AKU KENA AKUR 400%



Assalamualaikum beb

Akhirnya aku kena akur . Tak mudah nak dapat apa yang kita selalu angankan .  Bukan mudah nak harapkan orang sayang kat  kita  ,hargai diri kita , hormati perasaan kita sama macam kita sayang dan hargai dirinya .


Dulu aku fikir  bila cakap dah sayang , then pasangan kita akan sentiasa ada disisi  saat kita perlukan dia . Saat kita letih , saat kita memang terlalu rindu kan dia . Aku sebenarnya tak perlu dia ada depan mata aku 24/7 beb , tapi dia hanya perlu muncul disaat aku perlukan perhatian dan kasih sayang dari dia . Tu je !! Sumpah aku tak mintak lebih ! Aku tak mintak duit dia ! Aku tak mahu tahu pun harta banyak mana milik dia ! Aku takkan tanya besar mana hebatnya pengaruh ahli keluarga dia . Sumpah beb , aku tak pandang semua tu . Tapi please ..pahami perasaan aku  , kesian lah sikit kat hati aku ni . Hargai kesetiaan yang aku labelkan hanya untuk dia dan tiada orang lain lagi da .

Hahaha


Ahhh .. jangan mimpilah kau Mia  !  Kau siapa nak control semua aktiviti kekasih kau tu ? Mak bapak dia pun tak halang anak dia nak buat apa yang dia suka  , yang kau pergi terhegeh-hegeh tu kenapa ?  Ok finally ,aku akur seakur akurnya , kini aku menyerah kalah , aku kena tahu yang ..


" aku bukan sesiapa  "
" aku cuma ada hubungan cinta ,bukan isterinya lagi "
" aku akan dicari bila dia rasa bosan dan sunyi "
" aku hanya lah seorang perempuan yang banyak bagi problem kat ramai orang "
" aku cuma perempuan yg perlu dikasihani sebab aku lemah "


Ok ,k .. ** hands up **


Beb .. sebenarnya  cinta bukan begitu . Dan akhirnya sekali lagi aku kena rewind  kata-kata yg " menyinta bukan makna memiliki "


K .. aku akur 400% !


ABANG DEEN MELAWAK PULAK




Assalamualaikum beb  !


Abang Deen whatsapp mama aku malam tadi . Meh baca antara perbualan diaorang .



ABANG DEEN :  Mak Ngah , kalau nak balik kampung ikut Parit Sulong tau .
MAMA : kenapa Deen?
ABANG DEEN : jambatan Batu Pahat dah kena tutup . semua kenderaan tidak dibenarkan lalu kat situ .
MAMA : sebab nya?
ABANG DEEN : ultraman dengan hulk buat hal . cuba mak ngah tengok gambar  ni ..





MAMA :  heheheheheh bohong mak ngah ye . kenapa dengan jambatan  tu Deen ?
ABANG DEEN : kapal korek pasir terlepas dari talinya mak ngah ,  lepastu hanyut sampai terlanggar jambatan tu . rosak teruk jugak mak ngah . tu sebab kenderaan tak boleh lalu buat masani.
MAMA : oh .. Ok .terima kasih beri info Deen  . insya allah mak ngah balik minggu depan sebab ada urusan dengan tok penghulu ni.
ABANG DEEN : urusan apa mak ngah ?
MAMA : adalah .. mak ngah nak uruskan kemasukan mia ke kolej baru dia ni haa . Ada sikit yg perlu pertolongan tok penghulu tu .
ABANG DEEN : Oohh..


sebenarnya aku stalker handphone mama tadi , waktu aku bosan tahap tapir giler kat taska mama . Eh  .. lupa nak bagi info lagi , nowday aku da tak lepak bengkel ,sementara free ni , aku tolong mama aku kat taska dia  . Bantu mama sambil belajar  didik anak .. eh  ! Maksud aku anak bangsa la . Hihihi seronok jugak jaga baby ni ..huhu .. haish .. teringin ke ek?? Haha study oi study !! Muda dan perlukan ilmu  , dah mantap minda dah penuh  ilmu hidup , baru boleh jadi isteri solehah , ibu mithali .. aaa .. kepala suami pun tak kan pening nanti nak layan kerenah aku  . Aaaa.. giteww ~




AMANAH SEORANG REMAJA



Assalamualaikum

Salam aku hulur disebalik jerebu yang makin menyesakkan pernafasan . Antara korang perasan atau tidak kehadiran aku dalam jerebu ni , aku tak pasti . Yang aku tahu , biarpun jerebu tahap bahaya disini ,disana , disitu , disinun .. manusia sekeliling masih kena berjuang untuk mencari rezeki Allah dimuka bumi Malaysia ini .

Biar pun aku belum kawin dan punya anak dan belum ada suami . Tapi aku tahu , ribut  petir , taufan ,jerebu bukan halangan untuk mencari sesuap nasi buat seorang ketua keluarga . Sakit pening bukan lah alasan  . Dah tak boleh bergerak barulah pergi klinik atau pun nak jimat kos , pergi je  hospital kerajaan . Lambat pun lambat lah ,asalkan dapat penawar sakit . Tinggikan pengorbanan seorang ketua keluarga kepada amanah Allah ,  Yep tinggi , setinggi kelapa bali !

Siapa  pulak amanah Allah tu ? Ofkos lah isteri dan anak -anaknya lah kan . Sebagai ketua keluarga , bagaimana nak laksana kan tanggungjawab kepada amanah Allah kalau ketua keluarha sendiri tak pernah amanah dengan Allah . Pening dengan ayat aku?? Hihihi aku pun pening nak paham kannya tapi aku tahu apa yg aku nak maksudkan ni . Apa pulak amanah seorang hamba dengan Allah?

Buat yang wajib , abaikan yang haram ! Lupakan niat nak buat dosa , tambahkan pahala step by step ! settle !!


Korang tau tak beb , tak semua orang alim yang kita kenali sekarang , adalah seorang yang sangat  baik perangai pada zaman remajanya . Yang penting dia ada usaha untuk perbaiki amanahnya kepada Tuhannya dan sekarang kita dh berjaya  kata " dia " tu orang baik-baik , para cerdik pandai dlm ilmu agama . Kalau korang just seorang remaja yang lalai  , bukan penyangak antarabangsa , peluang kau nak jadi orang baik-baik , orang bijak pandai dlm ilmu agama adalah sangat cerah . Yang penting usaha !


Kenapa kita selalu gagal untuk berjaya ?? Sedarkah kita bahawa semua rezeki itu milik Allah dan bagaimana kita nak catch up rezeki Allah sedangkan dengan Allah pun kita tak pernah nak bermesra ?


Aku pun bukan baik mana , tapi jika aku telah mulai  sedar kesilapan aku , aku nak orang yg rapat dengan aku ,sama-sama sedar kesilapan masing-masing  . Jom sama-sama muhasabah jiwa dan minda .

Remaja just sekali , nikmat pulak melambak disetiap pelusuk dunia  ,pemberi rezki itu Allah . Nak quality dalam usia remaja ? Sayangi Allah .. insya allah rezeki tu milik korang ! Milik aku ! Milik Malaysia ! Milik ayah jib ! Milik ibu mah ! Eh .. menyanyah  aaaa .. hihihi .. bytheway ,tiap orang punya hak untuk tiap rezeki dariNya .


Remaja hanyalah  tapak berjayanya seorang ORANG DEWASA !

JEREBU

Assalamualaikum


Jerebu makin berleluasa dinegara ini waktu ni . Terkini Sabah dan Sarawak katanya mempunyai bacaan IPU tidak sihat selepas Johor pada 2 hari lepas . Tempat aku je dah cecah 201 bacaannya .

Bencana alam ke ni ? Entah lah nak , makcik pun tak paham . Apa agaknya muslihat jerebu ni . Nak kata kemalangan , kerap sangat ianya berlaku . Nak kata musibah , manusia atas muka bumi ni macam tak heran je . Malah makin leka adalah . Nak kata dugaan , makin ramai yang ' kaya ' waktu berjerebu ni . Poket penuh je . Nak kata  bencana alam , ramai orang yang sakit , sesak nafas  , selsema dan batuk  tidak dihiraukan langsung oleh jabatan alam sekitar . Malah makin banyak lagi asap dihembus keudara  , termasuk vape !


Haish ...itulah bebelan makcik  goreng pisang yang aku jumpa petang semalam.


Apakah jerebu pada aku ?


Dunia sudah makin uzur , lemah dan tenat . Hanya menunggu saat nya untuk berakhir . Sedangkan manusia didalamnya . Gemar melakukan kemusnahan pada alam dan diri sendiri . Terutama  umat Muhamad  , dimanakah mereka disaat suara azan  berkumandang ?  Mall , padang futsal , panggung wayang , rumah urut , mamak  ,c.c. !

Ok .. siapa aku nak persoalkan ? Kubur masing- masing .. hihi


GURAUAN WANITA

 Assalamualaikum

Mia Ezara muncul lepas dia cakap dia malas nak menaip . Kalau dah kaki menyanyah tu , mustahil nak duk diam sesaja kan kalau free . Kalau internet ada . Tapi harini  maxis dah buat aku berangin  . Line dah la on off , lepastu 24 jam je dia telan data aku 200MB. Padahal aku bukan bukak utube atau layan apa pun . Just wechat dan twitter . Blog pun tak bukak lagi ,  erm  aku pun tak paham kenapa . So , aku share hotspot dengan Fatin just untuk layan mood bosan and  just nak menyanyah . Tau  tak apa tu ME NYA NYAH ? Orang Johor sure tahu  , ore Kelate tau dok gapo dio?

Menyanyah tu kalau bukak kamus dewan ilmu alam Malaysia , sama dengan maksud merepek - repek , cakap kosong , meroyan , bercumbu rayu ..eh bukan-bukan  .. tu typo hihihi

Beb , someone told me , please jangan guna bahasa diri sebagai " guwa " kerana itu tidak melambang kan diri aku  yang sebenarnya , yang comel ,manja dan ayu serta penyayang . So , aku rasa aku akan hapuskan perkataan 'guwa'  diblog ini bermula hari ini . Keputusan adalah muktamad , demi jaga maruah dan imej blog ni . Apa maksud GUWA  pada Mia ?


Its  just GUrauan  WAnita~ GUWA


RINDU DAN WAKTU

Assalamualaikum..






Rindu itu ada tapi masih terbatas masa dan waktu . Idea masih beku .. salam aidil adha buat semua follower muslim





Bengkel tutup !




TAKBIR MUQAIYAD FOR 3 DAYS



ٱللهُ أَكْبَرُ،
 ٱللهُ أَكْبَرُ،
 ٱللهُ أَكْبَرُ،
لا إِلَٰه إِلا ٱللهُ وَٱللَّهُ أَكْبَرُ،
ٱللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ ٱلْحَمْدُ.

ٱللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَٱلْحَمْدُ للهِ كَثٍيرًا وَسُبْحَانَ ٱللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلا، لا إِلَٰه َإلا ٱللهُ وَلا نَعْبُدُ إٍلا إِيَاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَافِرُونَ، لا إِلَٰه َإِلا ٱللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ ٱلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلَٰه َإِلا ٱللهُ وَٱللَّهُ أَكْبَرُ، أَللهُ أَكْبَرُ وَللهِ ٱلْحَمْدُ.

MALAS NAK TAIP





Esok ahad . Esok aku nak free kan 200% minda aku dari alam maya . Fokus pada apa yang ada depan mata ni pulak .

Aku nak cuba menilai siapa diri aku yang sebenar dan kenali siapa keluarga aku yang sebenar.

Mama
Ayah
Adik E
Nenek
Abang Deen
Bengkel
Pengkid
Lessbie
Dan semua orang-orang kampung
Semua orang-orang Johor
TMJ
JDT
ermm.. beri aku peluang sekali lagi . Aku juga ada hak untuk semua . Untuk masa depan aku dan untuk masa depan bersama korang . Aku perlu pilih jalan aku lepas ni . Beri lah aku peluang .. just sekali . K .. aku rest 2hari 2 malam .aku dah malas nak menaip . Wasalam ..

