CARA LEGAKAN LETIH



Terlalu sedih dengan nasib ? Letih ? Lemah badan ? Jawapannya mudah je . . .

Ambil sebiji bantal , pasang kipas atau air-cond bilik awak .  tepuk -tepuk tilam , baring dan bacalah

" Allah humma bismika ahya wa amutzs"

aamiin . . . .

Naaa. . .  dah boleh pejam mata . . . sweet dreams  hahaha

Dinda takde idea ni hmm bosan seyy . . .





YANG GITU -GITU

Sementara tunggu pak bilal melaungkan azan , dinda sempat lagi on twitter untuk meninjau kehangatan para penyokong team tok gajah dan team harimau selatan  tweet .


Dan bila check the notification , ada something yg buat dinda teruja . apakah?? Meh tengok screenshort ni jap!



Nampak tak siapa yg following tu ?  Haaaa . . .cari sendiri jawapannya  . . .alaaa yg gitu-gitu tu . . heee



90 MINUTES AND MORE

Ahh team ini lagi yg bakal berentap dipadang . balik -balik dia lawan dia , dia lawan dia .



Apa keistemewaannya game malam ni hanya Allah yg tahu . apa yg penting , kata sorang penyokong Pahang


" peluang datang sekali , siapa yg tahu ambil peluang tu , dia lah bakal menang "

Orite harap sangat lautan biru malam ini tidak pulang dengan kekecewaan . kalah menang adat bertanding ! Apa pun harap sangat JDT  dapat membawa pulang piala idaman .

Macam biasa tata susila telah pun diterap kepada setiap penuntun . pesanan demi pesanan diberi . itu kalau ada lagi terjadi kes yg bukan-bukan , memang kena hantar ke villa Nabila lah mereka lepas game nanti . nak tunjuk kuat kan?? Haaa


Dinda ke stadium malam ni kah? Owh . . .  not lah , kata paksu Shukri jangan cari pasal dengan lautan manusia itu .stadium bukan tempat sesuai untuk dinda ( gadis comel lagi manja) ** mohon jangan bunuh diri** hahaha .


Bukan apa  nanti ada pulak yg kena jadi ' jururawat tambahan' kalau dinda pengsan .sebab dinda ni kan tak sihat sepenuhnya , apa keharuknya nak mengedik kat stadium memalam gitu  kan?

Lagi pun  kat stadium tu kita bukan boleh ' ajet -ajet ' awek manja or awek cun setaman , kang ada pulak pengadil lari ke tempat duduk penuntun sebab bola dah lari salah gol . . . hahaha

Lagi bahaya game dah habis , pemain simpanan masih bermain bola hahaha matila nakkkkk . . .


 Ada takde , tengok bola depan tv lagi sweet kot . makan cekedis , minum susu suam , layan lagu cucuk earphone kat lubang telinga . . . time gol sorak , time tak gol buat  moment kat wechat or tweet kat twitter . . .haaa santai giler kan dinda tengok bola kali ni . lagi -lagi tv 3 dah ada siaran langsung !


Pahang vs JDT  dua team paling hot di Semenanjung ! Dengan pengalaman lepas-lepas , awak akan rugi kalau tak tengok malam ni . mohon orang Johor masukkan semua kucing -kucing kesayangan anda kedalam sangkar ok !!

Wish luck  to JDT !
Wish love to Pahang !  Orite . . . . .all the best guys ,


muach ciked ** ayat ngade yg dinda jumpa kat komen awek2 twitter** hahaha i follow ~~

LU BIAR BETUL BRO

hmmm . . . .kalau free dinda akan melepak kejap wechat milik bungaku  . lepas kan rindu kununnya , dinda rindu bunga la

lepastu tangan ni gatal pulak nak search people nearby , mengade je kan . and the result dapat lah beberapa hamba Tuhan yg paling peramah , tapi paling handsome masih pilihan jari dinda hahaha well , handsome kan anugerah Allah , dan dinda mensyukuri akan semua ciptaan Allah yg maha indah lagi menarik .!  why not ! hehehe kalau dah sihat memang gini lah ragamnya .

nak jadikan cerita .adalah seorang tu ,lelaki berusia 27 tahun berasal dari Batu Pahat katanya. perniaga kedai makan .

and he said , "just call me abang "

hah? haha yelakan jelah ,asalkan dia bahagia . still bujang !! ah katanya lah kan .

