BAGAIMANA AKHIRNYA KITA NANTI

Awak . . bila  difikirkan memanglah kematian akan terjadi kepada sesiapa saja didunia ini . tak kira tua mahu pun muda . apa yg buat dinda teringin menjadikannya isu kematian sebagai entri hari jumaat  kali ini ialah bagaimana cara  Allah menguruskan kematian bagi hamba Allah didalam gambar  . walaupun kejadian telah lama berlalu ,tetapi pemergiannya  sungguh dimuliakan pada sesiapa sahaja yg mengetahui akan kejadian tersebut. jom  baca sedikit  coretan didalam gambar dibawah ini :





Allahurobbi…
Begini pengakhiran untuk dirinya, kita pula bagaimana?
Di antara tanda-tanda  Allah muliakan seseorang, Allah matikan mereka dalam keadaan yang baik…
Moga-moga  kita juga bakal mati dalam keadaan Husnul Khatimah…
InsyaAllah… 


*dengan itu awak , marilah  kita sama-sama berdoalah agar nyawa  kita diambil disaat kita berada  didalam keadaan yg baik - baik , yg elok-elok
 dan lagi penting dalam keadaan beriman .
untuk memastikan yg kita dapat mati di dalam keadaan yg mulia seperti  diatas tu
hendaklah kita sentiasa berada dikawasan yg baik -baik ,
dengan perbuatan yg elok -elok ,
bersama  jiwa yg baik -baik ,
dengan kehendak yg elok -elok
maka akan pergilah kita nanti
dengan keadaan yg baik -baik dan elok-elok jugak
insya Allah ,semua ini urusan Allah s.w.t
Maha Suci Allah yg menguruskan hambaNYA pada  setiap kejadian
Allah huakbar . . . 
Al~ Fatihah . . .

BAHAGIA YG BERBEZA

dan bila ditanya , dapatkah bahagia dibeli dengan duit ? dinda tergamam ! sebab bahagia ini satu yg kompleks untuk diuraikan .

mengikut pemerhatian dinda ,bahagia untuk orang bercinta sangat lain dengan bahagia orang yg sudah  berkahwin .


misalnya  orang lelaki yg dah kahwin  akan rasa bahagia kalau anak bini dia dengar semua cakap dia . anak dia belajar sungguh-sungguh sehingga berjaya ,bini dia tak keluar rumah duduk bergossip dengan jiran sebelah . dia balik kerja rumah dah siap kemas teratur . makanan dah siap terhidang  . anak-anak dah siap dimandikan . bini pun dah mandi jugak ! wangi-wangi semua  . masa tu alangkah indahnya dunia baginya  . lagi-lagi dapat bini yg sentiasa tersenyum dan tak kuat bebel ,dan raut muka ada macam iras-iras dinda ni lahai heee bahagia tuuu . . .  hahaha mohon jangan bunuh diri disini !!



bagi orang lelaki yg bercinta pulak . bahagia bagi dia ialah bila dia call  gf dia , apa yg dia nak ,sepantas kilat gf dia terus angkat . kalau boleh baru  search nombor handphone je ,gf dah cakap 'hello sayang' . . .aaa  . . .sepantas kilat kan ? baru pegang je tu belum dail pun hahaha . bukannya  dia nak fikir pempuan tu tengah mandi ke , tengah makan ke ,tengah anu ke . . .aaa. .  yg penting call ,angkat ,angkat je call ! cayalah bro awek lu tu kan ? dan kalau tak angkat sepantas kilat ? apa kan jadi ? masa tu terus lah muka payau ! tawar hati ! dah 3-4 kali dail ni tapi orang tak angkat-angakat !! arghh !!  jiwa automatik jadi kacau ! dunia gelap gulita !hampa ,lara ,kecewa. . . hahaha dinda OVERRR pulak ni . . .sorry bro !

apa pun ,semua orang layak untuk capai bahagia . tak kira miskin atau kaya ,mereka perlu bahagia . duit tu kalau banyak bahagia ,kurang pun boleh bahagia , tapi takde duit tu memang lah derita !  pe tidaknya ,tiket bola pun dari rm40 ! dah terdesak boleh cecah ke rm110-130 ! gila kalau takde duit tapi nak pergi tenguk bola esok ni !! ergh !! duit ! memang perlu ada duit untuk dapatkan bahagia untuk  tenguk bola ! hahaha


bagaimana bahagia bagi diri dinda pulak ? emm . . bagi dinda ,dapat tidur puas-puas waktu cuti ni pun dah kira bahagia dah haaaa  , apalagi inilah rest time ! free dari kekusutan hidup ! ku ingin terbang bersama angan-angan dan mimpi . . .oklah  maaf zahir batin kalau ada silap salah . ini hanya meroyan dinda ,tiada kaitan dengan yg hidup mahu pun yg telah meninggal dunia ,k bhaaai !



CINTA TYPO

selamat malam

sepi malam adalah teman buat semua insan yang single . no calling ,no messaging , no talking talking  ,no loving loving ,just dreaming dreaming and dreaming ! but someone said to dinda , i dah ada couple but i still feel alone ! omen . .kenapa boleh jadi macam ni ? kat mana silapnya ?

waktu dinda baru kenali muka buku .  dinda ada kenal seorang hamba Allah . dia suami orang beranak 2 ! dia tak kerja makan gaji tetapi berkerja sendiri sahaja katanya  . di awal perkenalan dia banyak bercerita soal peribadi . katanya :

dia sunyi bila isteri dia keluar pergi kerja setiap hari dan pulang lewat dipetang hari !dia bosan bila isteri dia marah - marah ,balik rumah ,rumahnya bersepah ! dia juga cakap ,dia dan isteri tidur berasingan .isteri tidur di bilik,manakala dia tidur  diluar bilik * ruang tamu* dan lagi  dia cakap antara dia dan isteri selalu tak sehaluan . dia letih jaga anak-anak dirumah, dan isteri dia tak pernah nak ambil peduli tentang dirinya!

