TETIBA

Dear Retailers, Please take note of price revision below:


FuelSave 95 RM1.90(increase 20 sen from RM1.70),

Diesel RM1.90(increase 20 sen from RM1.70),

V-Power 97 RM2.20(increase 20 sen from RM2.00),

V-Power Racing RM2.45(increase 6 sen from RM2.51),

KERO RM2.90 (increase 10 sen from RM3.00).

Pls ensure the updates are effective 0001 hours on 1st March 2015.


Thank You !


Yang naik haritu belum turun .yang turun pun tak sempat turun lagi .sekarang dapat tau naik semula . ke memang gini duduk negara  pengeluar minyak? Atau takut bankrup pada si kaya ? Mangsanya  siapa ? Orang kaya raya tu jugak kah ?

Tutup mata . . .tarik nafas dalam -dalam . . . . tahan . . . .lepaskan lalu mulut perlahan -lahan jugak . . .hmm patutlah jumlah orang gila kat Malaysia bertambah tiap tahun..

FIBO MEROYAN

Kata fibo dinda ada saka !
Haha mana datang saka dinda pun tak tau . tapi dia cakap :

"Sis ! Lu bela saka ke apa ? Orang  marah  lu haritu kat pantai . orang sentap dengan lu masa kat kereta . orang tengking sis berapi-api . . .tapi lu diam jek . lu buat tak hal jek . tup-tup orang balik rumah , mak orang cakap kasut convers kesayangan orang warna maroon tu hilang ! Mat gian rembat ! Huarkkk . . .sis . . sorry !! Orang janji tak marah sis lagi . .tak sentap dengan sis lagi emmm . . ."

Dinda :?hah?@$&*Bingung* Sambil cakap dalam hati .


"Kalau toyol curi duit , saka curi kasut convers pulak ke?  Kenapa saka dia salahkan ? Bukan mat gian tu ? Adehh payah la kalau camni " .

MALAM INI

Bersama keluarga tersayang pergi Bukit  Layang-Layang ,Pasir Gudang . malam yg sungguh meriah dan padat dengan Johorean juga turut dipenuhi dengan  Banglarean , Nepalean , Singaporean , Thailandrean . . .  ahh memang padat gila lah ! Ada apa? Perasmian pesta Layang-Layang ! Jum lah  lepak sini !



Eh ! Naip lagi dinda malam ni? Hmmm  selagi blog belum lesap , aktif lagi lah diary peribadi ni dan masih aktif jugak memo peribadi  ini  . . . . . .  

* sebak sey *

ENTRI TERAKHIR MUNGKIN

Dinda nak kongsi Satu kisah dipentas jumaat :


Seorang orang terjumpa seseorang yg  buang najis kat belakang rumah jirannya .orang yg buang dah  pun blah .orang yg jumpa dok menyumpah-nyumpah marah sebab kaki dia dah terkena najis !

Kata orang yg jumpa : siap la kau ! Aku jumpa kau nanti taulah kau ! Aku cerita kat semua orang yg kau melepas kat belakang rumah jiran kau ni  .masa tu kau tau lah langit tu tinggi ke rendah . jangan nak salahkan aku kalau kau mendapat aib atas perbuatan kau tu sendiri !

Kahkahkah

Masa tu penuntun cerita  cuma tau gelak je sebab orang yg terpijak najis tu lupa akan ada satu hal yg bakal mengaibkan dia jugak. Bila dia dedahkan aib pesalah .dia juga lupa apa yg dia dah buat sebelum ini . tak takut ke rasa bersalah ?


Mesti  penuntun dok tertanya-tanya apa kejadahnya dia buat kat belakang rumah jirannya tu??? Mengintip  isteri jiran kah? Niat nak mencuri kah? Skodeng anak dara jiran kah? Kalau niat dia baik kenapa tak guna jalan depan rumah jiran ? kenapa  pilih jalan belakang?

Manusia tak pernah sempurna . kau tunjuk salah orang , orang pun nampak salah kau . kau pasti kau sorang je ada bukti? Orang lain takde bukti? Apa ceritanya di Facebook ? Di Wechat? Memang kau ada semua bukti dalam inbox kau , tapi jangan ingat orang lain tak simpan bukti utk pihak kau?? Haaa  well . . manusia masih belum betul - betul sempurna lagi kan? Usia bukan tanda kematangan tapi amarah tanda kebuntuan otak utk sabar .

Bytheway this blog not mine anymore . you can do what you want to do . memang tu yg owner blog ni harap-harapkan sejak dulu . bertahun dia nak padam blog ni tapi kau yg tak bagi katanya . haa lupa lah tu ^^

Buat awak yg lelain . maybe ini entri terakhir saya sebelum " uncle" saya lesapkan blog ni secara sengaja . memang itu kerja dia dari dulu .kalau marah kan someone dia akan lesapkan apa je yg dia nak termasuk dirinya dan cinta-cintanya . keyboard warrior la katakan .kenakan orang memang sedap . kena diri sendiri? Menyirap darah . haaa  fikir balik lah kenapa kau dibahan dalam blog ni ? Apa motif? Tanpa sebab takkan semua ni terjadi lah .


