Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

THROW BACK 1 JUNE

1st june 2016

Genap setahun kak Lyn pergi tinggalkan aku . Ikut tahun masihi . Tapi kalau ikut tahun hijrah  lebih dah setahun . Kak Lyn  ,satu2nya kakak milik aku , kakak di dunia dan di akhirat . Kakak yg juga jadi milik keluarga ,akhirnya pergi meninggalkan aku dan semua miliknya buat selama2nya. Alfatihah.

Masih terbayang detik setahun lalu ,masa tu aku masih lagi berkerja di salah sebuah syarikat  di seberang tambak  Johor( Singapura )sebagai pekerja 'partime' bersama along ,abang sepupu aku yang jugak seorang Singaporean tulin !

Lepas balik kerja shif petang  ( 12 .30 am ) aku siap2 untuk tidur  , manakala makcik dan semua sepupu aku sudah pun melayarkan bahtera kepulau impian masing2 . Dan along sudah pun berada di tempat kerja kerana shif malam .

Jam 2.30 am ,phone aku berdering . Rasanya aku baru je lelapkan  mata , letih kerja pun tak hilang lagi , bila aku jawap panggilan  , ternyata panggilan tu dari mama yang  beritahu kak Lyn tengah nazak . Masa tu aku tergamam …

MATI ITU PASTI

Morning  guys . Lama dah blog sunyi . Bukan malas tapi aku kena dating di wad selama 4 hari 4 malam bersama dengan doktor2 handsome dan nurse2 gebu  . Not bad !  Punca ? sebab tak sihat la ,kalau sihat taklah  kena tahan . Hahahaha reason  not strong !!  Reject please  ..

Ala senang cakap , sakit penghapus dosa2 kecil lah Mia ...ok settle ~~

Harini masuk hari ke 2 mama disisi aku . Yezzaa mama ada disamping aku dan aku ada disisi mama . Berkali jugak aku nampak mama keluar masuk bilik doktor . Apa diaorang sembangkan aku tak tau lah kan . Yang aku tahu , beberapa doktor pakar tulang sedang berbincang pasal keputusan x-ray aku yang dilakukan malam pertama aku masuk wad .

Lihat pada riak wajah mama . Something hidding . Mama sorok apa kah ? Mama buat tak tahu je bila aku ajukan soalan itu , Bila aku tenung muka mama , shes keluar bilik . Aku buntu ditinggalkan sorang2. Terpinga2 ..sayu ..ahh airmata turun  laju ..

Krik3 ..

Bila aku tanya zack . My mom  ada story you something ? about m…

AIB KITA DIJAGA

"AIB"Apa itu aib?
Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang.Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.Nabi musa berkata pada Allah.

"Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun …

MABOK DARAT

Hi guys ..

Hujung minggu kemana korangs ? Cuti sekolah ni ,biarpun dah dekat bulan puasa , ramai pulak excited nak bernikah kan? untunglah dah dapat yang halal .  macam kita orang yang solo ni , asik lah  termenung sana , termenung sini mikir yang haram untuk dihalalkan . Hihihih sabo mia saboooo .. *mengatal tak pernah sudah si perempuan ini *

Tapi ingat ea korang , dah halal tu halal la jugak , bulan puasa nanti jangan main bedal je , siang puasa la dulu ,malam2 nak  belasah 360°  pun takda hal . Hahahaha aku ingatkan je ,jangan nanti korang kena puasa 2 bulan berturut2 pulak ,  ahha tak ke naya tu namanya . Tak mau gelojoh ea..tak mau ..tak mau

Aku ada sorang hamba Allah ni . Nak kata gelojoh taklah mana pun kegelojohannya  but paling seriau bila dia cakap , dia nak pergi jalan jauh . Kenapa aku nak fikir pasal dia ??  hahahaha hamba Allah ni jenis  mabok2 doe . Tapi bukan mabok asmara or mabok alkohol tu , tapi dia mabok kenderaan atau orang panggil mabok darat* hahahaha  dah ma…

KESIHATAN TERGANGGU

Lepas exam haritu ,aku dan roomate diserang  demam . Aku demam kejap je , tapi lepas demam melarat pulak ke sakit lain . Mulanya aku fikir cuma sakit biasa2 hujung bulan , tapi bila dah melarat sampai ke dada terasa  pedih , aku dapat rasa sesuatu tak kena dengan sistem tubuh badan aku ni.  Semalam warden bawa lagi aku ke klinik sekali lagi. Doctor yang sama  merawat aku . Kalini kami buat xray untuk kali kedua .tapi resultnya aku tak dapat lagi.

