TRICK LAPOK







Guys ..
Kalau aku cakap lelaki ni pelik ,maybe ramai yang akan marah . Tapi kalau nak tau semalam ada sorang lelaki pm aku kat fb ,mulanya dia tanya elok je bagi salam bagai. Then cakap ,aku ni pelukis ke sebab  timeline fb aku memang banyak pic anime. Dia tak kenal aku lagi kan. Dia cakap aku pelukis kartun ..aa okla kartun pun kartun la guys  tapi kalau aku pakar dlm melukis pun ,perlu ke aku mengaku ? Hahaha no,no and no !!

Guys ..
hamba Allah ni aku tak tau pun asal usul dia , bukan friendlist  fb pun ,bukan kawan merempit dulu - dulu pun ,bukan kawan wechat ,bukan kawan duduk satu taman , dan memang bukan kawan la senang cakap.

Then dia tanya aku , Damia ni lelaki ke perempuan , sebab ayat  chat aku ajet -ajet ayat lelaki . Giler !  Takkan dengan orang yang aku tak kenal,aku nak bagi ayat daring ???  Aku belum hilang akal lagi la guys . Entah siapa-siapa je dia tu .  But aku ngaku la  yang aku ni perempuan sebab dah memang aku  ori punya perempuan kan,takkan nak ngaku lelaki . Aku pun belum  ada niat nak jadi gayy. Then dia cakap ayat " bereh boh "  yg  aku guna tu ayat biasa kawan-kawan utara dia guna . Brother ni ngaku  jugak dia selalu da join budak terengganu , kelantan sokmo .  Ergh ..aku  just smile je guys .. :)

Lepas tu  dia pun tanya pasal apa  dp fb aku  tu tak tunjuk muka ,( part ni aa yg buat aku  da mula give up ,cuak dan tak selesa dengan brother ni ) respek  aku kat dia  pun dah mula cair.. lelama makin kurang ,then  aku cakap ,aku ada kerja nak buat , ( padahl aku nak tutup perbualan dengan dia ) aku pun blah je aa.. offdata*

Then bila nak tidur ,aku on phone  dan2 dapat natang no eko tu dari brother tadi .. oooooohhooo ..trick baik punya deh brother ni guna .hahahah ni trick lama ni , orang dah tak guna dah  trick ini sey !!

hahahaha bagi number phone siuttt hahahah " Datang Perak ,roger2 !! "

Bytheway to  Brother  Sepul Nua ( bukan nama sebenar ) , ai nak bagitahu ni !

" ai x biase deh melayan style gini . Ai ade style ai sendiri nak kontak org luar yg xpernah ai jumpa ..huuhhuu sorry brother , cari la perempuan lain  yang  pandai lukis katun dan yang pandai lukis cinta dalam number phone ,but not me !


Brader Sepul Nua , selamat sejahtera keatas kamu ~

NEED MORE REST



You need more rest ,
You need more sleep ,
Dont push yourself too hard ,
its hurt yourself too

Ahha gitu la lebih kurang ayat doktor Syed Al Qhaidir  yang  rawat aku tadi . Lepas  breakfast jam 8.30 am ,kepala aku macam nk pecah guys . Nak kata silap makan ,takda pulak . Makanan yang ku ambil sama je tiap hari . Roti with  curry . Memang pun makanan kegemaran aku  sejak lahir lagi . Celik mata je ,mama dah suap roti cicah kari .


Hahahaha korang kena  tipuuuu !!

Oook dok !!  I memang tak tidur malam tadi ,  sleep sleep chicken je hahahaha bila bahasa malaysia  aku cuba B.l kan  , namjahanam !! Ahh akhirnya aku dapat lagi ubat tahan sakit ,ubat tidur ,ubat rehatkan urat. Then aku lupa berapa jam aku dah tertidur tadi . Ermm macam baru satu jam hahahaha roomate kejutkan aku deh .. sebab ?? Dia cakap ,bangun la ,dah masuk waktu zohor , bangun untuk solat , ahaaaa dia takut aku tidur tak bangun-bangun pulak guys  . Sebab  dia cakap aku tidur macam orang mati ,tak gerak-gerak . Dia risau . Ermm sayang jugak Zack dgn aku . Thanks mek  .. a ah kan kalau aku mati dalam tidur sedangkan waktu zohor dah masuk , bertambah lagi guys dosa aku yg sedia ada ni .

Aku sayang mu mek .. kau memang jaga solat aku  setakat ni ,  kau jaga  diri aku ,kau ambil kisah pasal aku ,macam kau kenal aku lama dah . Padahal baru je ,tak sampai pun sebulan . Orang yg bertahun ngaku yg dia  menyayangi aku pun tak pedulikkan pasal hidup aku kat dunia ni ,apatah lagi kat akhirat nanti . Memang  terabai giler dah wey  ! Tapi aku redha  , kasih sayang orang tak boleh dipaksa guys. Aku akur tentang tu . And now , siapa yang rajin amik peduli pasal aku ,orang tulah yang menjadi tempat aku mengadu masaalah kesihatan aku ni.


Thanks Allah sebab kirimkan Mek @Zack untuk jadi kawan sebilik aku diperantauan ni . Alhamdulillah  .. thanks juga buat awak yang tak pernah jemu sayang orang ni ,biarpun benda ni macam mimpi .

Oklah , off data , lepaskan semua gadjet ditangan . Phone , tab , lappy ,simpan kejap . Maybe untuk sehari ,2hari ,2minggu,2bulan or maybe untuk 2tahun . Ngadap mek pun hati aku dah tenang sangat-sangat sekarang ni. Alhamdulillah again :)


Selamat sejahtera keatas kamu ..

