VAPE HARAM DI JOHOR 1.1.2016

Alhamdulillah ..tu dia habak ang .
Akhirnya titah perintah sudah di keluarkan.
Para vaper kat Johor dah boleh buat pilihan.
Berhenti atau disaman!
Kalau degil jugak ,
Jawabnya bila nak vape on tu ,
Korang pergilah Melaka ke , Pahang ke.
Kalau area selatan ni bukan je Johor,
Singapura pun dah diharamkan .
Pada aku semua ni demi kebaikan rakyat .
Dah la vape tu kos tinggi .
Semua golongan usia nak try.
Buat nya  akan datang  harga perasa vape
naik tinggi lagi,
Macamana golongan bergaji rendah nak  terus hisap?
Macamana pelajar sekolah rendah nak hisap?
Macmana  akak2 glemer yg tak bekerjs  nak hisap?
Lainlah pengguna tu ,
Golongan yg ada duit berbilion dalam bank .
Hari2 hisap pun duit tak luak .
Tak adil kan  kalau kita salahkan orang ramai yg benci vape ni.
Tapi lihat  je pada diri sendiri,
Adil ke ?
 kalau masa dilahir kan ,
Allah bagi semua kesempurna pada sistem dalaman tubuh kita
Tapi malangnya  sebagai hambaNya ,
Kita suka suki merosakkannya?
Semata-mata nak ikut trend!!
Agak2 boleh paham tak ek maksud aku ni?
*fikir slowly*


PASANGAN ITU IALAH ..



Aku mula paham
apa maksud  berpasangan sekarang ni .
Nak berkepit selalu pun ,
Tak boleh jugakkan?
Nak call selalu ?
memanglah tak boleh , kan?
Kalau berdua-duan tu  ?
ermm .. jauh bolehlah ,
tapi kalau yang duduk satu taman tu hindarkanlah
Bukan apa ,
Semua perkara yg diatas tu belum tentu menjanjikan bahagia ,
Yang katanya kekal sampai kejannah ,
Tapi ,
Kalau masuk ke neraka jahannam tu agak cerah !!
Yep ..
Pasangan untuk membahagiakan
Bukan  memberi  tekanan ,
mahupun dosa .
Waallah  hualam . Siapa buat dia dapat !
Settle !!hahaha berani ek aku cakap camni??
Aku berani cakap  ni sebabnya  kesayangan aku jauh  .
Cuba kalau dekat ?!!!?
Aku  tak tahu ,
Sama ada aku jadi hantukah ?
Atau buayakah?
Terserahlah .. hahahahah
Tapi bersyukur sangat kalau  dia yg jauh tu setia ,
macam aku yg disini.
Ceh .. hahahahahaha
Ayat pasrah tu..


Wei ..serius la ,aku setia doe ..eleh *merajuk aaa ..


FACEBOOK BARU AKU


Sayang .. 2am dah ni.  Mata ngadap netbook dah berpinar2 ni aa . Peliknya masuk blog segar bugar pulak . dasar pelajar  malas belajar . Awak pastinya dah sampai ke langit yg ke 7 sekarang ni sebab , keletihan bekerja sepanjang hari tadi .. ceh .. siapa tak sayang kekasih doe .,k,k ..sweet dream ea sayang , sesungguh tidur itu satu ibadah . Haish ... macam solehah gitu aku pagi buta ni ..hahahaha

Beb ..
nak beritahu ,lepas aku deaktif facebook akak * adinda ixati * . Aku memang la cuma aktif  diwechat . Selagi mata terbuka ,wechat ,wechat  dan wechat. lastly aku  deaktif wechat sebab dalam wechat aku tak dapat apa2 yg membina  , wechat pada aku gunanya hanya ketika mencari seseorang . Hahahaha ada banyak makna disitu. Lain2 asik la tengok pic orang selfie . Adoiyai ..bosan doe ..sangat bosan dan bosan  sangat .

Then disebabkan tak mau aku terusan bosan , Ayeeen aku dah create 1 akaun fb baru untuk aku . Sebenarnya dia ada niat lain tu , tapi disebab kan tiada berhasil ,makanya fb tu hanya sebagai perantaraan aku hubungi Ayeeen .


" wanna say thanks so much dear"
Saya akan manafaati akaun tu .


Itu  janji aku pada Ayeen . Lama jugak aku terfikir nak buat apa dengan fb tu ? Aku memang takkan  request friend  kat sesiapa , dan takkan  aprove pada sesiapa yg send friend request. Sebab ? Ok sebab aku nak bebas dari balas pm  beramai2 ! Hahahaha kerek siut !!

Takda la kerek  mana pun beb tapi pengalaman  masa aku guna akaun fb akak dulu dah buat aku serik ! Aku asyik cari pasal dgn orang . Gaduh ! Dapat spam lucah ,  suami orang pm , bf orang mengorat .  Tak orang  dalam negara , orang luar negara pun ada yg menggangu .. hahahahah semua tu kemaruh cinta dan kurang kasih sayang pada pandangan aku la kan.

Lepas seminggu aku on fb ,akhirnya  tercetus idea . Aku amek keputusan , like page yg berunsurkan  agama , page pakar dlm hal ehwal agama, page berkaitan isu wanita , page ber kaitan dgn kehidupan . Page pakar agama tu Misalnya page ustaz2  yg terkenal diMalaysia , yg setiap hari memberi ilmu , baik  ilmu dunia ,mau pun akhirat.


 Akhirya ... setiap kali  bosan dan free .. aku on facebook , aku akan dapat ilmu dan pelajaran baru . Thanks  to Ayeeen  yg bersungguh2 nak aku happy dan nak aku tidak rasa bosan . Semoga Allah balas semua kasih sayang  ,pengorbanan masa yg Ayeeeen  dah  peruntukkan kepada aku selama ini . Muah ! :*


Manfaati setiap pemberian orang kat kita . Kita  sentiasa dapat ilmu , si pemberi dapat pahala yg berterusan . Alhamdulilllah ..






PESANAN BUAT ISTERI DILUAR SANA



Orang belum kahwin ni nak share sikit nasihat kepada para isteri diluar sana  aa.. kikikih , sekadar berkongsi ,bukan nak perli atau menghina . Wahai isteri diluar sana , tahukah Anda

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
5. Isteri yangmemicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukai.
8. Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
9.Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari .



C/p  je ni  .kikih

MAKCIK OH PAKCIK



Malam beb !
Aku baru dapat lepak dengan tenang ni . Baru dapat pegang  tab sejak lepas maghrib tadi . Makcik aku  malam ni nak sangat teman aku tidur . Kata dia , dia kesian tengok keadaan aku ni . Hahahaha aku cakap takpa la , adik E ada  temankan  aku . Tapi makcik aku bersungguh dia nak jugak , well ..aku kata ok la . Tapi anak-anak dia siapa jaga  malam ni?  Pakcik kah ? Then lepas dia diam beberapa minit ,akhirnya terungkailah satu rahsia .