Fikir dulu pro dan kontra ^^

KISAH SERAM


Poyo tak poyo lah kalau dah kawin buat la cara dah kawin kan? yg lu pergi   'budak pinggan mangkuk' kan kita orang tu dah kenapa? Isteri lu mana? Isteri?  isteri lu mana? Hahaha tolong tepi sikit . . .


Seram ke cerita ni? Ermmm kalau isteri dia tau memang lah seram , bro biar childish jangan selfish . you know selfish? Dia bloodbrother  kepada selbee  hahaha gelak guling-guling .

KEKESALAN SEORANG PENYESAL

Kau tinggalkan kasih sayang antara   kita.Kau pergi tanpa kata dan menyepi. Air mata hampa bercucuran tanpa henti .agak bodoh bagi aku kerana menangisi  pada yg tak sudi . lorong kemaafkan apakah bakal diterangi lagi? sembuh luka semalam tak mungkin padamkan parut .pedih nya masih terasa walau darah nya tiada ketara . aku hanya cinta sesaat  yg hadir dlm dunia mu . . .




Luahan hati seorang penyesal !


PESANAN

Adult content policy on Blogger

Starting March 23, 2015, you won't be able to publicly share images and video that are sexually explicit or show graphic nudity on Blogger.
Note: We’ll still allow nudity if the content offers a substantial public benefit, for example in artistic, educational, documentary, or scientific contexts.


Nasib dinda takde gambar lucah . . eh ! kikiki . . 

MEREPEK DENGAN NOVELIST

Bila kerja kurang awal pagi ini . .dinda sempat lagi melepak fb . melayan karenah Sya dengan kuncu-kuncunya . boleh dikatakan semua tu kaki novel . mereka penulis , penggiat   dan pengemar juga pembaca tegar novel - novel tanah air termasuk lah dinda heheee . minat novel takpe kan awak kan ? Jangan minat suami orang sudah le . . hmmm tak baik hancurkan masjid orang .

SYA . . . . satu nama yang tak asing lagi dlm dairy dunia alam maya dinda sejak kebelakangan ini . jiwa kami disatukan dlm komen - komen gila di timeline .kalau dah meroyan lupa dunia  dan dinda nak cakap ni . . . .kalau awak nak tau . . .Sya tu lebih comel dari dinda tau haaa . . . cuma mungkin gambar fb dia tu nampak ganas so memang kena lah bahan dengan dinda kalau crazytime datang kehkehkeh . . . dan Sya jugak pembaca setia blog peribadi dinda ni .

Dengan Sya . . dinda lebih rela jiwang bawang sampai koma .sebab Sya memang kaki jiwang jugak haha .

Harini paling lawak bila Sya komen status dinda bertarikh pada febuari 2014 !! Wakakaka . . masa tu bayang Sya pun dinda tak nampak lagi .tup tup harini dia marah dinda sebab curang ahh gilossss u Sya !! U menduakan I tu boleh pulak kan?? Ek elehhh .  .

Harini dinda nak cuba  cari cinta baru bila Sya dengan rela jiwa  nak lepaskan dinda dari kamar hatinya . Sya Arsya memang sengal !  Kalah lesbian dah kalau meroyan merepek repek dengan dia . hahaha

Untuk Sya  . . . you lah cinta kristal I dear , takde lain dah . kalau ada pun , mungkin si Zats ( sorang hamba Allah yg sangat misteri dikalangan kita ) hahaha ok lah lepas ni kita cari pulak siapa Zats?!! Orite ???


Kikikiki mung hati-hati zats . tok dok ore nok risik mung keh . .bia ambe siasat deh . . . ^^


CALUN DATANG MINANG

Lokasi : Berbaring tepi pantai
Suspek : Dinda , Bungahati , Fibo
Waktu : lepas isyak tapi belum subuh
Aktiviti : kira bintang dilangit malam


krikkk .. Krikkk

Kau beb kalau orang datang minang apa yg kau target dulu ? Kata Fibo buka tajuk lepak malam tu.

Wa? Wa awal-awal cakap , wa tak nak anak orang kaya k , tapi kalau anak sultan wa  rembat ah kan  . .lain-lain wa fikir pasal agama dia ah kot , sebab wa pun rapuh iman ni beb . .  kata Bungahati macam ada gaya  belagak pun ye budak ni hmmm .

Lu sis?? Fibo tanya Dinda .masa tu fikiran dinda entah ke mana .

Errr. . . err. . hah??? Akak ? Orang datang minang ? Hmmm first mohon sangat bukan laki orang . then pandai masak , lepas tu pandai jaga anak , lepastu boleh kemas rumah , sambil tu reti ah buat kueh untuk minun petang or sarapan pepagi ke . pandai buatkan cheesecake kalau akak  ngidam .then pandai cuci baju , sidai baju , lipat kain baju . lepastu kan . .  haaa pembersih . .  manja .  . lembut kulit wajahnya takde misai pun boleh laa . . ermmm lagi satu . . aaaa ape ekk ?? Hmmmm


Oiii !! Kalau macam ni selera lu beb , wa nak suruh mama pinang kan pondan untuk lu lah hahahaha gelak bungahati bersungguh diikuti si Fibo ngok ngek tu hahaha

Well . . lu suruh ah mama , nanti abang ipar lu jugak yg pondan , bukan abang ipar orang lain pun kan haaaa. .nak sangat kan??  haha dinda bagi alasan .

