HANDPHONE ORANG KENA RAMPAS


Aku tak tahu kenapa . Lepas makan sahur ,girls bilik 1004,dan 1005 masuk bilik aku .katanya nak jumpa Sis Umaira . Aku yg mamai masa tu terkulat - kulat nak pandang muka  diaorang .

Pehal beb ..ayat pertama keluar dari bibir aku saat tu

Mira pandang aku , dia junior sama macam aku jugak la ,tapi dia ni sikit power sebab perangai pengkid dia memang terserlah dimata aku . Ganas pun ye !

Aku nak cakap satu hal kat sis Umai ni beb . Jawab mira bersahaja

Kenapa korang ni ? Nak apa kat sis? Sis Umai terpinga -pinga sambil memandang wajah  sorang-sorang girls tu . Termasuk wajah aku !

Kita orang tak puasati kat sis lah . Kitaorang nak tanya , siapa sis nak halang mia dari guna handphone dalam bilik ??? Mana ada undang undang macam tu sis ?? Yang sis tu gayut dgn bf berjam-jam boleh pulak ek ???

Adoiyai ,mira dah tunjuk taring dia pulak dah . Aku seram jugak ,mana lah tau jadi gaduh pulak nanti semata -mata sebab aku !? Apa aku nak jawab kat warden nanti ?

Daa aa beb ,aku ok je aa..aku tak kisah pun ,lagi pun aku bukan ada bf yg aku nak ajak date tiap masa dalam phone aku tu . Real life aku pun tak harap sangat dengan handphone la.  Its ok la . Rileks aa sey...aku try nak cool kan keadaan . Padahal ,handphone tulah kawan aku kat kolej .bukan buat call atau apa ,just layan lagu dan call mama tiap malam sebelum tidur or sebelum pergi kelas .thats all !

Beb ,ni bukei undang-undang kolej wey . Hok sini ,masuk kelah ja dok buleh bawa handphone ,dalam bilik boleh ja .apa ada hal?! Ah mek kelate pandai pulak back up aku pagi ni ,detik hati aku pelahan .

Aku senyum..rileks aa.. aku takde pape laaa.. da la korang masuk aa  bilik korang dulu ,nanti aku bincang dengan sis Umai pasal hal ni , ok ?

Beb ! Aku nak , petang nanti ,bila aku message whats app ko ,ko jawab ea???  Siti Umbrella sorang ni pun nak back up aku . Hahaha yela ..yelaa sweety ..aku ketawa hambar kat Siti Soleha . Budak Selangor yg putih melepak macam telur ayam dikupas kulit tu ! Peh qu puteh siak dia kasi makan ! Haha giler  melepak dia ,dah macam artis korea dah

Yela,yela..pape hal ,korang masuk la bilik korang dulu , nanti warden nampak ,nahas kita doe . Aku slow  talk kat back up girls aku tu hahaha  macam menyanyi la pulak pakai back up bagai !

Mereka semua keluar dan berlalu pergi ..tinggalkan aku ,sis Umaira ,Zila dan Shera dalam bilik kami . Aku baring semula atas katil aku sambil pandang pada  Zila dan Shera . Girls berdua tu pandang Sis Umaira . Sis Umaira tunduk sambil pandang ke lantai .


Sis .. U nak buat apa , U buat lah dengan handphone orang tu . Orang pun ada 3  biji lagi handphone kat rumah , nanti kalau mama or ayah orang call tanya pasal balik raya or else ,sis tolong lah jawapkan ,boleh ? Orang nak tidur dulu . Nanti  pukul 8 dah nak pergi kelas . Aku peluk bantal dan tutup muka dengan selimut ...aku ...aku...aku nangis sebenarnya . Dalam kepala otak aku  berfikir , apa tah lagi yg bakal dibuat oleh akak senior aku sorang ni kat aku lepas ni ..ermm ..


Pukul 6: 30 Shera kejut aku  untuk giliran mandi , aku bangun dan terus kemeja tulis disebelah penjuru katil aku . Eh ! Handphone aku ada atas meja tulis !! Sis Umaira dah takde dalam bilik ! Masih disurau barangkali. Ada sekepimg nota diatas meja bersebelahan handphone tu yg berbunyi ...

Saya buat semua ni sebab saya sayang awak ,Mia Zarra .... :'(

Adoiyaiii...kantoi lagi kah aku lepas ni???? Aku dah tobat doe ! Serious !!

ORANG KECEWA LAGI


Seorang gadis  melalui detik sukar bila dia dijatuhi satu ujian dunia maya . Iaitu bila mana kasih sayang selama ini yang dipendam menjadi bara yang berjaya membakar jiwa remajanya sendiri .