Alfatihah untuk my Sis . Semoga rohnya tenang disana ,disisi insan yang solehah dan dirahmati Allah ..aminn~

BILA AKU PERASAN






To my dear  SumaiL ,

U read the message on  the top ? I bukan lelaki , but u can change la lelaki tu jadi i , jadi perempuan manja dan penyayang , awesome ,tip top , atau apa je asal kan perempuan.

kan i dah cakap , i bukan sengaja nak lari dari u  or nak abaikan u kalau sekarang i dah jarang - jarang online laman sosial ni . Sebab sejak dulu i memang bukan pecinta dunia alam maya ni . I takda facebook , i takda twitter , i takda line ,i takda instagram , i takda wechat , i takda telegram , i takda email  ect . Semua i takda u know . Sebab i tau  , semua tu hanya penyumbang kepada sifat malas i yang menjadi-jadi nanti . Dok ngadap skrin hp or laptop or else .

Now , when my sis gave all she have kat dunia maya ni . Barulah i reti nak belai hp or tab . But  sebagai manusia biasa yang ada komitment didunia realiti . I selalu kerap offline . U online without me , right ?

U said  , u missed me . U  are alone , u bored . But the same time .. u layan dota 2 sampai lebam !!  Huh !  U kurang tidur ! Sakit -sakit badan sebab asyik ngadap skrin . U tak jumpa cahaya matahari , u  abaikan peluh yg mengandungi toksaid tu dari keluar dari badan u ,  u lepak cc bukan 1 jam kan sayang , but berjam-jam pulak tu . Dah la u ni spisis takut nak telan ubat . Adoiyai my dear Sumail  .. jaga lah diri u tu , u jugak cakap , kesihatan tak boleh dibeli  dimana-mana . Juga tak dapat diperolehi dari seorang kekasih yang cantik , manja dan penyayang macam i ni ..erm perasan pulak i ni . But i always said alhamdulillah to Allah tau sayang..aa


Dear .. jaga diri ea , jaga iman , jaga solat , jaga semuanya , insya allah .. Allah akan jaga u ..okay  ?  I sampai kena cari spy untuk pastikan u ok je kat sana tau . Allah ..siapa tak sayang buah hati oii habaq hang .. ermm .. SumaiL..sumaiL hope u  cepat sembuh ea ^^ 

SAY THANKS UNTUK TIAP REZEKI





Aa ..cakap pasal rezeki , ada rezeki adalah  dan  rezeki ada dimana - mana .. tulah pic atas tu terangkan sudah . Semua adalah rezeki . Aku nak tambah lagi ni :

Dapat isteri comel tu rezeki
Dapat mak mertua penyayang tu rezeki
Dapat  adik ipar baik tu rezeki
Dapat tidur dalam bilik itu rezeki
Dapat jiran peramah dan pemurah tu rezeki
Dapat kawan yang setia tu rezeki
Dapat kenal orang kampung tu rezeki
Dapat ingatan yang waras tu pun dipanggil rezeki

Yep , rezeki ada dimana-mana , just kita sebagai manusia je tak reti menilai dan  berterima kasih atas tiap rezeki yang Allah beri .  Kalau dah hari-hari rezeki masuk tapi kita still buat derk je  tanpa bersyukur pada pemberi. Nampak sangat yang kita ni jauh dah tersasar . Hamba yang tak kenal Tuhan sendiri . Na'uuzubillah ~

BUDAK SELANGOR PART 5


Aku free 200% petang ni sambil ngobrol dengan makcik Dayah kat anjung rumah nenek . Tengok muka makcik Dayah yang suka senyum , tetiba aku rindu kat mother siber aku ..maQ .. lama dah tak otp dengan orang tua tu . Dia pun busy sekarang ni sebab dah jarang nampak dia online twitter or blog or wechat . Faktor usia barangkali !  Hahaha typo pulak , faktor tugasan yang banyak agaknya .


Teringat aku kisah dimana waktu aku jemput maQ join group wechat karoke jamban tu . Hahaha asalnya aku seram jugak nak invited maQ join ,tapi atas desakkan zaid lah yang teringin sangat nak ngorat anak maQ , akhirnya aku pun invited maQ . Jantung gemuruh jugak time tu , kot maQ ceramah kitaorang ,masak aku kena marah dengan budak-budak Selangor tu pulak lahai.

Tunggu ..tunggu punya tunggu akhirnya maQ beri salam kat kami semua . Dan bila minta intro , maQ cakap dia umur 46 tahun !! Ahh sudah ,aku  tengok muka dia macam 30an jek , but if tengok badan .. ok ok ,46 tahun ! Hahaha sorry ye maQ . Joke jek ni .

Then lepas maQ bagi salam dan intro ,  one by one budak -budak Selangor tu masuk tegur maQ . Perh seriously aku cakap , tak menang tangan maQ nak jawab ,aku just perati je sebab hati aku masih was - was  , risau maQ marah or meluat dengan kawan-kawan aku kat group tu .

But !! Korang sure tak caya aaa kalau aku cakap ! MaQ .. maQ dah make our day aa beb !! Group memang happening giler !! Hahahaha paling lawak si Acai aa ..baru je bangun tidur terus cari songkok  ,nak solat tahajjud  , padahal jam baru pukul 12 tengahari !!  Hahaha lain-lain tu jangan cakap aa kan . Asik nak membodek maQ sesaja  , maklumlah orang tua tu ada 3 orang anak dara . Comel-comel pulak tu ..bhahaha

Zaid yang sebelum ni asik kerjanya nak membahan orang ,asik sangat beristighfar  , shawal asik nak itu , nak ini sebab nak cover diri . Bob ? Tetiba sebak sebab rindu kat emak dia , dia cakap " maQ , mak saya dah takda " .. alamak ..sebelum ni tunjuk samseng kat group tu habaq hang . Hahaha but si Mustaqim tu malu-malu kot sebab dia hormat kat maQ . Bythe way , maQ kenal herry tu . And diaorang macam dah lama kenal aku tengok . Well maybe from my sis la kot .. kisah lama la tu . Abaikan je  ok hihihi

Tapi serious beb , everytime ,even  bila maQ beri salam je , masing -masing yang ad dalam group tu sibuk jaga whuduk ! Tanya jam dah pukul berapa ? Solat dah masuk waktu ke belum , Kiblat kat mana . Puasa sunat lah . Berzikirlah .. hahahaha mace hare ..dan2 gitu ha!!  Macamlah maQ tak baca chat dan voice chat mereka yang kalau sebelum-sebelum tu  , time  maQ tak masuk tu . Hahahaha anak hantu tu , bukan calon menantu .. kata-kata  maQ yang masih terbayang-bayang diruangan mata aku ni .. lahai.. miss thats moment doe  :'(

Paling meriah masa maQ invited anak dara dia yang comel tu uhuks.. budak Ety tulaa..siapa lagi ..awww .. melting sey  nengok senyumannya ..hahahaha .. tapi disebabkan Ety terlalu busy kat kolej  , makanya dia tak la kerap masuk group , lagi pun .. dia dah ada bf kot . Hahahaha budak Selangor  rupanya kaki sakat jugak ek . Siot aa korang !!

Apa pun , thanks so much maQ , Ety , sebab dah buat kami tak kering gusi dalam group tu bila u alls join kami . Cuma yang aku pelik , bila maQ masuk , why budak boys je  chat , budak-budak girls hilang kemana entah . Hahahaha i dont like that!  Dan sekarang ,aku ,maQ dah tak join dah group tu . Well nothing to share anymore doe .. berhuhu jelah sampai lebam !


AKU LAYAN KAZEN


Jumaat dah melepasi sempadan setengahari. Aku harini banyak masa habiskan dengan kazen aku yang harini tak ke sekolah . Orang Johor , jumaatkan cuti .so pepagi lagi makcik dari kampung Sebelah dah datang kerumah nenek . Riuh rendah rumah orangtua tu dan .. Dan aku ? Aku masih dirumah nenek menanti saat untuk diambil mama pulang ke JB , seriously aku rindu dah kat orang JB sey..erm.. mereput sudah.

Tengah aku melepak diruang tamu sambil tv menonton aku , tetiba kazen aku yang form 1 duduk sebelah . She said , kak , kak Mia ada wechat tak ek ? Aku dengan muka penipu jawab , aaa ..dulu ada ,sekarang dah takda , kenapa tanya ?

Kak , yang sebenarnya  orang ni tengah gadoh dengan classmate orang ni . Aku tanya ,lelaki ke perempuan ? Erm.. perempuan aa kak .. lelaki watpe buat gaduh  , bazir tenaga je .

Eh ! Aku terkejut pura-pura lagi , sambil gelak aku tanya dia ..dengan lelaki tak boleh ea gadoh? Akak gadoh dengan kawan  lelaki okay je . Hahaha akak tu lain . Akak hero !! Tapi dulu lah akak hero sekarang dah tak .. kahkahkah sekarang akak dah jadi puteri salju putih kot kat kampung ni.. Hahahaha

Ermm.. budak bertuah !! Dibahannya aku terus ek ..ermm.. takpa kau..ada masa kau kena pulak hai la budak . Hahaha aku bisik dalam hati dan dia sure tak dengar , kecuali dia baca post ini . Hahaha Ok, awak gadoh perempuan dengan perempuan atas sebab apa je pun ? Soal aku kat dia .


Budak tu la kak , dia suka sangat sindir-sindir saya kat kelas ,kat kantin , kat makmal , kat wechat pun dia asik bahan saya je.. sindir macamana  tu ? Aku soal macam berminat sangat nak tau .. Pasalnya orang ada ramai secret admire , yang budak - budak sekarang panggil crush tu lah ..akak tau kan?


Err.. keras tau aa , but kalau crush tu , macam tak berapa nak tau lah hahaha aku sesaja buat kebodoh-bodohan dengan dia , sebab nak dengar apa kata dia . Maklomlahkan budak baru nak up ni ,seronok jugak dilayankan hihihi


Aa.. ada lah 2,3 orang boys ni suka kat saya ni tapi takda pun saya amek kesah ,sebab tak maulah amek kisah cinta-cinta ni ,nanti emak bising kalau tau .. macam akak mia pun dulu takda bf kan masa umur macam saya ?  A ah .. tak main aa bf umur 13 tahun ni , lepas habis sekolah ada bf baru best ! Feelings dia lain nanti .. Aaa .. hahahaha aku mengedog dia ?!

So ni kalau akak ada wechat aa kan , awak nak akak buat apa je kat classmate awak tu ? Saya nak akak sound budak tu cukup-cukup ,  cakap kat dia kalau dia nak budak-budak lelaki yang suka kat saya tu , amek la .. saya tak hadap aa.. bikin sesak kepala otak je nak fikir pasal lelaki - lelaki ni , sekarang time nak enjoy kan .. time untuk berhuhu

Eh ! Awak jelah beritahu dia ! Why akak pulak nak terlibat sama , kan dia gadoh dengan awak?  Ala .. dia kurang ajarlah kak , saya tak pandai nak marah orang , nanti saya nangis  ,bukan saya marah .. ermm lagi pun akak kan garang , brutal dan akak kan suka sound orang yg macam kat facebook kak Lyen dulu , akak selalu sound orang yg kurang ajar dgn kak Lyen . Sampai ramai kawan kak Lyen takut nak pm kak Lyen.


Hahahah kurang ajar sey ! Ini budak masih ingat kisah aku muda-muda dulu . Zaman aku brutal dan tak reti nak paham orang. Adoii tu dulu la.. sekarang akak dah tak macam tu lagi . Akak dah 20 tahun ni . Awak settlekan sendirilah , ada apa -apa just beritahu akak nak cakap macamana dengan dia , ok ?


Ermm.. akak ajarkan  ..ok .. ok .. akak ajarkan macamana nak susun ayat tu . Yang penting ayatnya tak makan tuan .. hahahaha ..aa .. camtulah kak mia .. okay , okay  ..  kazen aku just senyum sambil tengok handphone dia . Aku akan jadi dia punya sifu ?? Hahahaha tengok dan lihat je nanti .k?

T.Q USTAZ




Insya allah ustaz  i follow what u said then.. bythe way suara ustaz sedap aa time nyanyi shortcut-shortcut  tu . Orang pun layan gak ceramah ustaz ni kat tv or kat u tube . Bukan gedik nak kawin or apa aa kan but , orang sesaja nak cari ilmu , nak tambah ilmu .Kot nanti dah ehem-ehem .. apa pun tak reti . Dah tu hidup asyik nak menyusahkan en suami . Err.. mr Sumail ?? Pakistan ? Omen .. nahe..nahe hahahaha hindustan terus derr

And ya Allah .. 1001 harapan aku , selagi aku hidup ni , tak mau lah ada orang dok benci aku , sebab aku tak reti deh benci membenci orang ni . Kalau sakat orang tu kerap aa jugak . Apalah hidup nak serius sangatkan . Macam bukan orang je kalau 24/7 asik nak serius . Alien pun reti melawak doe . Nak caya ye percaya ,tak nak sudah .