KAWAN PADA AKU



Kalau org tanya siapa KAWAN  kau . Firstly aku akan jawab  , orang yg bukan  mama and ayah aku but when aku perlukan dia,  dia memang ada . Dia bukan aku cari bila aku susah . Dia bukan mahlok tuhan yang kerap aku kikis RM nya , tenaga keringatnya tanpa kenal erti belas kasihan . Dia tegur aku bila aku lalai , dia tarik tangan aku bila aku ditolak kegaung paling dalam dlm dunia aku sendiri . Dia akan sebak  bila aku cerita kisah sedih aku dan dia akan gelak tipu bila aku cakap aku bahagia .

KAWAN adalah orang yg kuat menipu aku bila aku sedih . Kononnya dia ada . Dia tgh happy ..  dia tengah bahagia , dia pun nak aku feel bahagia yg sama , padahal dia pun menitiskan air mata saat aku merintih kesedihan dipinggir telinganya . KAWAN aku selalu ada utk aku menumpang kasih sayang , utk aku menumpang bermanja , menumpang cerita suka duka dan dia juga yang menumpangkan aku  naik keretanya  bila hari hujan . Bila kau tanya lagi , aku ke  kawan kau beb? Aku akan jawab , aku tak nak jadi kawan kau lagi .. tapi aku nak jadi peneman setia kau sampai hayat aku disuruh berhenti dari aktif .



Mohon Allah selamatkan korang , kawan2ku




MAMAI



Guys ..sebenarnya aku tak boleh tidur .  Tunggu email beralih tangan kepada aku sekarang ni biarpun roomate dah janji nak tolong savekan . Laman sosial dah lama aku logout . Malas nak ganggu diaorang tidur . Padahal tadi mata ni mamai giler dah tapi bila hati mula tersentuh , air mata tetiba turun ,  Now  4 .30 am  dan semua dah settle ! Nak tidur ? Tak perlu kot sebab kejap lagi  suara pak bilal kedengaran . Dan ada  tanggungjawab yg perlu aku lunaskan .


Airmata .. tolong berhenti  :')

PEMILIK JIWA



Kepayahan itu bukan sakit atau kecederaan minda  tetapi kepayahan itu penguat daya saing bagi diri orang yg sering mencari jln untuk maju kan dirinya dari hari  ke sehari  . Kepayahan bagi aku ialah bila kau tiada ..tenanglah wahai  pemilik jiwa , kenangkan dosa semalam dan hapuskannya dgn amal dan takwa. Biar nampak jahat , asal kita tau apa jahatnya kita .☺



Mia   Zarra  , 19.9.2015  ,Wechat*

MATAHARI




Its not easy to be a perfact  lover . Aku Kena tahan pada tiap yang dihadap . Tiap detik , tiap saat , tiap nafas adalah rindu yg takkan pernah bertarikh luput . Menjadi orang paling mengalah itu buat aku kalah pada jiwa dan hamba keadaan . Merosakkan naluri hitam bukan kaedah mantap seorang kekasih yang menyintai kekasihnya separuh mati ..
matahari .. jadilah peneman aku yang setia .. please , i'm waiting for u ☺dear.


Petikan jiwa Mia Zara  bertarikh  19 september 2015 08:31pm wechat*

BENDA SIMPLE



Morning !

6am waktu Malaya  , 1 am waktu  aku ! Not bad . Lari 5 jam tu dah berjaya , larikan timing aku dengan everyone out there . Dengan mama dan ayah yg kat JB . Dengan nenek dan abang Deen kat Muar . Dengan semua orang yang aku selalu lepak bila free . Now bila aku free ,mereka tidur. Bila aku pergi class , mereka dah nak balik kerja , then bila aku ajak breakfast , diaorang dah nak  makan malam ..eh  nipu je ni *  diaorang dah nak lunch la.

Guys bila kita sering ditipu atau tertipu . Korang rasa untuk  kata janji kedua atau ketiga kali tu ,korang akan percaya tak ek ?  Kalau aku memang taklah . Cukup 2,3 kali aku ditipu , kemudian untuk kelain kalinya aku akan lebih elert dengan si penipu . Biarpun aku akan jawab ..

"Oooh ..ok, aku paham masaalah kau , aku tak kisah pun doe , aku da biase kena camni"

Ahhaaa guys ..bila ayat "dah biase" kena mcm ni aku terkeluar , hati-hatilah guys , tu tanda karpet  hambar dah mula menyelubungi jiwa dan minda aku . Masa tu hati aku dah mula tawar dan senyum aku hanyalah palsu !!

Beware guys . Aku Mia ,sekali org buat aku akan maafkan ,2 kali ,3kali ,still maaf , but kalau dah kerap kali .. Lantak kau lah nak buat apa !! Hahahahaha simple right ? Jangan gaduh ,jangan cari silap sesiapa , tapi pergi je jauh2 !!

Selamat sejahtera keatas kamu*

DURING APRIL


6 pm guys..aku melepak bilik dah sejam ,lagi 2 jam sambung class malam. Mamai sey .biji mata dah berpinar - pinar . Kepala dah berdenyut - denyut ,but class malam tetap kena terjah . Mid april ada test . Peh .. kering otak siakk..

Someone pesan  pagi tadi ,jangan degil ,jangan lupa makan ubat ,sebab kalau aku sakit, dah takda siapa nak nengok aku kat sini . Mama jauh ,ayah jauh , dia pun jauh . Ok k , kali ni guys ,aku try layan sakit aku tanpa ubat - ubatan hasil dari bahan kimia yg doktor bagitu . Aku nak cuba baik pulih penyakit aku ni dengan  bacaan al -Quran , selawat dan zikir-zikir  dan  minum banyak air masak . Guys ,  doakan  sakit aku cepat sembuh  k . Aku nak , kalau  dapat la kan , aku nak jawab semua soalan test aku pada april nanti dengan jawapan yg tepat dan cemerlang . In sya allah..aamiin ~

Bilaaaaaa..
Bila april ..
Aku menantimu ..


