BELIEVE IN ME


Hai beb  ..assalammualaikum





Aku selalu jugak lah jumpa perempuan spisis aku ni . Nampak je lembut tapi naluri kalah lelaki . Hahaha yang penting aku tak edit jantina aku ye sudah ! Allah murka nanti .


Kalau dulu ,aku dipanggil lelaki tak jadi oleh kak Lyen , sekarang ni kalau lelaki nampak aku or bersembang dengan aku .. 1 kerja apa pun  dia  buat pastinya tak jadi .. hahahaha power siot seorang pengkid bertukar  jadi perempuan sejati . Nak tahu manja dia tahap mana ? Dua hari ghaib  ,mau gila anak bujang orang ! Tak percaya ?? Up to you ! Tuan punya badan je yang tahu hahaha


Hahaha well ...cakap banyak pun  tak guna kan ,kita buat dia  .. siapa lagi yang layak mengubah diri kita kalau bukan diri kita  sendiri . Aku tak kisah dah orang suka aku atau tidak . Orang kenal aku lagi ke tidak . Orang nak fikir macam-macam pasal aku ke ..  gasak lah diaorang , aku tak hairan sikit pun . Apa yang ada dalam kepala otak aku ketika ni . Aku nak jadi aku yang aku harapkan . Aku nak jadi anak mama dan anak ayah yang dibangga oleh kedua mereka ! Fokus pada pelajaran Mia ! Abaikan musuh yang sedang lena didalam selimutnya tu ! Tinggalkan gunting yg kaku dialam lipatannya .


  *Confident and believe in me*



HAJAT YANG BELUM TERCAPAI



Assalamualaikum beb !

Bila tengok gambar kat atas , teringat bengkel abang Deen  . Lama dah rasanya aku tak call abang Deen sebab kalau aku call , kredit aku sure laju macam air terjun . Al maklom Singapura to Malaysia , call kejap je dah SD 5 . Tak sampai pun 10 minit. Dah lah jenisnya aku ni ,bila dah sembang tak reti nak berhenti . Hahaha the reality aku ni kan pendiam tapi kalau dengan orang yang dah kenal lama ,terutama family hahaha nasiblah kalau tak dapat bercakap. Lepas aku ,aku ,lepas aku ,aku yang cakap . Diaorang ?? Jadilah pendengar  yang setia .

Ingat lagi masa buat partime kat Singapura , dengan gaji SD 1.5K permonth aku dah berangan je  ,cukup  masa aku kumpul duit gaji , bila dah cukup aku nak balik Malaysia ,aku nak beli KAWASAKI NINJA !  Hahaha masatu 1 SD bersamaaan 2.8 RM  aku target dapat 10 bulan kerja ok dah !  SD 15K bawak balik Malaysia  korang darap lah dengan 2.8 RM !!


Tapi dah tak ada rezeki aku ,baru kerja 2bulan KKM dah panggil ajak sambung belajar . So.. memang kena pakai duit gaji KKM la nanti agaknya lah . Ermm gaji kerajaan Malaysia ni ciput je ,entah-entah dapat beli  kapchai je nanti .. hahahaha aku redha beb ! Asalkan dari rezeki yang halal !


Sekarang gaya hidup aku dah berubah.  Hidup sebagai seorang pelajar tak sama dengan gaya hidup sebagai seorang pekerja di Singapura ni beb , dan  aku dengar 1SD bersamaan dengan 4RM  , betul ke beb !!? Hahahaha  aku ni saja buat-buat tak tahu kan  .  haish ... Bila nak dapat  balik Johor  lagi ni ek ? Ermm ..


JADUAL BERUBAH



Assalamualaikum beb ! Lagi 3 minit 12 tengahari . Morning  guys !

Weak doe  aku harini , semalam class habis jam 6 :30 pm , sejak nak final exam ,madam  tu berminat sangat nak balik lewat . Hubby dia tak cari ke ek ?? Aku yang dah macam cacing kepanasan dalam class tu sampaikan hilang fokus .  lastly masa azan maghrib kedengaran aku baru je sampai simpang nak masuk rumah makcik  .

Harini  class  petang . Sebelum jam 3 petang aku dah kena ada dalam wad . Sekarang ni pun nak siapkan assignment dah mamai  dah  .malam  tadi dah la tidur lewat pagi . Kalau  tak silap ketika bacaan tarhim di masjid aku baru lelap . Subuh ??   Aku " cuti "  . Hahahahah  apa sey ?? Sila abaikan  jelah  .

Perh seriously lesu beb .. nak nangis pun ada ni  ermm . Hari pertama jadual aku di ubah  !



BILA AKU BUKAN SESIAPA



Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari ..


Harini aku tak tertinggal apa2 sebab ketika mentari terbenam aku masih lena dibuai mimpi. Lama dah aku tak tidur petang sebab kelas aku berakhir jam 5 petang dan  sampai rumah dah nak mandi ,nak solat , nak  bantu mak cik didapur  sampailah jam 6:00 - 6 :30 petang. 30 minit sebelum azan maghrib tulah waktu free aku .  Tulah rutin aku sejak jadi pelajar.

Dan harini aku berpeluang balik awal .makanya peluang ni lah yang selama ini aku tunggu. Yes !! Tidur petang hari. Perh ..bangun tidur lepas waktu asar ni memang nice !!  Lesu satu badan seh !!  Nah ambik kau !!  Orang tua2 dah pesan jangan  tidur lepas asar ,tapi oleh kerana degil , aku tak hirau dah . Makan dia ??  Letih beb . Weak giler badan ni . Ermm  jangan cakap nak tengok mentari terbenam ,nak tengok burung pulang ke sarang pun tak lepas . Aku gerak dari katil jek ,suara azan maghrib dah berkumandang..

Kenapa letih sangat ?

Sebenarnya  sebelum aku tidur ,aku  teringatkan aruah akak .banyak hal yang aku simpan dengan dia .termasuk hal  " persaingan " dalam  percintaan . Dan bila insan yang akak  sayang tu masih ada rasa rindu kat dia , simpan gambar dia .. aku mula rasa yang aku bukan siapa2 .

