AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP



Hi guys .. lama dah aku tak bersiaran .cehhh .. kalini aku bagi lagi satu pengetahuan mengenai al - Qur'an . Iaitu mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.  adi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama,
dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.

Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Prancis.

Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yg luar biasa terhadap sel2 otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dlam proses penyembuhan penyakit cancer

✅Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Qur'an dan disaat yang sama , sel2 sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi.
"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(QS. Al Isra’: 82)

Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL2 TUBUH
ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI ! QS 7  : 55, QS 17: 10

Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan ? Ini kerana ada doa yg dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan mengembalikan sistem yang rosak.

Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar ? Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya :

1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dgn murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan

2. Maka bacalah Al Qur'an , kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.



info dari kawan sebelah bilik * aku niru je guys πŸ˜‚

Selamat sejahtera keatas kamu ..

BACALAH WALAU SEBARIS AYAT

Guys .. bila last day korang buka dan baca alQuran ?

Ambil my kad  . Lihat tarikh lahir korang . Kalau masih 7 tahun usia korang , pergilah belajar iqraq . Kalau sudah 12 tahun  , berusaha lah belajar iqraq . Dan kalau sudah 21 tahun  .. bangun dan pandang AlQuran yang sudah lama kau biarkan tu .Iqraq !!

Ayuh .. usaha  tak kenal usia  , tapi bila dah berusia  . Usaha kena lebih kepada akhirat . Puas dah enjoy masa remaja dulu . Seawal usia remaja  selepas baligh sampai ke 21 tahun sebelum dipanggil dewasa . Lama sangat  dah tu enjoynya guys . 

Korang nak salahkan parent sebab korang lalai ? Korang nak kata mereka leka dalam mendidik anak ? No need guys ,bila usia dah cicah 21 and over , semua ditangan korang , mereka dah lepas dah tanggungjawab . Sebab mereka dah hantar korang belajar  , tambah ilmu , bakinya takkan korang nak harapkan mereka adjust lagi ? melampau 

Banyak pengalaman aku dimana sudah bercucu tapi baca al fatihah pun tak jelas. Allah hu . Minta dijauhkan dari sahabat2 aku semua gejala tu ya Allah . Sedang alFatihah itu adalah antara  segala amalan kita bermula ..iaitu  solat.

Guys .. yang sebenarnya Quran tulah bff korang. Quran itulah gadjet paling canggih ,paling lengkap yang semua orang mampu milik . Tapi kenapa dibiarkan berhabuk ?  Ini sangat tak adil .  Sebelum terlambat , bacalah walau sebaris ayat . Kita sama2 berusaha . Korang cuba ,aku pun cuba  . Manusia tak pernah sempurna guys . So engkau ,aku ,mereka ..sama je. 

Beza kita cumalah  pada amalan kepada Allah s.w.t. waallahhualam~



Selamat sejahtera keatas  kamu 😊

SELAMAT SEJAHTERA KEATAS KAMU


Morning guys ..

Sebelum dibuai mimpi , izinkan aku merepek kejap dalam blog ni . Sebab lama noo blog ni sunyi .manatah awek bengkel pergi ? Hihi Aku ada je guys . Cuma ke 'ada' an aku tidak sehebat sebelum ni . Ada tapi macam takda . Ahh apa korang kisah ? Ekkk ??

 hahaha πŸ˜€

Dunia zaman ini ,macam2 kisah ada kan guys . Manusia , alam semulajadi , dan semua yang terlibat disekelian alam ini dah mula macam2. Kalau korang rajin perhatikan .

Manusia dah bersifat menyerupai haiwan.

Dunia yang merupakan tempat berteduh bersama keluarga dan masyarakat telah dihancurkan satu persatu.

sopan santun dah jadi bahan gelak orang . Kurang ajar telah mendapat pengikut paling ramai .

buat baik , cakap jujur , ikhlas semua tu bakal di undang bahaya .

amanah tak lagi diperlukan tetapi kekejaman mesti jadi hak milik supaya nampak diri sebagai seorang yang berkuasa .

inilah fenomena akhir zaman guys . Kalau korang ada hati dan nilai murni , sila ubah semua yang diatas kepada lawannya . Jadilah manusia yang sama macam manusia . Punya adab ,punya rasa kasih sayang sesama mahluk . Tahu hargai hak orang lain . Tahu apa itu kasihan . Tahu apa itu erti persahabatan dan persaudaraan. Tahu bersyukur , tidak tamak , gunakan akal yang waras .

Guys .. manusia bukan dilahirkan untuk membenci sesama sendiri . Allah cipta manusia untuk mencari 1 lagi matlamat kehidupan . Iaitu hidup selepas MATI . Dan mati itu pasti , jangan buat2 lupa .mungkin hari ini ,mungkin esok pagi ,mungkin jugak sebentar nanti .

Apa bekalan kita untuk Mati ? Pejammata ,tanya hati. Kerana hati punya peti rahsia 1001 rahsia tentang kita. Dihati segalanya bermula .

Selamat sejahtera keatas kamu .😊


VAPE HALAL MALAYSIA !



Guys ..terkilan juga aku bila dapat tahu kerajaan Malaya dah tak haramkan vape . Firstly aku fikir vape halal tapi bila dihisap ia jadi haram  ahahaha alkisah  , bodoh yang dibuat2 je kot aku ni . Vaper dah mula seronok lah kan , sebab dah halal ,tapi bagaimana dengan negeri kesayangan aku Johor ? Apakah masih mengharamkan menghisap vape ? Atau terpaksa rombak keputusan tempohari . Ahh aku tahu Sultan kami sudah bersedia dengan keputusan muktamad baginda  . ALLAH HU AKBAR*

Dalam keadaan udara malaya makin sesak dan pencemaran udara dimana2 , keputusan kerajaan kali ni bakal menambahkan lagi jerebu  di kalangan rakyat . Aku over ? Korang lihat je sendiri , sebab aku tak boleh cakap lelebih ,aku tak nampak ,aku jauh dari korang 😒.

Pro dan kontra jika tak melibatkan orang lain , korang boleh je layan , tapi bila korang dok   melayan vape dengan seronok , tapi orang keliling dok maki , marah , naik hantu , better fikir elok2 guys . Sia2 Allah bagi otak yang cantik ,yg elok ,dijunjung indah di bahagian paling atas tubuh badan , ditutupi pula dengan tengkorak kepala supaya selamat , tapi jika korang gagal gunakannya . Rugi guys ..sangat2 rugi .

Seriusly aku cakap dlm blog ni ..aku akan hisap vape andai kata dengan vaping aku boleh hafal surah alQuran menjadi makin lancar . Boleh buat hati aku bersih dan tenang , terang hati , tajam ingatan tentang agama dan boleh lupakan hiburan dunia yang sementara ni  , yep aku akan layan VAPE  ! Tapi mampukah vape dapatkan aku semua keistimewaan yg diatas tu? Korang tau kot the answer  ..aku tak bijak sangat pasal vape ni , so i dont know 😊ALHAMDULILLAH*

Thanks Allah ..

25 OCTOBER 2016


Morning guys ..

Today 25 0ctober 2016 . 

Ada 2 perkara penting dan penuh bermakna yang aku jumpa harini . Firstly dah tentu harini exam besar pertama kali aku di kolej disini , kertas farmasi merupakan kertas pertama  yang akan aku tatap selama 2 jam dan  terpaksa All out demi mendapatkan 30% untuk final nanti . By the way ramai tanya apa syarat2 kemasukkan bidang farmasi ini : ok,klik sini **

 Syarat-syarat kelayakkan kebidang Farmasi


Second perkara pulak, harini merupakan  hari majlis Konvokesyen *my mr Cermin * at Linton University College, Negeri Sembilan. Beberapa harini beliau terlalu busy dengan kerja2nya dan persiapan majlis konvo tersebut sehingga kerap mengalami kemurungan kecil hingga termengalir air mata lelakinya . hihihih  comel kot lelaki nangis2 ni 😍 Boss pun satu , sibok orang nak buat persiapan siboklah dia nak out station luar negara . Nyampah ~~~ 

( awek sudah  back up sey )πŸ˜…


🌹Congratulations Dear 🌹

hari ini merupakan hari yang penuh bermakna bagi diri you and your parents atas hasil usaha you selama 4 tahun di  Linton University College tu. Bukan senang nak senang kan sayang? Ok, Harini you nak nangis ke, nak senyum all the time ke , itu hak you , because today is your day !! 

Sayang.. sorry sebab i tak dapat sama2 meraikan kejayaan you kat sana tu . Tak dapat give you flowers and choclate , tak dapat  hug you and say "congratulation sayang" ..sorry .. i jauh and today i pun kena berperang habis2an demi masa depan i pulak .adoii sebak dah ni sayangggg ..😭  .

Semoga Allah permudahkan semua urusan 25 october 2016 kami kali ini. Aamiin 

*Takbir*

THANK YOU


8am kΓ t sini ..

Morning guysss ~~

Agak kurang ajar namanya bila ada blog tapi dibiarkan sepi kan . Aku terasa sendiri doe . Tapi nak buat macamana , kepala otak asyik mikir pasal exam esok ( selasa 25 - 10- 2016 ) .exam yang berjalan selama hampir 2minggu amat memeritkan minda  kecil aku ni . Padahal paper cuma 4 je pun , tapi disebabkan banyak paper yang bukan hak aku akan diuji dahulu , so aku punya paper kena la lompat2 macam main skipping ..

Guys .. Bukan senang nak senang , bukan susah nak susah ! Aku selalu ingat kata2 ni . Bila aku stress dengan study , ini aku ucap hari2 , selain ingat akan nama Allah , disebut berulang kali , YA ALLAH HU YA ALLAH , YA ALLAH  HU YA ALLAH ...yep guys tu je sebutan yg boleh buat aku tenang dan damai . Sambil dalam hati aku niatkan moga Allah permudahkan segalanya , YA ALLAH HU YA ALLAH aku akan sebut sampai aku terlelap. Then bila sudah tidur dalam hampir 1 jam dan kadang2 lebih , aku  bangun dan sudah boleh tersenyum seperti biasa dan dunia aku akan menjadi seperti sebelum - sebelumnya . Happy go lucky dan kemudian cari idea nak sakat orang .. hihihi tu je kerja aku guys , takda lain .

By the way ,

thanks Allah
thanks Sayang
thanks all my friends ..
yeaaa .. thanks  for everythings
tanpa ujian dari semua , aku takkan jadi aku yg sekarang ini ..


selamat sejahtera keatas kamu ...





APA KAH KURANGNYA LAGI ?


Hi guys..
Mata pedih2 ngadap nota ni , twitter krik3 ,facebok z..zz so better layan blog jap .nak tengok  warna hijau tak larat pulak nak turun bilik ni kikiki *gedik tak sudah*

Guys..aku rasa sekarang ni memang musim lah kot . Ermm selain musim pengantin , dan musim kucing mengawan , sekarang ni kalau korang perasanlah kan musim laki orang  test market ! Tak caya ? Up to you  lah but apa yang bakal aku cerita kejap lagi ,adalah pengalaman  dari orang keliling aku sendiri yang aku tanya sendiri ,yang aku jumpa sendiri. So ini cerita bukan main2 bedal je nak share okay ?

Aku ada kenal sorang perempuan , standard kakak2 la dengan aku , satu hari  kakak ni mengadu kat aku yang kawan kerja ditempat lama dia selalu lah berwhatsapp2 dengan dia. Asalnya dia fikir sekadar tanya pasal kerja or ambil peduli sebab dah kenal sebelum ni .awal2 gitulah kot sebab abang  nak masuk line .


Then  lepas sehari masuk sehari , makin rancak pulak berwhatsapp. Tak kira siang atau malam. Tanya itu ini , ada kata2 unsur sex dlm ayat . Then kakak tu buatlah tak layan dengan tidak balas whatsapp , or balas lambat2 or simpan dulu , 2,3 hari baru balas .

Apa jadi ?? Peh siap berani  call pulak ! Tak call siang , dia call sebelah malam . Ahh suddah  kakak tu naik pening nak melayan da. Sebab pada dia ,kalau bini lelaki tu tahu , mati dia kena serang ,padahal yang rajin mulakan perbualan adalah laki dia ! Makin lama ,makin menjadi2.

Kakak tu cakap kat aku , agaknya  bini abang tu tak bagi " makan " cukup ke ha? Atau abang tu jenis nafsu kuda ? Ahahahaha aku cakap itu bukan kuda ,itu nafsu naga ! Kena lebih hati2. Bola2 api dia sangat power !! Ahahaha

Aku tahu kakak ni seorang yg friendly dan comel  tapi takkan abang tu tak fikir comel2 pun  dia adalah anak dara orang , bukan anak ayam . Dan apakah agaknya abang tu tak terfikir  perasaan bini dia bila dapat tahu perangai suami macam orang kurang kasih sayang. Aku percaya confirm isteri  dia sedih dan terkilan . Erm  kalau lah ada perempuan yang izinkan pasangannya melayan anak dara orang , boleh tabik spring aa guys. Hantaran 50 ribu pun korang boleh bagi double doe. Tak rugi !! Trust me ..