Ermmm jangan ah beb , ganas-ganas wa ni , tak pernah lagi teringin nak cari calon suami yg serupa lu impikan tu grrr  . . . si bungahati merengus menyampah kat dinda hahaha

Dah korang sibuk pasal calon akak  kan? Hahaha tu lah calon-calonnya .

What??? Calon-calonnya??? Kau biar betul sis?? Ishhhh Fibo tenung mata dinda tepat !!


Hahaha dinda gelakkan je budak lelaki tak siap tu terpinga-pinga kat tepi pantai.

Oklah . . chaw !  Akak  nak solat tahjud kejap . korang lepak ah dulu k . nanti kalau mengantuk masuk chalet tau . jangan korang membuta tepi pantai ni pulak .hanyut sampai cherating pulak  nanti hahaha .

Emmm yelaaa boss . . .diaorang just tunjuk tumbs up kat dinda . . .  opss and onemore . . . .jangan gossip pasal akak eah? Haaaa ^^

PERKONGSIAN

SIAPA YANG MENANGGUNG DOSA KERANA SEORANG WANITA?


Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4) Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:



Sahabat⤵

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.
(2) Tegur dengan mulut jika terdaya.
(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto⤵

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.⤵

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar⤵

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca⤵

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.


Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.


Nauzubillah…


Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat   semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

***Nampaknya blog ni kena dicuci dengan pencuci paling power di dalam pasaran :/

17. 02. MASIH MILIK DEAR

Harini masuk hari yg ke seminggu  birthday dear  *17-2-2015 ~24-2-2015* tapi dinda masih kelu nak wish apa -apa juga ayat untuk dear .

Masuk wechat , masuk facebook . . .dinda cuba ambil mood untuk satu ucapan yg boleh dinda ucapkan untuk dear tapi memang tak mampu . .  hnmmm serius . . memang tak mampu .

Saat ni pun , sedang jemari ni leka menaip , ada takungan air jernih di bawah kelopak mata dinda ni .


Ahhh ! Menangis utk apa??Semua dah jadi kan??Dinda cuba tutup semua kenangan dengan lakunan lesu tapi hati tetap merintih . . untuk apa lagi merindu?? Kalau yg lain mungkin mudah untuk dinda lupakan , tapi bukan dear. . tapi peliknya kenapa bukan dear??? Tu yg dinda sulit nak katakan .


persoalan hati memang sulit . padahal dear sekarang entah ingat dinda lagi ke tidak . . hmm entah lah

Dear . . .walaupun dah seminggu birthday awak , saya tak pernah lupa sebenarnya . tiap hari saya cuba untuk kuatkan hati . menaip apa yg tersembunyi .tapi baru hari ni saya mampu lakukannya .

Happy birthday sayang . awak masih kenangan terindah saya . hope Allah panjangkan usia awak tu dgn usia yg barokah dan mendapat perlindungan kehidupan didunia dan diakhirat  dengan sebaik -baik perlindungan olehNya . aaminn . . .

Bila ditanya tentang saya , usah bertanya lagi . usia saya hanya pinjaman dan segalanya masih kosong dan akan kekal kosong . kita tunggu angka 50 pilihan saya masih kekal sama . jika Allah beri peluang. .


salam ulang tahun  yg ke 22 ~ AAbinAF~ *sambil lap mata yg tetiba basah*

AMBIL IKTIBAR PADA KENANGAN

Morning awak and  love you !

Haha yg dah kawin jangan nak poyo  say love you too ok ! Yg bujang tu dah boleh kumpul duit kalau dah ada love di jiwa !

Jangan cuma tau say love you love you tapi kredit handphone masih mintak mak belanja  . memang tak lah kan . . haha

Berani bercinta  beranilah berusaha ye adik-adik . berusaha mantapkan kerjaya .berusaha majukan diri .berusaha kebalkan iman .

Jangan pulak baru Allah bagi hidup mewah sikit .jangan kata  nak bersedekah ke masjid malahan dah  kerap pulak  masuk pub lah ! Karaoke lah ! Berjimba -jimbalah so mana nak datang kekal nya rezeki dari Allah tu kan??  Common men . . .

hati-hatilah ye . akak pesan je .nanti kalau nasik dah jadi bubur , makan buburlah hang hari-hari heeee . . .

Dinda pernah pesan kat someone

" hang kalau nak lupa kan aku takpe , aku tak marah sebab aku bukan bagi hang rezeki tapi kalau hang lupa bersyukur dgn Allah memang Allah marah , aku pun marah sebab rezeki hang tu Allah yg bagi . hang kena ingat hari-hari dari mana datang rezeki tu "

Tapi entah lah dia follow ke tidak pesanan dinda tu , dinda pun tak pasti but oneday dinda dengar bisnes dia hancur sebab something happened . .


