DINDA NGERI

hai
tenang nya petang ni , lepas jogging semua rasa ringan kan !mood blogging membuak -buak dah ni !  rasa lama sangat jarini tak menaip dikeypad laptop . kesian dia sepi dilanda gelisah hehe *alasan je tu*


minggu ni memang banyak aktiviti dialam reality ,so agak kurang nak tengok suasana dialam maya  . paling kuat dalam minda hanyalah peristiwa pemuda di baham harimau di negara India tu ! * video* ngerinya dinda tengokkannya  macamana lah boleh termasuk dalam kandang rimau !

kata orang masuk kandang kambing mengembek ,masuk kandang rimau mengaum ,tapi mamat tu tak sempat mengaum rimau dah seret dia bawak lari  ke dalam semak ! macam kucing larikan ikan je dinda tengoknya   .ishh seriously ngeri lah ! awak belum tengok ekk ? meh klik sini  manusia dimakan rimau ! ish . . . ngeri ahh !

awak . . . dari kes ni ,bila namanya ajal ,  seminit je ,bila ia dah tiba ,tak terjangka pun oleh sesiapa pun . makanya  takkan ada lagi istilah nantilah dululah aku belum taubat lagi ni , atau bagilah masa kejap ,bagi lah aku perbaiki kesilapan aku selamani dulu .no ! no ! no !

.  . .sekelip mata je awak , ianya terus je meragut apa yg kita ada . . .hmmm . . .  astagfirullah alazim ~


KISAH ANAK EMAK AYAH


hi . .bila dalam keluarga tu ada 5-6 orang anak .biasanya orang tua akan kata semua kasih sayang kami bagi sama je . takde pilih kasih pun . kan ? tapi bila dinda perhatikan betul -betul ada ketika semua tu palsu !kalau awak perasan  . . .

along biasanya akan jadi  kawan  emak . kawan paling rapat . tempat luahkan masalah ,tempat kongsikan masalah ,tempat lepaskan amarah , tempat mengadu . . . kan ? dari along kecik sampailah along dewasa ,emak akan cari along bila ada hal yang emak nak bincangkan . sedangkan anak-anak lain boleh jugak dikongsikan sama ,tapi emak tetap cari along jugak ,  kan along kan ?

angah biasanya pulak part bila perlu .kalau dah takde along , baru emak cari angah . biasa masa remaja angah kuat memberontak sebab dia rasa dirinya macam tak perlu pada emak dan keluarga , padahal tak punkan ? paling sedih bila semua barang along yg along dah tak muat ,emak suruh angah pakai  ! asik - asik dapat yg 'sekenhen' jek . . . sebenarnya perasaan cemburu angah je yg buat angah rasa macam tu . akhirnya   bila dah rasa terpinggir ,angah kuat berdikari . rajin berusaha !sebab angah nak emak tahu yg angah pun boleh jadi  macam along ! malah lebih terror dari along !! haha kan angah ?

uda ? ni lagilah terpinggir ,sebab tu uda selalu jadi anak paling nakal dalam family ! kuat ngamok , suka memberontak !  along ,angah suka buli uda masa uda kecik-kecik dulu !  tu sebab uda lebih suka geng dengan kawan-kawan dari adik beradik sendiri . bila dah dewasa ,uda lebih suka diam atau buat hal sendiri dari fikir hal adik beradik atau hal keluarga . pada uda ,along dan angah kan ada . . . aku tak payah la . . .eh ! ni ke uda ? hee

acik ? kalau panggil acik ,dia mesti manja sebab jarak acik biasanya lebih jauh dari along ,angah dan uda . so bila dapat acik ,emak ayah akan fokus acik lebih . kalau acik nangis ,semua kena marah dengan emak dan ayah ! kenapa bagi acik nangis ? apa maunya acik tu ? adeh . . .  acik anak paling di poyokan oleh along ,angah dan uda . . selalunya kata diaorang . . acik ni ngade lah ! leceh la ! haha kesian acik ,nasib emak ayah sayang . bila  dah dewasa biasanya acik akan ikut je kata akak - akak dan abang-abang dia . acik taknak komen banyak sebab nanti mesti kena poyokan dengan mereka hahaha . . . acik suka senyum je kan acik kan ? huhu

ucu? aloloooo . . ni lagila cute ni . paling tidak pun selalu kena cubit pipinya masa kecik ! kena timang dengan along ,kena dukung , bawak naik motor , naik basikal  ! kalau ayah tak sempat ,along lah jadi  mangsa . hehe tapi biasanya along memang sayang gila kat ucu sebab pada along ucu lah adik along paling manja . mana -mana along pergi ,ucu lebih dalam ingatan along . ye tak along ? kadang -kadang adik beradik yg lain sampai naik jeles dengan perangai along layan ucu . . . hmmm nyampah !! kata angah dalam hati hehee


 tapi bila ucu besar dan dah dewasa kenapa along , angah ,uda dan acik selalu suruh ucu jaga emak dengan ayah ?  sedangkan ucu pun nak jugak rasa nikmat berdikari macam along ,angah ,uda dan acik .  kenapa mesti ucu  sorang yg perlu hadap emak ayah bila emak ayah sakit ? kenapa ucu yg kena hantar emak ayah bila emak ayah nak pergi jenjalan ? kenapa ucu tak boleh kerja jauh dari  emak dan ayah ? kenapa along ,angah ,uda ,acik boleh kerja jauh-jauh  sedang ucu kena cari kerja yg dekat-dekat je dikampung ? malah kena duduk serumah dengan emak dan ayah lagi !