Aku ..sebagai perempuan yg baru nak dewasa , aku just berani pesan kat akak tu. Andai akak nak rasa apa yg isteri dia rasa , akak teruskan lah melayan abang tu . Tapi bila akak ada rasa  kasihan dengan isteri dia yang akan merana dan kecewa , better akak cari jalan penyelesaian . Tak baik kacau rumahtangga orang . Jodoh itu takdir dan takdir boleh berubah dengan doa . Ingat tu !

Akhirnya kakak tu buat keputusan yang dia akan tukar nombor whatsapp baru . Okay ! Aku setuju idea tu . Tapi aku cakap , dari akak modal beli nombor baru ,apa kata akak block je nombor abang bernafsu naga tu , settle !

Dan idea aku diterima !! Ahahahah kerja mudah je guys . Korang nak bahagia , bagi je peluang orang lain jugak bahagia . Tak perlu takut berubah , kerana mungkin saja perubahan itu bawa kebaikan  .

Buat suami2 orang diluar sana . Katalah kan , abang2 kacau anak dara orang sekarang ni , abang sakitkan hati "perempuan " abang ( isteri ) esok2, anak2 perempuan abang berkahwin dan suami dia buat perangai serupa ,apa abang rasa ? Bang ..sekarang Allah bayar cash . Lu buat lu dapat , gua pesan je sebab tu sekarang gua dah tak tamak macam dulu . Gua dah insaf doe 😭 suami orang ada kacau aku ? Ahh nanti kita sembang la ye , aku nak sambung baca nota jap lagi . Next week exam sudah hihihi . Semoga dipermudahkan ..aamiin

selamat sejahtera keatas kamu ..


AKU DAH BERUSAHA DAH TAPI MASIH BODOH



Hi guys ..

Harini aku kena pukul teruk . Bukan kat tubuh badan tapi kali ni pukulan demi pukulan bertubi2 aku dapat dikotak minda , ini berlaku bila aku online facebook . Bila aku bukak message request kat inbox , beberapa manusia  ,bukan follower ,bukan friendlist aku ,  dah bantai aku cukup2. Mereka pakat2 serang hendap aku kat facebook doe ! Not bad ! Aku yang dah mamai dlm ward ni , terus hilang rasa mengantuk ! Punca kena bantai ?

Yep , puncanya  sangat menarik sekali bila aku berjaya buat silap paling besar bagi mereka . Aku bodoh ? Ye sangat2 bodoh ! Tapi sebodoh2 aku ,aku tak pernah bodohkan orang lain , tapi orang lainlah  yg berjaya buat diri mereka nampak bodoh . Aku dikata bodoh sebab tak pilih kawan baik mereka sebagai * pendamping * !

Aku telah diugut !

Aku diugut ?yeszzaaa ..aku diugut akan dipukul ! Sebab ?  sebab aku dah ubah haluan aku yang seterusnya , bukan haluan yang mereka harapkan , yang aku dan someone selalu sembangkan! Okaykay , Mari kita sembang kejap guys . Ayat bawah ni untuk kaki2 pukul tu okay 😊

Hey you alls .. kalau korang ada adik perempuan , rasa2 korang , korang nak ke adik korang teruskan hidup dengan someone tu ? Korang tahu kan , berapa lama aku  dah jadi peneman dia ? Berapa lama aku bersabar dengan aktiviti2 dia ? Apa orang cakap pasal buruk dia ,aku abaikan je,aku butakan mata ,aku buat2 tak nampak silap dia , sebab apa ?sebab aku ikhlas nak tolong dia,  Sebab aku masih tahan sabar ,aku nak dia berubah sikit demi sedikit ! Yep dia memang berubah guys , tapi apa yang dia buat selepas tu ?? Ahh korang pun tahu la ,walaupun aku tak duduk semeja dengan dia , aku dah masuk dah dlm kehidupan dia . TAPI Mana perubahan tu ? Apa yang boleh mama dia bangga dengan kehidupan  dia sekarang? Korang nak aku teruskan semua tu dengannya dengan macam tu aje ? Aku je berusaha untuk dia berubah tapi dia ? Dia buat apa untuk diri dia sendiri ? Mengadu sana sini retilah !

21 years old  bro , you are adult !!

Guys !! Marahlah aku semahu korang . Aku tak kisah . Cuma ..pandang aku sekejap dan bayangkan aku ni sebagai adik perempuan kau yg berdiri didepan mata kau tu , korang mahu adik kau ni jadi apa ????? Teruskan semua ini dengan dia ? atau ???

Kau pandang jahat aku ,kau kesan bodoh aku , tapi apa someone tu  dah buat untuk diri dia ??? Berapa lama lagi aku nak support dia untuk berubah ?? Yep ,aku faham bila dah kawan baik ,korang tak nampak silap dia kan guys . Aku faham tu..takpa ,aku memang salah . Yes salahnya aku bagi support kat orang yg anggap aku takda apa2 . Malahan korang yang 24jam ada dengan dia ,korang berjaya ubah dia jadi apa guys ?? Cuba tunjukkan aku perubahan tu ?? Cari silap orang memang seronok kan ? Awesome ! * tepuk tangan *

Buat pengetahuan korang , hampir setahun aku berdiri dibelakang dia ,jatuh bangun bersama ,nangis bersama , suka duka bersama , tapi sampai bila dia nak macam tu ??? Aku tak salahkan dia sebab dia pun anak orang kaya ,so tak perlu fikir masa depan . Tak macam aku ni , tak belajar ,tak kerja , aku tak punya apa2,aku tak punya siapa2 , sakit ,pening aku kat sini aku hadap sorang2 je guys , sebab tu aku kena berusaha  habis2an ,aku kena kejar  semua  yang belum pasti aku capai ! Tapi akan aku dapatkannya !!

Sekali lagi guys soalan aku  ,

"kalau aku adik perempuan korang , nak ke korang suruh adik kau tu teruskan semuanya dengan someone tu ?? 😊" setahun tu lama bro , tapi aku dapat apa ? NOTHING !  Dia masih macam tu .. ahh korang je aa yang betul !! Bytheway Aku masih tahu jaga aib orang2 yg aku kenal sebelum ni ,dont worry . Screen shot texts korang aku takkan publickan sebab aku tak reti nak aibkan *member* πŸ˜‰ sebab post aku ni walaupun aku bukan blogger popular , tapi 1 dunia boleh baca kay .. hari2 nak malukan orang pun tak boleh jugak kan ? πŸ˜‚


Apa2pun , doa aku untuk mereka yg kata aku bodoh dan tak guna tu , semoga Allah permudahkan urusan korang , sihat sejahtera sentiasa  , family korang sihat2 belaka, Allah murahkan lagi rezeki dan diberkati pada amalan dunia dan akhirat .. amiin 😍

Bodoh aku bersebab bro , thats all..

STUDY WEEK


Baca tajuk guys ! Ahha aku punya week aa tu . Harini start lah study week aku kat sini . Seminggu !! Study week ? Apa perlu students buat during their study week ? Ahaha giler ! Lagi mau tanya ! Study la bang oii . Fikir nak gelek2 je ke ? Grrrr .

Aku buat apa je  on study week ni ?

Firstly :
aku slowkan dulu laman sosial aku yang ada 2,3 ketol  tu , free 500 %  baru aku online . Atau bila ada timbul rasa rindu2 tu ,aku try2 lah stalk kesayangan yang jauh dimata ,jauh dihati tu.ehh salah ,jauh dimata dekat dihati hahahaha marah ? I tau ,you tak reti marah orang kan ,  terutama kat i kannn .. sebab tu i yang selalu marah2 kat you  , buat you sedih ,buat you sebak , sebu , ape semua tu hihihih sorry tak sakat orang bukan DH namanya  .. tapi hari2 marah pun tak boleh jugak hahahah aku bahan diri sendiri guys ..addoii

Second :
kumpul semua nota terakhir  ( macam tajuk lagu aleycats ) hahahaha okay , kumpul semua nota2 untuk sem ini , then ngadap aa baca sampai lebam ! Agagagaga boleh muntah hijau ko tau tak ?? Adoiii berpinar2 biji mata aku ni aaa. So kalau berpinar2 apa aku buat ? Yeszzaaa  ku lihat hijauuu .. hijau ? Sini mana ada pokok2 ?!!?  Aaa skill guys ..carilah mamat2 arab yang berbaju or jubah hijau ..aaa settle !  Ahahaha dont follow my idea kalau mahu waras lama !

Third :
Aku kena minum banyak air masak ,air mineral ,air mata air ,air zam2 ,air kolah ,air 7 masjid, semua jenis air aku kena minum guys ,asalkan air itu suci lagi menyucikan dan  selamat diminum . Biasanya aku minum air masak dan mineral water je ,air lain2 tu haremm hahahaha mana nak dapat doe ,ko fikir ini negara pembekal air minum ? Kenapa aku kena minum banyak air padahal bukan aku dalam diet  nak kuruskan badan pun ,tapi aku nak exam ! Jawapannya mudah je  ..untuk exam next week ,aku kena pastikan kesihatan aku terjaga . Cukup sihat walafiat , zahir dan batin dan dijauhi dari segala penyakit berjangkit.  Bila air cukup dalam badan , bekalan oksigen dalam darah akan berjalan lancar sampai ke otak dan aku tak mudah rasa pening or sakit kepala sebab all out masa exam . Dan  bagi pihak aku pulak " minum air banyak2 tau " itu adalah perkataan2 rutin  seorang doktor peribadi merangkap doktor pakar cinta ..ahh tak menahan bhaii*

Lain2 , selama study week ni , fokus je pada subjek yg telah dibelajar , jangan fikir lain2 yang takda keluar dalam kertas soalan guys .tak perlu nak fikirkan sedap mana nasik lemak anak dara , tak perlu nak fikir macamana dalam air pasang yg dialami laut pantai barat malaysia , tak perlu fikir duit berjuta2 dlm kabinet tu siapa punya ,siapa dapat , tak perlu fikirkan jugak akhir tahun nanti nak jadi pengapit pengantin siapa , sepupu ? Makcik ? ...semua tu tak perlu !! Fokus subjek korang study je tu !!

Dan guys ..dlm study week ni , janganlah buat nakal2 , jangan lupa padaNya yang dah beri kau berbilion nikmat sejak kau lahir , kalau stress or bosan tak perlulah kontak ex , tapi bukak la AlQuran ,bacalah biar hati tenang . Dan call parent korang  ,minta ampun pada tiap kesilapan korang yg sengaja or tak sengaja kan tu.

Dan lastly .. kekasih2 diluar sana  ,yang buah hatinya tengah perang dengan exam tu ,tak payahlah korang nak try2 curang  ,almaklom buahhati sepi kejap kan . Nanti kantoiii ..aaaaa nyesal dunia akhirat korang kena bedal ..aaa aku cakap je guysss .. btw aku pun dah lama tak belasah orang ni agagagagaga

 * munafik !  jangan percaya ayat aku tu guysπŸ˜‚

Kaylah ..nak keluar beli stock ni , sibok study ,mulot,perut pun asiklah kelaparan kerjanya ..adoiiyaiii .. sabao je laaaa ..


Selamat sejahtera keatas kamu ..

* blow kiss* 😘 agagagga gataaaal !!

MOOD HILANG



Evening guys ..  bila lamunan terhenti , aku baru sedar bahawa  semuanya bakal berakhir disini . Menjadi aku tak semudah yang semua orang jangkakan . Happy ,ceria , cakap lepas , itu hanya dilaman sosial je , reality adalah TIDAK .

So , dalam  waktu yang terbatas ni , andai terlalu banyak ayat aku yang  menyinggung perasaan dan menimbul syak wasangka  korang , sorry guys ,aku manusia tak sempurna.

Aku bukan seorang blogger retis ,bukan orang terkenal ,bukan kaum kerabat yang perlu dipandang . Aku hanyalah aku , seorang perempuan yang cuma layak bersuara di alam maya.

Tak perlu kenali aku lebih detail sebab hadir aku bukan untuk disiasat atau di fokuskan. Hadir aku hanya sebagai penyeri disudut suram korang - pengguna alam maya diMalaya -

Entah kenapa ,lepas masuk class tadi ,mood aku down giler sampai la sekarang ni .aku sendiri tak faham , korang ofcos lah lagi tak faham kan . Ahh lantak lah !!

Aku masih cari mood aku yang lesap entah kemana ..ermm

Salam maghrib dari DH

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 12



Morning mia !

Hi ! Morning too dear ..

Ceria je promoter sejawatan dengan aku tu. Nama dia Rania Steward , anak nombor 3 dari 4 orang adik beradik . Singaporean dan kacukan cina dan Australia  . Not bad lah orangnya ,manja2 liar gitu hihihih . And dia pengamal hubungan sejenis jugak ,macam aku , fatin dan Kawan2 lain. Pengamal ? What the fish doe !! Hahaha perkataan tu mace harem siak !!  Perkataan sampah tu ! Ahahaha delete !

Okay fine tu zaman jahiliah kot , otak masih belum berkembang dan susah nak  berhubung. Dalam kepala cuma tahu nak enjoy ,enjoy dan enjoy. Kalau namanya lelaki ? Ahh TOLONG TEPI SIKIT !! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kerek sey masatu , handsome nak mati pun tak pandang ,apatah lagi yg tak handsome ?? Muntah hijau !! Agagagaga .