Mungkin aku yang kuat terasa ,tapi bila aku fikir , apa guna adanya aku kalau dia  masih lagi .. " menangis pada masa dia  bersendirian dan pada satu masa dahulu ................................  adalah mati  ." Ok .. sekali lagi ,aku bukan siapa2.


Dan yang tinggal harini setelah terbenamnya mentari  hanyalah * aku *






SUASANA MALAM



Malam ..

aku rindu suasana itu .


Bersembang dgn kesayangan , gaduh2 manja , merajuk  , gelak , merepek-repek , sembang pasal masa depan dan macam2 isu suka duka  sampailah ke awal pagi .. tapi tu dulu . Masa tu aku free 400% ! But now bila  dah jadi student . memang berkepit dengan buku2 ,nota2 dan asignment  lah 24 jam kecuali bedtime .

Mana kesayangan ? Erm .. dia ada kawan2 ,  ada family ,  ada kerjaya  ,kot sekarang ni dia busy dengan semua antara itu .  Moga Allah rahmati dia sekeluarga , bahagia , aman  dan damai biarpun tanpa aku lagi disisi . Insya allah .


Good night my heart . Happy without me  right ? :)

KEPUTUSAN AKHIR




Assalamualaikum  beb ..
Lepas kemalangan tempohari , aku dah jadi bukan aku . Aku dah banyak berlembut dengan semua orang termasuk pada mereka yang benci aku . Ok mesti korang pelik , siapa benci aku kan ? Hahaha aku mulanya tak rasa ada orang benci aku tapi bila aku siasat ,masih ada dikalangan kawan2 baik ,yang aku sanjung2 ,rupanya mereka lah orang yg paling meluat dengan kehadiran aku !


Okk fine ! Hak memasing .

Tak pernah terfikir selama ini bahawa nama Mia  akan menjadi racun dalam kumpulan manusia itu ,mereka asyik menuduh kawan baik aku menipu . Malahan  mereka kata kawan baik aku tu bersengkokol dengan aku ,cuba melindungi aku , bila ada je orang baru yg kawan aku jemput  ,mereka akan kata "ini mia kan? "malah ditambah lagi kata2 yang boleh buat siapa yang jadi mia tu makan hati ! Serius aku kecewa . Sangat2 kecewa dengan korang .


Beb ..Apa najisnya manusia bernama mia ni pada korang ?


Apa kah aku pernah  rompak rumah korang?
Curi harta benda mak bapak korang ?
Rogol abang korang ?
Apa dosa aku dengan korang doe ?
Jumpa pun tidak!
Apa lagi  nak  sentuh tubuh badan korang !
Apa sey salah aku ?


Sumpah !! Apa yang aku baca malam tadi melalui lorong id fatin ,aku tau  hanya 1 keputusan yg aku perlu ambil ..iaitu ..UNDUR DIRI  dari semua orang. Ye..aku akan pergi dari dunia korang  ,dunia kawan baik aku ,dunia alam maya korang tu  dan termasuk dari dunia insan kesayangan aku jugak .

Aku dah mula give up ! Kalau aku ada buat salah aku boleh terima. Ini  setelah sekian lama aku menghilang  kemudian aku datang ,korang masih cari buruk aku ! Ok  fine !  Ini keputusan akhir .

Awak .. "SAYA  AKAN PERGI "

Maaf inilah keputusan muktamad , tak mau cari salah sesiapa lagi lepas ni. Harapan aku, bila aku dah takda ,jangan sebut lagi nama aku .anggap je  perempuan yang bernama Mia izarra ni dah lama mati . Dia mati sama macam aruah kakak dia dulu . Pergi dengan hati yang sangat terluka dan kecewa ..


To Budak kampung Subang , aku takkan pernah lupa ,apa yg korang pernah buat dlm hidup aku . Thanks alot guys. Korang dah bukak mata awek  JB ni , apa bezanya nilai persahabatan dikalangan korang  dan dimata hati aku  ! Good luck ! Korang dah berjaya matikan rasa cinta aku yang mula bertunas.


Pandang pada gambar kat atas tu .kau akan paham apa maksud aku ..

AKU MIA



Assalamualaikum

Bila mood tak stabil ,elok diam !  Itu tindakan aku  sekarang. Untuk terusan mencari salah orang , mungkin tidak . Entahlah , harap keputusan aku kali ini tidak melibatkan banyak pihak . Biar je aku tanggung sorang . Aku dah bertekad . Untuk apa jadi beban ? Untuk apa menyakiti hati sendiri ? Untuk apa membuat orang lain rasa tak selesa .

Cuma satu  pegangan aku sekarang , kalau tak bijak memegang janji ,usah menabur janji .kerana bila janji tidak ditepati ,kau bukan je rasa bersalah , tetapi kau membuat orang lain merana !


Aku perlu teruskan apa mahunya hati ini ..


STILL LOVE AND STILL AWAKE



Assalamualaikum

Sebenarnya aku dah janji dengan kesayangan nak tidur awal malam ni . Dalam pukul 12 am  , then  11.30 aku dah logout semua laman sosial dah . Tapi maybe disebabkan sejak kebelakangan ni aku kerap sangat jadi burung hantu , and now , mata aku langsung tak mau pejam .. adoiyai acane tu ek ?  Takkan nak kena anu dulu mata ni  .. erm siut jek , apa sey ..


Beb .. asalnya aku ni bagai pungguk rindukan bulan , tapi aku cover je hati dan perasaan , sebab aku dah janji tak nak kacau dia dan privacy dia waktu -waktu macam ni .. peh  mata berair , ada orang kupas bawang le pulak malam ni .

Its 2.20am in the morning  ,  and  still loving you

DEMI LOVATO vs MIEYA LOVATO


Hi there !

Ahha minah mana pulak kali ni ? Kalau korang nak kenal shes Demi Lovato . Penyanyi jugak macam aku  .eh ! Hahaha aku bukan penyanyi deh . Aku penyakat  kawan -kawan je . Apa hal Demi Lovato jadi tajuk post aku malam ni ?