Apa pun alhamdulillah , demam roomate dah hilang . Dan aku je yang masih melarat2 sakit. Apa yg pasti sekarang , tak payah fikir banyak lagi ,ubat yang didepan mata ni makan ,lepas tu tenang2 aja ,lepas tu doa2 aja ,lepas tu pasrah dlm redha .apa jadi lepas ni ,jadilah ..aku redha  .. aku cuma dibagi pinjam kat dunia ni kan ?  So ..lek2 suda aa *

* La illa ha illah Allah ,
Muhammadurasullullah *


Selamat sejahtera keatas kamu..

MISS APRIL TU SIAPA

Miss April tu lah aku .Aku lahir pada  april 1995.  Dah tua ek ? Alhamdulillah , 2,3 tahun lagi jadi lah isteri orang . Hahahaha  gatal sungguh  perempuan ini !!  ignore it guys . Gambar atas tu aku ambil kat fb , diaorang sibok dok sembang pasal  bulan kelahiran dan perwatakkannya . So aku rembat lah April , bulan aku lahir . Terror tak aku ?? Hahahaha

Miss April creative ?
Mencekotnya hahahaha apa mencekot tu??? Ini  perkataan yang  biasa aku guna dengan kawan2 kat JB dulu . Ianya  lebih kepada " mana adanya "  , " takda maknanya" . Aku tidak kreatif . Kreatif paling awesome aku selalu buat ialah sakat orang . Hahaha kalau sehari tak sakat orang tak bermakna dunia aku . Lepas class je ,aku dah terfikir ,siapa nak kena sakat dengan aku harini . Biasanya orang yang dekat dengan aku lah kan jadi mangsa . Siapa ? Adalah hihihi  kadang nangis hamba Allah tu aku buat . Ada yang lain ,sampai berasap telinga ,menanah mata kena sakat dengan aku . Hahahaha kreatif tak aku…

WANITA DIMATA DIA

Mengapa WANITA sering menangis?‌‌‌‌‌‌ Jawapannya..
Kerana WANITA itu unik.‌‌‌‌‌
Diciptakan ia sebagai makhluk istimewa.‌‌‌‌‌
Dikuatkan bahunya utk menjaga anak-anaknya,‌‌‌‌‌‌
Dilembutkan hatinya utk memberi rasa aman,‌‌‌‌‌‌
Dikuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,‌‌‌‌‌‌
Diteguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,‌‌‌‌‌‌
Diberi naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman,‌‌‌‌‌
walau disakiti oleh orang yang disayangi.WANITA makhluk kuat.‌‌‌‌‌
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU , beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.‌‌‌‌‌‌ WANITA sangatlah istimewa.

Perkongsian dari Ustaz Iqbal Zain

RAHSIA AL-FATIHAH

Guys ...

1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali…

DIKOYAK WAKTU

Morning guys

Dunia berpusing ,masa berlalu , aku masih disini . Berdiri sendiri tanpa mama dan ayah disisi .tanpa kesayangan didepan mata .

Banyak janji aku dah bagi kat mereka . Janji dunia ,janji akhirat. Semua janji2 itu kami semadikan dalam nota ingatan supaya  kami sentiasa berpegang pada janji kami.

Aku janji dgn mama ,akan tamatkan study ni sampai tahun akhir dan dapat segulung pengiktirafan dari kementerian dan pentadbiran kolej.

Aku dah janji dgn ayah ,akan sama2 manfaati ilmu agama bersama dgn orang2 masjid tempat ayah selalu lepak . Selalu dengar kuliah , selalu berjemaah , selalu buat amal jariah  , masjid adalah rumah kedua bagi ayah .

