Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

AKU PERNAH KECEWA ?

Kamu bercinta jarak jauh kah mia? Kak Siti tetiba soal aku  petang tadi .

yep ! Kenapa kak ? Salah ke?  aku pandang muka kak Siti tepat.

Taklah..tapi  kamu tak risau ke bf kamu curang kat sana?

Hihihih aku gelak sambil masuk dalam bilik sambil diekori oleh kak Siti sebab kejap lagi kami dah nak solat maghrib berjamaah .

Kak .. ni tahun 2016 la kak . istilah curang takda lagi dah . Kehidupan sekarang manusia  banyak fokus pada cari duit , cari harta , cari amalan yang abadi . cukup simpanan , bincang dengan keluarga  . Cukup syarat .. nikah !  simple je kak . Istilah curang ni orang  zaman  raja bersiung boleh la amalkan .  sekarang ni mudah je kak . kalau pasangan kita ada orang lain . Jangan melatah ! Ok fine ! Lepaskan dia . Then bagi dia peluang dapatkan kasih sayang dari orang baru tu . then if oneday sampai satu tahap . Dia akan tau , apa bezanya  kasih sayang  insan pertama dia bercinta dengan kasih sayang orang yg baru dia suka . Masa tu baru dia tahu quality sebuah kasih say…

KAU BANYAK HAL LAH

Petang ...

Dan hampir senja ditempat aku ni . Santai-santai lepak depan  rumah sewa dengan housemate . Sesekali mata melilau tengok  orang lalu lalang . Astagfirullah hal azim…


Mia ! Kau ni tak nampak bodoh ke luahkan semuanya diblog peribadi kau tu?? Someone asked me  tengahri tadi . masatu aku , dia sedang tekun  makan tengahari . aku senyum sambil pandang nasi dan lauk atas pinggan aku .

Bodoh ea ? Ooook .. kau tau tak beb . aku rasa lagi bodoh kalau aku simpan masaalah aku dalam kepala otak aku sorang-sorang. Lepastu  kalau aku luahkan pun kat  seseorang untuk dengar keluhan aku , orang bodoh mana nak dengar masaalah aku ? Selama aku hidup  ada dua orang je yg rajin dengar semua masaalah aku . Mereka ialah  aruah akak aku dan Fibo  - nurse peribadi aku. orang lain??? Haram ..

And now bila dua hamba Allah tu dah takda  dalam hidup aku . Aku lagi rasa bodoh bila pendamkan masaalah aku sendirian. So..selain aku luahkan kat Allah  pada setiap tahajjud . aku luahkan jugak pada tiap h…

AKU MAKIN PASRAH

Guys..

Apa kau rasa bila kehadiran kau kadang tu macam di endah tak endah kan je oleh seseorang. Kau ada ke takda..serupa je pada dia. Aku kerap jadi mangsa situasi macam ni beb. Dulu mula kena aku  sedih la..marah la ..sentapla ..sekarang dah tak ! Agaknya jiwa aku dah kebal dengan situasi macamtu.

Sejak aku duduk ditempat baru ni. Masa aku memang limited untuk bersosial . Banyak masa aku habis kat aktiviti kolej . Aku tau , bukan masa nya sekarang untuk aku main-main .. dulu  kalau bosan aku tidur di class  .kalau rindu aku pergi toilet , cari hanphone yang aku sorokkan dalam toilet tu then cari kesayangan. 10 minit pun cukup! Lepastu belajar kelaut . ahh kacau. otak tak matang lagi kot. and now dah 21 tahun  then fokus aku dah lebih pada pelajaran . Pada paperwork yang tiap minggu kena buat . Dan kalau rindu ? Ofcos la aku cari kesayangan yang sama jugak . Tapi  malangnya  timing kami selalu lari . Aku free dia busy . Dia busy aku free .  dia free ..aku free ..kami gaduh ..ahh kacau …

TABIAT BARU AKU

Asalamualaikum

Bosan sey harini. Housemate semua keluar entah kemana. Shopping makanan kot.entah la aku tak tahu sebab aku kan baru je bangun tidur. sejak kebelakangan ni tidur adalah rutin aku tiap lepas balik kelas. Adoiyai bila dah tidur siang . Malam aku jadi burung hantu. Jawabnya jadual study jam 4 pagi dah lari dah dari list. Masya allah makin teruk aku sekarang ni . Aku ada masaalah ?  Takdelah.. aku tidur bila aku letih berfikir . Tu je alasan yang mampu aku beri setakat ni .

