab ayat dia memang tak masuk akal jika dipahami oleh orang yg lurus bendul haha . ye memang lawak ,  rupanya tak semua  paham pada apa yang dia cuba sampaikan .

pagini dengan gambar profile page baru dia berwajah separuh jalur gemilang ( petriotik jugak dakni ) dinda nak promote dia kat awak semua  . manalah tau ada yang tak kenal dia lagi . nak kenal ? sudah kenal ? siapa dia ? tak kenal meh lah berkenalan  .  . .

tak handsome mana pun

tapi kalau awak nak tau bagaimana tutur bicara dia tentang melayu ? jom pergi kerumah dia ! jangan malu-malu ,  masuk link dinda baginilah *klik sini* . rasanya dia seorang pelajar mahupun seorang tenaga pengajar  . disebabkan orang sekarang tak suka diajar dengan cara lemah lembut dan protokol , so dia telah mengajar orang orang melayu dengan ayat yang sangat kurang ajar . owh . . . gini rupanya melayu era akhir zaman ek ? ok takpe lah ,asalkan dak meran ni bukan boyfriend dinda hahaha

THIS IS MINE

Ahha tengok je header !



mungkinkah anda salah seorang yg dinda perhatikan ? omputih cakap stalker ? aa gitu ke ? hati-hati kerana anda dalam pemerhatian dinda sekarang ni . kenapa dinda nak perhatikan orang ? macam takde kerja lain kan ? eee. . pedulik ah !

mari sini Dinda  nak kabo kannya :

ada orang cakap dinda ni pung pang pung pang ,lagak awek air mata lah , cakap tak serupa bikin lah , macam-macam ada lah . . ingat dinda heran ? sebab dinda bukan aweknya  Amran Fan *eh macam dah tak aktif je page ni heee? no way !! sikit pun tak . . .dinda tak nak amran tu !! haaaa

dan juga maybe dinda bukanlah  wartawan gossip ! tapi untuk orang yg dah biasa dengan meroyan dinda ,pastinya mereka  akan tertunggu tunggu post terbaru dinda .apa yang dinda nak kongsikan kat blog pra -sekolah ni .  ceh . . .dah pandai merendah diri la dinda sekarang :)


hmm. . . .ada yang  kata,dinda ni cakap macam bagus pada hal apa pun tarak  . ofcos bagus ,sebab dinda pernah masuk Asia Bagus,cuma bakat je tak lepas . dia suruh nyanyi ,dinda cuma pandai mengaji heee . . .salah pergi temuduga la .

tapi kat sini ,kat blog dinda ,dinda nak cakap yang apa yang dinda taip disini  bukan nak tambah menambah cerita yang takde atau cerita yang ada,tapi itu yg dinda jumpa dan dinda kongsikan untuk anda semua .

so kalau ada yang anggap dinda memain dalam berblog ,dinda tak macamtu ,cuma blog ni blog dinda dan standart nya biar dinda je yang tahu . untuk ketahap pakar maybe tidak lagi ,tapi cukuplah sekadar berkongsi pengalaman di alam maya . eh ! korang paham tak maksud dinda ni ? adeh . . .




CINTA DAN NAFSU

ahhh hujan datang lagi pagi ini !!!

Syoknya main hujannn heee


melayang tubuh dinda yang kesejukkan ni .amat sukar rasenya nak memandu kerana dalam kereta econ pun kena pasang ,ish gini kot kalau duduk kat negara ada salji  dikutub utara tu kan ? bestnya sejuuuk jek hmmm .esok nak pergi ke kutub utara lah !! tapi negara  Jepun pun tah bila dapat  pergi lagilah ke negara hujung dunia  tu  . . hmmm

bila mendengar keluhan seseorang tentang cintanya  . dinda memang sering terajak untuk berkongsi . cinta bukan membunuh ,itu kata - kata yang dinda guna sekarang . tapi jika kerana cinta kita tersiksa ,adalah lebih baik hentikan  saja percintaan itu .

