SEMUA SEBAB RINDU SANGAT-SANGAT


Lokasi Muar . . .

Dinda baru lepas makan tengahari disini . Di kedai asam pedas Parit Jawa ,Muar . Dengan nenek , makcik ,pakcik dan adik-adik sepupu . Adik E pun join . Sedap ! Asam pedas ikan merah , tenggiri dan telur ikan mayung yg dinda makan kali ini  dah berjaya buat makan tengahari dinda  bertambah . Ok fine makan banyak !! Haha mesti mendak avanza makcik nanti masa balik rumah . Balik yg sebelum ni tak berkesempatan langsung nak lepak sini sebab mama gerak tengah malam ,kedai makan asam pedas dah tutup entah apa tuan kedai pun dah berdengkur tidur. Heee


Tapi disebabkan dinda bukan blogger travel atau blogger masakan , dinda tak dapat lah kongsi gambar diblog ini apa yg dinda makan tadi .takut salah bagi info pulak .so kalau nak tau lokasi ,sila search google dimana kedai asam pedas Parit Jawa . Kalau jumpa , sila telan air liur lelaju .

Kenapa asik ulang alik balik kampung dinda ni ek ?

Asalnya nak cakap , dinda balik kampung ni sebab dinda rindu orang Muar , eh bukan ! orang Batu Pahat , eh !!  orang Kota tinggi , eh bukan-bukan , orang Selangor ,eh tak-tak , orang negeri Sembilan ! Eh ! Salah la . . . Dinda rindu sangat-sangat dengan nenek kesayangan dinda ni . Cuma dia nenek yg dinda ada sekarang ni , dan dinda memang nak sangat balik kampung selagi umur dinda masih panjang lagi .

"Sayang nenek sangat-sangat"

ABANG KENA KUAT



Throwback . 

Minggu lepas  lepas kelas  4 petang . Dinda sempat melepak  depan taman depan  Universiti  tu sementara tunggu ayah ambil dinda pulang . Al maklum lesen kereta dah dipegang oleh pegawai JPM  aii  ( Jabatan Pengangkutan Mama ai @mama dinda )  So tiap petang ayah akan ada tugas baru , ambil dinda pulang kerumah  . Hmm kesian ayah , berkorban segalanya demi anaknya yg comel ini. . .   XD

Belum panas dinda duduk kat bangku batu , seorang lelaki datang dekat dinda dan duduk berhadapan ,mengadap dinda , dinda kenal dia tu . Abang Razif ( bukan nama sebenar )  beliau abang saudara dinda sendiri . Dia bertugas kat sini jugak . Sebagai apa? Shhh biarlah rahsia . Heee nanti ada orang mengeluh . . . .

Hmm rahsia lagiiiii . . . .hahaha siapa??
Haa orang jawa la tu :P

 ' oii tie , buat apa ni? Tak balik lagi?' Abang Razif menegur dinda bersahaja .

 ' nak balik la ni , orang tunggu ayah ' jawab dinda control cun XD

 ' kereta mana?' Soal abang Razif

 'Heee . . .kereta dah pasang lilin , letak limau bang, dah nak sebulan bertapa kat rumah tu' jawab dinda iklas .haha

 'Amboii . . Main nombor ek, haram tie'  sakat abang Razif

 'Hahaha mana ada bang , haa . . kak Ziha sihat ke?' Tanya dinda spontan 

 'Hmmm dia kat kampung dah Tie'  balas abang Razif perlahan

 'Kenapa dia bang?' Dinda terkejut juga bila dapat tau isteri abang Razif yg comel loteh tu dah tak duduk serumah dgn dia .

 'Panjang kisahnya tie  hmmmm . .'  Eh !! Abang Razif mengeluh ??

 'Cuba abang pendekkan' ceceh minah kepoh nak masuk line ,heee

 ' ok , abang cerita lah ni . . . . Bulan lepas dia dah diberhentikan oleh syarikat tempat dia bekerja . So dia dapatlah duit pampasan dari syarikat tu . Banyak dia dapat tie , maklumlah kan dia kerja gaji pun dah 3K , kau bayangkanlah dah kerja hampir 20 tahun . Haaa lebih kurang 200K dia dapat . Dulu dia kan memang ramai kawan kerja . Abang tak kesah dia melepak dengan siapa ,asalkan dia tahu dia isteri orang , dia ada anak -anak , dia ada rumah tangga haaa tu pun dah cukup lah buat abang. Tapi lepas je dia tak bekerja . Abang suruh dia duduk je rumah jaga anak-anak dan rumah tangga . Malangnya . . .dia makin aktif , anak-anak terbiar , rumah kami dia buat macam hotel tempat tidur ,makan ,mandi je. Tiap hari ada event .nak join bisnes tu lah , bisnes ni lah . Hmmm langsung tak lekat dirumah kalau abang pergi kerja . Asik jumpa kawan sana , jumpa kawan sini . Lelaki perempuan bercampur gaul . Mana abang tahan . Abang tak nak dipanggil dayus , abang tegur lah sikap dia yg dah melampau tu .tapi dia tak terima . Dia cakap abang nak kurung dia dalam rumah macam orang gaji . Mana ada??! Abang nak dia jadi isteri abang yg solehah . Abang balik dia tunggu depan pintu . Makan malam sesama , solat berjamaah , menuntun tv sesama . Hmmm lagi satu ,abang khuatir dia dilayan kawan-kawan atas sebab dia ada duit banyak sekarang ni . Esok-esok kalau duit tu dah habis , semua kawan tinggalkan dia . Haaa tu lah yg abang fikirkan . Abang nasihat .tapi hampa . . . Dia merajuk . Dia marah . Dia balik rumah mak ayah dia kat Melaka tu . Dah 2 minggu kami tak duduk serumah tie . Hmmm

' anak-anak macamana?' Soalan anak pulak dinda ajukan sebab selalu anaklah jadi mangsa keadaan .

' anak-anak pada abang , kalau abang kerja ,abang hantar pada pengasuh , malam balik kerja abang pulak jaga ' abang nak tengok sejauh mana dia nak merajuk dan nak lari dari dunia realiti dia ni , abang nak sangat tengok apa kesudahan jalan yg dia lalu tu , dengar sangat cakap hati , cakap kawan-kawan sedangkan  suami cakap tak nak dengar ' abang Razif bersuara dengan penuh harapan .

'Anak-anak tak cari ke mummy dia , bang?' 

'Cari jugak tie ,maklum budak-budak , abang cakap je mummy pergi out station ,tak dapat balik  sebab kapal terbang rosak' abang Razif jawab sambil senyum

'Heee , nasib abang tak cakap ,kapal terbang mummy dia terhempas ,fuhh . . . .'

' hoii . . .tak sayang mulut ek, hahahahaha' abang Razif gelak kuat . Dan dinda tau ,kasih sayang  abang Razif takkan pernah pudar untuk isteri comel loteh dia tu . 

'Hmm sabar ye bang ,abang kena kuat demi anak-anak '  Itulah ayat terakhir dinda sebelum  pulang .

IRAMA PAGI






Alam bagaikan mengerti ,
Segala yang terjadi
Embun menitis ,berlalu pergi
Pertemuan tiada awal akhir . . .

** semangatmu tetap bersamaku **

KISAH SEKALI PANDANG


Sepintas lalu . . .

Memerhati pada otai-otai blogger yg bertahun - tahun duduk ,jatuh ,bngun dalam dunia blog . Ada yg berjaya ,ada  yg biasa-biasa aja , ada yg cuma ada link , entri langsung takde . Heee biarlah ,mungkin saja ada urusan lain yg lebih penting dari berblog .

Pada abang-abang ,kakak-kakak yg memang mengharapkan blog sebagai sumbar pendapatan ni ,janganlah korang mudah give up kerana mana ada senang datang dulu kalau bukan susah yg awal lagi dah terjah kita kan? Yup susah dulu ,senang kemudian .

Ada orang tanya boleh senang ke hidup berkerjaya sebagai  seorang blogger?? Lebih lagi suami orang . Ada market ke diaorang tu ?

Jawapannya mudah saja :

Kalau rajin terima job , ambil semua yg orang amanahkan suruh promote , kemudian buat pantas kerja promosi tu , ayat kena kreatif , jujur , jangan pilih kawan  , jangan mudah anggap orang lain tu musuh ,  selalu bersyukur , selalu ingat Allah kerana Dialah pemberi rezeki . Dan selalu lah ramah dengan orang ramai . Buang sifat sombong ,berlagak , bak kata adik dinda  " kerek tu kikis sikit ,nanti orang hormat kau " hahaha kerek tu lah berlagak .haa kalau semua yg diatas tu ada pada diri awak , jangan kata awak sorang blogger , awak seorang guru ,doktor ,nurse atau seorang tok kadi pun  in sya allah akan berjaya dalam hidup . Tak percaya ,amalkan lah sifat kat atas tu . Lepas tu lihat hasilnya .

Ada blogger yg dah bergelar suami-suami orang / isteri-isteri orang tu , dinda tengok ada macam-macam perangai mereka tunjukkan kepada adik - adik dia si blogger baru nak up ni , umpamanya macam dinda ni lah heeee . . . .

Antaranya ;

- ada yg hanya balas  komen kawan rapat dia jek padahal status dia tu di 'like' oleh macam-macam katogeri kawan . So tak salah kalau dia komen pada semua ayat komen .sebab sekarang kalau difacebook contohnya , tiap komen dah boleh reply rasanya ,so apa tunggu lagi ?