kenapa ucu ?  along kan anak emak jugak ? angah ,uda ,acik pun anak emak ,anak ayah ! kenapa mereka boleh  kerja jauh-jauh ,dapat duduk rumah sendiri , dapat beli kereta sendiri , dapat isteri cantik / suami handsome . sedang ucu ? kena jaga rumah emak ayah ,jaga emak ayah ,cari rezeki untuk emak ayah . atas alasan ucu masih single ? macamana ucu nak couple kalau 24 jam asik dengan menjaga emak dan ayah ?

yg sebenarnya memang ucu ikhlas jaga emak dan ayah , tapi kenapa dalam keikhlasan ucu , along ,angah ,uda dan acik ambil kesempatan ? kenapa mereka anggap ucu lebih layak jaga orang tua kami ni ?? kadang kadang ucu simpati dengan emak ,dengan ayah sebab mereka selalu harapkan kepulangan anak-anak nya yang lain -lain. tapi tulah . . kalau tak raya ,takde kenduri kendara , takde urgent ,memang batang hidung masing -masing tak kan nampak lah kan . hmmm

lagi bila kami ada masalah kat kampung ni . along ,angah ,uda , acik mana tahu? cuma ucu ,emak dan ayah je yg tahu . kami makan apa ke? kesihatan kami macamana ke? susahkah kami ? senangkah kami ? semua orang tak pedulik ! apa yang mereka tahu  . .alaaa ucu kan ada boleh jaga emak dengan ayah . apa-apa nanti mesti ucu call kan . . .  ohh macam tu . . .  ingat ucu ni @#$%^&* ? astigfirullah hal azim . . .nasib ucu masih kuat tembok kesabarannya ni .

awak . .sebenarnya dinda kesian kat emak dan ayah diaorang . . .  anak ada 5 ! tapi masa dalam usia tua ni, hanya ucu sorang je yg mengadap susah senang emak ayah menghabiskan sisa-sisa usia mereka  . harapan dinda , semoga emak dan ayah dilindungi dengan sebaik -baik perlindungan disisi ucu dalam menjalankan tanggungjawab pada diri sendiri , keluarga dan kepada Allah swt . amiinnnn . . . .

Moga doa emak dan ayah akan menjadikan ucu seorang anak yg berjaya di kehidupannya didunia dan diakhirat nanti , insya Allah aamiinnn . . . sabar ye ucu ~


pinjam gambar mr google je


JANGAN PANDANG REMEH


awak . .bila orang tanya :

cik dinda ni jadi blogger dapat duit tak ? buang masa gini berbayar tak ? ada hasil ke ? haaa . .  soalan ni memang selalu dipersoalkan bila orang yg bukan blogger bersembang dengan seorang blogger . maka akan dinda jawab macamni . . .

blogger terbahagi beberapa ketogeri . ada yang blogging just suka -suka . ada yang blogging dengan menambah pendapatan mereka . ada juga memang berblog sepenuh masa sebagai mata pencarian mereka !

kalau jenis blogger untuk blog peribadi yg hanya suka suka macam dinda ni , semua yang dinda kongsikan disini adalah ikhlas dan bukan diminta  bayaran . sebab dinda kongsikan kisah dinda saja , pendapat dinda , yg pada dinda semua nya ni ikhlas dan tidak perlu dibayar . lagipun siapa lah dinda nak demand kan . dinda bukan retis pun . . .  ianya hanya sekadar meluahkan isihati dan pembaca membacanya . seperti kata orang : cakap sini habis sini .

ada blogger yg jadikan blognya sebagai medium tempat dia berniaga online  . sebagai menampung rezeki dari hasil kerja nya diluar rumah  . niaga online juga menjadi pilihan blogger - blogger masa kini . jual baju ,jam ,kasut ,kuih muih ,kek dan macam macam yang awak sedia tahu . so pada blog la diaorang menharapkan rezki tambahan mereka . insya Allah ,ada rezki ,makanya menyusullah pembeli -pembeli mencari blog mereka tu . pada mereka ni dinda harap ,teruskan lah berusaha tanpa jemu kerana persaingan sangat sengit dikalangan mereka sekarang ini .

ada juga yang memang 100% mengharapkan hasil dari blog  . setiap masa memang blog ,blog dan blog ! sebabnya tulah punca rezki demi  menyara keluarga . blogger yg begini kerjanya lebih sikit sebab dia kena aktif dan kena fokus pada tiap apa yg di tonjolkn pada umum , mereka lebih kepada tukang iklan atau sebagai promoter pun ye jugak ! kena pergi event ! kena pergi ke sana ! kena pergi kesini ! dengan memikul tanggungjawab untuk   keluarga lagi  , mereka terpaksa kerja keras  . 2-3 pagi pun belum tentu dapat  tidur lena macam orang lain .selain asik mencari artikal-artikal yg perlu di kongsikan buat pembaca alam maya ni .


awak . .cuba awak bayang kan jika penat lelah tu tiba-tiba orang yg telah dibantu tidak ambil peduli ? sakit hati tak ? blogger jugak manusia , jika dia sudah diundang ,makanya masa dia sudah diambil , so silalah manfaati masa dia jugak. setiap manusia yg berkerjaya ada komitment memasing . jangan abaikan semua tu !! pesanan buat tokeh-tokeh atau siapa saja yg sering panggil blogger -blogger sebagai promoter atau apa -apa tujuan sekali pun :

bila sudah dipanggil ,hasil sudah tersiar ,orang ramai dah tahu ,silalah bayar untuk tiap hasil kerja tu  . blogger juga pekerja .dia berkerja untuk mempromosikan produk anda ! kenapa anda tidak menilaikannya ?cubalah produk anda tu dipasang di signboard ditepi jalan tu . adakah ianya semurah harga anda membayar untuk blogger ? tepuk dada tanyalah diri sendiri . duduk lah dalam situasi blogger yg begini . mau nangsi terduduk anda nanti  !!

dinda cakap je ,sebagai pemerhati ,dinda tak suka orang mainkan hasil kerja orang yg bertungkus lumus demi menyara hidup  keluarganya  . . .peh . .  dinda memang tak rela ahh!!