Innalillahiwainna ilaihirojiiun . . . tu je yg dinda boleh sebut waktu tu . selain dinda cakap . . . . " sabarlah , Allah duga hang sebab hang kuat , and wish him  gudluck"

Lepastu beliau terus tak serupa orang dah,  hidupnya  24/7 asik ngadap lappy je untuk baik pulih hasil kerjanya yg memeningkan kepalanya sendiri . dan dinda pun terpaksa biarkan saja dia dengan kerja baik pulih hingga kan dia hampir lupa siapa kah dinda ni lagi .its ok . .  dinda terima seadanya kerana apa yg belaku ni ada hikmahnya . part sayang tu memang lah sayang kan sebab dia pun pernah said " i love you " kat dinda dulu-dulu ! what???

 Hahahaha well . . .call me maybe ^^


Harap sangat sekarang ni dia dah jadi  hambaAllah yg berjaya  . aamiin   . . harap sesangat . apa yg dinda boleh cakap " you gave me the sweet momery in my life "

" hang tau dak ? hang lah kenangan terindah aku heee"


Eh ! Dinda dah melalut  lah hahaha sorry




JAGA - JAGA MATA TU

Nak share info yg pada dinda ianya sangat bagus ni utk penjagaan mata.

Info medical dan  Ini benar-benar menakutkan! Belia dengan kanser mata meningkat sebanyak 3%!

Apabila lampu dimatikan pada waktu malam,  tidak boleh melihat telefon bimbit!

Lazimnya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur dalam gelap boleh membawa kepada masalah yang serius.

Baru-baru ini, peningkatan jumlah pesakit yang berusia 30-40 tahun yang mendapatkan bantuan perubatan kerana menggunakan telefon bimbit dalam gelap.


Profesor Li Li, pengarah Hospital Oftalmologi berkata: silau langsung> 30 minit akan menyebabkan mata tidak dapat dipulihkan makula degenerasi yang membawa kepada kemerosotan pusat penglihatan.

Maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu hilang penglihatan kerana perubatan moden tidak boleh merawat, apalagi menyembuhkannya.

Telefon terang dalam gelap dengan dekat pandangan & tenaga tinggi diarahkan pada mata akan merosakkan makula mata.

Profesor Li Li berkata gejala degenerasi makula kebanyakannya dialami oleh orang-orang tua, tetapi akhir-akhir ini pesakit semakin muda. Pesakit yang 30-40 tahun meningkat sebanyak 3%, paling kerap adalah pengguna telefon bimbit.

Walau bagaimanapun, melihat telefon bimbit yang dalam gelap bukan sahaja menyebabkan degenerasi makula. Ia pada mulanya menyebabkan mata kering, katarak dan akhirnya kehilangan penglihatan.

Luka awal mata perlu dirawat dengan laser atau suntikan steroid.

254 Hospital pakar mata Profesor Li Li mencadangkan bahawa perkara yang paling penting adalah untuk menghilangkan tabiat buruk menggunakan telefon bimbit dalam gelap. Oleh kerana penggunaan biasa telefon bimbit dalam gelap sebelum tidur boleh menyebabkan seumur hidup kemudaratan.

Dalam usaha untuk menjaga diri kita dan keluarga kita, ingat untuk tidak mematikan lampu jika melihat telefon bimbit. Maklumkan kepada pengguna telefon bimbit segera yang melihat telefon bimbit dalam gelap dengan mudah boleh membawa kepada kehilangan penglihatan!

Psst !! prof Li Li tu siapa? Yg bujang tu pergi tanya emak awak  . . .  dan yg   dah kawin tu ce tanya wife awak ye uncle-uncle ? Hahaha

TAWARAN GILA YG BERBALOI

Ini tawaran berani mati ! Kalau awak boleh terima cabaran ini ,  pm dinda lelaju haha  . . . jangan jadi munafik  dlm cinta sey ^^



AWAL PAGI KENA CEROBOH


Wechat tak boleh masuk ?? Ada penceroboh masuk ke pepagi tadi? Semua ni belaku bila bunga hati dapat  online  wechat kepunyaan Linda jupiter  , akhirnya dinda ngaku jiwa dinda jadi kacau bilau  angkara kejadian pagi tadi tu hmmm  . . .awak hati-hatilah  dengan bunga hati dinda ni , dia memang macam-macam dah sekarang haha lu sengal ah beb !

BERI MEREKA PUASHATI

Kekadang bila promote barang , ayat bukan main . . pumpang pumpang . tapi bila dah sampai ditangan pembeli , habuk pun tak meletop nya . masa tu kenapa tak rasa bersalah sedikit pun kan? Senang sangat makan duit orang . mudah sangat menipu . apakah halal rezki yg terhasil dari usaha yg begitu. Tergamak kah guna duit dari hasil keluhan pembeli?

Jual apa pun ,  kepuasan pembeli paling utama . bukan main belasah je jual ok . lagi satu kalau  jual online tu tak payah dok serius mintak pm bagai . ada faedah letakkan je harganya secara langsung pada iklan . kerana jualan yg tiada tanda harga adalah salah disisi undang - undang .