Aku dah janji dengan kesayangan ,akan buat yg terbaik utk masa depan  kami . Untuk sebuah keluarga sakinah  until jannah untuknya dan aku .  But guys .. apa yang aku fikirkan sekarang , mampukah aku laksanakan semua janji2 aku tu nanti?

Panjang mana usia aku ini ?

Jauh mana lagi perjalanan yg harus aku lalui ?

Setia mana kesayangan untuk satu istil…

PENGETAHUAN KHAS BUAT LEPASAN SPM DAN STPM

Hai adik2 lepasan SPM dan STPM , Bingung ek nak tuju mana bila result dah keluar ?? Meh aku share sikit info yang selalu buat korang blur2 tu . Hihihih ..hadamkan baik2 ok .



Apa Perbezaan Masuk Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.

Berikut dikongsikan perbezaan masuk matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma buat panduan pelajar lepasan SPM yang dalam dilema untuk memilih program pengajian tinggi yang terbaik buat mereka. Ingin ditekankan yang kesemua program ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pilihan terbaik adalah bergantung kepada apakah cita-cita kerjaya yang anda ingini. Contohnya jika anda ingin menjadi jurutera pilihlah bidang pengajian kejuruteraan.

Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA

Perbezaan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.

Berikut dikongsikan maklumat ringkas berkenaan dengan perbezaan Matrikulasi vs Asasi IPTA vs Tingkatan 6 Vs Diploma. Bagi mereka yang tidak pasti atau ragu-ragu pilihan pengajian yang terbaik, b…

SEMUA HAK AKU

Aduhai mata ,asal la tak mau jugak pejam . Dah naik letih aku ngadap siling bilik  , tapi otak aku kelain , mata aku kelain , jari aku kelain .what the bingung ? Hihihi bukan bingung tapi tongong  ..ish ..bahasa kuno tu jangan pakai lagi dah expired lama .

Aku nak share something kat korang guys . Aku dapat texts dari seorang insan standard adik2 je dengan aku dan dia adalah seorang perempuan. Katanya :

Dear sis Mia
Boleh saya  tanya akak sesuatu ? Harap akak tak kecil hati atau marah . kak... kenapa akak tak selalu guna gambar akak sendiri dalam semua laman social ? Apakah akak malu atau sebab lain ? Kadang tu saya tengok akak guna real pic akak cuma sehari dua je ,kemudian akak tukar semua dengan gambar lain . Akak bukan tak cantik , akak comel tapi kenapa tak nak  letak gambar sendiri . Asyik-asyik gambar anime je saya tengok akak guna. Akak peminat anime ? Dah besar2 tengok anime ? Kehkehkeh macam budak-budak la kak. Alamak  maaf, saya gurau je kay .

P/s , Akak kalau tak sempat jangan…

SEMUA SEBAB SAYANG

When someone asked me " where have u been ? What are u doing ? Lama tak nampak online , tak nampak sakat budak2 group , tak nampak up moment  berjela2  lagi dah .  Hang pi mana ?? Hang pi mana ?? Aaaa .. tu lah yang aku buat . Baca kat gambar  atas tu . Rasanya itu aktiviti baru aku lepas ni  bila  dah takda class .

Dalam bilik terperap
Baring atas katil ,golek2
Pelok bantal kuat2
ON kipas full speed
Scrolling phone ,lepas tu pejam mata ! Sweetdreams*
Yezzaaaa i love this , just to love  this !!

Tentu korang pelikkan  , seorang keyboard worrior just scroll phone bila free ?? Yep , kan aku dah cakap yang aku kan dah letih , i need more rest , more ketenangan , more  rileks.

Mana gelak ketawa yang terbahak2 macam orang giler tu ? Ada aku simpan dalam  peti  sejukbeku . Supaya dia tidak expired ,supaya oneday aku boleh guna pakai semula  ,supaya aku akan tersenyum puas satu hari nanti . Tapi bukan sekarang !