Roomate aku pun dah mula bising bila dia mula nak bangun 4 am untuk study . Aku pulak baru nak pejam mata untuk cari mimpi . Lepas tu jam 6 am aku dah mula bangun nak solat berjamaah dengan dia. Sorry kak Siti  . Aku memang celaru sekarang ni. Banyak sangat hal aku nak fikir.  sebelum ni aku tenang je kat sini . Cuma lepas called mama haritu , siyes aku dah macam orang tak betul . Kalau orang cakap aku giler pun aku terima .





Laman sosial aku dah tak aktif sangat .follower aku yang  dari Subang jaya tu pu…

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

Assalamualaikum

Harini  27 januari 2016

Aku rasa dunia aku betul -betul kosong . semalam yang berbagai jalan cerita , lenyap macam tu aja . Aku hampir lupa aku yang semalam . Aku pandang keluar tingkap . matahari tersenyum dicelah awan pagi seakan berbisik bahawa kehidupan harus diteruskan . Biarpun kini aku sendirian.

Aku sendirian lagi ?Yep umpama mimpi dalam mimpi aku perlu katakan.. "A ah .. sekali lagi aku sendirian selepas kehilangan . Thanks  Allah kerana aku tau KAU selalu ada. KAU sentiasa ada .KAU kekal ada untuk aku , hambaMu yg semakin lemah."

AlFatihah~

PERMULAAN

Disini aku rasa segala yang baru bakal bermula . keabadian kepada Tuhan maha pencipta  sekelian alam . resah aku ..sedih aku ..senyum aku ..tangisan aku biar segalanya disini dan hanya Tuhan yang tahu.

Alfatihah  buat insan yg pernah hadir dalam hidup dan kemudian pergi untuk selamanya..

AKU DAH MALAS

Petang  beb ..

Aku baru balik dari  bilik kuliah . Letih..lesu.. longlai seluruh badan. 2 hari ni aku ada januari test . 2 hari juga aku perah otak untuk pelajaran januari 2016 aku disini..2 hari juga aku  dapat melupakan semua aktiviti yang  mengganggu jiwa dan perasaan . hope kalini aku bebas dari semua hal  yang mengusutkan minda. Taknak da aku fikir hal yang tak mampu aku handle .malas da nak gaduh. Nak salahkan orang itu , orang ini. Malas da nak sakitkan hati sendiri dengan bercakap yes..aku ok..padahal hati sakit .

K..aku da malas untuk semua . Malam ni just nak call mama tersayang. Adik E yang dirindui .ayah yg selamani  merupakan lelaki pertama tempat aku bermanja ..

Aku kena tahu , tujuan apakah aku kemari. Yes ..ingat tujuan kemudian fokus. Yang sering mengabaikan tu .abaikan je terus agar hati tak sakit selamanya .



BAHANG ASMARA

Usah kau bertanya
Kemana hilangnya
Bayanganku ini
Cuma kerna kelam
Atau sinar hilang
Pandangan matamu
Asyik kau terlena
Melabuh asmara
Melayarkan rasa
Nikmat seketika
Menjadi bahana cinta

Kilauan intan yang engkau genggam
Tak sama kehangatan cintaku
Berkurun lama tidak pernah terpadam
Dan kilauan itu membunuh mu
Tersingkirlah... bahang asmaraku
Di hatimu

Bayang cinta luka
Membara di jiwa
Hingga saat ini
Kita yang membina
Engkau yang binasaSegalanya
Andai ditakdirkan
Kekalutan silam
Hanya mimpi ngeri
Ku rela kau pulang
Sinari cinta kembali



Kikikih tetiba  aku layan pulak lagu jiwang  ni beb ..pehal ekk ??

Mood  ? Rest dari semua kemelut jiwa  . Logout  semua laman sosial .

ANGAU PUNYA HAL

Malam .. aku baru balik dari kelas . Kelas ?? Kelas apa je memalam ni mia oi . Ahha kelas buat  bulan dan bintang . hahaha  alhamdulillah Dunia belum berakhir .dan aku masih lagi bernafas . merepek kejap sebelum tidur  ..