Jual cinta je tak perlu tunjuk tanda harga ^^







SELAMAT MALAM

Malam sepi . . . . Tv 3 hiburan  , Tv astro Ria pun hiburan . meriah , ceria , pakaian berfesyen-fesyen yg pelik-pelik . lagu berkumandang pun yg pelik-pelik . dan semua tu aktiviti pelik penggemar dunia hiburan tanahair .mereka melayu Islam Malaysia ! Dan  ini bukan hal pelik lagi .

Dinda . . . tertunduk malu dan sayu. . . .awak , dinda kalah kali ini dan tiba masanya untuk tidur . . selamat malam . . .




MAAFKANLAH AKU





Kekadang kita perlu tinggalkan seseorang  yg tersayang demi mengejar sebuah  cita-cita  . . . maafkan aku sayang .

PANTAU

Sejak kebelakangan ni kepala dinda kerap pening . mama dah mula bising . kerja masuk pukul 8 pagi . . pukul 2 petang dinda dah merayu nak balik sebab kepala dinda sakit sesangat . nasib kerja dgn mama sendiri. Kalau kerja dengan orang lain , memang masak lah jawapnya kena sound dgn boss .

Tadi check doktor kata doktor . . . .

Perempuan muda yg comel macam dinda ni tak elok berjaga lewat malam . kerana kekurangan waktu rehat antara punca kepala sakit . dan dinda perlukan oksigen yg mencukupi untuk dapatkan kesihatan yg memuaskan.

Hmm . . memang patut pun .dari pukul 4pagi  dinda dah bangun untuk study , sampailah pukul 2pagi esoknya baru dinda tidur. Ini berlaku  sejak kebelakangan ini . so?? Berapa jam dinda rehat kan otak ni?

Oklah doktor dinda ikut nasihat doktor tu . lepasni pukul 10malam je dinda offline semua laman - laman social dinda ni k .


Awak . . . kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit . begitu jugak dengan kasih sayang .


Maaf kalau lepas ni dinda makin sepi . ..

MANA MUNGKIN

Sejujurnya kita akan dapat rasa bahagia dengan orang yg betul-betul sayangkan kita .

Kebahagiaan itu bukan lah bermaksud Melambakkan kekasih tu dgn harta benda , emas permata , atau pun pangkat ternama . wajah handsome atau lawa jadi punca bahagia kah? Mana dinda tau . tiap orang punya cita rasa yg berbeza-beza . kekadang muka pecah rumah pun dipandang hero , badan besar kontena pun dianggap ratu . so? No komen ok ^^

Kebahagiaan itu terhasil apabila disampingnya kita sentiasa tersenyum bahagia , ceria , jiwa tak kacau , tenang ,  dan selesa . angau kah ini? Entah . . barangkali aja . biar dibius angau , jangan digigit tungau haha . tau tungau? Pergi search dirumah mr google . kirim salam dengan mr google tau , katakan padanya " dinda rindu mr google sebab dah lama tak masuk dikediaman nya itu" .

Tetapi bila sidia bejaya buat kita bahagia , mampukah kita beri dia bahagia sebagaimana yg dia harapkan??

Jawapannya ada pada diri awak sendiri . pada dinda, jawapannya  mana mungkin . .

DINDA YG OVER

Sabtu !

Macam selalu kerja , kerja , kerja . untuk jadi kaya raya tu tak tentu lagi lah kan tapi kalau cakap pasal duit , memang confirm tak perlu nak mintak kat orang lain lah kan . sebab sendiri dah ada duit . sikit atau banyak bukan tajuk utama yg penting gaji yg diperolehi itu adalah duit yg halal lagi berokah .

Tak lama lagi CNY ! Apa itu CNY? Adeh . . .bukan CUN NYA YENDA  ok . . . its means chines new year . .haha dinda ni kalau tak perasan memang tak sah kan . well perasan itu lebih mulia dari poyo awak . akurlah . . .

Sempena CNY  ada pesanan dari dinda kat insan-insan yg tersayang , kesayangan , disayangi, bersayang-sayang , penyayang dan segala daddy kasih sayang lah yg diluar sana . . . pesan dinda :



Kalau awak makan limau mandrin tu , basuh dulu kulitnya sebelum dikupas . kerana lapisan kulit limau tu telah disembur dengan bahan pengawet dari negara pegeluar supaya ianya tahan lama . bukan macam limau yg baru awak beli kat pasar malam tu . limau mandrin bukan limau fresh ! Jadinya kalau tak dibasuh bersih , dan awak makannya macam tu saja . antara kesan sampingannya :
~batuk
~sakit tekak
~demam
~selsema
~sakit perut

Dan perkara ni bukan dinda reka ye, tapi dipesankan khas oleh tokey cina penjual buah limau itu sendiri  kat dinda semalam . hhaish uncle tu siap bagi free lagi untuk sweet amoi . . .

"Alaaa . . jangan cakap itu machyam la uncle , see . . .  sulah malu la saia , sulah panggil sweet , kasi angkat peli 3 biji limau lagi . . .