cinta tersiksa ? kenapa ?
tak semua orang bercinta sama . ada yang bercinta sekadar nak isi kekosongan jiwa . ada orang bercinta nak cari calon teman hidup dimasa hadapannya dan tak kurang nya orang bercinta sebab cinta tu hadir dengan tiba -tiba . eh !! tak aleh aleh ada je cinta tu depan mata !rezeki tu heeee ~ 

yang menjadikan cinta tersiksa bila antara dua orang yg bercinta tu mempunyai selera yang berlainan . ada yang terlalu asyik dengan *naluri peribadinya * atau senang cakap seks - dia menganggap dengan belaian atau 'ringan-ringan' dia akan kekal memiliki kekasih hatinya tu atau lagi mudah ,dia ikat kekasih hatinya dengan 'ringan-ringan'nya itu . tapi mungkin tidak pada pasangannya pulak . sesuatu yang haram adalah tetap haram dan dosa walapun tak nampak ,ianya tetap hadir . 

perlukah dimasukkan dosa dalam cinta ?
dinda pernah lalui berbagai detik pengalaman bercinta  . ye , hampir 90% lelaki perlukan cinta bersama *naluri peribadi*dinda bukan nak aibkan sesiapa ,tetapi jika diamati ,mereka sanggup menggadaikan maruahnya hanya demi cintanya untuk pasangannya  . perlukah begitu ? tidakkah mereka menjatuhkan maruah dirinya sendiri ? bagi diri dinda kalau menjadi pasangan sesaorang ,dinda akan cuba untuk menduga sejauh mana kekuatan iman dia  . jika mudah sahaja di rayu atau digoda ,makanya dia itu perlukan bimbingan  penasihat agama . ( barangkali)

wahai jejaka idaman semalaya  . . 
dalam dunia yang serba ingin tahu dan serba dah tahu ini  . usahlah awak terlalu ikut kan nafsu . jika sudah berkenan kan seseorang gadis tu . awak hanya layak membimbinginya ,bukan mengheret dia sama masuk keneraka !! semua gadis - tak kira dia siapa ,ustazah ke , bohsia ke,pelacur ke , budak sekolah ke ,budak kerja kilang ke , jururawat ke , atau mana mana gadis lah kan  . . .sehebat mana pun jahat or baiknya dia ,dia tetap mahukan lelaki yang membimbing dirinya kejalan yang benar ,bukan menghancurkannya hingga hancur berkecai harapannya yg baru di simpan  . hmmm . . .

mungkin benda dah jadi ,makanya biarkan je terus terjadi .selagi pintu taubat masih terbuka ,bertaubatlah . dinda tak punya apa - apa untuk membantu tapi dinda hanya mampu berdoa buat awak . . .  dinda ikhlas ni ~


MEMORI DALAM HUJAN

balik kerja petang semalam dinda ditimpa hujan ,habis basah satu badan bila terpaksa pergi kedai nak beli  bahan untuk lauk malam . payung pulak takde dalam kereta so dinda pun kenalah berjalan dengan meredah hujan lebat tu .

dalam hujan lebat tu tetiba dinda nampak sepasang orang tua  dalam hujan sambil salah sorang antara nya pegang payung . mungkin aja mereka hendak menanti teksi atau bas  disitu . tapi dalam keadaan hujan lebat ,dinda simpati dengan mereka . dinda pergi kearah tempat mereka duduk .

dinda : uncle ,aunty why not both of u go to the shopping complex first . then if the rain stop ,u can waiting the bus?

uncle : never mind ,i got this umbrella  !!

aunty : senyum*

dinda : its cool , its heavy rain ,please uncle , go into  the shopping complex please.. aunty please  . . . come with me ! lets waiting the rain stop ok ?

uncle : we are ok miss , i can hold this umbrella until the bus coming . . .

aunty : pelok pinggang uncle tambah kuat

dinda : ahh . . . feel jeles pulak derr **

uncle : how about u , the rain  wetting  u too right ahha

dinda : senyum dan tak boleh cakap apa apa lagi

aunty : go inside girl , u are sweety and pretty , u need to hide from this rain  , don't worry about us ok. go . .

dinda : senyum je bila aunty cakap dinda sweet and preety girl* ahh orang tua memang pandai memujuk dan dinda tewas akhirnya .


ok ,dinda lepaskan pandangan dinda dari arah mereka dan hanya suara dinda je yang  sebut : ok ,bye uncle ,aunty,take care yea . . .  . sambil berlalu meninggalkan mereka berdua disitu dengan perasaan simpati.

hurmm . . . .
dinda bukan nak memerintah orang tua berdua tu ,tapi dinda bayangkan kalau dua dua antara mereka dapat demam  sebab kena hujan ,siapakah  akan menjaga mereka ? anak mereka  ? ahh anak anak sekarang selalu sibuk dengan rumah tangga dan kerjaya masing masing sehingga lupa pada mak ayah mereka di kampung  . tiba tiba dinda teringat mama dan ayah pulak  . . .hmmm sebak ~



SUKSESS PAT !