- ada tu macam nak tak nak je jawap komen , maybe dia takut isteri dia marah kot kalau dia komen ramai kawan perempuan . Padahal turun naik seseorang blogger tu bergantung jugak pada tahap minat seseorang terhadap idea  blognya .

-kalau perempuan pulak , memang best ! Habis beratus komen dalam 1 status yg dia update. Lepastu bukan cukup sehari nk balas komen , lepas dibalas ,dikomen , dibalas lagi ,dikomen lagi  ,begitu jelah sampai 2,3 hari . .  lantak korang  ah ~ heeee

-paling menarik blogger perempuan yg dah kawin , entri memang sedap , post hari-hari ,isi dia memang awesome ! Tapi tulah . . . .krikk. . ..krikkk . . . Krikkk . . . Hahaha

NAK JADI APA ?


Senjakala menjelma dan keresahan makin menghimpit perasaan .
Dinda kena akur bahawa  tiap yg berlaku ada hikmahnya .

marah ?? tak dapat apa.
Menyesal ?? Benda dah jadi.
Sakit hati ? Itu perkara biasa .
Rindu ? Masih ada . . . .

Bila orang tanya , dinda ni nak jadi apa ???dengan manja dinda nak jawab ,
dinda nak jadi " kekasih luar biasa "

Heee . . .

PEDIHNYA SECARIK LUKA


Gerimis sepi . .  . Sejak dari pukul 4 petang tadi  hujan dah turun renyai . Sepertinya mendendangkan irama sedih dijiwa dinda . Lepas kelas berakhir pukul 4 , hati dinda dah mula resah gelisah . Sepertinya ada sesuatu telah terjadi dan bakal terjadi . Tapi apakah ??

Kita tunggu dan lihat saja nanti . . .  Apa yg dinda tahu , ada secarik luka dah mula berdarah dihati kecil dinda ini . Dan melihat pada lukanya ianya agak kecil tapi dalam .hmmm tak boleh ditampal dengan plaster . Letak minyak gamat pun ambil masa untuk pulih . Terpaksa ku rawat luka ini sendiri lagi . . . **pedihnya . . .

BERAKHIR SEBUAH ID




Ok fine !  Tu id wechat Mia zarra . my blood sister . harini atas dasar malas nak peningkan kepala , dinda delete semua contacts dinda di id yenda_yen . so tamat sudah aktiviti alam maya dinda disana . cukuplah beberapa bulan yg dinda harap dapat beri bahagia tapi hasilnya hampa .

Takpe . . . Kalau sebelum ni dinda asyik fikir nak bagi orang bahagia ,nak happy kan orang lain , but kali ni dinda dah give up . Bila mana hak peribadi dinda tidak dihormati . Lebih lagi ianya dilakukan oleh orang terdekat . Kecewa dan hampa sangat-sangat .

Nak buat apa ? Benda dah jadi , orang pun dah tau makanya pasrah je lah kan dan dalam masa yg sama ada lebih baik dinda pergi menjauhkn diri .



Ala lahir pun sorang ,so tak hairanlah kalau mati sorang , makan sorang ,tidur sorang . . .. Haha pasrah gile dinda sekarang ni .

MINTA MAAF YE



Semuanya akan berakhir  . . . . .itu pastinya pada hakikat . Segala yg diimpikan bukan lagi harapan . Selagi dinda masih bertahan , dinda akan bertahan . Namun tak tahu bila titik terakhir akan berhenti . Esok? Malam nanti ? Atau sebentar lagi ?

Akhirnya sebelum jari ini bersara dari menaip , dinda mohon ampun dan maaf jika ada kata - kata yg selama ini menyentuh hati dan perasaan awak . Maaf sangat - sangat.


Letihnya . . .








LEPASKAN IA SEKEJAP

Manusia zaman malenium :

Agak pelik kalau takde handphone
Memang bohong kalau tak tau apa itu SMS
JANGAN nak tipulah kalau cakap takde fb,twitter,wechat,whatsapp ect.
Kereknya dia kalau boleh membebel diblog
Selambanya kutuk orang a.k.a keyboard warrior
Rileks je layan perasaan distatus,moment atau tweet
Surat khabar sekadar pembungkus nasi lemak dan tempeh
Buku paling laku novel cinta dan seram
Parent itu kawan dan kawan dah macam adik beradik
Ramai cucu tak tahu nombor talipon datuk dan nenek mereka
Nombor hp gadis hot dimilik hampir 90%adalah kawan lelakinya
Selfie ,wefie tak payah pilih tempat atau aksi*apa2 pun boleh*
Bahasa tuturkata dah tak boleh diguna waktu jawab exam
Cakap melayu pun dah tak nampak melayunya
Makanan segera lebih sedap dari nasi*konon diet*
Balik kampung cuma raya atau kenduri kendara
Santai rumah tapi mengadap gadget
Lepak dgn keluarga bosan ,lepak dgn kawan2 happening


Hmmm . . . Cuba lepaskan handphone dijari , hiduplah tanpa internet sehari , apa yang awak rasa? Dinda dah cuba dah , memang banyak kerja bermanafaat yg dapat diselesaikan termasuk lah bersihkan sekeliling rumah sehingga menjadi syurga keluarga , jiwa tenang setenang air dikali , bersembang dgn mama ayah sambil bergurau dengan adik - adik . Mengaji al-Quran dan merindu heeee . .  . Alhamdulillah boleh lagi tersenyum ni

PERJALANAN KITA




Salam syaaban ,jumaat pertama untuk bulan syaaban tahun ini kan?. . .  Awak hafal nama-nama bulan islam? Cuba sebut satu persatu dinda nak dengar la . . .

Alhamdulillah , harini dinda diberi peluang sekali lagi untuk menikmati bulan syaaban ini . Dimana Syaaban adalah antara bulan popular dalam tahun Hijrah .

Sebenarnya setiap bulan adalah popular namun syaaban adalah antara bulan dimana umat manusia muslim meraikannya dengan mempertingkatkan lagi  aktiviti kerohanian . Mereka menceriakannya dengan perbanyakkan amalan , bersedekah ,berpuasa ,membaca al-Quran dan mendengar ceramah ilmu akhirat dimana-mana sudut yg boleh mereka perolehi . Alhamdulillah . . .

Senang cakap ,syaaban ialah bulan dimana muslim pertingkatkan amal ibadah mereka . Mohon kita tergolong dalam golongan yg  tersebut . Muhasabah diri ,bagaimana nak jauhkan  maksiat  . Nak menghindari fitnah , berusaha utk mengabaikan gejala mengumpat . Dan buang sifar  dengki ,syak wasangka , dendam ,khianat , rasuah dan paling keji ,hapuskan penipuan dengan semua termasuk dengan*perasaan sendiri* .


Kalau kita anggap kita masih terlalu muda untuk pertingkatkan amalan . Kita silap ,perjalanan kita umpama buih  yg berterbangan ,akan tiba masa ia akan meletup dan hilang  bila sampai masanya . Namun kita terlalu enjoy ketika buih buih tu sedang terbang diawang -awangan . Kan?


"Jangan Leka "

LAZY

sangat letih . . . .gudnite . . . miss you



OVER ACTING

 Senjakala . . .  Mentari merah berlabuh diufuk barat . Pedih mata memerhati padanya yg bakal beradu dipuncak bakti setelah lelah memberi cahaya disetiap sudut dunia sepanjang hari .

Jiwa . . . . Antara kekasih dan kasih , dinda  rebah diribaan kasih sayangnya . Setiap saat diburu resah. Jika sekelip dinda  menghilang , jiwa ini sudah rasa bersalah . Antara ribuan yg dipamer dibarisan mata . Cuma dia bermain diminda , cuma dia lukisan dijiwa . Ye , cuma dia . . .

Eh !!


Awak . . . Kalau kita nak buat amal ibadah  memang kena beritahu orang ke ekk ? Sebab dinda ada baca sorang hamba Allah ni dah pergi umrah lebih dari 60 kali dan dia bangga menyatakannya ditimeline  laman sosialnya .

Waallah hualam , Allah saja yg mengetahui pada tiap kejadian . . . 

MELAMPAU SANGAT DAH NI



Hujan dah berhenti  tapi langit masih mendung . Hari rabu datang dan pergi . Arhh malas nak fikir banyak lah , esok tetap milik khamis jugak . siapa nak marahkan??? Memang takdenya lepas rabu datang jumaat . .  .hahaha hambar

Sebenarnyakan ,  dinda mengantuk sangat-sangat ni , duduk depan lappy ,tapi idea  zero . Adeh . . .


Ngantuk tahap melampau dah ni haaaa . . . Z . .z. . . 

PANGGILAN TENGAH MALAM


Malam tadi , waktu tu dinda dah dibuai mimpi indah . Berada dinegara atas awan , sambil mancing ikan emas warna purple . Belum pun umpan dimakan ikan , mama dah kejutkan dinda .

" kak , kak . . .kawan awk call ni "

Dinda bangun dengan mata yg kelat macam pisang muda .

" siapa ma? "

" entah " mama hulurkan handphone nya kearah dinda .

" hello . . . ." Suara orang menangis . . . . " hello ??  siapa ni ??"

Suara perempuan nangis makin jelas kedengaran dicorong handphone mama tu . Adeh suara tangisan tu cuba dinda kenal pasti milik siapa .