Berbalik pada Rania , perempuan lurus bendul ni nafsu dia  kuat tapi otak slow hahahaha . Aku kawan dengan dia hanya sebagai kawan sekerja. Lain2 aku memang tak join sebab dia kristian , dan  gaya hidup dia  jauh sangat bezanya dari aku masa tu. Yang sama is , shes lesbian like me ! Ahak !!

Oneday masa aku online wechat ,dia bersungguh2 nak tahu. Aku tanya dia ,dia ada main wechat ke ? Dia cakap takda , dia just ada facebook dan instagram. Okay aku kata kalau nak try rapat dengan lelaki , aku boleh je buatkan dia acc wechat. Dia tolak . Tapi dari air muka dia aku perasan sangat yang dia berminat nak tahu wechat tu macamana rupanya.

Please install wechat application , then i give you my id and my passward !

Aku pelawa Rania . Hahahaha agak dah ..dia memang berminat . Aku cakap , tengok dulu kawan2 aku macamana kat wechat tu . Kalau selesa pakai je sebab aku dah tak berminat nak on9 wechat masa tu , sebab kepala otak asik lah fikir pasal sakit akak . Then dia pun setuju , and wechat Rania Evans tu dah berjaya jadi milik Rania Steward pula !

Hahahaha rupanya bahasa melayu skema Rania dah jadi bahan lawak kawan2 wechat aku . Kalau korang pernah tengok video pasal budak lelaki Singapura yang peramah sangat tu cakap .." hi awak , tolong jangan pergi " yang jadi viral baru2 ni , haaa gitulah bahasa melayu skema Rania Steward ! Hahahaha bahasa inggeris dia pun bahasa rojak , ala kalau korang biasa sembang dengan Singaporean ,korang akan tahu macamana  bahasa inggeris mereka  ! Awesome guys !!  Asal faham sudah .

Lama jugak Rania guna id wechat tu dan 1 hari aku dapat tahu dia rapat dengan someone dlm group aku tu. Mr Shawl ! Bukan nama sebenar , kikiki cover aa bro ,kang luka lama berdarah kembali la pulak agagagag .Dan bila aku tanya betul ke dia dengan mr Shawl tu , Shes said  " i wanna change my life , my future and my hobby " ahahahah aku tergelak je masa tu sebab aku kenal siapa mereka ni . Aku just said : sure ? Okay let me see .. πŸ˜‰ padahal aku tahu apa akan jadi nanti .

Rania tak jahat tapi dia sikit nakal , Kaki clubbing and kuat ponteng kerja sebab dia selalu mabok2 then tidur tak sedar sampai tengahari. Parent dia pun jenis malas nak ambil port pasal anak remaja nya so , Rania memang lemak2 berkrim  dengan kenakalanya tu. Aku je budak baik ! Agagagag bodek diri sendiri.  Hey kan awal2 aku dah cakap ,aku tak follow perangai singaporean ni . Dia cuma kawan sekerja , tak lebih dari tu kayy!!

Truly aku tak dapat masuk wechat tu lagi lepas Rania gunanya , shes changed my password !!  ini sangat kurang ajar hahahaha bagi betis mahu dada !! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ jilake !

Opsss.. tapi aku ngak kisah dong ,  sebab aku memang dah tak fikir langsung pasal laman social , sampailah akak pergi tinggalkan aku . Ye.. akak tinggalkan aku ketika aku tak hubungi sesiapa pun kat luar sana . Aku takda facebokk ! Twitter ! Blog ! Instagram ! apatah lagi wechat !

Pada aku hidup aku dah takda apa untuk kawan2 laman social tu lagi , sebab aku memang tak punya siap2 dah !! Hari2 aku menangis ,menangis dan menangis ..akak pergi tanpa aku ada disisinya .. hinggalah 1 hari Rania Steward call aku , cakap taknak dah on9 id aku tu lagi sebab dia tak boleh teruskan semuanya ,aku terkejut gak asalnya tapi aku dah katakan awal tadi ,aku kenal mereka ni  dan well ..inilah akhirnya ...hihihi dan boleh sleepwell ke bro?

Jangan kecam saya * πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ok , give me the password .. itu kata2 aku yg aku tak sangka akan keluar dari mulut aku ketika tu ...what the !! Aku macam nak on9 wechat semula ke lepas ni ? Ahh kita tengok kisah lain nanti kay ..sambung kisah ke 13 !

Guys ..rania dah kawen dah , dengan lelaki pilihan family dia . Hahaha padan muka ,nakal sangat , so family risau , thats why kena kawen cepat !! Hahahaha jodoh kan ,siapa kita nak halang hadirnya ..ceh 😊 aku cakap macam aku pro pasal jodoh hihihhi okay lah tu je story sikit pasal id rania evans yang aku pernah guna tu , termasuk juga sorang manusia lain  yang guna  bernama Rania Steward !!

Apa pun ..selamat sejahtera keatas kamu ..

TANYA KHABAR ORANG MALAYA



Hi guys .. pekabo ? πŸ˜† baik ? Sihat ? Okay  just nak tanya tu je ??? hahahahah kay baii!

Sebenarnya aku takda point apa nak taip doe . Tengok tv semua chanel membosankan. Bukak youtube asyik lah tengok cerita hantu , asyik lah cerita cinta , asyiklah asyikk , asyikkkk aaaaasyikkkk , asyiknya bercinta ,bagai dunia milik berdua ,indahku rasa 😍😍

hahahaha layan dangdut sey gua ! πŸ˜‚

Guys  .. fenomena Busan ( taufan ) ,  peserta keamanan ditahan dan dunia dok kutuk perampas kapal , langgar lari  sebiji motor dihighway but brother still berdiri dengan machoo tanpa dapat bantuan orang keliling , dalam meja pulak ada duit beranak pinak sampai 20 juta , orang tu nak putih gebu , kunyah2 putih sudah , orang ni nak sado ,angkat2 longgar seluar  ..arhhhh tu je jajan dialam maya dalam minggu ni yang aku baca. Di facebook , twitter , akhbar online , page2 dan semja lah yang terlibat. Hari2 orang dok update pasal semua tu .  Tapi apa rakyat malaya buat ?

Layan AF la boh ! Ni macam ,gelek2, lompat2,nyanyi2 πŸ‘πŸ‘ ,

Gaduh kat stadium bola sepak  la beb , baru rare ! ✌✌

Cari duit siang malam lah ,berusaha !πŸ‘ŒπŸ‘Œ

tanpa fikir kasih sayang anak bini terabai ?? Alaa  apa susah janji ayang tak curang ! Abang cari duit untuk masa depan keluarga kita , padahal abang layan awek 1 kerja πŸ˜‚πŸ˜‚ .

Okay bang ayang setia , duduk rumah jaga anak2 kita ,padahal ayang pasang 4 skandel kat luar sana  πŸ˜…πŸ˜…

ahh kantoii !!abang kecewa ,pejabat agama jadi mangsa ! File masaalah rumah tangga bersusun padu 2 blok dah tu ! Semua pasal laki buas ,bini tak puas ! Hahahaha nahas - nahasssss.

So harini aku just nak tanya 1 je guys ., apakah korang peka dengan semua tu ?????? Peka kah  pada tiap yang berlaku dikeliling korang ? Apa jadi dengan dunia kita ? Apa jadi dengan Malaya kita  ? Korang kat mana  kah ? Guys ..jika kau seorang lelaki tulin .

Jadilah suami yang penyabar macam Dato Najib
Jadilah pemimpin yang jujur macam Tun Abdullah
Jadilah kekasih yang berusaha macam  Tun Mahadir
Jadilah ketua yang setia macam Tun Hussin Onn
Jadilah ayah yang penyayang macam Tun Abdul Razak
Jadilah  lelaki yang gagah berani macam Tuanku Abdul Rahman


Kenapa aku cakap macam tu ?  Hahahaha korang fikirlah sendiri , semua tu pemimpin kita yang dah berjaya naik kan nama Malaysia di mata dunia ni , aku malas nak cakap banyak ,nanti pendapat kita lain2 . Tapi aku dah layak mengundi doe hahahah beressss 😚😚

Sebelum aku berhenti naip ,just onething , tutup aurat tu wajib kan bang dan andainya isteri lalai ,suami wajib tegur sebab dosa dikongsi bersama nanti. Dan andai suami abai solat , celah mana nak fokus tanggungjawab ? Anak bini tunggang langgang bang .. maaf kalau silap , saya pun tak perasan calon suami saya nanti type apa ? Adoiii ..maaf sekali lagi .😊 mohon yang baik2 buat keluarga kita kan guys .. hari2 nak buat dosa pun tak boleh jugak πŸ˜…πŸ˜…


selamat sejahtera keatas kamu


** ..kay  sleep jap, malam jumaat banyak tanggungjawab nk kasi settle πŸ˜„πŸ˜„


SEMBANG TAHUN BARU



Salam Maal Hijrah guys .. semoga tahun baru ini lebih bermakna buat korang pada amalan dunia dan akhirat . Tiap hari nak havoc  pun tak boleh juga ..

Now , korang sure dah lunchkan , sedang  aku ni baru nak breakfast ! Sorry sejak kebelakangan ni sangat sibok , memang tak sempat nak merepek2 dlm blog ni. Apa pun aku masih lagi aku guys , korang jangan takut aku berubah okay. Selagi aku tak ubah hati dan perangai aku , aku masih orang yang serupa !

Ada someone beritahu aku ,yang dia sedang berusaha merubah perangai insannya yang tersayang , dari baik utk jadi yang baik2 . Good job bro ! Macam tulah lelaki , bila kita jumpa seseorang perempuan yang baik , maka tugasan kita seterusnya jadikan dia lebih baik , supaya  dia tahu bahawa dia bukan saja baik , tapi tergolong dlm ketogeri orang baik2.

Korang faham tak maksud aku ? Try la to understand  ! Aku ni jenis cakap suka celah2 , all out tu nanti ada pulak terasa hahaha ragam dunya guys , cakap pasal orang lain ,orang lain pulak yang sentap . Nak buat macamana ? Layankan jelah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

sekali lagi aku cakap guys ..aku tetap aku , biar tahun mungkin berubah ,aku masih aku yang dulu .. cuma minda je ni dah mula cekap sikit kot. Tahu dah mana halal haram ,mana dosa pahala . Alhamdulillah..

selamat sejahtera keatas kamu ..


AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 11


Minggu depan akak nak pergi Subang ! Awak nak ikut ?
Akak tetiba  bersuara masa kami sarapan bersama pagi tu

What ?? Buat apa pergi sana ? Nak jumpa siapa ? Cari Herry ? Cari Zaid ?? Nak pergi mana ? Kampung Subang ? Subang jaya? *budak subang jaya ,memang ada gaya* hahaha dalam blur2 sempat nyanyi rap sey !! πŸ˜‚

Sebenarnya aku tekejut beruk guys sebab setahu aku ,aku takda family yang duduk Subang kecuali budak2 Kampung Melayu Subang tu jelah .

Nak jumpa ljat , plan nak bawak  7,8 orang budak2 kereta ni untuk join bisness dia tu. Nak tolong dia , akak dah bincang dengan Fibo dan dia setuju nak drive kesana. Mungkin dalam 2,3 kereta gitu , malam lepak icity pulak , jomlah ikut .

Panjang lebar perempuan ni beri penjelasan.

Ermm..sabtu ahad depan orang kena kerjalah kak ,O.T wajib sebab minggu ni orang dah  cuti , takkan next week pun nak cuti lagi ,marah pulak boss tu. Dalam hati kecewa giler sebab tak dapat join  team akak tu. Sorry

Jap2 ! Ijat akak tu tau ke akak nak datang jumpa dia ?
Satu soalan yang aku rasa wajib aku tahu.

Belum , tapi akak dah pm dia kat wechat , tunggu dia balas je .
Jelas akak ringkas dan aku mula gelish

Kak ..better cancel jelah niat korang nak ke kampung Melayu Subang tu , orang rasa dia takkan balas la . Silap2 wechat akak dah kena block or delete dengan dia .

Aku cuba jelaskan sesuatu kat akak, tapi punyalah susah nak luahkan. Adoii ketat giler otak aku time tu .siyes ketat ,macam otak  anak dara ! Hahahaha kuaja je ayat . Bila anak dara je nak ketat ,bila ketat je ingat anak dara ..puihhhh ... kamu jaahhaaaattt  ....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Laaa...kenapa pulak ? Awak gaduh dengan dia ?
Akak mula buat muka poyo depan aku.

Bukan je gaduh , tapi dah delete semua pasal orang ni dengan dia dah pun kak ,tiada rahsia antara kita hahahaha orang bukan lagi gadis milik dia  ,orang dah bebas dari belenggu irama cintanya la kak..

*guys ... korang try bayangkan , kat stadium bukit Jalil tu ,penuntun buat ombak ramai2*

hahahahaha happening giler mereka meraikan jiwa aku yang dipersiakan oleh Ijat kak Lyen itu . Nok hare ! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ bravoo !! bravoo !!  Belon 50, 000 biji berterbangan menuju angkasa

 πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. πŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ ( meriah giler ) hahahahah

Kak Lyen  tunduk diam.

okay lah , cancel jelah pergi Kampung tu , pagi ajak diaorang lepak PD  , then petang sikit pergi icity jelah nanti .