sebagai kawan sembang di dunia maya , dinda awalnya memang layankan je lah si abang ini sebab atas dasar kasihan kan dia . maklumlah kan masa tu dinda pun belum bekerja lagi . lepas habis STPM dinda hanya duduk dirumah . tolong mama jagakan rumah mama tu jelah kerjanya dinda waktu itu . but dinda bukan bibik mama ok ! akhirnya satu persatu  rahsia dia pun turut sama terluah olehnya  . sehingga pada satu tahap dimana dinda dah hampir nak muntah hijau bacanya  . . .lahai your soul too cheap la bro !

bercinta berkasih ,bermesra kemudian bertunang ,bernikah dan akhirnya dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata boleh dia cakap hidup dia bosan  ? siapa suruh dia buat kerja dirumah ? 24jam mengadap laptop sesaja ! setiap pagi kena hantar isteri pergi kerja ,kena hantar anak pergi sekolah ! kemudian buat kerja online dirumah ! buat kerja rumah ! petang pula kena jemput isteri ,anak-anak  . .eeee . . memang lah bosan ! lebih -lebih lagi dia lelaki ! hmm umpama dikurung didalam sangkar batu gayanya .

dan bila akhir -akhir luahannya tu dinda nampak dia mula nak merewang cerita bukan-bukan kat dinda ,kononya dia ada skandel , dan  isteri dia sudah tahu ,lepastu dia nak dinda tolong dia sama-sama selesaikan masalah tu ,dinda tolak lah dengan baik -baik je . sebab dinda tak mahu jadi skandel dia yang kedua !

Lagi pedih bila dia dah mula reti merayu dinda  ,memujuk ,memuji , akhirnya  dinda akur dengan niat mulia dihati nurani dinda ini , dinda tak mahu kacau rumah tangga orang ! tak mahu terjerat dengan masalah keluarga orang ! yeah  akhirnya dinda block aje muka buku abang mangsa cinta 3 segitu ! biarlah dinda nampak kebodohan disitu ! biarlah orang nak kata dinda perasan ! dinda tak pedulik !! yang penting , tiada lagi kidungmu nak merayu aku dipagi-pagi hari hahaha giler punya orang !

cukup sudah ku dengar semua masalah mu ,tidak mahu ku hadap nafsumu dengan menjerat leher ku sendiri !


abang oh abang  . . ada  ramai lagi jejaka yg single yang lebih setia dari abang diluar sana . mereka tu  lebih ikhlas berkawan dengan saya ,bukannya seperti abang yg hanya bergaya kerana punya CINTA YG TYPO ! terima kasih kepada pencipta laman sosial muka buku kerana menyediakan butang block ! kini dinda dah selamat dari gangguan abang cinta typo ini . . .  alhamdulillah ~


who ?
i don't know  . . .





TAK PERLU BEZA-BEZAKAN LAH

malam makin suram
siang sudah berlalu pergi
mungkin esok datang kembali
hanya Allah penentu segalanya . .  .
sebagai manusia biasa dan bukan luar biasa . dinda rasa ada banyak benda yg dinda kena tahu , kena rasa , kena cuba , kena ambil kesah dan memang nak kena ! haaa nasiblah  . . .

kalau di dunia realiti ,dinda hanya bergaul dengan best friend forever  dan ahli keluarga sahaja . lain -lain orang memang dinda tak rapat sangat . lagi -lagi dengan jiran sebelah rumah dinda tu , bukan dinda sombong tapi rumah sebelah tu rumah orang bujang trang tang tang .kang kalau dinda peramah semacam ,terang -terang ayah belasah dinda kang ! haha ayah tu dah la garang macam sarjen misai !! *macamtu lah wajah ayah dinda  tu haa ayokk . . .*

untuk mendapat ilmu dunia dan ilmu akhirat yg serba serbi rare ! dinda tidak harapkan dunia realiti dinda sahaja untuk cari ilmu dan pengalaman .  bila ada masa dinda akan menyelami perasaan orang diluar dunia realiti dinda iaitu ,mereka yg di alam maya dinda la siapa lagi ! mungkinkah friendlist dinda ? no . . . tak mainlah menyelami perasaan kawan yg dah hari-hari kita dapat baca status dari dia kan ! jemu k jemu ! dah hampir lemas dah hari-hari dok ngadap yg serupa tu. .  . arghhh . . .!

**ceh belagak pulak dinda ni . so ? siapakah yg dinda pergi selam tu ?

sejujurnya dinda pun ada  layan page yg nampak macam biul -biul sikit tu ,tapi didalamnya ada berbagai kategori jenis mahluk yg dipanggil manusia didalamnya ! mereka itulah tukang komen  yg dari semua pelusuk negara yg aktif di alam maya ! haaa . . kat situlah dinda kenal manusia luar yg sebenar !

walaupun tak kenal muka
tak kenal perangai
tapi boleh kenal gaya penulisan
dapat kenal adat budaya
boleh kenal loghat mereka
jugak kenal gaya hidup mereka


paling best tu ,dinda dapat kenal cara mereka gunakan otak mereka dengan sempurna ,sungguh mahal perkenalan ini ! ianya adalah percuma ! adakala dinda memang sengaja turut berkomen sama ! hahaha memang menarik melihat telatah mereka ! tak kiralah page bola ke ,page kesihatan ke ,akhbar online ke , page keagamaan  ke ,arh !! dinda main bedal masuk jek ! pada dinda lah kan ,mereka pun manusia serupa kita ,cuma cara didikkan mak bapak mereka tak sama dengan cara didikkan mak bapak kita ,tu yg nampak komen kita dengan komen dia   berbeza - beza !


cumanya  kekadang tu admin page tu je yg selalu bikin situasi nampak panas ! hmm  tu yg menyampah tu bila admin up status macam sampah ! grr ~

awak  . . .tapi  tak salah kan kita kenali mereka ? takkan asik nak lepak dengan blogger je ye dok?  demand pulak nanti katanya   . . hehehe cakap je pun . .  padahal jarang nya dinda ni nak  join diaorang sebab dinda ni hanya blogger kelas pra je , nak komen pun selalunya bajet-bajet ayat supaya komen tak kena delete , sedangkan  mereka taraf university tuu . . . *peace* heee . . .