Ustaz .. thanks so much untuk perkongsian ilmu . Orang dulu sekolah agama  ,darjah enam je last , tu pun final exam tak dapat markah mables ,so tak berpeluang nak masuk sekolah "khas" .. kalau tak , sure orang ni dah jadi ustazah rocker gitew . Adoi suka sangat perasan kan ..erm..ermm..

DULU , SEKARANG DAN UGUTAN



Ok ..just for u mr Sumail ..hope sangat words pada perenggan pertama tu u kekalkan then amat mustahil terjadinya words pada perenggan ke dua tu , kot? Bytheway words yang last i love that !  "TOLONG TERUS TERANG " Look like ugutan pun ye jugak tu hahahah dasar dajal kerepot !



Awak kat mana sekarang?
Jam 1:45 pm ni ..hope tikar sejadah u dah rasa lembap-lembap gitu sebab dah kena renjisan air whuduk dari tubuh  u .. ermm..  payah juga kalau dah angau ni kan .. haishh mereput  je aa

AKU TUNGGU SELERA MARI



Ermm.. nenek ajak aku makan sama mereka yang lain but aku cakap hold on nek , selera orang belum datang lagi ni . Nenek tanya bila selera tu nak datang. Aku jawab dengan senyum . Bila duit hantaran dah cukup .

Hahahahaha gatal nyaaaa .. kata makcik ,sambil mereka gelakkan aku reramai  . Dulu makcik rekemenkan budak Kampung Pinang sebatang tu jual mahal .cakap nak study la , nak kejar cita2lah , nak jadi perempuan melayu terakhirlah . Ni sekarang sibuk cakap tunggu duit hantaran cukup pulak . Dan ada calun ke?

Err... da ada , tapi  belum jumpa ! Hihihihi ok..jawapan yang biasa aku guna dan  nenek pun cakap ..aa tu lah dia jawapannya bila emak tanya ..ish...miaaa...mia...memang betuah punya budak !


Hahahahaha

Sebenarnya nenek  , makcik ,pakcik ,abang Deen  tak tahu yang aku tengah tunggu Sumail habis study form 5 !! Kahkahkah yang tak kenal siapa tu Sumail .. pergi search google ok . Ajet-ajet retis gitew ..


Ehem ..ehemm .. ^^
Jadilah ..dari tak ada langsung hahahahah

POWER OF MOTHER







Anakku

Aku tak menjanjikan syurga buat kamu

Aku tak menjanjikan bahagia disepanjang usia mu

Aku tak mungkin memberi semua kehendakmu

Aku hanya mahu kau berjaya disepanjang hayatmu

Aku hanya mahu melihat senyuman disetiap langkahmu

Aku hanya mengharap kau ingat aku disetiap harimu

Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhanmu

Untuk aku rela segala- galanya

Selagi usiaku masih  bernyawa

Selagi itulah aku ibumu

Jika aku tak dapat mendidikmu menjadi insan berjaya

Aku rasa hampa , aku akan terusan kecewa

Ketika itu pada aku , aku lah insan paling berdosa kerana  GAGAL .

Anugerah yg aku dapat setelah memilikimu:

Air mata ini hadiah

Ciuman ini penghapus dosa kecilmu

Air susu ini  pelepas siksaan dosaku

Air susu ku ini juga pelepas dahagamu dulu

Dan doaku hanya penyelamat kamu selagi nafasku berhembus ..

Aku ..ibumu yang tak pernah curangi kamu ..

CARI JALAN DAN PINTUNYA





Ok la .. bila semua orang up pasal jerebu , aku pun mengidam juga nak cakap pasal jerebu . Ingat kan hari tu lepas hujan jerebu hilang da. Rupanya harem.. makin berleluasa di muka bumi pantai barat Malaysia ni . Alhamdulillah .. Malaysia masih aman  , biar pun jerebu dah  menyebabkan beberapa buah negeri diarah menutup pintu pagar sekolah masing-masing . Peh sukalah mereka dan keluarga mereka sebabnya harini cuti ,esok pun cuti.

Tiap yang berlaku mesti bersebab dan setiap sebab mesti ada puncanya . So fikir la sendiri . Setiap masaalah ada pintu penyelesaian , tiap  penyelesaian perlu ada jalan , teruskan muhasabah diri . Teruskan memcari  jalan dan pintu .




Dan aku sebagai Aku dan masih aku ,kekal  disini menyusun rindu  dari  maghrib ini sampai waktu dhuha pada awal pagi khamis nanti . Insha allah .. selamat malam warga kampung Dua Belah. Selamat  malam sayang , selamat  bercuti esok 16.9.2015 buat semua warganegara Malaysia . Lebiu ~





ADA KETIKA AKU BERSEBAB





Morning babe !

Sejak kebelakangan ni aku banyak membebel kan ? Merepek -repek sebut nama dia , dia dan dia . Ayat aku mace hare ye dok ?  Dan korang sure terasa sikit-sikit kan . Dan  yang terasa banyak - banyak pun ada jugak kan ?

Beb .. dalam gelak aku ,aku cuba sembunyikan air mata . Sebab aku dilarang menangis di blog ini . So aku taip lah hahahaha yang kalau boleh panjang ,aku nak je taip panjang - panjang. Nasib aku nak jimat tenaga ,so better just hahaha

Dalam sindir aku ada makna yang kalau orang yang faham dia akan mengerti apa maksud ayat aku di blog ini . Aku berkata  bukan suka-suka beb , please cari  , apa tujuan dan maksud kata aku tu . Mana lah tau kot -kot boleh buat penawar .

Dalam gila-gila aku ,aku cuba selitkan ilmu  ,  yang kekadang korang akan rasa ye ke tidak ye budak ni . Padahal memang ye . Erm.. korang kena ambil kesah beb , kalau korang adalah kawan aku . Kalau tak , abaikan je lah okay ?

Dalam  keterpaksaan .. aku telah dikesan , bahawa semua ini adalah pura-pura . Hahahaha aku kan dah mengaku yang aku akhirnya kena mengalah ? Lupa lah tu ..

Ingatlah ..semuanya yang aku buat ,aku cakap ,aku luahkan adalah bersebab .. bukan sesaja seperti korang sangkakan .

PESÀNAN BUAT FOLLOWER BLOG INI






Assalamu alaikum ..

Abang ,kakak dan kawan -kawan followers . Bila saya  tengok ramai yang follower blog ni adalah otai-otai dalam dunia blog , so harapan saya yang  setinggi gunung ni , saya panjat kan harap sangat kakak2 , abang2 , uncle2 ,auntie2 , maafkan saya if my idea too keterlaluan dalam menulis entri pada blog peribadi ni . Maybe kalian follow blog ini , disebabkan hasil kerja aruah my sis , Lyenda yen or  Dinda ixati .. kalau dia memang la saya respek ,ayat dia memang awesome dan cool je , but lepas saya ambil alih blog ni , if  saya ada buat  silap , terkasar bahasa , nampak macam kurang ajar tu ,  ampun k , idea ni kekadang datang macam hujan ,mencurah2 dan tak dapat ditapis oleh kudrat saya yang tak berapa nak straight ni ! Kikikih


Apa pun , thanks so much sebab sudi baca idea budak atas umur ni . Saya dah  masuk 20 tahun ye. Bukan macam budak2 test market tu . Belum pun akhir baligh , tapi dah mengatal .eh.. hahaha  kalau followers semua nak tahu , idea gila2 saya ni , lepas  je published 10 minit dah review 14-15 times . Syukur sangat-sangat kan.


Dan  pastinya aku tak pernah terfikir sampai kayak gitu dong sambutan kalian atas hasil usaha aku ini ,mekasih banget yaa.. hahahaha orang gila selalunya gak pernah bilang yang dia gila kok . Dan aku yakin yang aku masih waras .. hahahaha yang penting happy ..asyiiikkkk ~ layan lagu yok !

AKU KAKI STALKER ?



Aku kaki stalker ? Wak lu !!


sorry la beb ,dari aku bazir masa nak stalker korang better aku usya Sumail , jutawan 16 tahun tu . Pe barang nak stalker-stalker ni , memang not my taste doe.  Aku tak minat aa nak amek tahu hal public ni sangat . Lagi-lagi hal peribadi budak bawah umur ni , alahai sorry k ,sorry sangat ea beb..tapi  kalau benda tu berkait dengan motor atau DOTA 2 tu boleh lah aku stalker. Kalau setakad orang test market ni ,ermm..not me okey ~ hahaha kerek sey guwa**


Eh bawah umur tu berapa tahun ek ?? Aaa.. menurut istilah fungsui , yang lahir selepas 1995 tu kira bawah umur lagi la kot , sebab nombor kat depan umur dia ,kalau tak 0 sure 1 . I means 01 year old or 19 years old ,maybe ..yeaa they are too young babe . Oopsss.. sorry ..kalau macam aku dah nombor 2 didepannya..iaitu 20 tahun laaa kahkahkah  sedarkah beliau ek ?? Anu tu..anu tu aaa..ek ??? Hahaha


Macam malam ni . Bila aku dah berkali -kali online wechat then duduk mereput sengsorang pada minggu lepas-lepas , now biarpun  aku ada internet pun aku dah amek keputusan muktamad , no need log in wechat at night .sebab ?


Sebab aku tak suka ganggu privacy orang lain. Contohnya orang nak beriadah ke , orang nak sembang dengan kawan-kawan ke, orang nak happy-happy lepak mamak ke , orang nak gamming ke, orang nak buat kerja untuk masa depan ke dan orang nak enjoy-enjoy cuci mata ke .. aku malas nak kacau dah . Harap sangat kehilangn ini beri bahagia pada semua orang . maybe la kot huhuhu ..eh aku berhuhu pulak malam ni ?


Kahkahkah ..aku ? Ada ni aaa lepak bilik , layan lagu sampai terlelap . Look more better dari simpan geram .. but yang penting aku tak curang dalam perhubungan .. eh ?? Jom berhuhu  sampai esok ! Layan movie waktu awal pagi pun nice jugak ni . Movie apa sedap ek ? Hahahaha harini macam tak mau banyak warna lah . Pergh ..super duper sey !

JUST WANNA HUG U TIGHT





Aku tak pernah fikir siapa pun kau,
Asal usul kau,
Hasil usaha buatan siapakah kau,
aku tak pernah ingat dimana kah kau.
bila kau hadir ,
hanya satu pintaku
serah semua apa milikmu
jujur pada tiap langkahmu
setia pada aku yang setia
yakin bahawa cinta adalah suci selepas akad
yakini penentuan Allah maha hebat
tiada sebab kasih mahu pun kasihan
jika kau jodoh ku ,kau tetap milik ku
jika kau raja yang tertakhta dijiwa
kau lah selamanya
apa yang aku berjanji
andai kaulah bakal suami yang aku cari ..
i just wanna hug you tight bila dah halal nanti
with iman dan amal kita just berdua .
insya allah..
Sayangnya
Waktu sekarang,
aku tak layak untuk kerap menegurmu
kerana kau punya ayah dan ibu
yang lebih tertanggungjawab keatasmu
menegur ,mendidik dan membelaimu
adalah hak mereka,
sedang aku ?
Siapakah aku ?
 Kekasihmu yang terhebat ,
calon isteri yang akan memelukmu dengan erat^^
pergh !!
Dahi guwa berpeluh sejuk pulak petang ni beb..hahahahaha 

AKU RATU JIWA



Tujuh  tingkat petala bukan tinggi
Jalur pelangi yg selari bukan halangan
Kuda terbang tersepit dicelah awan?
Rumput terbakar hangit sampai bulan terhidu bau ?
Mengapakah ratusan burung memekik cemas kadang kala
merenggus dosa ?
Hah ? Dosa itu milik siapa ?
Antara semut dan gula pasti ada yang kecewa,
persetan saja pada semua katanya.
Kelabu asap air mata tak berguna,
takkan sama dgn sebungkus sirap limau ais milik kau !
Perlukah merunggut pada langit ?
Apa mahu mu ?
Kiamat ? Atau taubat ?
Dunia kian ke distinasi terakhir
Takda siapa yang tahu bila
Apa yang korang tahu ?
Amarah pada dunia?
Buat celaka pada diri sendiri ?
Mari aku buat cerita ,
kalau kau hidup asik nak kalut
Kabar pada aku  , biar aku teliti ,
mana 1 jiwa ,mana 1 hati
Mana 1 kecewa ,mana 1 mati
Mana 1 kekasih ,mana 1 buah hati.
Aku yg masih kaku diambang pintu ,
dari tadi dok setia menunggu
Oii beb , korang dah  bangun ke tu ?
Zuhri ,Asri ,Maghribi ,Isyaki dan Subhi adalah hak korang
dosa , pahala ,azab ,syurga neraka itu semua kekal ada.
dosa aku apa?
Bila aku buat-buat lupa
nak ingatkan kau dan diri aku ini
bahawa dunia makin tenat ,
hidup lawannya mati ,
dan solat itu tiang agama !
Tiang   beb  tiang !!
sedang penghuninya ?
makin khayal diatas toto basah..
Menjilat mimpi dan hasil bumi tanpa henti ,
Oii siapa kau ini asik nak berpesan -pesan?
Aku ?  Akulah ratu jiwa dari kampung Dua Belah
.. lebiu ~

BUDAK SELANGOR PART 4



When someone request aku untuk sambung kisah budak Selangor part 4 . Aku terkedu  kejap kot .Adoiyai sejak duduk kampung dua belah ni ,idea aku cepat sangat mendap . Bunyi motor yang keluar masuk bengkel abang Deen dah buat semangat aku jadi down beb .. seyes aku rindu motor aku doe . Argh .. bau petrol pulak dengan tetiba ni!! Help me ! Help me! I killed my brother !! Bhahaha sengal aa..


