POWER OF PEREMPUAN


Perempuan guys ,
Nak tahu diaorang ni power tak power !?meh aku cerita !kalau dia kata dia sayang , Dia akan sayang sampai pitam,Kalau dia kata dia benci , Sampai koma  dia akan kekal benci, Kalau dia kata dia nak , Kau bagi 1001 alasan giler pun dia takkan peduli.

Pandang dan lihat je sekeliling korang ,Bagaimana  perangai lelaki yang dapat perempuan garang?Bagaimama perangai lelaki yang dapat  perempuan manja?Bagaimana perangai lelaki yang dapat perempuan yang sihat 200% ? Pastinya  perangai dan penampilan mereka sungguh nyata berbeza2. Ah mungkin korang tak ambil peduli tapi truly guys , siapa yang dapat perempuan yang keras kepala a.k.a. degil 400% , aku yakin airmata jantan diaorang hari2 mengalir . Hahahahahaha kememeh !! Cakap orang perempuan kememeh  , sendiri kememeh tak sedar ! Tapi tak semua lelaki boleh menangis girls , when his tear meleleh because of you , respect him . Grab dia penuh yakin dan kasih sayang !! Giler tak sayang !

Bagaimana keadaan lelaki yang dapat perempuan kuat merengek ? Hahahaha jawabnya tiap malam abang lepak rumah je yang , kawan2 pun risau mana abang pergi kerap menghilang , tak reti dah melepak lama2  sekarang, tak reti dah balik lewat malam , tak reti dah  biarkan betri phone kong !  10%  paling kurang . Apa abang reti ??  24 jam nak  ngadap sayang!  siapa cakap abang curang ??! Hahahaha takkan  punya lah !

Tapi ada jugak lah jenis lelaki pengelat , cakap kat perempuan dia , abang nak tidur  kejap lagi ni , sayang tidur jugak  ok? Lena je sayang ,abang keluar slow2 ikut pintu belakang. Abang dah call kawan2 , suruh tunggu kat kedai kopi simpang taman ,  Hahahahaha matilah nakkkkkk . Pehal nak nipu ? jujurlah abang , aku tak mengapa . Kikikiki

Lelaki paling giler ialah lelaki  yang dapat perempuan kuat cemburu dan kuat merajuk! Semua hal  sayang nak tahu , semua aktiviti  kena beritahu ,korang try la sorok2 , dia tetap tau , then kalau dia dah tau ? Masak lah hahahahaha  jenuh la abang nak pujuk sayang , beli baju tak nak , bagi bunga tak nak , bagi cokelat tak nak ! Ajak tengok wayang sayang tolak , abang nak belanja makan sayang buat tak hairan ,   Habis sayang nak apeeeeee ?  Sayang nak abang jangan like  gambar friendlist  perempuan seksi kat facebook abang tu..cia cia ciaaa .. lemah longlai  kepala lutut abang  , sambil menangis ,abang merayu ,please la sayang , kalau cakap awal2 , taklah abang giler camni ,

Aku  yakin  , cukup tahun botak kepala abang ni guys hahahaha !

Apa pun guys ! Apa guna hadirnya perempuan tanpa lelaki ,apa guna hebatnya lelaki tanpa kehadiran perempuan !!  Kalau  dah jodoh kita  dgn jiran sebelah rumah, korang lari kelautan hindi sekali pun , jiran sebelah rumah jugak jadi pasangan korang nanti. Ape ko nak kecoh ?? Hahahaha apa pun yang penting , kasih sayang itu wajib , biar pun dia dah jadi ex -gf or ex- bf  -  mereka layak disayangi atau dihormati ,kerana  perpisahan itu bukan kehendak sesiapa , tapi itu takdir yang menentukan ..

Kememeh = kuat menangis

Selamat sejahtera keatas kamu ..



MAWAR PASRAH DIGURUN



Morning guys..