Sebenarnya  beb ,jalan hidup beliau ni sepesen je macam jalan hidup aku ni.  Dia nakal ,aku pun nakal . Dia cederakan dirinya dengan  potong lengannya kerana kecewa  , but aku  ..aku .. wenggg..wenggg je sampai  kemalangan sebab frust . Hahaha gilers kan ! Zaman otak mereng memang  hodoh perangai kan beb . Aduiyai .. manalah silapnya kan . Hahahaha cover kesalahan  je ni !

Beb , cakap pasal Demi  lovato ni , shes dulu gemok girl and now ,korang tengok how cute she is . Ok ,like  as aku , dulu memang lah aku cubby tang semua sudut but now ..perhhh aku intai badan sendiri kat cermin pun  dah meleleh air liur ni habaq hang hahahaha

Aku petik nama  Lovato  ini sebagai nama gabungan aku dan dia kat twitter ! How sweet  kombinasi nick name tu ! Hahaha  just for  motivasi semangat je  doe , tak lelebih pun . Sekarang  beliau dah bangkit dari zaman kejatuhannya sebelum ni . Dan tengah popular dengan lagu Confident !  so aku memang kena lebih confident start now !

By the way  aku lebih layan suara dia dalam lagu believe in me  !!  Nice voice ,nice  song !!  search google  Demi Lovato ada banyak kisah dia yang  dikongsikan dalam tu.


But, as a muslim ,  sejujurnya aku tetap puja suara  Misyhary Rashid  forever  .. hahahah  aaa ..marah ..marah ..! 

BAILEY JAMES




Beb .. semalamkan someone ada send  direct message kat twitter aku .  Firstly aku just replied macam biasa la ,hi dan thank you sebab dia dah follow twitter aku . But malam ni . Bila  berpeluang  dengan masa free 200% , aku  masuk semula dalam d.m tu , aku tengok link dia beri . Hahaha  rupanya shes sorang young girl yg berusia 12 tahun , and she is a singer !  lahai budak kecik lagi doe . Aku ingatkan emak orang dah . Kalau tengok muka ,dah macam  budak lepasan STPM kalau kat Malaysia ni . Haish .. tak percaya ?tengok je  pic ni ..yes or not cakap aku ?


She is Bailey James , 12 years old . Most info kat Baileyjamescountry.com

And korang boleh search google or youtube kalau nak layan lagu country dia . Not bad  la  . Dia boleh pergi jauh kalau dia rajin dan displin  kan diri dia  . Sebab dia seorang pelajar . Kalau kat  Malaysia , ambil upsr budak ni hahaha .  Aku minat country songs? Ermm .. boleh lah sometime kalau nak layan mata sebelum mimpi  indah  lolz .. tapi biasanya aku layan  suara Misyhary Rashid je dan tidur aku pun tambah lena  huhu





MISYHARY BIN RASHID

Mereput ..



Assalamualaikum  beb

Dengan izin Allah , harini jumaat ,aku memang tak kemana-mana  ,just baring , mereput  sambil mengadap siling bilik , layan perasaan .  Mesti korang tertanya -tanya , apa yang bermain dibenak minda aku kan beb ? Truly .. aku fikir masa depan aku . Apa bakal terjadi  pada dunia aku akan datang .  aku terfikir sampai bila aku nak hidup bergantung hidup dengan parent . Aku nak study , nak fokus pada study aku . Dan aku nak perbetulkan iman aku yang aku rasa masih belum memuaskan lagi ni .

" beramal lah bagai kau akan mati esok hari "


Aku masih ingat lagi pesan ustazah pada  aku .  Masa tu aku masih  lagi  dalam form 5 . Tapi masa tu apa je ada dalam kepala otak aku ni ?  Just enjoy and enjoy !! Siang , malam , pagi , petang !  Yess non stop !!

And now aku dah masuk 20 tahun . Layak ke  aku  berfikiran macam pelajar form 5 tu lagi  ek ?  Sedangkan dunia ini makin  hari ,semakin hampir ke penghujung usianya.Seriously aku musafir  yang paling hina dalam dunia aku sendiri  . Beb , selama ini aku leka dengan  percikan bunga api dunia yang aku kata wow nice ! Sangat indah !  Menarik !  Padahal ianya hanya sekejap !  Boom  sana !  Boom sini ! And then  hilang dalam kegelapan malam . Sekejap , Lepastu , sunyi semula . erm ..


Dan petang ni  , entah mood nak online laman sosial aku memang kelaut  .  Tapi  mungkin  Allah dah gerakkan hati aku  untuk  mencari ketenangan peribadi khas buat aku . Aku search someone special . Beliau Mishary bin Rashid al -Afasy . Aku layan dia  ,aku download mp3 pada tiap bisikan suara dia . Dan  seriously , air mata aku jatuh  dan jatuh dan terus-terusan jatuh . aku  layan digoogle je beb . Kalau korang nak kenal dia  ,search  nama dia tu .  Malam ni ,aku masih rindu suara  Misyhary bin Rashid  tapi nasib aku dah download suara  merdu dia dalam tab , dan insya allah aku akan layan tanpa rasa jemu. Dan maaf lah kalau  lepas ni aku makin menyepi dari dunia biasa aku . Aku perlukan sesuatu yang peribadi , iaitu penawar jiwa. Thank you Allah , tak sia-sia aku  mereput tenguk siling bilik hari ini . Alhamdulillah ..








JUST BECAUSE A GIRL





     




Is it true , if i say : people nowday thinking the girls look like a iphone !  Yes or not ?

PERHUBUNGAN YANG TAK PUTUS


Assalamualaikum beb

Malam jumaat is coming !  Aku tak tau la apa  yang korang fikir bila orang cakap pasal malam jumaat ni but  macam aku  ni ,seorang ' budak yang dah tak nakal '  malam jumaat means , lepas solat maghrib  ,muslim akan baca surah yasin sampai habis ,lepas tu sedekah kan  tahlil dan doa -doa  ,alfatihah buat kaum keluarga yang dah pergi ke alam lain ,alam  baru yg kekal selamanya . Malam lain tu boleh jugak buat but malam jumaat ni most better . Lebih afdal !