Sedang leka menjerat kasih sayang kawan-kawannya , gadis kembali menjerat satu situasi alam dimana dia dilamar dengan cinta dan amanah . Pakar psikologi dan pakar I.T pun tidak berjaya menguraikan  permasalahan ini . Pakar syariah makin memeningkan kepala .manakala pakar sakit puan sangat membebankan dunia barunya !

kenapa dunia sangat kejam ?
Kenapa mesti aku yang menanggungnya?
Kenapa aku gagal untuk merubah keadaan ?
Kenapa mesti datang ,kemudian pergi ?

Aku nak jelaskan disini , kau letak dirikau seperti gadis malang itu sekarang !


Dalam saat dia baru sahaja kehilangan 2 kasih sayang , saat dia terpaksa meninggalkan  keluarga tercinta jauh beratus batu ,saat dia terpaksa menjadi seseorang yang bukan dirinya yang sebelum ini , disaat dia terpisah  terlalu jauh dengan rakan-rakan baiknya ,tiba-tiba datang seorang insan yang dia sudah pernah kenali sikit waktu dulu . Namun disebabkan tidak mahu merebut kasih sayang dari seorang perempuan yang lain , dia terpaksa undur diri dalam tersenyum . Moga kalian bahagia ,itulah detik hatinya .

Dan kali ini ,insan itu hadir dengan hati terbuka untuk gadis ,sedangkan gadis masih berusaha untuk mencari dirinya yang paling terkini . Tapi pada hakikatnya saat dia tertanya -tanya pada perasaan sendiri , insan itu telah berkata

Sejak dulu aku sayang kau , aku suka kau , tapi aku tidak mampu untuk mengatakannya kerana saat itu amat sulit bagi aku . Kali ini aku datang lagi ,tetapi jika kau punya pilihan lain ,aku rela lepaskan kau dan pergi sekali lagi dari kau .


Paling kejam manusia ialah manusia spisis begini pada firasat aku !

Kenapa aku cakap macam tu ? Setelah sekian lama detik itu dia dan gadis  sama-sama tunggu ,tetapi disebabkan rasa ragu-ragu dan tidak  yakinnya dia pada nilai cintanya ,akhirnya setelah dia meluahkan isihatinya , dia berlalu pergi !!  KAU MEMANG KEJAM WAHAI LELAKI ?!! tahukah engkau ,angkara bicara hati kau yang tidak punya kekuatan diri ,yg agak tidak yakin ,aku makin hanyut dalam arus dunia aku yg dahulu .harapan untuk berubah musnah kembali . Hancur dimamah masa ....Jujur aku cakap ,aku kecewa kali kedua dengan cara kau .... LELAKI ....  :'(

ORANG DIDENDA


Akibat aku kerap sangat tidur lewat sejak kebelakangan ni , senior aku dah sound,  dia cakap , jangan terlalu lebih pada laman social , fokus pada pelajaran yang  baru nak kenal tu.

Macam kaca terhempas ke lantai bila dia cakap , lepas pukul 11 malam handphone dia pegang then kalau aku ada kerja , gunakan saja laptop dia  . Erm pedih nya hati .


Aku serabut masa mula -mula diberi amaran macamtu . Pada aku ini kah penjara jiwa bagi aku ? Tapi aku tak melawan walau pun sepatah kat akak senior tu sebab tak nak denda aku berlanjutan dan melarat-larat . Dan aku tak nak lelama aku jadi stress dengan semua ini .

Memang kalau orang tengok aku macam happy ,macam seronok kat sini ,tapi orang tak tahu ,tiap malam sebelum tidur aku menangis . Batalkan kontrak ? Boleh tapi aku kena sediakan RM110 , 000,00 untuk dibayar kepada kementerian ! Mana aku nak dapat ??!

Akhirnya satu keputusan tekad aku buat ! Jauhi mereka yang aku sayang tu . Yang datang dalam dunia aku macam pelangi . Menarik  ! Indah ! Tapi sekejap saja . Giler ? Tak ,aku belum giler tapi aku dah diburu rindu . Kalau korang nak tahu  aku makin weak kat sini ... macam nak mati pun ada ...



Kak ... orang makin tertekan dengan ragam dunia :'(

ORANG BERCAKAP DENGAN DINDING


Harini takde kelas . Baru siap cuci baju dan aku tahu harini aku kena rest . Ada baik aku rest puas-puas . Itu detik hatini pada mulanya . Tapi baru je masuk 20 minit melepak dimeja tulis ..... aku dah mula rasa sunyi . Aku renung dinding yg kosong , serius aku sedang merindu pada sekeping hati yang aku tahu , dia memang sayang aku . Beb ...