Selamat hari bapa buat AYAH  ,  pepagi aku dah called dan  macam biasa  ,he said thank you and  love you my sweet heart ,jaga diri ,jaga iman ,jaga maruah family , study hard , kami kat sini senantiasa doakan manja ayah ni jadi anak yang solehah yg menjadi kebanggan keluarga didunia dan diakhirat  . Ermm nada sebak  beralun dicorong phone aku . Miss you yah* 😭😭😭


Eh guys ..ada member aku tanya ,mia you ni tak reti tidur ke? Aku tengok you ada je on9  sejak  study di tempat baru tu . Aku just gelak . Aku cakap ,masa SPM result geografi kau dapat berapa ek beb ?  Dia cakap dapat C+ dan aku cakap , oooooh patutlah*


Bila korang berada di negera yang aku study sekarang ni , perbezaan jarak jam  dengan Malaya  pun dah selisih 5 jam . Then  bila berada disini , jarak malam dengan siang memang berbeza , siang lebih panjang masanya dari malam , tu yg kadang2 korang nampak macam aku tak reti nak tidur . Hihihihih bila aku cakap aku sahur jam 12 am , macam awal la  sangat kan , padahal ramai  masyarakat sekeliling tak tidur ,kerana takut solat subuh terlepas  , sebab jarak antara keduanya sangat singkat . Mereka luangkan masa singkat tu   dengan aktiviti bulan ramadhan , tarawih, tadarus dan beberapa aktiviti lain.  Solat sunat tarawih pun berakhir hampir jam 11.30 malam , kemudian disambung dengan tadarus , sampai azan subuh . Lepas solat subuh ,baru lah mereka masuk tidur.

Dan ada ketika waktu siang kat sini  sampai 16 jam , bukan 12 jam macam waktu diMalaya tu .  korang bayangkan lah guys , berpuasa selama 16 jam dengan suhu hampir kepada 38° ..hihihhi memang dugaan . Dan mengikut ramalan kaji cuaca  minggu ni minggu panas , suhu boleh mencecah hingga 40° tapi ianya tidak berlarutan ,maybe sampai hari khamis je lah. Lepas tu suhu kembali normal , pada kadar 37° . In sya Allah .

When someone from Malaya asked me .. tadi awak buat apa je ? Spechless guys , jarak selisih masa kami yg 5 jam tu , waktu siang aku yg panjang  , dan waktu malam  yg singkat dan dengan berjayanya dah  buat kan dia tertanya2 , apa je aktiviti aku sepanjang hari ?

Hahahaha seriously sedih guysssss  , ada ketika aku terkedu ,otak tepu , aku nak jawab apa kah..  mereka lupa yg aku masih berpuasa , sedangkan mereka dah naik padat dah perutnya diisi dengan juadah berbuka .  Dan ketika  mereka sedang lena dibuai mimpi , aku masih setia mendirikan solat tarawih dengan kawan2 dihostel .atau dimasjid  berdekatan ,Dan bila aku sampai bilik ,lepas solat tarawih , mereka sudah pun siap makan sahur . 😭😭😭 sedih ..

Alhamdulillah , kat sini dalam bulan puasa ,memang takda aktiviti class ,so lepas subuh aku dah bantai tidur sampai masuk waktu zuhur .then lepas zuhur ,aku kembali join program bulan puasa anjuran pelajar2 tempat aku study . Ini pengalaman paling mahal bagi aku , maybe  sampai mati aku tak lupa semua pengalaman2 ini .  In sya Allah ..


*guys  .. akulah mawar merah yang mekar digurun tandus . Kian sepi dan makin terpinggir*


Selamat sejahtera keatas kamu ..



PESANAN BUAT KESAYANGAN



Morning ..
Baru lepas bangun sahur guys. Plan malas nak bangun sebab dah makan kat  masjid tadi lepas trawih  , but  warden pulak ketuk pintu pepagi ,hantar nasi arab yang disedekahkan oleh lecturer . Okayy rezeki Allah  ,jangan tolak ..bedal .. hihihihi errkk alhamdulillah . Bila dah kenyang tetiba teringat pulak kat someone yg ter sayang nun jauh disana .

Awak .. saya  ada sikit perkongsian buat awak . Meh baca sesama .