kami sembang adalah dalam 20 minit .then dinda pun mohon undur diri .

malam tadi lepas magrib sambil nak tunggu azan isyak , dinda on lagi wechat untuk layan perasaan , just layan lirik lagu bunga angkasa*

and 'abang' tu msg lagi untuk kali ke dua ni  . . . bila dia tanya , " adik suka berniaga tak"

makanya dinda jawab lah " ye , suka sangat , saya memang minat berniaga"

dia tanya " perniagaan apa yg adik minat?"

dinda cakap " bisnes gadjet " ,

dia tanya " gadjet tu apa dik?"

jawab dinda "macam handphone , aksesori handphone , anroid , tab , notebook , laptop , haa semua tu lah gadjet !"

" ohh ok , kalau macam tu apa kata ,abang modalkan ,adik yg uruskan perniagaan tu? camane? nak tak?"

what?? dia offer dinda?? baru dua kali chat dah offer bagi modal buka kedai gadjet? hahaha memang lawak brother ni lah kan . sorry to say la bang , mata saya masih lagi suci , tiada lagi unsur kegilaan pada RM . dan andai satu hari saya nak buka kedai gadjet tu , insya allah ,saya buka dengan modal dari poket saya sendiri . amiin . . .


** tapi ni dinda cakap dlm hati tau , tak taip pun kat abang tu**

nampak tak permainannya disitu . paling jelas , sempat lagi mintak no hp . . . oh men . . .permainan lama ni bro , dinda dah MASAK dah hahaha . sorry, sebelum keluar dari wechat , dinda sempat blocked id wechat 'abang ' tu . . . haa settle !!


but for korang punya infomation lah kan ,   lepas dapat offer tu , dinda jawab lah ,

"saya ni mana sempat nak handle banyak kerja bang , pagi dah la urus taska mama , malam pulak nak study , camane nak jaga kedai gadjet tu nanti . . . "

Haa look ! orang comel memang pandai jaga budi bahasa . tak perlu lah maki-makian kan .sebab marah bukan dapat mengubah perangai  seorang "playboy" . . . .peace ~


SAMBIL MAKAN SAMBIL MENAIP LAH

makan jum . . . tanpa selera yg meluap , dinda memang kena isi perut ni supaya nanti tidak dimasuki angin . kalau dah masuk angin , tu yg timbul macam -macam hal , sakit kepala lah , sakit perut lah , lemah lah , lesu lah . . . ngade ah!

tiba-tiba teringat bunga kesayangan di kem PLKN , makan apa gaknya dia tengahari ini  kan .  harap sangatlah dia sihat dan dapat makan makanan kegemarannya disana tu .

makanan kegemaran dia apa ? ayam masak kicap ! haaa sebab tu dia sayang sangat JALEN hahaha sapa jalen tu ? kalau dah tau jawap dalam hati jelah k .

wasalam . . .  

SEMANGAT TUN TEJA

Salam seindah suria , senyumlah dinda walaupun letih ,sedang matahari bersinar tiap hari pun tak pernah  mengeluh letih  . hmm malu je jadi insan comel gila macam ni suka sangat mengeluh letihlah , tak sihat lah, demam lah ,seram sejuklah . . . ngade je kan ?


***motivasi untuk diri sendiri je la nampaknya lepas ni ***


Diluar sana manusia semakin rancak mengejar arus dunia ,kenapa kita mudah sangat nak berputus asa kan . selagi badan dan nyawa masih bersatu ,selagi nafas masih berhembus ,selagi itulah kita kena kuat untuk hidup dan majukan diri ! gagal bukan selamanya  Lyenda ! senyuman mu  yg perlu kekal selamanya ! haaa


ceh . . .semangat tun Teja pulak dinda pagi ni hehee . . . sorry over ~

LETIHNYA

petang dan nak  masuk senja pun ni . dinda baru balik dari kerja . letih sebab banyak kerja di taska tadi. namun demi sesuap nasi , dinda rela letih begini .

balik je layan susu panas dulu . urat leher dah tegang , kepala pun dah berat je ni . tapi tugasan rumah dah pun menanti . hmm siapa nak tolong ?

orang yg dah kawin , yg dah ada baby  tak tahu lah letih nya macamana kan . double trouble maybe . . . haish kesiannya jadi perempuan ni .