Bila cakap pasal ' orang yg pergi ke alam lain '  ,  ada sesuatu yg nak aku kongsikan kat korang dan sebagai peringatan diri aku jugak lah kan .  Mungkin antara kita yang dah takda ayah atau ibu . Dan kekadang tu ,dua -dua dah takda .

Beb .. kalau mereka yang dah  pergi tu memang lah dah tak dapat buat apa - apa rukun islam lagi  sekadar berpuasa . Eh puasa boleh la kot , hihi gurau la . Yep  ! Manusia dialam baru langsung tak boleh nak buat apa-apa , yang mereka tahu ,jika ada kesalahan yang pernah dilakukan , setiap masa  hukuman demi hukuman  akan dihadap . Nak meraung ?  Siapa yang dapat dengar ?  Melainkan Allah dan para malaikat .  Masa tu sure feel nothing dah . nak  call keluarga suruh ambil bawak balik ???  Takda maknanya  , apa pun dah  takmampu dah ..erm .. nyesal ?  Buang karen je nak menyesal doe ..

Beb ..  tapikan korang ada hak jugak untuk pastikan  aruah  ayah atau ibu ,atau keduanya sekali berada dalam keadaan tenang dialam kuburnya . Ye beb , korang boleh ambil bahagian sebenarnya . Iaitu ,jaga auratmu ,jaga solatmu ,jaga amalanmu beb , insyaallah itulah penghubung korang dengan orang tua korang disana .


Beb , sekali kau tidak solat ,sekali itulah tubuh aruah ayah dan ibu korang diselar malaikat . Bayangkan kalau hari-hari  korang abaikan solat ? selama hayat ,! Sejak akhir baligh sampai sekarang ?  Ermm ..  korang dok asyik  update status  kat timeline , " rindu aruah ayah ,rindu kat aruah mama , tapi korang pulak menambahkan lagi siksaan ibu ayah korang dialam kubur tu . Banyaklah beristighfar beb .. peluang masih ada selagi kiamat belum datang didepan mata .


beb ,  takkan ada siapa yang mampu mengubah diri seseorang , kecuali dirinya sendiri . Sekarang sama-sama kita muhasabah diri ,demi kehidupan akhirat dan demi kasih sayang paling abadi untuk parent kita ,sama ada mereka masih hidup atau dah meninggal dunia .


GADOH SEBAB 250MB /RM3


Assalamualaikum

Hai beb !  Throwback hal malam tadi .  Masatu dalam pukul  10 malam gitu lah kan . Aku tengah melepak depan anjung rumah dengan Fatin dan Jojie . Diaorang ni kalau pergi pasar malam or pergi mall , balik sure singgah rumah aku . bawak pizza or  bege untuk kudapan melepak . Dan aku pasti kena keluarkan  jus oren  dari peti ais mama  !  Yess layan .Tengah sedap-sedap menikmati kudapan , tetiba adik  E datang kat kitaorang .

Kak !!  Rupanya  data yang kita beli tadi adalah , ni maxis cakap data tu dah nak tamat tempoh ni  pukul  11.03 malam ni . Ermm tadi maxis cakap kredit tak cukup untuk ondata , then suruh kita top up kredit  ..Ahh sudah !! Adik aku dah merengek ni ,  part ni yang aku malas nak  dengor ni . Alaa .. nanti  orang topup kan lagi je aa ..

Ermm.. kita bukan nak suruh top upkan le .. kita nak duit tu , sebab kita tak gunakan pun data 250MB tu , tapi maxis cakap kita guna dan tolak kredit rm3 . Ermm benci la ..selalu kena macam ni . Buat rugi je duit  orang . Budak sekolah rm3 tu besar nilainya tau ..ermm

Adoiyaii ..lemasss dia merengek rengek sudah .. tapi macam biasa Fatin akan melayan karenah adik E aku tu .Meh dik E , bagi akak tengok , Fatin  lagak hero , beb, pakai profile twitter lu jap aa..  Eh?!  Aaa... ok .. ok . Kau nak buat apa doe?  Haish aku pulak tak puasati .

First  Fatin  buat screenshoot sms maxis . Then dia mention  maxislisten kat twitter . **takde respon**  hahaha mace hare . Aku dan Fatin tak puashati . Aku pun apa lagi . Tweet   mentoin la maxislisten  one by one !  Hahaha kalau korang nak tengok tweet tu . Masuk lah kat timeline  twitter aku  @VoiceMia nanti korang scroll la bawah -bawah tu macam mana aku goda admin maxis  malam tadi .

Last2 , maxis  follow aku doe !!  Hahaha terkejut mongkey aku dgn Fatin . tak sampai  beberapa saat ,dia send dm !  Nama  admin dia @fie .. hahahaha aku pun menyanyah lah dalam dm tu .  Aku cakap lah rm 3 tu kalau aku derma masjid , dapat jugak pahala . Hahaha  mulanya  fie tu marah , kata dia

" Hi, SMS tu bg tau awk x ckup duit nk langgan internet. Lps tu satu lg SMS nk bg tau internet yg awk langgan blum tu da nk expired. Ok x pnjlsn ni? Tq-Fie [2]

Aku reply " A ah ..so bila ckp xcukop ,sy pun xon la data ,pakai je wifi  but  mlm ni ..tgh syok2  on9 ,sms dtg g tau ..data da nak abis ..adoiyai..kecewa aa  beb ..duit tuu ..Rm3 pun ,kalau sedekah masjid ,dpt gak pahala ..kan? 😅

Tapi fie reply , cakap macam bangladesh ,berbalik2 . Kata dia

" Hi, xda pon SMS pasal data nak abis? Ermmm. SMS peringatan pasal luput langganan data shj. TQ-Fie

Akhirnya aku menyanyah ,nak luahkan apa yang aku rasa bila melanggan maxis ! Kata aku

 " Dah mmg xleh on data kot..habis la tu ..now da pakai wifi da ni ..aaa tengok ..aaa ..wifi  jek ..data dah musnah ..Xnak kawan dia  lgi  aa ..asik kecewakan org je hari2 ..😢😢Ingat org suke gaknya  nipu ..kalau xsalah org xtgor tau ..ermm  ni data xabis ke ni  fie ..org nk masuk profile sendiri pun da mcm masuk dlm jerebu ..xnampak apa2 ..ermm .. ayat ajet2 aa fie ni ..eleh "


hahahaha Fatin , adik E dan Jojie dah gelak golek2 layan ayat aku taip untuk fie maxis  .