Patrick !

Ahhaa  anak india campuran cina dari Nilai ,N9. . alaa tu lah kawan alam maya dinda tu  . kenal lagi dak ek? ala yang gitu-gitu tu . . meh la letak pic ganteng dia kat sini .



ok lulus ! heheee want to comment ? ahhh . . .  handsome  maaa hahaha .but tu pic pat yang dulu ok.


dinda lama dah tak dengar kisah patrick ,lepas masing-masing dok busy dengan tanggungjawab masing-masing . last dulu kami chatting masa dia barulah kemaruk dengan dunia cycling dia tu .ketika tu dia baru je lepas frust ! hehehe biasalah orang muda . couple then frust,frust then couple . . . haha sudah jadi asam garam katanya heee~

dulu kalau dia sedih , kami sama-sama kongsi kisah sedih tu . kadang kadang dinda menangis membaca tiap ayat yang patrick taipkan . kecewa nya dia saat tu ,dia je yang rasa .  hmmmm . . .  but !! tu dulu ok ! tu dulu !

now . .  dia dah berjaya dengan hidupnya ( hope sangat-sangat lah kan )  dinda tau patrick anak mr and mrs Siow yg hebat !! dia tak pernah putus asa dengan benda remeh temeh ni ! selepas tamat pengajian ,now patrick sudah berkerja di IBM cyber Jaya !! yes !dia berjaya mendapatkan kerja disitu ! tahniah patrick *my apek itam !! hahahah . . dan . .something  dinda nak tunjukkan kan awak semua  . . . .

look !!!!




dia dah handsome siot !! *bukan yang pakai spek itu lah,itu bf orang ! hahaha . .pat !! memang handsome !! really . . .tak bohooooong  . .hahaha

dinda tanya dia kenapa sudah kurus macam tu ?tak makan ke ? dia cakap dengan basikalnya dia jadi macam tu . yes ! look fit ! akhirnya  . . . hobi dia berjaya menjadikan dirinya nampak hebat !! dia enjoy , look fresh ! wow !! giler habaq hang firstime tengok wajah apek itam ni . macam tak caya ,macam caya hehehe

bila dinda cakap yang dinda nak tengok wajah cinta baru dia .dengan gelak ,pat cakap mana ada perempuan nak kan dia ,sebab dia hitam hahaha . negro lagi hitam dari you la apek itam hahahah *dinda harap lepas keluarnya wajah pat dalam blog ni ,ada lah yang sudi takel my apek itam ni ,tapi takel dengan iklas ok ,bukan suka-suka , dinda rejam korang nanti haaaa . . .

Dan mana mana kawan-kawan dinda yang nak cari model partime or full time ,dinda cadangkan korang ambil la mamat cycling ni  . dia baik tau . dia bijak jugak , anak tunggal yang manja ,penyayang pada alam semula jadi dan dia pecinta basikal sahaja bukan pecinta wanita   . . .  . peace ~

dan bila patrick tanya dinda dah ada bf ke belum ?dinda  cakap lah ada . .  dan dalam perhatian . sebab dinda malu la nak cakap hal yang sebenar kat dia hehehe sorry my apek ,i tipu you laaa hehehe  dan di timeline fb patrick ,dinda jumpa kata kata ini ,dan dinda rasa  ini prinsip patrick jugak kot . . .

The bicycle has a soul. If you succeed to love it, it will give you emotions that you will never forget.”

Mario Cipollini, cyclist, former world champion.

Good luck Mr Patrick Siow and tahniah mr and mrs Siow sebab kalian dah berjaya menjaga , mendidik anak tunggal anda yang manja ini . Patrick , you dah jadi orang IMB kena kerja rajin -rajin tau  dan thanks so much buat kawan kawan cycling patrick yang rajin sangat sangat melayan budak patrick tu naik basikalnya . .eh !! korang saudara mara je kan?? hahaha . . .