Beb  ..yg senanya aa kan ,diaorang tengah gaduh2 laki bini . Hahahahaha then reka alasan nak jaga aku malam ni pulak .huh . Memain la makcik ni hai . Aku kan tukang  selongkar rahsia makcik .akhirnya  ..jeng jeng jeng .. jom aku mulakan perbualan !

Makcik kenapa tak bawak Iman dan  siti datang sini? Boleh orang main dengan dia . Adik E pun takda kawan kat sini . Adik E kan suka budak2.  **aku pasang jerat**

Biar bapak diaorang lah yang jaga  Mia ! Makcik dah  puas dah jaga diaorang tu k. Sejak dalam perut sampai sekarang ni haa .! tak salah rasanya bapak dia sekali sekala jaga .esok dia bukan kerja pun . **makcik aku mula membebel ,dan nampaknya jerat aku hampir berhasil**  hahahahaha

Pandai ke pakcik jaga budak2 tu ? Orang tengok pakcik macam kekok je jaga anak. Hahahaha

Biar dia !  Biar dia rasakan Mia  . Dia ingat  makcik duduk rumah ni takda kerja . Cuma tau makan tidur je 24jam !  Haa malam ni taulah dia dapat tidur ke tidak jaga anak . **makcik aku marah giler da ni kot **

Kau tau mia ! Lelaki ni masa belum kawin ,macam-macam janji dia .itu sanggup , ini  sanggup . Itu boleh ,ini boleh . Tapi bila dia dah dapat kita . Tahun pertama ok lagi . Masuk tahun ke 10 ! Amek kau !! 100%  hal keluarga dia serah pada isteri . dari urus rumah ! Jaga anak ! Hal makan minum ! Hal dengan ahli keluarga lain ! Hal persekolahan anak , semua dia serah bulat2 pada isteri . Dia ??? Alasannya " abang sibuk ni ,kerja bnyak ,awak jelah uruskan , awak kan duduk rumah , saya kerja  ,letih . Nak rest , nak tidur kejap . Lepastu tinggallah isteri termangu macamtu .

Isteri duduk rumah tak penat ?tak letih ? Perangai anak2 dah  macam alien ni , dia kata  isteri duduk rumah  senang lenang?  Dia fikir makanan atas meja tu bidadari 7 bersaudara masakkan ? Dia ingat yg cuci baju berlonggok2 tu ,siap sidai ,lepas tu angkat ,lepas tu lipat ,lepastu susun dalam almari tu ,snow white settlekan ? Dia fikir anak2 yang 4 orang tu , belajar ,main  ,sepahkan rumah ni , Cinderela yg kemaskan? dia ingat stock makanan yg dia belanja 300rm sebulan tu  cukup untuk 6 perut nak isi ? Beras masak 3 biji ,masuk dlm ricecooker lepas tu kembang jadi penuh seperiuk nasi??

Isteri yg dari celik mata ni ha , sambil masak sarapan ,kejut dia suruh solat subuh ,suruh anak solat ,lepastu suruh siap2 pergi sekolah . Kemaskan bilik tidur ,sambil tu sempat punggut kain baju ,kemudian cuci . Dia lepas mandi ,solat ,siap2 terus duduk kat meja makan tunggu menu sarapan . Yang kita ni , mandi tak lagi ,nak solat subuh lagi , terkejar2 untuk dia ,untuk anak2 . Untuk dia tolong sama2??emmm hapah !!!

Masa isteri sakit ,ada dia bawak pergi klinik ? Asyik di suruh makan panadol ,panadol dan panadol !!  Muka pun dah macam panadol ni ha . Alasan tak pergi klinik , kos ubat mahal sekarang sebab ada GST ! habis tu ,kalau ada gst,tak perlu lah check up ? Tak perlulah makan ubat ? Kalau sakit kena biarkan je kan rumah ?? Kalau ada pun bawak isteri pergi check up ,time bayar amek ubat tu ,dia terus blah je keluar . Ni ha ..bini dia yg sakit ni ,yg kena bayar sendiri . Alasan dia ,hujung bulan , wallet dah kempis !  purse bini dia tak pernah kempis?  Emmm .. makin tua perangai makin macam2 ! Ingat sakit pening ni buat2? Sakit2 pun isteri masih boleh buat kerja rumah . Dia ?? Dah la dapat m.c . Dapat rehat . Time sakit tu , tau pulak cari isteri dia . Mintak picit ,mintak sapu minyak , mintak suapkan ubat. Kalau tak ..takdanya nak manja camtu . Dah tu .. terima kasih pun tak ?!!


Lagi sedih ,  bila ajak  makan kat luar , dia boleh cakap , apa guna ada isteri kalau anak2 dan suami pergi makan kat luar ? Tapi dia belanja kawan2 vaper makan ,lepak2 tu sampai lewat pagi ,boleh? Berguna?  Padahal bukan hari2 ajak makan luar, seminggu sekali je. Tu pun bila dah letih sangat nak masak .


***makcik aku merajuk aa beb .. kesian  pulak aku tengok ,aku nak cakap dan beri nasihat pun ,aku tak kawin lagi . Hahahaha ada takda , aku just  . ..oooh..a ah ..yela tuu ..ermmm ..ish2 ..last2 aku cakap ..sabarlah makcik ,tak rugi jadi orang sabar ni . Ok ..jom tidur ..dah lewat ni ..akhirnya makcik aku pun lena dgn tenang ,lepas dia luahkan segala ishati dia kat aku tadi . Ermm .. apakah semua lelaki punya perangai macam suami makcik aku ??? Allah huakbar ..Allah je yg tahu kisah  hidup seseorang tu . Bukan kita !!

BUAT APA JE BALIK KAMPUNG





Jumaat !
Okay .. Jumaat dan Johorean cuti !  Tapi tidak bagi  peladang muda seperti abang Deen . Tapi tidak  bagi pekerja  kilang seperti tunang abang Deen ( kak Su ) tapi tidak bagi orang -orang kampung yang bekerja sendiri macam penduduk kampung 2 belah , kampung halaman aku . Ok .. aku rela mengaku AKU ORANG KAMPUNG !  Dan kampung aku bukan  kampung hipster hahahaha  kampung aku kampung asli ,  real punya kampung , dan aku  rasa memang layak aku bangga .  Kau hado ? Ermm .. yg sebenarnya cuti hanya utk orang  kerja  gomen  jek  beb ..kikikih


Beb.. Ada orang tanya ,

"  awak duduk kampung  tu , seharian awak buat apa je  Mia ? "

Hahahahahaha aku buat apa kat kampung  beb ? Sebelum aku taip panjang lebar  , orang tu kena fikir balik ,kenapa aku di hantar pulang  ke kampung  2 minggu lebih awal dari cuti sem yang sebenar .  kenapa ayah dan mama hantar aku ? Kenapa kampung ? Apa kerja aku dikampung ? Kenapa aku jarang online kalau duduk kampung ?