Tetiba admin lain pulak dm !

" Hi, skrg nombor anda takda pass yg aktif. Kuota utk free social chat pun dah habis. So internet x jalan.TQ-Yani

Aku hangin aa , dia cakap  ayat dahla macam robot , pastu macam keli*g pun ada , memain aa diaorang.  Dengan ayat  awek bengkel ,akhirnya aku menaip la ayat ni


" Adoi dear ..awk paham x ..masalah yg sebenarnya orgni nk tau.. knapa awal2 ckp x bjaya nk beli data , siap suruh orgni top up lg .. Padahal duit da tolak pun ..then  mlm2 gtau ..data da nk abis ..tanpa orgni pakai data pun ..aaa..tu lah masaalanya orgni nk tau .. psl da abis ke apa tu ..orgni tau aa ..adoiyaii ..ckp melayu pun xpaham ke dear ??

Kemudian tak lama lepas tu fie pulak balas !!

 "Dear,mmg la x fhm kalau setakat bg statement yg ringkas & screenshot. Bkn nk lyn tweet awk sorg tau. Next time bg la penerangan [1]mcm ni, InsyaAllah kami fhm dgn jelas isu yg awk hadapi. Baik, kami da semak & fhm isu awk. Nnt kami buat refund dlm 24jam. [2]Semak E-stement. TQ-Fie [3]

Aku jawab

"Ok .. buat kerja biar iklas , nnt gaji tak berkat  tau fie .. org ckp kan je ..😂😂hahahaha
Dan tak sampai  beberapa minit !  Fie balas dm aku  kata dia

"Dah, p check kredit awk. Da msuk RM3, beli pass baru tau.Haha. :) Fie


hahaha akhirnya  .. duit dik E comeback !!
Thanks maxis , thanks Fie .. lebiu ..
ermm Yani !! Hang kerek eaa

KEKADANG AKU MERENYAM JUGAK


Assalamualaikum

Hai beb ,  aku baru balik dari bantu mama kat taska ni . Sekarang ni tengah tunggu giliran mandi hahaha itu pun nak story ke mia?? Kikikih why not ? At least aku jujur  ea, aaa ~

K !  Cakap pasal jujur ni , something aku nak share kat korang lah  . Its about trend orang zaman sekarang ambil gambar pengantin mereka . Atau paling sweet kita cakap " gambar raja sehari " . Korang perasan tak beb , kalau dulu , gambar pengantin just posing atas pelamin , dalam bilik tidur , depan tetamu dihalaman rumah . Aaa but nowday !! Peh .. merecik tengokkannya .


Ada dalam air ,dalam lecak ,dalam sawah ,dalam rumah kosong , dalam  rumah api ,dalam kapal ,dalam lori ,dalam hutan ,dalam semak ,  tepi laut , tepi highway , tepi lorong pasar malam , celah trafik light , celah gunung ,celah busut .. ehh tak tahu lah aku nak cerita , sebab aku yakin korang pun sering sangat nampak lokasi-lokasi pelik mereka pergi ambil photoshoot !


Dunia makin maju . Manusia nak kelainan dalam dirinya . Kalau lah ade transport to bulan , aku yakin ramai dah tempah nak photoshoot kat bulan . Tapi  lupakanlah beb . Uncle Nil  Amstrong naik bulan pun people nowday pertikaikan . Yes or not ?? Hahahah nipu dosa tau uncle  ..


Okk .. cakap pasal photoshoot pengantin  ,dalam banyak-banyak lokasi ,1 port je aku  belom nampak diaorang posing setakat ni . Iaitu kawasan perkuburan !  kenapa ek kameraman  tak nak try lepak kat situ . At least bila  pengantin - pengantin tu tengok semula gambar perkahwinan mereka , mereka terus je insaf . Aaa .. kalau tak pengantin pun , makbapak pengantin ke , or  ipar duai mereka ke . Hahaha  ingat mati tu wajib ye pak cik ye .. ye mak cik ye .  Mana terkurang tu , dilebihkan ,mana yang terlebih tu ,hulur-hulurkan . Hahahaha ayat deep ni .

Apa yang terlebih dan apa yg terkurang ? Jangan fikir kelaut pulak ea , yang terkurang itu amal ibadah manakala yang terlebih tu ialah harta yang dicari . Sebagai orang yg punya akal yg waras ,dia pastinya tahu HARTA  bukan miliknya , yang sebenar-benar jadi miliknya ialah REZEKI dari Allah s.w.t. itu pasti !!

Dan aku  sebagai seorang anak perempuan  telah menjadi harta kepada kedua orang tua aku  .  Harta didunia dan diakhirat  mereka. Dan apabila aku menjadi isteri  kepada seseorang lelaki sejati ( sejati k , aaa , jangan memain korang )  , aku  pulak yang wajib menjaga harta bendanya dan  semua yg berkaitan dengannya , termasuk juga aibnya . Isteri yang solehah akan jaga tiap inci kelemahan suami . Dia takkan  menceritakan apa-apa hal yg memburukan suaminya .


Ermmm ..  mama .. orang ingat orang nak kawin aaa .. !! Ehh !!  Hahahahah merenyam  la pulak !! Kalau mama tahu ,mau dia dah jeling aku sampai terkeluar biji mata sambil cakap .. emmmm gatal !! Bhahaha lebiu ma ~

Eh onething nak share pendapat !

