BICARA JIWA DINDA

sejujurnya dinda ada benda nak kongsikan dengan awak !


kalau baru je masuk status hanya couple tapi  awak dah  kena control pada semua aktiviti awak , ada baik fikirkan semula  sama ada nak teruskan cinta tu atau ditangguhkan dulu . sebabnya nanti jika jodoh awak panjang dengannya ,awak bukan nak mengadap dia seorang je dalam dunia ni . awak ada keluarga , kawan-kawan , kawan  alam nyata ,kawan alam maya yg mungkin saja boleh jadi punca selisih faham antara kalian .

jadi . . .  sebelum awak makan hati sampai nak komen kat status kawan alam maya pun takut -takut . nak like pun seram  ,  apa lagi nak berbalas chat ,lagilah ketaq lutut hanya sebab  takut si dia marah or cemburu . . makanya ada baiknya ' mohon clash lelaju ' hahaha dinda jahatttt !!!!!

betul laaa. . .  bercinta ini saat paling indah ,tapi kalau asik dibelenggu dengan syak wasangka dan api cemburu ,baik jangan bercinta ,nanti orang yg kita sayang tu akan makan hati hari-hari ,kesian tau . . . kalau sayang haaa bagilah dia happy ,jangan bagi dia kusut orite ??



* kanda google . . .dinda pinjam gambo eah ?

WITHOUT YOU




Indah, indahnya hatimu
Lembut namamu membuat aku
Tenang atas jalan terang
Mudah, mudahnya caramu
Membuka pintu hati aku
Kau bukakan semua nyata
Jaga..jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu
Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu
Hilang
Hilang dalam diri
Kotak hatimu dibela sepi
Malammu nantikan hariku
Jaga.. jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu
Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku Yang berdiri tanpamu

MOOD SENGAL

Engkau jadi kenangan ,dalam hati , terlalu lama engkau pergi . . kiambang menjadi lambang ,kau bagai bayang -bayang , kini ku terbuang . walau tenang selalu , kau bagai tidak tahu , gelora dihatiku ? selama hayat ini ,ku simpan rahsia hati , disini ku berdiri , tiada tangis lagi. . . 




* jangan ditangisi pada tiap kenangan yg menyedihkan hati dan perasaan kerana tidak semua yg kita harapkan akan tercapai oleh diri kita sendiri . itu semua kerja Allah , itu semua takdir Allah , kita hanya hambaNya yg mampu merancang dan tak mampu menentukan matlamat sebenarnya . berjaya atau tidak ? terserah . . . *air mata itu hanyalah kekesalan yg tidak bersuara  *dan kiambang itu hanyalah sejenis tumbuhan  hahaha

HANTU SIANG

tetiba anak buah dinda menangis terjerit -jerit !  antuu ! huakkkk ! antuuu !!

mak ayah dia kalut dibuatnya bila anaknya  yg berumur 2 tahun tu menangis sakan ! kami yg duduk bersebelahan ketika tu saling pandang memandang !  *hah ? hantu ??????

eh ! tengah - tengah hari buta ni ,mana datang hantu nya? kata makcik  . biasanya hantukan malam-malam ,waktu yg gelap- gelita ,  aku yg tua ni pun tak pernah pulak jumpa hantu pukul 2 petang macam ni . katanya lagi , sambil terpinga-pinga .

Danish . . .  mana hantunya ,mari nenek kejo dia ! ** soal makcik ganeh !

anak buah dinda tu masih terjerit-jerit ,meronta - ronta , menangis ketakutan  sambil jari dia menunjuk-nunjuk kearah tangga di anjung rumah makcik !

tuuuu ! tuuu ! antuuu ! akutttt ! huakkkkkk !

mata kami terus ke arah tangga rumah makcik  . . . kelihatan  pengantin perempuan sedang berjalan menuruni anak tangga rumah untuk pergi bertandang kerumah mertuanya  . kami sebenarnya sedang bersiap untuk kemajlis 'hantar pengantin ' . sepupu dinda yang cun melecun tu sudah pun jadi isteri orang , so kalini kami akan kerumah pengantin lelaki yang hanya 2 kilometer dari rumahnya .