MAMA RULES

hai . . . *senyum ~

Sekarang ini dinda free selepas terkejar -kejar diawal pagi tadi . maklumlah kan tanggungjawab ni selagi tak pejam mata ia nya masih lagi berkeliaran di depan mata . semua itu tanggungjawab ! ia juga bagai amanah buat kita . melaksanakannya juga wajib jika tidak membebankan diri kita sendiri . fuhh ~ kena yakin diri lepas ni heee~


awak . . .
banyak kali sudah dinda perhatikan . mungkin juga awak pun perasan akannya  . dalam kelompok satu keluarga yg ramai ahlinya . bila mana satu - satu majlis diadakan . mesti terdapat tak satu ,dua orang yg pengelat . apa maksud dinda ? gini . . .

contohnya ada majlis kenduri kesyukuran la ok . kat rumah nenek la kononnya . bila mana orang lain dok sibuk melakukan kerja ramai -ramai . . * orang jawa cakap REWANG * ada 2-3 orang yg langsung tak mahu menolong . mereka lebih seronok bersembang dan sesetengahnya pulak asyik dengan handphone memasing . kalau embah - embah dinda tak kesah la . . siapa tu embah -embah ??* heee nenek -nenek la /orang tua -tua . nipun bahasa jawa jugak ni awak   . sedangkan  mereka masih lagi sihat walafiat ! kenapalah nak tunjukkan kemalasan di tempat orang sedang sibuk ? kadang-kadang terdengar katanya :

takde kerja nak buat dah ,duduk sembang la kannn  . . 

ooh . . . apa salahnya kalau bantu orang lain yg masih lagi sedang melakukan kerja-kerjanya tu , nanti cepatlah siap  bila saling bantu membantu . ni tidak . . . asik tergelak gelak ,asik leka dengan handphone sehinggakan orang lain dok perati je tak sudah -sudah . silap-silap timbul fitnah . . .adeh ~

dan sebab tu dinda ni bila balik kampung atau ada aktiviti rewang ,handphone memang takde ditangan ni sebab kata mama . . .

'' inilah waktu awak beramah mesra dengan ahli  keluarga yang lain .tolong buat kerja-kerja  macam ni bersama mereka , lepas siap semua nanti boleh la nak  bersembang ke ,nak apa ke . . . kawan yg di handphone tu boleh awak cari bila awak dalam keadaan sendirian dan free. jika kawan handphone awak setia  berkawan dengan awak , 10 tahun pun dia akan tunggu 'chat' dari awak  ''  

ok mama . . i still follow your rules . .  :)




DOA AMALAN DINDA

Awak setiap hari ,setiap saat ,dinda pasti akan sentiasa bersyukur dan berdoa ,agar setiap nafas yg Allah bagi untuk dinda ni , dinda gunakannya untuk mensyukuri nikmatNya dan dinda akan pastikan ianya digunakannya kearah kebaikan . untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga ,insya Allah . . .walaupun hakikatnya dinda ni bukan lah mahluk Allah yg 100% sempurna . sikit comel tu ada lah heee :p *alhamdulillah* 


kalau awak nak tahu  dari bangku sekolah hingga lah kehari ni ada satu doa yang memang dinda tak pernah lupa baca setiap kali lepas solat 5 waktu ,atau sebelum ketempat kerja atau pun kemana -mana jua atas urusan sesama ummah yg lain . dinda rasa awak pun boleh amalkannya jugak kot . . .  doanya ialah . . . .


 bismillahirrohmannirahim . . .



Maksudnya :

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku"

(Surah Taha : 25,26,27,28)

KELUARGA DAN CINTA

Selamat pagi cikgu ! cikgu muda ke , cikgu tua ke ,cikgu belum pencen ke , cikgu dah bersara ke , tetap orang panggil cikgu jugakkan ? kenapa ekk ? mungkin je ada sejarahnya kalau tidak kenapa misi dengan doktor kalau dah pencen orang tak panggil misi/ doktor  lagi ? ahh tu semua ada sejarah nya kita budak -budak mana tau kan? *ceh perasan budak pulak tu * huhu


awak ada lagi panggilan yang akan kekal sehingga kita hilang nyawa . apakah dia ? emak ,ayah , adik ,abang , anak-anak , aa. . .semua tu jugak  akan kekal . sampai kiamat pun tetap kekal ! malahan mereka inilah akan menyambungkan  pahala kita hingga ke akhirat nanti . doa mereka . sedekah mereka dan semua yg mereka lakukan untuk aruah kita ,akan sampai kepada kita dengan izinNya . so kenapa kita nak lupakan mereka ketika kita masih lagi bernyawa ini ?

orang sekarang lebih fokus pada kerjanya ,kawan -kawannya , isteri mudanya yg seksi , harta bendanya ,sehingga mengabaikan kesemua yang sepatutnya dia ambil tahu seperti yg diatas tu .