 miss my baby right now  hmm

APAPUN TAK BOLEH

wahai bulan . . dinda tak tau nak cakap apa lagi ni , tapi mata dinda memang tak boleh tidur . . baru wish gudnite dengan Zaid **adik yg peramah dan baik budi  dgn dinda di twitter tu**

but jari ni haa masih aktif lagi pulak, so . . .
mana datangnya nak tidur?
mana celahnya nak mimpi ?


ya ampunnnnn . . .esok nak bangun pagi ni . jum teman dinda minum susu ! :)

PROMISE

pukul  1 pagi . .

dinda janji pada diri utk tidak menangis lagi dan akan bangun dgn senyuman di esok hari . . .

in sya Allah . . gudnite~

I DO MISS U . .

rindu Sya . . . perempuan yg kreatif mencipta novel cinta , yg selalu cakap sayang kat dinda . . .


 Sya , i doakan u bahagia dengan dia yg u puja . perjalanan kita masih jauh , tengs sebab pernah hadir dalam dunia siber i . dan maaf sebab facebook i dah tak dapat aktif lagi disebabkan hal yg tak dapat dielakkan . miss u girl :'(

BELUM PULIH

lepas masuk tahun 2015 , dari minggu pertama hingga kini ,dinda tak sihat 100% . . bukan demam , bukan pening ,bukan kena gigit jin . tapi sejak dinda cakap dinda lemah dan lesu kat paksu Shukri haritu . badan dinda terus jadi seram sejuk sampai sekarang .siang ke ,malam ke dinda kena pakai sweater dan stokin.

masih ingat lagi masa tu mood memang down giler . sampaikan dinda cari orang untuk lepaskan  bosan . lastly nampak paksu Shukri online , apelagi terjah je dia terus  dengan ayat lebih kurang gini . . .

"siapa suruh kau on line beb ,kan akak dah nak mengadu kat kau ni haa "

apa yg jadi ? paksu gelak kan dinda . . . . dan macam biasa lah , paksu akan suruh dinda banyakkan rest . jaga kesihatan .dan jangan banyak fikir .

dan dengan apa yg dia tahu jugak , potongan surah yasin yg paksu beri tempohari ,dah pun dinda amalkan .setakat ni alhamdulillah . .sudah ada perubahan pada diri dinda . terima kasih paksu .

dan sekarang . . .dinda sedikit sihat  cuma , minda je kosong .kadang kala air mata tetiba jatuh tampa disedari .

awak . . saya masih sakit . . :'(

RINDU TENTANG KITA

malam .  . . dinda disini masih lagi bernafas dan masih lagi  waras . tapi naluri makin hambar utk meneruskan segalanya lagi .

awak . . .saya rindu kita yg dulu . . .


THROWBACK

kepala dinda  pening . tapi jari jemari dinda  tak pulak , so dapat la menaip petang ni . tadi kat mukabuku ada isu dimana pihak berkuasa JAKIM nak ambil tindakan terhadap penganjur atas kes perempuan-perempuan muslim Malaysia berpelukkan dipentas bersama artis k-pop kesayangan mereka .

dan memang sedia maklum ,isu ni dah jadi viral dilaman sosial dinegara kita sekarang .dinda yg tak bersalah pun dapat tengok video kes tu .

persoalannya sekarang , kenapa tindakkan untuk penganjur? dah memang sedia maklum penganjur itu bukan muslim . apakah dia suruh perempuan muslimah datang show tu?? tak bukan?

lagi jelas , mereka hanya perlukan untung ,sedang perempuan muslim terlalu taksub sehingga mampu melakukan aksi diluar minda mereka sendiri dengan datang kesitu .

ye memang , bila kita sedang seronok , akal kita tak berfungsi , tu sebab terjadinya perangai yg macam orang takde otak !

pada dinda , yg datang tengok show tu bukan orang kurang pelajaran , bukan dikalangan perempuan biasa -biasa . ternyata tiket je dah berapa harganya? anak orang susah takdenya nak bazirkan duit nak pergi show yg standard macamtu . orang bebal takkannya boleh berinteraksi dengan mamat -mamat k-pop yg cakap bahasa dia sendiri pun tak jelas tu .

sayangkan . keistemewaan yg mereka *perempuan-perempuan tu* miliki punah dengan sekelip mata . hanya kerana terlalu taksub . padahal lagu melayu pun tak dipandangnya orang - orang Korea tu ? adeh . . . ade akal tu pakailah ditempat yg waras ye adik -adik .


k-pop untung macam-macam *dapat* korang yg tinggal diMalaysia ni tinggal lah dengan cuma  dapat malu . lantaklah ? kubur memasing ?  segalanya takkan berakhir disitu . cari penjelasan waras .

dinda cadangkan jum pergi kelas fardhu ain , nanti korang taulah hubungan apakah antara sorang muslim tu dengan muslim yg lain .

cubalah hari tu korang pergi show nasyid , sure tak jadi bahan , malah sejuk perut mak bapak korang kalau dapat tau . . .