** senang juga cari orang sekampung kan, tak payah lah nak sewa bas atau kapal terbang heee .

ok la berbalik cerita hantu tu . . .rupanya hantu yg dimaksudkan ialah solekan pengantin sangatlah tebal ! hilang sudah wajah asal sepupu dinda ! mata dah jadi mata burung hantu ,pipinya merah , lips nya dah macam kucing makan anak ! paling lawak , keningnya kalah kening Ziana Zain . hehehe

dinda : beb ! nape muka ko jadi gini ?? ko tengok anak kak ngah tu dah histeria dah tu !

pengantin : entah la beb , mak andam tu ingat aku nak buat show kat pentas opera gaknya . . hmmm

dinda dan saudara mara yg lain gelakkan dia tak henti - henti  .

makcik : Tie . . .cuba ko kesat sikit bibir dia , pipi dia tu ,kasi nipis sikit yg merah menyala tu  , aku tenguk pun macam nak pengsan ,apatah lagi budak kecik !! huh !

dinda : ok la makcik ,nanti saya halau hantu ni eah ? berikan saya tisu sikit boleh ? sambil tu dinda tak henti gelakkan sepupu dinda yang hilang kisah nak jadi raja sehari , kena chop pulak jadi hantu tangga berdiri ! hahahaha . . seyes lawak doe !


UNTUNGLAH DAH KAWIN

Lahai macam lama sangat dinda tak meroyan diblog ni rasanya  , bukan apa ,dunia realiti dinda sangat padat  jadualnya , dah  la padat ,mampat pulak tu ! tu yg tiada ruang langsung nak meroyan ! pernah beberapa kali masuk blog tapi line pulak buat onar ,kejap ada ,kejap hilang ! sakitnya hati ini . . .grr

sejak dapat gelaran 'puan ' dunia jadi semakin penuh ! penuh dengan  tanggung jawab yg sangat mencabar ! yg kita sendiri tak pernah terfikir akannya selama ini . . .  haaa tu lah kata-kata sepupu dinda ketika  dinda pulang ke kampung beberapa hari lepas untuk   meraikan  majlis jemput menantu dirumah suami beliau . 

yeke mencabar beb ?  amendenya cabaran ko tu**
ehh dinda buat - buat bengap pulak ni hehe . 

eleh ko ,sekali aku lempang kang baru tau  , haa **
ceh dah dapat suami  garang pulak sepupu dinda nikan  dulu bukan main sayangnya dia kat dinda hmmm . . . 

yela . . aku tau ,dulu ko kalau tidur tak ingatnya nak buat sarapan ke , nak kemas rumah ke , cuci baju ke ,semua tu bila ko bangun mak ko dah siapkan kan ? haa sekarang jawab lah  . .   mana nak adjust waktu rehat , nak adjust makan  minum suami , nak kerja lagi , nak layan suami lagi . . tulaaa sapa suruh ko kawin doe ! hahaha  **
dinda memang suka gelakkan dia ,nanti merah telinga dia kalau dia sedang marah heee .

bongok  ko beb !  **
dia lemparkan tuala mandinya kemuka dinda .

apa ???? **
dinda terkejut dan nak tau gak apa yg bongoknya dinda ni

kawin lah best sengal ! yg haram jadi halal , yg jauh jadi dekat  . . . benda semua dah depan mata doe !hahahaha **
hahh ?? . .   dia gelakkan dinda ???????



JADIKAN SEBAGAI TEMAN

awak . .

pernah kah kita terfikir ,antara orang yg kita sayang tu ada diantaranya akan kekal tanggungjawabnya kepada kita  sehinggalah  kita mati ? mereka ialah 'bakal anak-anak  kita'  . ceh siap cakap 'bakal' tu heee

jika anak-anak itu ketika hidupnya  ,  ada buat maksiat ,ibubapa didalam kubur akan mendapat siksaan dari perbuatannya . kalau mereka berbuat kebaikkan ,ibubapa juga mendapat ganjarannya . Allahuakbar !

nah ! bukan mudah menjadi anak yatim kan ? korang jangan ingat bila mak bapak korang dah takde ,korang boleh buat apa yang korang suka ye! ada banyak cara untuk korang balas cara mak bapak korang bila mereka dah takde kat dunia ni . pleaselah k ,hanya korang yg mereka ada ,so buatlah apa yang perlu ,yang bleh bagi mereka selesa di dalam sana !