'family' ye family la eset kita diakhirat nanti . bukan harta ,bukan kawan-kawan, bukan jawatan ,bukan juga isteri muda yg seksi tu .

ishh . . .dinda macam perli orang je *astagfirullahalazim*

awak . . .  ada orang lupa keluarga masa dia tengah angau .kemaruk bercinta . tengah leka dibuai asmara dana kesuma . hahaha . . . pada dia hanya dia dan sang kekasih je yg ada didunia ni .  pada dia cinta dia tu orang lain tak rasa dah. dia berdua orang je yg rasanya  . tak ingat apa pun dah . letih pun diabaikan. penat pun tolak tepi. sakit pun di pinggirkan semua sebab belaian kasih sayang dalam percintaan . perh kejamnya sakit angau ni kan hmmm .

yang sebenarnya kan awak kan . .bila sedap -sedap dibuai ,andaikata ditakdirkan kita terlepas jatuh kebumi !perhh . . lagi sakit siot !! haaaa . . kalau mama ada masa tu mesti mama cakap :

Haaaa.. . . kan mama dah kata ,jangan tu janganlah . kan dah sakit menangis ! kalau jatuh tu sedap ,awal-awal  mama pun leka diatas buaian tu jugak ! mama kata  hati -hati kalau bermain  buaian tapi hang buat tak endah je cakap mama  ! nah ! sekarang baru nak cari mama  mintak gosokkan tempat sakit ye ??? 

haaaa . . .kan dah kena bebel *biasa sambil gosok sambil membebel kan mama tu *  . . . .ish dahlah  sakit sebab jatuh terhentak dari buaian . lepastu sakit lagi telinga kena bebel dengan mama ,silap -silap kena tarik telinga lagi . . aduhhh ganda -ganda tu .

 ok . . . lepas ni untuk semua yg awak buat ,sila rujuk pendapat orang tua ,ahli keluarga ,adik beradik ,jangan rujuk pada isteri muda yg seksi tu ,naya nanti awak hahaha ish dinda nikan ,asik -asik dengan isteri muda yg seksi je ayat dia . siapa tah gerangannya?? . . .

hmmm TST dah la  . . pesan dinda kalau nak pasang isteri muda ,carilah yang tua *imannya tebal dijiwa * hehehe *oh meletop !!




DAH POWER HOT PULAK TU

semalam dinda buat satu status yg dikomen oleh seorang friendlist . katanya :


yes ! bila awak dapat komen macamni secara automatik awak pastinya dapat kesan yang ni standard adik - adik gitukan . ok . . dinda pun rajin -rajinkanlah jari untuk masuk ke timeline dia  .  . . dan

ok fine ! jumpa dah ! seriously dia memang budak hot  !!! sebelum tu antara aspek budak hot di muka buku ialah  #follower  #liker  #friendlist  #komenkawankawandia

jom tengok salah satu dinda ambil dari status adik hot yg power giler pada dinda !! hah !! tu diaaaa . . .



Mulanya bila dinda baca status dia ,dinda gelak golek golek je sebab memang lawak  ah kan tapi bila tengok liker status tu !! mak oiii . . kalah status abang Ben Ashaari ,  status Pak Nil ( aznil nawawi ) , status Bro Famestone , ngalahkan retis budak ni hot dia hahaha . . ko hade ?? gigil dinda nak komen kat timeline dia dah  hehehe . . . . dinda cool ,dinda tak hot pun kan  awak kan :)

yeah . .  its too cool bebeh :p

ADIK DAN DINDA

pagi pagi dinda dah nampak kelainan diwajahnya  . seorang insan comel yang dinda panggil ' adik' . ok ni kisah adik dinda  . pelajar pra U disalah sebuah sekolah tempat menimba ilmu di negeri Johor ini . lokasi  dirahsiakan .

dinda : kenapa ni muka ketat semacam ?

adik : takde pape lah !

dinda : selalu happy je  pagi pagi camni . usik orang sana ,usik orang sini . kenapa  harini tak ?

adik : mane ade . . . . orang senyum ni kan  . . .  ngeee ~  . . hmmm

dinda : ah tu senyum pakse tu . .tak berkesan langsung nak tengoknya

adik : beb ! lu pikir la ek ,lu marah tak kalau pepagi  lu dah disuapkan dengan wajah anak dara sebelah rumah bf lu ??  boleh telan tak beb semua tu ? wa tengah lapo pun terus kenyang la wey . . . aaa

dinda : ?!??? kenapa ni . . . cuba cakap elok elok  sikit . mana orang paham cakap KL gengster camni . wa ok je kalau lu cakap bahasa anak dara comel manja - manja gitu heeee . . . boleh kan ?

adik : ek eleh . . . bahasa ni bukan lu ke yg ajo wa dulu dulu ? sekarang lu pulak nak salah kan wa cakap tak elok bagai lah grrr ~

dinda : aik ??? marah kan bf , masukkan wa dalam senarai pulak ? ni tak adil ni . . .

adik : dah laa . .  wa tau lah wa budak sekolah ! lu orang dah bekerja , dah beso ! wa budak kecik lagi kan ? semua wa buat salah kan ? its ok la !! wa terima kay !

dinda : ish . . .  lebih lebih pulakkan . awal pagi dah mood down macamni nanti macamane nak study  ? nak fokus kat pelajaran yg cikgu ajar ? cuba bawak bertenang sikit .