Okay akak dah buat keputusan yang sangat tepat bagi aku  ! Aku lega giler ,aku taknak akak aku rapat  dengan budak pembuat kopi berpusat biji durian  itu lagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kejam tak aku masa tu guys ? Ofkos ,al maklum playgirl la katakan 😍😍😍 kisah pulak aku ? Lalala*korek telinga pakai bulu ayam*

kak ..buat operation ea ? Nanti gaji orang tu tiap bulan orang simpan untuk kos ubat akak , mulanya orang niat nak beli kawasaki macam along anak aunty Lia tu  tapi takpalah , guna beli ubat akak lagi bagus . Kita berubat ea kak ? *aku selit sekali lagi adengan memujuk akak *

Noooo ..tak nak !! Dah terlambat dah , dah stage 3 , akak tak nak buat apa2 operation !! Biar je macam ni ,kalau sakit ,  akak boleh tahan ,makan ubat tahan sakit ,nanti hilang lah sakit .. duit gaji awak tu ,baik awak simpan untuk awak teruskan belajar nanti . Jangan persiakan pelajaran selagi awak masih muda ,akak nak awak berjaya ,biar orang cakap ,awak jahat ,awak liar ,awak degil , tapi biarlah jahat tu jahat yang punya ilmu dan akal , bukan jenis jahat yg bodoh sombong .

Peh ..akak buat keputusan ikut kepala dia sendiri ! Aku sebak ..aku tunduk pandang lantai , air mata aku satu persatu menitis , kali ini akak betul2 tegas dengan kata hati dia ,aku tak berdaya nak paksa . Sedang mama dan ayah katanya puas dah menangis ,merayu ,memujuk akak , tapi akak tetap degil ..ermm aku celaru guys nak pujuk akak gaya apa .. bapak buntu masa tu ..adoiii hantuk kepala kat bantal jelah ..

aku terfikir2 ,siapa lagi boleh bantu aku untuk pujuk akak ? Nenek ? Abang Deen ? Dek E ? Arhhh .. bf dia ? Eh ..siapa bf dia sekarang ?? Arghhhh serabut oiiii !!!


kaylah , untuk normalkan otak yang serabut , bagi masa aku rest kejap ea .guysss

nanti sambung **


AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 10


Hey ! Kenapa balik ? Awak tak kerja ke malam ni? Tetiba kak lyen muncul dari pintu ,padahal aku dah tunggu dekat 30 minit .

Err .. cuti , barang tak ada .. *aku tipu akak* Kenapa lambat bukak pintu ? Sejuk dah orang ni tunggu kat luar lama  , kalau ada penculik habis la orang dah kena bawak pergi jauh tau aaa..tak sayang orang aa tu , hahaha aku merunggut sebab pintu lambat dibuka ,padahal aku malu budak bujang sebelah rumah tu dah 3,4kali jengah aku dari tingkap rumah dia , seram jugak kalau dia keluar then pelawa aku masuk  pintu rumah dia pulak nanti hahahaha ada kang aku layan cerita geli2 kegemaran dia hahahahaah puuuiihh selisih  , mintak simpang laaa !!!

Mama mana ? Aku pandang tepat muka akak , a ah cengkung je mata dia , memang nampak sangat dia tengah tahan sakit.

Mama tido dah , akak tengah layan movie tadi , pakai earphone , adik E tido , sorry .tak dengar langsung awak call , awak  bagi salam. Naik apa awak balik ? Sambil menuju ke ruangtamu akak bercakap pelahan tapi nonstop dan aku follow belakang akak . Ermm makin susut badan dia 😒

its okay , Fatin datang Singapore ,orang tumpang la dia balik .*aku menipu lagi*

Nak minum ? Nanti akak masakkan air. Haish perempuan ni ,dia layan aku macam tetamu dia pulak kan.

Akak nak minum ke ? Kalau akak nak ,orang nak la jugak ! Hihihi aku memang malas nak bancuh air sebenarnya tapi kalau diberi ,aku ambillah ,rezeki guys jangan tolak !

Okay ,tunggu kejap akak ke dapur ,masak air . Kak lyen tinggalkan aku kat ruangtamu sengsorang terbaring atas sofa. Mata aku tak berhenti dari pandang kak lyen sampai hilang susuk tubuh tu kearah dapur rumah .

Pandang siling rumah , pandang dinding rumah, pandang handphone kat tangan  ..its nothing !!!

Kak ..orang tanya boleh? Aku mulakan perbualan. Kak lyen dah bancuhkan aku 1 mug air nescafe panas , dan 1 mug lagi nestcafe 0 untuk dia sendiri . Akak aku tak suka susu !! Itu reality tapi susu kambing dia boleh telan pulak  adoii ,pelik 2..

Tanya lah .. sambil hirup air nestcafe 0 panas ,akak bersuara perlahan.

Kak ..awak sakit apa ? Aku pandang tepat wajah akak

Sakit ? Sakit apeee ? Mana ada sakit ? Akak perbetulkan posisi duduk dia disofa tu sambil tangannya  capai remote astro . Satu persatu chanel astro dia tekan , tapi dia tak tengok betul tv tu .aku masih perati telatah akak .

Kak ..cakap la betul2 , orang serius ni , akak sakit apa ? Mama ada cakap kat orang yg akak sakit , tapi kenapa kami tak tahu ? Kenapa akak tak beritahu ? Kenapa nak sorok dari kami ? Aku dah mula rasa suara aku tersekat2. Kat kerongkong macam ada tulang gearbox yang tersangkut padahal aku tak telan pon tulang tu ,huh !!

Kak lyen masih pandang tv ,masih menekan2 button remote astro yang semalaya sudah tahu ,kalau kata  astro lah kan  ,20kali korang bukak pun itulah rancangannya . Ulang ,ulang dan ulang ! What the astro ?? Bosan sey !! Ingat comel ke tengok chanel ulang2 ni ?sumpah la tak comel !!  πŸ˜‘

kaaakkkk .. aku dah mula merengek depan akak . Dia pandang aku . Dia tenung muka aku . Lama ! Tapi aku tak sempat nak kira berapa minit sebab aku pun tak tengok jarum jam masa tu ,tapi aku tengok akak !

Aku tenung muka akak tanpa sepatah kata. Akak letak remote atas meja dan menyandar disofa .Dia tak pandang tv lagi , dia tak tekan button remote lagi , tapi dia diam ,pandang aku dan  menangisssss ..

aku bangun dan pergi kesofa akak duduk tu ,aku peluk akak perlahan .


Kak ..😭😭😭


itu je perkataan yang keluar dari bibir aku , dan kami nangis sama2 dalam pelukan bloodsister tengah malam tu . Aku dah biasa peluk perempuan dan aku tahu akak memang perlukan aku untuk dia lepaskan semua airmata derita dia selama ini . Selama ini dia sorok2 supaya semua orang tak tahu yang dia tengah sakit , yang dia telah dikecewakan , yang dia telah ditipu oleh kekasihnya sendiri , yep terlalu banyak airmata yg akak sudah sorok dari aku  dan semua orang .. aku biarkan airmata turun sepuasnya ,aku tak lepaskan pelukan aku dan akak masih dalam pelukan aku untuk mendapatkan ketenangan malam itu .

Sorry guys ..aku tak kuat nak teruskan nya malam ni ... 😭😭 sambung lagi kay



SUDAH ADA TEMAN PENGGANTI




Aku pun tak tahu ,sampai bila he will belongs to me and be my mine . Sekarang ni dia berada didunia baru dia .dikelilingi kawan baru ,lelaki dan perempuan yang baru dia kenali. Aku tak akan  halang semua itu kerana  dia memang perlukan perubahan dalam hidupnya ,termasuklah  ubah kawan2 dan orang  tersayang . Huk alorhhh πŸ˜… aku ? Biarlah aku macamni  dan Aku pun akan biarkan je dia macam tu . Bila dia perlu dia akan cari aku  ,bila dia tak perlu , makanya abaikan je aku ni disini . Simple  right ?


The endssssss ... !!!



Sorry guys ...
itu ayat aku beberapa bulan lalu , tapi kali ni tak lagi sebab si dia dah pun jumpa teman  pengganti ,  ciaaa ,ciaa ,ciaaa , tahniah bro ! Alhamdulillah ,akhirnya awak jumpa jugak sekeping hati yang mampu awak sayangi . Sebab tu bila awak cakap ,nak tunggu saya sampai saya habis study , kita fokus hala tuju masing2 dulu ek? sumpah saya tak percaya !! Sebab saya tahu perangai awak macamanaaa .. hahahaha well ..apa ada hal , saya pun bukan  jenis perempuan yang  layak dibuat isteri kan ? Bloodbrother pun cakap saya ni playgirl orangnya , not bad bro !thank youuuu ! Kita tengok coming soon ,siapa layak dan siapa yg tak layak okay ? Boleh bha kalau kauuuu πŸ’‹πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Bytheway lama dah sebenarnya aku simpan draf ni guys ,aku just tunggu detik sejarah ni je,and now aku kena jugak publishkan sebab detik tu dah tiba πŸ™ŠπŸ™Š

Selamat sejahtera keatas kamu ... chawww

MOOD YANG MEREPUT


Celaru la guys.. 2,3 harini aku free jugak la kan, sebab assignment dah siap , tinggal layan nota yang bersusun untuk trial next month nanti. Selebih masa aku bantai membuta dan lepak dengan "kecintaanku" 😍..😝

Kamu belajar untuk apa ?

Tanya lecterur tempohari kat class . Jika kamu belajar untuk kerja ,ada baik kamu pulang saja , berhenti pegang buku dan nota , berhenti pergi ke class ,berhenti untuk  pergi ke kampus. Berusahalah kamu dibumi Allah ini , tanpa menduduki peperiksaan. Banting tulang empat kerat kamu dengan usaha dan doa ,insya Allah rezeki kamu ada dimana2. Usah dera minda kamu yang malas berfikir itu,kerana kamu memaksa dia berkerja ! Deep#

Ditanya pada Nasser ,kamu belajar untuk apa ?jawab Nasser , untuk capai cita2 dan untuk masa depan lebih cemerlang dan lebih berkualiti. Namun rupanya ternyata salah jawapan Nasser.

Guys ..belajar untuk ilmu , ilmu penting untuk hidup ,ilmu juga penting untuk mati , ilmu boleh buat manusia dihormati ,biar pun tak handsome atau comel tapi bila dia punya ilmu , dirinya sama taraf dengan orang hebat ! Tapi apa cerita bila puas belajar , tapi kita gagal dalam pelajaran ?

Kata Lecterur lagi ,bila kamu ada ilmu , tapi kamu gagal exam ,sebenarnya kamu masih belum gagal . Sebab exam tidak dibawa dalam kehidupan nyata , tapi exam hanya penyudah buat para pelajar. Slip result hanyalah tanda yang kita sudah mengambil peperiksaan standard itu , tapi bukan bermakna kehidupan kita dimasa akan datang adalah cemerlang !

Guys ..setelah puas belajar , kita layak diuji . Walaupun keputusan  tidak memuaskan , atleast korang sudah berusaha ,bertahun pikul beg galas berisi lappy tu ,korang fikir korang kacak bergaya ? Bertahun mengangkut nota kehulu kehilir tu ,korang rasa korang comel ? Grrrr ..market boleh turun tau tak ?? Hahahaha

Macam aku , aku belajar kerana beberapa sebab ,antara sebabnya : sebelum ini dunia aku hanya enjoy dan berpeleseran, so aku masuk dunia pelajar ini semata2 aku nak jauhkan diri aku dari dunia sebenar aku . Ternyata ,masyatakat keliling amat mempengaruhi dunia aku. Hampir setahun aku di dearah *luar kawasan* akhirnya aku lupa siapa aku yang dulu dan aku menjadi aku yang sekarang.

Korang nak complain pasal aku tak guys? Aku serabut giler harini aa doe 😣

Kay.. lepak dengan housemate jap !

MOOD NOW



From now on, 

I will expect nothing,

And  just take what I get.


Damia Hazirah  !

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 9


Aku  : Beb ! Esok tak kerja kan ?amek aku ea  kat sini ..

Fatin : ko cuti ke doe ? 

Aku : tak ah ,aku amek emergency leave .

Fatin : pehal beb ?

Aku : nanti aku story aaaa ..

Fatin  : okay lah , esok lepas hantar adik2 pergi sekolah aku masuk Singapore amek ko

Aku : lepas solat subuh tak boleh ke doe ? Aku nak balik cepat aaa 

Fatin : kalau urgent malam ni je aku masuk  sana amek ko !

Aku : bole ke ? Ko free ke ?

Fatin : takda hal laa ,boleh tak datang malam ni?

Aku : okay, kayy , pukul berapa pun aku tak kisah beb ,asal ko boleh sampai sini amek aku then  bawak aku balik rumah mama aku malam ni jugak!! Wey naik motor boleh tak ? Cepat sikit  , boleh cilok2 nanti.

Fatin :okay okay ,roger !

Tepat 1jam 30 minit lepas kitaorang cancel call , fatin dah sampai dengan motor kesayangan  dia , aku tak bagi dia naik flat tingkat 12 tu , buang masa je , sebab aku dah tunggu dia di lif masa dia ontheway tadi .

Dalam kepala otak aku just nak balik , dan sampai rumah mama malam ni jugak !!