Budak Selangor  ?? Sejak kebelakangan ni , aku dah tak nampak sangat kelibat budak Selangor aktif  online wechat . Agaknya diaorang dah taubat atau pun sudah lupa passward wechat lepas jumpa 'super head' terbang masa main bar tempohari . Hahahaha sure??really sure doe!

**oii mana lu tau ni Mia ? Lu jangan memandai bawak citer beb?!!


Eh !! Adoiyai beb , mata guwa mata helang doe ,jangan kata  ' super head ' berterbangan , lu orang bawak awek dota main bar pun guwa nampak doe . Apa guna Allah beri guwa naluri sesuci embun pagi ,kalau apa yang lu orang buat kat sana guwa tak dapat feel ,tak dapat  tahu apa-apa . Hahaha korang hati-hati doe , biarpun tu kawasan sunyi , tiada penghuni , jangan korang fikir tiada mata yang memerhati korang buat apa . Aaa.. nanti tak memasal  pergi berlima  ,balik dah berenam . Aa..paling dasyat , korang pergi naik motor , balik dah berenang -renang . Bhahaha please la beb , guwa pesan je ni .. bukan dapat upah apa-apa pun , just tak mahu kongsi dosa je sebab tak beritahu korang hal yang sebenarnya.. Kikikih nipu tak beragak aku kalini .


Beb ! Ada 1 hal yang aku pelik pasal budak-budak Selangor yang aku kenal kat wechat tu . Kau nak tau apa ??  Diaorang tu selalu bawak motor tanpa petrol !! Kau ado ?? Bukan sekali doe , boleh cakap sejak aku kenali diaorang 3,4 kali juga tu . Asalnya aku fikir kat Selangor ada motorsikal pakai tenaga solar , rupanya mace hare . Sama je macam kat Johor , petrol jugak kasi isi . Hahaha pernah aku ajukan soalan kat group karoke jamban dulu , aku cakap : Beb ! Kat Selangor minyak motor seliter berapa rm doe?


Dengan sepantas kilat si Mustaqim jawab*** ..rm 7 untuk setitik beb . hahahaha aku kata **patutlah ..sambil gelak keluar air mata  .

Aku sedih doe , pe ke dajal nya Selangor ada minyak semahal itu ?? Apa diaorang isi minyak dagu ke apa dalam tank motor tu ek ?atau minyak pengasih? Ataupu  minyak wangi onedrop ? Bhahaha  apa pun tak boleh . But kata my ciber mother , kat Selangor  ,semua motor ada diletakkan span dalam tank barangkali . Tu pasal baru jalan 5 minit , minyak  sudah kosong . Bhahaha kuajah sungguh puih !!

Tapi korang jangan jeles doe , kat Selangor tu , kalau korang kehabisan minyak motor , korang call je  nombor kecemasan . Ala aku lupa nombornya apa ,hahaha tapi aku gerenti dan aku cakap korang , call !! Tak sampai 15 minit , super orang minyak akan muncul dengan minyak petrol sekali !! Aaa ... kat tempat korang ade hero macam tu ?? Aaaa.. harem takda ,aku tau sangat dah . Hahahaha  Super oilman tu adik ipar Amran fan tu aa.. dia suka lepak atas toto kalau lepas isyak atau lepas balik main bar . Kahkahkah . Oii sakit doe perut aku ni gelak .

And , buat korang yang tank minyak motor ada span tu , agak-agak aa beb , jangan aa kerap sangat menyusahkan Super orang minyak tu , korang kacau privacy dia aa kengkadang. Tengah dia syok-syok layan Dahlia , layan awek utara tu , korang tetiba potong line , minyak habis la , tolong beli petrol la , korang ingat dia apa ?? Potong toii aa .. beliau baru nak test market tu ..grr.. kalau aku , aku datang kat motor yang tak boleh gerak tu ..ermm... aku BAKO je .. hahahaha marah ni habaq hang**

Okk, aku baru dapat cerita 2,3  kenangan  je ni beb ,nextime k , aku nak bersiram dipohon cemara kejap . Manalah tahu lepas mandi dapat idea lagi . Hahaha budak Selangor yg rasa cerita aku ni bohong , meh komen sikit . Aaa.. aku dengan ikhlas akan membalasnya nanti . Erkk..? *gelak golek-golek*


MOVE ON SEORANG GIRL

Beware beb  , bila  girl kau said she want to move on , ada beberapa perangai pelik dia yang korang perlu amek kira. Aku beritahu je , jangan nanti tiba masa , kau bingung apa salah kau , girl friend kau berperangai lain macam je semenjak 2 menjak . Aaa.. kalau kau nak cam perangai tu , meh aku beri contoh , antaranya ..


Masa ni , kau hadiah kan bulan dan bintang ke , rumah banglo besar stadium  Bukit Jalil ke ,
emas  berlian  penuh satu badan ke , kau campak dia kelautan duit ke , kau belikan dia  pakaian 5 buah shopping mall  sekali pun , memang dia dah tak care dah . Masa tu aku rasa kaulah lelaki paling teruk di Malaysia ni merana sebab duit kau langsung tak laku  dan tidak dipandang oleh insan paling kau sayang .. hahahaha padan muka  kau , buat perangai tak beringat , nah ! Ni makan dia  !

Aaa .. ni lagi teruk doe ! Kau layan lah 10 orang ratu cantik ke , ratu kebaya ke , ratu kolam renang ke , artis k-pop ke , dia tak kan jeles dah . Kau try bonceng Nora Danish ronda kampung naik motor depan dia  ? Dia buat derk je cari uban emak dia atas tangga rumah depan anjung . Masa tu kau nak tayang apa pun dia tak jeles doe .. hahahaha kau nak meraung ??  Tak payah la , membazir suara dan air mata kau je beb. Masa tu better kau try contact semula ex kau yang dah clash 2 ,3 tahun lepas . Hahahaha ok tak idea aku?

Aku kenal sangat perempuan ni sebab tu aku berani cakap .  Masa dia sayang , seko nyamok pun dia tak beri gigit kau , tapi bila dia cakap , i need to move on , harimau malaya gigit kaki kau  pun dia buat tak tau je , hahaha jangan perempuan yang gigit  , aa memang kena sepakkan dragoon  ball 7 pusingan la jawab kau . Sure ?? Of kos aku sure la , aku pernah tengok drama melayu macam ni dulu-dulu . Hahaha  so sekarang hati-hati k , perangai perempuan sangat pelik ,lebih-lebih lagi when she need to MOVE ON ~ and when she mereput macam aku ni aa .. bhahaha wat derk je sudaa lew bro .. adoiyai bhahaha

AKU KENA MENGALAH


Ok .. akhirnya aku kena mengalah !

Aku kena mengalah dengan masa!

Aku kena mengalah dengan kenyataan!

Aku kena mengalah dengan kehendak!

Aku kena mengalah untuk sebuah impian !

Aku kena mengalah dengan diri aku sendiri !

Aku kena mengalah dengan atur hidup orang lain ..




Dan aku tahu mengalahnya aku  bukan bererti  kalah, tapi sebenarnya aku dah malas nak serabutkan kepala otak ni lagi .  Ada ? Aku go on , takda ? Better aku duduk dendiam mereput layan movie yang abang Deen beli  even cerita merepek - repek pun aku kena layan . Adoiyai .. abang Deen ni pun satu , beli cerita jiwang bawang  , filem aksi takda jual ke kat kedai tu . Ermm..



Ermm .. sangat kepishangan sey !










PESANAN



Kalau korang nak tau , pembaziran itu jugak berlaku pada perasaan . So after this please  .. never waste your feelings ..




Alright , aku pegang pesanan ini kuat -kuat ! tQ ^^

AKU , NENEK DAN ABANG DEEN


Bunyi burung berkicauan , suara kokok ayam bersahutan , yes ! Inilah kampung ku ! Aku di arah duduk kampung sementara mama dan ayah telah balik ke JB semula lewat malam ahad lalu . Nanti raya haji , mereka akan balik ke kampung semula untuk menjemput aku balik ke JB . Aku ok je kok ..hahaha


Kat kampung ni aku duduk dirumah nenek . Korang tau kan nama kampung nenek aku ?? Kampung Dua Belah , kikikih  . Dalam rumah ni ada nenek dan abang sepupu aku , abang Deen!  Abang Deen dah lama duduk dengan nenek , lepas dia habis study kat politeknik  dalam bahagian permotoran , kimpalan dan apa lagi tah , abang Deen bertekad nak duduk kampung dan dengan sedikit modal , beliau berjaya buka sebuah bengkel motor disebelahan rumah nenek aku ni . Kalau kat kampung ni , sebuah rumah wajib ada 4-5 biji motor , kerana mereka duduk jauh dipendalaman dan jika tak ada lesen kereta , bagaimana mereka nak ke pekan untuk beli barang keperluan harian . Kalau tak silap aku dah hampir 3 tahun  bengkel abang Deen  beroprasi . Dan sambutan amat menggalakkan .


Rezeki abang Deen mencurah - curah setelah beliau yang menyara keperluan  harian nenek . Makan minum , bil elektrik ,bil air . Bil astro , duit jajan , semua pemberian abang Deen . Itu yang nenek cerita kat aku malam tadi .


Aku terkejut jugak sebab makenik macam abang Deen  pun boleh bantu family dia , nenek dia dan sudah berani melamar anak dara orang yg kini bergelar tunang beliau . Selain punya  sebiji motor kawasaki  ninja , abang Deen ada sebuah kereta Saga FLX . Aku dapat tahu kereta tu dia beli cash ! Haa ? Biar betul brother aku ni . Kata nenek lagi ,abang Deen jenis orang yg tidak suka berhutang , pandai jimat duit dan tidak merokok .

Ok ..part tu aku sokong sebab abang Deen tak suka bau rokok. Dan kalau kawan-kawan dia datang melepak di bengkel , dia tak beri hisap rokok di hadapannya . Hahahaha padan muka !


Aku cakap kat nenek , untunglah akak Suraya dapat bakal suami macam abang Deen . Dan nenek cakap , Suraya tu pun budak baik , nenek suka dia , peramah , rajin , tak cerewet dan pandai masak . Kerja kilang tapi boleh belikan ayah dia rumah lagi kat taman baru dibuka kat kampung ni .

Sekali lagi aku terkejut : Ye ke nek?? Rumah apa?

Kata nenek :  rumah teres yang berharga RM 200 K .

wow !!! Aku terdiam dan pandang wajah nenek lelama . Nenek senyum sambil berkata :

Bila Allah dah beri rezeki , ada nama orang lain dalam rezeki tu , jadi agih-agihkannya kepada orang yang sangat layak diberi . Kita rajin bersedekah dengan ibubapa dan keluarga kita , Allah lipat kali gandakan rezeki kita untuk suruh kita bersedekah lagi dan lagi . Tapi dengan syarat kalau dah diberi rezeki , jangan lupa bersyukur kepadaNya , solat jangan pernah tinggal , alQuran jangan disisihkan . Tengok abang Deen , lepas solat subuh dia akan baca Quran walaupun sekejap kan ? Itulah rutin dia tiap pagi . Mia kalau nak hidup senang dan tenang , kena ikut cara abang Deen . Ambil contoh yang baik dari dia . Insya allah , Allah maha mengetahui apa hak untuk masa depan Mia tu nanti. Dengarlah pesan nenek ni.