Beb , Tak semua perempuan itu bodoh kalau ikut cakap pakwe dia . Sebab  ada sesetengah pak we ,dia akan suruh  gf dia jaga  tutur kata , jaga aurat ,jaga maruah . Dan tak semua  pakwe akan suruh perempuan dia mengedik dengan lelaki lain  ditimeline !  Hahahaha single boleh la cakap ,but kalau dah tau ada bf tu , janganlah buat bf tu macam  tunggul beb . hahaha mohon jangan terasa !!! Baiii \m/

Jawa  itu rock  !

JEREBU DIJIWA DAN MINDA



Asslamualaikum beb

Semua sekolah di arah tutup pintu pagarnya  pada hari ini dn esok . Semuanya gara-gara jerebu yang dijangka hilang rupanya datang semula . Jerebu ni suka suki buat u-turn , bilamana   angin taufan dari Philipina  tu sudah  bermaharaja lela meniup semua hasil jerebu  lelaju balik semula kenegara kita !  Masya Allah .. cuaca adalah kejadian alam ,takda siapa mampu meramalkannya dengan  100% tepat .Kita harus redha .


Dalam group whats app mama tadi ,ada aku terbaca desas desus yg mengatakan  ada kehilangan nyawa belaku di negara Indonesia akibat jerebu kali ini . Ianya berlaku kepada kanak-kanak yang antibodinya agak lemah . Antara penyakit yang dikesan dari jerebu yg berpanjangan ini adalah :

mata jadi merah dan  bengkak (  sama macam kita kena sakit mata tu )
Batuk batuk yg berterusan
Sesak nafas
Selsema yg berpanjangan
Gatal-gatal pada kulit
Saluran pernafasan kerap bermasaalah.

Lagi membimbangkan ,katanya udara yg terkandung didalam jerebu ialah udara yg beracun . Jika kita tidak ambil langkah berjaga-jaga waktu ini , kesan akibat jerebu  yg terlalu panjang ini  rupanya berrisiko tinggi dalam jangka masa panjang jugak . Mungkin ketika ini ,kita sihat saja tapi 1,2 tahun akan datang , kita akan dapat penyakit angkara gejala jerebu !  paru-paru pastinya sasaran penyakit ! Mohon dijauhkan dari kita dan keluarga kita.


So ..kalau anak-anak  diberi cuti , ibubapa kenalah pantau mereka . Elakkan dari mereka bermain diluar rumah dan  jika terpaksa keluar , pakaikan lah topeng muka yg disyorkan .


Jerebu  bencana alam dan kita tak mampu merubah kehadirannya TAPI  penyakit  dapat dielakkan jika kita tau cara mana nak jaga kebersihan dan keselamatan diri . Jika kita baru saja  balik dari kerja atau keluar rumah  , sila lah mandi ,bersihkan diri terlebih dahulu . Jangan sebab malas , akhirnya diri sendiri merana .


Ingat ,mencegah lebih baik dari mengubati !

Merindu pun sakit sebenarnya beb , tapi taklah  sampai  mengganggu  sistem pernafasan . Its just mata merah , selsema  lepas nangis  ,gatal-gatal pada perangai ,  batuk pun batuk gatal , sesak rasa dada bila  terasa , tapi nafas tak sesak mana lah . aaa .. Otai-otai merindu lebih paham situasi ini kot aku rasa . Aku  ni newbie , sikit-sikit tau lah  ..hahahaha newnie lah sangat .. kikikih

Badan aku ni pun dah rasa seram sejuk lepas hang out dengan kawan-kawan kat Singapore semalam . adoiyai .. " aku nak sihaaaaaaat !! " .. eh !  Iklan fitmalaysia ni kan?? Hahahaha gasak laaa ..

SELIT- SELITKAN SIKIT



Assalamualaikum


Moment paling sweet ialah detik-detik indah masa bercinta , tapi lagi sweet kalau couple tu tak perlu nak masukkan dosa dalam tempoh  percintaan tu . Jarak bukan halangan untuk tambah sayang . Saling lengkap melengkapi amat perlu . Maksud melengkapi pada aku ialah ,kalau bf  tak perihatin pada ilmu akhirat ,gf jangan segan nak tegur atau nak ajar . Dan kalau gf tu tak reti nak tutup aurat dengan sempurna , bf elok tegur baik-baik cara penutupan aurat  sempurna bagi orang perempuan .  Dan akhirnya sikit demi sedikit ,masing -masing dapat ilmu yg tak tahu atau  ilmu yg  telah diabaikan . Peh sweet siak !

Beb.. selain korang beri dia ayat " muah ciked " korang boleh jugak  selitkan untuk dia bacaan  doa sebelum tidur . Hahahaha ghindu suara itu sey ~ tapi masa terhad sey ~


bytheway for Johorean student ,esok sambung cuti jerebu 2 hari sey. Yey !!


Ok la ..lepas maghrib aku nak keluar ni , nak jumpa Rania Steward , my Singaporean  kekasih gebu hahahaha . K lah beb , offdata !

MENYA NYAH DIKOTA SINGA


Assalamualaikum

Beb , aku dah sampai seberang tambak Johor ni . Mana lagi kalau tak Kota Singa . Lama dah aku tak datang sini ,lepas aku terminated dari kerja partime kat sini bulan Jun lepas . Jun , julai ,ogos ,september and now oktober ! Peh tragedi oktober lah ni kan !

Hahaha menya nyah **

Perempuan ni , kalau tak kuat berangan sure  dia kuat menya nyah ! Yes or not ? Err .. hahaha no komen sebab  nanti perempuan sebelah aku ni cubit aku  la pulak  .. psst .. psst Fatin ada kat sebelah aku ni wei .. pengkid yg dah expired tu laa .. Hahahaha

Harini perginya aku ke Singapore ni atas sebab nak jumpa makcik aku aaa , rindu dah kat orang tua sorang ni , dan aku nak lepak dengan  abang sepupu aku *along  dan adik pastinya dengan adiknya sis Dhia  . Dulu aku satu tempat kerja dengan along ni la . Anak bujang tunggal makcik yang  berusia 26 tahun ! Handsome siot  ! Hahaha Fatin cakap tadi .. gedebak gedebuk jàntung aku tengok muka along ko tu beb , dia punya senyum dah buat aku melayang -layang .. hahahaha Fatin punya menyanyah tak boleh blah betul aa !!  Haish .. dah ada bf pun boleh melayang-layang tengok lelaki lain,apa sey kau ni beb !   Iman rapuh noo aaa .. hahahaha kan dah kena setepek  dengan aku .