Awak .. bila  kita semakin akrab , rapat , close dan semakin reti cakap love you ,love me , takda apa yang perlu kita sorok  lagi dari dunia . Yes .. saya pilih awak sebagai pendamping saya . Ok , this is planning , bukan  penentuan lagi ok . Lain2 serah pada takdir , but we just focus !


Awak .. selagi  saya tak  sah jadi isteri awak ,jangan lah paksa diri awak  jaga nafsu awak  dari mengelakkan diri awak dari  bersembang dengan perempuan lain , dan andai awak dah sah jadi suami saya pun , saya takkan marah jika awak rajin berchatting dengan other girls . Yelah kan  , takkan nak ngadap saya 24/7  ye tak ? kena juga tegur2 kawan fb ,wechat,kawan kerja ,kawan zaman sekolah , kawan sekampung awak tu . Hihihih saya bukan queen of jelouse ok . I sporting tau !

Dan pastinya , Mesti awak rasa ,apa ke pelik gf aku ni , perempuan lain  takdenya izinkan bf dia  sembang dengan perempuan lain , tapi saya malah menggalakkan ??   Hihihihih  i trust you dear , if Allah nak tunjuk  perangai awak macamana lepas kawin nanti , makanya Allah akan tunjukkan perangai sebenar awak yg sekarang . Kalau  masa bercinta awak dah macam2, amat mustahil benda serupa  takkan belaku bila kita dah bernikah nanti . So ??  Saya akan izinkan awak bebas  dari saya , bila awak dah buat perangai . Senang ceritakan ? Dah nak ubah selera ,buat apa disimpan lelama , ye tak ? Hahahaha sis pasrah bhai .


Awak .. pada saya , masa bercinta nilah saya nak duga  awak macam2. Tahap  kesetiaan , tahap kesabaran melayan karenah saya , tahap keimanan awak , tahap  kesungguhan awak ,  senang cakap awak sedang dipandu uji oleh saya . Ehh.. macam nak beli kereta lah pulak !! Hahahaha ngadeeee..


Kenapa lelaki kena  diuji ? Jawapannya mudah je sayang .. sebab awak lah bakal jadi BAPAK  kepada anak2  saya. Kalau hidup awak tak strong , how u can handle me and  our future family ?

Bapak kaki perempuan , anak takkan nak tengok  je?
Bapak abaikan solat , anak macamana nak respect ?
Bapak tak reti nak hormat isteri , tak mustahil anak jadi anak derhaka nanti!
Bapak jadi bapak ayam , tak mustahil anak pulak  jadi anak ikan

Nau zubillahiminnzaliq~

Awak.. yg saya nak , awaklah bakal jadi idola kpada anak2 saya . Biarlah anak2 follow aktiviti awak yang sihat .  Yang soleh , yang dirahmati Allah s.w.t.  kerana  anak2 kita tulah nanti jadi saham kita kat akhirat . Kalau awak baca yasin tiap malam jumaat , takkan anak awak nak masuk pusat karoke tiap malam jumaat pulak kan ? Sebab awak dah bagi dia  satu contoh yg sihat dilakukan pada tiap malam jumaat.

Saya sebagai perempuan ,sebagai ibu mereka  ,hanya  follow  apa je yg baik ,dalam masa yg sama  , saya juga akan didik mereka supaya menjadi saham yg berguna buat kita diakhirat nanti. Dah lah mak bapak muda2 dulu degil ,takkan 7 keturunan nak buat perangai puaka pulakkan . Hahahahah  ayat kuaja siakk ..

Gurau je laaa..

Awak .. cinta yg sihat ianya diselitkan ilmu dan amal ,bukan je love you and  love me sampai lebam .hahahahaha

Oklah .. nak sambung tidur  , dunia pelajar macam saya ,punya masa yg limited , pelajaran , aktiviti harian , percintaan  adalah  corak masa yang sentiasa berputar dlm 24 jam  waktu saya .bila saya tak contact awak ,bukan bermakna saya contact orang lain ,  tapi saya akan belai buku2 , kemas bilik utk keselesaan saya ,  aktiviti dgn classmate  , housemate dan aktiviti kolej.  Saya  bukan cuma nak ngadap cinta hati saya disepanjang  hari. Ingat ye sayang, bila awak jujur  , saya mustahil curang . Simplekan ??


