Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

GELORA JIWA ORANG

Mereput dalam bilik ni dah beberapa hari . Hari minggu ,family pergi undangan kawin dan aku ditemani Fatin . Aku tengok dia asik melayan bf dia di handphone . Aku jadi sebak dan sayu , tetiba rindu kat ayeeen datang membuak . Dengan nada sayu aku bersuara perlahan kat Fatin dgn harapan aku dapat simpati dari dia 100% !

Beb , belanja hotspot sikit .
Ko nak online wechat ke ?
Takla , aku nak taip di blog .
Mama ko tak marah ke nanti?
Ala ,mama mana tau aku ada blog doe
Ok ,aku boleh je belanja , tapi jadi apa - apa ko tanggung sendiri ea.
Yeeelaaaa .. pat aa beb ..

Aku jadi tambah sebak dah hampir nak nangis pun ada ni .

Sebenarnya aku rindu semua tentang dunia alam maya aku yang sering aku layari selama ni . Terutama ayeen dan kawan rapat aku zaid . Lain pun aku rindu jugak tapi taklah sehebat aku rindu budak berdua ni . Sebab masa hari jumaat tu tak sempat nak wish goodbai pun . Tak sempat nak salam kiss tangan , laga-laga pipi , laga-laga bahu , hihihi . Gurau je la . Seyes rindu ko…

LOGOUT

Pagi jumaat

Harini pagi -pagi aku dah kena logout semua laman social aku . Cari Ayeeen entah kat mana dia agaknya . So dengan langkah yang longlai , aku klik semua laman tempat aku selalu bersembang tu . Baii Ayeeen :')

Ok lah lepas ni aku tak tau bila lagi aku dapat masuk ke wechat ,twitter dan blog . Sebab nya dengan kesihatan yang tak memberansangkan ini ,aku kena handle diri aku sendiri dirumah mama and  aku kena uruskan apa yang patut untuk penyambungan  belajar ditempat baru . Thanks kawan-kawan yg memahami aku .. Doakan semua berjalan lancar ,k ..

Selamat tinggal semua ,panjang umur aku menaip lagi. Insya allah .. ll miss u ..


Aku tadi ada jumpa satu baris ayat kat twitter , meh aku share :


MANUSIA AKAN BELAJAR MEMAHAMI  SELEPAS KEHILANGAN ..


ok ,nice words .. aku akan pergi ^_^

THROWBACK MALAM JUMAAT

Awak cuma demam selsema je sweet heart ..


Aa gitu la kata Dr Hisham kat aku tadi . Doktor paling handsome kat Hospital tempat aku study ni . Hahaha handsome tak handsome ,anak da dua  beb . Jangan nak potong line pulak ea . Laki orang tu ! Korang kalau nak usya doktor pun agak-agak aa sikit . Ada ramai lagi doktor lelaki muda kat Malaysia ni . Asalkan jangan korang pilih yang kaki  selfie . Nahas lu bhai , ada kang dia selfie masa korang tengah errr .. errr .. hahaha what the fish !!? Lantak aa tu  bukan bf aku ok . So better aku tak payah nak meroyan bagai dalam ni untuk dia . Gasak dia aa nak buat apa depan pesakit dia  . Hahahaha ayat pasrah ni doe ~


Eh ! Aku ni da macam tak demam je !? A ah  .. aku da makan ubat flu tadi . Kejap lagi mamai la ni . Tah tah lepas ni terbongkang da atas katil ni . Erm .. maklumlah kan  malam jumaat , orang bujang kena tidur awal sikit katanya . Haish .. pesan mama ni dari aku umur 5 tahun ,sampai sekarang aku ingat lagi . Kata mama :


Budak kecik , k…

TAKDIR ORANG SUDAH TERTULIS

Bila detik itu makin hampir , aku jadi makin gelisah . Badan aku makin rasa seram sejuk . Macam nak kena demam pun ya .sejak dari 2 malam lepas aku tak boleh tidur lena . Macam ada sesuatu yang aku nak luahkan kat Ayeen , tapi aku tak tau apakah ? Tapi yang jelas , bila Ayeen ada disisi aku , aku jadi bisu dan dada jadi sebak dan sayu.