Patrick !!Dinda nak belanja satu gambar ni untuk you  !! taddaaaa . .

girlfriend siapa kah ini ? hahaha

SEBENARNYA dinda nak cakap yang putus cinta itu bukan pembunuh dan awak tak perlu menangisi akannya lama-lama sebab awak berhak mendapat yang lebih baik dan yang terbaik dari sebelum ini! ok ?

MEROYAN

Dinda letih  . . . 2 minggu dinda tinggalkan rumah . hmmmm . .  . inilah syurga beta . bila dah jumpa bantal ,katil ,tilam empuk dan bilik berbau lemon ni . dinda lupa sekejap kanda ,bonda dan ayahnda serta adik-adik . eh ! ada nama kanda disitu laaa. . . sape tu ?  huhu shhh ...


4 jam perjalanan dalam bas ekspress KL to JB sangat menjemukan ,dinda tak nampak apa-apa pun ketika tu .sungguh . . . .

kenapa ? sebab  . . . dah malam kan ,mana nak nampak apa-apa .yang dinda nampak bila bas berhenti di perhentian-perhentian je . masa tu barulah dinda nampak manusia - manusia nya .

ok ,untuk yang tertanya -tanya dimana dinda sekarang ? ok sekarang dinda dah kat Johor eah . jangan risau eah .dinda baik baik aje kok  . cuma buat masa ni dinda agak sibuk sikit dengan permulaan selepas pergi kursus tu .so nampaknya susahlah lagi nak mengada-ngada kat alam maya tu .lagipun , dinda bukannya diperlukan sangat disitu . kena marah lagi adalah . . . hmmmm



nak merajuk  ~

KAWAN


hai ..dinda nak tanya  ni .perlu ke bila kita dah jadi tunang orang ,kita dah tak boleh bersembang lagi dengan orang lelaki lain  atau kalau lelaki tu dah tak boleh ke nak bersembang dengan perempuan lain ?

kenapa mesti menyepikan diri ? kenapa nak jauhkan diri ? tak yakin pada diri sendiri ke ? atau bakal pasangan hidup dia tu akan cemburu ? tunang je kot . sedang isteri /suami orang yg bekerja tu boleh je bertegur sapa dengan kawan-kawannya yang lain . asalkan mereka tau batasannya ,tau status diri mereka semuanya bukan masalah besar .

atau pun mungkin aja bakal pasangan hidup tu terlalu istemewa sehingga sanggup ditatang bagai minyak yang penuh . maklumlah kan ,orang bertunang ni kan tengah kencing manis . . eh ! darah manis la ape lah dinda mengarut ni kan . . heee

sebenarnya dinda ada sorang kawan baik lah kan . kiranya close friend la gitu . dulu kemain lagi bila sembang macam nak runtuh bangunan dibuatnya  .tapi bila  dia dah selamat menjadi tunangan orang ,hilang gitu je dia dari hidup dinda ni hah !

dinda bukanya nak dia hari-hari dok menegur dinda pacal yang hina ni , cukuplah sekali sekala sekadar 'hai awak ,sihat ke ' haa . . tu pun dah cukup dah sebagai tanda yang dia kawan dinda .

bukan nak mengungkit lakan . dulu masa dia ada masalah dan masih lagi dok tercari-cari bakal jodoh kononnya , dinda nilah tempat dia mengadu . tempat dia mencurahkan perasaan sedih dan hiba . dan sebagai seorang kawan yg baik *ceh* . . dinda memang sentiasa doakan dia ,supaya di temukan jodoh cepat dan diberi kehidupan yang lebih sempurna . hmmm . . sekelip mata kau berubah .

ok . . memang kawan dinda ramai .sejak dulu hingga sekarang ,tapi bila dah dapat kawan baru ,perlu ke kita buang kawan lama ? kawan baik  ? hmmm . .entah le wak ~

ohh. . sekarang baru dinda sedar  . . pipit sebenarnya hanya layak terbang dengan pipit dan enggang memang lah cukup  layak berterbangan dengan enggang . dan ketika ini barulah dinda mula sedar diri  . dinda kena akur . .

kalau ada orang tanya dinda : apakah nilai seorang kawan pada dinda ?

dinda akan jawab : kalau dulu dia pernah bahagiakan dan menceriakan hidup dinda , mungkin bahagia itulah yang dinda nilai ,bukan  kawan dinda tu . jika disebut kan kawan , sampai mati pun dia tetap kawan dinda. aaa. .ni pendapat dinda je eah ,bukan dinda ambil dari mana mana kata-kata ustaz atau ustazah .