CINTA DAN SASARANNYA

awak . . .

kalau sebut pasal cinta , semua orang yg bercinta nak sampai ke jinjang pelamin kan ? then lepas tu nak ada keluarga sendiri kan?

kebanyakkan orang yg asyik dilamun cinta ni ,dia tak pandang dah siapa pujaan hatinya. apa yg dia pandang si dia tu setia dengan kasih sayang sejati memasing . apa lagi malang ,ada yang sangup mengorbankan jiwa raga ,zahir batin demi sebuah percintaan . tak paham langsung la dinda ! kenapa lah fikiran secetek gitu ek akal mereka , baru bercinta je pun ,belum lagi nikah tapi hampir sekeseluruhan hal peribadi ,harta benda kekasih nya sudah pun dikawal rapi ! dijaga ketat !di beri perhatian 100 percent !


apakah inilah yg dinamakan . . . seratus percent cintakuuuu . . .hey hey  hey hanya untuk muuuu . . .  *dangdut seyyhh heee

paling kecewa bila dah kawin pulaknya selepas 100 percent cinta ku disemai , si pasangan selalu belot ! lagi -lagi orang perempuan  . masa couple tu diaorang tak ingat pulak yg kerja pak we apa ? boleh ke menampung kehendak citarasa yg  mereka mahukan ?

lupalah tu pipit dengan pipit
enggang dengan enggang ekk?

paling sengal nya masa bercinta dah tau yg pak we tu orang yg golongan sedang-sedang saja ekonominya  , konon susah senang ditanggung bersama ! AGAK keterlaluan kalau dah kawin selepas setahun dua ,dia nakkan kehidupan umpama standard anak Tan Sri ! agak melampau perubahan situasi sebelum dan selepas inikan ? dasyat giler tu awak !! perh !


sebab tu kalau kita lihat  , ada ramai pasangan suami isteri yg akan 'berantakkan' bila mana usia perkahwinan berusia 3-4 tahun lamanya . si isteri mahukan LEBIH dari apa yg si suami mampu sediakan ! dan bila selalu tertekan ,si suami pulak cari 'penawar duka ' diluar rumah ! lahai pincanglah lagu dan iramanya . . .


dan MANGSANYA ? ofcos la anak - anak yang comel -comel belaka itu . . sedih kan ! merekalah korban kasih sayang ! kalau nabi Ibrahim A.S korbankan nabi Ismail demi wahyu dari Allah . .ramai pasangan suami isteri di Malaysia korban anak jugak tapi kerana desakkan masalah keluarga yg mana semua ni dimurkai Allah ! meruntuhkan masjid yg halal ! aduh . . kejamnya cinta 100 percent !


PUNCANYA? kurangnya menilai pasangan sendiri ! kalau masa bercinta sanggup share minum air segelas berdua ,kenapa dah kahwin nak beli sorang segelas ?? apa orang dah kahwin ni tamakkah nafsu nya ?


maaf dinda tak tahu ,sebab selama ni dinda minum air selalu keseorangan je , lagipun dinda tak suka straw dinda kena gigit orang !! haaa whats on your mind ?hmmm . . .  i feel  nothing . . . hahaha


awak yg gadis -gadis yg bercita rasa tinggi , yg sedang bercinta diluar sana ! kalau nak bakal suami awak  yg dapat menampung kehendak awak 100 percent tu , jaga lah diri tu elok -elok dari sekarang . kerana biasanya orang yg baik -baik ,bakal bertemu dengan orang yg baik- baik jugak .kalau awak sendiri perangai enam jahanam , mana mungkin dapat berjumpa dengan pak lebai atau pak ki'yai  ? tok mudim mungkin boleh lah dapat ! hahaha girls . . .pleaselah
jaga maruah
jaga agama
jaga nama keluarga
jaga sopan santun
insya Allah awak akan dijaga sehingga 200 percent oleh cinta sebenar !
aaminnn . . .

dahlah comel ,baik ,cantik ,
reti jaga  maruah diri sendiri dan  keluarga ,
semua orang sayang kan?
gambar :  gadis ini kepunyaan mr google !





GENERASI AKAN DATANG

hati ku dirobek robek ! haha pepagi dah jiwa kacau ! apalah dinda ni kan. duduk kampung bercuti tapi bila melawati alam maya jiwa tak keruan dibuatnya ! baru je on muka buku dah muncul gambar kanak -kanak pijak bendera Johor . kononnya orang yang pijak tu kumpulan anak -anak penyokong Pahang ,entah ye ke tak mereka tu orang Pahang punya anak , waallahulam !

sebenarnya bukan hanya bendera Johor ,kalau bendera Melaka ,Pahang ,Kedah pun mereka buat gaya gini dinda still kesedihan melampau tau awak . . .haaaa


ok fine ! KINI baru dinda sedar ,betapa perlunya pelajaran sivik (  tatarakyat ) dijadikan mata pelajaran wajib di Malaysia ! kementerian pelajaran apa komen awak ?

dinda sedih melihat didikkan yg di beri kepada budak - budak ini .
jika inilah generasi  akan datang ,
mungkin sahaja dia boleh buat lebih dari memijak bendera  .
nasihat dinda kepada penyokong bola sepak di Malaysia ,
janganlah disebabkan terlalu taksub dengan apa yang awak sokong, awak menjatuhkan maruah bangsa awak sendiri .
akal kena panjang beb !

tahniah pasukan Pahang  5-0 milik anda !