Dimana Ayeen ? Dia ada je dalam hati aku ni . Kalau nak ditunjuk memang payah sebab jauh sangat- sangat . Tapi aku yakin dia ada . Senyum dan tangis kami tetap bersama . Just you and me Ayeen ~

Kalau orang tanya siapa Ayeen dengan aku ? Jujur aku cakap , kami kenal sejak 2013  . Masa tu aku aktif berfacebook ** fb kepunyaan kak Lyen**

Kenapa baru sekarang aku rapat dengan Ayeen ? Makin berani aku cakap kat sini , inilah namanya  takdir  . Bila seseorang itu pergi ,usah ditangisi keterlaluan kerana akan datang lagi seseorang yg lebih menyayangi diri kita seadanya . Allah tahu mana yg layak untuk kita . Makanya usahlah kekalkan derita itu ,tapi berusahal…

ORANG MAKIN MEREPUT

Lebih 80hari akak pergi tinggalkan aku dan semuanya atas dunia ni . Aku hilang kakak . Mama dan ayah hilang anak kesayangan . Murid-murid kat taska  hilang cikgu cantik mereka . Lect kat kelas pendidikan awal  kanak-kanak hilang pelajar pemalu. Kawan alam maya hilang kawan baik . Dan semua adalah kehilangan kau kak ..


Bila aku tertekan dengan masaalah macam sekarang ni . Aku akan ingat kat akak . Selalu bila aku tention , akak akan bawak aku tengok wayang ,  Karaoke , pergi makan , shopping atau lepak Danga Bay . Tapi sekarang tidak lagi.


Hari raya lepas ,aku sempat ziarah pusara sepi akak . Masih merah lagi tanah disitu . Rumput-rumput halus mula menutupi tanahnya dan daun pandan kering ( bunga rampai ) masih menutupi atas pusara  akak . Batu nisan yang kaku aku pandang sayu kerana aku tau mereka berdua je teman akak disitu .


Kak .. datanglah dalam mimpi orang malam ni . Orang rindu akak sangat-sangat tau . Ada banyak yang orang nak cerita kat akak , kisah suka duka orang beberapa m…

ORANG MAKIN SERABUT

Tersakiti dan menyakiti ! 2 perkataan yang baru je aku hayati sekarang ni . Layak ke aku disakiti ? Ofcos sebab aku tengah sakit . Kan ? Better teruskan  menyakiti aku ! Aku tak marah  ! Malahan aku tersenyum sambil mengalirkan air mata !

Aku menangis ?? Yep ! Sekarang aku dah pandai menangis bila kerap sangat tersakiti . Dulu aku tak bohong , aku tak pandai nak menangis . Kerana apa ?? Kerana apa yang aku nak ,aku akan dapat . Kecuali sesuatu yang kau panggil CINTA !

ok .. ketika itu aku abaikan cinta ! So , mana datang aku nak kecewa kemudian menangis? Kan? No boyfriend , No problem !! Ye ke??  Siapa cakap no bf ,no problem?? Aku ada gf pun problem juga la .. cuma mereka tak reti lah nak sakitkan hati aku ni malahan mereka menatang aku macam menatang minyak yang penuh !! Peh .. bahagia gilerr !!

Dan bila aku try test nak masuk alam menyintai lelaki . Ini makan dia !! Keluarga ! Kerjaya ! Hati ! Perasaan ! Entah natang apa lagi tah ,semua tu tak memberansangkan aku bahagia malahan .…

AYEEEN BUAT KEJUTAN SIAKK !!

Ok ! Harini aku feel free bila nurse cantik molek tu kena balik wad sebab kes dia ada masaalah . Aku lega gila !  Aku suruh nurse tu diganti dengan Fisha , bedmate aku ! Bedmate? Hahaha sure korang tak paham ,tapi mana yang tau tu sila diam .


Bila Fisha stay dengan aku ,ofcos la aku berpeluang melayari wechat idaman . Id ? Rahsia hahaha . Ok senang cakap aku pun berpeluang cerah untuk date dengan ayeeen . Dari pagi sampai jam 3 petang !  Cover yang dah delay beberapa hari tu aa kan .