Aku tertunduk ke lantai , mata aku bertakung air jernih . Kata -kata nenek  dah berjaya menyentuh sebahagian dari hati aku . Nek .. inilah yang saya mahu . Hidup senang dan tenang  disepanjang hayat saya  . Tapi aku cuma berkata dalam hati .


Ye nek , orang ingat pesan nenek ni .. aku angguk -anggukkan kepala sambil  masih memandang  lantai lagi .. haa.. bagus . Mia dah besar , dah tau mana baik dan buruk . Jangan susahkan mama dan ayah  , mereka ada banyak benda nak fikir . Hal kerja , hal adik E , hal keluarga , macam -macam kan ?  Lepas ni bila buat sesuatu , fikir masa depan , bukan ikutkan hati dan perasaan yg tengah marah tu ..  


ermm .. nek ... **aku nangis ** spechless ..sambil dipelok nenek . Ermm .. dah ..jangan sedih  kata nenek perlahan ..


MEREPUT

You give love a  bad name !

Hai sayang .. miss you der hahahah . Siapa kesayangan aku? Apeko sibok ? Biarlah jadi rahsia antara aku dan dia .. ceh ngade gitu ..

Pada abang , kakak yang ada baca post Mia tiap kali update , korang jangan lah fikir awek bengkel ni kurang ajar ye , anggap je  awek sweet ni kurang straight je sudah la k . Hahaha tapi saya baik tau kak ,abang ..aaa sebab taste saya cuma pada yang single hahaha please don't worry .. ok k .. jom sambung !

Harini aku tak dapat layan internet lelama sebab minggu ni abang Deen agak busy malam . Dia ada hal katanya . Tadi siang pun dia pergi Melaka sebab ada show kereta  oldskool  kata dia . Ade ea? Entah aa aku pun not sure tapi dia pergi dengan geng motor dia  pagi tadi . Lepas maghrib baru nampak batang hidung . Haish ..nasib tunang sporting ,kalau aku jadi tunang dia ,seminggu aku tak kontak  sebab merajuk ,  ada tunang tapi jenjalan tak bawak hahaha tu sebab aku tak diizinkan ada tunang lagi kot ..ermm entah la nakk .. tengok orang ada tunang ,guwa pun kecuh jugak beb  .. hahahaha gediks**

Malam ni ,kat depan bengkel abang Deen dah bersusun mat-mat motor ,entah nak melenjan kemana lagi tah tu . Aku ?? Layan Af 2015 dengan nenek je ni . Padahal aku bukan minat sangat Af hahahaha nenek ?? Boleh tahan jugak mood orang tua ni kekadang ..ermm tekun dia perati tv tu . Hahaha maybe nenek aku rocker kot era 50-60an dulu ? Entah le , pada aku setiap orang ada lalui zaman remaja dia , so jangan lah gelakkan datok ,nenek korang kalau tetiba dia layan rockers song !  Scorpions tu vokalis dia sebaya nenek aku ok ..aaa ape ko ?? **still loving youuuuuu .. yeyeaaah .. aku nak ajar nenek buat trade mark  rocker \m/  la lepas ni !! Hahahaha dulik aaa . Bukan simbol lucah pun ..eleh


ok  nek .. kita lah bintang !! Hahahaha Bytheway Rocker Ella tu dengan mama aku pun muda lagi  mama aku tau ..aa.. oklah beb ,abang Deen nak gerak dah tu ..aku switch off data ! Dan aku start mereput aa kejap lagi ..ermm sedih


#aku duduk kampung ni just share hotsport abang Deen , itu arahan mama kat aku . So aku follow kan jelah beb , sebab nak amek hati  mama ..ermm .. dia .. orang rindu  *nangis*



BUDAK SELANGOR PART 3


Psst .. dah tiga episod siak . Hahaha aku nak buat macam episod cerita gerak khas lah . Makan tahun punya story . Hahahaha hai abang Samsul **tabik spring kat gambar beliau**

Okk , sambung  . Lepas kenal kawan -kawan yang aku dah sebut sebelum ni ,  aku pulak termasuk dalam ketogeri  menarik perhatian someone , iaitu shawal ? Who shawal for me ? Dia adik kepada ramadhan dan abang kepada zulhijjah . Hahaha siut aaa . Not me , not me ! Shawal retis kot . Dia banyak ajar aku erti menilai orang . Orang macam ni , ni makan dia , orang macam tu , tu makan dia . Then bila shawal dah mula aku dekati , macam ada satu feel yang orang lain dok perasan . Entah aku tak tau apa kisahnya shawal sekarang sebab lepas aku keluar group semuanya lenyap macam tu je . But untuk infomation , shawal ni power  main dota . Aaa semua kawan respek part tu . Aku ? Aku respek dia jugak tapi part lain . Hahaha part apa ? Adalah , mana boleh cerita beb kalau tu namanya rahsia . Apa pun shawal sangat matang bila dia marah , tapi sangat tak matang bila dia buat moment or lepak group . Suara dia not bad la kan sebab tu aku cakap dia retis ..peh**


Ezaz? Aaa .. mamat ni kalau dalam group tu dia ada ,tapi macam takda hahahaha kekadang tu dia sesaja ,kekadang tu senyap sepi. Tapi bila dia keluar , habis semua hal dia sebut but gaya dia cakap memang tersendiri la kan , lagi2 kalau dia tengah kepishangan . Hahaha aku gelak kan je dengo nya .. hahaha gasak ko lah nakkkk ..


Biey  , hani , ety , wendy , fie , fisha , umairah .. tu semua cuma serikandi group . Entahlah diaorang tu budak mana ,malas aku nak amek port . Maklomlahkan  perempuan , apa nak aku fikirkan .. hahahaha  meremyam jugak tu haish ..



Ada lagi yang aku tak cerita ke ek ?? Emm .. ada sebenarnya tapi buat masa ni , diaorang yang aku sebut nilah yang dah berjaya buat siangku jadi indah dan malam ku jadi terang. Kalau aku online wechat ,aku memang malas nak chat dengan sesiapa. Biasenya aku akan update moment ,then aku teruslah masuk dalam group tu . Ada takda orang , aku bedal meroyan . Apa aku dulik !  Hahahaha cuma ,kesayangan aku pesan sangat - sangat , don't send  my voice kat group sebab ...alaaaa.. sebab dia taknak kawan -kawan dalam group tu melting kot bhahahaha maklumlah suara aku ni  kan suara kasar . Kang sawan pulak budak-budak group . Hahahaha  kasar tak kasar , nak tau call je aa ..eh ! Ada kesayangan rupanya .. yelah korang fikir korang je ade and aku gak layak ada ?? Omen please la , hahaha aku tipu pun korang bukan tahu kan?  Jahat tak aku ??

Well **tangan di bahu **

Al kisahnya .. budak Selangor yang ada  dalam group tu bukan saja kaki karoke , but mereka lah DOTA 2  players . Hahahaha korang main dota 2  ? Tak lelaki lah kalau tak tau main dota. Tapi kalau nak main berkumpulan , better kau kena dengar arahan captain !  Kalau nak menang aa kan . Kalau nak kalah , baik ajak adik-adik korang je main hahahaha .

Dan selain dota  ,mereka pun minat street workout . Apa tu ?? Ala yang dok gayut-gayut macam buaian tu la beb . Aku pun sebenarnya minat aktiviti ni sebab dapat buat badan nampak padu gitu . Dari badan bina badan tu ..ermmm.. tak sama ke barpacs dengan bina badan? Macam serupa je hahaha apa pun bila badan sihat , main game sure lah happening!

Dan apa yang aku respek kat diorang ni . Relaition diaorang memang kalah adik beradik beb dan yang adik beradik pun dah macam kawan baik . Seyes .kau takkan kenal siapa abang siapa,siapa adik siapa sebab masing-masing terlalu rapat !  Good job guys , silaturahim kena jaga kan ?

Eh ..aku kena stop naip ,sebab àbang Deen nak pergi Melaka dan hotspot kena off ..adoiyai ..ginilah adat hidup menumpang kasih ..emm.emm hahahaha k la ,baiii~

BUDAK SELANGOR PART 2



Aaa .. meh aku sambung kisah budak selangor tu . Bila dah terjadinya sebuah group , dengan bijaksana nya mereka namakan group tu group karoke jamban . Hahahaha aku yang masa tu baru dapat online wechat id psycho girl tu terkejut jugak , peh  group karoke sey !!  But aku wat donno je sebab aku tau ,tulah antara cara buat mereka happy dalam tu . Dan dari hari kesehari , sorang ke sorang budak selangor masuk dalam group tu . Terutamanya budak area Subang . Ada nabil , ezaz , herry ,acai , hani , fie , bob , haikal , mus , biey dan ada lagi nama yang aku da lupa sorry beb sebab aku memang sengaja cakap lupa padahal aku malas nak taip nama pelik korang hahaha

Okk ..group yang aktif 24/7 sangat happening ! But dalam masa tu jugak , ahli datang dan pergi , invite sorang ,sorang remove ,sorang invite ,sorang remove , sampai lebam ! Hahahaha

Nak buat lagi cerita ,aku yang ada masa mood on off , kekadang merepek-repek dalam group tu tanpa kisah pada semua orang pun akhirnya terjebak meremovekan diri . Lepastu diikuti si zaidah . Puncanya ? Handphone guwa heng siut , bila diaorang dok karoke .. lagi -lagi macam -macam diaorang  bikin sampai aku fikir dalam group tu adalah milik tokeh safari . Hahahaha so funny kalau diingatkan semula .

Hari demi hari , aku perati ,akibat keluar dan masuknya  ahli ,akhirnya nabil berjaya jadi admin group . Hahaha aku warning kat dia , lu jangan keluar group beb ,  lu admin sekarang , aku nak lu jaga group tu elok-elok sebab group tu aku yg creat . And he said ,ok boss ! Bhahaha apa sey panggil aku boss . Panggil aa sayang ke ,darling ke ..baru syok kan . Hahaha gediks gila  aku ni .

Orang paling aktif masa tu men_sumbang_kan lagu ialah mus @mustaqim . Dia memang rajin  lepak group , sehinggalah  detik aku terpaksa pergi , dan mus pun remove diri . Ceh ..perasan siut , kalau tahu awek mus yang keturunan raja -raja tu , mati aku kena bahan lagi ..bhahahaha baru couple kot ,belum jadi suami isteri ,apa ada hal .. hahaha mace hare punya ayat kan? Tapi aku bukan spisis tu ok , better aku pilih orang yg kenal aku dari perangai aku bukan dari wajah aku yg ayu ni . Bluekk XD


Bob ? Antara salah  seorang yang paling comel  dan cool , but agak hot kalau ajak chat awal pagi . Bhahaha seyes doe , dia memang pandai membodek aku!  sampaikan ada 1 ketika aku bagaikan bersembang dengan  seorang pakar motivasi  .. bhahah tapi dulu k..dulu ..

Nabil .. budak SR  tu ? Banyak kali ajak aku turun Subang , sebab dia nak belanja aku coppicino lette katanya ..eh ..ada ke? Entah lah nak hahaha but dia tu kira oklah  rajin jugak lepak group if bosan ditempat kerja .. aku tak pernah dengar nabil menyanyi kat group tu , atau aku tak perasan suara dia ?  Apa pun , dia senang diajak sembang dan friendly . Nice person . And  haish cukup -cukuplah memuji anak bujang orang hahahaha marah pulak gf orang tu nanti . Adoiyai aku ni pun tak beragak aa ..


addoi ..malam sudah ,mata aku pun dah rabak dah ni ..better aku beradu dulu k ,esok aku free aku sambung lagi .. night babe ..


BUDAK SELANGOR PART 1


Lokasi : atas tilam dibilik tetamu rumah nenek , melengko tanpa pakai gebo


Aku nak share , dalam 1001 kisah aku didunia alam maya ni , aku ada something yang sangat membuat aku begitu teruja nak kenangkan . Iaitu kesah aku dengan budak - budak selenguh . Selenguh ?? Ayat padu dia Selangor . Lokasi fevret diaorang  kampung Subang Tambahan . Eh tah ye ke tak ,aku main letak je nama lokasi tu . Dan antara port paling serasi awal dulu area SR Subang ,Skypark, padang bar , adalah sekali sekala tu pusat karaoke dan paling masyuk mendota ! Amma ..dey lakalaka hahahaha mamak la mana lagi.