Selamat sejahtera keatas kamu ..


Eh ..guys ..aku sembang macam lah esok dapat nikah ek ?? Hahahaha tak salah berangan kan ?


* tutup muka dengan 2 tapak tangan*

SEMBANG TAK KENCANG PUN



Bila sembang pasal aku , tak banyak yang korang perlu tahu . Dunia aku milik aku . Pada aku perkongsian tidak perlu terlalu jujur ,namun  bila buat silap jujurlah . Biar pun kejujuran itu sakit , teruskan lah  berkata benar.

Aku  insan biasa , punya rasa cemburu , punya angan2 nak hidup mewah , punya cita2 setinggi langit , punya  citarasa sehebat raja  ,punya nafsu sekuat naga , hahahaha  pehal sembang pasal nafsu bagai ni Mia ???? Lek aaaa ..normal kot hihihihi , Apa pun  aku jugak manusia yg sering buat silap , buat kesalahan dan sering  melukakan perasaan orang lain. Maafkan saya ye awak*

Guys .. aku manusia yg cuma mampu merancang. Yang ada depan mata ni aku akan jaga dan peratikan je . Cukup masa , yg hebat setianya bakal aku  peluk erat ,dalam dakapan kasih sayang setia aku . Ceh ..cakap berbunga2 . Hahaha cakap je la ,siapa yg lebih setia , dia itu lah calon menantu mama aku hahahah aku jujur wei , aku tak reti ayat jiwang bawang ni , just sweet2 tu reti lah kikikih

Kepada calon menantu  mama ,jangan lupa harini solat jumaat ye . Kotlah ini jumaat terakhir buat awak , lahai ..insaf lah  bhai *


Selamat sejahtera keatas kamu ..

MUHASABAH DIRI





Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui khalifah Ali bin Abi Tholib, ia pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”

Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”

“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” kata Ali bin Abi Tholib

“Tentu tidak” jawabnya.

“Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya sy Ali bin Abi Tholib

“Tidak juga” jawabnya.

Lalu Sayidina Ali berkata,
“Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tidak mengikutimu saat kau pergi?”

“Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..
Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan.Tersenyumlah ! karena rizkimu telah dibagi dan urusan hidupmu telah diatur.Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yang Maha Hidup dan Maha Mengatur….”

Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib meneruskan ungkapannya,
“Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sadari. Dibalik kemudahan ada rasa syukur.

TERAKHIR






Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku
Berat bagiku
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu
Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini
Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh Tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buatku
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini
Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buatku
Dan buat dirinya

SERABUT TERUK


Guys  ..aku dah cuba buat baik dengan semua orang , namun hakikatnya kebaikan aku disalah ertikan . Malahan ada yang cakap , aku silap dalam berbuat baik dengan orang yang hampir dengan aku  , terutama kawan2 lelaki , kerana kebaikan aku itulah akhirnya  aku dianggap , sepertinya melayan kawan lelaki sama seperti aku melayan karenah kekasih . Sehinggakan  persahabatan yang tulus itu akhirnya berlarutan dengan  perasaan kasih dan sayang , dan hampir terjerumus dalam kencah  jerat percintaan paling kejam .  Diawal kejadian  , masa aku baca kata2 tu , hati aku luluh , jiwa aku terus jatuh terhempas , otak aku serta merta kosong. Aku menjerit dalam hati kecil aku  paling dalam ,

Apa  silap aku ??????

Aku terjebak dalam permainan perasaan kah  selama ini ????

Aku berkata2 tanpa sedarkah ???

Selama beberapa bulan ini apa yang dah aku buat ????

Kenapa aku  jadi manusia lemah semudah itu ???


Allah hu ..banyak hati dah aku simpan . Banyak jiwa dah aku  tawan. Banyak janji dah aku buat .

Hilang kewarasan apakah otak aku kali ini ?

Ya Allah ..apa yang dah aku buat ??

Apakah aku masih tak mampu nilaikan beza kawan dengan kekasih ??