KINI HANYA SEJARAH

harini cuti deepavali  ! ada orang cuti ,ada orang kerja ! ada orang cuti tapi macam kerja dan ada orang kerja tapi macam cuti ! haaa acane tu ? heee hanya mereka dan keluarga mereka je yg tahu akannya .

dinda dah selalu sangat bising pasal hal orangkan semenjak dua menjak ni . dan harini rasanya izinkan pulak dinda meroyan pasal perasaan dinda ! jiwa dinda ! apa yg dinda rasa sebelum ini .nak tahu gak ke ?



oklah sikit -sikit kongsi bersamalah ye. at least jadikan la apa yg dinda kongsikan ni sebagai iktibar . baik buat tauladan yg mana buruk susun elok -elok buat sempadan .



awak . . .dinda pernah alami satu situasi dimana dinda telah jatuh hati pada kekasih nya orang . ok fine ! ini kes bagai buka kudis sendiri namanya ! but its truly happened la .pernah ketika tu sememangnya asalnya kami hanya kawan baik a.k.a teman tapi mesra . entah bagaimana boleh pulak tersayang dia lebih ! hahaha membohong je namanya. . ada pulak istilah  tersayang lebih tu kan ! but really memang sayang gila kat dia . padahal awal - awal dah tahu status dia . ye . . .bila kami dah sering sangat share masalah peribadi antara kami . ye inilah kesan yg timbul . rasa sangat sayang padanya .



masalahnya kadang tu dinda pulak yg over ,melebih manja mengalahkan kekasih dia . dinda lah yg menggedik ! ish . . .gaduh jangan cakap lah kan . macam lah dia cinta sangat kat dinda ! jeles? hal besar kuman pun jadi isu ! kalau salah sorang hilang beberapa hari masing -masing dah mula gelisah . ish . . bertahun jugak kami berkeadaan macam tu . tak tahulah apa istemewanya situasi macam ni ! emm bingung jugak kalau nak fikirlkan lelama kan awak? macam takde kerja lain? macam takde lelaki lain ? ishh

dan sampai satu ketika ,bila dinda kerap sangat tenguk wajah kekasih hatinya di semua laman sosialnya . akhirnya dinda tampar hati dinda kuat -kuat ! bagi dinda sedar diri ! biar  dinda bangkit dari lamunan selama bertahun ni ! dalam hati dinda menjerit kuat -kuat !

 Sedarlah hati bahawa selama ini kau hanya menumpang kasih kat kekasihnya orang !abaikan lah naluri yg merantai mu itu!anggap jelah dia hanya pinjaman buat kamu ! mengalah lah ! dia bukan milikmu . . .  

dan akhirnya walaupun ambil masa yg agak lama .dinda kembali kepada dunia  asal. dimana dinda rasa dia hanya lah layak menjadi kawan dinda ,bukannya  kekasih . insaf dinda tu menyebabkan  dinda terus berhenti menghantar sebarang berita buatnya . namun disudut hati dinda selalu berbisik . . . .

kalau lah diberi peluang  bertemu dia semula selepas semua ni  , aku akan tetap menyayangi dia seperti sayangnya aku padanya  dulu -dulu . . . .

dan perjalanan ini mungkinkah bakal berakhir disini atau pun dinda kena terus gagahi langkahnya ? Allah je yg tahu ,bukan dinda lagi. dinda dah letih awak . . .


MELAYU ISLAM MALAYSIA

awak ! sejuknya kat luar ni ,beku dah jemari dinda ditimpa dik hujan ,sejuk 'ekon kereta' , dingin angin mengetatkan lagi langkah kaki untuk meneruskan perjalanan pulang petang ini . . . . tapi dinda tetap redha .takkan dinda kena tidur kat tempat kerja pulakkan . ramai pulak 'hantu' yg kacau tidur dinda  nanti hmm .

kesah pulak aku ????
*jerit budak yang team dia kalah 3-1  dengan team Kedah haritu !
Ish . . .bersuara pulak dia petang ni . hahaha

ok la tak kesah pun takpe la ekk . . dinda paham . diaorang tu nak sangat team kesayangan dinda kalah pada malam 25.10.2014  di Stadium Larkin nanti kan  ! ish tak baik tau doa yang tak baik-baik . haaa kalau nak doa baik doa yang baik ,yg elok-elok barulah sejahtera hidupnya dunia akhirat  . haaa JDT juara musim ini ? insya ALLAH . . . aamiinn .

Tapikan bila dinda tengok pada kawan-kawan dinda yg sedang meningkat naik ni . yang lelaki dok sibuk nak gaduh nak pegang piala  , sanggup menaip ayat -ayat kasar demi sebuah piala ! kadang kadang lawak jugak . dah tu pihak yg sengal lagi tu pun dok sibuk nak melayan makanya jadilah kisah tunjukkan  lah pekong - pekong didada sendiri . aku tunjuk kebodohan aku ! kau tunjukkanlah kebodohan kau ! hahaha gelak golek -golek dinda dibuatnya awak!

eh ! dinda merepak repek apa ni ?

eleh betul dinda cakap ! inilah kenyataan . . awak cubalah masuk je page-page  yg berbangkit isu bola ,mau macam -macam ayat kronik dapat kita baca diruang komen . paling tidak pun benda yang payah nak dapat tengok pun cukup jelas nampaknya disitu . mak bapak punya semua diaorang angkut keluar! tak kurang jugak nenek punya ,moyang punya habis licin kasi up !!


nak buat macamana lagikan . dah mereka tunjuk kebodohan sendiri ,orang lain dapatlah tenguk secara pecuma ! siapa tak nak tenguk ye tak ? semuanya hanya sebab sebiji bola dan sebuah piala ? ish3x


pesan dinda kalau nak tunjuk bodoh tu ,janganlah keluarkan semua ye awak ye , simpan lah sikit untuk anak cucu awak nanti . paling tidak buat harta pusaka buat mereka ! yang paling seram ,majoriti yang kurang bijak berkomen tu adalah bangsa dinda sendiri . . .anak muda melayu ! muslim ! . emmm masih ada lagikah bangsa melayu di Malaysia? waallahualam

tapi bila dibandingkan kebodohan  remaja melayu lelaki sangat tidak dapat dikalahkan dengan kebodohan remaja melayu perempuan musim ini . remaja perempuan lagi menang !!dimana kah bezanya tu?

ahha lihat je kami yg bertudung ni !
kami berpelajaran tinggi !
ternyata kami memang comel comel belaka !
tapi kami masih layak menghalalkan yg haram  .
kami layan je event yang boleh buat kami nampak 'hot'
awak ade ??

a ah hot la sangat . . kesian  remaja kitakan. . .  mudah  sangat diperkotak katikkan dengan benda yang dari nenek moyang kita dah  lama amalkan , dah lama buat pegangan . mereka tak tahu ada satu bangsa diluar sana  yg kini sedang memerhatikan telatah mereka  untuk di keluarkan dari keharmonian rumpun bangsa melayu yg selama ini telah berjaya  memertabatkan  bangsa melayu itu sendiri.

apa tujuan bangsa luar tu ?
mereka sebenarnya nak menghancurkan kita ! suap kita dengan seks songsang ! tabur kita dengan najis dadah yg haram ! arak ! memecah belah kan keakraban diantara kita ! memesongkan akidah kita ! dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Melayu Islam terus lenyap di bumi Malaysia ini !! sedar tak ???