Macamana aku kenal diaorang ? Aku lepak sana jugak ke? Nope ! Aku mana lah lepas nak melepak dengan lelaki ni . Seumur hidup melayan perempuan ,perempuan dan perempuan . Sampaikan aku confius ,mana layak dipanggil kekasih ,lelaki ke perempuan . Hahaha bongok ,jangan percaya la wei !


Okk ..meh cerita meh . Aku kenal diaorang ni ofkos bermula dari aruah kakak aku lah kan . Dia lah puncanya . Emm sebab dialah orang yang pertama bawa budak Selangor masuk dalam kisah cerita hidup aku.

Firstly sure lah herry , kesayangan akak tu . Who herry ? Entah ,tapi dialah antara orang selangor yang masuk dalam line kami . Apa kisah herry dengan my sis , please dont ask ok , aku terajang korang nanti ,sebab tu kisah mereka  berdua ,dan kisah tu dah lama berlalu . Dalam sekitar 2012 kot . Hujung tahun la gitu ,aku tak pasti dan aku pun tak perlu kepastian .ceh**

Dan aku ni jenisnya jantan mana yang dekat dgn akak ,sure aku akan dok perati . Sebab aku taknak akak aku terjebak dengan mana-mana hantu atau buaya . As just kawan pun ,aku tak suka ! So , kalau akak tak sembang dengan herry ,aku akan tegur dia dengan sengaja nak cari pasal ,  but malangnya herry ni jenis malas nak panaskan suasana . Dia lebih pada kerja dia yang masa tu mmg meletop  ! Arhh  mampus dia tak layan doe , so aku pun just perati dan perati sampailah ke episod yang terakhir . Ahh ..lupakan lah k ..


 Its just mukaddimah jangan korang fikir kelain pulak ..


Secondly ..lepas kenal herry , aku tersangkut dengan roadblock untuk kenal  acai . Siapa acai ? Budak selangor je kenal acai , but my sis tak bagi panggil dia acai sebab dia cakap , panggillah ijat , baru nampak manja gitu . Bhahaha ijat manja? Mangkok lah ! Ijat a.k.a acai tu gila-gila kot!! Bhahaha  but sometime he make my day . Omen..please dont cry babeh .. just sharing thats memories . Semua tu kenangan k ..tak lebih .

Dalam masa aku  kenal acai untuk beberapa bulan ,eh rasanya nak setahun la jugak  ,aku terserempak dengan sorang pakar jiwang ,orang tu dipanggil Zaid  a.k.a Zaidah utk aku hahahaha . Mamat ni lah yang paling rapat dengan aku selepas my sis pergi .. thanks beb .. tak tau nak ucap apa dah sebab ada banyak hal kau dah bantu aku . Dari aku sorang yang tak minat nak lepak dgn lelaki ,sampaikan aku dah reti macam - macam nak bersembang dgn lelaki ,lebih lagi kau selalu carutkan aku ! Memang kuaja ! Hahahaha

Nak dijadikan cerita , pada 1 hari ,zaidah ada  share 1 id wechat dia kat aku . Masa tu acai , herry dah jauh dah dari aku . Masing-masing sibok dengan hala tuju sendiri . Dan aku pun memang malas dah  nak ngadap natang wechat tu . Tapi bila layan bosan akhirnya aku pun on lah id psycho girl milik zaidah .  Dan nak kuatkan lagi cerita , aku yang tak mahir sangat pasal wechat ni terjebak doe ! Hahahaha aku nak share lagu asalnya  tapi aku tick pada contact yg zaidah ada dalam id tu . 1,2,3,4, dan bila done ! Jadilah 1 group ! Bhahaha  but masa tu aku dok dendiam je  sebab aku dah termasukan Naem , gf dia ikin , shawal , zaidah , dan bila diaorang kecoh wei group apa ni? Apa citer ni ? Hahahaha aku buat derk je  . Sebab tujuan asal aku just share lagu , bukan buat group pun hahaha apakah ini permulaan kisahnya ?? Apa lagi kisahnya ? Nanti aku taip lagi ,jari aku naik cramp ni siut ! Adoiyai .. chaw ..

KEJUTAN MAMAT KAROKE



Selamanya , hati ini akan selalu memujamu .. ceh layan lagu mewangi siut. Maklumlah baru lepas mandi , dah wangi -wangi gitew . Sebenarnya tu lagu masa budak-budak rewang layan karaoke kat rumah pengantin tadi. Not bad la suara mamat tu , 80% mirip Akim hahaha puji  ?? dia tak tahu takpa . But aku iklas ni hahaha

Masa tu aku tengah lepak dengan tunang abang Deen dan beberapa orang kazen gugurls aku kat anjung rumah . Tunggu pengantin siap makan beradap sebab kami nak bergambar dengan pengantin hajatnya hahaha amek berkat beb ,mana la tahu tahun depan rezeki aku pulak aaa makan nasi beryani gam korang aku lanje tau ..aaa sedap tu !

Tengah syok memerhatikan para jemputan yang keluar masuk , tiba-tiba aku terdengar :


"Saya nak tujukan lagu ni buat anak mak ngah yang datang dari Pasir Gudang , JB , yang  budak kampung sini gelar  Mia  gadis Kotaraya , dan  harapan saya mia terhibur dengar lagu ini dan rajin makan ubat dan cepat sembuh. Kami budak-budak yang selalu bikin motor kat Deen workshop ,sentiasa mendoakan mia sihat dan ceria seperti dulu-dulu , semoga Allah perkenan kan doa kami , amin"

Amiinn .....


Mak oii .. panjang nya ucapan kau oii !!  Dan ucapan tu diakhiri dgn tepukan gemuruh dari kawan-kawan dan saudara mara aku yang ada disitu .peh ...merah doe muka aku ni ..malu , terharu , sedih ,sebak teruja , macam kerek sikit pun ada .tak senang doe aku nak duduk , semua mata dok pandang-pandang aku je masa tu .. hahahaha dan the same time aku just show jari


\m/ .. thanks babe !! Rock you !!  *muka merah padam*


Hahaha beb ,sebenarnya aku kalau kat kampung nenek ni , budak kampung panggil aku **MIA GADIS KOTARAYA**  hahahaha tang mana kota raya tu ,aku pun tak paham , pada aku cukup lah aku jaga mahkota aku sebagai gadis melayu islam ni . Insya allah .. lain-lain biarlah aku jadi orang yang biasa-biasa je sebab aku pun bukan baik sangat ,degil pun ada . But perangai aku yang mudah masuk line dengan menyakat  orang ni kot yang buat orang baik dengan aku walau dimana je . Last tadi  masa nak balik , kak Suraya @tunang abang Deen beritahu orang yang request lagu tu sebenarnya abang Deen dan kak Suraya sendiri ,sebab diaorang sayang aku , dia orang nak aku happy dan ceria macam selalu , dan kuat semangat lebih lagi lepas aku kehilangan akak yang paling aku sayang ..


Thanks guys .. aku akan cuba untuk jadi lebih kuat dengan dorongan korang dan budi baik korang kat aku ni . Kalau lah kak Lyen ada ,sure dia dapat tengok camana gabranya aku time mamat tu sebut nama aku ..


kak orang rindu akak :'(

SORRY AKU TAK RETI



Aku baru  nak bersiap pergi kenduri kawin anak makcik aku kat kampung sebelah ,kampung apa tah namanya aku lupa , yang aku tau ,lokasinya kat sebelah kampung nenek  aku je ni , tapi kampung nenek aku nama apa ek ? Hahaha namanya kampung nenek je lah ..**padahal nak rahsia dari korang** gelak tutup mulut !

Malam tadi line sudah menganggu keharmonian malam aku yang indah . Lepas pukul 12am , line sangkut - sangkut , lastly aku tertidur dalam keadaan " standby " . Sebenarnya aku menunggu someone , tapi oleh kerana dia busy urus dirinya sendiri dan kawan-kawannya jugak , akhirnya aku pun kenalah tidur bila line pun sama-sama busy nak problemkan internet .


Maybe harini aku tak aktif sangat dialam maya  ni ,sebab lepas ni sampai petang kami sekeluarga termasuk nenek dan abang Deen akan keluar ke kampung sebelah . Eh beb , aku baru teringat lah ,nenek aku ni lokasi dia kat kampung dua belah . Kikikih korang tanya lah orang Muar , diaorang pun tak jumpa kot nama kampung nenek aku duduk ni hahahaa.aku yakin sangat2 !!

oklah beb , tadi mama pesan suruh aku make up sikit muka aku ni , maklumlahkan , sesekali nak pergi rumah pengantin , nak jugak tampil ayu-ayu gitu . Emm yang sebenarnya mama ni kenal ke tak anak dia ni siapa ..adoi... mana pulak bulu mata palsu aku ni ,tercabot  dah sebelah .. lipstik pun dah comot , dah la eyebrow patah tadi masa aku tenyeh kat kening ni . Adoi foundation ni pulak aku rasa macam dah buat muka aku jadi  beku .


Arhhh .. sesak napas doe !  **Nenekkkk .... orang tak reti aa pakai semua ni ..emm  bedak cap nyoya nenek mana ek? Kita share je aa , boleh?


 **lap muka yang dah macam kuntilanak kesiangan..


ORANG JOHOR EKK


Senja kala dan aku dikampung habaq hang . Eh .. tu loghat Kedah tapi kampung aku Muar ,Johor aa beb . Anu .. ekk  ..ekk .. anu ..ekk .. hahahah sampai sekarang aku tak jumpa apa kaedahnya perkataan anu dan apa awesomenya perkataan ekk bagi orang Johor ni . Tapi dah macam ketagihan , bila bercakap je kalau takda anu atau ekk nya , macam tak orang Johor je gitew . Macam gurau tak kaso , macam  takda ulo  beso yg kuajo nak melengko kat pago sungai Muo . Hahahaha adoiyai nampak lucu tapi ni lah trade mark beb . Kau bayangkan orang Kelantan cakap macam ni , koma terus agak aku rasa bhahahaha


Ala asalnya apa aku nak cerita tadi ek ,aku lupa la pulak ek ..


Erm apa pun , bahasa  melambangkan  bangsa beb . Aaa macam aku je ni lah . Dalam alam maya  ,korang sure fikir , aku ni sorang perempuan bertubuh gagah . Ada tatto kat lengan , ada otot ketul-ketul , ada parut kat pipi , bila korang baca gaya bahasa aku kan ? Pergh korang punya imaging pasal aku tu dah macam aku ni perempuan yang selalu beraksi dalam WWE  kan beb . Hahaha padahal aku ni ..erm nyamok nak gigit pun tak sampai hati beb , lalat  nak terbang sebelah pun tak tergamak , sayu hati dia , terbang pun perlahan je ,jejauh je dari aku , takut terbuat bising . See !! Betapa lah mereka  menghormati keayuan aku yg semula jadi ni . Haish nak caya ,caya,tak nak caya ye sudah , aku dah ngaku ni ..aa .. lain kali aku tak ngaku dah yg aku ni memang comel sesangat . Hahahaha al maklom orang Johor lah katakan . Dah la comel , peramah , penyayang dah tu manja dan  perihatin sangat . Erm .. tak caya lagi lah tu .. entah la nakkk ~~

Eh .. mohon undur diri la beb , bola malam ni macam best je kikikih

PUAS TIDUR MALAM JUMAAT


Andai di berikan emas  permata  , ku pilih senyuman mu .. hahaha bahagia je kan kalau hari jumaat ni . Malam tidur sedap , puas , so bangun pagi sure lah minda cergas dan cerdas !  Tu  kisah bangun pagi jumaat orang bujang , apa kisahnya bangun pagi jumaat untuk orang yang sudah berkahwin ek beb ??  Alolo .. nak tanya  ibu angkat siber aku lah camni .. korang kenal tak ?  Better korang tak payah kenal la , anak  dara dia  semua orang dah booking beb .. yang form one pun dah si Zaid dah cop ! Bhahaha dasar anak hantu bukan anak menantu lah tu .

Ops .. marah pulak budak bantut tu kang , kacau dia baca novel online kat application wattpad . Wei korang bukan je dapat baca novel ,but korang nak menulis novel ,cerpen atau merepek-repek kat situ pun boleh doe ! Pergi lah ke google playstore then search wattpad ! Kemudian download je lah .    Dengar kabar  ,kawan-kawan aku ramai dah melepak kat situ baca novel yang macam-macam adoooo ..

Bytheway aku suka baca ,suka menulis ,suka berangan pun ye jugak ni . Then bila Zaid tanya aku :  wei beb , kau tulis cerpen or novel la kat situ ,then follow aku .