Hihihihi sempat pulak nyanyi lagi tuuu.. kikiki  siut  jek ! Jom rest minda guys.

Selamat sejahtera  keatas kamu .

ANIME AND ME




Hi guys ..sejak kebelakangan ni * tengok pic atas tu * google plus aku agak busy ,tiap minit masuk je  message  , kalau dulu ? Haremm ..paling rajin pun Ayeen je la send message ,but tu dulu ,bukan sekarang . Mana Ayeen ? Sedang bermimpi barangkali . Ermm .. Entah aaa ,nothing to share  ..

Kawan2 baru aku memang meriah ,peramah dan rajin !! Mereka kebanyakkan  budak Jepun , Brazil dan Australia , tak lupa jugak Malaysia dan China. Tapi minat mereka  sama , thats Anime !! Arghh sudaaaa..aku terjebak siutt ... huh  !!

Tiap hari ada je group  yang  dia orang invite aku . Aku terima ?? Ahh layannnn. Bedal je  guys , asalkan semuanya mula disitu dan habis disitu . Jangan nak melebih2 sudaa... tu cara aku guys ,aku akan join je kawan2 siber ni ,but jangan over  ! kalau over??  Button block kan ada hahahaha

Apa function aku join  diaorang??? Hahahaha biar aku je tahu . Apa yang korang perlu tahu , majoriti umur diaorang standard adik2 je dengan aku  ,18,15,16,  hahahaha addoiiyaii what the Mia , feel tua ?? lantaklaa , k aa guys , aku nak golek2 jap , malam ada class sampai jam 11 pm.

Selamat sejahtera keatas kamu ..

MELEPASKAN



Morning guys !

Its 8  o'clock  inthe morning ! But ada orang cakap , kami dah nak lunch dah Mia . oooh ,itu suara budak Malaya la tu !! Kikikih .

Happy lunch dear !


Guys  .. melepaskan rindu di jiwa tak sama dengan melepaskan batuk ditangga. Kalau melepaskan batuk tu ,maknanya buat asal boleh je  , tapi bila melepaskan rindu dijiwa ,kalau boleh semua nak all out la guys . semua nak dicakap , semua nak dicerita ,semua nak di bagi ..aa hihihih tapi kalau melepaskan pada jarak ratusan kilometer ?? Lu fikirlah sendiri ,bagaimana siksanya .  Paling sedih  bila orang yang dicari takda . Addoiiyai.. kena cari orang lain ke apa ni ??  


 Hihihi .. takde la gurau je   ^^   .. oK la , nak siap-siap  dah ni , lagi 2 jam nak masuk  class . Harini class lambat start , tu yang dapat menyanyah kejap tu ..haishh..


Selamat sejahtera keatas kamu ..

AKU TEKAD DAN NEKAD




Hi guys ..

5 petang disini . Kalau korang baca  kata nasihat kat gambar atas tu ,  itulah antara kata  nasihat someone  yang memang sayangkan aku katanya. Siapa dia , better korang tak perlu tau la guys , sebab aku  bukan boleh nikah pun dengan dia  hahahaha so tak perlu nak jeles bagai ok .

Never give up on something u really want*

Ofkos ! Sejak dunia aku berubah , semuanya turut sama berubah guys. Dulu bila aku nak kan sesuatu , aku cuma fikir , ala .. ada rezeki dapatlah , takda sudah ! Tanpa aku berusaha ,tanpa aku bersusah payah berfikir untuk dapatkannya. Pada aku buat apa bersungguh , kalau bukan rezeki ,tak ke letih nanti ? Inilah pemikiran budak baru nak up guys. Dia malas!

But nowday , bila kata aku mahukan sesuatu ,aku akan pastikan  dipenghujung garisan nanti ,aku akan dapatkannya jugak! Apa tekad aku ? Yep ,aku kena nekad !!

Paham  maksud nekad dan tekad ?  Pergi check  kamus dewan bahasa korang . Tahu maksud  kidung? Kudus ?  Hahahaha sampai sekarang  ,aku masih tak dapat jawapannya . But aku tau da ,someone tu yang malas nak fikir dan malas nak ambil tahu . Bahasa melayu  je kot , bukan bahasa nigga ! Hahahahaa k,baii

Kalau tak menyakat orang , bukan mia namanyaaaaaaaa.. hihihik


Selamat sejahtera keatas kamu ..

Miss you in every breath i take ...sayangg ~

MENYANYAH KEJAP






Yezza break time .

Rindu tak dengan  idea merepek aku guys? Sorry la , aku  dah sangat2  busy sekarang ni , but bila beberapa insan bertanyakan kenapa blog bunyi cengkerik , ok la , aku naip la sikit2 ea .

Minggu busy aku bermula sejak minggu lepas , siang malam lepak class , ngadap lects ,ngadap ustaz dan ustazah . Ngadap p.c , ngadap  nota2 , ngadap  buku rujukan yang bermacam2  jenis dan size .

Pagi class start 8:30 am  to 10:30 am

Kadang lepas tu free ,kadang sambung class sampai zohor.

Lepas break lunch  ,  class sambung dari jam 3:00 pm  to 5:00 pm

Then balik la bilik golek2  legakan minda yang sudah diperah seharian.

Malam ,lepas  maghrib  ada class lagi 8: 30 pm  to 10:30 pm

Kalau lect busy or ada hal ,class berjalan just 1 hour .