Dinda bukan apalah kan . .kebelakangan ini ,ramai remaja yang dikeliling  masyarakat dinda ni , kalau dah takde emakbapak ,mereka jadi anak -anak yang terbiar ! bukan tu aja ,mereka dah tak boleh ditegur ! mereka buat je apa yang mereka suka ! tak amek port mana halal,mana haram ! kadang-kadang dinda sedih tengokkannya . tapi siapa dinda nak menegur . just tengok  dari jauh je kemudian berdoa agar mereka kembali kepangkal jalan . . .tu je yg dinda mampu !

hmmmm kesian mak bapak mereka dalam kubur tu . entah berapa kali dibacakan yasin dalam seminggu . entah berapa kalikan disedekah kan alfatihah dalam sehari .

awak . . . tu anak orang , mungkin mereka tidak dididik untuk menyentuh al~ Quran ketika ibubapa mereka masih hidup ,so ,inilah makan dia ,mereka terus hanyut dalam alam mereka tanpa bimbingan sesiapa pun. pada dinda ,ni bukan salah mereka tapi didikkan mereka sedari kecil !

awak kalau anak kita ,ada eloknya kita hadapkan mereka hari-hari dengan bacaan suci al-Quran ni ,bukan nak menunjuk -nunjuk yg pembaca tu alim ke apa ,tapi sebagai amalan harian jek. awak  paham kan maksud dinda ni .

ye,jadikanlah rutin membaca al-Quran tu sebagai salah satu aktiviti harian ahli keluarga kita supaya ,setiap detik hidup mereka ,mereka akan rasa betapa indahnya membaca al-Quran ini . dan mereka kan membaca tanpa diarahkan . subhanaAllah~

dalam sehari ,kalau tak dapat satu muka surat ,dapat separuh pun dah cukup . kalau tak dapat separuh muka surat  ,sebaris ayat pun dah memadai ,bukan perlu berhelai-helai muka surat dalam sehari . yang penting tajwid mesti lulus ,insya Allah ,berkat dunia dan  akhirat nanti . ammiin . . . Jum semarakkan budaya membaca Al~Quran didalam generasi kita !!









SEBULAN AWAL

morning semua !

semalam 18-11-14 . . 

Dinda gelak bagai nak rak bila si perempuan manja bernama Sya dah mengade - ngade wish HAPPY BIRTHDAY kat dinda ! padahal birthday dinda kan 18-12-14 ! look !! sebulan awal tu dia sudah up her wish.  

hmm . . dia excited sangat le tu kan nak sambut birthday dinda tahun ni . sya ada ajak dinda lepak KB -Kota Bharu ,Kelantan untuk berdating heee . . dinda ni kan pemalu ,lagi-lagi kalau dating dengan perempuan ,memang la pemalu giler ! kalau dengan lelaki takpelah jugak ! hahaha adeh mood gatal mari pulop !

bytheway to Sya . . . THANKS SO MUCH dear sebab terlalu perihatin dengan diri dinda ni ,sampaikan birthday dinda pun dear ingat sebulan awal deh . . . heee muah ! tengs so much ~

Sya Arsya . .heee

PESANAN BUAT ABANG


Fakta : semua lelaki tak suka dipanggil dayus !
tapi rupanya tanpa kita sedari seawal kehidupan mereka bersama perempuan lagi
mereka telah menepah status itu.
seawal perkenalan ,perhubungan antara bukan muhrim dan pertalian ikatan perkahwinan lagi
mereka sudah terjebak !
iaitu apa bila dia membiarkan 'perempuannya' tidak menutup auratnya
 lahai kesiannya awak ye bang . . .
bang !kalau dapat awek yg comel-comel tu tahniah lah eah!
tapi dia akan tambah comel bila diberi pendekatan dengan agama
kisah perlunya menutup aurat
kisah siksanya bila tidak menutup aurat
kisah dosa orang sekeliling yg hampir dengannya bila dia sengaja tidak menutup aurat
bang. . .kalau sayang ,kena berani !
kalau cinta ,kena sabar !
kalau suka kena tekun dan yakin !
abang berusaha lah menjaga auratnya
kalau bukan dia jadi hak milik  abang sekali pun
tak salah memimpin hamba Allah spisis  dinda ini  kejalan yang benar dan lurus. .
mereka bukan jahil sebenarnya bang ,
tapi disebabkan mereka terlalu taksub dengan kecantikkan
tu sebab mereka lupa nak tutup auratnya
bantulah dia ya bang ,
bantulah  atas dasar tanggungjawab,
bantulah  agar abang tidak dipanggil 'LELAKI DAYUS' . .