Bulan itu bulan cinta ??
Bulan itu bulan kita ??
Hahahaha  i dont know la how to say .
But ayat yang layak aku beri ialah   " budak tengah Angau"  tahniah brother , sister !! But pihak perempuan still sorok dari aku  eakkk ??? Hahaha namun sportingnya pihak lelaki  , bila dia dah buat Pengakuan kat aku ,

 " ye aku suka dia "
" Shes my super woman "
" aku respect kat dia "
" aku akan cuba tak bagi dia bersedih"

Huhuhuuuuu ngam la !!!

Itulah ayat orang dilamun cinta . Apakah ini benar ?? Kita tunggu dan lihat .  Aku tak kisah kalau kawan aku dilambung ombak cinta . Yang aku kesah  Amirah dah berjaya buat aku kecut perut nak keluar rumah selama beberapa hari . masa dengar dia merayu dalam voice whats app aku bayangkan …

FATIN MENGAYAT

Ayat pancing pasal HUKUM yang diberi Fatin kat aku malam tadi . selain ayat pancing , Fatin jugak ada send 1 gambar teman2 sedang melepak katanya .

Apa ayatnya ?

       Bila ن mati bertemu dengan ب maka hukumnya IQLAB

       Manalah tahu bila awak bertemu dengan saya hukumnya NIKAH


                        Opssss !!! Hahahahaha






Bytheway Aku  tak tahu ayat tu ditujukan kat siapa kah dlm ramai-ramai lelaki dlm gambar atas ni. Siapa mereka ek ?? Aku tak pasti..cuma aku nak beritahu yang aku pernah masuk gelangan mereka sikit masa dulu . masa tu nak belajar gayut2 kat tiang !!


Hahahah dulu k ..dulu

CAKAP PASAL KAHWIN

Aku rileks je baca ni  sebab pernah jugak dulu aku beritahu mama pasal nak kawin muda . but  mama reject idea aku lelaju . and now  baru aku paham the reason.. and  kalau ada orang tanya pasal  kenapa aku tak kawin2 lagi or  bila nak kawen ? Nahh ..jawapannya ada kat atas tu . Lepas ini aku nak hafal doe tiap baris kata2 tu . sehuruf pun tak kan tinggal !! Hahahahaha


Dan  cakap pasal perempuan dan perkahwinan .. perempuan sekarang tak perlu yg handsome atau kaya raya anak jutawan  atau anak  tokey budu terhebat  kat Malaya ni ke apa. semua tu tak perlu. Apa yg perlu kata mereka ..

" u setia , i setia "

" u rajin  kerja , i rajin sayang u "

" u  malas berusaha , i malas fikirkan u "

" u  tinggalkan suruhan Allah , i tinggalkan cinta u"

" u durhaka kat emakbapak  u , i durhaka kat cinta kita "

"  u  curang  ... i tak kawen dgn u pun takpa "


Hahahahaha look !!! Mana ada dia cakap pasal nak bunglo ?? Ferrari ??? Cuti luar negar…

THATS MY BAD

A ah beb ..cara berkasih aku memang berbeza dari orang lain . Kalau orang lain 24jam asik sangat nak memuja kesayangannya  .tapi aku ???

1 hari tak buat Ayeen merajuk or marah2 or makan hati ..memang tak bermakna hidup aku seharitu. Hahahaha so apa aku dapat kalau kesayangan aku tu marah2 , merajuk or menangis  ? Apa lagi , aktiviti menyakat aku berhasil la doe !! Puashati gitu !!  hahahaha

Jangan panggil Mia lah kalau tak sakat orang dalam sehari .

tapi sedihnya  , bila Ayeen try to sakat aku . Setahun setengah aku merajuk . Sampai ada niat nak pindah bulan !! Nasib takda transport nak pergi bulan kalau tak , lama dah aku duduk bulan tu ..hahahahaha

Ayeen marah ke , merajuk ke , aku tetap sayang .apa yg buat aku tak sayang Ayeen ?? Yep ada satu ! Aku akan  diamkan diri , kalau Ayeen terlalu taksub dengan  aktiviti dunia dia sampai dia lupa yang dia  jugak hamba Allah yg selayaknya lebih  fokus pada kewajipannya kepada Tuhannya. Aku bukan ustazah atau anak murid tok wali . Tapi disebabk…