adik : arhhh . .  dah la !! wa nak gerak awal ! lepak dengan cikgu bujang telajak kat kantin lagi best la camni !! paling tidak tengok misai dia je wa jadi taubat ! hahaha giler !

dinda : hahaha lu la giler ! nak ngorat bujang tua kunun tapi bila tengok misai dia terus taubat lah ,insaflah . . . . hahaha

adik : hahaha dah la ,chaw dulu  . .assalammualaikum sweet heart !

dinda : heee waalaikumsalam

ahha . .  tulah adik dinda kalau awak nak kenal .marah dia tak lama ,tapi bila dia marah ,satu dunia dia kasi  lempar amarah dia tu . orang yg tak bersalah pun dia tarik sama . lahai . .  nasiblah sapa yang dapat dia tu . kenalah hari - hari makan hati ulam jantung lah nampaknya kan . . .  hehehe k dinda nak sambung buat kerja ni , nanti boss pulak marah kat dinda asik mengulo je kerjanya . bhaaaiii awak . . .

sekadar hiasan
harap cikgu adik dinda bukan ini

DINDA KENA SKODENG

ok fine . . .ramai yg cakap ;

ko kalau dah kawin senang ,makan minum ada yg jaga . sakit pening ada yang tengok ,kesana kemari dah tak perlu risaukan mak ayah ko lagi . sentiasa berteman . sentiasa ada tempat meluahkan perasaan .ada teman menangis ,teman ketawa ,teman bergaduh . . . halal pulak tu .

hmmm . . . cakap senang lah kan . diaorang belum kawin .or mungkin diaorang dah kawin tapi dapat apa yg diaorang hendak kan tu . sedangkan dalam rumah tangga ni ada 1001 jenis masalah dan kejutan yg kita sendiri tak sangka benda tu akan terjadi .

kadang kadang masalah tu datang bukannya bagi salam pun .tup tup dah depan mata ! hendak tak nak kena juga hadapinya  . ada orang sekejap je settle semua masalah dia .ada orang pulak bertahun tahun mengadap masalah yang serupa . kenapa ek ?

dinda ni kalau bab rumah tangga mungkin masih tahap kurang bijak lagi lah sebab setakat ni masih lagi sendirian berhad . kalau esok lusa ,entahlah tak tahu macamana kan . bila lihat sekeliling rasanya seram jugak nak berumah tangga ni . ape taknya :

ada member dinda  yg sorang ni ,suami dia punyalah penyayang ,baik ,rajin ,hormat isteri dia melampau-lampau sampaikan  si isteri pulak pijak kepala .naik tocang . ish . . . .tapi kalau gaduh ada satu ayat yg paling sakit telinga dinda dengarkannya iaitu '' ceraikan aku !! ceraikan aku !! kau dayus ! kau ceraikan aku sekarang !! tapi  suami dia hanya diam dan terus diam .api kemarahan isterinya dibiarkan je menyala sendirian .

eh !! mana dinda tau kisah ni ? emm . . . adalah dinda bukan pasang telinga tau tapi dinda dengar ni masa dinda tengah cuci kereta depan rumah petang semalam .

dan dalam hati dinda berbisik : takkan sebab laki dia skodeng wa cuci kereta dia mintak cerai terus ni?? hahaha dinda terus masuk rumah lepastu sebab dinda segan dengan diri sendiri  . yang pelik lepas dinda masuk ,depa tak gaduh la pulak !! 

hahaha nampak gaya lepas ni dinda tak cuci kereta lagi la kat depan rumah lagi .baik cuci kat carwash je la .kang lagi ramai mintak cerai dengan suami dia di setiap petang ahad hahaha *perasan sungguh dinda ni . . . *

awak . . kes isteri yg mintak cerai tu memang betul ok ,tapi atas  sebab alasan  suami dia skodeng dinda cuci kereta tu nipu jek .mana la kena mengenanya . bukan baru hari tu je dinda cuci kereta ,tiap petang minggu memang dinda cuci kereta depan rumah lah , kecuali musim hujan. . yg tu memang dinda tak cuci punya . membazir !

awak . . ni baru 1 kes isteri mencabar kewibawaan suami dia . sebenarnya ada banyak lagi tau . cuma dinda tak nak awak letih membaca nya  .kang tak pasal pasal isteri awak pulak mintak cerai sebab baca entri dinda lama sangat hahaha hadeh . . perasan yg bertingkek- tingkek ni oii


dinda tau la ,bila dinda senyum je ramai yg dah kenyang hahaha k bhaaai !

MEH BISIK JAP

mood dinda kelaut harini
badan tak tentu rasa
semua kerja membosankan


kenapa ? hmm . . . entahlah ,makin lama jiwa jadi makin longgar  .

awak ? awak sihat ke . . ..


LEVEL CEMBURU

hujan renyai renyai diluar taska ni . pagi sabtu tak ramai kanak kanak yang dihantar sebab ada yang bercuti kerana parent mereka cuti . namun ada jugak yg mengade ngade hantar anak dia walaupun diaorang tak berkerja . ish . . .tergamak sungguh ! padahal waktu nilah anak anak nak bermanja - manja dengan diaorang kan . alasan ?? 

saya nak kemas rumah lah kak  . saya letak budak kat sini kejap ye , nanti siap kemas saya datang lah ambil . rumah tu berhabuk ,nanti dia bersin tak selesa pulak nanti . . . . 

ye itu alasannya . selalu alasan ni dia guna pakai ,dinda pun dah boleh hafal skrip dia tu . hmmm . . tak nak anak bagi je kat dinda , biar dinda jaga sampai budak tu tua ! 