* Salam fatin  , kiss pipi dia dan capai helmet*

Aku bawak boleh ?
Aku minta izin bawa motor Fatin

Taaak payah ! Aku je bawak ,ko nanti habis semua lampu trafik kau redah !
Fatin reject

*aku angguk akur dengan perasaan hampa*

Thanks ea beb ..
suara aku sekat2 tahan sebak atas motor

sama2 ,ko pehal mia ?
Fatin tak senang tengok perangai aku malam tu

esok  aku cerita ah, aku nak jumpa kak Lyen dulu , aku nak kepastian dari dia.

korang gaduh ke???
fatin main teka2  pulak .

eh takda la , nanti la ,aku confirmkan ceritanya dulu then esok ,siap je aku share kat ko ea beb.

Dan motor Fatin lari kencang mencelah kereta2 dijalan Kota Singa , tak sampai 10 minit aku dah beratur dikawasan motor di pemeriksaan kastam ! Part ni bosan !!! @#$/^*&%÷ !!! Kepala otak aku just cepat sampai rumah dan nak jumpa kak Lyen !

Nak minum dulu tak ? Singgah cafe ke ?
Fatin pelawa

tak naaaaak ! Aku nak jumpa akak malam ni jugak la beb ..pleaseee
Aku merayu kat Fatin sambil tahan sebak .

Okaykaykay ..
Fatin memang tak boleh tengok aku merengek merayu ,nanti dia gelabah . Dan motor makin laju berlari diatas highway Pasir Gudang .

Assalamualaikum ..kak Lyeeen .. mamaaa..Dik E !! Akak!! Maa !!
Aku dah macam pekerja along nak kutip  hutang dah . Aku goncang pintu pagar rumah mama bertalu2.

Fatin pelik pandang aku .

Beb ,nak masuk tak ? Fatin geleng2 kepala .

Ko uruskan apa yang perlu dulu , nanti settle ,call aku ea ?
Suara Fatin perlahan.

Aaa..okaykay,

*aku salam tangan fatin , kiss pipi dia yang sejuk lepas  kena angin malam , fatin tak banyak bunyi dah , start motor perlahan dan aku ucap thanks ..dia senyum dan terus pergi dalam gelap malam. Balik rumah atau pergi minum ,aku tak tau lah .

Tapi mana orang2 dalam rumah ni ??

Addoiii ..



kay la .. nak tidur kejap , nanti i sambung lagi ea bangg..*gedik campur sedih *

UP TO YOU


Guys ..
Bila kita kenal someone  ,biarpun kau rasa dia sangat rapat dengan kau , bila dia buat baik kat kau , kira untunglah kan kenal dia . Tapi ada segelintir golongan manusia ni , mereka suka sangat mencemari tiap apa yang mereka jumpa . Biarpun dari jarak beratus kilometer ,mereka boleh buat andaian macam2 tentang seseorang itu .

Contohnya aku je guys . Tak semua orang kenal aku , tapi aku cuba buat baik dengan semua mereka , join kelompok mereka  ,ikut rentak mereka  , tapi bila silap aku sikit je , aku lah orang paling teruk kena kecam dari mereka . Tak hairan lah bila ada yang kata aku Playgirl , aku tomboy ,aku pondan , aku itu ,aku ini , kisah pulak aku ? Nooo !

Puncanya 1 je guys .. yep puncanya adalah kerana mereka tak jumpa aku depan2, face to face , calling2 aku . Mereka kenal aku semata2 dengan baca moment2 yg aku update , status facebook yang aku taip , tweet ditwitter , idea senget diblog , balas pm tiap kali mereka pm aku  , so tak  mustahil macam2 spekulasi pasal aku orang luar sana buat .

Apa ? Korang ingat aku MH370 ? suka2 korang nak buat spekulasi ? Ni Mia la bhaii . Mia kalau dah sayang ,dia sayang sungguh2 ,kalau dah benci dia takkan benci ,tapi dia akan pergi . Korang dekati aku gaya apa pun ,mustahil korang dapat selami perasaan hati aku yang sebenar2nya .

Aku ada gaya playgirl ?? Meh sinilah nak tau aku play apa? Playkan girl or aku play kan boy , Duduk depan2 aku , tengok biji mata aku yang sepet ni , bercakap direct dengan aku pasal kehidupan yg sebenar ! Kalau cuma tahu berpeleseran macam musafir digurun sahara tu better korang duduk diam2 ,gentel tasbih . Sebab apa yang kau lihat aku di alam maya ni  ,200% berbeza dari kehidupan reality aku  . Tak percaya ? Pergi lah tanya insan2 kerdil yang pernah calling2 aku diluar sana . Siapa Damia Hazirah yg sebenarnya . Tak bangun naga jadi hantu ,jangan panggil aku DH la ok !!

Guys ..dosa dengan Allah korang boleh bertaubat ,dosa dengan manusia ,bila korang dah pandai tabur fitnah ,kalau dia tak maafkan , astaghfirullah halazim ..istifar banyak2 guys . Jangan aku tak maafkan dosa korang buat cerita pasal aku,sudahla okay ?

Aku tak marah just terkilan la wey ..k ,baii nak join class jap lagi ..

Selamat sejahtera keatas kamu ..

I AM SORRY



Guys ..
Kisah aku " pengguna terakhir id rania evans "  terpaksa aku stop . Bila tiba part aku dapat tahu akak sakit kanser , siyes  ..i can't type anything .idea aku blank !! Aku nak mula je mesti airmata aku turun laju ,aku throwback je , nafas aku jadi ketat ,dada aku terus  beku guys ..sorry guys .. aku tak kuat 😭😭

Banyak dosa aku dengan akak aku guys . Tak tertanggung oleh diri aku sendiri . Sorang adik yang degil ,nakal dan teruk , aku dah buat jiwa sorang kakak tertekan dalam masa yang sama ,dia sedang menahan kesakitan sendirian dlm dunia dia . Sedang aku ?!! Hari2 buat perangai giler !!siyessss ..aku lemah part ni .

Aku dah kira2 , ada lagi hampir 20 bahgian paling sikit aku nak share dalam blog ni, tapi buat masa sekarang ,aku memang tak mampu guyss..sorry ea 😭

Okay aaa, nak siap2 pergi class kejap lagi .

Selamat sejahtera keatas kamu ..

HAPPY BIRTHDAY TO ZARUL


Sorry dear , dengan assignment melambak2 ni , dengan test online yang coming soon , dengan  trial yang pasti datangnya next month  , i tak dapat send hadiah kat you , lagi pun sebab jarak terlalu jauh antara kita, nanti hadiah sampai kat you masa i dah balik Malaya kot hahaha better tak yah dulu okay , and di kejauhan ni ,hanya bacaan surah AlFatihah hadiah paling mampu i beri untuk you after tiap selesai solat 5 waktu i kat sini harini, hope Allah makbulkan doa2 i , panjang umur , Murahkan lagi rezeki , kerja elok2 , Jaga family , sayang adik beradik ,Sayang parents ,Sayang semua kawan2 yang sayang you !

Semoga you fokus dalam ibadah seharian, sebab iman tak dapat dijual beli , iman jugak bukan dari harta keturunan datuk nenek moyang kita. Iman datang dari jiwa dan hati yang semata2 LILLA HII TA'AALA  , bytheway i pesan2 bukan sebab i ni alim ulamak or ustazah pilihan tapi i pun dalam usaha  memperoses iman dalam jiwa ini , supaya sebati dan kekal kental sampai  mati , Harap you tak kecewa dengan hadiah sebegitu okay?



Janji dihari lahir ni ea? Thanks dear ..😚😚😚

Sayang take things slowly tau. I tahu sayang , banyak masalah you kena fikir. Masalah yg bukan masalah you pon. Just nak you igt sayang. I sentiase ade. Tmpat you nak share everythings. Sikit pon i tak pernah fikir you susah kan i. Malah i lg nak you share everythings. Sbb i feel happy sayang. If can be part of your life. I wish i had the chance to support and help you dengan masalah you semua. You can trust me dear. You the only one i have and love until the end of time 😍😚


        *Happy birthday sayang , Allah selamatkan kamu* 




Thanks sebab susah payah nak happykan dunia i selama beberapa bulan ini . Thanks so much , Allah jua mampu balasnya..

#alhamdulillah
#happy23
#keepsayang
#keepsetia


AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 8


Dalam masa 3 bulan dalam kem aku dapat  rasa macam ada  something happened kat luar sana. Naluri aku kuat cakap macam tu . Berkali aku musnahkan andaian tu , kata aku ah maybe just perasaan , tapi  fikiran yang buruk tetap ada . Cukup 3 bulan , aku dah takda mood  nak balik rumah , semestinya hidup dalam kem PLKN sangat2 indah . Hahaha sebab tu agaknya berkali mama pesan , masuk je , nanti awak tahulah macamana suasana kat sana .kalau anak  orang lain boleh ,kenapa tak anak mama?  Yess mama , you are rite ! Seronok duduk dalam kem PLKN  sebenarnya, lagi2 jenis macam aku yang aktif dan kadang2 hiper jugak ahahaha tapi aku hiper aktif part  lain je ea ahaha

Malangnya plan pertama aku gagal sebab mama tak izinkan  aku kerja di Mersing tu  (kawasan kem PLKN ) kata mama lagi ,cukup lah 3 bulan awak jauh dari mama ,ayah , kak Lyen dan adik E . Lepas ni tak payah pergi jauh lagi dah .

Merindu itu sakit kan ma ?

Hihihihi aku dah puas rasa semua rasa rindu yang sakit  tu tapi aku tak cakap siapa2 pun . Tiap malam aku nangis sebelum tidur ,ingat kat mama,ayah, adik E dan kak Lyen . Ingat kawan2 L5 ,ingatkan buah hati si pembancuh kopi jugak !

Malangnya bila 2bulan aku keluar dari kem , ada 1 perasaan kurang senang bermain diminda perempuan aku ..dan tepat sekali .. *buah hati sudah ada yang lain , dan aku tak dapat dah nak buat apa2. Dengan alasan aku terlalu kasar , degil dan agak kurang ajar ,makanya dia reject cinta jarak jauh kami. Logik tak ? Ah lantak , cinta tak boleh dipaksa2 kan ? aku nangis ? Tak !!! untuk merintih meraung sebab kecewa cinta ,bukan aku !! sebab aku tahu yang aku sedang berhadapan dengan manusia bernama lelaki . Ahh ini makan dia !! PADAN MUKA kau Mia !! Hahahahaha gelak puaka sorang2 aku guys !

Serta merta aku teringat kata2 fatin dulu dan aku termenangis juga akhirnya , yeeeeee  AKU MENANGIS SEBAB AKU TERLALU BODOH !! Sangat2 bodoh ..

Lama jugak aku menyepi dari wechat . Akak tahu apa yang belaku , tapi akak tak cakap banyak sebab aku tahu ,selain herry , akak memang sayang sangat2 adik herry tu .sebab apa !? Kenapa !? Aku tak tahu sampai saat ni . Panggilan untuk dia pun akak aku panggil lain , bukan nama yang kawan2 selalu  panggil .Malah akak lebih salahkan aku ,adik dia sendiri .aku tak banyak bunyi dah lepastu sebab kalau aku katakan yang betul pun ,aku tetap salah dimata akak .okay fine !! Mia adik akak ni jahat ! Ijat akak tu budak baik !! Okay orang akur tu kak !? Jerit hati aku sayu dan akak tak dengar akannya.

Berhari2 aku merintih , ada orang kisah ? Langsung tak da !! Thankssssss !!

Aku bawa hati yang menanah tu ke kota Singa. Kat Singapura aku duduk rumah Aunty Lia aku . Adik beradik mama . Seorang single mother beranak 2. Along anak lelaki sulung aunty sudah pun berkerja disalah sebuah syarikat pembuat smartphone dikota ini . Satu hari ,along ajak aku kerja disyarikat dia bekerja ,sebagai promoter . Aku mulanya tak nak sebab takda pengalaman ,tapi along kata ,kalau pandai speaking ,semua akan berjalan lancar .Aku setuju !! Tapi aku cuma bekerja parttime ,sebab aku takda permit nak duduk lama kat kota tu .

Satu hari , masa tu offday aku , tengah golek2 dengan sepupu perempuan aku Dhia sambil layan movie  , mama call ..

Mama : dik ! Awak tahu tak akak awak sakit ? Dari nada suara mama aku dah dapat rasa something tak kena

aku : sakit ?? Sakit apa ma? Sumpah ,Lillah orang tak tahu apa2 pun , aku bersumpah memang aku tak tahu kak Lyen sakit . Hari2 senyum ,bebel depan aku ,macam okay je

Mama : akak awak ada kanser payudara stage 3 ! Mama nangis dan suara mama tenggelam dalam tangisan itu.

aku : WHAT ?!!! Mana mama tau semua ni ?? Siapa beritahu ma ?? Aku mula rasa tak tentu arah , dunia hitam pekat dikeliling aku ,telinga tak dengar apa2 , yang aku bayangkan hanya wajah lembut akak aku ..KAK LYENNN ..😭😭😭😭 ..

**class dah start ea bang , i join class dulu kayy ,nanti sambung ..


AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 7


Dik ! Kakak awak dah uruskan kemasukkan awak ke PLKN yang tertangguh dulu tu . Bulan 12 ni  awak pergi * mama tiba2 bersuara

Hah ? Orang kena pergi PLKN ??adoii tak payah kenapa ???* aku mengeluh perlahan

Pergi jelah , bukan lama 3 bulan je kan *mama sambung bersuara,kali ni lebih keras

Korang memang tak sayang orang ni lagi kan ? Sebab tu bersungguh sangat nak orang  join PLKN tu kan ??? * aku memberontak depan mama !