Wahai remaja melayu era kini, ini pesan dinda buat awak semua . .
~ biar tapak tangan kasar jangan bahasa kasar
~ biar berlembut jangan jadi  jejaka lembut
~ biar merendah diri jangan merendah kan maruah
~ biar miskin harta jangan miskin budi bahasa
~ biar nampak kolot tapi harga diri tak kelaut



awak . . . Islam agama rasmi kita ,berpegang pada mazhab yg sama ,hadis dan dalil menjadi tunggak utama kita ! bukan mereka yg baru muncul yg datang entah dari mana -mana pelusuk negara ini . awak semua ada akal yg waras ,yg Allah bagi ! gunakanlah sebaik-baiknya . jika pelajaran awak tidak berjaya sekali pun tak bermakna awak layak diperbodohkan sebegini ! sedarlah anak bangsa ku ! bangunlah muslim melayu ku ! Malaysia ini milik kita ! bukan milik mereka !! jikalah  Allah hampirkan  kiamat dihari mendatang ,janganlah bangsa melayu muslim menjadi bangsa sesat paling ramai dan paling hina disisi Allah nanti ! nauzubilla himinzalik !
Allah huakhbar ! 
Allah huakhbar! 
Allah huakhbar !








AKAL TAKDAK

ada kempen ajak kita  pegang anjing !?

tenguk pada pemberi info ialah muslim ! lokasi di Malaysia ! what the life ?? muslim malaysia kenapa  dah mengade pulak nak pegang anjing ni ? untuk ape ? apa dah pupuskan sangat kucing yg halal ,kucing yg comel ,kucing yg manja yg layak dipegang tu ?

ek eleh dinda ni kecoh jekan . . .  kan boleh di sertu nanti . 1 kali dengan air tanah , 6 kali dengan air bersih  . apa nak kecuhnya , dinda tak pergi sekolah agama ke ? dinda tak belajar ke cara -cara nak samak /sertu najis ini ? perli seseorang *gadis berpelajaran tinggi* kat  dinda haritu .

hmm bukan macam tu . . .semua hukum sertu dan samak tu adalah dikhususkan  jika kita berada dalam situasi  darurat . contohnya nak selamatkan anjing terjatuh dalam longkang ke , nak lepaskan anjng tersepit ke , nak keluarkan anjing yg tersesat dalam rumah kita ke . ye darurat tukan namanya ! so dah memang takde pilihan kena lah kita pegang dan lepastu kena lah disertu/samak anggota kita yg terkena tu !

bukan mengatal nak pegang sesaja macam tu  . nak memain dengan natang tu . nampak sangat korang ni terlalu ikut trendy yg menunjukkan iman tipis ! kononnya dari pegang tangan bukan mahram baik pegang anjing haha . ngal nyeeee . kalau dah haram dua -duanya tetap haram ngok ! arghhh . . . . geram pulak dinda ! grrr

part paling bangang tu bila duduk bandar ,nak dapat tanah bukannya senang ! ada depan rumah tu belum tentu ianya tanah yg bersih suci ,entah - entah melambak najis anjing dalamnya ! hahaha wal hasil balik asal ,2x5 !mongok !

dah lah korang . . .dari bikin susah payah nak fikir kan proses samak dan sertu ,nak kena cari tanah lagi ada  baik korang pegang je al~ Quran kitab Allah yg tetap suci dunia akhirat . korang baca isi kandungannya . korang manja-manja lah dengan nya. untuk yg ni korang cuma wajib ambil whuduk je ,tak perlu lah air tanah bagai . dan proses ni dinamakan ambil air sembahyang bukan sertu atau samak !



aaa . .tulah suruh pergi sekolah agama korang melepak depan tv tenguk running man ! kan ? apa sekarang  ?

BUDI BAHASA TAK JUAL BELI

perasan tak lama sungguh dinda tak sembang pasal bola ditanah air kita ni  . kalau dulu sikit -sikit update pasal JDT la . .Tok Gajah la . . Red Warrior la kan? kenapa ?

sejak kehadiran team kelab yg menjadi igauan orang -orang Johor tu ,berbagai page yang dinda jumpa  . kalau page tu milik orang johor pastinya dia dok asik memuji team JDT lah kan . tapi kalau page nak membahan JDT . . . .perh !!  memang full ! macam-macam page ada  . dari Kelantan ,dari Pahang ,dari Terengganu dan dari keseluruhan negeri yg sewaktu dalam  Malaysia ini !

membahan memang best ! sambil dapat luahkan apa yg tersirat ,kita juga dapat mengutuk orang yg kita nak bahan tu  .tapi kalau kita amati betul ke cara orang melayu macam ni adabnya ? membahan dengan ayat yg bukan saja pedas tapi agak nampak tidak bijak disitu sebab dia pertaruhkan adab sopannya !

yang sedihnya rata -rata admin page itu pastinya muslim dan terang -terang orang melayu ( bangsa kita sendiri )   pada dinda bola is bola ,sokong teruslah sokong tapi . . . . keturunan orang janganlah dipelekehkan , bayangkanlah jika keturunan awak dibuat  begini ,apa yg awak rasa . . .?