" Aku ingin kau tau , saat ni ..hadirlah  dan temani aku macam selalu  .. :'(



Tapi aku kena tahan perasaan ini sebab aku tak lagi punya pilihan lain . Aku akan pergi jauh dari dunia korang . Dunia yang sebelum ni pada aku akan buat aku tersengih sengsorang . Menyanyi lagu-lagu gila . Menyakat dengan meriah ,teriak gelak dan tawa . Aku rindu itu . Rindu sangat-sangat . Tapi bila diantara korang dah mula meletakkan aku pada satu keadaan tertekan ,aku memang lemah , lesu . Dan aku hampir mati disini .


Arhh kejamnya dunia persahabatan aku kali ini . Terjerat aku antara kisah kasih sayang seorang kawan dan kisah kasihnya seorang pecinta .


Dan aku bertekad ,kembali kepada aku yang dulu dan biarkan korang hanya bermain diminda aku seiringan dengan aliran airmata rindu ..seyes ,aku rindu ko beb :'(

ORANG TAK BOLEH TIDUR DAN BERHAJAT


Pukul 1.40am

Serius mata aku tak boleh pejam dari tadi . Lepas lepak dengan kawan kat group Karaoke jamban , aku beritahu kat diaorang yang aku nak tidur  . Tapi bila dah sunyi sepi , gelap gelita , mata aku masih terkebil -kebil . Suara nafas 3 orang roomate jelas menunjukkan yg mereka dah enak dibuai mimpi . Sedangkan aku ?

kenapa kau Mia?

Entahlah ...

Apa yang aku tahu ,inilah tahun pertama aku akan sambut raya tanpa akak aku ( kak adinda a.k.a kak Lyen  ) dan lagi aku cuma dapat cuti 3 hari untuk bersama keluarga berhari raya di Johor dan masuk hari ke 4 aku dah gerak balik ke kolej di Penang *peh sebak* Kali ini aku lah musafir diaidil fitri .


Malam ni sunyi sepi ,tenang je . Dan semua umat islam didunia ni sedang menanti kehadiran malam penuh kebarokatan , iaitu malam Lailatul Qadar . SubhanaAllah ...apakah malam ni merupakan malam itu? Sebab malam ni malam yg bilangannya ganjil dan suasana malam ni memang mendamaikan . Wallahhualam Allah je yg tahu akannya .


Apa hajat aku kalaulah malam ini adalah malam Lailatul Qadar ?
Dengan kebesaran Allah dan dengan janji-janjiNya . Aku mohon Allah limpahkan cahaya keimanan dalam diri aku ,kepada semua ahli keluarga aku ,kawan-kawan aku dan semua muslimin dan muslimah diMalaysia ini . Dan aku bermohon Allah jauhkan mama dan ayah aku dari azab api neraka . Dan lagi ,andainya nyawa aku diambil nanti , aku nak Allah matikan aku dalam keadaan yg beriman .


Amin3x ya Robbal a'alamin .


oklah dah pukul 2 am ...aku cuba untuk tidur ,esok ada kelas sampai pukul 12 tengahari .Salam malam jumaat yg penuh kebarokatan. Aku ada benda nak kongsi lagi ,tapi mata aku dah naik juling ,menaip dalam gelap . Kah !



ORANG KENA BERUBAH KE?



Aku diarah berubah . Lupakan kisah cinta aku dengan perempuan dan try pulak merebut cinta lelaki . Aku blurrr . Sejak dari aku lahir lagi mama dah suruh jangan bercampur dengan budak lelaki . Lepas tu aku bersekolah pun muridnya semua perempuan . Sekolah menengah pun sama ,semua perempuan . Masa aku buat partime kat kilang pun pekerja nya semua perempuan . Adik beradik pun semua perempuan . Kawan rapat semua perempuan . And now ,aku duduk dalam kelompok majoriti semua perempuan , kolej kejururawatan , nah !! Macamana aku  nak lupakan  perempuan dan kasih sayang nya?? Mustahil doe!!


Kata Gammer  yang sangat ambil kisah pasal aku , sebenarnya ramai budak lelaki suka kat aku , tapi aku memang tak ambil port pasal cinta lelaki . Dengan amanah akak , aku nak fokus pada pelajaran . Dan ianya ambil masa 3 tahun ok , bukan 3 hari or 3bulan .


arghhh ...tidur lagi sedap aaa ~ k, baii