Meh baca jawapan aku :

Aku dihantar kekampung selepas aku keluar dari wad . Bila aku di JB , mama dan ayah tak dapat nak tumpukan 100% perhatian kat aku . Aku nak layan diri ? Mustahil doe !  Nak bangun pun kena paut  pada sesuatu , seperti dinding , kerusi atau pun tepi katil . Nak ke bilik air aku perlu di papah oleh seseorang , kadang tu aku terpaksa ambil masa jugak untuk ke toilet sendirian . Kalau lumba lari dengan siput ,kompem siput hari-hari juara doe .hahahaha


Kalau dikampung aku ada  abang Deen , kalau ada kes kecemasan ,  tanpa perlu keizinan majikan , abang Deen boleh balik tengok keadaan aku . Nenek ada . Kazen aku yg  sedang cuti sekolah pun ada  3 orang kat rumah nenek ni . Adik E  pun ikut aku untuk sama - sama  bantu aku bila aku perlukan pertolongan .

Kalau kat JB , memang mama dan ayah ada ,  tapi  macamana mama nak tinggalkan kanak-kanak yg ramai tu kat taska kalau aku  ada kecemasan ?  Kalau ayah ada diluar kawasan macamana ayah nak balik ?  So atas nasihat nenek dan keikhlasan abang Deen . Aku diarahkan balik ke kampung. Yep demi keselamatan aku ! Kadang tunang abang Deen pun sama -sama jaga aku .thanks kak Su  :)


Apa je aku buat  seharian dlm rumah nenek tu??
Jalan pun macam siput ,apa aja aku mampu buat? Makan ubat dan menangis , itu lah rutin aku setakad ini . Kalau masih lagi curiga tentang aku dan aktiviti aku ,aku pasrah . Nak percaya atau tidak .

Kalau sunyi , aku layan  suara seseorang dalam bilik ni ,siapa ?? Sejujurnya  aku hanya ada Mishary bin Rashid je yg setia aku layan setiap  detik aku sunyi . Suara dia masih jadi suara kesayangan aku. Sebab dia setia utk menemani aku dan berjaya buat aku rasa tenang . Alhamdulillah ..


LURUS BENDUL



Semalam  adik sepupu aku kecoh tanya pasal laman sosial aku layari sekarang.

Kak mia ada  Whats app ? Wechat ? Facebook ? Twitter ? instagram ? Line ?  Telegram ?

Aku just senyum simpul jek . Kenapa ni soalan macam pegawai penyiasat ?

Takda la ..orang dah habis exam ni , ingat nak aktif kat laman sosial  , emak pun dah bagi lampu hijau dah kat orang ni hehehe


Ooooh .. kalau whats app , instagram ,telegram tu dulu ada ,tapj sekarang dah takda . Kalau line tu ada , tapi akak dah lama tak on sebab akak dah tak pakai nombor handphone yg akak guna kat situ. Sekarang akak just on fb ,wechat je . Manakala twitter pulak kawan kak Lyen guna sebab dia admin page aruah kak Lyen yang * Aku Sayang Kamu ... Manja" tu .

Ooooh.. Kak boleh orang nak add fb akak ? wechat akak ? Boleh tak?

Hahahahaha aku gelak besar doe ! Adik sepupu terpinga-pinga  .

Kenapa ????

Kalau akak cakap kau jangan pelik . 2 laman sosial tu cuma ada 2 orang je manusia yg ada dalam list . Sorang tu sure lah akak kan  , dan yg sorang lagi tu ...aaa .. anu tu aa ..err .. yang gitu gitu tu aa .. adoiyaii ..masak la aku kali ni * detik hati aku*

Siapa ? Siapa kak ???  Adik sepupu besarkan biji mata dia pandang aku ??

Hahahahaha entah lah anak siapa entah , tapi dia suruh akak panggil dua " abang "  .

Oooh .. abang la tu  ek? .. ermmm ..oklah ..takpa la.

Aku just anggukkan kepala  tanda mengiakan kata -kata dia . Dalam hati aku berkata ,

" KALAU  JADI MANUSIA  TU ,  KALAU TAK LURUS BENDUL BOLEH TAK  DER "  

Haish .. payah jugak dapat sepupu yg  terlalu jujur ni . Hahahahaha


POLIGAMI



Asar sudah lepas
Hari sudah petang
Bermain sudah puas ,
mari kita pulang ..
Senjakala
Senjakala
Mari kita pulanggggg ..

Aaaa .. tulah lagu aku kecil dulu . Kalau tak silap masa tu kat tadika  kot .entahlah aku bukan ingat aku nyanyi camana masa kecil dulu . Yang aku masih ingat , aku tak suka kalau aku menyanyi  ,suara aku memang  bakal memusnah kan seluruh alam maya  yg indah ini ! Hahahaha so better kalau sesiapa ada niat suruh aku menyanyi tu ,silalah abaikan .






Beb  !  Tengok  perbualan soal jawab mamat rambut oren tu dengan ustaz tu !  Menarik jugak idea ustaz tu , cara tu dapat  menyelesaiakn masaalah ramai bujang terlajak kat Malaysia ni  khususnya . Dan lagi  idea ni juga dapat  tenangkan hati isteri pertama  'abang rambut oren '  tu . Kalau tak yang dah merasa terus-terusan merasa  sedangkan yang bujang -bujang ni  terus- terusan melopong mulut  tak dapat apa-apa . Hahahaha


Aku  pernah join 1 page kat facebook  . Page tu bincang pasal poligami doe . Aku yang tak kawin lagi ni  beria sangat nak beri komen . Hahahahaha  korang nak tau apa aku cakap pasal poligami ?


"sebenarnya tak semua org layak berpoligami tapi semua lelaki muslim cakap mereka layak ..waallahu'alam" date  -13 November 2015


Korang rasa ada yang komen tak? Hahahahah ofkos la ada doe .  Dan pastinya pengkomen tu yang standard uncle pada aku la kan . Hahahaha kata mereka


*"...tapi semua lelaki muslim cakap mereka layak"
Maaf cakap ye... bukan SEMUA!.Sedangkan keperluan untuk meneruskan kehidupan zaman skrg saja sudah cukup mencuakkan untuk berumah tangga, nak bagi cukup makan pakai anak orang entah mampu entahkan tidak, inikan pula nak berpoligami!Persepsi anda bagai meletakkan SEMUA lelaki itu berhidung belang bunyinya. Saya tak terasa apa pun. Cuma... saya tergerak nak berkongsi cerita kat awak;Saya kenal ssorg yg ketika anak daranya begitu taksub meletak golongan adam semuanya jahat dsbgnya. Akhirnya, jodohnya ialah lelaki yg sbnrnya malang buat dia utk tergila-gilakan wlupun telah dinasihatkan keluarga supaya lupakan lelaki itu, tapi dia berkeras juga dan sanggup kawin lari...mmg betul agaknya kata2.... "Lelaki baik adalah utk perempuan yg baik, begitu juga sebaliknya".Jadi berhati-hatilah  bila menilai sesuatu. Anda sendiri yg meletakkan di mana nilai diri anda sepatutnya berada.