Sekarang ni ,semua senyum aku  hanya  asal boleh . Aku senyum hanya buat d…

LEPAK DENGAN ZACK

Morning dan aku kat cafe aladdin sekarang ni. Layan zack yang katanya lapar giler sebab malam tadi aku tidur pengsan dan zack tak keluar makan . Aku cakap kenapa tak keluar ? Biarkan jelah aku tidur sorang2 dalam bilik . Kata Zack ..  " i am worried about you "

Aku spechless * terharu*

Then pagi ni , minah kelate ni dok melahap la 2 keping roti nan , 2 keping sandwich tuna , 2 gelas  kopi 0  kurang manis. Paling lawak dia tapau nasi tomato berlauk ayam masak merah untuk kami nanti . Tuan syeikh yang berniaga tu pandang kami atas bawah . Orang kecik  tapi selera bapak besar !  Hahaha

Masa Zack makan the  last sandwich tuna tu , Aku tenung muka dia ,dia tak pandang aku tapi dia ada bersuara perlahan , " dari  dok teriak mace ore gilo , lagi baik make sedap, esok pose ,lapa doh sehari "

Peh ! Aku pijak kuat2 kasut dia ..grrr

Woii.. sakit laaaaa .. menjerit minah  ni kesakitan kan..aa

Tau kau sakit kan? Ayat kau tu lagi buat telinga aku panas tau.

Hahahahah  korang ta…

PERIHAL MALAM 15 SYAABAN

Morning guys.
Ramai dok pertikai pasal aktiviti malam nisfu syaaban yang sudah pun berlalu beberapa malam lepas. Aku pelik , ada diantara kita terlalu memberatkan benda remeh seperti ini. Memangnya orang melayu muslim ini suka berkelahi ?

Guys ..memeriahkan  malam 15 syaaban itu adalah amalan para ulama terdahulu , namun ianya bukan lah sesuatu yang diwajibkan . Buat boleh tak buat pun tak mengapa. Sebab TIDAK WAJIB !

Kenapa baca yasin 3 kali ?
Ok untuk memenuhkan ruang masa diantara lepas maghrib  sampai ke masuknya waktu isyak , membaca yasin 3 kali itu memang dah ngam2 la , tapi kalau korang baca 1 kali atau 2 kali pun ,apa ada hal sebab aktiviti ini bukan AMALAN YANG DITUNTUT ! Surah yasin merupakan surah yang terbaik ,ringkas dan selalu diamalkan dlm acara2 orang muslim , seperti malam jumaat , sedekah pada si mati , bila ada gangguan mahlok halus , semua orang akan baca surah yasin ,  cuba korang bayangkan nak baca surah albakorah , mesti tak sempat habis baca ,azan isyak dah berkum…

AKU ,LELAKI DAN JANJl

Guys..
Bila hampir 3 tahun aku jadi pecinta wanita. Sedangkan aku pun perempuan , akhirnya pada masa aku form 6 , aku berubah cita rasa .itupun setelah setiap hari kena bebel dengan aruah kakak . Aku , Fibo  akhirnya menyesal atas tiap perbuatan  kami selama semua nya berjalan rancak . Mulanya Fibo lah ,dia jatuh cinta dengan kawan sekerja yang bertugas sebagai seorang doktor pakar. Dan aku pun terjebak dengan cinta berlainan jantina ,yang mana pada aku itu cuma cinta percubaan . Hahahaha banyak aa aku punya percubaan kan!

Pernah akak pesan . Kalau bercinta  ,sila fokus tapi jangan terlalu mengharap..  Asalnya aku bingung doe apakah yang cuba akak maksudkan , tapi bila dah ulangkali fikir,ok ok ,paham sudah . Hihihih

Akak juga pesan , tak perlu cari kekasih yang terlalu baik ,terlalu dengar kata , atau terlalu lurus bendul sama macam mr Bean.  Sebab semua perangai lelaki adalah dipengaruhi oleh  hasil didik seorang perempuan disisinya . Ok ,yang ni aku paham !

Dan bila aku mula terje…

HIJRAH AKU BERHASIL

HEy you ! Baru balik dari program dirumah kawan . Meriah !  maybe ini hasil atas apa yang aku doa lepas aku cedera teruk setahun lalu . Bila mama tanya aku dengan  penuh rasa marah , aku cuma mampu berkata perlahan .

Awak nak study ke lepas ni?

Nak ma ..

Dengan keadaan awak macam ni? Macamana awak nak hidup dalam dunia kolej?