Kenapa aku  sebodoh  ini ??

Sepanjang malam aku termenung , tak boleh lena tidur , asyik mikir permasaalahan paling hebat yang aku dah buat selama beberapa bulan kebelakangan ni .

Kebaikan aku rupanya menjerut  mati  perasaan aku sendiri guys ..erghh aku ..aku ..ermm


Aku buntu*
Aku celaru*
Aku serabut*



Arghh entah lah ..

DOA MIA


Bismillahhirohmaa nirrohim ..

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui Ya Allah, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya

Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.

Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa² kami, wujudkanlah harapan² kami,


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

TAZKIRAH RAMADHAN





عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ : مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ، قَالَ: فَيُشَفَّعَانِ)).
رواه احمد

Yang bermaksud: "Daripada Sayyidina Abdullah bin Umar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُما, sesungguhnya Baginda Rasulullah ﷺ bersabda:

Puasa dan Al Quran itu kedua-duanya memberi syafaat kepada hamba ALLAH pada hari kiamat,

Berkata Puasa: Wahai Tuhanku! Si Fulan tersebut telah menahan diri daripada makanan dan syahwat pada siang hari, maka saya syafaatkan dia.

Dan berkata Al Quran, si fulan menahan tidurnya di waktu malam (untuk membaca Al Quran), maka saya syafaatkan dia.

Bersabda Baginda Rasulullah ﷺ: Kedua-duanya (Puasa dan Al Quran) akan memberi syafaat....."  (HR Imam Ahmad)

KEADILAN



Guys ...
Persoalannya sekarang  ,betul ke  ayat atas tu? Tak ke kenyataan ni macam menunjukkan yang orang LELAKI  ni tamak . Dia just nak control perempuannya sorang2. Pelokek !!  Kedekut !!  Yang peliknya dia " friendly " dengan perempuan lain tu takpa pulak kan ? Dia rapat dengan perempuan lain tu boleh la pulak .

Tolong jangan lupa guys , perempuan pun suka lelaki yang pemalu  dari yang friendly . Huhuuuu baru lah fair !!


Jom tidur  guys , letih otak asyik mikir benda yang serupa .


Selamat sejahtera keatas kamu .

HATI2 DENGAN HATI




Morning  guys .. teruskan beramal . Hidup ini ada dua  gaya yang harus kita  pegang . Berusaha lah bagai akan hidup 1000 tahun lagi dan beramallah  bagai akan mati kejap lagi .

Hati itu kecil dan lembut ,kadang kala dia lemah  . Kalau  kau rasa kesayangan kau itu berhati , jagalah hati dia . Jangan abaikan dia ,kerana yang lembut dan lemah  serta kecil ini , jika jatuh terhempas , atau tercarik luka  , maka airmata kecewa lah yang bakal menyusul . Untuk kau cantumkannya dgn  gam gajah atau jahit guna mesin jahit tepi ,memang mustahil .


Guys  , dalam lembutnya hati seorang perempuan  ,kadang2 dia lebih tegas dgn keputusannya. Kadang2 dia lebih kejam ,kadang2 dia lebih  ganas  . kadang2 dia lebih buas . Hati2 !

Rest more ..lets sleep guys

Selamat sejahtera keatas kamu .

DAHI



Guys ..aku jumpa ni di facebook . Nothing to say lahkan , aku just nak cakap ,aku tak pernah jumpa  tanda2 macam ni kat dahi  pak imam  tempat aku  duduk kat Malaya dulu atau  tempat aku belajar sekarang  ni ,padahal  imam2 inilah  orang  yg tetap setia ada di hadapan  makmum pada tiap tibanya waktu solat 5 waktu or solat berjama'ah yg lain .

Wa allah hualam .


Selamat sejahtera keatas kamu..

KEHADIRAN AKU KALI INI



Selamat malam .. ramadhan ke 4 bakal menjelma  dan aku masih  disini . Dengan roomate , house mate and warden . Nothing to share guys . Just apa yang terlintas dalam benak minda aku sekarang ni . Seriously  , aku tak dapat nak buat apa yang aku plan awal2 dulu . Plan yang aku buat sebelum aku jejakkan kaki ke sini . Tempat baru ni .