MUNDUR ITU LAH TAK MAJU

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! mana-mana kita pergi ,rata -rata jalan tergantung sudah jalur gemilang ! sana sini ada ! yesss. . . berkibarlaaaaah jalur gemilang !!

 Malaysia sudah hampir 57 tahun  mendapat kemerdekaan . Keseluruhannya negara kita ada dalam diantara  negara maju ! yes . . .negara maju ,teknologi maju , rakyat maju ,minda pun kena maju !

apa lagi yang tak maju ?  a'ah ada lagi satu iaitu  . . tata rakyat kita masih  belum maju ,belum merdeka ,belum dapat dipertingkatkkan lagi mutunya . dari sudut mana pun masih ada lagi rakyat yang kurang tata rakyatnya , siviknya . . . masih lagi diparas had mundur , ye sangat mundur . kesian .

siapa salah dalam hal ini ? sudah pasti jawapananya  . . .mereka dan keluarga mereka  . . . kita tak boleh nak salahkan orang lain dalam hal ni sebabnya orang yang pertama kali kita lihat  bila kita celik mata ,mestilah ahli keluarga kita ,bukan boss kita,bukan tok penghulu ,bukan doktor peribadi , bukan polis pencen jiran sebelah rumah ,bukan  . . bukan dan bukan  .

so . . jadilah ahli keluarga yang boleh dijadikan contoh oleh ahli keluarga yang lain , bukannya menjadi beban kepada mereka  pulak . . . . sebabnya bebanan yang awak bawa tu bakal menyusahkan ramai orang didunia ini  .

MALAYSIA BOLEH ?

sekali lagi . . . semua rakyat bersatu hati . bila harini Malaysia berkabung ( bersatu dalam kedukaan ) menanti kepulangan jenazah mangsa MH 17 .

kalau sebelum ni kita bersatu , walaupun bukan berkabung tetapi kita bersatu ketika kehilangan MH 370 . sehingga pesawat itu lenyap terus dari alam nyata . bacaan surah yasin ,tahlil , solat hajat , doa-doa disetiap solat berjamaah dimasjid dan surau-surau . ye ,dimana-mana saja masyarakat bersatu ,bergabung untuk mendoakan keselamatan MH 370 itu .

ya Allah . . .apakah dugaan demi dugaan ini aja yang mampu menyatu padukan kami  ? apakah kesedihan sahaja yang dapat memberi kami kepercayaan sesama sendiri . kini dinda sangat berbangga dengan rakyat Malaysia  yang bersatu dalam kedukaan dan dalam kesedihan . tanpa mengira darjat ,bangsa dan agama .tapi sampai bila tahannya bersatu itu ?

ohh . . alangkah bagusnya jika bersatu hati ini diteruskan begini .  saling hormat menghormati ,saling mendoakan antara satu sama lain , sambil percaya mempercayai  . tiada lagi  kutuk mengutuk  ,tiada memburuk burukan sesama sendiri . kita orang Malaysia , kita orang timur yang kaya dengan budi  bahasa . kita perlu ada sifat lemah lembut sesama insan  . kita hamba Allah yang satu , kita layak bersatu supaya Malaysia maju bukan kerana hasil pengeluaranya sahaja ,tapi Malaysia maju sebab rakyatnya yg berkerjasama .
disinilah mula bersatunya kita . . . 

tapi  mampukah kita ?agak-agak boleh tak kalau sesama kita ni tak gaduh dalam masa 1 hari je ?? hmmm

INILAH TAKDIR KITA

dinda sedih , dinda sebak  bila tengok siaran langsung di tv tadi ,  kepulangan jenazah dari kemalangan MH 17 .  menatap wajah - wajah ahli keluarga mangsa makin sebak jiwa dinda ni .arhhh . . . .  ratapan ini amat memilukan hati semua orang yang melihat acara itu .
penantian . . . 