Ma ..bagi orang peluang ,maybe sebelum ni orang silap , orang leka dengan dunia remaja  yang orang anggap mesti kena enjoy dan happy 24 jam. Tapi sekarang ,orang dah nekad ,orang akan belajar demi dunia orang akan datang.

Ok , awak nak study apa?

Izinkan orang belajar ilmu akhirat yang orang rasa ,orang akan guna disetiap ceruk hidup orang ini .Orang akan follow up apa yang orang belajar nanti. Ma..bagilah orang peluangea.


Bagaimana ilmu dunia yang ada sekarang? Takkan awak nak abaikan macamtu je?

Orang akan ambil 2 couse , 1 untuk hidup didunia ,1 lagi ilmu untuk kehidupsn diakhirat . Pasal study tu mama jangan risau , orang akan fokus 500% . Orang akan abaikan…

15 SYA'ABAN

Guys .. Disaat semua remaja malaya sibuk pegang gadjet dan lena  berhibur dengan nikmat dunia , aku disini ,dengan beberapa lagi rakan  serumah , sedang dalam perjalanan menuju distinasi  yang dirancangkan.  Sambutan 15 syaaban akan diraikan lepas maghrib nanti. Aktiviti membaca surah yasin sebanyak 3 kali  bakal berkumandang  selepas maghrib.   setiap tamat bacaan bakal dibacakan doa ,makanya akan terhasil  doa2 yang akan dipohon malam ini  , selain doa2 biasa yang dipohon selepas solat setiap hari. Moga Allah perkenankan doa2 kami .


Doa yang diminta selepas yasin pertama :
Kita mohon kepada Allah s.w t supaya dipanjangkan umur kita dalam  kebajikan.

Doa  yang diminta selepas yasin kedua  :
Kita mohon Allah  tetapkan iman kita dan mohon juga supaya ketika mati nanti , kita dalam keadaan iman yang benar2 sempurna

Doa yang diminta selepas yasin ketiga :
Mohon  kepada Allah ,agar dimurahkan rezeki kita dengan rezeki  yang halal .

Kesemua doa dibaca setiapkali selesai  membaca yasin mal…

DARl WANITA UNTUK WANITA

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3.Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hi…

BALIK CUTI

Morning guys ..
Baru nak lelapkan mata , aku dikejutkan dengan 1 panggilan talipon .nombor yang tertera adalah nombor mama .  Dan bila aku  jawab panggilan tu  , ternyata pemanggil bukan mama .

Helloo ..assalamualaikum ? Ma ?
Helloo cantik , waalaikumsalam . Ni bukan mama awak la.


Aku kenal suara itu , lelaki ! well , macam biasa lah kan , aku akan pastikan dia hangin 1badan dulu baru aku dengar panggilan seterusnya .

Err..bukan mama ?boleh saya tahu dgn siapa saya bercakap , sebab tak ada lelaki call saya  disini kecuali ayah saya  , dan saya kenal suara ayah saya . Awak siapa ek ?

Hoiii kereknya budak ni !! Suara abang sendiri pun tak kenal da ??? Aku terajang budak ni karang . Hahahahaha  ko sengaja kan dik  buat2 tak cam suara abang ?

Ermm maaf ye saudara  , bf saya marah kalau saya bercakap dengan lelaki lain ,selain  dengan dia . So ,better kita stop sekarang ?

Perhhh  budak ni memang nak kena  lambung2 ni kalau balik kampung , siap la kau , abang dengan kak Su lambung kau ting…

MUHASABAH DIRI

Guys ..buat renungan bersama ..

Dalam kehidupan kita pasti memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain. Sehebat apapun kita pasti memerlukan bantuan. Sebagai makhluk kita pasti memerlukan khaliq.Oleh kerana itu Islam mewajibkan agar hubungan baik kita dengan Allah sentiasa di jaga dengan jalan:

1. Sentiasa memperbaharui keimanan dengan mentaati Allah. (QS az-zariat)

2. Sentiasa mengingati Allah (al Baqarah 152).

3. Usahakan agar diri kita sentiasa bersama dgn Allah ( toha 46)

4. Mohon keampunan hanya kepada Allah ( an nisa' 110).

5. Mohon dimaqbulkannya doa hanya kepada Allah ( al an'am 79).

6. Bersyukur hanya kpd Allah ( Ibrahim: 7)

7. Beribadat hanya kpd Allah. (Al Israk 23)

8. Memohon jalan perunjuk yg benar hanya kpd Allah (al fatihah 6-7).

Guys .. Jagalah perhubungan kita dengan akhlaq yang baik. Tak perlu cari silap orang tapi selongkar lah salah sendiri . Tak ada manusia yang bagus dalam dunia ini melainkan mereka yang suka PERASAN BAGUS .. Jom doa  guys ..