Yezzaa hahahaha  , tapi bukan selalu  saat indah itu berlaku guys ..ermm

Then  lepas balik class malam ,aku dah lemau sey . Kadang  bukak je message dari  orang  tersayang , tapi nak reply memang dah tak mampu . Mata ,badan ,minda ,semuanya  weak doe. Peh ..inilah perjuangan  paling besar dalam hidup aku sejak aku lahir. Tapi berbaloi  guys , aku masih dapat tumpukan semuanya  dengan semangat baru !!!


When someone  said :

I tak nak tengok you sedih2  lagi  kat  tempat baru tu , i nak you fokus pada pelajaran you  aja. Jangan risaukan apa yg you dah buat selama ni , usaha ,ushaa dan usaha . I will doakan you sihat sejahtera selalu ,dan jangan degil2..


Hahahahaha degil  dengan  Mia memang tak dapat dipisahkn lagi guys , apa yg penting ,degil pada usia 21 ,bukan sama dengan degil masa belasan tahun . Masa tu otak aku letakkan dilutut agaknya .. ermmm  aku ngaku guys . Cakap pun budak baru nak up ..haishhh..


K lah guys . Kalau aku silap ,ampunkan aku k,kerana aku hanya lah insan yg tak punya ,cuma rasa cinta membara ..hihihihih nyanyi siut ..


Guys , tadi kata roomate aku ,bila kita message orang ,tapi orang tu balas  macam nak tak nak je , better  kau pm pulak kawan baik dia yg lebih handsome dan lebih baik ..

Hahahahaha.. okk ..i  follow ~~~~


Selamat sejahtera keatas kamu .

ROOMATE







Harini aku breakfast jam 8.30 am  !!

Roomate aku yang  baru masuk bilik ada  belanja aku roti nan  versi arab  . Aku tanya  mana dia dapat kedai roti nan  tu ? Dengan selamber dia cakap ..

" Kawe  g pasa siti  kadijoh  tadi ,  hat situ  ah kawe beli untuk mu , mu make deh , sedak gok roti dio , raso mace dok puah make 2 keping !"

"Aaa.. mu.. pasa siti kadijoh korok mu , hahahaha  peruk tempayan mu nim  , make tuan yang buak  roti tu pum ,mu tak cukup hok kali "

 hahahaha saja aa aku sakat roomate !!

Guys... kalau aku salah  guna  gaya bahasa kelate atas tu , korang jangan gelakkan aku aa guys , aku kan jawa Johor , mana lah aku  paham dia kecek kelate tu . Sikit2 paham la , tapi 100% betul tu , tidak la  kot.

Ook .. jelas sekali ,roomate baru aku gewe kelate . Syukur alhamdulillah . Aku fikir aku dapat  roomate dari  luar negara ,sebab  kalau ikutkan senarai ,aku dapat roomate budak Turki . But disebabkan Turki dilanda musibah , semua aktiviti telah di tangguhkan.

#prayforTurkey


Apa yang menarik pasal roomate aku ni kan guys , perwatakkan dia lebih kepada " lelaki tak jadi " hahahahahah ala2 Fibo aku jugaklah . Cumanya kat sini ,bila dah pakai purdah ,niqab dan setokin , Sifat perempuan itu sangat jelas sekali. Lagi2  yang nampak cuma  lirikan mata ,ya ampunnnn. Itu yang berjaya buat aku tergila2 sekarang ni guys . Aku ter giler?? A ahh .. aku tergiler2 - a.k.a- kemaruk pakai lens . Peh apa lagi , dalam sehari ,biji mata aku 2,3 kali berubah warna bhahahahah  giler kan giler ??  Aaa..ngaku pulak kau giler ek guys . Hahahaha aku dulu2 ,kalau kawan2 aku cakap aku giler ,jawapan aku mudah je guys..


" orang giler takda dose aa bodohh "  hahahahaha cover diri sebenarnya guyss..siut je kan , Tak pernah nak  mengalah ,asiknya nak meeenanggggg je. Hahahaha well this is mia k , siapa nak kalah ??  Biar sepet tapi menang !! Ehh bhahahaha giler punya fakta !


Guys ..makin lama ,makin seronok pulak aku duduk sini , aku just risau je,elok2 aku kena stay 10 bulan ,aku request pulak 10 tahun . Ahh kacauuu . Hahahaha semua ni angkara  terlalu minat dgn  warna mata pak2 dan mak2 arab lah ni . Haishh sungguh guys , mata diaorang ..subhanallah .. melting siut ..arghhh..

Kat Malaya , aku ada jugak kawan dgn  budak arab guys. Tapi dia arab celop , kata dia family dia datang dari  banyak jenis bangsa . Hahahahha tapi aku malu nak cakap , yang sebenarnya  muka dia bukan iras arab , tapi banyak pada iras bangla bhahahaha .


Siut kau mia !!!!!!


Bhahahaha kalau dia marah aku , aku suka !!!memang pun dia iras bangla , dan aku peratikan , malahan bangla look more handsome dari dia kot !!! Bhahahahahah kaki sakat tu siapa lagi kalau bukan aku guysss .dan saka tu siapa lagi kalau bukan korang laaa..hahahaha  Korang aa saka aku  kikiki..

Eh !! Roomate aku lesap ?!! Stop menyanyah dulu aa guys ..daaa ~


Selamat sejahtera keatas kamu..

TEAM BARU




Cuti guys !

Mata pedih -pedih sebab ngadap  skrin laptop dari jam 4 am  pagi tadi. Addoiyai line  tenet yang tenat dah buat kerja aku  tertangguh . Dah la bangun lambat . Hahahaha selalu jam 3 am  or 3.30am , dah celik besar dah biji mata ni  . Serius  guys  , sejak class  aku dah mula ,masa aku sangat padat , mampat , ketat , sendat , ahh segala yang sempit tu la senang cakap . Bila je aku free ??? Ahha  bila class cancel  !! Tapi bukan selalu pun class cancel doe bhahahaha kira nasib-nasib je lah kalau ada  pun .