awak . .  kenapa ekk, manusia ni sukar sangat nak bersyukur dengan apa yang dia ada ? ada anak tapi tak mahu jaga . ada suami 'handsome  perangainya ' tapi nak cari pulak 'suami yang lebih kaya '  . ada isteri baik ,nak pulak isteri yang terbuka sana ,terbuka sini  ( kalau dah terlalu sangat terbuka lemau jugak lelama kan ) ada rumah cantik , sibuk nak rumah lagi cantik ! ada kereta besar ,nak lagi kereta lagi besar ! kenapa ek kenapa ?

pada dinda semua tu tak kan beri apa -apa kebahagiaan jika yg dikejar tu semata -mata untuk hidup kat dunia ni je . bukan kita tak boleh rasa cemburu dengan orang lain . bukan jugak kita tak boleh bersaing hebat dengan keadaan orang lain ,tapi biarlah bertempat ye awak . misalannya . . . 

awak boleh rasa jeles bila jiran awak asik berderma ke ke masjid , kerumah anak - anak yatim , ke keluarga -keluarga miskin disekitar tempat awak tu . . . 

 ish kenapalah dia ni je yg selalu bersedekah , kenapa lah aku ni tak rajin sangat nak  bersedekah ? padahal standard hidup dia sama je dengan gaya hidup aku . apa hebatnya kocek dia dari aku ni ? kocek aku pun ada wang baki jugak macam dia . tapi biasanya wang baki tu aku buat pergi shopping je . paling tidak pun buat make up kereta aku ni . . .hmm jeles pulak rasanyaaaa . . .



aaa. .  yg ni memang kena jeles ye awak . tak dosa rasanya heeee awak juga layak untuk bersaing ( rasa cemburu ) dalam mana awak lihat kawan -kawan awak ,jiran tetangga awak dok rajin sungguh mencari ilmu akhirat . 

adeh . . .dia tu asik- asik  aku tengok pergi  kuliah subuh la , kelas fardhu ain la , asik dengar ceramah sana , ceramah sini ,eeee. . .  jeles nyeeeee . . .  aku ?? asik - asik usya cinta kat facebook ,wechat , entah dapat ke tidak  , silap -silap dapat dosa dok perati benda bukan -bukan dalam tu , sedang dia kompem lah  dapat ilmu  , tak 10 ilmu yg  melekat di otak dia , maybe 1-2 mesti masuk punya !! ish  jelesss. . jelesss. . . 

ahha . . . awak bukan semua cemburu itu tak boleh kan . ada jugak cemburu yg dibenarkan . harap awak paham dalam bahasa jiwa dinda kali ni .  dinda bukan ustazah tapi dinda ni masih lagi seorang perempuan comel yg waras dalam menilai mana kaca ,mana permata ,mana emas tulin ,mana zulian hehehee . . . 
*aaa. . jangan jeles pulak bila dinda cakap dinda comel ea. . . dosa nanti *


DINDA INSAN BIASA JUGA



hai awak ,salam jumaat buat semua . sebelum dinda meroyan lebih jauh jom kita berselawat keatas junjungan nabi kita Muhamad saw . banyakkan berselawat kepada nabi kita ye awak , ada banyak hikmah disebaliknya tu. semua tu tidak diminta bayaran malah akan diberi imbuhan . percaya lah ~

awak . . .  bila dinda cakap pasal  agama ni , agak lain macam pulak perasaan ni ,bukan apa takut silap cakap . tapi kali ni sempena hari jumaat yg mulia ni ,dinda nak kongsi amalan dinda yang hari - hari dinda buat disepanjang hidup dinda ni , nak tahu ? jum la . . .

bila bangun je pagi ,celik je mata ni , dinda terus tengok siling bilik , dinda senyum dan ucap :

alhamdulillah hillazi bak dama ama tana wa ilai hin nusyur **aminn

kemudian dinda  tak terus bangkit ,tapi dinda akan urut perlahan lahan tubuh dinda ,dari dada hingga ke hujung kaki dengan berselawat sebanyak 3 kali.

kemudian dinda bangun menuju ke bilik mandi dengan bacaan doa :

Allahhumma inni a'au zubika minal hubsi wal abaizz **aminnn. 

dinda langkah dengan kaki kiri dan masuk ke bilik air untuk dinda lepaskan semua hajat dinda dan mandi juga lepas tu .

selepas berwhuduk  . . dinda akan meluahkan doa doa dinda kepada Allah swt dalam solat subuh . dinda akan sudahi dengan alfatihah buat kedua ibu bapa dinda pula , mohon kedua mereka diberi kesihatan yang sempurna disepanjang hayatnya dan dapatlah mereka nanti melakukan amal ibadah dengan khusuq dan tawadduq hendaknya .**aaminn

lepas tu ? seperti perempuan yg lain jugak dinda akan  cuci baju , masak air , sediakan sarapan pagi ,sediakan diri untuk ke tempat kerja dan menjalankan tugas harian seperti biasa  . . . gitulah yang dinda buat hari-hari . setiap masa ,disepanjang hayat dinda ini , maybe . . .  

awak bagaimana ? kalau nak kongsikan dengan dinda ,meh le pm dinda kat laman muka buku dinda ini . . . dinda tunggu je kok  haha















DOA

hai awak !