" ya …

AKU MAAFKAN KAMU

Morning guys ..

Sini baru habis subuh . Apakah  ada lagi subuh untuk aku esok ? Ermm  ..Wa allah hu' alam .  sebenarnya takda apa yang menarik untuk aku kongsikan kat korang kali ni guys . Tapi disebabkan nanti  korang dok la tercari2 mana post aku ,  feels ghindu2 gitu  kat aku kan , eh aaa.. so meh aku merepek kejap ea . Tapi kejap aku macam biasa lah kan , kalau drive  kereta dari JB  mau sampai Thailand dia perginya  .. hahahahaha


Guysssssss ..  bila sesaorang yang korang sayang ,kemudian dia lukakan kan hati  korang dengan kejam , kemudian dia datang semula untuk mohon maaf dan janji takkan buat untuk kedua kalinya . Apa tindak balas korang ek ? Bytheway kalau aku lah kan  , bila dia jujur nak mengaku kesilapan yg tidak di tersengajakan tu , better .. maafkan je guys . Tak luak pun duit gaji korang bulan ni bila korang memaafkan nya . Ermm gaji aku berapa ek ? Hahahaha mengong je aku* student  mana lah ada gaji .

But dalam kes aku ni ,  aku dengan  seorang perempuan  ok ,so …

12MAY

The best way to make your dream come true is WAKE UP !!


Ok ,wake up guys !  Siang dah  .. bythe way  ,happy nurse day buat semua jururawat seantero dunia . Jasa yang telah diberi ,sama ada ikhlas dengan tidak ,amat  dibanggai .


Ucapan apakah ini Mia ?? Hihihih guys .. kerja sebagai seorang nurse bukan semudah yg korang tengok . Dan menjadi nurse biarpun mereka kerjanya tolong orang sakit , tapi tak semua orang suka nurse. Yes or not  ,tu korang lah jawab sendiri. Pengalaman aku duduk dalam kelompok  nurse masa di kolej kejururawatan  dulu ,banyak dah mengajar aku tentang hebatnya  jiwa seorang nurse.


Kalau korang pun aku yakin ,takkan mampu buat deh. Dalam keadaan merawat orang yg tengah kesakitan , tengah tak stabil mindanya , tengah mood bermacam2 , nurse dah tentu jadi mangsa keadaan .

Awek2 muda belia macam aku , kena cebok berak pesakit2 , kalau orang perempuan masih ok lagi ,korang bayangkan kalau pesakitnya lelaki ???? Jangan ingat lelaki tua je nurse cebokkan , dapat yg pesak…

IDEA BREAK 10

GIRL :  stop writing about your past and start writing your future!
BOY :  ok sayang ..

Ajet2 sweet  doe diaorg ni .. Kikiki*

Lokasi : cafe Aladdin
Masa : 10am  ( free 30 minit )
Mood : miss you


Aaa kata  Mr Azizan Osman  , pakar motivasi popular di Malaya , Berhenti "menulis" tentang kisah anda yang lepas dan mula "menulis" masa hadapan anda! Yezzaaa ..  kata2 yang bakal aku follow lepas ni rasanya kot. Apa lah nak menulis atau memikirkan pada sesuatu yang dah pun berlaku kan guys . Benda lama nak story pehal ?  Kalau nak cakap pasal  hal yang beberapa tahun lepas , sesuatu  hal yang bodoh akan menjadi sesuatu yang seronok digelakkan pada hari ini. Tapi bagaimana nak cover pada kebodohan hari ini pulak ? Better buat2  pandai kot ?? Bhahaha   kalau harini  bodoh , aaa simpan la sikit bodoh tu untuk anak cucu akan datang , biar 7 keturunan dalam kebodohan.