" Jie ? Jojie?? Awak ke beb ?? "

"  haa . . . " suara Jojie tersekat sekat kedengaran .

" hey ,pehal ni????? . . Awak ok tak ni ?? Kat mana tu ?? " dinda bercelaru bila dapat tau yg call tu si Jojie , kawan rapat dinda .

" aku kat tasik ni beb , aku buntu . . . .aku tak tau nama nak pergi , siapa aku nak cari " tangisan Jojie makin jelas .

**Dinda sebak**

" beb ,  orang tak boleh keluar sekarang ni ,  mama  tak izinkan orang drive buat masa ni , apa kata awak datang rumah ? Orang tunggu . Nanti kita sembang puas-puas . Nak ??"

" aku tak ganggu kau ke malam buta ni ?? "

" tak ! Tak ! Orang  iklas beb , lagi pun orang ni  kalau dah terbangun ,payah nak tido semula , datang ea beb , orang  tunggu ni "

" haa . . .10 minit "

" orite . . ." Dinda tunggu Jojie depan pintu rumah dengan debaran . Ditemani mama tersayang . Tapi mama lepak sofa je sambil berbaring . Lebih kurang 10 minit ,muncul Jojie bersama motor 125ZR miliknya . Dinda keluar ke anjung rumah . Jojie campak halmet dia ke tanah dan terus memeluk dinda sambil meraung nangis .  Dinda terpinga-pinga sambil memeluknya .

" kenapa ni??? . .cuba bawak mengucap . Tak mau lah nangis camni , tarik nafas ,istigfar banyak-banyak . . Jie . . Tenang beb , meh cerita kat orang " . . Dinda tarik tangan Jojie ke kerusi batu kat depan anjung rumah . Hanya lampu jalan samar-samar yg menerangi kami berdua .dinda pegang erat jari jemari Jojie , dinda renung muka jojie ,mata dia sembab ,mungkin dia dah nangis lebih 1 jam ,pada firasat dinda .

" beb . . . .bf aku eksiden petang tadi . Dia cedera teruk  kat kepala dan aku dapat call dari kawan dia , dia dah ninggal 3 jam  lepas . Beb . . Dia dah tak deee . . . "

" innalillah hiwainna ilaihi rojiiuun . . ."

" sabar beb . . Allah lebih sayangkan dia "

 Dinda pujuk jojie ,padahal masa tu ,tubuh badan dinda dah mula lemah tengok jojie menangis atas kehilangan orang yg  dia sayang . Kalau dinda mati nanti , ada tak orang yg akan nangis camni . . . Hmmm

" beb , kami dah janji nak bertunang raya ni , dia nak hantar mak bapak dia merisik aku minggu depan beb , arghhhhhh . . . . .!!! " jojie nangis dan terus menangis tersedu - sedu , dinda hanya mampu memeluknya sambil menangis sama . . .

" ya Allah . . . Kau kuatkan hati kami ini "




TAK RUGI FIKIR DULU


Awak . . . bila mana seorang orang pertikaikan perihal dinda sedangkan dia sendiri pun tak kenal dinda , apa tah lagi bersua muka  . Ini lah antara kata- katanya . . .








tengok gambar dibawah . . . ini kah yg dipanggil gurau ?? sedangkan dinda sikit pun tak pernah sentuh apa-apa perihal diri dia dan dunia nya . sanggup pulak dia pertukaikan diri dinda begitu rupa?? Cuba letak diri awak dlm situasi dinda ! Maybe dinda boleh bersabar , bagaimana dgn Mia??? Haaaa . . .



Itu sedikit je petikkan dari  chat diantara seorang orang tu dgn adik dinda Mia Zara di inbox facebook .  Aduhai  Muhammad Aizat . nama cantik dah tapi sayang minda awak . . . . . setinggi mana awak menuntut ilmu . Sehebat mana pusat pengajian  yg awak pergi study . Jangan pernah lupa , ada benda yg dlm diam dosanya terus-terusan berjalan sedang empunya badan sudah lama ditelan bumi . Baca kata-kata gambar bawah ni .




nauzubillah himinzaliq . . . .

Jadinya jangan tanya kenapa dinda tak guna gambar sendiri sebagai gambar profile . Bukan sebab dinda nak jiwang bawang memanjang , bukan sebab perangai keanak-anakkan yg memalukan  seperti dikatakan . Tapi  hanya kerana dinda takut pada azab dari Allah s.w.t yg berterusan akibat dosa yg kita tak pernah nampak  itu ..


Menilai orang bukan pada wajahnya , tapi pada hati budinya .Biar perangai kebudak-budakkan asalkan tahu mana dosa , mana  satu pahala .
Selamat beramal sahabat .

Ok , secara teorinya Muhammad Aizat memang tidak share artikal jiwang di tiimeline fb nya. Tetapi hebat mana perkongsian awak , belum tentu awak punya minda yg hebat giler !  dan belum tentu awak boleh pertikaikan orang lain . . .Key board warrior pun kena bahan jugak bila tiba ketikanya . . . . . Hee

CAKAP ATAS DASAR APA??



Hujan kat luar . . . .



Hai awak . . .
Awak sihat ?
Dah makan ?
Miss u . . .haaa

Tulah antara ayat biasa kita kemukakan bila nak mulakan perbualan . Kenapa kena tanya dah makan ek ? Apakah hidup ini untuk makan ? Atau kita perlu makan untuk hidup ?

Ada orang cakap  : perh . . Matilah aku nanti kalau tak makan !  Tapi dia makin segar bila tiba bulan puasa . Sedangkan dlm bulan ramadhan tu  kita hanya makan diwaktu malam dan disiang harinya kita ditegah untuk makan , kecuali orang-orang yg tertentu alasannya sahaja yg dibenarkan makan , tu pun kena ditempat tertutup ,bukan dikhalayak ramai  (utk muslim )  Haaa boleh je kan? Tak makan tak mati pun kan?

Gaya hidup yg perlu kita ubah selepas ni .

Assalammualaikum awak . . .
Awak sihat ?
Dah solat ?
Lama tak sembangkan , rindu . . .heee

Haaa . . Agak-agak apa respond 'awak ' yg ditegur tu kan ? Apa jua jawapan dari balasan pertanyan-pertanyaan atas tu , mohon lah jawab dengan jujur . Sebabnya sekali awak berbohong , sampai bila-bila orang akan ingat . Kerana sudah menjadi tabiat manusia akhir-akhir ini . 10 kebaikan yg kita buat belum tentu orang ingat tapi 1 kejahatan kita buat , sampai kiamat orang akan ingat dan bercerita . Masuk ke generasi ke 7 , cerita jahat awak tu dah jadi cerita baik kot hahaha . Puncanya ?? Biasalah penambahan tokok tambah dari idea-idea manusia sekarang ni . Contoh ??

Kes : mencuri

Pencerita 1 :
Dia tu dah curi duit ayah dia , banyak pulak tu

Masuk pencerita ke 2 :
Dia curi duit ayah dia ,mentang-mentang ayah dia kaya,duit banyak

Sampai kepada pencerita ke 3 :
Dia curi duit ayah dia , orang kaya lah katakan duit bersepah-sepah , banyak pulak tu

Tiba pada pencerita ke 4 :
Dia sengaja curi duit ayah dia tu  sebab ayah dia duitnya banyak ,7 keturunan pun tak habis makan ,setakat 2,3 juta memang tak rasa punyalah.

Bila pencerita ke 5 berbicara :
Ala ,duit bapak sendiri pun ,harta dia jugakkan . Anak beranak , pi mai ,pi mai tang tu jugak pergi duit tu .darah daging sendiri kot . . .apa ada hal

Adeh . . . .paling dasyat sampai ke pencerita yg ke 6 :
Kau tau?? Bapak dia amek duit anak dia ??! Giler lah !! Anak sendiri pun nak di khianat . Padahal anak beranak tu !! Aku tak paham betul orang zaman sekarang ni lah , pasal duit pun lupa darah daging .

Hahahaha

Bila sampai kepada pencerita ke 7 ??!!

Alaa apa adehal  sedang duit rakyat pun kena bedal , nikan pulak duit anak beranak sendiri . Watlex ,watcool sudah la . .

Eh !!!

Hahaha jangan terasa please . . . ^^



BLOGGER , MELAYU , TAK PUASHATI

Hi there

Bila orang kalut cerita pasal blog , ramai orang cakap blog tu macam seseorang syok sendiri . Membebel tak tentu pasal , merepek meraban , kadang kala membosankan pun ye jugak .

Pada dinda , tujuan utama dinda berblog ,sekadar meluahkan apa yg dinda rasa saat tu . Maklumlahkan perempuan ni lain macam sikit perangainya . Lelaki kadang -kadang bingung mikirkan apa mahunya orang perempuan ini .  Tetapi orang lelaki tak tahu , padahal  orang perempuan pun tak paham apa sebenarnya mahunya . Haaa  pening

Awak . . .dinda menaip dlm ni  tak ganggu orang tau . Dinda sekadar  meluahkan apa yg dinda rasa . Tapi tulah , orang lain makan chewing gum , orang lain pulak terkena gula2 getah melekat dibaju . Hmmm nilah manusia .

Untuk hidup tenang mudah je sebenarnya . Bila tengok perangai lain pesen seseorang tu , awak cuma perlu cakap dlm hati . Itulah fitrah untuk dia , siapa aku nak menilaikan dia ,sedang aku pun manusia biasa yg bakal menjadi sekujur jenazah . Aku tak layak merasa aku hebat darinya sedangkan belum pasti aku lebih sempurna darinya disisi Tuhan .