Sekarang , bila kesihatan makin  terancam  , aku jadi makin kurang aktif , ini disebabkan semua aktiviti aku dipantau oleh warden . Take your rest Zara . U need more  rest right now . Masa dia cakap tu pun dia dah tak reti  besar2kan mata dia lagi macam selalu dia buat masa marah aku or tegur aku sebab aku sakat dia ..tapi kalini , dia just tunduk pandang lantai . Aku tau dia sebak . Tapi aku just gelak kecil sambil pegang jari2 dia . Dont  worries about me , ... please sis . I have Allah ..yea we have Allah .  And  Allah with us ,right ? Lets  tawakal alaAllah ..

Aku pandang muka dia , tapi dia tak pandang aku . Oook.. aku pandang muka aku sendiri ( kat almari baju ada cermin ) ook..masih comel .. hihihih

Guys .. akulah rerama  itu . Yang  kadang hadir dlm dunia korang . Hinggap sekejap then terbang pergi . Kadang aku pulang kesisi korang dan menyerikan  dunia korang , kadang aku pergi dan takkan kembali ke sisi semula .

Guys ..jangan bimbang. Allah ada . Bila aku pergi dan tak kembali , Dia akan gantikan aku dengan yg baru ,yg lebih menarik dan baik  dari aku . Akan hadir seekor lagi rerama  paling indah dalam dunia korang . Itulah  doa aku , mohon Allah perkenankan doa aku kali ini . Aku berharap sangat2.

Guys .. kadang  letih jadi penghibur ni , sebab  dalam nangis ,sakit dan kecewa dia wajib tersenyum . Aku penghibur ??  Yep , tapi aku bukan raja lawak k . Aku cumalah teman pada tiap insan yg  sedang bersedih . Aku kongsikan bahgia bersamanya , biarpun dlm saat yg sama , aku sedang menahan sakit , sedang menahan kesedihan melampau , dan sedang kecewa parah . Untuk mereka ? Aku bagi keceriaan terlampau  sehingga mereka lupa  yang aku hanya rama2 yg datang sekejap . Dan mereka lupa yg  aku mungkin akan pergi dulu .

Untuk kesayangan .. abadikan senyuman Mia Zara ni dlm kamar indah kenangan kita , kenanglah dia hari2 , sampai awak jemu nak ingatkan semuanya kembali . saya sayang awak* cuma itu yg saya tahu ..ermm nak nangis tapi takut batal puasa nanti.

Eh..nangis batal puasa ke ? Makruh je pun sebab telan air hidung banyak sangat , sampai rasa  kenyang ..

Hihihihih  jom tidur*


Selamat sejahtera keatas kamu . 

SIAPA LAGI POWER



Ramadhan ke 3 guys !
Alhamdulillah , masih diberi peluang untuk terus melakukan amal ibadah kepada Allah s..w.t .  Bagaimanan dengan Aku ? Alhamdulillah beransur sihat . Cuma ubat kalini dah berjaya buat aku kenyang dalam bulan puasa ni . Kenyang ? Yezzaaa  ..kenyang tidurlah . Sebab ubat yang doktor bagi kali ni kandungan  bahan utk mengantuk sangat tinggi . Nasib makan 12 jam sekali , bukan 4 jam sekali macam ubat demam tu . Kalau tak ,sure aku tak bangun2 . Hihihih .

Bulan puasa ni kan guys ,kalau korang nak tengok korang punya power dengan setan punya power , sumpah korang boleh kesan  doe .  Bukankah katanya setan2 sudah terikat dibulan ini , dan kalau korang masih lagi melakukan maksiat dan buat jahat , dari situ korang akan dapati siapa lebih setan punya perangai . Hahahahaha paham tak ek maksud aku ni? Kalau tak paham takpelah setannnnn .. kikikih eh ..sesungguhnya aku sedang berpuasa ..ermm maaf k , ter* ..