Siapa cakap ..?*mama pandang tajam muka aku

Yeeee !! Semua orang dalam rumah ni dah tak sayang orang ni !!!! Sebab tu nak sangat orang duduk hutan tu jejauh dari semua !! *aku jerit dan jerit

Awak dah kenapa ??tak boleh cakap elok2 depan mama ke ??*akak keluar dsri bilik dan tangan dia dah hampir cecah ke pipi aku.


Bila urusan sekolah selesai ,kemas semua barang2 yang perlu dibawa, list ada atas meja kat bilik awak tu , akak dah print kan. Apa jadi sekali pun , awak kena masuk kemPLKN  tu!!*alamak ..akak aku dah keraskan suara dia ?

Mama hilang ke dapur , tinggalkan aku dengan akak diruangtamu rumah .

aku tenung muka akak tanpa sepatah ayat. Biji mata ni kalau pakai screw ,maybe dah tercabut screw nya kot ,sebab aku kalau marah ,biji mata aku memang main peranan , nasiblah mata sepet,so taklah seram sangat orang lain tengok .

akak tinggalkan aku ,terus kedapur tolong mama masak barangkali. Aku ? Arhh nak nangis siakk !! Macam2 bermain dibenak otak aku ni . Duduk kem ? Tanpa Fatin dan kawan2 L5 ??tanpa chatting dengan buahhati kat wechat ??? Kena bangun awal??campur dengan perempuan2 gedik dan lelaki2 yang entah dari mana datangnya tu ??? Arhhhh ... mampossss !! Aku hempas badan atas tilam dan entah  berapa lama atas tilam tu ,akhirnya aku terlelap ..

titt..tittt..titt...
tangan meraba phone ..

morning sun shine πŸ’‹

Haaaa ? Morning ?? Morning abah dia ! *aku tengok jam , peh dah jam 8 pagi sey !! Aku tidur dari malam tadi dan takda orang yang kejutkan ?siut !!  Mentang2 harini cuti , grrr ..

Dan aku berbalas message dengan someone yang wish morning tu hampir 2 jam ! Peh kalau tak sayang ,takdanya aku serajin tu menaip . Lalala orang angau lah katakan, ajak apa pun layan je bhaii , cinta sampai mati tuuuu , hahahaha dan bila aku cakap aku kena masuk kem PLKN , semua orang macam sedih , entah sedih betul ke olok2 , aku tak tau la hahaha Fatin, Jojie , Dhina ,Locca , dan buah hati*

Buah hati  : nanti i rindu you ..ermm

aku : i janji nanti week end , i cari you kat wechat ea ?

Buah hati : ala ,nak tunggu seminggu by seminggu tu yg sakit sayang

aku : you ingat you sorang ke rasa macam tu ? I tak rasa ?

Kami :  * tahan sebak * krik krik krik ..

Tulah kalau tengah angau , asyiklah nak berkepit 24 jam , tapi disebabkan dah tanggungjawab , aku relakan je apa jadi kat diri aku lepas ni . Aku lebih kepada pasrah ..



**nak tidur kejap , ngantukkk..nanti sambung ea


AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 6


Macamana you dapat id i ?*Mamat tu pm aku ,lepas dia balas add aku petang tu

Rahsia ! * Ahak !! Ulat bulu naik daun oii, merenyam je ko mia kan?cakap kat diri sendiri ,  kikiki

Ala, cakap je ,bukan i marah pun , i suka  kut ..hehe *Peh ..ayat mamat ni memang tak boleh blah bisik aku

i jumpa  id you kat fb abang you , so i add jelah *betapa aku katakan yg jelas lagi  jujur dong

oh , fb you apa ? You kawan herry ke ? * banyak soal pulak mamat ni

herry kawan akak i , i takda fb , selalu guna fb akak je , kenal yenda ixati ? *padahal aku tahu ,hampir 40% budak kampung Subang kenal siapa yenda !! .tapi aku saja nak jual minyak kat mamat ni so pura2 tanya .

kenal sangat , a ah dia kawan herry , tapi sekarang diaorang kawan lagi ke ? * eahh abang ko ,ko boleh tanya aku ?? Sepak jugak mamat ni karang .

entah la ,i pun tak amek port pasal siapa kawan akak i , sebab akak jenis ada bf or kawan rapat tapi tak suka nak share dengan siapa2 termasuklah i , semua aktiviti alam maya dia adalah rahsia , pelokek akak i tu ..erm * aku termengadu kat mamat tu pulakkk

oh ..okay ,takpa * peh cool je dia jawab siakkk ..i likeeeee kikiki

Esoknya ..esok dan esoknya kita orang still balas2 pm. Bytheway mamat tu budak lepasan SPM dan baru bekerja kat secret resepi sebagai pembancuh kopi ,not bad memang awesome  hasil kerja beliau, aku pun respek kay  dan walaupun aku tahu ,aku tua setahun dari dia , tapi kisah pulak aku ? Hahaha this is Mia !! I don't care who you are !! πŸ˜‰

Fatin datang rumah !!

woii !! Berendut je kerja ko kan ! Haisshhh ..* johorean je tahu berendut tu apa dan perkataan tu dah hari2 aku dengar dari mulut Fatin. Sejak aku online wechat akak ,fatin senang sangat naik angin . Aku pelik . Kadang tu takda point nak dimarahkan pun dia akan melenting marah . Hal remeh pun jadi isu .

mana ada berendut ,ni adik kawan kak lyen la .adik mr moon akak tu .adoiyai ko ni beb ,apa je salah aku kan kawan dengan lelaki . Sikit2 berendut ,sikit2 bercinta .pehal ko ni kan? Tak puasati cakap je terus terang ,boleh kita settle ! *aku give up dengan perangai fatin sebenarnya .

ko pikir lelaki nak sangat kawan dengan orang jauh macam ni? Diaorang tu tengok muka ada market baru lah say love you,love me ,lepastu jumpa minah baru  real world ,mampus ko kena tinggal nanti  ..haaa aku cakap je ,nanti yang merana tu ko ! Yang sakit tu ko !! Aku memang dah serik kena main dengan jantan2 puaka luar sana ! *fatin naik hantu haritu.aku balas dengan tunduk dan diam

tapi ..kak lyen tak cakap pun budak2 tu kaki mainkan hati perempuan ,yang kak lyen cakap ,kalau nak kenal erti kawan ,join budak2 Subang tu . Diaorang punya friend goal memang awesome *aku terangkan kat fatin apa yang aku tahu je , yg kak lyen cakap je.

Ye ..sis suruh ko kawan je kan? Ada dia suruh ko couple? Ngok aaa ..tak serik2 ko kena main dengan lelaki kan? Lelaki doe ,lelaki !! * adoii pehal fatin ni ? Apa salah aku kawan dengan lelaki ?*celaru*

Beb ,kalau kau nak guna id tu ko on jelah ,nanti aku installkan wechat kat phone ko ea?*ceh aku pujuk fatin ,supaya dia tahu apa yg aku buat bila aku on wechat. Grrr sibok betul la  perempuan sorang ni .

aku ? Online wechat? Oh nooo..sorry beb ,tak nak aku*fatin tolak pelawaan aku

laaa ,bukan ke kau nak tahu apa aku buat dalam tu , so kau guna jelah , atleast ko ada la kawan2 dari luar Johor . Apa sey ,otak gini hebat tapi tak mahu pakai .* ahahaha aku jarum fatin kaw2 punya.

fatin jeling aku dengan muka macam nak telan . aku angkat2 kening,.

acane?mau? Nak mau?* Ahahahaha sakat bagi fatin sakit hati membuak2

grrrrrrrrr ....*bulldog dah mengaum hahahaha

oook , nanti aku installkan wechat kat phone ko ea yunk .pastu aku loginkan sekali , boleh ? *aku makin galak menjarum fatin

arhhh..gasak ko ahh , jangan ko buat bukan2 kat handphone aku sudah ea * fatin pasrah !

Aku bukan budak IT macam ko, setting sana ,setting sini, handphone tu macamana aku beli ,macam tu jelah aku guna , call,sms ,whatsapp , utube , candy crush , lain2? Haremmm..*hahaha fatin buat pengakuan jujur

oook bossss  , i follow your rules *tabik spring kat fatin

fatin tumbuk bahu aku ,peh nak melambung sey badan ni .

Adoii..sakit aaaa setannnn ...*aku menjerit sakit

Haaa kalau aku mati ?? Aaa macamana ?? *aku takutkan fatin

aku tanam !! * fatin jawab macam haremmmm siakkk



**adoii ..jari letih ni banggg, sambung lagi ea? 😘






AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 5



Jam da  11.45 malam , aku baru siap iron uniform sekolah . Kemas bilik yang tak serupa bilik ! Mop lantai , vakum habuk2 , buang sampah sarap yang dah macam pusat kitar semula ,bak kata fatin haritu. Ok ! Tugasan 25% untuk markah STPM aku dah settle 100% !! Fuh lega ! Esok boleh hantar , sebab esok due untuk Puan Badariah kumpul .

Awak tak keluar ? *eh ?!! akak masuk bilik aku tetiba je

Tak ..Esok kan ada class *Aku jawab tanpa pandang muka akak

Fibo tak cari ?selalunya macam ni dah berembun dah korang ,*pehh..akak perli aku tu guys !! Argh !!

Hari2 berembun ,nanti nampak macam comel sangat kot , kalau orang dah comel sangat , nanti akak kalah pulak ,lepastu market orang naik tinggi dari akak ,nanti akak jeles pulak ..ermm taknak lah kalahkan akak ..  *cia..cia..ciaa..ayat deep kot aku keluarkan kat akak .

Alaa, comel2 pun kalau melayan kaum sejenis ,apa kelas.*Uuyooo !! Tersentap nafas aku kejap . Aku tengok akak kecik beso je ni ..grr

akakkkkk !!!! Kerana pulut santan binasa ..ahhaaa , cakap elok sikit.*aku warning akak.

Dah memang ye kan? Apa awak nak selindung ? Wechat ada log in tak? *ahh akak ubah topik sebab dia tak nak aku naik angin lah tu.

Adaaaa ..tapi kejap2 je, *jawab aku seloroh

Awak pm siapa je dalam tu ?*Eaaah ! Soalan apa je akak bagi nii ?????? Aku berhenti mengemop . Aku pandang akak .

Nak kena beritahu jugak keeee ? *Aku bagi soalan bengang

Yelaaaa.. dalam tu kan kawan2 akak , so awak sembang dengan siapa je?*Aku tahu akak nak korek rahsia ..grrr

Orang pm AhShuk ! Dia invited orang join group anak saudara dia ,dayah dgn afikh tu ! *Aku jawab jujur lagi .

Wah..hebat.lama dah awak kenal ahshuk kan? Dia macamana? Baik kan ? Sebab tu akak cakap ,kawan je dengan orang macam dia . Dia jenis takkan amek kesempatan kat perempuan. Dia respek perempuan sangat2 , sebab tu anak buah dia semua sayang dia. Kecik besar semua suka dia . Bertuah lah siapa dapat dia ..*akak merepek ape doe ???

Kalau dia ok ,kenapa akak tak takel dia ? Kenapa pilih abang man yang ..yang anu tuu..aaaa  * aku cuba korek rahsia akak.

Sebab akak kenal man dulu dari ahshuk, kalau akak jumpa ahshuk dulu ,maybe sampai sekarang kami masih bersama, sebab ahshuk ni cakap je kawan baik man , tapi perangai diaorang jauh beza . Ahshuk jenis lelaki  setia , Awak kenalkan man macamana, dia pemuja perempuan seksi, suka layan movie,kuat bahan orang difacebook , dan takda kerja tetap , berangan je kuat ,pergi nya tak kemana * alamak !! Akak aku kutuk ex-bf sendiri ??? Hahaha not bad ahh

Kak ..dia memang baik , tapi ..*aku tengok muka akak

Tapi ? *akak tenung muka aku

Tapi orang rasa ,anak buah dia ,dayah tu ,tak suka orang la , dia kalau kat group ,layan orang macam tak nampak je . Kalau afikh ngam lah dengan orang ,kepala satu set je dengan perangai lasak orang ni ,hihihi jatuh patah riuk ,tetap tak sombong dengan orang..*aku jelaskan keadaan sebenar

Laaaa..macam tu pulak ..mana akak tau ,sebab akak pun tak kenal anak2 saudara dia ..*akak mengeluh pelahan

Takpa lah kak ,maybe orang pun bukan baik sangat so biarlah kami kawan biasa je , asalkan tak lupa ..bytheway orang dah delete id dayah dan id afikh tu sebab ..orang taknak hati orang sakit bila on9 wechat nanti2..**aku jujur lagi

Ikut awak lah ..study untuk STPM macamana? Dah fokus dah ? *akak belek hasil kerja 25% markah STPM aku atas meja tu .