Komen  balas aku  : mungkin yg tak semua tu adalah tuan hamba . tapi SEMUA yg hamba maksud ini bila cakap lelaki muslim , mereka kata slot mereka ada 4 .. tu yg hamba maksud kan disini . kalau hamba silap ,harap maaf ye

*lelaki yg ckp dia layak sebenarnya xlayak. lelaki yg benar2 layak,dia akn takut utk poligami sbb tanggungjwb trlalu besar. 2 yg saya perasan la.

Komen balas aku  : maybe la ^^

*Miss bkn semua mcm tu. Ada saya jumpa usahkn poligami sorang isteri pon dah mcm tak boleh , bila tengok anak2 org lain membesar yg banyak meragam.

Komen  balas aku :  alhamdulillah kalau tak semua ,tpi hamba lihat rata2 kalau kata lelaki muslim ,slot mesti ada 4 . ayat paling hamba tak suka dgr .. " lelaki kan boleh kawin lebih dri 1 , slot mereka ada4 " .. sdngkan sejujurnya yg sedia ada pun terumbang ambing nk handle . hamba silap , hamba mohon maaf



Hahahaha ok k  .. keputusannya disini , tak semua lelaki  ada niat nak berpoligami  but kalau mampu why not kan ?  Aku cadangkan je  ,padahal aku  pun tak rasa lagi deritanya jiwa seorang isteri yg dimadukan . Mungkin dibibir dia kata ok ,saya izinkan abang kawin lagi ,tapi dalm hati dia  ? Allah je yg tahu !! Bytheway thanks so much ustaz untuk  kata nasihat dlm pic tu . eh !  Malam jumaat sembang pasal poligami la pulak . Adoiyaiii hahahaha sory !

OK , AKU NAKAL



Lunch time !

Makan apa ? Aku sarankan makanlah makanan yang halal lagi barokah !  Nanti darah daging tidaklah sentiasa  perlu disamak dengan keinsafan dan taubat. Samak? Ke "baby" an apakah ? Betul lah beb aku cakap ni .. Kalau sumber pendapatan tidak dari sumber yg halal , makanan juga tidakkan halal . Jadinya terhasil lah perangai  macam hare ! Aku tak kata orang la , aku kata tiang lampu je  hahahaha


Aku nakal ?


Ooook  dulu pastinya . Dulu-dulu memang la , almaklom remaja baru nak up ! Semua orang aku sakat .semua benda aku nak rasa . Semua kerja aku nak tahu ! Yang pelik bila part belajar , aku malas la pulak nak ambil kisah .  Apa ayat aku kalau cikgu suruh belajar ?suruh aku study hard ?

" teacher  .. kan perumpamaan ada berkata ,  tuntutlah ilmu dari buaian sampai keliang lahat . So dalam buaian saya dah belajar dah , apa nak belajar sungguh-sungguh lagi , nanti dah kawin suami saya pulak lah ajar saya sampai ke liang lahad ! Hahahaha

Korang nak tau apa teacher aku jawab ???

Kalau awak dapat suami yg bodoh  macamana? Apa je dia nak ajar awak sampai keliang lahad tu ?


Er .. teacher jangan aa cakap macamtu , kata- kata itu kan doa .. saya gurau je kot tadi , balik kang saya study aaa hard hard , smart smart ..ermm

Sambil senyum kambing , teacher aku bersuara  " tau takut "


* Aku buat-buat tak dengar *


AKU SERAH PADA TAKDIR



Beb .. malam !!
hujan diluar sana . Nenek lepas isyak dah belayar dah . Abang Deen ? Siang pergi  ladang sawit ,malam pulak lepak bengkel ,layan kawan-kawan dia mat-mat motor repair motor memasing .Aku ?  Layan lagu  yg  dihantar oleh someone kat aku baru-baru ni . Haish rindu le tu hahaha . Siapa lagi kalau bukan nurse kesayangan aku  , miss Fatin !! Marah gila dia bila dapat tau aku balik kampung tanpa beritahu kat dia .


Kau tak sayang aku kan beb ? Kau sengaja nak jauhkan diri dari aku kan beb?  kan aku dah janji lepas waktu kerja aku nak jaga kau doe ! Kau balik kampung kenapa doe ?


Hahahahah poyo la Fatin ni ! Ingat aku suka-suka ? Aku enjoy macam ni? Huh !!  cakap tak pakai minda asli betol lah Fatin ni . Entah-entah ayat copy paste kat whats app . Bukan boleh caya minah sorang tu . Idea mace hare !

Aku sebenarnya kesian kat dia . Dahlah kerja hampir 12 jam kat hospital tu ,lepas tu nak sambung jaga aku pulak .mana rest dia?waktu dia nak layan family? Masa dia nak layan kawan-kawan siber? Waktu dia nak layan ex-bf ?  hahahaha yg last tu aku tambah jek .jangan percaya doe !

Fatin Irisyah .. sorang Nurse  , berumur 23  duduk Johor . Dia asalnya kawan aruah kak Lyen tapi  bila aku join budak-budak dia , akhirnya Fatin lah close heart aku ! Hahaha apa doe close heart? Entah la nak , aku pun tak tau  .


Then lepas kak Lyen pergi ,  dia lah yang selalu take care pasal aku . Semua dia nak jaga . Katanya tu amanah aruah akak kat dia . Masa tu aku kerja partime kat Singapura . Dan masa tu akak dah  lemah dan tengah sakit tenat . Masa tu Fatin la yg mengadap akak hari-hari . Yep .. hanya Fatin yg tahu semua  rahsia akak yg aku sendiri tak pernah tahu  . Dan bila aku try tanya . Dengan selamber dia jawab  :

"Memangnya rahsia untuk dicerita? "

Pergh .. deep siak ! 1 bulan aku touching dengan dia but she still dengan janji-janji dia dengan kak Lyen sebelum ni . Rahsia tetap rahsia. Clue pun aku tak nampak doe ! Hint lagilah .  Sampai sekarang ni Fatin masih  kerap menghubungi  aku dan kalau aku hilang  , tau lah dia nak cari aku celah mana .