So apa je aku buat bila class cancel ??

Aaaaa .. selain sakat orang kat  laman sosial , aku ada satu lagi port baik punya . Yang ni memang awesome  sikit guys . ahli dia je dah 53K . Apa function join ?? Apa benda yang aku join ? Hahahahaha tengok atas tu lah . 









 And now , aku dah jadi kawan kepada budak-budak animasi diseluruh dunia  melalui akaun google plus aku ni . Seronok ?  Hahahahaha ofkoslah sebab diaorang ni otak semua otak katun guys . Bhahahahaha lurus bendul  sey .  Semua  nama anime tu ,kerektor nya mereka hafal , sampai kan yang aku update  ,aku sendiri tak tahu ,tapi mereka  direct terus komen ,nama  anime tu  hahahahaha . Aku layan  anime ? Dulu tak sekarang layan  aaaa hahahahah sebab?? Sebabnya  kesayangan pun kaki anime doe !!  Kenalah prepair diri dengan hobi dia ,kan?  Kalau tak ,taklah nanti jadi isu besar untuk bergaduh . Kalau dua-dua kaki anime ,takkan gaduh lagi  kot. Chill sudah laaaa hahahahahah.

Aku layan anime apa?  Adoi ..biarlah rahsia  kikiki .



Selamat sejahtera keatas kamu ..








MAKE YOURSELF PROUD



Morning guys .. its  5.16 in the morning, dan aku masih  kat bilik hostel . Kejap lagi azan subuh  berkumandang and beberapa jam lagi aku dah mulakan class .  doakan semua  berjalan lancar ea guyssss..

Permulaan pembelajaran  yang  buat aku sikit gelisah ,resah dan sikit  dupdap kerana tiada bahasa Malaysia diguna pakai diclass ini nanti  . But don't worry  , lepas ni aku make sure ,semua akan  berjalan dengan  lancar . Sampai ke hujung  tahun seperti mana yang telah dirancangkan . Lepas tu dah boleh balik Johor  ,dan request  calon menantu buat mama dan ayah . Ehhh .. hahahaha lepas habis study , carilah kerja  dulu . Kalau tak kerja macamana  nak masuk minang anak bujang orang kan guys ?? Kawen bukan  cuma untuk sehari dua , itu kerjaya sampai mati kot,insya allah kalau ada jodoh..

Ma... nak kawen ..:'(

Eh !!?  Bhahahaha  Alamak !!

Oii mia ,kau perli aku ke beb ???

Hahahahha opsss sorryyy.. senanya pishang aa guys ,duduk sini takada bf  ..eaaaah ?!! Bhahahahah nak study ke nak mengatal ko ni Mia oiiii??!!

Adoiyaii gedik aa gilerr

 GG !!!

Gg?
Gile ea giler?
Gedik giler?
Gelojoh ganas?
Gurau guys?
Gigitan girl?

Eh ..bhahahaha  no ..no ..no ...thats GOOD GAME !!  Hahahaha  jangan memacam ea . Guys ,  kat gambar atas tu adalah semangat yg aku dapat lepas balik  dari gym semalam . Come on Mia , make yourself  proud !!!  ohyeaaay . Aku akan buktikan guys !


Dear .. sorry kalau orang lepasni dah jarang kontak ea. Bukan tak sayang , tapi masa yang tak beri peluang . Jangan nenakal ,jaga  diri ,jaga maruah  ,jaga iman .

Haishh dah macam nasihat mama kat aku la pulak ..hihihihi

Selamat sejahtera keatas kamu..

MA ... NAK KAWEN



Hi guys ..

Kat sini 9.00 pagi , tapi kalau kat malaya sure dah jam 2.00 petang kan ? Sebabnya  jam  kat gadjet aku masih  ikut  waktu Kuala Lumpur .   So korang dah boleh agak dah kan aku dimana . pagi ni aku free  tapi  lagi 3 jam dah busy kot ,sebab ada program .






Tadi lepas breakfast , aku sempat called mama . Masa tu mama tengah busy urus budak ditaska .


Aku  : hello ma ,assalamuaalaikum

Mama : ye ..waalaikumsalam ,  awak kat mana tu ?

Aku  :  bilik ma ,baru masuk bilik ,tadi  pergi breakfast kat cafe.

Mama : oh , roomate  dah ada ?

Aku : belum , katanya esok ada  pelajar dari Turki nak daftar 3 orang ,maybe orang 1 bilik dengan budak Turki tu  kot. Haha namjahnam

Mama :  ohh ..apa pun hati2 ,jaga diri ,  jaga maruah kat sana  tau.

Aku :  baik  madam !  Hihihi  maaaa ...

Mama :  ye.. kenapa?

Aku  : maaaaa ... hihih

Mama  :  yeeeee ..awak nak cakap apa sebenarnya niii ..

Aku  :  maaa .. ermm

Mama  dah hangin  !  hahahaha

Mama : yeee.. cakap jeee.. awak nak apaaaaa .. eee budak ni karang , aaa

Aku  :  ma .. nak kawen  !!!

Mama  :  aaaa .. bagus2 , kawan sekolah mama  ada whatsapp tanya pasal awak . Kata dia  anak sulong dia dah umur 26 tahun  , tengah cari isteri .  sejak  study  , anak dia tu memang  takda gf , sebab dia tak suka couple2 ni ,kata ayah dia lagi ,ayah dia berkenan  dengan awak  .  mama  cakap ,kalau dah suka , silalah masuk meminang , dan anak mama  cuma ada dua ,kalau tak awak ,takkan dik E yg darjah 6 tu.  Awak nak kawen tak ??