Ye awak . . .tak perlulah awak dok memikir ,haishh dia ni ,asik nak berjiwang , perangai serupa budak-budak ,cakap tak serupa bikin . Sedangkan secara realitinya awak tak kenal pun siapa dirinya yg sebenar . Apa perangainya yg sebenar . Siapa kawan-kawannya yg sebenar . Manusia diatur lifenya oleh Allah . So siapa kita nak mengaturkan kehidupan orang lain??

** ooii jangan gatal la nak buat itu , nak buat ini
**wey kau ni asik macam ni jek perangai
**ala kau bukannya baik sangat pun
**aku dah masak dgn kau ni

Haaa . . Kalau status awak cuma seorang keyboard warrior , baik simpan kata-kata ni  untuk anak cucu awak dimasa depan nanti , sebab dari ayat - ayat kecaman awak tulah akan lahir satu perasaan orang lain yg sering diucap dalam hati , "tekanan perasaan ke apa dia ni?? Siapa dia ni ?? Kurang kasih sayang barangkali ! Dan rasanya semua utk hanya lah perangai iri seorang orang yg layak diturunkan kepada anak cucunya ,kaum kerabatnya , dan semua yg berurusan dengannya . amiin . . .

 Tujuh keturunan tak habis-habis dgn perangai irihati . Haa nasiblah . . .

Naaah . . . Secara teori alam maya , sorang blogger berhak menaip apa saja yg dia nak , tapi hanya diblognya sahaja lah kan ,bukan diblog orang lain . So sebagai readers , hak awak cuma baca dan paham maksud yg disampaikan oleh owner blog . Bukan nya mencarut tak tentu pasal . Gunakan akal yg Allah bagi sebaik mungkin sebab tak semua manusia memiliki akal yg waras .

"Readers just reading and owner blog just typing . Mudahkan? Senang cakap , kau nak baca kau baca , ni idea aku , blog aku , aku menaip diblog aku , dan kelayakkan kau ,kalau kau tak suka jangan masuk link blog aku !?! "

Sila pahami , setiap blogger punya gaya susun ayat dan susun idea dia yg tersendiri , asalkan dia tidak menyalahi peraturan dan undang -undang negara ,cukuplah . Dan kalau awak cuma seorang gammer or coder laman sesawang , awak tak layak mencarut idea sorang blogger peribadi . . Hmm tapi sudah lumrah di bumi Malaysia ini  . . Yang menghancurkan kesempurnaan orang Melayu itu ialah  orang Melayu itu sendiri . . .  ^_^


Sorry waktu tidur kena awal ,sebab tak nak berjaga lewat malam takut nanti sel-sel otak tidak berhubung macam adalah someone tu . . . Gudnite ~

ULANG TAHUN SYA



Harini birthday Sya Arsya atau nama sebenar Siti Katijah yg ke . . . Ke . .  Hmm biarlah rahsia . Petang ni baru dinda berkesempatan meluangkan masa mencari Sya  di facebook . Ye ,Sya merunggut bila dinda dah makin melupakan dia termasuk lah tarikh keramatnya harini .

Nope ! Dinda tak pernah lupa kawan dinda , lebih lagi orang yg dah bergitu dekat dihati dinda selama  ni . Ketika Sya suka , ketika Sya duka , semua tu adalah ketika adanya dinda disisi .airmata Sya adalah pisau belati yg mengguris dinda juga , cuma sejak dua menjak ni , dinda akui dinda yg mengubah keadaan . Dari keadaan kami yg dulu-dulu , menjadi kepada keadaan kami yg sekarang ni .

Maaf dear ,
semuanya kena bertukar dan pertukaran itu bermula dari diri ku , ok ,ini pengakuan jujur . Harapan dinda , Sya dapat terima segalannya ini demi satu istilah " berkorban apa saja , harta ataupun nyawa demi sesuatu yg dipanggil masa depan yg abadi "

Sorry idea merepek-repek , dinda not feeling well today . . .


*Happy your birthday* 

AHLI MESYUARAT TINGKAP


Petang yg hangat .


Dengan suara kanak-kanak riuh bermain dihalaman rumah jiran sebelah  , kelihatan mama dan makcik Siti duduk bersembang di garaj kereta rumah dinda . Sambil siram pokok bunga mama , sesekali dinda terdengar perbualan mereka dengan tak sengaja .


Makcik Siti : Mah , anak kau yg mana pergi interview SPA8 haritu?

Mama : nombor dua kak .

Makcik Siti : ohh . . Yg perangai dia macam lelaki tu ek ? Lama aku tak nampak budak tu , mana dia Mah ? Dah dapat keputusan interview tu ke?

Mama : a ah kak , sekarang ni dia kerja kat Singapore ,  lepas peperiksaan STPM keluar , dia mohon UPU , sementara tu dia kerjalah sana , nak gaji besar katanya . Semalam dia call cakap dia dah berjaya dengan interview tu . Bulan 7 nanti daftarlah .

Makcik Siti : aaa tulah , lama aku tak tengok budak tu , selalu dia lah keluar masuk rumah kau ni naik motor ,pergi kedai , pergi amek adik dia sekolah , bawak motor macam pelesit . Haha dulu-dulu aku fikir tu anak lelaki kau . Eh , sama dengan cucu aku yg sulung tu ,dia dapat juga interview haritu . Alhamdulillah la ye .

Mama : ye kak , memang gitu lagak dia . Tapi dia tu senang dengar cakap cumanya dia panas baran orangnya . Tak boleh ditegur tu , angin sesaja , tak macam akak dan adik dia , diam je kalau ditegur .

heeee~ ^_*

Makcik Siti : lain anak lain perangainya Mah , padahal dari " peti " yg sama datangnya tu .hahaha . Aku kesian dengan Tipah tu , haritu anak dia dapat jugak panggilan interview beberapakali tapi katanya " orang-orang kat situ " kurang sopan sikit .

Mama : apa maksud akak?

Makcik Siti : kau tau , ada sekali tu anak si Tipah ada peksa kat kolej masa tarikh interview , suami dia call pejabat SPA minta izin tunda tarikh sehari lepas peksa . Apa diaorang cakap?
" haaa !!. . Nanti hantar email , bukak lah email !  tak paham ke dah cakap ?!! " dah la bahasa kurang , suara menengking bercakap dengan orang tua macam tu . Kecik hati suami Tipah , dia cakap elok-elok , tu balasannya . Bukan bangsa lain , melayu jugak pekerja tu . Apa melayu dgn melayu asik nak berlagak je ekk ? Pelik aku Mah . .

Mama : laaaa . . .habis anak dia pergi interview ke kak?

Makcik Siti : emmm . . Pergi apanya , dia sedih bapak dia kena tengking dengan petugas SPA tu , kata dia nanti kalau pergi entah-entah mak dia hantar , mak dia pulak kena tengking dengan orang dipusat temuduga pulak sebab pergi tak ikut tarikh yg ditetapkan . Tak sanggup dia tengok kata dia . Tipah kecewa jugak anak dia tak mau pergi interview tapi nak buat macamana , dah anak dia tak nak . Herannya aku ni , kalau orang pejawat awam tu memang kena kurang ajar ke ekk dengan orang lain?  Cakap elok-elok memang tak reti ke ek? Haishh melayu , melayu , kereknya tu tak pernah habis . Emm

Mama :  biasalah kak . . Orang ada jawatan . Memang kena belagak kot , hahaha .

Makcik Siti : eeeee . . Ade pulak  . Macam anak Izan dapat pergi interview , si Izan kena lah amek cuti nak ngantor budak tu . Awal pagi dah gerak , kena cuti , kena modal kos perjalann ke pusat interview lagi ,last-last sampai sana , penemuduga tu cakap kat anak dia  " kau balik la , sambung belajar , kau muda lagi , kat sini cari penggangur je , belajar elok-ekol ea "  . Nak nangis anak dia . Kecewa , sakit hati . Dah tau budak lepas SPM ,masih muda.pergi panggil interview tu kenapa??? Menyusahkan orang kan tu namanya . Mak bapak kena cuti , kena modal , sampai sana , disuruh balik . Apa dia ingat semua orang ni , orang kaya ??? Suka suki bazir duit jalan-jalan jejauh gitu ??? Huhh geram pulak aku !!

Mama : hmm kesiannya . . . Tapi tulah kak , kekadang segelintir buat perangai , semua pejawat  awam orang pandang rendah . Silapnya mereka jugak , tak nak jaga reputasi kerja mereka . Padahal mereka bukan tak tau yg , kerja mereka dengan orang ramai . Tak paham lah saya

Makcik Siti : sebab tu aku meluat betul dengan orang -orang gomen ni . .

Mama : eh ?!!? Heheheh jangan gitu kak , anak saya nanti jadi orang gomen jugak kot hahahaha

Makcik Siti : eaah . . Ha ah hahahaha lupa pulak aku Mah . . Hahaha

DINDA CUAK DENGAN PEOPLE NEARBY

6:15 am , pagi sabtu yg dingin . . .