melayu itu kaya dengan budi bahasa ! hanya melayu yg bantu melayu !hanya melayu yg sokong melayu !jangan hanya kerana semangat team awak yg berkobar- kobar sebab team awak kuat ! awak terpaksa abaikan budi bahasa sesama melayu awak tu ! nabi pun tak pernah ajar jika kita kuat  , kita kena kutuk keturunan orang atau pasukan orang ! apa yg nabi ajar ,jika kita menang bersyukurlah ! jika orang buat tak elok nasihatkan lah ! jika orang lalai dengan egonya berdoa lah agar dia tidak terus-terusan takbur ! taksub !

okfine  . . .sebagai peminat bola sepak Malaysia ,dinda doakan semua penyokong akan terus menyokong pasukan memasing  . kepada admin page yg agak keterlaluan tu ,hati-hatilah jika beri pendapat sebab juara tak selamanya diatas ! Allah beri team awak peluang sekarang untuk jadi juara ,dan tidak mustahil Allah juga akan beri awak peluang juga untuk menjadi BUKAN JUARA satu hari nanti !

kesimpulannya : semua nya ada disitu  . dinda sebagai pemerhati aja ~




Kalau kutuk JDT mesti fans JDT ckap jeles ngn dorang.. woi lahabau ! buat ape kami nk dengki dgn Club since 2013 yg takde sejarah.. buat apa nk dengki dgn bangsa lanun yg jijik hina malah kote bau hamis..
sejak kemunculan korang ni mcm2 hal jadi.. kalau perangai korang ni baik takpe la jgk.. ni dh mcm beruk bru keluar hutan.. baru kenal dunia luar.. engkorang ni memang tak pernah datang stadium eh sebelum ni ? ehh lupa.. JDT baru je tubuh taon lepas..klau Nk sokong Johor ori(Johor FA) dorg main mcm paliaq plak.. yedok?

STICKER DIRUANG KOMEN

perasan tak ? ruang komen di facebook  sekarang ni dah boleh guna sticker? sticker yg kita boleh dapat di inbox tu sekarang berada diruang komen pulak ! wah . .pada yg malas nak taip or memang suka dengan animasi comel tu dah boleh la aktifkan sticker awak la ye !

tapi rasanya hanya di pc je kot ,kat lelain gadget  ada tak ekk ,dinda tak pasti pulak lagi . ok lah ! selamat berkomen menggunakan sticker la ye , at least  bak kata dinda yg selalu dinda guna tu . .

biarkanlah hanya gambar berbicara  . . .

rasa dinda itu lebih elok kalau kita komen pakai ayat sebab selalunya ayat ni agak panas dari maksud nya kan ? aa . . .ni antara komen bersticker yg dinda gunakan pagi ini  komen bersticker #masuk link ini !ada orang cakap ek eleh tu pun nak kecoh ke ? nak bagitahu ke?

apa ku kesah!! ni kan idea dinda ! dinda pedulik apa nak post apa pun hahaha yang penting dinda tak post gambar bog*l ! sudah la kan ? eh !!  heeee

DUNIA BELUM BERAKHIR

dunia belum berakhir  , bila kau tinggalkan aku  . . . 



gitulah antara lirik lagu yg dinda dengar dari siaran radio didalam kereta ketika hendak ketempat kerja tadi . bila dinda amati lirik tu  , betul jugak kan ,ada ramai para pecinta cinta yg buat kerja bodoh bila kekasihnya pergi meninggalkannya ! seperti terjun bangunan lah ! makan racunlah ! gantung diri lah ! ambil dadah lah ! toreh tangan lah ! potong urat nadilah ! ish . . dia sanggup buat semua tu kononnya kecewa dengan bekas kekasihnya yg meninggalkan dirinya dan cinta nya !

mengong !! dia ingat dalam dunia ni manusia yg tinggal  cuma dia berdua je ke ? ada akal tak nak guna ! agaknya akalnya disimpan dalam kocek la tu ! atau pun akalnya diletak didalam peti dingin beku dirumah !! grr . . .

boleh aja merasa sakit tapi tak perlu lah menyakitkan  lagi tubuh badan sendiri ! penat lelah mak bapak besarkan  , bila tiba dah dewasa hanya sebab kekasih dia sanggup buat kerja gila macam tu ! rugi wooo mak bapak dia bagi makan dari start dia lahir sampai dia dewasa gitu ! emmm serious bongok ft bebal ! tak ke dia terfikir berapa banyak modal mak bapak dia dah keluarkan untuk dia ,makan minum ,sara hidup ,pelajaran . . .oii sedar lah !! kekasih tu ada melambak lagi dimuka bumi ni laaa . . .  * eh ! melambak tu apa ? emm bersepah - sepah la  ~

buat pasangan yg enak bercinta diluar sana . jika awak gagal dengan cinta awak ,tak perlulah buat kerja bodoh gini la ye . mati dalam sesat cuma kerana cinta ? nauzubillah . . . .kalau kucing reti  ketawa ,sampai kiamat dia akan ketawa kan awak tau tak ? lagi lagi kalau kucing pandai cakap ,pastinya dia akan berkata  . .  .

aku yg haiwan ni pun tak ingin nak buat kerja gila tu , padahal aku takde akal fikiran ,takde agama , tak tahu hukum hakam , tak tahu apa tu dosa pahala tapi aku tau apa cara nak buat bila putus cinta ! kalau si tampok tinggalkan aku ,aku ada si kitty yg cute dirumah sebelah ,aku ada putih gebu didepan rumah tu . aku ada si comel di belakang rumah tu . untuk bunuh  diri atau toreh -toreh tangan tu bukan aku la wey ! rugi siot ! nampak sangat akal dilutut !


eh ! dunia belum berakhir dan dinda boleh pulak tahu bahasa jiwa si kucing ni hehehe meowww ~~

semoga kekal ke anak cucu . . . 




AKU : DHIA

ada luahan hati seorang isteri yg hendak dinda kongsikan disini . ini bukan lah untuk mengaibkannya tetapi dia memang suruh dinda kongsikan sebagai panduan buat semua gadis-gadis solo diluar sana . dia nak dia orang ambil iktibar sebagai pelajaran dihari yg mendatang  . tengs buat 'DHIA' ( bukan nama sebenar ) kerana sudi berkongsi . . .