Then lepas doktor datang untuk pemeriksaan ,aku kena pass handphone kat Fisha sebab aku tak boleh pegang handphone dalam wad . Aa ni undang-undang baru ciptaan manusia ! Hahaha dan lepas jam 4 petang , Fisha kena balik asrama sebab dia ada date dengan tunang dia . Tinggal lah aku kesepian diatas katil tu . Guwa pasrah bhai hahahaha


Tak sampai 10 minit aku pasrah , sis Umaira  datang pulak melawat aku diwad . Shes offer me .. nak online tak?? Aku senyum je . Nak id mana ?? Eh .. dia menyoal aku pulak . Ha…

SERABUT DOE

Hahaha apa sey aku dah buat !? Habis semua draf aku publish .peh bukak pekong sendiri nampak . Sorryla aku belum sihat lagi sebenarnya tapi oleh kerana nurse yang jaga aku ni offer notebook , better aku gunakan untuk work out jari aku ni yang dah lama mengeras dan beku . Seyes aku dah mula bosan dalam wad ni . Cantik mana pun nurse yang jaga ,dia tak dapat bagi aku tenang kali ni !  Bapak bosan bhai guwa sekarang  !! Nasib aku bukan awek ajet ajet  manja  jadi aku wat donno je la lepak atas katil ni .padahal kepala serabut gila beb  !! Arghhhh !

ORANG DAH PERGI KELAS

Pagi jumaat ! Aku rasa Allah dah beri aku 1 lagi nikmat . Syukur Alhamdulillah ...

Aku dah sihat sikit dari demam petang semalam dan aku yakin ,inilah peluang aku nak pergi ke kelas hari ini . Dan nampak gayanya wechat dan twitter aku akan senyap untuk beberapa jam selepas ini .


Ayeeen .. harini jumaat , lu wajib pergi masjid ,ingat tu ! Siapa Ayeen ??? Alaaaaa .. tokey kedai mamak yang operasi 24 jam tu lah . Dah dah !!!  jangan merepek ,kang Ayeen tu siram korang dengan  kuah kari , padan muka ! Ok la ,aku nak siap-siap ni!

Assalamu 'alaikum ..

ORANG DEMAM RINDU KE NI

Mood aku ke bulan ! ni pengakuan jujur aku . Entah kenapa aku rasa macam tu , aku pun tak paham. Apa tah lagi korang , sure blurr kan ? Ergh !!

Satu hari suntuk aku duduk dalam  bilik . Layan buku nota dan semua yang sama waktu dengannya . Sebab ?? Aaaa .. sebabnya aku da delay banyak kelas aku doe !  Dan .. dengan rajinnya harini ,walaupun masih dalam cuti sakit , aku melangkahkan kaki yg bertongkat ni masuk kelas selepas jam 2:30 pm . Dan akhirnya lepas mandi petang tadi ,badan aku rasa seram sejuk , macam nak kena demam la pulak . Puan warden cakap , aku ni demam urat lepas jatuh haritu , dan dia akan tolong carikan tukang urut untuk legakan urat saraf aku yang da terkucil ni . Aku ok kan je la . Harap bukan tukang urut lelaki !  Itu yg wajib tu . Haram doe !  Biarpun dalam keadaan darurat ,aku tetap reject kalau tukang urut tu adalah lelaki dan tidak handsome !  Hahahaha gatei jugak aku kan ?!  Gurau je la ermm..ermm


Dan , dikala azan magrib berkumandang sebentar tadi , air mata …

ABAIKAN JE ORANG NI

Aku jadi orang , kalau aku gurau , aku gurau sungguh -sungguh . Kekadang sampai nangis  orang tu aku kerjakan . Tapi gurau je pun , tak lebih !


Aku jadi orang , kalau aku sayang , aku sayang sungguh - sungguh . Tapi jangan abaikan aku bila aku memerlukan .jawapnya memang aku pergi jauh darinya lepastu . Sejauh mana  yg  mungkin !!


Aku jadi orang , kalau aku dah benci , aku takdanya nak benci bersungguh , sebab aku tau takkan aku jadi jutawan punya dengan terus membenci orang . Cuma aku akan cari jalan supaya aku tak akan terserempak dengan orang tu je aa. Tiap lepas solat  aku doa  tuuu.!!


Aku jadi orang , kalau orang tipu aku , hina aku , sakitkan hati aku sedangkan aku tak pernah pun sentuh urusan peribadi dia . Jawapnya ... sampai kiamat la aku takkan maafkan silap dia tu !! Deal kan ?? Ok , aku  bukan  Nabi atau Malaikat !