LANTAK KAU LAH

Hai korangs

Mata  tak boleh pejam bila fikirkan dosa2 . Erm  insaf itu ada , tapi dik dikuasai nafsu , dosa datang berulang . Manusia memangnya tak kenal erti serik . ada orang dia fikir , kalau lah dia delete perbualan dia  dengan perempuan lain difacebook , pastinya dosa dia dengan gf dia tak  kan dikesan . Hahaha serius aku cakap , untunglah Allah buat dosa tu tak boleh dilihat oleh mata kasar . Andai kata dosa boleh dilihat , berapa banyak dosa aku lah kan. Berapa banyak dosa kesayangan aku tu kan . Berapa banyak dosa aku dengan parent aku selama 20 tahun aku hidup ni kan.

K .. untung dosa tu tak nampak , tak berbau . kalau tak  , busuk tahap apa agaknya badan aku ni kerana dosa2 .  pastinya semua orang tak berani nak keluar rumah  kerana badannya berbau  dosa.

Bagi aku , untuk cover dosa, cover lah  dengan taubat , istigfar , zikir dan kurangkan aktiviti yg menyesatkan . Dan jangan terlalu taksub dengan cinta dunia.  Dan  paling ketara ialah dosa menipu , korang tutup macamana s…

PEMBUKAAN 2016

Good morning 2016

Assalamualaaikum  . Ni merupakan entri pertama  aku pada siang hari pertama 2016 . Azam aku untuk blog Mia pada 2016? Aku rasa , aku nak kongsikan masaalah orang lain pulak lah . Hahaha asik2 nak dengar masaalah aku jekan , not fair doe !!

Aku baru terbaca kisah budak Selangor yg dikatakan diculik dan dibawa ke Johor tempohari ..Adik Amirah , 14 tahun  , yang dah kecoh di merata laman sosial . apa yang aku dapat dalam artikal tu  dia bukan di culik , tapi dia bermalam bersama TEMAN LELAKI  YANG BARU DIKENALI  selama seminggu  dan ikut tidur dirumah suspek .  Mana aku dapat info ??

Page  : pertubuhan anak polis Malaysia di facebook  !!

Aku tak mahu cakap banyak dah , untuk adik Amirah " Malaysia dah banyak masaalah dah dik , tolonglah jangan tambah lagi masaalah negara . jadilah penjahat yang tidak boleh dibunuh , cari lah 3 jenis pekerjaan dalam 1 masa , banyakkan makan nasik goreng gst , erm sis pun ada STPM  3.8 , tapi aku tak terfikirkan nak menyusahkan rak…

WELCOME 2016 !!!

Aku sambut new year ?? tahun masihi ? Yelah !! sebab tarikh2 itu la yang aku hadap hari2 . Tapi aku sambut bukan macam orang bukan islam sambut , aku sambut dengan azam yg positif je pada tiap awal tahun baru. Salah jugak ke ?? Hahahaha entah la nakkkk

Andaikata lah kat  Malaysia  ni , kita amalkan sistem  bulan hijrah , tahun islam ,  makanya aku dah tak pakai sistem tahun masihi ni dah . malangnya , ramai cakap jangan sambut la ,nikan tahun masihi . Tahun orang bukan islam , aku tak pernah anggap tahun masihi sebagai tahun baru . Pada aku Awal muharam tu la tahun baru aku ..ok..ok betul sangat la tu  . tapi  cuba sebutkan nama bulan2 dalam kalender tahun islam?

* krikk..krikk*


hahahaha  alahai anak omak ekau eh jang oiii ~ Nak masuk tahun 2016 pun ada petua doe , meh baca sini :
🎆🎆🎆🎆 🎆🎆🎆🎆
10 Petua Memasuki Gerbang Tahun 2016
🎇🎇🎇🎇🎇🎇🎇🎇

1⃣⏩ 📚 Ilmu.
Tingkatkan ilmu. Jadilah orang yang cerdik dan bermaklumat. Jauhi sifat bergantung dan percaya dengan maklumat yang tid…