Dhia . . . 
aku dibesarkan disebuah pekan kecil didaerah negeri selatan tanah air  . keluarga aku memang sayang kan aku maklomlah kan aku anak sulung mereka . aku cahaya mata pertama mereka . aku lambang cinta mereka.

sewaktu kecil aku sangat manja . namun begitu segala ajaran agama mak bapak aku tak pernah lupa ! aku dihantar kesekolah agama sehingga ke darjah enam ! aku mengaji sehingga khatam . aku di didik supaya membaca yasin pada tiap malam jumaaat ! dipesan supaya sentiasa bersyukur dan ingat Allah . hurmat orang tua ! dan akhirnya aku jadilah anak sebagai mana yang mereka harapkan tu . alhamdulillah .

sewaktu remaja ,aku tak mahu melanjutkan pelajaran ke mana -mana IPT .pada aku cukuplah sekadar SPM dengan keputusan yg tidak terlalu baik tetapi masih boleh tahan ! keputusan yg melayakkan aku kemenara gading ! tapi aku memang malas untuk belajar ketika tu ! apa yg aku ingat , aku nak cari duit !! nak jadi macam kawan-kawan yg boleh pakai barang-barang branded ! handphone canggih ! ye semua tu aku nak ! 

akhirnya dengan kedegilan aku ,mak bapak aku turutkan je la . kata mereka kalau mereka paksa  pun payah jugak nanti aku hanya membazirkan duit mereka sedangkan pelajaran entah kemana . aa tau pun ! 

aku tak tahu kenapa aku degil sangat masa tu ! apakah sebab aku terlalu manja  ? ishh tak jugak la . . .

bila sudah bekerja  sebagai promoter disebuah mall  ditempat aku  tu ,aku semakin liar ! apa tidaknya kawan kawan aku semuanya kaki enjoy . tengok wayang ! bowling ! snooker ! karaoke ! semua tu jajan hidup mereka dan akhirnya menjadi jajan hidup aku jugak !

bila lewat usia 21 ,aku bercinta dengan seseorang . pada aku dialah satu-satunya insan yg memahami aku . walaupun dia nampak serious dengan aku tetapi aku masih lagi ragu-ragu dengannya sehingga pada satu hari dia berhasrat ingin melamar aku sebagai bakal isterinya . dan aku hanya diam waktu tu . . mungkin terkejut !

bila sebut pasal lelaki tu ,pernah beberapa kali aku bawa dia pulang kerumah untuk di perhatikan oleh mak bapak aku . apakah dia layak sebagai calon menantu ??. dan didepan orang tua aku ,dia kelihatan sangat sopan ,solat memang tak tinggal . sentiasa menjawab dengan lembut dan sopan pada tiap soalan mak bapak aku padanya . ok lah semua ini buat mak bapak aku sejuk hati melihat perangainya  . dan bila genap 1 tahun kami berkenalan . keluarga dia pun datang meminang dengan izin orang tua aku . ye . . kami telah pun bertunang ! hampir setahun pertunangan , aku akhirnya menjadi isterinya yang sah !!

bila sudah menjadi isteri aku dah tak jadi liar lagi . maklumlah kan dah jadi bini orang  tapi pada tahun pertama je aku dah mula hidu sifat dia yg sebenar ! bila tiba bulan puasa ,dia langsung tak berpuasa . dan aku yg berpuasa ketika itu terpaksa menyediakan makan untuk dia . tak kira waktu nya bila . tengahhari aku kena menumis ! menumbuk rencah ! dah macam bukan lagi bulan puasa gayanya .orang lain bila bulan puasa senyap sunyi dapurnya tapi rumah aku . .hmmm serupa hari biasa . kerana apa ? sebab suami aku nak makan nanti .

bila tiba waktu solat subuh ,dia  tidur .bila aku kejut dia akan marah .katanya : 

awak  pergilah buat dulu  ,abang mengantuk  . . .  !!

aku diam dan pergi meninggalkannya diatas katil bersama mimpi yg lena  .  lama kelamaan aku tidak lagi kejutkan dia sebab aku tak nak lagi ditengking di setiap pagi subuh  . malah buka je subuh , isyak , maghrib ,asar ,zohor pun serupa ! dia lebih fokus pada tv nya berbanding solatnya . aku masih lagi diam kerana takut dimarahi suami  .

aku nak salahkan siapa dalam hal ini ? dirinya kah ? mak ayah dia kah ? atau aku kah ?

kalau dirinya mungkin aja dia sudah tersasar dilandasan dirinya sendiri . dia sudah kebiasaan dengan gaya hidupnya sendiri dengan begitu lama sehinggakan menjadi kebiasaan . emm ini bukan salah dia *bisik hati aku* so  nak salahkan siapa ?

mak ayah dia? * mak bapak mertua aku * mungkin jugak !sebab didikan mereka lah penentu perangai anaknya selama ini . tapi bukan kah mak ayah dia sudah menghantarkan  kesekolah ? belajar agama ? mustahil mereka abaikan anak lelakinya ini ? aku tenguk mak ayah dia orang yg warak jugak . pada mata aku nilah kan  . emmm nak salahkan sapa lagi ekk ?

akhirnya aku salahkan diri aku !!! 
aku cakap aku bodoh kerana membiarkan orang yg aku sayang ini hanyut ! leka ! lalai dalam arus dunia ! aku semakin tertekan dengan pengakuan ini ! hari-hari aku rasa bersalah . untuk menariknya kembali kepangkal jalan sangatlah kerja sukar buat aku ! ye. . aku isterinya ,aku tak boleh buat dia marah kat aku sebab nanti aku dianggap durhaka ! emmm aku tak pernah pun melawan semua kata-katanya disepanjang perkahwinan kami . biasanya tengking nya aku lawan dengan air mata aku aja .

dalam mendidik anak-anak kami yg 2 orang ,aku lebih di beri amanah ! katanya aku lah yang layak ! bukan dia sebab dia tak tahu nak didik anak ,sedang kan akukan  terlalu pandai ! emm semua ni bagaikan memerli aku je  . tapi aku rela ,demi masa depan anak -anak aku ,aku rela menahan semua kepedihan  ini . menjaga anak-anaknya , mengurus rumah tangganya  , menjaga hartanya , maruahnya  dan menutup segala aibnya dimata orang lain ! aku tak sanggup orang pandang serong kat suami aku ni .