Aku cakap   a ah aku nak tulis novel , tapi bukan novel hantu atau cinta .. but novel 18sx  ! Dan aku tak ingin follow orang yg aku kenal termasuklah Zaid ..! Bhahaha Zaid cakap  kuaja  ,kenapa lah kau fikir sejauh tu beb ,aku pun tak terfikir pun pasal novel macam tu . Hahahaha  sebenarnya aku nak je jawab :

Kau tak terfikir sebab kau bawah umur lagi Zaid .. kahkahkah . Okay lah aku dah nak gerak to kampungku  Muar , jom-jom , rindu nenek tahap tanah tandus kegersangan tiada hujan selama 1 tahun ni ..emm..emm kering giler ! Hahaha


Beb , pasal novel 18sx yg aku nak karang tu , kau jangan amek seyes sangat doe ,aku bukan reti pun ,tak pernah test lagi kot .. hahaha  masaaaak aa . Chawww~

AKU MAIN DOTA ?




Bila aku kerap update pic aku lepak kat c.c. , ramai cakap aku main DOTA . Well , dota tak dota , kalau aku sambung study esok-esok ,sempat lagi ke aku nak layan game ni ? Ada nanti hari-hari aku layan p.c sebab nak main natang ni . Kelaut study aku nanti doe ! Hahaha kesian parent aku , emm..emm


 DOTA ! Antara punca ramai perempuan - perempuan muda yang cantik manis diluar sana  yang pasrah dalam percintaan , bila mana  dapat bf  peminat setia game  DOTA . Tak kira lah DOTA 1 - DOTA 2 , ianya still dota ,dan berhantu kalau dah ngam dengan somebody tu . Hahaha , masa aku tingkatan 6 rendah  ontheway nak ke tingkatan 6 atas dalam tahun 2014 awal la gitu , ada jugak lah aku cuba try test Dota ni , but  masa tu family bising aa , diaorang sibok suruh aku fokus untuk STPM , so antara  iklas tapi jauh , aku lupakan game ni .  Sehinggalah sekarang ni . Nak cakap cuci tangan tu taklah , tapi kalau aku main pun just tolong - tolong kawan je kot . Its not my game right now ! Ok ,lepas ni sila abaikan soalan **Mia main dota ??

Tapi kan beb .. pada aku lah kan , better bf korang melepak kedai  mamak main dota  , daripada dia lepak lesu kena belasah sebab usya anak dara makcik rumah sebelah . Hahahaha kalau sayang tak perlu marah , kalau cinta biarlah dia main dota kikikih GGWP !

HATI AKU YANG KINI









Beb ..ni la yg selalu aku buat . Pujuk hati untuk jadi aku yang sekarang ni. Aku ajak dia teman aku sama-sama lalui detik yang mencabar ini . Kalau aku ikutkan hati aku yang dulu-dulu , masa aku form 5 , form 6 , aku tak tau aa ..samaada aku ada hati atau tidak sekarang ni .. emm don't  judge the book with the cover .. eh !!  Don't judge me from my yesterday ..aaa hahaha kerek siut nak cakap omputih aku ni. Dah jawa tu jawa aa jugak kikikih .


Jawa pun jawa la , janji rock  \m/  hahaha 

LUPA




MAS KAHWIN




Tu hah atas tu ! Entah mengada apa aku update pasal mas kahwin pulak kalini . Tapi naluri aku memang beria sangat nak share dengan korang . Apa aku dah merenyam nak  nikah ke ni ? Emm rasanya macam tak . Sebab mama cakap :    **Awak nak kawin ? Jerang air pun hangit ! Lipat baju pun tak reti ,  basuh baju pun masih tak sempurna , goreng ikan basah tapi masinnya kalah ikan masin , rebus telur pun hangus . Macam tu nak kawin? Macam tu nak jadi bini orang ? Membazir je duit hantaran sampai 10K , tapi dapat isteri yang cuma pandai merempit !!

Adoiyaii.. setepek kena ..tapi dengan selamber derk je aku menjawab :    ** ala ma .. mama pun dulu ayah cakap selalu masak nasi tapi jadi bubur . Goreng ikan letak kunyit ,tapi lepas goreng macam letak kicap , sambal belacan mama tumbuk pun tak lumat , dah tu siapa makan sure kena cerry berry ..aaa.. lepas 27 tahun ok je kan? Semua sedap je orang telan . Sampaikan ayah jarang makan kat kedai kalau mama ada masak dirumah. Ok jek ..emm

ye ..ok je tapi selepas berbelas tahun , hari-hari kena bebel , kena marah ,kena perli dengan ayah awak ..  Bukan terus ok macam sekarang ni..

Aa..kalau macam tu ,orang carilah chef ..master chef maybe.. hahahaha

mama bagi jelingan maut kat aku dan berdengus  ..NO !!

argh !! Mereput doe aku ... hahahaha takpa..takpa.. ada masa panjang lagi ..aku cakap dalam hati** kikikih

Beb ..aku bagi someone satu soalan :

1+2= 22.5

Aku perlukan jawapan dari dia  tapi dia pulak soal aku .
Macamana dapat jawapan gitu ??


Ok ni  aku tunjuk jalan kiranya ..


Pengantin lelaki orang Selangor  + pengantin  perempuan orang Johor  ,yang sorang perempuan tu sebenarnya mak andam so dia cuma perlu bagi  = rm 22.50.. TUNAI .. hahaha



BENCI TAPI RINDU






Aaa .. aku tau  , korang yang tengah angau tu , lepastu ada terjadilah some mistake , ada lah gaduh-gaduh sikit gitukan . Sure alami detik-detik jiwang macam dalam pic tu .. cuba jujur ,yes or not ? Hahaha  jangan nak mentipu aku aa beb . Kat mulut asyik je cakap je :

*kau jangan sebut nama dia depan aku !!
*aku benci dia !
*malas dah nak fikir pasal dia lagi ?!
*aku meluat untuk semua ni !

But the reality ..bila malam-malam , masa duduk termenung , masa nak tidur , masa layan lagu jiwang , masa tu airmata ,air hidung , air tangan , air mata air ..semua meleleh . Hahahaha air apa lagi ek yang aku tak sebut ? Adoiyai jangan fikir bukan-bukan sudah la ea. Biar aku sorang je yang fikir pasal air lain tu . Emm...emm.. air nestcafe tarik la kot ! Kikikih ..

Beb .. kat JB sekarang ni mendung ,sejuk dan aku rasa situasi ni paling elok untuk beradu ditaman syurgawi ..haish . Jom turu , pe barang lepak dalam kelas tu , bosan kot. Hahaha .. tengok bantal dah macam melambai-lambai kat aku ni . Adoii..mana guwa tahan kena goda macam ni doe . Hahaha baiii ~

PERGILAH JEREBU


Sejuk ~

Selamat pagi beb !

Hujan dari malam tadi dah bawa rasa sejuk yg mendalam sampai ke tulang sum-sum aku . Nak bangun pagi ni memang liat . Harap sangat hujan kali ni bawa pergi jerebu yg dah beberapa hari menyelubungi dunia Johor. Dan berjaya buat bumi Johor ini bersih semula macam selalu.


Apa yang aku nak katakan pagi ini . Dalam berpuluh sahabat kita , mungkin hanya satu yg menjadi cinta untuk kita. Yang lain masih kekal sebagai sahabat . Amat sulit jika kita rasa terlalu sayangkan sahabat , hingga mengabaikan dia yàng kita cinta .

Alamak pening ! 

PEMANGKIN UNTUK ON OFF



Beb!
 Aku pegang kata - kata ini sebagai pemangkin semangat aku yang kejap on ,kejap off tu.




Part senyum tu aku kena kawal la kot ,takut kang salah send senyum , tetiba kena serang dengan bini orang .. hahaha kopak kepala aku kena tibai nanti doe .

Kalau part doa tu , ofkos lah aku rajin buat sebab mana kena charge kalau berdoa beb ,gst ke ,cukai jalan ke semua zero ,hahaha

Sedekah ? Senyum pun sedekah kot. Lain-lain tu ada lah aku isi kat tabung yang selalu aku jumpa kat shopping kompleks . Eh !!  Hahahaha mace hare

Menyayangi ? part ni aku suka sebab .. sebab .. sebab dah sayang kot ..takkan sebab lain pulak..


adoiyai .. jom makan !! Entah kali keberapa untuk harini aku pun dah lupa aa beb . Haish .. apa si Fatin bubuh dalam ubat aku ni sampai aku makan dah macam orang kebulur ni ek?? Peh .. pecah juga perut aku malam ni . Memang aa rezeki tapi melampau noh ni kot ? Ok lah ,nak teman mama aku makan jap ea. Lepas isyak lepak bengkel tau ..kikikih

AKU KENA SAKAT


Aku baru lepas telan semangkuk laksa johor , hasil dari air tangan mak . Eh makcik yg jaga aku tu ..hahaha erk alhamdulillah . Kalau aku jadi anak menantu makcik tu , sure aku buatkan dia hari-hari air nestcafe tarik . Sebab mak ..eh makcik cakap ,aku tarik nestcafe tadi ada style dan air yg aku bancuh untuk dia sedap . hahaha bakat terpendam je mak..eh ..makcik .. ^^ ada unsur bodek diselitkan disitu ,tapi makcik tu tak perasan hihihik


Beb .. korang nak tau tak , aku ni kan, 2,3 harini rupanya kena sakat dengan "momok" tu la sebabnya aku asik menangis je siang malam. Aaa.. korang ingat baby je yg boleh kena sakat momok ea ..aku pun kena tau ..emm..emm..


Asalnya aku tak tau aa kan , sampai lah malam tadi ,momok  tu pm aku ,dia cakap ..senanya dia sengaja buat aku ,sebab dia takda sesiapa nak disakat ,kecuali aku ... grrr nasib la jauh beb , kalau lah dekat sebelah ,memang sure pengsan dah momok tu kena geletek dengan aku. Lepas dia pengsan ,aku masukkan dia dalam botol , then aku simpan dia dalam bilik aku ni aa supaya tiap saat aku dapat tengok dia .. hahaha bytheway aku belum lagi belajar how to catch that momok aa ,so aku kena study dengan uncle sickers ( ejaan tu betul ke tak ek ) sampai khatam aa kot. Ada tak da 3 tahun katanya baru khatam utk cukup syarat tangkap momok ni .. hahaha lama tu doe !

Ok la beb ,momok tak momok , aku nak sucikan diri dulu , jap lagi pak bilal da merayu- rayu ajak aku menuju kejayaan . Free kita cerita lagi . Salam asar buat korang yg lepak bengkel aku petang ni .

Thanks for everythings ea momok ^^

SEMBANG DENGAN BAKAL EMAK


Beb korang dah makan ?

Lepas kena bebel dengan nurse peribadi aku semalam , aku rasa baru pukul 1 tengaharini aku dah makan masuk 3 kali ! Aku terfikir jugak ,aku makan ke aku buat mandi makanan tu? Mesti korang tanya kan dalam aku tak sihat ni siapa yg masakan untuk aku sedang mama dah pergi taska seawal 7 pagi . Meh aku story baik **jeling-jeling dapur..^^

Sejak aku balik dari Penang , mama agak busy mulanya. Lepastu mama request la sorang bibik untuk jaga aku . Tapi ayah bergurau kaso beb ,kata ayah :

Dari ambil bibik ,baik bagi abang bini . Hahaha mama jeling dengan mata bulat !!nasib biji mata melekat ,kalau just masukkan dalam kelopak ,aku sure melantun berkali-kali dah biji mata mama kat lantai ruang tamu tu @macam bola pingpong ! Hahaha

Jangan berangan lah bang . Sedang orang yang ada duit rm2.6Bilion tu tak berani nak berangan macam abang ni tau. Aaa..jangan nak cari pasal dengan saya ok ..