dari jauh ,
sebuah kepulangan yang memang dinanti-nantikan .
seawalnya di nanti dengan gembira
diakhirnya pula  di tunggu dengan air mata
isteri setia meratap sendu
ibu tersayang menangis lesu
ayah  yang tabah lemah dan membisu
anak yang manja jiwa keliru , termangu mangu
suami sayu menahan sebak didada
air mata demi air mata menitis
hurmm . . pilu . . sayu . . .
inilah lambaian terakhir
inilah penghargaan terakhir
seronok menjadi tragedi
indah menjadi mimpi ngeri
berpunca dari kekejaman yang semakin mengila
namun keredhaan dalam jiwa jadi kekuatan diri ,
dengan nada sayu . . diucapkan satu persatu . .
inilah takdir buatku dan buat mu . . .










#MH 17 dalam kenangan . . . 22.8.2014 ~ bersatu dalam kedukaan~
semoga rohnya selamat bersemadi disana  . . .  al~fatihah ~

gambar dari :Berita Harian Online

KEJUTAN ?

pagi yang indah
dinda masih lagi  dalam krusus pendidikan awal kanak-kanak di KL .atas desakan mama , ye taska perlu dibesarkan lagi . kali ini sungguh menarik ,krusus berjalan selama 2 minggu ini penuh bermakna buat dinda .

bila malam hari ,dinda rindu adik -adik dan mama. rindu ayah juga . tapi dinda tahu cara mana nak lepaskan rindu rindu itu . apa guna ada handphone kan ? call je lah ~

mencari adik dinda di laman muka buku bukan mudah sebab adik dinda berkongsi laman yang sama akaunnya . haish . . sengal ,suruh buat untuk dia sendiri ,mati -matian dia tak nak . hmm gasak la dia !

bila dinda update status pasal ' pregnant ' Sya orang pertama terkejut ! sebab dinda rahsiakan apa sebenarnya yang terjadi katanya! ala sya macam tu pun nak terkejut kan  , rileks la , dunia ni semua benda boleh sembunyi tetapi bila dah sampai satu tahap , orang akan tahu jugak  . so biarkan je ianya diketahui .

tapi betul ke dinda pregnant ? by who ? when ? berapa bulan ?

hmm . . why so serious my dear sya. . .  kan dinda memang suka berahsia dari dunia reality dinda  dengan dunia alam maya , so ianya akan kekal menjadi rahsia disini . yang penting dinda tidak melanggar hukum Allah . Alhamdulillah . . . .


WAKTU TERLUANG HANYA UNTUK SYA

Malam ni Sya ada permintaan kat dinda . . dia suruh dinda edit kan blog baru untuk blog lama dia  . adeh . . sya kan tau dinda tengah honeymoon hmmm  .dia tu sengaja lah tu nak suruh dinda tak masuk tidur awal malam ni hahaha

asalnya sya nak ,lepas tu dia kata ' kensel ' sebab tak nak ganggu dinda yang busy kononnya heee . . .tapi siapa yang tak sayang Sya ,si bintang kpop tu hah hehehe  nilah facebook sya ,bintang k-pop dinda yang ucuk anje tu !!

so sekarang dinda dah pun siapkan apa yang sya hajatkan . harap lah sangat sya dapat terima hasil kerja dinda yang tak seberapa malam ni kat blog my sya , my dear , my rindu ,my manja !!

ahha kalau awak nak tau apa kerja sya dalam blog tu,  free nanti masuklah ok  ,tengok sendiri hasil idea sya . siapa lagi nak tolong bangsa kita berkarya kalau kita sendiri . cayok sya .!

buat sya ,dinda nak wish good luck , ada apa-apa luahkan je dalam cerpen awak tu ye my dear . janganlah malas-malas pulak . sebab kemalasan itu bakal mengundang kebuntuan idea nanti .

ok lah my kekanda dah panggil tu ,jam pun dah pukul 2.05 am . . .bhaaii sya ,jangan kecik hati  atas apa yang dinda dah buat tak blog u tu . . .