Pepagi lagi dinda dah ngadap lappy . Mood kelaut sikit . Teringat kisah semalam antara aku dan dia . . Cewah . . Hee

Takdelah semalam kan . Haa . . Maksud dinda malam tadi . Entah kenapa " people nearby " dinda begitu aktif sekali . Berdesup - desup greeting dari mereka dinda dapat , hai ,hai ,assalammualaikum ,hello . . Haaa gitulah antara nya ucapan-ucapan perkenalan yg mereka beri kat dinda . Tetapi paling menakjubkan dikalangan mereka ialah kebanyakkannya perempuan . Haaa edok ke pelik tuuu  .


Eh , people nearby tu natang apa? Kat mana lokasinya ?  Hahaha tu adalah antara salah satu cara untuk cari friendlist kat aplikasi wechat le . . Adeh . Awak aktif  wechat tak ?  Mungkin ada yg tahu ,ada yg tak tau . Tekan button people nearby tu ialah antara cara nak dapat kawan selain add pada id atau number phone dan "shake" . Kebiasaannya shake tu orang luar negara kot ,kalau people nearby tu orang kampung sebelah jek . Haaa hati-hati ye awak ,jangan terusya bakal ibu mertua pulak . Bahaya tu kalau ibu mertua orang kampung sebelah .kikikiki

Ok , stop menceceh ,dah macam promoter wechat le pulak .


Sebenarnya nak beritahu ni , adalah dinda approved sorang people nearby semalam . Awalnya gambar dia merupakan gengaman tangan pengantin gitulah oloknya . Jari perempuan pakai cincin mengengam erat jari lelaki .


Bila owner id tu greet dinda macam dalam pic kat bawah ni . . .



Dan akhirnya dinda pun approved la . maksudnya add dia . dan bila dinda cakap jangan tipu dinda dengan fake id , dan kalau dia tipu automatik dinda block id dia . ini jawapannya . . .




Adeh setepek dinda kena malam tadi dengan awek comel ni .  ok sebenarnya tujuan dinda ialah lebih hati-hati untuk terima kawan alam maya ni lagi dengan org yg kita sendiri tak kenal .kan? Tak salah kan hati-hati ?

Ok awak lulus jadi teman alam maya saya  cik izzati , 23 , Budak Batu Pahat . heeee . . .

Awak . . dia ada cakap dinda ni garang. Kikikikih baru kenal dinda 1 malam . belum 1 minggu , nangis budak ni dinda buat nanti haaaa hahaha

BIARLAH RAHSIA



Class cancel ! Ok . . .  cantik lah , masa untuk lepak depan lappy . Power off untuk handphone dan semua gadjet dan cuma on lappy . Orite ~

Awak . . . . Pernah tak ada orang cakap biar pecah diperut asalkan jangan pecah dimulut . Mesti pernah kan ? Haaa tulah yg dipanggil rahsia .

Kenapa perlu simpan rahsia ekk?

Pada dinda lah kan , bila satu-satu rahsia tu bukan lagi rahsia , pasti keadaan yg sebelumnya tenang-tenang aja akan jadi kalut . Tak selesa . Syak wasangka . Kan?

Yaa . . .orang tua suka simpan rahsia itu reality .sebabnya dia tak nak anak-anak dia resah gelisah bila kabar berita yg dia tahu tu bakal mengundangkan kerisauan anak-anaknya . Selagi boleh disimpan ,dipendam dalam-dalam maka akan diperam diam-diam dalam  hatinya .tulah orang tua .

Berlainan dgn orang muda . Kalau ada rahsia ,dia akan pilih orang paling rapat dengannya untuk  diceritakan berita tu . Rasa bersalah pada dia kalau disimpan lelama . Takut pun ada  yg menyalahkannya kalau orang lain dapat tau . Orang muda tak kuat nak pendam pun ya .

Tapi paling hebat kanak-kanaklah .takde maknanya diaorang ni nak pendam apa-apa rahsia . Sebabnya mereka ni bukan reti berbohong atau menipu . Jujur 200% ! Makanya haaa hati-hati kalau melakukan sesuatu atau menyatakan sesuatu hal didepan kanak-kanak sebabnya pada mereka " TIADA RAHSIA ANTARA KITA " dan " TIPU DOSA , NANTI MASUK API NERAKA " haaaa . . . . Ayoookkkk  hahaha


Ada orang cakap dinda suka berrahsia . Yelah tu , memang suka sangat sebab pada dinda bila rahsia dah bocor , ramai orang resah zahir batin so , ada baik diam kan je jadi rahsia ,atleast  keadaan akan tenang -tenang selalu . Macamnya sekarang ni je,bila ramai dah tahu siapa dinda dan keadaan kesihatan dinda , hari-hari insan  yg rapat dengan dinda message suruh makan ubat ,jangan fikir banyak hal ,jangan serabutkan kepala, dan paling buat dinda sayu pada pesanan ini . . .

"WALAU APA PUN TERJADI ,SAYA AKAN TERIMA AWAK SEADANYA SEBAB SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT "

seriously dinda terharu . . .Allah selamatkan kamu  . . .



P/s . . . Ada jiran jemput majlis tahlil pukul 4 nanti ,
Dinda nak siap-siap ni . Assalammualaikum .  .  .^_^

BOLA SEPAK TANAHAIR


Kalau korang sembang pasal bola sepak negara kita tahun lepas dan tahun lepas lagi satu , maybe dinda layan jelah sebab masa tu semangat bola dalam jiwa dinda ni dah macam bertih goreng  lagaknya . Respondnya memang hebat . Cakap je siapa masukkan gol untuk game malam tu ,sure dinda tau siapa . Cakap je team mana dapat banyak kad kuning dlm satu musim , mesti dinda berjaya terangkan . Lagi- lagi kalau JDT menang pada malam tu , toksah cakaplah , 4hari 4malam ceritanya tak habis sebabnya  bangga sesangat . Maklomlah kan dindakan ' pure johorean ' heee . . . 


Tetapi sejak kebelakangan ni , bila mana banyak dinda kesan  arena bola sepak negara kita , banyak timbul aura nagetif berbanding dari positifnya . Semangat yg dulu berkobar macam bertih goreng , kini dah mula lemau macam biskut merri . Pada asalnya nak abaikan je tindak tanduk penyokong-penyokong ni , tapi  disebabkan makin teruk kejadian demi kejadian antara mereka . Makanya dinda ambil satu kata putus . Lantak lah orang nak cakap dinda lalang ke , rumput kapet ke ,  rumput yg jadi makanan lembu ke ,asal kan dinda tak lagi meluat dgn keletah penyokong yg macam tak minum susu yg berfungsikan menghubungkan sel-sel otaknya . Macam tak makan coklat minda pun ye jugak . Entahlah , memasing bukan budak kecil ,tapi rata-rata seusia bapak orang dah tu haa . . Untuk penyokong bola sepak tanahairku . . . 


" LANTAK KORANG LAH NAK SOKONG MACAMANA GAME BOLA MALAYSIA NI , NAK MAIN MACAMANA , NAK NGAMOK MACAMANA , DINDA DAH LETIH DENGAN SEMANGAT KESUKANAN YG KORANG AMALKAN SEJAK DULU - DULU SAMPAI SAAT NI , YG PADA DINDA TAK SIKIT PUN KORANG TERFIKIR UTK BERUBAH  , MALAS NAK LAYAN BOLA DAH ,  BAIK LAYAN HINDUSTAN , LAGI BAGUS ,  HUH !! "


eh . . . Kesah pulak korang ek ? Haha its ok , its ok . . .dinda paham


bytheway ada sesuatu yg dinda bagi tau ni :

" kalau korang nak ubah bentuk wajah korang , ubah kening , ubah hidung ,ubah mata ,  memang Allah marah sebab tu ciptaanNya khusus buat korang ,tapi kalau korang nak ubah perangai korang , haaa tu memang hak korang lah kan sebab orang lain tak boleh dah nak ngubahnya . Allah pun takkan marah kalau perubahan tu kejalan yg benar dan tidak menyusahkan orang lain " . . . Dinda Gerenty , insya allah . . .





**majulah sukan untuk negara ,
**majulah melayu tanpa memburukkan melayu itu sendiri , tapi Dinda jawa kot . . . Hahaha perasan



KUNJUNGAN PEMBACA BLOG DINDA


Malam ni berpeluang menyelongkar blog lama sikit ,sebab rasanya letih kot nak fikir pasal perasaan ni . Hmmm entahlah  . . . Menyesali satu-satu hal pun bukan dapat kembalikan masa yg dah terlepas tu . Bertabah jelah duhai hati , tenang-tenangkan jelah duhai perasaan .


Dibawah ini merupakan hasil kunjungan pembaca setia blog peribadi dinda Lyenda Lyen . Harap nama itu disenangi oleh semua pihak . Kerana nama itu dah bertahun dinda pakai didunia alam maya ni . Dan agak serasi.


Malangnya qouta wifi dinda dah habis pulak malam ni , so ini jelah hasil yg dapat dinda kongsikan kat awak . Graf merajuk tak nak jumpa semua orang ,so dinda kena simpan ianya didalam galeri tab dahulu . Hmmmm ingat nak tunjukkan graf kat awak semua tapi graf blog dinda ni merajuk pulak malam ni , ngade je kan graf tu , sikit-sikit merajuk ,sikit-sikit touching . . Hmm sabo je lah . .

Bytheway . .

Tengs so much untuk semua orang yg sudi lepak dalam blog dinda selama ini , dan jika awak kerap melewati blog ini , makanya awak juga telah menjadi sebahagian dari hak milik peribadi dinda jugak . . Hmmm . . . Takpe kan ??