KALAU MAMPU BAYARLAH HUTANGNYA

Kata nya hampir 50K pelajar baru yg memasuki universiti tidak dapat  pinjaman PTPTN . Semua ini disebabkan PTPTN dah kekurangan dana !

punca ? katanyalahkan peminjam terdahulu ramai yang masih tidak pulangkan duit pinjaman mereka  makanya kesannya sekarang adalah kepada adik -adik yg baru nak buat pinjaman.

hmmm . . . kesian kan . . orang lain punya kesalahan ,orang lain yg tanggung akibat ! adil ke awak ? pada dinda sendiri  ini memang tak adil !! tapikan kadang -kadang tu bila difikirkan balik semula ,peminjam-peminjam tu kekadang bukan segaja tak mahu pulangkan duit pinjaman  tapi disebabkan mereka pun masih mengganggur ,acane nak dapatkan duitnya ,ye dak ?

tak kurang yg mana peminjam tu ada kat penjara atas kes yang tidak sepatutnya , ada tu yg sudah pun berkahwin dan tidak bekerja ,ada jugak yg sakit  , kena buang kolej dan belajar hanya separuh jalan dan ada 1001 jenis permasalahan yg dialami oleh peminjam terdahulu .  namun begitu mana yg sudah bekerja tu ,ringan-ringankan lah poket untuk membayar semula pinjaman awak la kan ,bukan untuk siapa pun ,untuk bangsa sendiri juga ! dah adat meminjam kan ,kenalah pulangkannya .


lepas ni ,paling sedih ,  kalau tiada lagi pinjaman  PTPTN makanya ramai anak orang tidak mampu di Malaysia ni  * terutama anak melayu *  tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka  hingga ke peringkat yg lebih tinggi ! 


sedih . . . 

HAMBAR





yup . . inilah selalunya terjadi !
ada ketika bila kita terlalu mengharapkan kepada sesaorang yang sungguh bermakna pada kita 
 tapi
pada masa yang sama orang tu tak rasa pun yang kita ni amat bermakna buat dia . . .
aahh sadis !


PESANAN KEPADA PENYOKONG

Musim bola kembali ! kehangatan penyokong membara semula selepas demam piala Malaysia reda baru-baru ni .  dinda selalu jugak lepak stadium Larkin tu kalau tiba musim bola . katanya stadium tu bakal dinaik taraf lagi dengan modal hampir 40 juta *katanyalah kan* any comment ? NOooo . . . . heee

oklah kalau dah dinaik taraf ,ada something dinda nak beritahu kat para penyokong yg datang kestadium tu . bola tu bola jugak lah . sokong tu sokong la jugak kan . cuma . . . .kepada penyokong perempuan Johor sejati tu . kalau pakai baju pergi stadium tu janganlah  bawak banyak sangat bola-bolanya  ye 

hahaha cukuplah dinda nampak satu je bola dipadang tu  . tak mahu lagi pandang kiri nampak bola ,pandang kanan nampak bola . walhal dinda pun ada sey bola - bola macam tu . .cuma dinda tak tunjukkkan je ,seriau pulak pengadil nanti hahaha *nampak macam kurang ajarkan *

korang nak pakai t-shirt apa team pun korang pakai la ye ,tapi janganlah fit sangat ! kalau spisis kurus kering tu ,tak la dinda hairan sangat ,ni yg spisis gebu-gebu sejati ni . . adeh. . . .  dinda yg perempuan ni pun pedih-pedih je biji mata memandang , apa lagi kaum yg lagi satu tu   . .eh ! hee

duhai aweks : 

JAGA DIRIMU , ALLAH AKAN JAGA HAKMU . . .