rindu dinda tak  . . . sorry masa sangat terhad buat dinda untuk melayan mood blogging ni . petang ni rasa macam nak sembang sikit la untuk melepaskan rindu kat semua readers setia blogs dinda ni . eh ! ade ke readers yg setia disini ? insya Allah ade je kan ? dinda je yg tak tahu .al maklum dalam viewer cuma ditunjuk jumlah pembaca je bukan siapa gerangan pembaca  . kot - kot Aroon Aziz yg baca ? aa kang dinda riak le pulakkan  . . heee~

mana dinda pergi lama tak blogging ?

soalan pertama diajukan tadi,semalam ,haritu dan semalam punya haritu ! sebenarnya dinda ada saja di Malaysia ni , belum kena buang negara pun lagi . cumanya tanggungjawab dinda kepada rakyat dan tanah air lebih utama *ceh*  . kemain mengade je dinda ni . . .macam lah kahwin dengan  YB ! doakan dinda menjadi YB satu hari nanti itu lagi baik kot . sekarang ni dinda pun YB jugak . . * Yang Benar * heee


awak  .  . . dalam kehidupan ni apa yg perlu ada untuk satu satu kehilangan ialah doa . kalau rindu pun doa , kalau marah pun doa ,kalau benci pun doa jugak . tapi doa tu biarlah yang baik - baik .

kalau kita kehilangan sesuatu atau seseorang ,ada baiknya kita doakan ianya kembali kepangkuan dengan selamat . kadang -kadang kehadiran kedua tidak menjanjikan apa-apa  . sebab tu kita kena berdoa supaya dia kembali dengan keadaan dia yang sebelum hilang dulu.


kalau kita tengah marahkan seseorang tu , lagi elok kita doakan dia supaya tidak mengalami situasi marah seperti kita sedang alami tu tapi jangan pulak awak doakan dia telingkop kat  tengah jalan pulak . .  aaa. . pernah buat kan . . kan . . . hah? tak ? ok la. . .  awak memang hebat sebab tu dinda sayang lebih  . .  . eh :p


kalau kita  dibenci orang  ada  baik kita doakan dia supaya dirinya  tidak dibenci oleh orang lain ,kerana kesejahteraan akibat dibenci ini lebih dasyat dari perkampungan yang dilanda ombak tsunami . ianya sakit ,terluka ,sangat pedih walaupun dirinya tak mati . harap awak boleh paham bahasa jiwa dinda ni . :/

dan doa paling dituntut oleh Allah swt pada  sekelian hambaNya apabila selesai solat ialah memohon kesihatan yg baik . kerana ianya merupakan sebaik-baik doa antara jutaan doa didunia ini .

ok . .lepas solat nanti bacalah doa . . .

Ya Allah ya TuhanKu  . .Kau berikan aku kesihatan yg sempurna dengan sebaik baik kesihatan agar aku dapat menunaikan amal ibadahku kepadaMu , kepada kedua orang tua ku ,pada tanggungjawabku ,kepada diriku sendiri juga kepada sekelian muslimin dan muslimah didunia ini . hanya padaMu tempat ku bermohon ya Allah . .  .amin ya robbal alamin ~


**terlambat ku sedari sebenarnya kau lah yang amat aku sayangi . . .  :'(




MAHLUK TUHAN PALING KEJAM

jam 3.03 am

dinda baru je  lepas offline muka buku . baru lepas berchatting dengan  insan yg memang naluri dinda kata , saya kenal sangat dia ni ,cuma mungkin saja dia pakai profile yg  lain . ahh dinda dah mula rasa cuak !!

ye ,jika dengan profile ini  memanglah dinda baru pertama kali chat . tapi selepas beberapa minit bersembang ,ada sesuatu yang dinda rasa. . .  seperti kami dah lama kenal ,dah  biasa chat . lagi -lagi bila masuk ke timeline dia. melihat teman teman fb dia. memang sah ,dialah orangnya .

katanya dia orang Selangor ( Kajang ) tapi dinda tak rasa dia orang Selangor ! ok fine ! dia tipu dia yang dapat dan dinda pun dah berazam nak kosongkan tabung dosa kan,maka dinda pun ia kan je lah kenyataan dia tu . dan bila  akhirnya ,

dia tau lirik lagi sepi by 6ixth sence yg dinda minat gila tu

dia tau kerjaya dinda sebagai pekerja di taska

dan bila dia nak tahu dinda ni seksi ke tidak !

ok ,jelas memang dia lah orang yg sejak awal chat tadi dinda fikirkan . yakin sangat dialah orangnya ! timeline penuh gambar awek seksi , ada matual friend yang dinda dah kenal lama . dengan dp dia yang seakan gengster taik kucing tu ! ok lah . . .  dinda nak cakap disini ,musuh lama dinda kembali !!

ok . .sekarang apa yg dinda nak ,gadis -gadis diluar sana janganlah terjebak dengan mahluk Tuhan paling kejam ni ! KENAPA dinda cakap dia kejam ? dia fikir semua perempuan itu hamba seks untuk kaum sejenisnya !!! spisis seperti ini hanya layak dimandulkan disepanjang hayatnya !

sekian dan selamat pagi sabtu .

ini pengakuan dia :

  • awak nie dah knpe?

    must awak pk kan

    sape saye sbnrnye

    awak must ingt saye nie kenalan awak kn

    n saje nk mainkan awak

    tpi saye bukan org phng

    yg awak rase tu

    hahahaha

    saye thu awak pnh pkai nick name yenda ixati
  • Adinda Ixati
    Adinda Ixati


    what ever ~
  • Damian MinQail
     <~~~ perlukah dia di mandulkan ? minda anda je yg menentukannya ,bukan dinda ,sebab kalau ikutkan hati panas dinda saat ni ,memang dia akan hilang begitu je dari alam maya ini . . .