hari berganti hari dan sekarang anak -anak kami dah meningkat remaja . bila yg besar sudah berumur 15 tahun manakala  yg kecil berusia 12 tahun . aku semakin resah ! bagaimana dengan pandangan anak-anak aku terhadap ayahnya nanti ?  pernah anak aku yg kecil berkata : 

mama . . orang lelaki memang tak payah solat ea ? orang perempuan je yg solat ea ? untung lah abang nanti tak payah solat ,tapi adik kena solat je dengan mama .hmm . .  

aku mulanya pelik dengan kenyataan dia . so aku tanya kenapa cakap macam tu ? katanya :

adik tenguk ayah tak pernah pun solat macam mama . ayah kan lelaki ,mama kan perempuan . adik tak pernah pun tenguk ayah baca al-quran macam mama ,lagi-lagi baca yasin tiap malam jumaat tu . asik tenguk tv je kerjanya ayah tu.  memang gitu ke mama ?

aku binggung !

tapi dengan izin Allah aku jawab :
bila kita buat amalan macam solat ,baca alquran tu ,tak semestinya orang lain kena nampak . ayah mungkin buat waktu mama dengan adik tak nampak ke,mana la tau kan . buat baik mana boleh tunjuk-tunjukan .. dan jawapan aku diterima pakai oleh anak kecil aku ketika tu . mungkin dia kata betullah cakap aku nikan. 

padahal hakikat yg sebenar nya Allah je yg tahu .

perasaan bersalah aku makin memberontak bila dia langung tidak berubah bila anak-anak semakin meningkat besar ! sehinggakan pada satu hari aku buat satu kerja gila ! aku rela dipanggil durhaka ketika itu ! ye aku benar-benar rela ! dengan nada yang agak keras akhirnya aku terpaksa meluahkan apa yg aku pendam selama ini terhadap suami :

abang ! cuba lah bawak berfikir sikit !! umur dah makin tua ! apa yg abang buat untuk kami dan anak-anak ? cukupkah dengan bagi makan dan minum ? nafkah yg memang sempurna ? tapi dimana kah abang ketika anak-anak sedang membaca doa kunut didalam solat subuh mereka  ?? ketika  anak kita  sedang melaungkan azan maghrib ? tak malu ke dengan anak anak bang ? 

*air mata perempuan aku mula menitis . itulah lemahnya aku ,cakap sikit air mata je yg lebih.

bang , saya sayang abang ,saya tak mahu abang hidup kosong ! saya nak abang jadi imam saya pada tiap kali kami solat bang. tak susah kan . tv tu hiburan sementara je . solat ini tiangnya agama ! pernah saya terfikir  nak tinggalkan abang sorang-sorang dengan dunia abang yg kosong ni abang tau tak ? tapi bila saya rasa itu bukan jalannya yang betul , saya padam niat saya tu . sebab saya tau abang lah suami saya yang menjadi ayah kepada anak - anak saya bang .!!  bang . . .insaflah  . . .  itu je rayu saya kali ni kat abang . . .. 


*dan kali ini aku menangis sungguh sungguh dihadapnnya . aku lepaskan semua airmata yg aku selindung selama ini dari diketahui olehnya . dan dengan ayat paling sukar aku lafaskan tetapi telah pun aku lepaskan ialah . . . 

dan . .  . kalau awak anggap semua ini hanya bebanan pada awak ,lepaskan saya . . . saya dah tak sanggup  melihat keadaan abang yg bertahun - tahun  begini .  saya rela jaga anak-anak sendirian supaya dewasa nya mereka nanti ,mereka tidak berperangai sama seperti abang , saya tak nak nanti terus-terusan menjadi isteri yg asik nak memendam rasa dan akhirnya menjadikannya sebagai dendam .saya tak rela selamanya nak mendurhaka dengan  abang tau tak  ? saya tak nak semua ! sumpah saya tak nak bang !!

aku terus-terus menangis ! berbelas tahun aku pendamkan semua ini dan akhirnya harini aku letupkannya !! aku jujur walaupun nampak seperti kurang ajar ! seperti isteri yg durhaka ! ahhh . .  biarkanlah ,janji semuanya sudah diluahkan kepada dia ! fikiran aku singkat kali ni ,tapi aku memang betul-betul nekad !!

dan bila melihat keadaan aku yg bagai kejutan buat dia , suami aku yg diam pada awalnya ,akhirnya bersuara. . .

dan katanya :
abang sayang awak , memang abang akui abang dah lari jauh dari landasanNya. janganlah pernah fikir untuk tinggalkan abang ,abang perlukan awak  .. .abang perlukan anak-anak kita ,ok lepas ni abang akan cuba berubah kerana awak ,anak -anak dan paling utama kerana Allah . tapi pleaselah ,jangan tinggalkan abang.

air mata lelaki dia sudah mula mengalir  dan aku jadi makin sebak  akhirnya  aku pun turut sama menangis  ketika tu . 

yang  . ..terima kasih ingatkan abang tentang semua ni . . abang mintak maaf sebab  tak jadi suami dan ayah yg sempurna selama ini . abang malu dengan awak dan anak-anak .

keluhnya perlahan . . . 

yang . .tolonglah ingatkan abang ye ,bila abang leka dan lalai  untuk solat atau apa -apa pun . tu hak awak yang ,awak jugak ada hak mendidik suami awak yg lalai dan leka ni .


Tapi bukan mudah melentur buluh ! aku terpaksa sentiasa menjadi pemerhati yg setia untuknya sambil memanjatkan doa kepada Allah ,agar aku dan suami serta anak-anak sentiasa hidup dibawah rahmat Allah s.w.t . dan aku nak bila aku mati dulu dari mereka tu ,mereka akan menjaga silaturahim buat aku yg tidak akan putus .ye , doa mereka ,amalan mereka itulah harta yg akan aku bawa bila aku mati nanti . . . insya Allah . . .aamiinn