Fatin ..Apa yang aku risau  sekarang ni tentang dia??.sepertinya ada seseorang bakal jatuh hati kat dia . Bukan aku cemburu , tapi aku cuma risau sejarah hitam cinta 3 dimensi antara aku dan aruah akak ,bakal terjadi lagi . Segalanya  aku serah  pada TAKDIR ILAHI . letih doe banyak fikir ni .  ermm oklah  .. makan ubat jap aa . Baii

AKU DAH RINGAN ?



Dik !! Kenapa kurus sangat ni !
Tak makan eah?
Rindu nenek eah?
Kurus melampau sangat ni!
Ringan gila ah !!

Aaa .. tu lah perkataan pertama dari abang Deen waktu aku menjejakkan kaki kat kampung malam isnin  lalu . Abang Deen masa tu tengah bersembang dengan kawan-kawan motor dia kat depan bengkel . Ada 4 biji motor kawasaki ninja aku tengok tersergam gagah depan rumah nenek .


Woooo ..motor besar tu kak !!
Yang merah tu cantik nyaaa ..
Eeeee .. geram tengok !

Adik E pulak kemaruk motor besar selepas aku pencen . Hahahaha  kemana tumpahnya kuah kalau tak ke roti jala !!

Sambil mengabaikan  adik E yang keseronokan tengok motor - motor tu , aku buka pintu kereta dengan perlahan . Sekarang ni semua aktiviti aku memang perlahan  ..


0..5m/ perhour .. laju ke ??


Sambil dipimpin mama ,aku cuba untuk berjalan menuju rumah nenek , tapi dengan gagahnya abang Deen offer kudrat dia .


Mak Ngah, Pak  Ngah  .. izinkan saya dukung adik ni bawak naik rumah lah ! boleh ?  Kesian dia nak jalan gelap-gelap ni . Mama ,ayah hanya senyum .


Menyusahkan kau jelah Deen . Tapi dia memang tak boleh jalan laju lagi . Doktor dah pesan haritu . Tanya lah mia tu ? Nak ke dia kena dukung ?

Aku ?? Hahahaha  bila lagi nak jadi snow white ni  kan? Lagi -lagi ada nenek ,mama,ayah dan depan mat -mat motor tu ! Hahahaha gedik !!


Abang kuat ke nak angkat orang ni??aku  saja perli abang Deen . Sebenarnya aku tau , budak kampung ni memang gagah kot . Sebab dia aktif dan lasak . Kerja  harian dia memang aktiviti yang lasak dan perlukan tenaga yg lebih padu dan mantap !

Oiii .. ni Deen  lah badang kampung ni . Hahahaha abang Deen buat lawak !

Okk .. meh  . Aku letak tangan dileher abang Deen dan masa abang Deen angkat akulah dia komplen ayat yang kat atas tu .

Pak Ngah  .. izinkan ye ? Maaf saya  nak tolong adik saya ni je .

Ayah angguk kepala tanda keizinan diberi .

Nenek dan adik E follow kami dari belakang .

Mama dan ayah turunkan barang-barang dari bonet kereta .

Mat -mat motor cuma pandang -pandang  dari celah cahaya lampu kat bengkel

Aku ???  Aku sebak  , masa tu ada rasa nak nangis sebab aku sekarang ni dah  menyusahkan  ramai orang . Aku tak aktif macam dulu . Semua sebab kedegilan aku  !!


*SEBAK*


Beb .. semalam aku timbang berat aku pakai penimbang dalam bengkel abang Deen .. a ah la beb .. aku ringan je .. 45kg !! Sebelum tu berat aku 57-56 kg doe ! Mana hilang nya berat aku yang lain ek??? Allah je yg tahu . :')

DOA HILANGKAN RASA SEDIH


Morning  guys !

Pepagi  camni ,biar pun line masih sejuk ,kejap laju ,kejap perlahan . Aku masih terpanggil untuk melepaskan perasaan disini . Mungkin korang fikir ,apa jenis blog lah budak ni  punya . Ok truly aku nak beritahu .. blog ini aku guna sebagai tempat aku bercakap sendirian . Sunyi doe duduk kampung ni .. erm sedih siot .macam nak menangis  tiap jam . Tapi kalau aku nangis , siapa nak tolong pujuk nya ?  Pendam dalam diam jelah  jawabnya ..


Tengah santai dengan mood sedih , tetiba terbaca satu baris pesanan dari page JAKIM  yang berbunyi :


Doa agar dihilangkan perasaan sedih


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)". [Surah Fatir: Ayat 34]

Hahahahah look !!    Rupanya aku bukan keseorangan disini doe ! Allah maha memgetahui pada apa yg aku rasa saat ni . So  Dia  bagi izin mata aku ni memandang baris ayat doa tu . Alhamdulillah . Aku terus je amalkan doa  ini. Bagai orang  lapar dihulur nasi baryani kambing !!  Thanks Allah .



 Ok  now aku tidak perlu rasa sunyi dan rasa sedih kat kampung ni . 

SESAJA NAIP


Beb .. masuk hari ni , dah dua hari aku kat kampung ni . Bila orang lelain cuti sem mereka pada bulan 12 ni , aku dengan bangganya disuruh cuti awal dari mereka . Yep awal setengah bulan tu doe . Tapi ni bukan cuti sem  , aku cuti sakit  la hahaha cuti  semata-mata untuk  makan ubat !

                  "Sakit itu penghapus dosa Mia "

Aku masih ingat lagi kata -kata ini dari seseorang . Orang tu tak lain ,mestilah kak Lyen.    dan sampai saat ni , takda siapa mampu ganti tempat kak Lyen  aku tu. Dan sampai bila-bila pun takkan pernah ada  ! Aku yakin tentang ini . Sebab hanya aku mampu menilai  siapa akak kandung aku tu .

Sebenarnya kat kampung ni line memang mace hare , tapi disebabkan blog ni katanya dah lama sepi , so aku ringankan jari menaip keypad ni. Padahal jari aku masih sakit nak naip kesan dari dicucuk nurse haritu masa dalam wad . 10 hari kot kena cucuk tu . Ermm

Tak lama lagi , semua aktiviti harian aku akan berubah kot sebab lepas ni aku akan aktif hanya di dunia nyata aku . Dan aktiviti alam maya ni hanya sekali sekala . Sekarang pun aku dah kurang nak pegang gadget ni . Kenapa??

Entahlah ...

Harapan aku agar semuanya baik-baik aja dan masing-masing akan aktif dengan komitmen memasing . Aku ? Aku kena kenal siapa aku lepas ni . Sekian untuk malam ni . Kesan ubat  dah buat mata aku susah nak buka luas ni ..ermm mengantuk  sudaa ..