*nasik dah jadi bubur. . .malas nak merepek lagi ahh . 

ZIARAH BUNGA DIPLKN

sejak petang semalam , dinda habiskan waktu cuti bersama yg tersayang. lain tak  bukan dia adalah adik manja dinda si bunga .

dengan izin , dinda bawa dia ke chalet berhampiran dan disana kami sama - sama melepaskan rindu masing-masing .


dinda layan rindu depan laptop , bunga layan rindu dengan handpon . hee kaki online memang gitu gaknya .

 maklumlahkan , dah beberapa minggu tak jumpa . tak dapat call , tak dapat dengar suara .tak dapat nak mengade - ngade .


dinda pun dah lama rasanya  tak dapat tenguk senyuman manja dia . tak dapat gaduh dengan dia . sebab dinda dan bunga kalau tak gaduh tu bukan kami namanya . sibling more happening with fighting hehe ahh merepek la fakta ini .

dan harini sekali lagi , dinda kena lepaskan dia semula ke kem selepas beberapa jam bersantai bersama . wajah mama pun dinda tenguk happy je sepanjang hari disini . mama , ayah , adik pun  rindu bunga sangat - sangat tu  tapi masing - masing masih lagi nak tunjuk ego masing . ahh biarkanlah

banyak perubahan pada bunga :
pipi dah tembam
kulit dah agak gelap
badan makin mampat
wajah ada sedikit gelisah
tapi senyuman masih manja hee

bila waktu melawat hampir tamat , wajah bunga makin suram . dilingkaran matanya ada barisan airmata yg cuba dia tahan .  dan akhirnya memang jatuh juga dipipi gebu bunga .  dada dinda yg beku , akhirnya menumpahkan lagi airmata kasih seorang kakak yg  comel . . . eh ! typo . . hee

dalam pelokkan kasih ,  bunga sempat berbisik . . orang sayang lu sampai mati kak . .hmmmm ** dinda jawab dengan airmata dan senyuman .


alhamdulillah . . perpisahan kali ini dah mendidik kami erti  kasih sayang yg kami sengaja sorokkan selama ini .


yg sebenarnya dinda nak cakap yg dinda sayang adik dinda tu lebih dari apa yg dia tahu . tapi lidah dah kelu sebab airmata , air peluh , air hidung ,semua dah keluar . .


ok  lah dinda nak ambil air sembahyang pulak , marilah menuju kejayaan ! ermm , masjid kat sini cantik - cantik , tapi yg datang semua orang tua , mana pemuda harapan bangsa ???? solat dirumah barangkali **besangka baik **

ANTARA DIA DAN AKU

makin nak lupa ,rupanya makin timbul rasa sayang . . . ahh itulah yg belaku dalam kehidupan dinda sekarang ni . hmm . .

korang  mesti nak tau apa yg cuba dinda lupakan kan ? ok , harini dinda nak jujur 100% dengan korang  la ye . biar tiada rahsia lagi antara kita .


yang sebenarnya . . . dinda dah cuba lupakan sorang hamba Allah ni . yg pernah bemain dlm taman hati dinda . yg pernah menyerikan malam dinda yg sepi . yg pernah menarik dinda jauh .  . . . jauh hingga kehujung dunia . sampaikan pernah satu ketika kami sama - sama hanyut dalam arus yg dipanggil gelombang hidup .


ahh merepek - repek katanya. . .


serious la . . . mana ada merepek kalau waktu dinda tengah  jujur ni . haa kalau dinda meroyan barulah  nampak merepek nya . lahai . . .

dulukan masa kami bersama menerokai dunia kami  , ada je benda  yg kami buat , ketawa ,menangis , kutuk orang , gossip , bergaduh , ish semualah kami pernah rasa masa tu .