Dah kak , sebab tu orang dah jarang keluar malam , sebab nak ulangkaji sikit2 , trial haritu orang dapat pointer 3.8 orang nak kejar 4 pulak real exam ni ,insya Allah kalau dapat la kan ..*cita2 tu guys kikiki

Aamiin awak  usaha je ,lain2 awak serah je pada takdir ,insya Allah ,ada rezeki awak ,adalah  ..**akak bagi aku semangat padu !!

Aamiin ..thanks kak ..*peh solehahnya aku malam tu ..maklum dah siap kemas bilik dan bilik dah tak macam pusat kitar semula kan ? So setan2 dah berambus ,makanya datanglah idea2 solehah yang suci2 gituuu ..kikiki

Jum tido ..**akak ajak aku tido ?? Wow !! Ahahaha

Akak tido lah dulu ,orang nak mandi kejap ,melekit2 badan ni sebab peluh ..* aku bagi alasan ,padahal malam ni aku dah janji nak pm someone ..ciaa ciaa ciaaa ..

Okay, jangan tido lewat sangat ..*pesan akak sebelum keluar bilik aku

Kak ..akak tak nak tido dengan orang ke malam ni ??*ahahakk..aku menggatal siakkk

Taknak lah , akak nak chat dengan seseorang kat luar daerah kejap , nanti awak kacau ,*ahahahah aku dah agak dah , mak nenek ni nak datingggg ..siut ,dalam diam  dia ada pasang buah hati kan..grrr


Oklah nanti orang masuk je bilik akak ea ??*aku sakat perempuan lembut depan aku ni

Taaak payah !! Akak lock dari dalam !! Taaa taaaa..* akak keluar bilik lelaju dan aku bantai gelak tengok perangai manja akak aku sorang tu ..

Acara kemas bilik dah settle !! Yeszzaaa ..

**oook..jom mandi banggg ..nanti kita sambung lagi ye ??

AKΓ™ PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 4


Lebih dari 48 jam dah fatin tak kontak aku. Datang rumah pun tak , bunyi kereta pun takda melintas depan rumah aku ni . Task  untuk 25 %  markah untuk exam STPM aku hampir 95% siap . Tinggal nak kemas kinikan je . Kak Lyen ,mama makin sibok di taska sebab ada 3 orang baby baru lepas hari katanya sudah dihantar ke taska Nur Qaseh .

Dik .. lepas kelas pergi taska eah ,
kak lyen pesan sebelum aku keluar ke sekolah pagi tu.

Alaaa..malas laaaa.. orang ada extra class petang ni 2-4 petang. Cutilah orang pergi tolong akak dengan mama .

Lepas pukul 4 pun takpa . Budak2 tu ramai balik senja . Kesian kat mama  . Awak balik rumah bukan tolong masak pun , asyik lah main game , dengar lagu  , tengok movie  ..ermm

Shhhh .. pagi2 jangan pot pet ..tu rezeki dah mari ,nanti dia buat U turn pulak ..tak baik ..yelaaaa ..okay la okay nanti orang datang ye? Tolong akak ye ? Mama jugak ye ? Dah2 jom sarapan dulu yeeee .. ahahah  aku sebenarnya malas nak dengar akak bebel .

Mama mana ? Orang nak salam ni , nak pergi sekolah  dah ni ..

Mama dah pergi taska, lepastu  terus hantar dik E sekolah sekali ,ada sorang parent nak out station ke Singapura, so dia hantar anak dia lebih awal dari biasa .

Aku dah siap pakai kasut , ambil kunci motor  ,sarung helmet  ..

Kakkkkkk ....salaaaaaam ..
aku hulurkan tangan depan muka pintu .

Tadi kat dalam taknak salam ..dah keluar panggil nak salam pulak.. ishhhh..
kikiki akak geram je layan aku pagi tu. Aku cium tangan akak , kiss pipi akak , bisik kat telinga akak .. i love you my darlinggg ..ahhh  ..

hahaha gelak sambil kenyit mata kat akak*

Erhh !  Sengal ek ?  Geli ahh ..mengatal je kerja nya kan ..hmm
Ahahah akak aku menyirap je dengan perangai aku , kisah pulak aku ?? No..no..noooo

Awak ingat akak macam Fibo awak tu ? Kiss perempuan sana , kiss perempuan sini ? Sorry kay ..

*adoii mak nenek dah mula dah .

Dia jangan cakap la , tu perangai serupa buaya tembaga tu  hahahaha baii darling , i go to school dulu kay !! muaaaaah .. buat bibir duck sikit kat akak .

Aku start motor dan terus tinggalkan akak kat rumah sorang2 . Akak biasanya  akan pergi  tolong mama ditaska jam 9 am . Lepas siap semua kerja2 kat rumah , baru akak keluar. Aku ?? Kikiki aku tolong makan yang akak dah masak , tolong kotorkan baju yang akak dah cuci , tolong sepahkan sinki yang akak dah bersihkan ..serius guys ..aku tak tahu nak buat apa kerja kat rumah tu !! What the mia ?!!! Bila mama bising ,akak bising sebab aku tak reti buat kerja rumah , my super hero akan back up , ofcos lah ayah aku seyy..love you ayah !!

Petang tu ,masa aku tengah layan budak2 kat taska . Fatin call .

Malam jumpa !
fatin bersuara senada je

Merajuk dah habis ke beb?
Aku saja sakat fatin

Siapa merajuk ?
fatin menidakkan kenyataan aku

Ko ah..aku online wechat pun nak kecik hati bagai..
ahhaa aku dah mula bersuara dengan kereknya

Ko ingat aku bangga sangat ko dapat kawan luar dari dunia realiti kita ni?
Fatin bagi alasan yang kurang padu bagi aku tapi aku dengarkan je

Then ada aku lupakan ko ke kalau aku kawan orang luar sana? Takkan?? So apa masaalahnya doe ???
aku dah mula panas ..

Aku cuma taknak ko dilukai oleh lelaki lagi beb ..
Suara fatin perlahan je , tapi jelas ditelinga aku

Ermm ..jangan fikir sejauh tu boleh tak beb ..mengarut laa ..  sejak aku form 4 ,aku kenal ko , and now aku dah uppper 6 ! Dah nak 4 tahun doe ..ada aku lupakan ko ???takkan ?? Apa masaalah ko ni haa?
Aku dah mula sentap dengan ayat fatin ..

Da aa..malam nanti aku amek ko kat rumah , pukul 10 !
Fatin cancel call dan aku tak bagi jawapan apa2 pun  lagi , sebab tak sempat ..grrr


**sambung jangan tak sambung ..

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 3


Nak lepak , handphone taruk atas meja !
Tu arahan fatin masa dia , aku baru je sampai kat meja kawan2.

Chill la ..semua dah kat sini ,tak perlu dah handphone ni..
Jojie senyum sambil bangun dan letakkan handphone atas meja. Diikuti pulak oleh fatin , locca , Dhina dan last aku .

Mana kawan kau tu beb ?
Fatin aju soalan kat Locca

ontheway ..kejap la. Dia kena hantar kakak dia kerja shif malam. Harap nanti korang selesa dengan dia ea beb ?

Kami ber 3 masih diam , fatin je yang angguk2kan kepala tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Locca .

order makanan !

Nasi goreng kampung berapi dan lemon jus ais  itu makanan kegemaran aku kat sini . Makan kalau tak pedas meletop , bukan makanan namanya hahaha well jawa kot ? Tak pedas kan tak jawa hahahaha what the jawa ?

tak lama lepas tu kawan Locca sampai.

Awek umur 17 tahun ,muka macam artis k-pop , rambut paras bahu , warna perang gelap , tak tinggi tak rendah ,dalam 160 cm . Muka bila senyum ,market boleh naik tinggi ni ..not bad aaa .. * bisik hati setan aku *

kenalkan ni fatin , dhina ,jojie, Damia , Locca kenalkan kami kat kawan dia.

hello ..saya Zalina  , panggil Inna . Sambil salam2 semua ,inna pun duduk dihadapan kerusi aku . dia senyum kat aku. Aku senyum sambil angkat kening. Inna senyum meleret .ahh sudah ..tak makan aku nasi goreng kampung berapi ni karang. Ada termakan budak inna pulak hahaha

ehemm.. nasi ko dah sejuk tu mia !
Fatin sepak kaki aku sambil pandang muka Inna.

aaa.. haa ? Aaaa..okay kay ..jom aa makan guys ?
Tiba2 aku terus jadi gagap  ! Siut lah fatin ni , sergah orang tak bagi salam.

guys..korang layan fb ? Wechat ? Line ? Skype ? Twitter ? Bee ? Telegram ?
Inna mulakan perbualan malam tu.

semua kawan aku geleng kepala . Aku buat tak dengar sambil mata melilau pandang jalan raya yang gelap gelita . Yang ada cuma cahaya lampu kereta yang lalu lalang.

you layan application apa mia ?
alamak inna soal aku la pulak

err.. aku ? Aku mana ada layan semua tu, just kadang aaa aku log in wechat akak aku je ,kadang fb dia  , tapi ahh bosan aa layan natang tu , look  like takda function doe !! Bapak bosan giler !
Aku meluahkan , antara kawan2 percaya ke tidak cakap aku. Wallah hualam hihihi

fatin pandang aku semacam je

Apeeee ??
Aku  try buat tak paham lagi ..hahahahha

puihh laaa ko tak layan natang tu semua ,macam la aku tak tahu ek beb ..
Hahahaha kuaja fatin pecah lobang sey ..

A ah ..yeeeee aku je bodoh sebab melayan  semua tu ..ko bijak , ko pandai jaga perasaan untuk tidak layan laman social bagai ni ..ermmm
Aku ajet2 merajuk

See !! Patut la bila ajak keluar dia cakap busylah ,mama marah la , akak ajak teman tidurlah , pundek ah beb , aku dah pesan ,jangan main natang tu , tapi ko biang laaa.. nyusahkan diri je nanti ..caya aa cakap aku ..semua tu takda faedah nyaaa.
fatin marah ? Tak..dia memang suka tegur aku kalau dia rasa aku tak dengar cakap dia ..

tiittt..tiitt.. tiitt..tittt...

adoiiiii ..notification wechat masuk bertalu2! Sound  tu look like someone send msg kat aku dari wechat ..Phone aku pulak dah kat  tengah2 meja makan dan ...ahhh masakkk ..semua pandang muka aku , Inna senyum2 kambing ..grrrr kuaja betul laaa.. hahahahha

so ???? Fatin soal aku dengan keras .
So ?? Aku jawab perkataan yg serupa
so ..kita balik !! Now !!! Fatin merajuk ..

addoiiii..spoil aaaaa ..semua diam dan bangun tinggalkan aku ,fatin kat situ . Inna bangun terus ke tempat aku salam aku then sempat kiss pipi aku lagi ..

fatin hempas kerusi dan terus blah !

Ahh sudaaaa...

beb ! Kejap aaa !! Aku kejar fatin dan tinggalkan inna ..

**sambung lagi ea bangg ..

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 2


Malam lepak tempat biasa jom !
Jojie send message kat group wassap Lessy 5 .

Ala  ..mama aku marah nanti doe ..
aku reply ngade kikiki

Esok tak sekolah kan ngek ? Apa ade hal beb ,
Locca pulak jarum ..lahaii masaaak

Yeee ,takda class tapi aku M.A.L.A.S !
Jawab aku seloroh ,ajet2 alim gitu

Takda2 , pukul 10 aku amek ko mia ! Ko siap2 !
Fatin pulak masuk chat


Alaaaaa ..ni yang lemah ni .. bila fatin masuk group ,aku cepat sangat cair hahaha . Aura fatin memang awesome.

Yelaaa yelaaaa .. jam 10 parking kereta depan rumah aku ! Fullstop !

Ahahaha aku kerek ,padahal tadi baru cakap takut mama marah. Ni siap mintak kereta amek depan rumah ..dasar otak senteng ! Opss ngata diri sendiri takpa .

Ngam2  pukul 10 malam.

Mama tidur sebab letih kerja seharian
Ayah kerja shif malam
Akak dengan adik E tengah syok tengok bola JDT lawan Pahang

Grrr..tak minat la bola !! Semua perangai serupa kekanak !
 Aku jeling akak dengan adik E .

Awak nak kemana? Nak keluar tak payah kutuk orang main bola pulak, pergi jelah keluar sana , tapi ingat ,lepas pukul 12 , awak tak reti nak balik , akak kunci pagar. Awak tidurlah mana awak suka..

Yelaaa yelaaa orang tidur tepi kubur cina tu je kalau pagar tutup nanti. Ingat orang heran?eleh ..

Baguslah , perangai awak tu kan, hantu cina pun takut nak kacau . Elok dia melompat tangan kedepan , nampak je kelibat awak , lari lintang pukang tak cukup tanah kot dia nanti.Semua hantu mesti lari lah kalau terserempak dengan awak . Percayalah cakap akak ni ..ahha

grrrr akak buat lawak pulakkk  ..nak tergelak ada.. rasa nak marah pun ada .. mata aku pandang akak tak gerak2 ( itu lah gaya aku bila protes someone guys ) aku tak kan marah tapi aku akan tenung muka orang yang perlekehkan aku tu sampai nak pecah biji mata aku ni.

tinn tinn !!  Hon black Neo aku dah dengar , okay kereta Fatin dah ada depan pagar rumah .