JUJURLAH SAYANG



haa  . .  tu pasal dinda tak letak gambar ayu dinda sebagai koleksi di laman social tu !
kalau ada pun mungkin yang antara nampak dengan tidak je ahha bukan dengki ye,tapi jaga hati.
sebagai insan yang bertanggung jawab pada insan yang lain ,
dinda memang diarah menjaga semua nya tentang .
*perangai*penampilan*tutur kata*tingkah laku
kata mama ,
kalau kita tak nak terluka atau tersinggung ,
janganlah melukai dan menyinggung hati dan  perasaan orang lain
kecuali kalau tak sengaja ,haa itu mungkin tidak perasan la kan . *Ayat cover je*
TETAPI ! haaa ada tapinya tu . . .
kalau isteri dia tak upload gambar ayu -ayu kat laman social demi  mengelakkan dipandang oleh lelaki lain ,
mampukah suami dia menghentikan perbuatan memandang dan memerhatikan gambar - gambar gadis lebih comel dan lebih muda diluar sana  ??  jawapan dinda simple je :
mustahil lah kecuali penglihatannya diambil oleh Allah  

haaa . . .betul tak bang  ?
heee gurau jek ,bukan dengki eah ,
ni dinda pun selalu buat hahaha rugi woo tak tenguk ciptaan Allah yg indah -indah belaka tu
 psst . . sapa suruh diaorang  upload gambar gitu ye dak  ?? hee

p/s  : Blogger itu sorang yg jujur  :)

PERSOALAN

bila dinda tanya   :


mana lebih ikhlas ?
maksud status yg hendak disampaikan 
atau LIKEs yg diberikan 
atau . . .komen yang dipaparkan ? haaa . .

dan ini jawapannya :

1248

1248 ? apa tu ?
1 ~ maybe 1 untuk  anak sulung ? *dinda la tu*
2 ~ maybe 2  ada dua  harta yg baru terkumpul ? * rumah dan kereta*
4 ~ maybe 4 untuk gaji untuk setiap bulan ?
8 ~ maybe 8 for my luck ?*ong kata orang cina*

hahaha bukan laaa merepek retilah korang ni kan . . . .1248 tu sebenarnya adalah entri dinda kali ini ! ianya adalah idea yang ke 1248 ! meroyan yg sudah beberapa tahun dan kali ni dinda dah dapat 1248 bahan untuk dinilaikan disini ! masyarakat ! dunia sendiri ! percintaan ! masalah negara ! its all here ! sharing with heart,with soul ! that is call ''meroyan '' opss  tak mau touching eah kalau ada entri yang deep tu . . heee

Awak ! kalau awak nak tau ,cita - cita dinda ialah nak jadi seorang penulis novel . tapi disebabkan dinda tiada asas penulisan yang sempurna , tu sebab dinda jadikan blog peribadi ini  sebagai tempat melepaskan semua yg diperhatikan disekeliling hidup dinda ini . antara realiti dan fantasi ,ianya adalah idea ! jika di asah selalu , semuanya bakal menjadikan sesuatu yang sejuk itu menjadi lebih panas . . ohh yessss




matlamat  beblog ? bercakap cuma dalam hati dan tak perlu dibebelkan ketelinga orang itu . sekian ~


CUMA CAKAP JE

senyum lebar dinda harini bila bangun pagi hujan dah turun  .  almaklum hari cuti , so memang saat ni paling dinda tunggu - tunggu dalam cuti . lahai . . .gedik jek nampaknya .

bila hari  cuti ,pekara paling best dilakukan ialah  mengemas rumah ,masak -masak kemudian tidur ! hahaha memang tak beragakkan dinda ni ? awak . . .sementara menanti orang lelaki balik dari masjid ,dinda nak kata kan sesuatu pada awak semua . boleh kan ? persoalannya kenapa orang lelaki ni . . . .