Beb , sebenarnya pada akulah , lelaki tu nampak handsome jika dia  :

Penyabar
Rajin berusaha  untuk masa depannya
Tak mudah  putus asa
Menegur kekasih nya jika perempuan tu buat silap
Menegur dengan cara tersendiri untuk menjaga hati
Tidak meninggikan suara kat perempuan
Hormat orang tua
Jaga waktu solatnya

nah ! Korang ada tak ciri seperti kat atas tu beb ? Kalau ada ofkos lah korang lelaki handsome semalaya . Hahaha  tapi along aku ni lelaki idaman se Singapura !
 haish ..





DIGANGGU KETIKA TIDUR SIANG TADI


Assalamualaikum beb , aku baru je balik dari kampung. Bila semua urusan kat kampung dah settle , lepas maghrib tadi kami sekeluarga bertolak balik ke JB. Jalan agak o.k ,so waktu perjalanan kami pun berjalan lancar dan masa tiba pun tepat je macam biasa . 2 jam 30 minit , Muar to JB ! Thanks ayah sebab drive dengan berhemah dan masih ingat insn yang tersayang . Hihihih ayah tak reti drive lelaju , dia gayat !

Percaya atau tidak , tak pernah aku tidur siang kat kampung , aku mengigau but kejadian tu dah berlaku petang tadi . Lepas siap solat zuhur  ,aku  , adik E mereput dalam bilik kat rumah nenek. Sementara ayah ,abang Deen , baru je balik dari masjid . Mama dan nenek kat dapur ,nak masak bubur durian katanya .


Tak lama lepas tu aku tertidur sebab kat kampung siang tadi sungguh tenang , redup oleh jerebu , angin sepoi-sepoi bahasa , sesekali ada hujan rintik sebab dibawa angin . Peh suasana tu meransang aku ,adik E dibuai mimpi . Tapi  tengah sedap aku lena  , tetiba aku sedar muka aku ditekup dengan kain putih ! Siyes beb , aku kalut !  Sesak nafas aku , kain tu tutup muka aku ketat gila ! Aku meronta- ronta  nak lepaskan  diri dari kain putih yang melekat kat muka aku tu . Aaaaaah !! Aku makin lemah , aku tak mampu nak meronta lagi masa tu , aku just mampu sebut  ..Allah huakbar ...Allah huakbar ...Allah huakbarr.. dan akhirnya  kain putih tu terbang dan terus hilang. Nafas aku tercungap -cungap ! Macam baru lepas berlari 30 minit .

Aku bingkas bangun . Peluh sejuk ada kat dahi ,leher dan belakang badan aku . Aku tengok dalam bilik tu ,ada ayah ,abang Deen , mama,nenek ,adik E !!

Kau kenapa Dik ?? Tanya abang Deen tercengang tengok muka aku.

** tadi ada kain putih , macam ada orang tekap kain tu kuat2 kat muka orang ni , orang nak nafas pun tak boleh, nafas orang jadi sesak , meronta-ronta pun tak boleh .."  aku jawab lemah ..

ish  ..mengigau lah tu , jawab ayah .

Dia mana pernah tidur kat sini mengigau ?? Nenek mencelah .

Aku masih blurr..siyes blurr bercampur lemah longlai . Rasa kena tekap tu masih pedih kat muka aku . Tapi kerja siapa?? Siapa nak bunuh aku siang-siang buta ni ? Bunuh aku ? Sakat aku ? Nak gurau ?? Tapi siapa??? Siyes beb aku bingung masa tu . Mama just pandang aku macam ada rasa something je dia fikirkan  dalam kotak mindanya. Nenek  dan adik E macam kebingungan .Bila semua orang keluar dari bilik . Dan tinggal aku dan abang Deen dalam tu ,  he asked me :


" dik .. kau ada masaalah ke ?  Cuba beritahu abang , cerita kat abang. Kalau abang mampu tolong ,abang akan tolong ,kalau abang tak mampu , kita sama-sama berusaha untuk cari penyelesiannya . Kalau kau nak tau , yang menekap kau itulah masaalah yg kau pendam-pendam sorang-sorang dan akhirnya terbawa dalam tidur dan menggangu emosi kau tu."


Aku paham maksud abang Deen . Tapi aku rasa abang Deen tak boleh bantu aku dalam hal ini. Sebab hal ini hal perasaan . Yg tau perasaan aku just aku dan Allah , so better aku merintih dengannya pada setiap lewat malam hari . Ermm ..

" ala.. takda pelah bang , maybe orang ni da tak sabar nak sambung belajar kat kolej baru tu kot , kat sana kan pakai baju putih . Hihihihi ..next week da mula kelas kan , tu yang terngigau -ngigau tu .. "

Ok ,akhirnya aku kena sorokkan lagi hal yg sebenarnya dari semua orang .. maafkan saya abang Deen . Ini soal hati dan perasaan ..bukan bahan untuk dikongsi.. aku bisik dalam  hati dan abang Deen sure tak dengar .


GOOD GAME ( GGWP )





   Assalamualaikum

Beberapa malam yg lepas ,aku berkesempatan bersembang dengan seorang  remaja lelaki dari Selangor . Cara sembang dia buat aku rasa aku sedang bercakap dengan lelaki 25 tahun sedangkan dia hanya berumur 14 tahun ! Namun  bila aku panggil dia anak persekolahan . Dia marah  kikikih dia lupa padahal alam persekolahan lah alam yg paling happening dalam hidup ini .

Kami borak pasal apa? Aaa .. dia cakap ,dia baru je berbaik dengan gf nya pada haritu . Punca selisih faham tu ialah kerana dia lepaskan tention akibat kekalahan main game kepada gf nya tu . Sampaikan perempuan tu kecik hati dan merajuk !  Dan dia cakap , dia rasa bersalah sebab dah abaikan kekasih hatinya  gara-gàra habit gammer dia yang makan diri .  Namun disebabkan masih sayang , perselisihan faham tu cuma sementara . Erm..elok lah tu . Gadoh pun bukan dapat apa kata aku kat dia .