part paling teruk kalau dia lambat reply message , makan merajuk lah dinda bagi kat dia . kalau dia depan mata confirm dinda bagi fly-kick dah , nasib jauh .

dulu kalau sembang ,macam takde  kerja lain dah kami .asik membebel je kerjanya .kadang-kadang tu sampaikan tertidur . hahaha akhirnya yg sebelah pihak makan hati .sebab cakap sengsorang . gila tak marah , cerita dari A sampai Z , last last orang yg disuruh dengar cerita  tu dah sedap dibuai mimpi indah di taman syurgawi heheee

tapi . . . dinda ngaku , dinda memang kejam . pada satu hari tu bila dinda marah sangat kat dia , dinda ambil keputusan untuk tinggalkannya . bila dia tanya kenapa , dinda diam 1000 bahasa . sampaikan tiba satu ketika , dia pun feedup kat dinda dan dengan berat hati , dia ikut cakap dinda . .

kami berPISAH . . . .


hmmm benda dah jadi kan . dah lama pun jadi . kini lepas dinda ambil masa untuk lupakan dia , memang dinda berjaya , tapi bukan bejaya lupakannya , dinda cuma berjaya untuk tidak gatal menghubunginya lagi . . .pernah satu hari , jari jemari dinda ni mengetik nak taip texts buat dia , taip . .taip . .taip . . lastly delete . hambar**


harini baru dinda paham , antara kami bukan ada cinta tapi hanya ada  sayang .


haaa korang confirm nak kenal kan siapa dia ?? hmmm  part ni dinda kena cakap yg dinda kena rahsiakan dari korang,  sebab . . . sebab . . . ahh ada banyak sebabnya lah . antaranya dia merupakan salah sorang pembaca setia blog peribadi dinda ni . takkan nak mention nama dia kot . nanti dinda yg sebak dan sayu . .dia pulak jadi makin meluat dengan dinda . kesian dinda tau. . hmm



hingga hari ni , dinda masih lagi nak cakap , hati dan minda dinda ni , masih tak dapat nak lupakan dia dan akan terus setia untuk mengingati dia sampai nafas dinda yang terakhir . dan kalau dia baca luahan jujur dinda ni , dinda nak pesan kat dia satu ni  :


Awak . . . 1000 kali awak benci saya , 1 000 000 saya sayang kat awak , sebab mama saya tak pernah ajar anak dia untuk benci orang  , kata mama kita hidup hanya sementara makanya tak layak kita kena benci orang . kalau marah boleh tapi jangan benci . Awak . .maaf eah , saya pernah marah awak dulu . kalau esok saya mati , tolong maafkan lah saya , sebelum saya ditelan tanah . sebab kalau tanah dah telan saya , nanti saya dah tak dapat nak  sayang awak lagi .


eh mata dinda masuk habuk pulak , tolong tiupkan , please . . . 

HATI -HATI DUHAI JARI

Jumaat yg sejuk . . . . nak mandi pun teragak -agak tadi . tapi kalau tak siram air pepagi , nanti kepala dinda pening pulak . sebab dari kecil ,mama dah pesan " bangun je dari tidur , terus mandi ! bersihkan diri dari keletihan waktu tidur "


ala mama tu . . . tidur mana ada letih , kecuali kalau mimpi main bola atau main kejar - kejar dengan hantu , haa tu baru la letih kot hmm . .

tapi dididikan selama lebih 20 tahun ini akhirnya jadi rutin bagi dinda , bangun tidur , terus mandi ! dan air sejuk masih kekal menjadi pilihan .

lepas mandi tengok cermin , makin comel doe ! hahaha trylah buat kalau tak caya cakap dinda ni haa .

awak . .  semalam dinda ada kongsi pasal kekanak  hilang kan kat timeline . atas dasar perihatin dinda untuk 2 beradik tu dan atas dasar kesiankan ibubapanya lah dinda turut sama berkongsi kisah itu.

namun apa yg membangangkan keadaan , diwhatsapp dah menjadi satu keserabutan melampau bila mana dikatakan ,
*dah jumpalah *
*masih belum dapat beritalah*
*bapak dia ambiklah*
*emak dia marahlah*


dan macam-macam hal lah . dan akhirnya bila satu malam dinda ikuti kisahnya , akhirnya pagi ni dinda kena 'delete' perkongsian dinda ditimeline tu. sebabnya ?