Hahahahah siut Mia  ni kan ,idea break 10 dia ntah apa2 je aaa ..

Guys  ,bila aku ditanya pasal  kisah semalam punya …

KIRIMAN DIEYA

Seorang PENJAHAT ditembak polis dan koma , Kemudian dia bermimpi dibawa Malaikat ke NERAKA . Tapi dia terkejut kerana di NERAKA ada ramai orang berdisco ,karaoke ,minum arak ,judi ,banyak pula perempuan seksi2, pehh.. Dia cepat2 ingin masuk, tapi ditahan oleh IBLIS  ,penjaga pintu :

 "Tunggu dulu  !!! Waktumu belum tiba.Kembalilah ke dunia  , buatlah yang LEBIH JAHAT lagi , maka kau pasti akan MASUK NERAKA "

Akhirnya PENJAHAT itu sedar dari koma , Dan ?? Cantikkkk .. dia berbuat  LEBIH BANYAK LAGI  KERJA JAHAT . Lalu akhirnya ditembak mati. Bila dah mati , kali ini lBLIS  dengan segera  menghantarnya ke NERAKA. Tapi dia terkejut kerana di dalam NERAKA banyak api , bau hamis darah , banyak binatang berbisa dan terlalu bingit dengan teriakan meminta pertolongan. Dalam keadaan bingung dan ketakutan PENJAHAT itu berkata..


"Aikkk.. Waktu yang lalu NERAKA aku masuk tak macamni...?"    

IBLIS sambil tersenyum ,lalu berkata  .. " TIME TU PROMOSI JE BRO !!"

Argh…

DOA AKU NONSTOP

Salam subuh .. Apa orang nak kata ,katalah  .aku masih disini tersenyum dan akan kekal tersenyum. Mendengar suara mama ayah di speaker fon , melihat  asignment yang dah siap tersusun kemas diatas meja . Pandang wajah roomate kesayangan yang sentiasa sihat wal 'afiat. Oook aku dah layak bersyukur dan akan terus bersyukur  . Dan bila orang tersayang sudi disisi saat aku tengah sedih ..peh indahnya dunia . Thanks Allah ..thanks so much .  and thank  to dear too ..

Kesayangan ? Apa cerita ?  Dia ada  ,tapi jauh ..  cuma ,  bersimpati sikit , disebab kan dia terlalu cool , ada jugak gadis yang tergila2kannya . Masaalah jugak kan kalau dapat bf yang baik hati ni , haishh sabo jelah  Miaaaaa... ada jodoh tak kemana  pun.

Apa yang aku harapkan ,semoga  Allah tenangkan hati2 kami dengan 1001 ketenangan , bahagia akan kekal berpanjangan  . Dan jadikan kami ,hamba yang  tak lupa bersyukur atas tiap nikmat yang di kecapi .


Thanks Allah .. aku tak kan pernah lagi mengeluh untuk  tiap dugaan yang …

MASAALAH TEPI TINGKAP

Hi guys  ..  raver kejap jom  !  padahal mata dah mamai *


Hahahahaha  ghindu kat bf aa doe , but badan letih nak mati kot , sebab hari ni lecturer ghamai sangat yang handsome2  , tu yang fokus 400% !! Opsss Awas mata mu mia ,nanti kena cucuk dengan kekasih grrrr . Hahahahaha chill ,bf aku jenis open minded ,bukan jenis cari pasal  punya spisis guys .. alwaysssss cool je mamat tu ..i love thats !! And i love him so much  !!

Ok , pesan dear ..jaga hati ,jaga mata ,jaga cinta kita dan  fokus pada study dan cinta !! Yezzaaaa .. nak iyom ??  Ehehehehe  malam  sikit la . Petang2  lecak nanti .. kikikih setan2 dikepala otak tengah main teng2 ni guys . But aku still maintain cool , ikut style my bf aa kot ni ..chill and cool ..alwayssssss

What ??
Mia , keep claim ,
You look makin comel kalau tersenyum la sayang .
Yezzaaa .. keep it up !