TAMBAHKAN PAHALAKU

malam tadi dinda tidur awal  belum pun pukul 11 dinda dah belayar ke pulau impian . bila masuk pukul 2 pagi tetiba je mata dinda terjaga  . tanpa kelat mata ,tanpa rasa pedih pun . macam dah puas sangat tidur yang cuma 3 jam tu ! 

kenapa ek ?

entahlah ,mungkin ada yang menyebut nama dinda kot malam - malam buta begini ? mungkin ada yang merindu dinda saat -saat sepi macam ni  atau mungkin ada yang tengah  menumpat dinda ? hmm . . .

. . .  ahha takpe lah , bagilah pahala kat dinda banyak - banyak sebab dinda ingat dinda nak penuhkan tabung pahala dan kosongkan tabung dosa dinda mulai  sekarang  . tak larat dah nak bawak sedua-duanya bersama -sama   . bawak satu dah la  . . . lagi pun dinda ni  bukan besar sangat tubuhnya nak menangkut  beban akibat dosa  . 



awak . . .  . tambahkan lah pahala untuk dinda eah , mungkin aja awak tahu bagaimana caranya  . . .  hmmm bilalah mata dinda nak pejam ni . . . #hurmmm  kalaulah . . . . . 




BLOGGER

http://louisvuittonisallyouneed.tumblr.com/

masa itu emas !

bijak sungguh orang zaman dulu beri contoh peribahasa . kalau yang mahal , yang bernilai ,berharga mestilah dengan emas ! eh . . . dah berapa nilai segram emas ye sekarang  ? lama dah rasanya  dinda tak beli emas  dikedai emas sebab asik je pergi kedai baju #eh . . .

harini 11-9-2014 notification muka buku dinda full dengan aktiviti aktiviti blogger - blogger di #kelabbloggerBenAshaari , B .A ada buat segmen dan ada jugak blogger yg nak blogwalking minta link . so berpusu pusu lah link masuk diruang komen ,bertubi tubi lah notification masuk di muka buku dinda .

alhamdulillah . . . akhirnya meriah semula dunia blog di Malaysia ni .barulah dinda boleh nampak  kaki - kaki blog  yg selama ni sejuk dan masing -masing buat hal masing -masing gitu .heee *macam dinda je kan *

apa pun dinda harap ,semua blogger di Malaysia terutama kawan -kawan blogger di #kelabbloggerBenAshaari berjaya dengan impian dan matlamat arah tuju mereka dalam dunia blog .rebut peluang ni untuk terus betapak dengan jaya nya dalam dunia blogging . ye masa itu emas !! esok lusa entah ada ke tak peluang tu lagi . . .

dinda ?? takpelah dinda sekarang dah goBLOG dah  nak berblog . . .

heee apa goblog ? pergi tanya orang jawalah eah ~

I FEEL YOUNG AGAIN !

hai !

harini dinda sempat la merayau rayau dilaman sosial muka buku tu kejap . jeling sana ,jeling sini . bila di jemput untuk menjadi ahli sebuah group . dinda pun masuklah ke group tu  . tengok punya tengok rupanya . . . . ok share bukti  . . but sebelum tu mohon sangat jangan  GELAKAN DINDA EH !!!



tolong !! dinda dah dimasukkan ke  group adik adik yang baru nak up la  . . .  hahaha gelak golek golek dah ni , sampai hati korang , ajak akak join kat group tu !! tapi yang best kan diaorang punya bahasa sweet sweet gitu . nanti bila dinda free dinda kongsikan kat sini k ? huhhuuu really  we are young !!feel too young now !! mmuaah la~



TAGGING AGAK AGAK LA YA

Hai . . .  salam hari khamis ye awak

harini kesihatan dinda masih belom ok 100% . mungkin ubat demam tak sesuai kot. nak kena makan yang lebih power lagi . ke memang dinda banyak sangat dosa kat kawan-kawan so demam ni penghapus dosa dinda . . hmmm

bila online muka buku , dinda rasa macam masuk akaun orang lain asalnya  . tapi bila tengok nick name ,sah memang fb dinda yang sebenarnya . kenapa dinda terkejut ?

ada sorang kawan dinda ni ,dia baik hati sangat sangat ,rajin sangat sangat , so dia pun taggingkan status dia kat wall dinda ni . kalau dia jual barang online memang dinda lepaskan lagi .. . but kalau nak share pasal film hindustan ,sorry dinda tak minat hindustan ye awak . . . sorry sangat sangat ,dinda kena hidekan status awak tu .

DULU BOLEH LA . . .sebab dulu dinda minat sangat kat salmah khan tu ,tapi sekarang kat Malaysia kita dah ada AWIE , BEN ASHAARI , so nape nak tengok yang jejauh tu . . .ye dok ?puji pun bangsa sendiri jugak . . .eh ! Awie dan Ben Ashari belakon hindustan ??? ishh taklah . . . dinda suka tengok tubuh diaorang yang ketul - ketul tu jek  . .







hmmm dapat dinda bayangkan kalau bro Ben Ashaari berlakon ,mesti gempak sambil buai anak heeee . . opss sambil drive kereta dan drift . . . heeee *gurau je bro* . . .  korang jangan ingat dinda tak tau susah payah dia nak jadikan badan dia gitu eh . . .  but memang sihat dan mampat !! nice ~

dinda harap sangat sangat abg Awie dan abg Ben akan tagging dinda pic diaorang kat gym la lepas ni hehehe *gedik*