Layan surah al Baqarah  by  Mishary Rashid sebelum tidur  jom beb ...assalamualaikum


                                 * tenang *

BUAT AWAK



Bingkisan sepi buat insan yang bernama " AWAK "

Pernah dulu , masa awak dengan dia ,kita hanya kawan biasa. Sedangkan dalam hati kita telah  berputik satu istilah sayang yang menjadi buruan setiap insan yang punya perasaan  ingin dicintai . Ranjau yg kita tempuhi  ,akhirnya setelah dia pergi dengan luka dijiwa ,awak menjadi milik saya . Tanpa surat bertulis . Tanpa chop pengesahan orang tua kita . Awak mengaku yang saya milik awak , dulu ,kini dan insya allah selama-lamanya .

Tanpa kita duga . Minda panas baran saya ,yg sering menjadi pemandu pada jiwa remaja saya, akhirnya berjaya merubah diri saya dan dunia realiti saya sekarang. Setelah hampir 3 bulan  akhirnya doktor mengesahan kerosakan teruk pada dalaman saya akan kekal . Tak mungkin berjaya dipulihkan seperti sedia kala. Kesakitan yg saya alami itu akan kekal sakit disepanjang hayat saya .

Kata awak :

Siapa pun awak ,bagaimana pun keadaan awak , saya akan tetap sayang awak sayang . Saya janji takkan pernah berubah . Saya janji tak akan pernah menyesal . Saya  sentiasa  berdoa agar awak cepat sembuh . Dan dapat ceria seperti dulu . Saya hanya nak awak happy. Saya nak sayang awak . Saya perlukan awak untuk kehidupan akan datang saya . Bersama bakal anak -anak kita .


2? 4? Ok k 3 !  Dalam tangis kita masih lagi berlawak

Sayang kena kuat ! Saya tahu sayang saya kuat ! Saya nak sayang saya ni jadi seorang  ibu yang kuat . Kita sama-sama tempohi dunia bersama kita dengan  kekuatan kita bersama . Saya akan tunggu awak habis study ... ok 3 tahun !!


Oook takda hal .. 3 tahun tu tak lama manalah sayang . Saya akan tunggu awak dengan cinta kita yang dah kita semai sejak 2013 . Yep cinta dalam diam . Hilang setahun kemudian muncul kembali !  Cinta yg memang dah jodoh kita ! Percayalah saya . Percaya pada ucapan  ikhlas dari hati saya . Pada tulus nya niat saya . Saya takkan  berubah . Selama setahun tanpa awak ,saya tak pernah berubah hati untuk perempuan lain . Kemunculan awak semula dah buat dunia saya banyak  berubah . Saya happy , semangat saya pulih kembali untuk teruskan kehidupan.Awak tolong  jangan pergi lagi dari saya. Saya sayang awak sangat  sayang . Tolong jangan tinggalkan saya . Saya bermohon ..

Ye ..itu kata awak , tapi ini pula kata saya ..

Awak ...Lihat gambar atas tu !  bayangkan perempuan tu  saya dan yg disisinya adalah  awak .  Sebulan dua mungkin awak sanggup . Awak rela . Awak  tabah . Setahun ? Dua tahun ? Selama hayat saya ?  Saya tak nak sepanjang hidup saya hanya menyusahkan  hidup orang lain ! Cukuplah sebelum ni saya dah banyak menyusahkan mama,ayah dan kak Lyen . Saya tak mau lagi mengharap simpati orang . Saya mungkin akan  berdikari ,  sendirian menyara kehidupan dimasa hadapan.  Awak boleh fikir risikonya  sebab awak dah matang untuk buat keputusan.


 awak .. terima kasih  untuk segalanya..



Alfatihah untuk diri sendiri yang Degil .. :'(

ADA OTAK GUNA



Beb ..assalamualaikum

Dalam resah seorang ibu kau takkan tau apa deritanya. Walaupun wajah dia nampak ceria ,aku tau ada selumbar tertusuk dihati kecilnya . Airmata baginya bagai teman karib yang setia menemaninya dalam tiap doa .

Allah selamatkan anak-anakku
Allah lindungi anak- anakku
Allah bantulah aku mendidik anak-anakku
Allah berikanlah kejayaan buat anak-anakku

Tapi apa si anak selalu buat ?
Buang masa
Abaikan pelajaran
Buat maksiat
Langgar perintah Allah
Buang duit ke tempat yg tak berfaedah
Langsung tak hormat orang tua

Bila ditanya ,mengapa jadi begitu? Jawabnya mudah aje ..

" emak bapak aku pun tak kesahkan hal aku , so biar aku pilih jalan aku sendiri ."

Dia pasti emak bapak dia tak kesahkan dia ??

Jawapannya :  BODOH PUNYA ANAK  !! Kalau emak bapak tak hiraukan dia , mungkin orang ramai dah jumpa dia dalam tong sampah , dalam lobang tandas ,dalam perigi buta ,dalam sampah sarap 20 tahun yg dulu sebagai " mayat bayi" .  kalau emak bapak dia tak hiraukan dia mustahil dia dapat pergi ke kolej sekarang ini . Makan pakai cukup. Baju cantik-cantik . Barangan keperluan cukup .  Ada handphone , ada tablet ,ada laptop ! Apa lagi mahunya ? Kebebasan ? Bukan tak pernah tengok wayang ! bukan tak pernah pergi shopping ! Bukan tak pernah pergi melancung ! Mati je belum pernah !


Harap je wajah menarik , body hebat , tapi kurang kuasa berfikir . Hello .. !!

Ada akal pakai !
Ada otak guna !
Ada minda berfikirlah !




Aku tak kata orang , aku dulu pun degil tapi bila umur 20 , aku tau lobang mana bawa ke dosa , lobang mana bawa ke syurga . Takkan selamanya nak sedut asap neraka ??

Waallah hualam ..

PERGI DAN TAKKAN KEMBALI




Beb .. mungkin yang datang tak sama  dengan yang dah pergi . Yang datang tu orang gelar dia sebagai pengganti . Korang rasa si pengganti ni sama tak dengan yang pergi ? Korang adjust dia macamana pun , dia tetap kekal berbeza .

Dalam hidup aku macam-macam orang yang datang dan pergi .. tapi tak sorang pun yang dapat ganti tempat hadirnya kakak aku  Miss Lyenda  ixati .


Alfatihah .. orang rindu awak kak :'(





BEBEL BERTEMPAT KOT



Morning  beb !
Assalamualaikum

Musim hujan dah tiba . Hari-hari basah . Luar dalam  sejuk . Luar dalam basah . Ok ..tu reality  . Kalau korang nak fikir kelaut aku takde hal doe . Hak korang hahaha

Ada orang bosan doe bila asik kena bebel ! Padahal orang yang bebel tu take care pasal dia. Dapat gf kuat meroyan la tu !kikikih

Kata member aku :
Aku pergi c.c. hang out dengan kawan-kawan dia merajuk!
Aku keluar balik awal pagi dia bising!
Aku lewat buat solat dia marah bukan tak buat langsung!