Ok lah , Nak rest jap .. mohon mimpi dating real aaa..aaminnn .. Bhahaha opps doa?mana doa ?  Mohon Allah selamatkanlah mereka yg sentiasa menyayangi aku ..aami…

AKU KENA GODA

Takda yang lebih indah dalam hidup ini selain Allah beri kita nafas ,senyuman dan kasih sayang . Kemudian di tokok tambah dengan sedikit rasa rindu , syukur  dan  sedikit rasa cemburu  hihihihi  kalau dah sayang  , tapi takda rasa cemburu  ,bukan cinta namanyaaaaa ..


Kay la guys , class pagi mula aktif minggu ni , so lepas subuh dah tak boleh nak menyakat orang dah .  Dah nak siap2 ke class . Cari ilmu , cari masa depan ,cari kawan ,tetapi  jangan cari cinta ,sebab cintanya itu sudah sedia ada  ..ciaaa ciaa ciaaaa


Jeling2 bakal adik ipar yang tak jadi  tengah bersiap2 **

Comey jugak zack ni upanyaaaa hahahahahaha comel tu kan  keindahan semulajadi pemberian Allah , hargainya  guyssss ..

*giler*



Ermmm..

Helloooooo ... akakkkkk .. akakkkkkkk

Nak iyommmmm??????

Mmmmmmmuah !!!!




Hahahaha tu  suara  manja  seorang  lelaki *umur 3 tahun * telah berjaya  menggoda tidur malamku  malam tadi  . Tu yang aku dapat tidur dengan lena .. ermmmm gerwarmmmmm..

Alaaaaaa... akak jauh ,tak leh iyom awak l…

HAJAT TAK SAMPAI

Early morning guys ..

3.30 am !

Bila class aktif sebelah petang sampai malam , aku lebih aktif dilaman social ni diawal pagi . Selepas settlekan semua suruhan Allah , aku akan tunggu email masuk satu persatu . Kalau aku tak mengantuk ,aku akan salin semua dlm nota ringkas yg aku boleh baca dimana2 tempat aku pergi ,biar pun tanpa line internet . But kalau aku kengntukan yang amat , biasanya aku cuma save kan je apa yg perlu . Simple kan guys . Tu lah cara aku study online  ..hihihih pastu bila exam ,kecoh satu dunia yg kepala nak pecah ,

hahahaha momentum jiwa  celaru betul aaa !


Kalau dah siap salin dan dah siap save tapi mata degil tak mahu tidur ? Apa aku buat ? Yezaaa .. aku akan cari port untuk sakat orang . Biasanya orang2 terdekat je la jadi mangsa . Sakat sampai dia rasa nak makan aku . Sakat sampai dia bosan nak pegang phone ,sakat sampai aku sakit perut gelakkan dia , sakat sampai aku nak terberak menahan marah !

Haaa ?? Aku sakat orang ,aku pulak naik marah ??

Ofkos la ,sebab kad…

MISS YOU

Hello girl ..what are u doin ?
Waiting for you ..aku jawab selamba *
How long u have been waiting?
Start i feels your  real love  ..ermmm aku mengade*
Start when ?
Start u gave me my birth ..hahahahaha maaa.. ghinduuuuu ..


aku nak nangis bila dengar suara  mama dlm fon .

Maaa.. asal speaking pulak ni . Cakap aa jawa ke apa ke ..ermm lama dah tak ngomong2 jowo . Asik2 kecek kelate deh . Dok pehe  kawe . Hahahaha

Hihihih eloklah tu ,awak bukan reti pun cakap jawa , berangan nak ngomong ,padalah nanti tak paham . Lagi pun untung la dapat belajar kecek kelate , dapat jugak tambah language 1 Malaysia  kan ?


Maaaa .. mama rindu orang ni ke takkk ?? Peh sebakkkk ..sendiri tanya  ,sendiri nak nangisss ..


giler !!  mood aku berubah2 dah ni ,macam nonton cerita mr Bean pun ye jugak . Haishh

Rindu la sayanggggg.. awak je anak mama yang  nakal ,degil , yang selalu buat mama senyum bila ingat2kan telatah awak dulu2 ..hihihhihi

Maaaaaa .. nak kisssssss .. * airmata aku dah meleleh kat pipi  ..erm…