** dinda meƱgedik pulaaaaaak. . .   dan apa jawab  tokey tu?


" dik sweet ! Awak guna bahasa apa ? Saya tak berapa nak paham la "

Bhahaha . . .dinda bengang? giler tak bengang oii , dah nampak sangat dinda macam bangang  . . . dia sekolah kan dinda dengan percuma lah awak dan masa tu jugak dinda terus jadi gagap !  Err. . . err. . . hmm Nyesal betul beli buah grrr . . .






KEHILANGAN SEORANG AYAHNDA TERCINTA

Kehilangan Seorang tokoh tersohor pada malam jumaat terindah ini telah memberi 1001 rasa pada setiap orang muslim di Malaysia khasnya  dan di Kelantan khususnya .


Kembalinya ayahnda Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerahmatullah malam tadi telah menjadikan langit kesedihan kian mendung disetiap sudut pelusuk negara Malaysia . segala apa yg diusahakan selama ini , yg di terapkan kepada semua muslim dan muslimah didalam perjuangannya , kini hanya tinggal kenangan .


Mampukah orang lain dapat menyambung perjuangannya setanding dengannya? Waallah hualam .



pada dinda , ayahnda Tok Guru tiada tandingan di seluruh alam Malaysia ini . Beliau punya cara tersendiri dalam memimpin dan paling sedih sekali , hajat beliau untuk melaksana kan hukum Allah dinegeri Kelantan sewaktu dibawah pimpinannya  sehingga kini belum lagi terlaksana . . . *takbir*



Allah maha mengetahui , Allah maha berkuasa , Allah maha berkehendak . Dari Allah kita datang , kepada Allah kita kembali .


Semoga rohnya ditempatkan disisi orang -orang yg diberi perlindungan olehNya disana nanti .

Al ~ Fatihah . .




ABANG TAKUT BINI

Luahan hati abang .

Abang bukan takut bini dik tapi abang sayang bini . ini lah yg sebenarnya  , lagi satu abang  malas nak panjangkan lagi cerita .bini abang tu kalau dah bebel bukan cukup 10minit .

Cuma pesanan abang kat bini abang , kalau marah jangan lah menjerit -jerit .abang ni lemah semangat tau , nanti abang tekejut lepas tu mati? Haaa muda-muda dia dah menjanda kan . . .



Woman : cakap bang ! Cakap!! Siapa yg call abang masa tiap kali saya tengah tido !!


Man : Er . . . er . . . dah ah yunk . . . abang haus ni hmm  . . .

SIAPA GERANGAN PUNYA ANGKARA?

Hi . .  . . morning !

 Mata dinda ni dah  rabak sebab kurang tidur malam tadi. Entah siapa punya suarakah  yg dah kejutkan dinda semalam , hingga  kini jadi tanda tanya dibenak akal fikiran ini. Apa yg pasti suara tu suara perempuan!

Dan ketika dinda masuk toilet tadi , ada seakan - akan tanah kering diatas lantai tandas. look like pasir pun ada!


Tanah apakah? Adeh lupa nak ambil gambarnya . Lagipun dinda terus je siram tanah kering tu tadi, sebab tak nak orang lain terpijak pulak.

Persoalannya :

Siapa ada masuk toilet tu malam tadi? Siapa yang panggil dinda tengah malam tu? Tanah apakah dilantai tandas?


Semua ni jadi tanda tanya sebab sebelum dinda masuk tidur , semua orang dalam rumah ni sudah pun tidur. Untuk apa angkut tanah masuk toilet bagai? Dan memang cuma dinda yg berjaga ! Serious tak tipu !


Oii kak Limah io ! Jangan ah memain dengan saya lagi . . saya ni lemah semangat tau haaaa! Nanti saya demam kang hmm , kesian saya tau . . .

MIMPI KAH ?

Pukul 2:41 am

Tetiba je dinda terjaga dari tidur yg lena . kenapa ? Entah . . .bagai ada suara yg memanggil diluar sana .

Perlu teman ? Emm . . tak payah kot sebab teman setia dinda maybe tengah busy dengan tanggungjawab dia sekarang ni .

Cemburu? Taklah ! Untuk apa dinda campurkan cemburu dalam adunan kasih sayang .nanti perasaan jadi kurang enak sepanjang hidup ini . .

#$@%& !! . . .  *bunyi sesuatu atas siling . . .*


Dinda  :
 tarik selimut lelaju !!! Alaaaa  teringat pulak sang   "oil - man" tetiba jek . .  . adeh  pejam mata rapat - rapat ah !



Sambung tido**



BERSANGKA BAIK

Pukul 6:30 petang :

Sambil minum nescafe panas , makan jajan dan roti kegemaran,  dinda sempat on twitter .

Dinda ni  kalau  bertweet dan mention dengan adik Zaid barpacs tu jawapnya tak cukup jari dinda nak menekan keypad handphone dinda ni . maklumlah kan Zaid tu kaki bahan nombor dua di kawasan dia . dimana Zaid tinggal?? Shh rahsia tapi dengar khabar di planet pluto tempat melepak dia   waallahhualam . .


Tengah dinda syok , taip makan , taip makan . . tetiba tekak dinda ada rasa kurang menyenangkan pulak . jajan oats dinda tu rasa seperti susu masam! Ye rasa susu basi !! Yarckkkk. . .




dinda lari ke sink dan keluarkan semua yg dlm mulut .nasib belum telan **eh ! Macam dah tertelan jugak lah * dan dinda dapati ada beberapa ekor ' bubuk ' didalam oats tadi!! bluekkk !!! Perhh . . .