Aku jadi terdiam bila dia cakap dia nak quit game dan nak fokus pada gadis kesayangannya . Tetiba  akal aku keluarkan satu idea dan aku kongsikan idea tu kat dia .. :

 Beb .. sebagai perempuan ,aku tahu apa yg gf kau rasa saat kau sedang seronok gamming dengan kawan-kawan . Kau tau tak beb , nak tunggu korang habiskan 1 game tu paling sekejap pun 45 minit ! Kalau hanya waktu tu je dia berkesempatan nak cari kau untuk ajak sembang  atau  ketika tu dia sangat memerlukan kau untuk meluahkan masaalah yg dia sedang alami ? Apa dia rasa dalam masa 45  minit tu tunggu kau ? Perit doe ! Dunia rasa hambar ! Siyes .. aku pernah alami saat tu , nak nangis rasanya pun ada, aa.. Nak suruh dia  chat dgn orang lain ?  Kalau dia betul -betul sayang dan setia dgn kau , dia sendiri akan rasa bersalah bila dia buat macam tu tanpa pengetahuan kau . Biarpun korang just couple dan belum bernikah lagi .


Perempuan beb , kalau dah sayang , dia akan setia habis-habisan . Tapi kalau dah benci , apa pun pasal kau dia tak mau dah ingat . Malah dia sanggup doakan kau agar dapat seorang gadis yg lebih baik dan sempurna dari dia . Ini bukan apa-apa beb , tapi kau kena  tau , ayat tu ayat pasrah ! Ayat  orang yg dah malas nak cari gaduh , malas nak merayu ,memujuk . Dia dah letih dengan perangai kau yg tak berubah-ubah tu . Kau lebih pentingkan game dari dia . Sedangkan kau tau ,dia mahlok tuhan yg ada hati dan perasaan . Sedangkan game hanya permainan !

Beb jangan sampai dia give up . Kalau dia dah move on , semua tak seindah yang kau jangkakan . Masa tu jangan pulak kau nak salahkan dia sebab pergi .

"Aku nak quit gamming " tu ayat kawan aku tu .
" jangan doe ! Kau jangan lah quit  , tapi kau try lah adjust masa , antara hobi dan cinta kau tu. Kalau kau quit , apa jadi kalau dia busy ?  Mereput kau nanti.. aaa " aku pulak pujuk dia.
" kan beb kan .. aku akan try adjust masa supaya aku ,dia dan game takkan terpisah selamanya .."

Akhirnya ..itu keputusan yg dia dapat lepas hampir 20 minit kami bersembang .  And aku just wish , good luck bro , Study smart ! Love tight ! And  Good Game GGWP !! Hihihihi

IMAN ,AMAL DAN PERBUATAN





Assalamualaikum ! Rujuk pada pic kat atas tu beb . Kalau 2 tahun lepas , kalau kata-kata tu disampaikan kat aku  , sure aku jawab  " kalau semua nak jadi orang soleh dan solehah , siapa pulak nak  berkawan dengan syaitan ?  Takkan orang yang  beriman kot ? " Ala .. tu ayat budak tak matang lagi beb.

Masa tu yang ada dalam kepala otak aku just enjoy and  happy 24 /7 . Celik mata happy , pejam mata enjoy , sakit mata  ? Padan muka aku ! Hahaha

Kekadang aku kesian tengok parent aku asik bagi nasihat . Bukan sekali , malahan hari-hari . Akak aku pun sama naik  nak membebel kan aku , macamlah aku takda otak nak fikir mana  baik , mana  buruk . Kalau aku ni hilang akal tu lain lah kan , agaknya kat mana tah aku sekarang ni . Entah-entah dah kena jual kat sempadan Thailand tu . Adoiyai fikir negetif pulaknya hai . Naa u' zubillahi minzaliq ..

Alhamdulillah , bila akal dan hati sudah dapat direpair step by step , biar pun aku tak sebaik malaikat , tapi kalau buat calun menantu tu dah layak dah aku rasa ni . Bukan nak riak ea , tapi aku rasa umur 20 tahun aku ni dah berjaya bukak mata cokelat aku ni untuk menjadi muslimah melayu terakhir . Hahaha ya Tuhan jika ini namanya riak ,sekarang jugak aku bertaubat . Astaghfirullah hal'azim.

okk , merujuk pada pic kat atas tu , pakai kupiah ,pakai tudung labuh kalau dulu - dulu memang aku respek lah kan , but nowday .. hati - hati beb , bila ada pencuri yang berlagak macam pakcik baru balik surau , tapi lepa orang dia kasi pecah sama itu  rumah !  Jangan pulak korang nak seriau ea . Kalau korang tak percaya ? Meh aku share info yang mama aku dapat  beberapa hari  lepas dari group whats app milik  dia . Korang nak tau tak , nama group tu  " kalau tak sahih , jangan share " . Peh amaran ke tajuk group tu ? Hahaha gasak depa lah kan nak letak nama apa .


eh ! Mari aku share pic pencuri pakcik pulang dari surau tu . Apa yg aku nak pesan kan .. People nowday dah tak boleh dipercayai dengan cara apa sekali pun . Cara pemakaian ke ,cara percakapan ke ,cara pergaulan ke ,semua kena hati-hati. Semua agak meragukan dan amat merbahaya , lagi - lagi kalau  rumah yg ada awek - awek comel manja macam aku ni aa . Kikikih




Apa yang aku tau , pakcik ni sudah pun diberkas , kerana apa?  Kerana  orang yg berani-berani takut tu dok amek pic kemudian kasi viral kat facebook . Geliga jugak otak hamba Allah  yang  disebalik tingkap tu kan . Korang baca metro harini ,  ada cerita kisah kes ini diceritakan . Dan berdoa semuganya dilindungi dari gejala sebegini .. amin .