SAYA RELA TINGGALKAN DIA

Bila cerita pasal perasaan ni ,saya nak kongsikan pengalaman saya mengenai perasaan seseorang tu terhadap saya .  sebelum ni memang dia tahu usia saya lebih tua bertahun tahun dari saya  . nak jadikan kisah lucu . entah apa angin nya pada hari tu  . dia panggil saya sayang  ! wow !! bravo !! nak pitam 4 kali habaq hang !

 namun disebab kan saya dah lali dengan kata sayang dari jari-jemari lelaki ni lah kan  . saya kuat kan juga jari saya menaip perkataan ' ye saya  . . . . '

perhh . .  wa layan macam sengal ! debo debo jantung siak !!

tapi disebabkan tak nak menguriskan hati si adik tu ,saya pun bersembang lah dengannya  dikocek inbox muka buku bila kami sama-sama online  . dia pun ada share id wechat dia kat saya ,ok tengs . . jawab saya ringkas ,padahal saya pun tak buat akaun wechat lagi  waktu tu .

hari demi hari ,setiap ayat dia pm kat saya akan saya balas  dan ketika tu dia baru sahaja menghabiskan peperiksaan SPM dia .

look !! SPM lagi tu bhaaaiiii  . . .  sekali lagi perh . . wa dapat anak ikan ke sey?

dan dia masih kekal memanggil perkataan sayang tu untuk saya  . apa mahunya ? mesti awak tertanya-tanya kan  ??bukan untuk mengaibkan sesiapa namun sebagai lelaki normal ,awak mungkin akan tahu apa mahunya bila di mula menggunakan 'ayat ayat bapak daring' kat saya  ' . terutama awal pagi atau pun lewat malam  . berpeloh peloh saya  nak tahan iman ni masa tu  . . peh~~

pernah jugak satu hari tu , teringin sangat saya nak tanya kat dia  dengan ayat macam ni  bunyinya . . . .

boleh tak nak tengok luka sunat hari tu , dah baik ke belum ekk lukanya . . . kalau belom  , 'sayang' nak letakkan minyak gamat dulu lah . . .biar cepat sembuh 

hahaha . . . nasib saya tak gila khinzir nak tanya soalan gitu kat dia ! ishhh . . .

dia muda lagi !
dia tahu siapa saya !
dia tahu usia saya !
dia masih kena belajar lebih dari apa yg dia tahu sekarang !
dia budak bijak !
dia bukan anak sembarangan !
dia saya hormat sebagai adik saya sendiri  !
namun disebabkan perangai  gila sex dia tu  ! dia buat saya rela tinggalkan dia macam tu je  . ye awak  . . saya dah  pun block semua akaun dia yang di friendlist saya ! saya  tak nak menanggung dosa dan menambah kan lagi dosa-dosa dia yang sedia ada tu .

untuk pengetahuan awak  . . .kami kenal sejak dia berusia 14 tahun  . . .lamakan ? dosa tak kenal apa itu kawan atau lawan .jka di menambah kan lagi dosa kita yg sedia ada , ada baiknya tinggalkan je dia selama-lamanya . . itu prinsip saya ! prinsip awak  apa pulak ekk ??




CUBA UNTUK FIKIR

Bila orang lebih tua beri pendapat  , tak semua orang muda akan terima pendapat mereka . malahan ada yang cakap orang tua ni sengaja nak buat mereka hidup terkongkong . mereka tak pernah nak bagi orang muda peluang untuk menikmati keindahannya dunia orang muda ,dunia  remaja !

kalau mereka yang jenis  pick up cepat dan dan mereka akan cakap :

ini semua adalah untuk masa depan aku ,so aku kena terima arahan ini  , aku kena akur . aku kena abaikan apa yang aku nak ,ape guna melawan sekali pun, kalau dah terang-terang semua tu dihalang !aku redha pada qadaq dan qadar untuk diri aku dari aku melawan arahan orang tua Aku . . .

 itu kata orang yg  berakal . dia boleh berfikir jauh jika  aktivitinya dipantau . dia tahu bagaimana nak fikir  masa depannya . dia takkan melawan untuk sebuah ego ! dia rela memendamkan rasa demi rasa hormat pada orang lain .

so kalau jadi remaja tu ,jadilah remaja yang senang di didik ,bukan yang jenis memeningkan kepala orang tua ,tak berkat nanti hidupnya  . . .

ESOK UNTUK TENGOK AXIA

yess . .katanya . . .