Aku  : what  !!!!!???? Takda la ma !!  Senanya orang saja nak sakat mama tadi.. aaa , siapa nak kawen waktu sekarang ni ,  kan orang  baru setahun study , 2 course pulak tu  dan ada lagi 2 tahun  . Aaaa .. tak  nak aa  maaa  !!   Tak   nak kawen  lah !!  ermm...


Mama  :  hihihi  mama  tau awak ngusik mama kan . Yang  tergedik cakap pasal nak kawen la apa la tu kenapa?? . pasal  kawan mama tu pun sebenarnya , mama  saja  sakat awak . Hihihihih lain kali nak kenakan mama , jangan  bagi ayat nak kawen  tau . Aaaa .. memang makan tuan la  jawabnya .


Bhahahaha siut aaaa ... rupanya anak beranak kaki sakat . Addoiiyaiii... kering  doe darah aku  ,bila mama cakap , ada orang nak minang aku . Peh ..lepas ni tak buat hajat bodoh tu lagi lah .


Kawen ???  Ada orang ajak aku kawen sambil berlari , bhahahahah gilerrr  apa ???

Selamat sejahtera keatas kamu ..

MEREPEK REPEK SI BOSAN



Guys ..takda  cerita best yg aku nak share kali ni . But  kat tempat baru ni ,seriously aku sunyi . Roomate ? Dia ada tapi entah sampainya bila . Malam ni aku turun  dewan  untuk program suai kenal sengsorang la jawabnya . lahaii.. harap sangat ada mamat arab hulur tangan  ajak duduk 1 meja dengan dia malam ni .. hahahahaha gatal siut aku ni !!


Giler nak hulur tangan bagai , macam la aku nak sambut tangan kasar  mamat arabian tu , haish  malu sey ,  bytheway mujur lah kat sini aku  pakai nikab , takdalah malu sangat nak tunjuk mata sepet aku ni hahahaha sepet2 aku pun , nak tau dia punya power speed kalau kat highway ?? Sekali pulas je , 250km dia lari hahahaha 8 laps 13 minit je kalau kat Litar .. hahahaha riak pulakkkk...


Arghhh .. rindu la guys nak tunggang motor .. Ermm dah setahun kot  tak bawak motor aku ni. Bertabahlah duhai hati. ku pujuk hati ini , tanpa mu disisi lagi. Cehhh ..

Bhahahaha geli aa gilerr nak jiwang2 ni !!

Miss u sayanggggg ...


Selamat sejahtera keatas  kamu ..




M.I.A



Yep  to challenge me  you must be strong
 Itulah antara lirik lagu M.I.A  by Avenge Sevenfold
Kata budak muka all  out  ,
 mia tu short form untuk
" Missing In Action "
Hahahahaah giler ea giler ???
Oklah guys ..for your information ,aku da sampai ke distinasi yg dituju.
Dah dapat tidur lena dah  pun
Dah masuk  "asrama "  dah pun
Dan dah mula merindu  someone nun jauh diMalaya dah  pun
Haish ... bila rindu ,sila pandang bulan ,aku pun akan pandang bulan yang sama.
Ni je yg dapat aku  taip  untuk post  kalini
Bytheway jarak masa kita berbeza 5 jam .
Dan jangan lupa  aku dapat info ,
Pada hari rabu 9 march 2016 ,
Gerhana matahari akan berlaku pada jam  7 am .
Bebanyaklah berdoa supaya dunia ini akan kekal  begini.
Sesungguhnya Nabi Muhamad s.aw akan risau jika berlaku gerhana
 nabi  melakukan solat sunat,
 Sesudah selesai solat, nabi menangis dan menadahkan tangannya berdoa kepada Allah.

.“ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji yang Engkau tidak akan menyeksa umatku selagi aku ada bersama mereka.”
.“ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji yang Engkau tidak akan menyeksa umatku selagi mana mereka memohon keampunan kepadamu….” .

Nabi merintih dan menangis berdoa pada Allah.
Lalu, nabi memandang para sahabat dan berkata,

Kamu hendaklah bersegera melakukan solat ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, andainya kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”.




Selamat sejahtera keatas kamu ..

KISAH NYA SI FATIN 2



Onmyway to airport..


Sempat lagi buka tab ..huhuhu data expired petang nanti ,so kena la pakai pulun .  Morning guys. Cuma blog yang mampu aku on setakat ni . Haish jadilah dari takda..hahaha Korang nak aku sambung kisah Fatin lagi tak ek ? Haritu just intro je guys.  Kalau nak aku taip la kejap sementara ada masa 1 jam perjalanan ni.

 Yeaaah ..Fatin a.k.a FIBO !

She is pengkid pencen yang telah berjaya di olah oleh aruah kak Lyen. Back to normal person ,be a cute girl ,bukan lelaki tak jadi ,yang asyik nak merempit kehulu kehilir . Hahaha aku pun terjebak dalam situasi tu sebenarnya guys . Cumanya aku lebih enjoy jadi awek2 manja ,ala2 super girl yang sekali jeling ,24 orang lelaki  cair hahahaha ..pakai  saka ke apa ??? No..no..no.. just pakai minyak dagu. Eh merepek ?!! Hahahah aku masa tu lebih kepada kekasihnya seorang pengkid . Not bad la moment tu. Haish dapat pulak pengkid aku seorang nurse ,memang macam puterilah dia tatangnya aku.  Masa tu juga ,seimbas pun aku tak pandang  lelaki. Serius guys . Nafsu tawar ..hahahaha . Sekarang ?? Kalau aku nampak perempuan dengan perempuan berkepit ke hulu kehilir , aku akan cakap

" oii..geli aa gilerr !! Takkan lelaki kat dunia ni dah pupus ??insaf doe, insaf lah !!"

Ceh..kerek gitu. Padahal dulu2 siapa yang taikong pengkid hahahaha . Back to story pasal Fatin lah !! adoi part merepek ,aku memang laju je haish ..okk..