Aku:Berapa jam kau kat c.c?
Member: 3-4 jam
Aku:pukul berapa kau balik melepak?
Member: 5am
Aku:pukul berapa kau buat solat?
Member: 10minit sebelum habis waktu.

Aku soal dia lagi :
Gf kau ada mintak duit kau tak?
Dia ada suruh beli macam-macam tak?
Dia bising kau tak kerja tak ?
Dia selalu abaikan kau tak?

Jawab member :
Eh takda lah ! Tak pernah pun mintak macam-macam , malah dia yang selalu korbankan masa dia untuk layan aku , chat ,call bila dia free . Selebihnya dia fokus pada study ,kerja dan aktiviti keluarga .

Ok ..kalau macam tu kau jangan risau . Dia tulah perempuan sejati . Bukan pisau cukur atau ular sawa . Kalau kau sayang dia , dan ada jodoh korang ,jaga dia beb . Bebel dia tu  sebenarnya dia taknak kau sakit sebab berembun pepagi buta tu ,dia nak kau dekat dengan Tuhan kau, tak mau kau kena fitnah ,tak suka kau jadi syak wasangka masyarakat bila kau keluar malam dan balik awal pagi . So lepasni better kau kena ingat ,andai 1 hari dia dah malas nak bebel ,dia dah sunyi dari bebelannya . Masatu kau kena hati-hati ,maybe ada orang lain yang suka bebelan dia tu . Hahahaha aku cakap je , bukan mendoakan  tau !

Member : ish .jangan aa beb ..kau ni ah ..buat aku seram doe ..ermm

Hahahaha ok ..k ..lepasni ingat ,tak semua orang take care pasal kita even adik beradik kita or parent kita sendiri pun . Kan ?

VIRAL SEWEL



Morning beb  !  Assalamualaikum ..

Lepak laman sosial pepagi ni kekadang not bad la jugak . Kita tak perlu  nak fikir cara apa  nak cari bahan untuk gelak . Baca komen orang kat status page pun dah boleh buat otak jadi sewel kejap . Sambil tunggu orang siap mandi tu , aku pun layankan je la mata ni kat sini  , gelak da macam orang gila !



Abah dia till jannah kalau 2 hari
Hahahahahahah

Aku kena tinggal berjam -jam rileks je
Hahahahaha 


Er... ini  ..ini ..hahahahahaha
No komen !!

Kan da kantoi !!!
Hahahahahahah


 semua ni poyooo !!!..hahahahaha




COUPLE



Beb aku jumpa ni kat laman sosial orang sebelah tu aa , bila baca betul jugak kata dia , tapi benda da jalan kot ,how can ? Takkan nak lepaskan macam tu jek ..

Soal jawab pasal couple sebelum nikah !



Soalan : Tak boleh couple macam mana nak kenal hati budi?Jawapan - Taaruf boleh, jika minat tanyakan tentang dia melalui rakannya, keluarganya, juga langsung terus padanya. Tak perlu 'feeling2' sampai rindu dan sakit hati sebagai kekasih..


Soalan : Orang lain couple, boleh keluar jalan-jalan, bergambar, 'sweet' je tengok. Sunyi...Jawapan - Orang lain tak takut dosa, kita takut, jangan ikut sama. Kita tahu tahap nafsu diri, boleh jadi keluar jalan2 nak pegang tangan, nak manja, nak belanja. Kita je tengok diorang'sweet', tapi banyak nangis merana hati tu fikir kekasih yang belum tentu haknya.


Soalan : Boleh ke tak couple, nanti tak laku?Jawapan - Siapa nak tolak untuk bersuamikan/memperisterikan anda kalau anda terjaga agama, akhlak yangtenang, menjaga maruah diri, malah orang lain sibuk 'couple' kita cari duit untuk masa depan. Pasti dijumpakan dengan seseorang yang sesuai untuk kita, terus lamar. Malah, kadang dicarikan lagi. Tak akan ada orang tolak insyaALLAH. Yakin bro dan sis, anda bahagia dengan menumpukan dahulu komitmen pada keutamaan..



Ok soalan terakhir : Yang dah couple macam mana.. Tak kan nak putus? Terangkan pada si dia, andai dia benar-benar sayang anda, pasti dia terima untuk jarak dan memelihara maruah diri. Masing-masing tetapkan satu tahun untuk ikatan sah, sebelum masa itu keduanya harus siap dan sedia dari segi dalaman, pengetahuan, dan kewangan. InsyaALLAH boleh..



Nota : Sebanyak mana kemanisan yang kamu rasai bersama pasangan sebelum pernikahan, sebanyak itulah kepahitan yang akan kamu lalui selepas pernikahan.....


Beb .. aku nak kata apa doe ?????

#pening

HAPPY DEWALI



Happy dewali untuk semua kawan -kawan blogger yang beragama  hindu  atau pada semua yang menyambutnya . Aku tak dapat pulang ke kampung raya tahun ni sebab aku sedang berjuang demi masa depan di luar tanah air ni . Ceh .. macam kerja teruk gitu kan hahaha untuk saudara mara , sahabat handai , rakan taulan , dan untuk kesayangan , kalau makan maruku , tosei , kambing baryani tu , jangan kau lupakan aku  . Ermm ..sebak*

Beb ! Final exam habis sudah !  Free ? Idok le  ,mana ada menuntut ilmu ada masa untuk free . Dalam waktu terdekat ni  aku diarah luangkan masa bersama pesakit-pesakit tersayang diwad termasuklah hari cuti ni .  Hahahaha well  , this is call tanggung jawab and i love this ! Amal jariah jugak ni doe . Bersangka baik ea sayang ? Hihihi biasa dia ni ...aaaa


Pepagi dah cari buah hati diseberang laut  . Ermm namun hanya sia-sia bila ombak rindu hanya  memukul pantai sekadar 100 jam sekilometer .  so slow , aku tak tau kenapa ,dia ada tapi macam tiada .

Oklah  ini hanya mukadimah selepas aku lama tak  repair otak di blog ni . Apa pun  , bagi yg sedang bercuti , selamat bercuti , kepada yang bekerja ,selamat bekerja , kepada yang tetiba senyap tu .. " saya sedang merajuk ni ..aaa "


Miss u ..

SAKAT ORANG NANGIS



Assalamualaikum  beb ..

Jodoh .. ajal ..maut ..semua yang kita hadap ni  kita just mampu rancang je tapi resultnya Allah je yang tentukan.

Petang tadi aku dapat call dari member baik masa sekolah menengah . Suara dia  bercakap , aku rasa dia baru lepas menangis . Kejap-kejap suara tahan hingus jatuh kedengaran kat speaker phone aku .. hahaha

Wei beb kau nangis ek ? Hahaha pasal apa pulak ni .

Soalan aku nak korek rahsia dari dia .