PERJANJIAN SEORANG PUTERA





Di atas ni merupakan kata janji seorang  Putera  kepada Puteri kesayangannya pada suatu waktu  dahulu . . .tapi tu dulu ,  dengar cerita tidak lagi pada waktu sekarang .puncanya hanya Putera seorang yg tahu .


Tetapi siapakah Putera tersebut ?  Ahh Biarlah sama-sama menjadi tanda tanya diantara kita , sebab dinda pun tak pernah jumpa beliau  ini .Kenapa awak tanya ? Sebab utama pastinya dia bukan muhram dinda . Takkan tu pun tak paham kot . Lain-lain sebab . . .err Dinda takut Allah marah  . Hmm . . .



Apa yg dinda harapkan , semoga Allah peliharakan kesejahteraan Putera dan Puteri tersebut dan sentiasa berlindung dibawah lindungan ilahi  . . . aamiin

















REZEKI MILIK ALLAH


Rezeki milik Allah , ia ada dimana-mana , antara rajin berusaha atau tidak untuk mendapatkannya . . .manusia diberi tenaga dan akal fikiran yg sempurna oleh Allah swt . Bukan mudah untuk menjadi mahluk yg sempurna 100%  dibumi Allah ini .


berlainan dengan sahabat kita yg dibawah ni , beliau yg hanya berbekal kan sifat amanah , rajin berusaha , peramah , tekun serta bertanggung jawab pada pekerjaannya . Maka dia dikenali diseluruh Malaysia bukan sebab dia seorang jutawan ,  tapi kerana pekerjaannya sebagai "service runner " .

So ,apa lagi yg diluar sana perlu fikirkan lama-lama ??  Jangan asyik nak fikir kerja dalam office ,  ada penghawa dingin , gaji mahal , ada bonus ,  pembantu  peribadi yg cantik -cantik . . . No , no ,no , semua tu takkan jadi kenyataan kalau malas  dan asyik memilih kerja .


Pastinya setiap apa yg Allah beri itu lah ketentuannya ,rezeki itu milik Allah ,dan yg rajin berusaha itulah yg layak menikmati keseluruhan rezeki itu ,  insya allah .


**majulah runner untuk negara ** tahniah bro !! Carilah fanpage dia tu kalau nak kenal lebih lanjut . This is Malaysia !






ASALKAN BAHAGIA

5:42 am
Salam subuh . . .azan sedang berkumandang dari corong surau yg berhampiran taman di rumah dinda . So ,dinda dah kena bangun untuk meneruskan aktiviti harian sama macam orang lain . Cuma ada satu persoalan yg sering menjadi tanda tanya dibenak fikiran ini .


Kenapa ek , bila seseorang tu hilang , kita sibuk mencari kesana kemari , sedangkan bila dia dah muncul terpacak depan mata , kita abaikanya macamtu je . Apa motif kita cari dia selama ini ? Malah kita marah dia . Kita sakitkan hatinya . Kita buat dia menangis .

Adakah  pencarian itu saja-saja? Atau suka-suka? Atau juga kerana kita merajuk padanya kerana meninggalkan kita terlalu lama?

Pernah tak kita terfikir ,andainya selama pencarian itu , tetiba datang berita dia dah meninggalkan dunia ini . Meninggalkan kita dan semuanya , Apakah kita sanggup terima kenyataannya ? Atau apakah kita nak juga merajuk bagai ?

Tanyalah hati , kenapa aku macamni ? Wajarkah? Kalau semua itu untuk kebaikan , teruskanlah segalanya dengan tenang . Kadang kala menyakitkan hati orang lain tu  boleh  memberi kebahagiaan pada orang lain juga. So , please go on . . . .asal awak rasa bahagia .

KEPANASAN


Cuaca kat luar panas berdenting ! Peluh yg mengalir diseluruh tubuh badan ni dah macam losyen yang sedang mencair . Dinda ? Bagaimana dengan dinda hari ini ?

Dinda dah mula bertugas ditaska dan dah mula masuk kelas . Cuma aktiviti agak slow dari biasa dan lesen memandu masih di pegang oleh pegawai JPJM aii . . . .

iaitu  Jabatan pengangkutan jalanraya Mama  aii . . .  kikiki . Mama tak bagi dinda pegang stering kereta lagi buat masa ni . Kalau steringlock boleh kot ahha . . .


Rindu dalam kepanasan ??

Itulah jajan buat dinda saat ni . Tahan je selagi mampu . . . Sakitnya tu bukan saja disini , tapi sudah dimana-mana sahaja . . . hmmm . .







MOTHER'SDAY MENURUT USTAZ AZHAR IDRUS

Orang cakap tak nak caya . . . nahh .  . .


video

Ustaz pun dah habaq . so jangan nak cakap mama dinda memandai -mandai eah . . . haaa


kikikih orang utargha naa . . . 

DINDA DAN HARI IBU



Depa sambut hari ibu harini. Depa tau dak ? Hari-hari adalah hari ibu ? Setiap detik , setiap langkah , setiap mengalirnya darah diurat saraf kita itu semuanya untuk ibu!

Dinda tak pernah sambut hari ibu . Mama pun tak pernah suruh , mama halang . kata mama :

" hang sambut  hari kemerdekaan , hari raya , mama tak halang , tapi bila mana hang ikut  depa tu dok sambut hari ibu , hari bapa , hari kekasih , hari apa pun yg disambut oleh semua bangsa di dunia ni , memang mama tak suka . sebabnya dlm agama kita pernah kah ada suruh sambut hari ibu pada 10mei ? Dlm islam mana ada bulan Mei ? Kalau betul lah ada hari ibu dlm islam dlm bulan apakah? Muharam ? Shawal ? Rejab ? Haaa habaqmai sat . ada bukti mama baru boleh bagi warranty "


kikikiki awat cheq cakap uthara ni ??


mama ngade jek nak berwarranty bagai . sejujurnya tiap hari selepas siap-siap nak pi kerja atau adik -adik nak pi sekolah , kami  akan bersalaman dengan mama dan kiss pipi mama and say " akak sayang mama , or love you ma , atau u are my love mama . . .. Atau apa-apa je yg boleh buat mama rasa disayangi oleh dinda dan adik-adik . Tu sebab dinda tak terkilan sangat kalau harini 10 mei . . .dinda tak wish happy mother's day pun  kat beliau .


 belanja makan atau hadiah ?



Haaaa. . . every week dinda akan bawak mama , ayah dan  adik-adik pergi makan besar kat mana-mana tempat pilihan mereka . dan hadiah pula hampir tiap bulan dinda akan bagi mereka pada apa je yg mereka sebut

'nanti mama nak beli tu lah'
'cantiknyaaa yg niii . . .  '


Alhamdulillah lah sebab setakat ni mama , ayah takde pulak nak puji cucu - cucu orang sebab yg tu memang payah sikit la kot , cheq tak mampu beri lagi la ma . . ayah . . . Hahaha #deep




Tengok gambar diatas tu , wajarkah ayat -ayat indah itu diucapkan cuma setahun sekali kepada ibu kita ?? Layakkah ?? Kenapa mesti 10 mei ?? Kenapa tak setiap hari ?? Setiap bulan ??  Kenapa kita asik nak ikut cara barat sedangkan cara ketimuran kita ni dah sweet sangat dah . Datok , nenek , moyang kita didik generasi mereka dah cukup indah dah , ikut pada kemajuan barat itu bagus tapi ikut pada semua budaya mereka tu yg kena hati-hati sebab sebagus-bagus mereka , mereka masih  orang yahudi dan nasrani . . .

" Allah hu akbar "

DINDA PERGI JEMPUTAN

Ini entri dinda yg ke 1392 ! Dan ada terdapat beberapa draf yg dijadikan koleksi kerana idea tu agak hot sikit hehehe  bahaya . Benda yang merbahaya usah dipamerkan dong ,memudaratkan nanti . . Haaa


Ok stop merepek- repek lah . Asalnya nak cerita harini dinda nak pergi makan kenduri kat kampung . Ada 3 majlis serentak ,so mama cakap , makan nasi minyak semalaya kita kalini . Haha , beres mem . Dinda pun teringin nak makan nasi minyak orang Muar ni heee.

Ok ,satu rumah dah settel , ni tengah acara lepak-lepak dalam bilik pengantin perempuan ni . Jujur cakap , she is so sweet . . . Mia zara cakap  " guwa caer siut " . . Hahahaha well  my bodyguard pun mencair . Dan dinda pun mengiakan jelahkan sebab pengantin memang cantik pun . Lagi-lagi umur dia baru masuk 20 tahun . Kata mama " mude noh lagi " kikikiki ada je komennya  mama aii tuuuu


Pada dinda , kecantikan usah diusya ,kerana ianya tidak kekal , ia milik Allah . Sebagai pasangan yg setia dan matang ,  mereka anggap kecantikkan itu bonus saja . Paling utama matlamat penyatuan dua hati tu dilaksanakan dengan mengikut hukum Allah .


Menjadi seorang isteri yg  solehah , dia perlu tahu siapa suami dia tu . Kepada apa harus dia fokuskan untuk rumah tangganya .


Pada dinda lah kan tak perlulah mencari suami yg jutawan ,hartawan atau pahlawan . Cukup la untuk dia matang berfikir nak bagi nafkah pada anak perempuan orang , tahu menjadi ketua keluarga yg membimbing kejalan yg diredhai , tahu hormat ahli keluarga isterinya , tahu mana dosa ,pahala ,halal,haram . Cukup dah !