Apa itu bubuk?

Ia menyerupai kumbang yg selalu terdapat dalam beras , tepung gandum dan semua jenis bijirin didunia ni.

Dan kalau awak nak tau , masih ada beberapa ekor lagi yg berkeliaran didalam plastik pembungkus oats tadi ! Yarckkk kembang tekak dinda dan terus termuntah *tapi tak muntahkan semua sebab sayang woo dinda dah telan hampir 4 bungkus dah masuk perut ni .hmmm malangnya yg ke 5 pulak reject  . . kuaja betul lah pengusaha . ini mesti diaorang dah  masukkan stock  lama kedalam bungkusan yg baru . dasar !!

Nah bukti !





Awak . . .hmm kalau esok dinda mati sebab termakan bubuk sebanyak 2-3 ekor tu , please ampunkan dosa -dosa dinda yg dinda dah buat kat awak eah . kenangkan lah semua kenangan antara kita dulu . dan berdoalah biar dinda mati dalam keadaan beriman . heee


AWAK  !! Mama sebenarnya dah cakap jangan beli natang jajan ni tau . . tapi dinda ni degil ! nak jugak ! Nak jugak ! Haaa kan  . . derhaka lagi cakap mama , kan dah dapat musibah nya :(

Tapikan awak . . . dalam hati dinda berdoa je ni .mohon sangat-sangat  dengan tertelannya bubuk-bubuk  itu , harap sesangat muka dinda ni bertambah cun ! kot lah makan bubuk boleh jadi awet muda , putih bersih dan bercahaya . Qu puteh kompem tergugat !!  . . . hahaha

Dan kalau tengah malam ni dinda asik masuk keluar tandas , dinda akan cakap dlm hati ini


" sesungguhnya  . . inilah pembuangan toksid yg sihat " hehehe bersangka baik lah kita kan awak kan?

Hmmmm . . .


*Tuhan jagakan dia , dia kekasihku , kan kekal milik ku . . .*


AKIBAT PENDAM RASA

Kenapa lelaki susah nak berterus terang ? Maksud dinda lelaki lebih pada memerhati dalam diam . ada niat tapi dipendam senyap - senyap hinggalah apa yg diperhatikan itu diambil orang barulah mereka mengeluh sambil berkata :

" Awak . . .sebenarnya saya suka awak , sangat - sangat suka dan dah mula timbul rasa sayang pulak ni "

Tapi tulah ' awak ' yg dimaksudkan tu sudah pun jadi milik orang dengan sah .

Padahal  sejak dulu ' awak ' tu pun sudah lama simpan hasrat yg sama iaitu terlalu suka akannya dan sayang akannya . namun sikap  sambil lewa nya lah yg dah buat ' awak ' terima lamaran dari orang lain .


Inilah kenyataannya , nasi dan jadi bubur :))

JUST A NICKNAME

kenapa novelist suka guna nama pelik -pelik kan ? kadang-kadang tu macam nama yg baru jumpa dalam hidup ! hehe  apa pun tu hak dia sebagai penulis . tak semua orang tahu menulis , dan tak semua orang tahu nak cari nama untuk dirinya . contohnya dinda ni ah !

dulu masa  nak tuka nick name facebook dinda dari Lyenda ixati ke nama yg lain  , ramai orang dinda dok bertanya . masing-masing ada yg buat don't know jek . tapi ada jugak yg bagi respond walaupun lewat hahaha its ok  , kita tak perlu untuk terlalu serius dalam dunia maya . ye dak ? heee~

sebenarnya nick adinda ixati tu kawan alam maya dinda jugak yg beri ,tak lain tak bukan si pengantin baru tu haaa . . siapakah ? siapa lagi kalau bukan pakcik Epool R . ** dah kawin kena panggil pakcik tau , dulu bujang macam -macam nama dinda kasi  panggil  kat dia ** ( gelak dalam hati je ah )

kenapa adinda ixati ? bukan siti ixati , atau lady ixati atau cik puan seri ixati ? ceceh . .  suka i lah nak letak  . , itukan fb i . . .haha .. .dinda ada nama lain kah ? jawapannya . . baaaanyakkkkk . . .antaranya ?

Hetty Zulaikha
Yenda Yen
Sis Ixa
Lyen
Rania
Apple Strawberry


alaaa kira banyak  jugak lah sampaikan dah lupa ni . .  bytheway someone asked dinda . .

''what is your real name ? ''
 err . .  . dinda  say . .  . call me maybe . . . bhahaha

but nick name yg bersusun tu hanya nama gelaran masa dinda muda-muda dulu ah kan , time tengah jiwang sepanjang saat  sekarang dah tak lagi , dah mula berakal mungkin :p

PERSOALANNYA

Soalan :

Kenapa langit tinggi sedang lelangit sangat rendah ?  jawab !


Tiada hadiah yg bakal menanti anda!


Situasi : bosan tahap tapir bunting!