Beb,kau ingat lagi tak bf aku masa sekolah dulu , yang asik kejar aku  ajak couple , dan lepas letih nak melayan ,aku terima dia jadi bf aku. Kau ingat tak?

Ooooooh ..Rizal yang pakai kereta satria o.5 tu ? Bukan  masa dia kejar kau tu  masa umur kita 16 tahun ke beb? Aku kenal sangat mamat tu , kan korang  still couple sampai sekarang  ?  Raya haritu kemain lagi korang datang beraya rumah aku kan ? Hahaha apahal doe dengan dia? Eksiden ke  ?

Tak ..dia sihat ,  dan kami baru je lepas break beb . Ermm

Laaaa..pehal doe ?? Dan nak masuk 5 tahun korang couple kot ,pehal  pulak boleh clash tetiba ni ? Sebelum ni aku respek giler doe kat kisah cinta korang sebab  setia bercouple sampai nak masuk 5 tahun !  Gadoh ke? Atau curang ke? Atau dah jemu ke? Hahaha share please


A ah beb .. masa aku kat kolej  ,kat Kelantan ni , dia kat Jb tu asyik sangat keluar dengan kawan perempuan dia . Bila aku tanya dia jawab kawan satu sekolah , then kerja ditempat yang sama lah , bila aku  call , dia cakap busylah , akhirnya kantoi bila aku chat adik dia kat wechat , then adik dia  cakap abang dia keluar tengok wayang  dengan perempuan tu . Aku tanya sejak bila abang dia  dah keluar dengan perempuan tu ? Kata adik dia sejak aku masuk  sambung belajar kat Kelantan ni . Lemah doe ..5 tahun aku  terima dia sebagai  kesayangan , sampai aku abaikan semua kawan-kawan  yang baik dengan aku semata -mata  aku tak nak dia cemburu . Aku nak hati dia tenang . Tak gelisah tanpa rasa curiga . Semua laman sosial aku pun cuma family aku dan family dia je yang aku add . Lastly ni hasilnya yang aku dapat .


** aku dengar suara dia menangis**


Beb !  Beb... please jangan nangis k .. listen here !  Allah tu maha adil . Sekarang ni awal -awal Dia dah tunjuk kat kau siapa Rizal tu ,k .. kau sepatutnya bersyukur sebab dia curang awal-awal ,kalau korang dah kawin dia buat perangai camtu ? Tak ke naya doe masa depan kau ?! Dah  la .. kau fokus study kau dulu beb . Kau fokus pada harapan mak ayah kau , kau balas jasa mereka dulu , kau kenang kasih sayang mereka dulu , nanti dah  keluar dari kolej , ada ramai lagi orang akan sayang kau doe . Masa tu hak kau just buat pilihan sebaik mungkin .  kau pun tak kurang hebat kan ? Muka ada iras -iras  pelakon hindi " Rani Mukerji "  hahahaha  chill ea beb .. market kau masih tinggi tu ...

Ah aku ..kalau part memujuk dah bijak dah sekarang ni . Hahahah pakar terapi lah katakan . Belajar terapi tubuh badan tapi mahir  dalam  terapi jiwa..ceh

Beb ..thanks ..oklah ,aku dengar pesan kau ni . Kau study apa doe? Dah macam pakar motivasi je aku tengok hehehehe .

Amboi kawan aku ni ,  sakat aku tak beragak la pulak . Haish ..

Aku kat sini study macamana nak jadi isteri solehah  , macamana nak bikin baby comel untuk datuk dan nenek dia , pastu kos aku ni kos  cari saham akhirat jugak la , sadokan jiwa supaya dapat tahan marah kalau suami minta izin nak kawin 1 lagi .. hahahahahah

Woii !! Tipu aku ea Mia !  mana ada kolej study macam tu ??

Hah ?? Takde ek??oooooh ingatkan ada kolej study kos tu...


Hahahahahaha  ... kami akhiri suara tahan hingus nak jatuh member aku tu dengan gelak mengilai ,macam hantu kesiangan pulak..ermm...



*** hahahahahaha

WISH ME LUCK





Assalamualaikum

Esok aku final exam untuk  sem 1 diploma therapists kat kolej ni. Harap  kalini aku dapat lakukan yang terbaik aku mampu . Lagi-lagi selepas hampir 2 bulan aku cuti sakit  haritu. Well .. nasi dah jadi bubur dan aku lah yang kekenyangan makan bubur akhirnya hahaha padan muka aku!

Korang doakan aku berjaya jawab dengan tenang dan tepat ea? Aku ni kekadang tu gabra sikit , taunya nak cepat siap je  , sampaikan ada masa tu aku nak sesuatu tu dilakukan selaju motor dipulas minyak sampai habis nombor kat meter tu . Hahaha kau fikir ini litar ke apa ?

Ok ..sebelum tu aku minta maaf pada semua ,if aku ada buat ayat-ayat yang telah pun buat korang terasa dan secara tak langsung korang termarah dan terkecil hati . Okk , maafkan aku  sekali lagi . Ampunlah ,sedang nabi pun ampunkan umatnya , apa lagi kita ?

Seminggu ni aku rasa dunia aku hanya dikelilingi nota-nota . Harap lah tajuk yg jadi  target aku dan pensyarah  akan keluar exam nanti . Semoga Allah permudahkan segala urusan menjawab exam esok , amiin ya robbal àlamin ~

Selamat malam kasih sayang ... wish me luck please ...

CERITA PASAL ANAK



Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Inipula hati orang ,mengapa dikenang ?


Oook !  Orang zaman dulu punya pandangan sangat jauh !  Anak  orang diaorang boleh samakan dengan anak sungai tu! Hahaha kalau zaman kita sekarang ni asyik lah nak samakan diri kita dengan selebriti hebat ! Takdanya nak samakan dengan anak sungai ke,anak pokok ke..anak bulan ke.. kan ?


But bila hati seseorang sudah berubah , apa yang pertama korang fikir tentang dia ? Hahahah sure korang kecik hati ,cakap dia pandang paras rupalah ,pandang harta lah , tak pernah puas lah , tak reti nak nilaikan kasih sayang oranglah ,lupa dirilah . Eh ! Macam-macam tanggapan dari minda kita akan tersenarai  , macam dalam list dari awek casher  tu . Hahahaha da namapun manusia , mana pernah puas dengan apa yang telah dimiliki . Dah dapat 1 nak lagi , lagi dan lagi . Kekadang tu ...last-last apa pun tak dapat . Masa tu .. Aaa melopong lah jang ekau putih mato hahaha

Tapi satu hal anak orang kena ingat , bercinta bagai nak rak ,belum tentu dia jadi milik kita yang  sah dan halal . Sebabnya kita cuma mampu merancang ,selebihnya serah pada Takdir dan waktu ..kikikih