Sebabnya ini dah jadi kes polis , dan pihak polis dah mengeluarkan amaran untuk tidak meViralkan kes ini di laman social lagi . dan biarkan saja pihak polis yg buat kerja ni demi keselamatan kanak -kanak tersebut.


hmmm . . . so?
so . . kita enjoy !!


aip . .aip . . so . . .marilah kita sama-sama doakan kanak-kanak duaberadik tu selamat ditemui dan mak bapak dia pun hati jadi tenang . setenang air dikali . haaa


ha ah kan . . kalau semua nak jadi polis , nanti polis nak jadi apa pulak ek? kesian polis kan awak kan . .



huh ! nak tolong pun tak bagi ! dekot !!!!

dan  lagi satu dinda harap sangat kat abang , kakak yg dah bercerai dengan pasangan memasing tu , janganlah nak banyak hal pasal penjagaan anak-anak korang ok . banyak dan berlaku , anak hilang ,tup tup dapat berita , bekas suami bawa lari sebab rindu kat anaknya . dah tu kata pulak kes culik lah , hilang lah . . grrrr . . . banyak lagi  benda kami nak fikir lah kak , nak fikir GST lagi , nak bayar PTPTN lagi , nak cari kerja  yg lebih mantap lagi , nak fikir pasal . . . pasal . . . ahh banyaklah kalau nak disenaraikan dalam ni . hmm lain kali hati-hati lah ye . nanti orang marah kalau sedar kena bohong dengan status korang tu haa . .dinda ingatkan jek .


dinda ni kehilangan jugak ni kalau awak nak tau haaa . . .dinda dah  hilang fokus hahaha

ANAK

ermm . . . nak naik sekolah tak lama lagi .  ibubapa yg ada anak sekolah sibuk dah buat persiapan , lebih kurang nak buat persiapan hari raya jugak dinda tenguk kan .

biasalah anak -anak semua nak baru di tahun baru . bukan dia fikir  macamana ligatnya makbapak diaorang nak adjust RM .


duit yuran sekolah pun boleh tahan jugak harganya sekarang ni . dengan duit buku , lencana , nametag , setokin , kad itu ,kad ini , buku panduan sekolah ,majalah sekolah haish . . .yg  lagi pedih , bila dah berabis -abisan diawal tahun  , tapi diakhir tahun anak dapat result yg entah apa-apa je tu , si anak boleh takde rasa bersalah pun kan . menyesal pun tak ! lahai anak  oh anak .

untuk diaorang menangis  dok kenangkan pengorbanan mak bapak tu , mustahil lah . apa yg mampu diaorang cakap , percayalah pada takdir , kita hanya mampu merancang . . hmmm akhirkata . . .


whos your mama? whos your mama? hahaha pengaruh whatsapp video lebih dinda ni kan! grrr

BILA BIJAK JANGAN RIAK

awak . . . dinda sedih  bila ustazah yg mengajar  mengaji lebih dari 20 tahun dah reti buat undang - undang  sendiri . semalam dikelas tajwid tempat dinda belajar ty , semua pelajar ada dapat memo yg berbunyi :

jika didapati ada pelajar yg tidak hadir  kelas 2 bulan berturut turut tanpa sebarang  alasan , maka secara automatik ,dia akan diberhentikan  dari kelas  ini .



Ok , kalau  kita lihat memo tu biasa - biasa aja. memang standard lah kan , ponteng kelas selama 2 bulan confirm kena berhenti .

tapi secara ilmiah , ini pelajaran al-Quran , bukan matematik atau sains!

al-Quran selagi hayat dikandung badan , orang muslim memang perlukan nya .


 wa imaamuka ?  . . al-Quran ! dan kalau al-Quran tak dapat dibaca betul , bagai mana nak pandu kan hidup yg sekejap ini ?

singkat betul akal Ustazah zaman ini * walaupun tak semua* mereka lebih pentingkan income dunia dari income akhirat .


cuba awak bayangkan , dah la pelajar tu kaki ponteng , lepas tu kena warning macam tu , agak -agak awak lah kan , siapa kah yg akan melepak diminda dan jiwa dia ?? pastinya  mahluk bernama saitan nir rojim . . . kerana dalam bab menghasut ni , hasutan saitan paling power !

awak . . dinda terkilan bila kejadian begini belaku didepan mata . sebabnya pemangsa dan mangsanya adalah dari kalangan umat islam dari kelompok bangsa dinda sendiri . Allahhu . .


hmmm . . .awak , kalau lah dinda ni  seorang ustazah . 