Bila Fatin on id legend rania evans tu ,aku suruh dia masuk dalam group karaoke jamban milik aku dulu. Aku suruh dia pujuk admin untuk invite dia. Nak jadikan cerita, akhirnya Zaid lah tukang mendaftar ahli baru dlm group tu rupanya.ok goodjob Zaid ! Hahaha tapi apa yang mengejutkan kehadiran Fatin jadi  kerunsingan ahli lain. Masing2  syak yang Fatin tu Aku,Mia izarra !! What the members?? aku dengan Fatin pun diaorang tak dapat nak cham??? Adoiyai masaalah jugak!  But Fatin banyak guna tektik imbas dan  tinggalkan jejak. Hahaha that means ,dia guna tektik ,tegur , sakat then abaikan je sakat orang lain, biarkan je syak wasangka kawan2 lain. Dari hari kesehari ,akhirmya Fatin menjadi super girl paling hot dalam group. Semua orang dia kasi cair . Semua orang dia bagi morning kiss,night kiss ,entah apa lagi kiss ,aku pun tak paham  hahahaha. kalau merepek ,tak sembang 18sx ,memang tak sah hidup dia sehari tu. Orang layan tak layan ,dia ada kisah?? Dan akhirnya perangai seloroh dia dan bersahaja ,dah berjaya  buat ramai orang sayang kat dia. Sehinggalah pada satu hari..jeng, jeng,jeng ..

Tercetuslah satu  tsunami dalam group ,yang melibatkan jiwa,hati dan perasaan semua ahli. Selisih faham menular dengan satu demi satu keaiban ,maruah Fatin  semua tercabar . Pernah jugak satu hari Fatin message aku ,katanya :

" beb ..aku blah je aa dari group tu ,aku tak nak aa makin lama ,persahabatan diaorang  huru hara . Aku join situ semata2 nak happy ,bukan nk cari gaduh apatah lagi musuh ."

Aku cakap : " chill doe ,benda takkan kemana , kau buat je macam biasa ,layankan je mana2 dugaan yang datang ,or better kau diam kan je diri kau , jangan tambah minyak pada api yang tengah marak menyala "

Akhirnya bila dah  2,3 kali aku sebut ,sabar,chill ,ignore aja pada dugaan, yezza ..Fatin akur , lagi pun kata dia ,aku dah jumpa someone special  dalam tu beb ,mana mungkin aku lepaskan selimut tetangga .. hahahahaha merepek-repek memang rajin Fatin tu. Nampak muka comel-comel gitu tapi kalau dah  buat lawak bodoh,memang poyo aa aku kata !  Hahahaha .

Oneday ,masa tu aku tunggu berhari2 jugak message dari Fatin . Malangnya bunyi cengkerik je inbox aku. Dan bila pada satu malam mama  call,beritahu ..

" awak jangan terkejut  pulak mama nak gitau ni, kawan awak  si Aten tu dah takda, dia kemalangan waktu lintas jalan kat pusat bandar. Tak dapat diselamatkan sebab cedera teruk dibahagian kepala. Mama ada juga pergi melawat ,tapi masa tu jenazah dah selamat dikebumikan sebab mama lewat sampai ,kena uruskan taska dulu. Awak jangan lupa sedekahkan alfatihah buat aruah ,dan kalau ada masa lapang ,bacakan surah yasin , dia banyak dah bantu kita sekeluarga ,mama pun sebenarnya marah dia dulu2 tu ,sebab mama sayang dia,macam anak2 mama sendiri.  Ermm.. mama janji,mama akan bantu family dia dan tengok2kan adik2 nya yang masih bersekolah lagi tu..in sya allah..tulah janji mama kat awak dan kat aruah  Aten. Maafkan kan mama ea .. "


Aku ...


Aku cuma diam..


Aku cuma rasa  yang dada aku  rasa berat ,nafas aku berat ...


Aku cuma dapat rasa ada air yang jatuh dari mata aku,1..1..1..dan akhirnya laju...


Ma ..thanks gtau orang ni..  but orang ngantuk lah ,kita stop  k .. nanti free orang call mama lagi ea ma??

Mama  : ok.. jaga diri awak kat sana , mama , ayah ,dik E sayang awak . Kami buat semua  ni sebab  kasih sayang kami ,bukan sebab benci . Awak darah daging kami dunia akhirat. Awak lah penyelamat mama dan ayah di akhirat nanti .  Ingat , Allah ada untuk awak ,biar mama dan ayah jauh ..


Ok ma.. assalamualaikum ...* suara aku tenggelam dalam titisan air mata kasih sayang buat Fatin .  Biar pun aku tak dapat mempercayainya 100%  tapi sedih itu ada ..

Beb.. dimana pun kau , aku akan kekal sayang kau , sampai tertutup mata, kasih sayang tu akan kekal utuh . AlFatihah buat Fatin Irisyah  ...


Selamat sejahtera keatas kamu ..

AKU BUKAN UNTUKMU


Selamat malam guys. Ni je yg sempat aku post dlm blog malam ini ,masa pun terlalu padat sekarang ni .. guys..tiap lagu ada ceritanya. Dan lagu Rossa kalini adalah jalan cerita yg telah aku alami sebelum ini ..  Rindu aa gilerr !!  Hahahahaha


Aku bukan untuk mu .. Rossa


Selamat sejahtera keatas kamu ..


KISAHNYA SI FATIN 1



Fatin !

Satu nama yg tak asing lagi dlm dunia reality aku.  Maybe korang pernah baca pasal  keakraban aku dengan Fatin a.k.a FIBO ..