 Ye !! Aku memang degil !! So ?? Kalau  tak kenal siapa aku , better  korang duduk diam-diam , main C.O.C ke , layan awek hot ke , main dota ke , atau lepak ma…

HARI INI ORANG X-RAY KALI KEDUA

Aku baru balik dari x-ray buat kali kedua . Lepas aku batuk keluar darah petang semalam then dada aku sakit gila masa magrib ,doktor arahkan aku buat pemeriksaan sekali lagi . Dan keputusannya? Biarlah rahsia . Hahaha take note ! Yang penting aku  masih bernafas dengan baik dan sempurna . Terima kasih Allah


Apa yg aku tahu doktor cakap ,hentakkan yg kuat masa kemalangan tu dah buat bahagian dalaman dada aku ada masaalah sikit .aaa.. sikit je tau .part luaran dada still better like before . Hahahaha turun pulak kang duit hantaran doe !! Peh  gatei bebeno kau Mia sekarang !!  Hahahaha ... Adat la ,awek 20 ,takkan takda nafsu lagi pasal nikah kawin , pasal nak hidup berteman . Tak normal tu namanya . Yes or not?


Kenapa aku suka tunggang motor ? Dan kenapa aku suka bawa motor lelaju sampaikan dah masuk kali ke 3 aku jatuh ? Dan tak serik-serik lagi ? Jawapannya mudah je .


Kenapa peminat ikan pekasam tak selera makan kalau tiada lauk tu atas meja makan dia? Aaa .. lu fikirlah berramai-ram…

ORANG KELUAR WAD HARINI

Setelah sekian lama menyepi aku menaip lagi harini . Lepas exam aku fikir aku dah lega kan kepala otak sikit la kan ,rupanya ada sebuah stemroll dah kasi hempap kepala batu aku ni . Dan sekarang aku berdiri tanpa kepala otak ! Hahaha ayat kurang ajar ,korang abaikan je lah .


Aku kemalangan ! Yep ! Aku jatuh motor !

Naaaah .. hasil kepala serabut ,bawa motor macam aksi K.L menjerit ,akhirnya dengan aku sekali menjerit . Cedera ??ada .. sedikit luka dihati yg masih belum sembuh lagi. Hahahaha what the fish !!  Biar derita ini ku tanggung sendiri beb **nangis**

Korang percaya ke yang aku kemalangan?


WAJIB percaya doe ,  kalau tak mana lah aku suka suki nak lepak wad sejak dari hari jumaat sampailah tengahari ni . Bosan woo dalam wad ni. Asik dibelai oleh nurse cantik dan doktor handsome . Sampaikan kekadang tu aku fikir aku dilayan bagaikan "puteri" ..ceh perasan  aku ni beb *perasan takpe masih dimaafkan ,asalkan jangan salah masukkan derma dalam akaun bank . Tiap detik orang…

ORANG NAK BERITAHU NI

3 ogos 2015 !  Setelah sekian lama blog ni senyap dan sepi ,ni  aa tuan blog da mari ! Hahaha aku busy doe ! Sejak lepas balik cuti raya , jadual belajar aku memang padat dan aku jadi makin penat dan habuannya tidur lah makan dia . Ha? Ada kau kesah ?? Okk Kau tak kesah kan beb ? Aku kan peramah nak beritahu . Elehh

Harini ,minggu ni , minggu exam . Peh ada banyak benda boleh aku buat kat kolej ni ,boleh exam pulak yg pihak kolej nak ?? Apa nak buat , dah aku pun masuk sini nak belajar ,bukan nak kurang ajar ,better aku turutkan je kata mereka . Exam pun exam la . Ermm belajar kat wechat je pun erm..erm..

Firstday exam . Simple je soalannya . Bhaha belagak siak aku ni . Padahal berpeluh jugak ketiak nak menjawab tadi . Maklomlahkan dalam bahasa orang putih . Aku kalau sembang biasa tu ok lagi cakap dalam B.I ni tapi kalau dalam bahasa saintifik , adoiyai jiwa kacau doe ! Apa pun aku akan try my best la k . Kalau tak dapat jadi nurse ,jadi doktor pun dah kira ok dah tu . Hahahaha cita…