SEJARAH TAKMUNGKIN BERULANG

hai throwback !

kes malam tadi yg berlaku dipentas Gegar vaganza ! hee keknis dilamar si azreen ! wow !! ramai hati jejaka yg mereput dalam kegelapan malam tadi hahaha

ada yang kata keknis diberi kejutan melampau sampaikan dia seperti blur , tak tau nak jawab apa . just " insya allah ,tQ" !

haa apakata korang terjah instagram keknis tu , then instagram azreen tu . . nanti korang dapat la jawapannya .

apa yg dinda baca , mereka kenal dari tahun 2004 lagi ! zaman mereka sama-sama aktif blogging ! betul ke? kalau betul lahkan . . .wow ! 10 tahun tu beb ! dan pada dinda lah kan , pasti mereka sudah pun saling mengenali antara satu sama lain dan cumanya mereka ni tau jaga adat dan adab memasing , sebab tu kita tak kesan percintaan mereka . maybe kawan rapat dah tau kot haaa . .

apa pun benda dah jadi dipentas tu , biarkan je terjadi . sebenarnya memang gak maniskan , sebagai mulim kita ada step by step untuk melamar anak gadis orang . oklah , manusia mana pernah sempurna . maaf ~

sebagai peminat azreen dan keknis , kita doakan yang terbaik buat masa depan mereka ok .

harap azreen jangan tunggu lama-lama sebab ramai jejaka diMalaysia ni menanti keknis heee antaranya?

 #amran fan . . . melepaslah hang meran oii . . . hehehe


DINDA JIWANG PULAK

dinda nak jiwang kejap lah !



naluri malam ini . . .
suara cinta itu memanggil sayu,
dikala malam berlagu sendu. . .
sehingga kini
rasa sayang masih ada
biar jarak telah memisahkan kita.
namun dalam sebak
ingin ku lagukan nada pedih,
bahawa rasa cinta itu masih milik hati ini . . .biarpun kau dah anggap kenangan kita hanya memori  . .

ah sedih ah . . .


*terkilan pada syurga idaman

MIMPI SIANG MALAM

Dengan mood entah apa- apa ni , dinda nak kongsikan satu kisah kat awak ah !

semalam dinda tidur macam biasa , tidur awal ! eh lupa nak beritahu yg dinda ada kat kampung dinda *Muar , Bandar Maharani .

Dalam keasyikan tidur , dinda boleh termimpikan sorang sahabat dinda yg merupakan seorang ibu tunggal ber anak 4! nak jadikan cerita , waktu ni , dia masih berada di Mekah kerana mengerjakan umrah selama 3 minggu .

yg menariknya dalam mimpi tu , seperti kami berada dalam majlis membaca al-Quran . dan dinda pun join sama .

tapi sahabat dinda tu seboleh -boleh nak suruh dinda yg baca sorang sedang dia dan anak-anaknya hanya pegang je al-Quran itu.

dinda hairan , kenapa dinda ? dia jawab , dinda pandai mengaji dengan baik dan suara dinda sedap .

hah??? dinda pun masih belajar ilmu tajuid , mana dia tahu dinda pandai mengaji nya?

owh . . . lupa kan mimpi ! dalam mimpi macam-macam boleh jadi kan? heee dan dinda pun penuhi permintaannya hanya dengan bacaan al-Fatihah !

tapi kan , ye . . .dinda memang sedang belajar tajuid dan hanya ilmu itu je yg dinda kena belajar untuk mantapkan lagi bacaan dalam al-Quran .

bila dinda sedar dari tidur , dinda hanya senyum sebab kata orang bila kita mimpikan seseorang , tu tandanya dia ingat kat kita .


harap sangat sahabat dinda tu sihat sejahtera disamping menjalankan umrah ditanah suci itu.

Dinda pun ada cita-cita nak pergi umrah dan ini lah impian dinda selama ini . dan ini bukan mimpi hendaknya. aamiin. . . .


dan tadi tidur petang , dinda mimpi kiss mr moon pulak?!! ahh gatal betul mimpi siang hari ni kan ! hmm .  . . rindu pada yg tak sudi , memang lah kena chop gatal ! haha