Ceh mama nak tunjuk power bebel dia depan anak-anak lah tu . Sedang kan dalam masa yang sama ..aku..ayah , adik E .. just gelak dan gelak. Aku tau ,ayah aku tak akan  buat kerja yang nak kusutkan kepala dia dengan bukak 2 cawangan . Ayah aku seorang yang sangat iklas menyayangi mama dan anak -anak dia. Aku berani cakap dia setia sebab ??? Sebab aku tahu siapa ayah aku !! Hahaha simple right? Selama hampir 27 tahun ayah jadi suami mama , tak pernah sekali pun ada kes yang boleh buat cinta mama dan ayah goyang . Sebabnya ?? Nanti aku tanya la ea. Kot  mama ada baca doa nak ikat hati ayah.. hahaha kalau ada nanti aku share la dgn korang . Fuh ~ jangan percaya aa beb hahahaha

Alamak melalot ! Pasal siapa jaga aku kan tadi? Aaa.. lepas idea bagi bini kena reject dengan mama ,ayah dah beri lagi satu idea . Iaitu bila ayah ada standby kat rumah pada siang hari ,better ayah je yang jaga aku , masakkan makanan utk aku , settlekan rumah tangga . Dan bila ayah keluar kerja sampai petang , ayah akan suruh seorang makcik @jiran aku jugak tolong jaga dan tolong masakkan makanan untuk aku dan adik E . Makcik tu seorang ibu tunggal dan anak-anak dia semua dah keluar bekerja . Ada sorang je lelaki yang masih study , tu pun dah last sem kalau tak silap aku . Handsome siot ..eh **tutup mulut** nanti makcik tu dengar hahahaha

Ok ,kalau makcik tu yang masak , aku cakap korang aa kan , bini tua datang nak belasah dari belakang pun korang tak perasan aa bro..sungguh guwa cakap lu ..aa.. dia punya asam pedas memang mabeles siak !  Macam harini aa ,dia masak ikan merah asam pedas . Pukul 9:30 tadi aku dah makan sepinggan . Lepastu 11:00 aku makan lagi ,tapi just ratah kepala ikan je ,cicah roti ! Setengah bungkus roti daily tu aku telan . Pergh ..tadi pukul 12 ! Aku ajak makcik tu makan sama aku dengan alasan :


makcik makan la sebelum makcik balik , kang pukul 1 makcik nak balik kan?  Meh orang teman kan ea..


ceh lori sampah  dah datang bawak tong. Padahal sendiri yang nak melantak tu hahahaha dan dengan 2 kali aku ajak dgn gaya macam mendesak  ,akhirnya makcik tu pun kecundang dengan ajakkan aku dan kami pun makan lah bersama-sama. Berpeluh-peluh sey orang tua tu ,makan sambil sembang pasal anak bujang dia yang handsome tu !! Eh mak ! Eh .. makcik .. senanya orang mana  boleh sembang pasal lelaki ,nanti makan putus pulak selera ..emm..emm.. hahaha putus menda , 2 kali aku tambah hahahaha asam pedas layan dengan ulam raja pun aku selera . Aku makan tak cerewet aa.. yang aku cerewet ni ialah pasal .. pasal.. mak..eh makcik je la yg tahu ..hahahaha

Tapi korang jangan takut ,  aku bukan taste anak makcik tu ,kata makcik ,anak dia dah nak bertunang hujung tahun ni ..so ??  Aa.. jangan fikir bukan-bukan tentang perasaan aku  sekarang ni . Aku iklas   nak buat baik dgn makcik ni ok ..  eleh  hahahaha , wei..azan wei ..jom zohor dulu , kot lepas ni tak jumpa dah zohor lagi ..aaa.. aku pesankan jek ..

assalammualaikum~

KISAH PUKUL 12.45AM

1 am !

Aku tak jadi tidur la , tadi ye ye jek mamai sakan . Tapi baru terlelap kejap ,aku terdengar suara orang panggil aku dari luar . Tengok jam pada phone dah pukul 12.45am. Siapa datang ni ? Aku tengok Fatin dah sedap tidur . Maklumlahkan orang dah jumpa kekasih malam tadi. Dan aku jadi guardgirl ! Grrr ..nak kejutkan Fatin ni kesian la pulak. Dah la esok dia kena kerja pagi. Masalahnya  erm ..siapa yang panggil nama aku ni? Mushkil meluap-luap jadinya . Baru tadi aku sembang pasal aruah akak dengan kawan-kawan siber dia dan buat post pasal 100 hari pemergian aruah akak aku . Takkan dia balik kot ?

 Alfatihah.


Suara tu kedengaran lagi ,kali ni makin jelas . Adoiyai .. peluh sejuk aku meleleh kat dahi. Aku beranikan diri jengah tingkap bilik ,untuk melihat gerangan siapa orang yang kerap sangat memanggil aku tu . Beria-ria nak jumpa aku lewat malam ni.  Dan bila aku jengah , suara itu terus menjerit .

beb !! Aku ni .. Fatin tidur rumah kau ea?
Jerit Dila adik Fatin .
Laaa..kau ..buat apa malam - malam ni beb?
Aku rasa lega bila dapat tau yg bagi salam tu  adik Fatin si Dila.
A ah.. dia da tido da..yg kau ni da kenapa?
Oh takpa lah , motor aku rosak kat depan sana ,
aku baru balik kerja ni.
so kau  letak mana  motor tu?
Ada kat rumah member aku .
so masuk la tidur sini je beb !
Eh tak tak ..aku nak amek motor Fatin ,
esok sebelum subuh aku datang sini amek dia k .
kunci ??
Takpa takpa ..aku aku kunci spare dia ni haa
okk ..take care ,nanti aku beritahu dia aa ..
Hati-hati doe ,malam da ni..
alright beb !
Assalamualaikum ..
waalaikumsalam !


Aku tarik nafas lega . Dan Dila pun blah dalam kepekatan malam dengan suara ekzos motor Fatin . Dan akhirnya tinggallah aku dihalaman rindu sambil ditemani bunyi nafas Fatin yang ..yang ..yang  macam bunyi tali brek bocor .. grrr aku tak boleh tidur aa beb ,silent aa sikit suara tu ..aku bisik kat telinga dia , tapi sia-sia .


Lastly aku switch on tv , layan movie..settle ~






PAGI INI DAN MALAM TADI



Pagi tadi !
Bukak mata then bangun dan pandang cermin . Anak dara siapa yg comel dok senyum-senyum pandang aku ni ? Gosok-gosok mata .. pandang lagi , aku renung dia ,dia renung aku semula . Nice reason ... Budak tu aku !!  Hahahah comel siut .ok , ok , subuh dah nak habis , kang dok comel ,comel , matahari dah terpacak aku baru nak amek whuduk .. haish


Malam tadi !
Malam tadi gelap ! Sunyi ! Yang ada bunyi krik..krik..dan bunyi angin bertiup malas kat luar sana . Aku tidur pukul 3 am lepas habis tengok movie . Cerita ? Adalah tapi bukan cerita satu warna ok .. aku bukan penagih ! Hahahaha madepaker yg menagih cerita satu warna tu ..bluekkk~ najis !


Malam tadi jugak !
Aku logout semua laman social aku awal . Sebab aku rasa itu je jalan paling ringkas dan mudah untuk aku selamatkan keadaan . Aku tak nak jiwa aku makin kacau , emosi aku bergelora , minda aku kusut masai lagi , thats why aku logout. Tapi pukul berapa ek? Ntah ..lupa aa..

Malam tadi !
Aku  tidur ditemani Fatin , nurse peribadi merangkap kawan baik aku sejak form 4 ! And now kami dah masuk form 9 ! Dan still rapat . Korang pernah masuk form 9??  Hahahaha tu maknanya dah free dari pengetua or cikgu displin but korang hanya bergelumang dengan masyarakat dan nafkah jiwa . Hahaha kalau korang tak paham ,buat - buat paham sudah .

Beb .. Form 9 aku sebagai perempuan memang  sikit mencabar. Aku nak  hidup bebas tapi berbatas. Aku nak cari jalan hidup sendiri tapi diperhati. Aku cuba happy kan jiwa  tapi kerap diduga . Aku diamkan diri takut pulak dibenci . Aku cuba  jadi orang sombong tapi tak nampak jujur sebab macam pembohong . Aku peramah dengan semua orang  namun masih dianggap akal kurang . Aku buat hal aku , nampak macam aku kepala batu . Aku ikut cakap orang , perasaan aku melayang . Aku pasrah jiwa aku resah . Aku menyepikan diri , tapi akhirnya aku minta mati . Hahahaha kata  adik Aisyah aku gila ! But aku cakap , dia yg gila sebab layan orang gila .


Senanya dalam dunia ni  pada aku lah kan , takda orang waras . Korang rasa? Hahaha yang waras cuma orang yg sedang tidur kot ,lepas dia bukak mata , dia pasti akan gila. Korang tak percaya . Korang duduk diam ,dan fikirkan sendiri ,betul ke tidak apa aku cakap ni . Dan hanya orang gila je yg tak ngaku dia gila ..hahahah , ok lah ..dhuha jom beb .. mohon diberi calun suami yg satu kepala macam aku , yg boleh aku ajak hari-hari berhuhu ..amiin ~




BIDADARI SYURGA AKU


Malam ni genap 100 hari sis  aku pergi . Pada siapa yang tak kenal siapa sis aku , meh aku beritahu .

Dia blogger yang pakai nick name Yenda ixati yang sekarang ni aku pakai . Dia meninggal pada tengah malam 1 jun 2015 akibat kanser payudara tahap 4 . Dia lama dah hidap penyakit tu but kami sekeluarga dan semua orang yang rapat dengan nya telah di elak kan dari tahu ! Ye ..kami semua tak tahu , hinggalah pada satu hari dia pengsan di taska mama , dan bila dihantar ke klinik ,doktor beritahu mama yang dia pengidap kanser tahap 3!

Mama yang tengah risau dan kelam kabut waktu tu , terus pengsan bila doktor beritahu hal tersebut . Nasib ada ayah kat sebelah mama  . Aku ,ayah ,mama dan semua ahli keluarga terus blank beberapa hari . Sedang akak ketika tu ,lepas je makan ubat ,keesokkan harinya just follow on kerja harian dia dirumah , ditaska ,macam takda apa -apa yg belaku . Parent kami yg masih tidak keruan , hanya mampu menangis mengenangkan nasib akak . But one day , kawan baik mama ,sorang doktor call mama  untuk offer operation kalau mama izinkan . Ofkoslah mama nak kan.


But sad respond  from my sis bila dia cakap .. tak perlu kot ma , ayah ..sebab orang nak , bagaimana orang sempurna sesempurnanya sewaktu mama lahirkan didunia ni , so ,lebih elok nanti orang pergi dengan semua kesempurnaan itu . Orang bersyukur sangat2 sebab mama dan ayah dah lahirkan orang jadi macamni dengan izin Allah. Orang taknak ada parut atau bekas jahitan atau bekas luka sebab orang lahir pun dengan kulit yg licin ,halus dan takda apa2 parut .


sayang .. tolong mama ,kesianlah kan ayah , kami sayangkan awak .. Mama merayu..


aku masih ingat lagi pada malam ayah dan mama merayu ,memujuk akak untuk buat pembedahan tu . Malangnya my sis tetap berkeras tak nak . Erm..kami adik beradik memang keras kepala . Kata kami ,tetap keputusan kami . Ok ,aku ngaku tentang tu .  But akak aku ni seorang yg lemah lembut kot ,macam ayah ,tapi jiwa dia memang kental ,kukuh dgn keputusan dia ..haish..takda sesiapa boleh halang kecuali Allah.


Bulan demi bulan berlalu ,akak buat medical check up pun secara secret. Apa je keputusan doktor dia sorang je yg tahu . Sehinggalah pada hari terakhir dia di izinkan bernafas didunia ni ,kami masih tak jumpa apa-apa rekod mengenai penyakit akak tu. Paling sedih , dia pergi ketika aku sedang merajuk dengan dia . Aku ketika tu berada di seberang tambak ,Singapura . Berita akak pergi ,aku terima pada jam 2am. Selepas dia tiba-tiba batuk tak berhenti -henti . Dan belum sempat dihantar ke klinik ,akak dah menghembuskan nafas yg terakhir diriba mama . :'(

Maafkan orang kak , orang bukan adik yg terbaik buat akak yg orang anggap manusia paling sempurna orang pernah miliki. Kasih sayang akak kat orang ni adalah iklas dan orang akan ingat sampai orang mati . Kak .. malam ni orang berjanji ,orang akan jaga semua ' barang-barang ' akak . Biarpun orang tak mampu menjaga dgn sempurna tapi orang akan pastikan semua barang tu berada dalam keadaan baik-baik saja . Mungkin orang ni bukan tuan yg baik ,tapi orang akan berusaha kearah itu. Insya allah ..

semoga roh akak tenang disana , dan orang akan dekatkan silaturahim antara kita melalui doa dan alfatihah . Orang sayang akak sangat-sangat . Takda sesiapa yg dapat ganti tempat akak utk orang . Akak lah bidadari syurga milik orang selama2nya.

alFatihah...