PERODUA membuka tempahan mulai harini 14.8.2014  bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.

berminat ? hadirlah  ke 180 bilik pameran jualan perodua di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terbaharu dan paling menarik ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model terbaharu dengan penjimatan bahan api dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik dan harga yang berpatutan. Tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada varian.

PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.

Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA. 
Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke-10 yang dikeluarkan PERODUA.

~ sumber  : BH online

mahu tahu lebih lagi ? jum pergi ke show room Perodua   ! kita lihatlah sendiri .

PERODUA Axia dibuka untuk tempahan mulai esok
suprise !!!


KISAHNYA PEREMPUAN

Cerita pasal perempuan katanya  . . .






tetapi ada yang cakap. . . 


KAMI BERKONGSI





Owh . .patutlah mereka cakap " like father like son " dan tak ramai yg cakap " like mother like daughter "

Tapi kenapa ek kalau anak dah dewasa , emaklah tempat dia mengadu , bukannya ayah ??

Jawapannya mudah aje :

Sebab naluri emak telah bersama saya sejak dari dalam rahimnya lagi . . kami berkongsi jiwa .

PEREMPUAN MANA ?

Bicara hati seorang perempuan . ..

Perempuan mana akan gembira . . bila mana dia dapat tahu kekasihnya mempunyai kekasih lain diluar pengetahuannya.

Perempuan mana tak terpinga pinga  . . bila dia merasa tiada kecurangan pada dirinya * eh ! aku masih sama seperti dulu , menyintaimu tanpa pernah jemu '

Perempuan mana takkan kecewa . .  bila kasih sayang yang dijaga telah pun terbahagi dua .

Perempuan mana tak menyesal . . bila setianya selama ini bagai sampah yang diterbang angin masuk ke longkang .

Perempuan mana yang tak rasa bersyukur . . bila dapat tahu orang yang meninggalkannya , mempermainkan cintanya ,menghancurkan harapannya sebenarnya adalah seorang Playboy ternama .

Terima kasih Allah utk kenyataan ini , saya suka sangat- sangat .  . . Alhamdulillah

BOIKOT TERUS

Kalau cakap pasal boikot ,ramai pandang McD ! ok mekdi kena boikot harini  . tunggu la hasilnya selepas harini .

INGAT  !   BOIKOT JE ,BUKAN BENCI . . . bezanya ada disitu

sebenarnya  ada banyak benda lain yang kita kena boikot dan layak juga kita benci dalam kehidupan kita ini ye kawan-kawan ? antaranya . . . . *tetiba jadi skemah*

~boikot playboy !
~boikot perokok !
~boikot kaki rasuah !
~boikot kelab malam !
~boikot penjual cekik darah !
~boikot awek seksi !
~boikot mat rempit !
~boikot pengumpat dan kaki bodek !

 ada banyak lagi tapi ramai yang tak ambil pedulik . . .

SHE IS MY DEAR

Ok fine !
Jujur saya cakap , saya memang garang !Kata mama saya kepala angin ! Mudah naik angin ! Suka makan angin ! Ahh semua ada angin tu adalah perangai saya la senang cakap   . . opss kecuali buang angin . .ahha i hate u !! Grrrr

Baru minggu lepas , saya membebel kat inbox dengan seorang insan yg saya panggil * dear * bukan bermaksud rusa tetapi this dear means * sayang *  ..
 She is a sweet lady in 26 years old .

Kenapa saya panggil dia dear ? Sebab dia panggil saya * yunk * yg bermaksud muda ! Eh bukan . .bukan . . . yunk tu bermaksud sayang la jugak .dan sejujurnya kami bukanlah pasangan lesbian ok . saya masih normal !! Dan dear saya tu pun dah ada anak dua orang yg comel - comel belaka !

Kenapa saya marah dear ? Dan kenapa saya  membebel kat dear di inbox tu ? Sebab dia nakal dengan  suaminya  lah ! Ishhhh  . . apataknya  pada satu hari diwechat dia ada massage saya katanya . . .


Bila dear merepek repek saya cakap saya nak kerja nak buat padahal tak pun . . malas nak layan dear tu .

kemudian saya cakap lagi kalau lah . .

Hahaha tergelak besar dia masa tu !
Untuk dear saya nak pesan lah kan . . kalau gaduh dengan orang tu jangan sesekali pegang cawan , kang benjol pulak kepala hamba Allah tu dear buat . .heee . . .