 *psst , tengok  kiri kanan dulu, line  clear ? clear ? orite (y) . . . 

berbalik semulalah . . .
kenapa orang lelaki ni ketika bercinta ,dia tak reti nak beragak ? maksud dinda camni : 

contohlah remaja 19-20an mereka rasanya masih ditanggung mak bapak lagi ni kan ? kenapa berani nak ucap sanggup nak jadikan gf dia sebagai isteri ? apa yang dia mampu beri untuk bakal isterinya tu ? untuk masa depan mereka tu ? tak rasa bersalah ke diaorang nikan . kerja pun tak menentu ,ada tu masih lagi study , masih lagi guna duit kerajaan ,hutang PTPTN satu sen pun belum dia bayar lagi tapi dah reti janji bagai kat anak dara orang . huh! kerja giler !

mungkin aja awak cakap ,ala tukan  cuma merancang ,tapi sedarkah awak itu juga sebuah harapan buat insan yang dipanggil perempuan ! sanggupkah awak tenguk gadis awak terpaksa melalui masa depannya dengan kesukaran ? tertekan dengan perasaan cinta yang tah apa - apa je tu ? 

orang lelaki mungkin tak rasa apa-apa tapi perempuan ini jiwa dia sensitif ,lembut ,halus ,satu je janji bf dia bagi , sepuluh harapan dia panjatkan kepada bf nya tu ! serius , dinda tak tipu .

oklah ,kata orang kalau dah kawin rezki tu Allah yg beri ! ok dinda sokong tu ! tapi mampukah awak beri apa yang isteri awak dah dapat ,dah rasa ketika dia masih anak dara ni? walaupun dia tidak kaya raya tapi dia memang nakkan kesempurnaan yg maksima bila dia dah ada keluarga nya sendiri satu hari nanti . semua gadis cakap macam tu !  untuk bf nya mereka selalu je ucapkan :

awaklah bakal imam saya .
awaklah pelengkap masa depan saya.
awaklah pembimbing saya satu hari nanti .
awaklah pengganti keluarga saya yg dah menjaga saya selama ini .

tapi mampukah  bf dia lakukan semua diatas tu untuk gf dia nanti ? sanggupkah dia berkorban  sebagaimana yg gf dia nakkan tu ? baru aja dididik solat cukup pun masih bangunnya  siang hari !  dimana kesanggupan untuk mencari rezeki tanpa berdoa kepada pemberi rezeki ???

ala mungkin aja awak nampak benda ni remeh kan awak ? tapi bila dah masuk ke alam perkahwinan , sudah ada generasi sendiri ,maka jika  gagal bakal imam ,maka rosaklah keturunan disepanjang sejarah hidupnya nanti . sebab tu dinda selalu pesan kat kawan -kawan perempuan  . jadilah yang terbaik ,maka awak layak mendapat yang baik -baik . dan jika solat pun awak main-main ,tak mustahil awak dapat bakal imam yang tak reti bangun awal pagi untuk solat subuh ! 

pesan dinda lagi . . .  korang jangan mudah terpedaya janji lelaki yang boleh buat korang pening ! buat korang leka ! carilah lelaki yang betul-betul setia kepada Allah ,maka pastinya dia pun akan setia kepada kamu ! kalau dah kaki penipu yang korang kejar-kejarkan ,nescaya sepanjang usia korang dengannya pun  akan dimakan tipu helahnya nanti .

bytheway girls  . . dinda bukan anti lelaki tetapi dinda ialah pecinta wanita !
*dinda cuma nak cakap jek !



jum ngeteh dalam hujan . . . 

BABY

Aaisyah  Dhia Rana !

oh yey ! nama anak cik Ta dan encik Zain ! aip ! dinda dah jadi blogger retis pulak ke ? idok le ,but disebabkan dinda begitu teruja dengan baby cik Ta dan Zain ni ,so tak salah kiranya dinda update nama si kecil ni kan .



hope sangat -sangat si puteri cik Ta and Zain ,akan menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggan kedua ibubapanya diakhirat nanti ,insya Allah . . .aamiin

psst . . .ada orang tu tanya ,dinda kalau dapat anak perempuan nak bagi nama ape ? err. . . . . *jap fikir*




hmmm  . . pinjam baby google jap ! hee