Isteri pulak , kalau dah sanggup redah apa saja ketika bercinta cintan , mereka juga kena redha apabila sudah bernikah . Biarlah orang nak pakai apa , kita pandang je kemampuan suami kita . Ada syukur , takde diam dan hanya perlu terus bersyukur dan bersabar pada tiap yg dimiliki . sweet dah tu .

Allah maha mengetahui pada hambanya yg penyabar , insya allah akan tiba satu ketika ,kesabaran yg disimpan sekian lama  bakal diganti dengan kegembiraan . Ketika itu siapa tahu seorang yg hanya bergaji rm800 sebulan boleh pakai kereta mewah ,duduk rumah besar  bersama isteri dan anak-anak . Punya perniagaan sendiri . Semua tu berkat kesabaran . Ada ke kes macam tu ? Ye ada , cuma dinda taknak mention orangnya dalam ni sebab itu privacy orang .

Pokok pangkalnya kesefahaman . Pada pihak suami dan dari pihak isteri . Jangan pernah menyesal dapat suami miskin , jangan pernah mengeluh tak dapat pakai baju mahal-mahal, jangan pernah risau esok-esok nak jadi apa  pada kita . Yang penting , usaha ,yakin ,sabar dan jangan lupa bersyukur ( doa dalam solat ) .


Eh . . . Lagu dang dut ni potong betul lah dinda nak merepek-repek . idea tetiba terus blank ! Kikikiki aahhaaaa 100% cintaku ~ Layan ah kejap jum . . .  

DOA DINDA






Aminn ya robbal alaminn . . . Macam orang lain ,dinda pun nak kuat semangat  , nak hidup  happy , nak hidup penuh dengan kasih sayang . Nak disayang-sayang , nak dibelai-belai pada perasaan , pada jiwa dan raga . Tapi dah ditakdirkan perasaan ini makin hari makin sebak ,sayu dan pilu . Makanya memang tak boleh dah nak ubahkannya .

Kadang-kadang insan tersayang sedaya upaya buat lawak atau nak sangat dinda senyum , ye ,memang dinda gelak sungguh-sungguh tapi lepas 30 minit kemudian ,bila dinda sendirian lagi , airmata jugak teman .

Kenapa?? Entah pada dinda . . . Bila sudah berada dihari ini , semalam jugak dinda kenangkan . Padahal semalam tu bukan kesah pun dengan kehidupan dinda dihari ini . Sampai bila ? Entahlah . . . Ingat padaNya saja boleh buat dinda tenang . . .insyaallah ~


Ya Allah . . .
Jadikanlah aku insan yg kuat semangatnya
Yg hidup tanpa keluhan tapi penuh dgn keyakinan
Yg sentiasa tabah dlm menerima setiap dugaan dariMu

Aminn ya robbal alamin . . .

PERNAH DULU-DULU

Hanya untuk dia yg dah pergi . . .


Pernah dulu dia datang dan melepaskan semua perasaannya kepada dinda , melakar sebuah nama atas istilah cinta . Melunturkan semua kesedihan yg menjadi ranjau disepanjang hidup dinda sebelum tu .

Pernah juga dia menangis bila , ada ketika dia rasa tak sanggup kehilangan dinda dalam kamar hidupnya . Hari-hari dia merayu ,


" tolong jangan pergi , tolong , aku sangat sayang kamu , aku sangat perlukan kamu dlm dunia aku ini  , kaulah kekasih pilihan Tuhan buat aku . Kaulah nyawaku . Kaulah segalanya buatku . . . "


Pernah dinda mengeluh kecil bila dia bersumpah ,takkan tinggalkan dinda walau apa pun yg terjadi . Dia sanggup hadapi apa jua rintangan yg mendatang antara kami . Ye. . . Dia sanggup . . . Sangat -sangat sanggup . Namun dinda masih mampu mengeluh perlahan sambil merenung tiap langkah hidupnya . . . Hmm


Pernah , bila satu kejutan Tuhan beri untuk dinda , kejutan juga buat mama dan ayah . Kejutan yg orang lain  anggap itu bukan kejutan tapi itu ancaman . Dinda akur , inilah dugaan kami . Dan bila kejutan itu amat sukar untuk dikembalikan kepada asal . Dinda ambil keputusan muktamad . Pergi . . . Ye pergi meninggalkan cinta kami bina dulu . .

Kejam ? Ikut penilaian masing - masing , dinda tak kesah lagi sebab terlalu sayangkannya , dinda kena korbankan cinta itu demi masa depan dia yg lebih indah . Taknak lihat dia sedih bila detik - detik kepemergian makin hampir . Dinda memang tak sanggup . . .

Pernah , bila kata putus dinda beri kepadanya , dia kelu 1000 bahasa . Ayat demi ayat bukan mencerminkan yg dia terima hakikat sebenar . Antara sebak , airmata ,amarah , kabur kotak minda , semua tu dia rasa . Ye ,dinda tahu sebab situasi tulah yg dinda alami saat itu . . .pilu


Pernah , dalam detik perpisahan yg makin hambar , dinda cari dia , dinda dekati dia untuk  sebuah  silaturahim yg Allah suruh jaga , namun luka semalam buatnya amat pedih lantas dia abaikan sahaja sapaan dinda untuknya . Dan bila dia jawab sesekali pun pasti jawapannya

" sorry . . .i am busy right now ,and don't disturb me ! "


Haaa . . Ok . . . Dinda akur , dinda terima ayat -ayat dia dgn tenang sebab pada dinda , ini semua salah dinda . Menghancurkan sebuah harapan yg padu jadi hancur berkecai umpama dihempas ke lantai . . .sebak


Pernah , dihari lahir dinda , dia datang untuk wish kesejahteraan dan diselitkan dengan panggilan yg selalu dipanggil untuk dinda satu ketika dulu . . .


" selamat harilahir sayang " . . . Dan dibalas tQ dari dinda .


Pernah dinda cuba cari dia selepas itu ,namun dia terus menghilang dan hilang . . .dan  sekali lagi  silaturahim jadi hambar dan kaku .

Tapi haritu ,bila kesihatan dinda kian suram , dinda cari dia semula dengan teguran hai ,setelah hampir bertahun dia menyepi , dan selang beberapa hari , baru ayat dia muncul dan dia cakap , dia tak aktif alam maya dan sorry . . . Dinda paham .


cuma ketika itu dinda nak cakap kat dia yg dinda tak sihat dan dinda nak mintak maaf kat dia sangat -  sangat , tapi tak boleh ,ye ,sangat tak boleh ,sebab . . .


 Airmata lebih deras dari semangat dinda  . . . Dinda hanya mampu senyum dlm tangisan . . .


DINDA KENA MARAH

Pagi jumaat yg tenang . . .

Lepas sarapan dengan mia , kami melepak depan anjung rumah melepas rindu . Kemudian datang Jojie dan Sue join sama .

Tiba- tiba mia bukak cerita ;

" kak ! Ko ni kenapa bawak keta laju sangat malam ritu?? , giler ko ! 190 tu beb , motor ok lagi , ni kereta tuuu . . . Bukan kecik ,ko nak mencelah !!  Huh !! Bawak orang tua pulaknya haiii . .  . ."

Mia jeling dinda dengan muncung-muncung bibir  dia sekali ,dengan kerut-kerut didahi lagi. Hehehe manakala Jojie dan Sue sengih-sengih je .

"Sesekali je kot " . . .dinda jawab sambil belek tab ,melayan wechat .

" aaaaa . . .sesekali ah tu boleh bawa semua sekali jalan terusss tau ?! . . Tulah bila orang tegur dia mesti jawab ,bukan selalu ,sesekali , ko bukan tak tau , sesekali lah yg buat ramai orang ramai hilang kesayangannya tau tak?!  "

Adeh . . . . Dia dah mula dah . Tapi dinda masih senyum sambil melayan tab .

" hang tau dak . . .akak tekan 190 tu bukan lama sangat pun , tengok jalan clear ,akak tekan la , lepastu back la 110  , adeh . . .gile ke nak pakai 190 all the way ??  Akak pun takut jugak mati ,akak pun sayang kesayangan dlm kereta tu . Haaaa "

Tiba-tiba dari ruang tamu

" hah!! Awak bawak 190 malam tu kakak????? "

Alamak !?!! . . .mama ?!!

" err . . .er . . Takdelah ma , mia ni je salah paham , "

Kikikiki . . . .mia jelir lidah kat dinda sambil tunjuk thumb up . Jojie dan Sue gelak tutup mulut. Ishh . . . .

" Padan ! Padan muka ! Buat ah lagi . . Buat ahh . . . Orang report kat mama nanti . Hahahaha "


Dinda still senyum sambil merenung satria neo r3 yg dah beberapa hari tak jalan dan rasa rindu nak pegang stering kereta tu tetiba dtg membuak-buak pulak . Sambil jeling kat mia dinda sempat cakap . . .