OK guys  , buat pengetahuan korang , Fatin ialah nurse peribadi aruah kak Lyen , then jadi nurse aku pulak ,merangkap kekasih sejenis dan kawan karib dunia akhirat . Hahaha gitulah lebih kurang bagaimana rapatnya aku dengan Fatin /FIBO !

But bila mama suruh aku stay Singapura ,sebab kesihatan aku yang memerlukan penjagaan rapi 24 jam , aku terpaksa berpisah dengan Fatin. Walaupun cuma seberang tambak je kot.  Bila aku dah mula study sambil menerima rawatan ,waktu aku dengan Fatin memang terhad .  Jalan pintas , aku bagi Fatin id wechat milik aruah kak Lyen yg aku panggil id THE LEGEND  - raniaevans -

Yep ,Fatin memang tak layan application macam wechat ,facebook ,telegram,line ,ect . Dia cuma ada whatsapp dan twitter . Kata dia  aku takda idea nak merapu . Hahahaha siut , dia perli aku kaw-kaw doe .

Then bila aku bagi Fatin id legend tu ,  first aku warning dia . Layan kawan-kawan aku kat list contacts wechat aku tu , macam kau layan aku , deal ??

Fatin jawab  , no hal !! Bisa diatur , lunyai budak-budak tu  aku bahan nanti. hahahaha itulah jawapan sakit hati yang aku dapat ,siut  . Lagi makan hati ,dia cakap ,orang pertama aku lanyak ialah bf kau eah beb . Bhahaha mace siea si Fatin ni . Kecik beso je aku tengok dia masa tu guys. Dia buat muka poyo ,siap angkat-angkat kening lagi. Aku just gelak hambar ,sedangkan dlm hati aku cakap... " dia kenal ke bf aku ek ?"  Huhuhu

Nak jadikan cerita ,orang pertama dia  cari rupanya Zaid !! yezzaaa .. siapa Zaid ?? Anu tu aaa.. bhahahaha yg gitu-gitu tu .. haish -_-


Dari Zaid lah dia mula kenal semua orang dalam list contact aku tu . Dengan nick name Sis Fatin ,akhirnya  Fatin jadi sebutan dikalangan budak-budak kat kedai mamak STT.  Hot giler Sis Fatin kan ?  Sampaikan ada yang bercita-cita nak jadikan sis Fatin sebagai calon menantu mama dia !! Hahahaha tak padan dengan brutal ,laku jugak pengkid aku tu. Lahaii rezeki beb ,jangan tolak , pengkid dah insaf ,kasih sayang dia lain macam sikit. Haish ..ni bukan aku yang cakap , tapi  siapa yang dah kenal lessbie dn pengkid dah insaf,mesti akan cakap macam tu. Yes or Not guys ???  Hahahaha tepok dada , tanya selera !  Aku no komen lah sebab aku bukan pecinta bekas lessbie ,but aku pecinta lelaki straight sekarang .

Eh.. apa cerita ni ?? Merepek meraban kau Mia !! Adoiyai .. macam nak bercerita ,tapi jari letih lah..

Oklah esok taip lagi . Aku nak merenung siling kejap . Cicak dah berkeliaran kat atas  siling. Ada nak dating ,ada pergi pasar malam ,ada lepak-lepak  layan lagu. Eaaah ..hahahaha cicak modern  ke? mohon jangan terase beb  .. hahaha


Malam jumaat ,banyak benda yg dapat pahala boleh dibuat. K , switch off the light guys. Goodnight



Selamat sejahtera keatas kamu .

NASIHAT SI ABILL




                                             
 Bytheway pic tu bukan dia bagi aku pun ,tapi aku ambil kat favorite gf dia ,jangan marah ea beb !!  hahaha ,apa2 pun ,thanks untuk kata nasihat tu ,sampai mati pun aku akan ingat doe .




Selamat sejahtera keatas kamu ...



P/s .. kepada sesiapa yg nak cari model muka baru , boleh lah pm google plus aku , nanti aku bagi  no whatsapp kawan aku ni  . Hahahaha  

BLOG DAN OTAK AKTIF SEMULA

Benda ni orang dah jarang guna, dan kadang tu mereka letakkannya dilutut.

Petang guys... inilah petang khamis yang terakhir aku di negara ini . Lepas ni aku akan merantau lebih jauh . Aku sedar bahawa penghijrahan memang perlu dalam hidup untuk menaik tarafkan jati diri dan usaha. Baik usaha dunia serta akhirat. Aku dah kebal !


Kalau nak sempurna memang payah guys ,tapi jika nak jadi baik itu mudah. Abaikan  segala anasir jahat , banyaklah buat hal yang positif ,insya allah ,kau jadilah orang baik. But one thing korang kena tahu guys, tak semua orang baik itu baik. Maybe dia baik dengan kau,tapi belum tentu dia baik dengan Tuhannya. Maybe dia baik dengan Tuhannya,dengan kau, tapi belum tentu dia baik dengan ibubapanya,adik beradiknya dan jiran tetangganya.


Guys.. Allah bagi otak , akal fikiran. Gunalah otak korang tu 200% .  Sejujurnya aku lebih suka jadi hantu dari jadi manusia . Sehodoh- hodoh hantu dia sedar yang dia hodoh dan dia tak pernah nak bangga diri  dengan keistimewaannya yang boleh cilok-cilok kacau orang , tapi semolek - molek manusia , dah la sombong , malah pentingkan diri sendiri  dan selalu lupa bawa otaknya  bersama ketika  keluar rumah.


Cakap banyak letih

Naip banyak letih

So dengan rasminya blog ini aktif lepas cuti beberapa hari. And now ,jangan bosan baca post merepek aku ok.Aku akan bawa idea fresh dari gurun Sahara , di  Garisn khatulistiwa .


Haish ..-_-   Hahahahaha



Selamat sejahtera keatas kamu ..