Kak ..orang keluar kejap dengan kawan2 group L5 ,apa2 call je orang ,malam ni orang bawak phone .

akak bangun..pergi ke pintu. Akak follow aku sampai ke depan anjung , sambil pandang aku yg tengah berjalan ke kereta fatin, akak sempat bersuara kat fatin.

beb .bawak mia jangan balik lewat sangat tau , awak tak sampai rumah ni sebelum pukul 12 ,siap la dua2 tu nanti .

fatin tunjuk isyarat jari OK
aku buat isyarat fly kiss ..mmuaaaah !!

Akak ? Senyum tak ikhlas je dari raut wajah dia ..ahaha  mak nenek dah sound ko tu , padan muka !!  Aku gelakkan fatin , tapi fatin buat muka selamber , grrr .. kereta laju je tuju  ke tepi tasik ..port L5 !!

kata Locca kawan dia nak join kita malam ni ? Kata fatin

lelaki ke perempuan ? Aku tanya tak puasati

perempuan la ..lessy jugak macam kita ..

oooooh ook ..good news !!

Fatin jeling aku


** bersambung lagi ..



AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 1


Jom jogging ke  .. gym ke .. itu whats app yang aku dapat dari Fatin.

Task aku melambak ni beb , malas lah .. Jawab aku  ringkas

ala ,malam karang buatlah.kejap je 30 minit keluar peluh lepastu lepak kejap ,sebelum maghrib balik lah . Mama dengan kakak ko kan balik malam . Apa ada hal .jom  ahh..

Adoi ..siyes doe , kerja banyak ni . Esok lah ea .ke.. ko datang rumah aku , ko tolong aku buat kerja2 ni .settle je ,kita keluar lah !

Okay 10 minit aku sampai ! Itu last message dari Fatin.

Yep 10 minit tepat sampai dah perempuan tu . Bunyi derum kereta dia aku dah kenal dah. Berlari anak aku bukak pintu pagar rumah . Fatin kenyit mata , aku besar kan mata , then tunjuk penumbuk kat dia . Hahahaha dia balas dengan jelir lidah . Siut !!

Poyo siak minah ni , tu suara Fatin yang mula2 aku dengar bila dia keluar dari keretanya.

Poyo bendeeee .. hahahaha aku buat2 tak paham maksud dia.

Ko ah ..ajak jogging ,ajak gym macam2 alasan bagi. Bukan aku ajak pergi mati ,ajak pergi keluarkan peluh tu je . Adoii Fatin merunggut .

Kejaplah ,siapkan dulu kerja sekolah aku tu . Aku kan nak trial  STPM tahun ni , so kena lah lebihkan fokus ,ko mana tau semua ni .. ermm

Yela , fokus tu fokus jugak , tak payahlah memerap 24 jam dalam bilik tu !! Ajak lepak tak nak ,ajak teman makan tak nak ,ajak tengok wayang tak nak !! Pehal wey ??

Okay kay ,meh masuk bilik aku dulu . Aku peluk pinggang Fatin sambil kunci pintu rumah dan pintu pagar rumah . Fatin ikut je arah mana aku bawa dia . Hahaha ofcos lah bilik bujang aku tu .

Mak oooii !! Ni bilik tidur  ke , pusat kitar semula beb ???

Kuaja Fatin !! Hahahaha nilah namanya syurgaaaa dunia , nilah punca kak lyen selalu bising2 kat aku , hebat tak ?? Hahahaha ..giler ah ko , dah macam lubuk puaka siut ,ahaha Fatin tekejut tengok baju2 aku tak berlipat ,kertas2 berselerak atas lantai ,atas meja, yg rata ,yang renyuk  , buku2 tak bersusun , ada air kotak yg kosong ,ada yg belum diminum ,ada roti 80sen yang belum dimakan ,dan separuh aku dah makan , ada mangkok bekas makanan yg aku isi bekal masa pergi sekolah minggu lepas , sah2 tak berbasuh sebab dah seminggu kan? Hahaha hebat tak ???  Atok abah ko ah macam ni hebat , orang lain nak exam jugak , takda la teruk macam ko ni setannnnn .. hahaha fatin membebel sambil kemas kertas2 aku yg berterabur tu ..

Dah2  ..ko buat2  la tak nampak ,meh tolong aku buat ni ! Subjek seni yang berhari2 aku buat tapi tak siap2. Haishh

pehal pulak lukisan ni ? Aku bukan ex student seni beb, aku ex student nursing hahaha bongok lah ..kahkahkah Fatin gelakkan aku sekuat hati dia.

ko nak bawa aku pergi gym tak ni ? Kalau nak , better ko tolong, kalau tak aku tak nak pergi.

siut la ! Ko ugut aku ea beb , takpeee   takpeeee ... fatin ambil berus lukisan dan terus tolong aku mewarna lukisan2 aku tu ,  padahal dia memang terror melukis ,cuma bila aku  suruh asyik lah dia cakap dia tak reti ..kalau warna burung pipit aku pandai la kata dia kadang2..siut fatin ,aku tau lah dia jururawat ward lelaki ..hahahaha perangai mace hare  ...

tiittt..titt.. tiba2 phone aku keluar notification wechat ..fatin tengok aku ..oiii ko da reti online ke doe ?? Aku blank ..sebab sejujurnya ,aku , fatin dan 3 lagi kawan lessbie aku kat sini memang tak layan handphone ..dan semua application kat alam maya . Sebab kami rasa hidup dalam  dunia real kami lagi happening , dari asyik dipermainkan oleh lelaki2 durjana dialam maya  diluar sana tu ?!!

ahh sudah .aku jadi blank siak , tak tahu nak jawap apa kat fatin ..errr....**



*sambung lagi ..


BILA KISAH ITU BERMULA


Afternoon ..

Bila  housemate semua dah ke class , aku pandang muka warden , dan warden pandang aku .aku senyum ,dia pun senyum* ahh melting sey tengok anak dara 30an ni senyum .

Wanna sleep ? Tanya dia
Yep ! Sleeping and dreaming ,  join me ?
Haaa ? nooo !! Terkejut dia
Hahahaha why no ??
Warden buat muka terkejut beruk dan  Aku tetiba nak tergelak tengok muka anak dara tua arab tu buat muka gitu. Aku tinggalkan warden kat depan pintu bilik . Yeszzaa ..

Kelihatan bantal dah melambai2 sambil kenyit mata . Aku lemau kalau digoda macamni , sumpah bhai ..tak menahan sey ..pehhh

Pandang bantal - pandang phone - pandang laptop ..mana satu pilihan aku kali ini.

Bantal ? Dah hampir 3 minggu aku berkepit dengan bantal. Yep 24/7 hanya bantal menjadi peneman lena aku .  Ok ,cancel lah  bantal !

Phone ? Call mama ? Whatsapp abang Deen ? Kak Su ? Adik E ? Ahh semua dah berkumpul kat kampung rasanya .nanti makin tambah pedih hati aku sebab tak dapat join mereka  raya korban tahun ini . Wechat ? Takda app wechat di phone aku sekarang. Cukuplah setahun lebih aku berwechat . Yep ..cukup ,cukup sudah . Terlalu banyak kisah suka duka aku disitu sampaikan kesemuanya merubah hampir 500% dunia realiti aku . Aku redha . Ok ,simpanlah  phone ..

Laptop ? Alright ,jom merepek2 diblog kejap sebelum mata aku mamai kesan ubat yang ditelan tadi .

Guys ..korang nak tau kan siapa kah orang yang mendorong aku aktif dialam maya ni? Ofcos lah aruah kak Lyen . Puncanya bila aku kerap keluar lepas habis waktu sekolah dan kadang balik lewat malam , kak Lyen risau sangat2 , pasalnya aku ni perempuan kata dia dan  aku jenis perempuan yang tak reti duduk diam2 dalam rumah .

Korang rasa aku terima tawaran akak aku tu ke guys ? Pegang gadget ,layan chat orang tak kenal ,komen sana sini , stalk profile facebook entah siapa2..korang rasa aku suka ? Sumpah tak suka doe !!

Satu hari tu kak Lyen bersuara ,

"Awak online lah wechat akak . Gunalah id raniaevans tu , akak tak aktif id tu lagi sebab Zaid ada bagi akak id baru .

Aku tercengang ,pehal budak jawa mata layu tu bagi akak aku id baru pulak ? Kenapa aku pulak kena aktif wechat akak ? Sedangkan dalam tu cuma  ada kawan2 akak ,kawan2 aku ? Haremmm .. semua jadi teka teki dalam kepala batu aku ni ..

Aku login ke id tu ?
Ahha nanti aku stΓ²ry lah ookey ..kisah ni panjang siak ,setahun punya perjalan hidup , mau patah jari aku nak naip ..hahahaha korang tunggu tau ! Aku tengah tunggu doktor tua datang check up  ni .. Semoga Allah permudahkan urusan aku hari ini guys .aamiinn

Offline~~


Selamat sejahters keatas kamu .

PERLU KE DIMUSNAHKAN ?


Hi guys ! Nak tidur katanya tapi sempat lagi menaip .kikiki  . Now aku aktif dilaman social pakai UC browser je guys . Buruk baik UC browser aku je tahu  dan aku je rajin melayan. And now, UC browser setiap masa akan update isu semasa pada apa yang berlaku di Malaya . Harini jumaat 9.9.2016 berita yang  agak tertarik untuk aku baca dari info UC browser  ,  headline :

*Dr M: Destroying Langkawi eagle won't make Malays more Muslim*

"Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said demolishing the iconic eagle statue in his home state of Kedah is not going to make Malays more Muslim than they already are.He said this in reference over the religious view that statues of living creatures are "haram".Mahathir pointed out that the Islamic injunction is only with regard to carved images being worshipped as gods."The day some Muslims place joss-sticksand genuflect before the eagle in Langkawi, that day the offending Muslim should be told that they are not followingthe injunctions of Islam"


"They should be told that the eagleis not god to be worshipped. So far no Muslim shave ever prayed before or worshipped the eagle of Langkawi."Destroying it would not make the Malays more Muslim," he said in a blog posting today.

Mahathir also explained that the Islamic injunction in this regard had also evolvedover time."At one time, painted portraits of such were also forbidden. The Turkish Caliphsused to have their portraits painted but they were hidden from the public."But now with the advances in photography it is impossible for Muslimsto ban photographic pictures of men andanimals. Certain ulamas declared that still pictures may be exempted but not moving pictures."But now the pictures move and speak. Muslims now just ignore the breaches in the rule against painted or photographedportraits, moving or speaking."Even the religious scholars now have their pictures taken," he said.He said that even in Muslim-majority Egypt, the statures of the pharaohs are preserved and copies made.“In Malaysia, we have the National Monument and the statue of the first prime minister of the country."The modern Muslims know that these are not gods and they don’t worship them."We no longer hold the ceremony at the cenotaph (Tugu Peringatan) as that may be construed as a kind of prayer."But we don’t have such ceremonies in front of the statue of the first prime minister or the eagle in Langkawi. We are not breaching Islamic injunction," he said.


He added that Muslims today are more intelligent and will know not to worship statues or portraits.


Yeszaaaa ..

Guys .. iman dan takwa bukan berpihak pada  tugu2 tu ,pokok pangkalnya hati dan kekuatan jiwa kita pada pegangan agama . Apakah mereka rasa dengan KEMUSNAHAN tugu2 tersebut  makanya iman muslim malaya makin kukuh ? Semua muslimah tutup aurat  dengan sempurna? Semua lelaki muslim solat jumaat setiap kali hari jumaat tiba? Semua muslim malaya cukup solat 5 waktunya? Tiada lagi anak durhaka? Semua muslim insaf dan negara jadi aman damai , tanpa rasuah dan penyelewengan duit rakyat ? Hahahaha ada akal itu di pakai ,bukan cuma tau nak komplen !

Selamat sejahtera keatas kamu ..





KISAH BUDAK WECHAT ID RANIA EVANS


Psst...psst ..meh bisik ..

" rindu i tak ? "  kalau rindu pujuk hati tu , jangan rindu orang jauh ni , sebab rindu tu orang jauh ni dah rasa dah . Sedang rindu pun sakit , bagaimana nak bercinta ? "

Hahahaha gedik giler bahasa ..yarckkk *muntah pelangi*


Guys ! Harini dan hari2 seteruskan aku akan cuba bangkitkan nostalgia aku  dengan Δ·enangan terindah aku di id rania evans . Nanti aku share satu persatu dari permulaan aku boleh terjebak dgn wechat sampai lah aku jadi aku yg sekarang . Tapi ..aku kena lah settlekan tugasan yang lecterur dah bagi ni . Kata housemates , harini study group akan  all out , sebab assignment akan dihantar esok ( hari Sabtu ) so makin sunyi sepilah laman social aku ek ? Sabar guys , pintu taubat masih terbuka ..ehh lari topik ahaha .

 Buat someone out there : bila Allah temukan kita , i bersyukur sangat , bila u trusted me sangat2 , i lagi bersyukur bagai nak giler . Tak minta lebih ,cuma berbahagialah , bergembiralah ,  keep smiling all your ways , biarpun tanpa Damia Hazirah menemani disisi .


* SAYA BUKAN BUDAK WECHAT LAGI *

* SAYA BUKAN MIA SI KEYBOARD WARRIOR LAGI *

*TAPI ..SAYA MASIH MIA YANG KERAP NAIP DLM TYPO *

* πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ itu adalah muktamad .