Lokasi : Taska Nur Qaseh , no ** , jalan ***** ***** , Johor Bahru.

Idea asal  : perempuan melayu paling comel yg menaip dalam blog ni untuk saat ini .

Tujuan :  tak pasti tapi jelas ada .

Motif soalan  : minda nak kena samak sebab terlalu penuh dgn unsur mughal lazah hahaha .

Jawapan?? Jawab ah sendiri . dinda pun tak tau hehee

astaghfirullah halazim . . .


tapi serious memang bosan sey  . . . .

CAKAP PASAL CINTA

Tuhan jaga kan dia . . . dia kekasihku kan kekal  milikku ~

~ cuma lirik lagu ~

Cinta jarak jauh , tak kiralah berapa kilometer sekali pun itu tetap dipanggil cinta .

Ada orang cakap kat dinda

" cinta itu satu anugerah .ia lahir dari perasaan sayang yg tulus ikhlas. Jangan salahkan cinta kalau berlakunya perpisahan sebab bukan cinta punya angkara tetapi kerana hati nurani yg tak kekal setia ."

Dalam cinta jarak jauh , kesetiaan paling perlu .


*kalau curang pun mana kekasih tau . . .elehh . .kan jauh , bosan beb duduk sengsorang  kat dunia realiti ni . ada kekasih jauh pulak tu *


Kenyataan atas tu silap ! Kalau curang Allah maha mengetahuinya dan jika Allah  tak mengizinkan segalanya berlaku dalam percintaan 3 segi itu . lambat laun rahsia akan terbongkar jugak . dan masa tu memasing saling salah menyalahkan sesama sendiri.

Kalau betul - betul sayang pada  pasangan awak yg tak setia tu , lepaskan lah perlahan - lahan . dengan cara elok-elok dan hati-hati . kerana  jangan pernah simpan dendam pada cinta yg tak kesampaian . . .


Pesanan dari Otai cinta tiga demensi **masa memuda dulu** heee

BUNGA NAK STUDY APA ?

Isnin yg damai . . .  naluri yg baru pulih menjadi hambar semula bila bebanan tugas menjadi berganda .

Selain menjadi seorang kakak , dinda jugak menjadi pakar rujuk yang tak bertauliah kepada seorang adik .


Result STPM akan keluar sikit masa lagi dan adik dinda sibunga hati dah mula tercari - cari bidang pelajaran apakah yg bakal dia teruskan .

Bila dia bersuara : kak . . lu rase kos apa yg kalau habis study nanti bakal menjanjikan wa tak jadi seorang pengganggur berijazah?


Dinda dengan bangga nya beri jawapan : kos rumah tangga ! Amacam? Hahaha

Woii !! Giler ape?! Orang nak enjoy lagi laaa . . . .orang tua je layak fikir pasal kawin mawin ni , not me ! Not me ! Haddoiii . . . bunga mengeluh hampa sebab dinda bagi jawapan yg tak meransangkan dia . hahaha


Enjoy? Lu nak enjoy dengan tambah dosa? Maksiat? Dan fitnah? Itu lu cakap enjoy ?

Haaa kan dinda dah bagi ceramah free ni . . .hmm

Hellooo sis . .  cakap orang ea? Lu pehal ? Sampai sekarang study tak habis -habis kan? So??

akak borek , adik gedik !! Hahahaha kami gelak sebab peribahasa dia bagi sangat entah apa-apa kah . . .hehe


Bunga suka pekerjaan yg lasak , dinda nak je suruh dia sambung belajar kat GMI **German Malaysian Institute ** kat Shah Alam tu ! Bidang  tu boleh bagi peluang dia bekerja ditengah laut korek minyak . . . hahaha agak-agak nak tak dia kan ??

Tunggu kepulangan bunga hati dari PLKN nanti la !

ITU BUKAN KITA

hi 1st Februari 2015 ! harga minyak turun lagi  ! kalau dulu orang ramai ( rakyat ) suka sangat minyak turun tapi sekarang ni  . .hmm its nothing ! why ?

" ala harga minyak  turun ke ,naik ke , harga barang tetap naik ! menyampah pulak aku nak melayannya ". kata makcik depan rumah  kat mama petang  tadi .

'' hmm saya ni redha je  kak , sebab bukan laki kita tokeh minyak tu , dan bukan bapak kita tokeh mini market tu , naik harga pun kena beli , tak naik pun kena beli . ada takde adjust je perbelanjaan selagi boleh . dah la duit sekarang macam air lajunya , bawak rm 50.00 pergi pasar  tak nampak apa dah . tapi yg saya pelik , tokeh yg jual minyak tu boleh pulak cakap bankrup ye? apakah dia tidak pernah untuk bersyukur ????

** hahahahaha** dua orang suri rumah yg comel molek tu gelak tersipu-sipu di anjung rumah heeee . . . dinda ? dinda cuma skodeng diaorang bergosip jek hahaha  . .


bytheway tahniah JDT ! wish dinda Allah makbulkan , alhamdulillah . . . .eh !, tapi dinda pon ada wish untuk team Pahang jugak kan ?


yeaaaa. . . .  i wish love to team Pahang heeee **malu meow**