"  apa guna ada nombor 190 ,200 tu kalau tak try  kann . . . Hahaha . .  .dear mia , awak tolong mandikan kekasih akak tu boleh dak ?? Nanti malam akak belanja korang tengok wayang ,karoke dan shopping . Boleh kan??? "


**Mia buat muka poyo . . . .


Hahaha awak tau tak muka poyo tu macamana? Macam muka mr Bean  tu haa. . . Heee

DINDA AKTIF DI WECHAT



Bila disuruh duduk rumah rehatkan badan , dinda memang mengeluh bosan . Duduk dalam rumah 24jam selama seminggu adalah perkara paling sakit dinda rasa . Nasib ada internet ,dapatlah cari kawan-kawan dialam maya . Facebook ? Dah tak lagi , dinda hanya aktif di wechat . Dulu-dulu dinda bebal sesangat kalau orang cakap pasal wechat , tapi sekarang ,wechatlah tempat dinda tersenyum sengsorang bila sunyi . Tapi sejujurnya kawan dinda diwechat bukannya ramai sangat pun , kurang lebih 21 orang termasuk dinda dan adik dinda Mia Izzara . Kenapa sikit je ? Merekalah insan-insan yg dinda betul-betul yakin boleh dibuat kawan. Lain-lain tu kawan dinda juga , cuma . . . Haaa . . . Kawan kot tapi . . .haaa . . Hahaha sengal , tetiba otak jem tak tau nak taip apa ,  hee ~


Tapi walaupun aktif di wechat tu ,taklah bermakna dinda online natang tu 24 jam . Bila free je kot . Bila rindu , bila resah , bila nak cari pasal  barulah dinda login . . Haaa eh ?!  reti pulak cari pasal dinda ni kan ? Haha reti sesangat dah.


Ramai dah nangis dinda buat . Haaaa pedulik apa dinda ,asal dapat lepaskan bosan , dapat gelakkan orang nangis ,orang merajuk , happening kot haha . . Opssss . . . Taklah gurau je tu . Sebenarnya selagi mata ni terbuka , selagi nafas ini berhembus , dinda taknak orang-orang sekeliling dinda hidup sedih dan bosan disamping dinda . Dinda nak sangat mereka rasa bahagia saat-saat dinda ada disisi mereka . Hmmm . . . Dinda sayang mereka semua tu .


Siapa paling hot didalam friendlist dinda ? Haaa . . . Pastinya si Bunga hati perantau dari  Singapura tu , hahaha tanpa dia , hari dinda sangat-sangat sepi . Dan ada sorang lagi insan yg sangat istemewa ,yg setia menemani dinda diwechat tu . Siapakah??? Shhhh . . . Biarlah jadi rahsia dinda . . Heee apa yg penting ,biarpun dia lebih muda dari dinda , tapi beliau memang perihatin .

Allah selamatkan kamu . . . Dear .

LELAKI MANJA




Lelaki manja ?

Macam tak nampak tapi memang ada haaa . . .Serious lah dinda cakap ni , setiap lelaki tu ada manjanya . Mungkin bukan untuk tiap orang yg ditemui tapi hanya untuk insan yg tertentu sahaja . Tapi ia tetap  kekal ada . . .tapi kan dlm  manja- manja pun misai tetap melintang , janggut tetap sejemput , dan senyuman masih kekal mahal . Aww dinda gedik pulak hehehe

Eh ! Dinda dah reti puji lelaki pulak ke sekarang ni ?

Takdelah ,pada dinda kekadang lelaki ni memang manja , lagi-lagi time diorang mengadu rindu . . .lahaiii . . Macam nak lempang - lempang je pipinya tu haaa .Mengalah baby manjanya kan . Hmmm tapi tulah part lagi risau bila dia dah terlalu manja ni takut manjanya tu makan tuan pulak , haa nahas nanti  bro !!



HANYA PINJAMAN



Dinda tak sehebat dulu!
Dinda tak seaktif dulu!
Dinda tak semanis dulu !
Dinda tak seramah dulu !


Dulu ,dinda memang angkuh dengan semua yg dinda ada ,sampai satu ketika bila takdir itu datang , dinda kena akur bahawa dinda adalah manusia kerdil yg terlalu lemah bila diuji .

Namun dalam detik masa yg makin singkat ni , dinda masih boleh berbangga kerana Allah masih berikan dinda beberapa keping hati yg begitu yakin menyayangi dinda yg pada hakikatnya hanya sementara je hadirnya disisi mereka .

Dinda hanya pinjaman utk awak semua . . .

Mama ,ayah ,nenek ,makcik2,pakcik2,adik2,kawan2, dan awak  . . . Ye . . Dinda hanya pinjaman dari Allah utk kalian . Mohon  pegang kata2 dinda kali ini . . . Tiap yg dipinjam pasti akan dipulangkan kepada empunya . . .


Allahhu~


MEREDAH MALAM

Harini dah mula kembali kepada asal . Percutian keluarga sudah habis malam tadi bila mana tepat pukul 10malam dinda ,mama ,ayah , adik dan nenek selamat meninggalkan kota Singa yg sungguh mengkagumkan itu . Selama 3hari disana ,percutian keluarga kali ini sungguh bermakna bagi dinda . Sebab ??  Sebab . . . Sebab . . Sebabnya selain meronda diseluruh kota itu , kali ni dinda dapat pergi menghadiri majlis perkahwinan orang Singapura . Meriah dan unik sekali tapi moden masih style pilihan . Tahniah buat makcik dinda yg baru dapat menantu tu . Comel jugak menantu lelaki makcik . . . .heee puji suami orang buat apa ek . . .


hmmm ok ,tak comel ah ! Hahaha


Bila nenek cakap minta dihantar ke Muar ,tak nak singgah Kota Masai , makanya sebagai anak yg baik ,ayah turutkan je kata nenek . Dari Singapura ,kami teruskan je ke Muar . Perjalanan ambil masa 3 jam sebab dah malam ,jalan lengang dari kereta .kalau tak mahu makan 4 jam lebih .

" ayah . . . Kat highway biar akak drive  eah " dinda offer kudrat ni demi ayah tersayang . Namun ayah diam je membisu .

" boleh jugak ,ayah awak mengntuk ni ,sebab tadi asik sangat bersembang dengan kaum kerabat dia kat rumah pengantin ,kan abang kan ? "  . .eh ,mama pulak yg jawabnya ?

" tapi ingat , jangan nak " yanaMyvi"  sangat la kan , walaupun kereta tak banyak malam ni "

 " aik ?mama ohh mama , takkan akak nak jatuhkan maruah akak ni demi hobi . Kita ada banyak cara lain nak berlumba kan ma . Litar Pasir Gudang tu dah setia menanti kalau  nak  . ." dinda jawab sambil gelak kecil . Dan mama cuma melirik kat mata sepet dia kat dinda . Heeee

Bila masuk je highway utara selatan , ayah dah tak mampu drive . Dinda paham dan terus menggantikan tempat ayah . Memang ginilah kalau kami pergi kemana-mana yg jauh . Sering bertukar- tukar pemandu .

" jangan nak pecut sangat " . . Pesan ayah selamber kat dinda

"Err . . .er . . Ok boss ! " dinda bagi tabik hormat kat ayah ketika tu ,dan ayah just besarkan bebola matanya hahaha


"cool bebeh cool " . . . dinda cuba tenangkan ayah .

"Ayah tidurla dulu eah . . Akak bawa slow je ni , rasa -rasa 200km/ jam ni kalau ke Muar 2 jam sampai kot"

 hahaha

"Woii !! Jangan cari pasal laaa . . ." Hahaha ayah menjerit agak kuat dan kasar .


"Yelaa akak gurau jelah , bawak 80 km/ jam jelah ". . .hmmm


" lantak kau sekali lagi ayah bersuara" kehkehkeh marah bebenor ayah nadanya .

"Taklaaaa yah . .  . Drive elok-elok je ni . Dah2 ayah tido dulu ,nanti dah sampai akak kejut "

Dinda tengok mama,nenek,adik E dah dihalaman mimpi rasanya . Dan ayah ambil tempat diseat sebelah pemandu . Tak sampai 10 minit ,suara dengkuran ayah dah berkumandang dalam kereta tu . Ok , this is musik orignal dan dinda kena hayati keindahan iramanya . . .hmm . . heee

Dinda bawa berapa malam tadi dihighway? Haaa disebabkan dinda tak bawa myvi , cukuplah 190km/jam utk sebuah toyota altis , laju ? Tak kot . . .
cukup 2 jam lebih dihighway ,akhirnya dinda selamat sampai dihadapan rumah pusaka nenek diMuar .

alhmdulillah . . .everything gonna be ok . Tengs to Allah . Dan petang ni , yessss mata dinda berat giler sey , tapi ada je hal yg datang sampaikan dinda tak mampu nak tidur dgn lena . Lahaiii


JAUH TAPI DEKAT

Bila berada diluar negara , walau pun sehampir Singapura , semua aktiviti sosial dinda terbatas . Lagi-lagi cuti beberapa hari ni ,hampir 95% dinda habiskan dengan keluarga . Yelakan bukan selalu kami semua dapat berkumpul begini . Ada ayah ,mama,makcik ,pakcik ,adik-adik ,sepupu ,nenek jugak . Mereka lah darah daging dinda ,so ,kepada merekq jugaklah dinda menumpang kasih ,melepas rindu dan sayang.

Lain?ada kah rindu ?  Ye ada . . . Rindu sangat-sangat walaupun dia jauh sangat-sangat tapi ingatan ini masih sama ,dekat sangat-sangat untuknya . Awak . . . Rindu . . . Hmmm lama lagi nak habis percutian keluarga ni , lama sangat rasanya nak tunggu hari isnin .

Sabar eah :)terpaksa pinjam lappy cousin