Oklah  .bulan puasa tak boleh banyak merepek , nanti pahala menahan  lapar  dan dahaga aku hilang pulak kena tolak percent  . Tak memasal ,cukup masuk waktu berbuka ,pahala puasa tinggal 25% ! Lain2 dah kena tolak sebab  burukkan orang . Hihihihi

Selamat sejahtera keatas kamu ..


FIRSTDAY RAMADHAN



Asalamualaikum  guys .. selamat datang Ramadhan al mubarak . Tak banyak  yang dapat aku  kongsikan di bulan puasa ini  . Apa pun selamat berpuasa , Selamat membuat tambahan amal ibadah , sesungguhnya inilah  peluang untuk kita sama2 tambah amalan . Sambil2 kita tunaikan tanggungjawab yang memang sudah sedia ada . Memang perit sikit , tapi  mohon dipermudahkan ..amiin . Aktiviti yang datang setahun hanya sebulan.

Puasa ramadhan dan solat sunat terawih

Bytheway bukan je tahan  lapar , napsu segala bapak napsu pun kena tahan  . Kadang2  setan tu  , datang bagai  disuruh2  menghasut demgan macam2 alasan . Kalau korang kuat ,lawan lah setan tu . Banyakkan beristighfar . Kurangkan  aktiviti yang melalaikan . Banyakkan berzikir .

Girls .. pesanan ini buat diri sendiri jugak . Erm  kalau pergi bazar ramadhan tu , please lah jangan pakai baju ketat sangat  ,atau jarang sangat ,atau seksi sangat ,bukan apa ..kesian abang2 yang menahan lapar dan dahaga tu , dah seharian berperang dengan hawa nafsu , tup2 pergi beli juadah ,korang boleh pulak belanja  segalanya hak milik kekal korang tu . Addoii ..please ea girls .. kesian deh kat diaorang .  Cuba lah pakai yang longgar2 sikit ,manalah tahu lepas bulan puasa ni korang boleh pakai yang lebih sempurna pulak !

Pleaee  ea girls ..beri kerja sama sikit . One more ,kalau selfie2 kat wechat ,facebook or mana2 laman  sosial , pastikan  aurat tu terjaga . Mata ni kadang degil , fokus tempat memacam jeee dia . Scroll2 , tu je yang ternampaknya  ..lahai . Kejamnya duniaaaaaa ..

Girls ... Simpanlah dulu apa yang korang ada tu k ?

Selamat sejahtera keatas kamu .

Jom makan sahur*









MARHABAN YAA RAMADHAN




Program menjelang ramadhan sudah  pun bermula dikolej aku . Semua pelajar perempuan  kena mengikuti program yang ditetapkan mengikut kumpulan . Aku ? Aku dibahagian  penyediaaan  dengan semua housemate . Bahagian ini agak sibuk kerana kerja seawal pagi hingga menjelang tengahari dan kemudian bakal disambung selepas asar .

Seronok berkumpul dengan qariah disini . Aku suka ! Walau bagaimana pun warden berkali2 pesan kat aku ,ambil kerja yang ringan2 je ,sebab aku masih dalam pemerhatian doktor , dan masih belum sembuh 100% .

Aku tau warden sayang aku , sebab aku dapat tengok macamana dia cemas giler masa aku ngadu sakit dada haritu . Apa pun aku syukur , mana je tempat aku pergi , perempuan2 comel mesti seronok  disamping aku . Power tak power aura aku ,korang tanya la diaorang . Siapa dah kenal rapat , memang akan melekat 24 jam la jawabnya , sampaikan nak pergi kencing pun diaorang nak ikut . Tak percaya ?? Tak percaya ye sudah !!! Hahahahaha

*kerek siut perempuan ini *

Guys .. !

Guyssss .. !!

Guyssssss.. !!!!!

Aaa...  Guys...Kalau aku ada buat silap kat korang ,maafkan aku la wey . Aku nak kita kosong ,kosong dalam bulan  ramadhan ni , sambil2 menjalankan ibadah puasa tahun ni . Grab mana  mampu doe ,entah2 tahun depan tak jumpa dah ramadhan lagi .. Ajal maut kerja Allah  .. kita just merancang .

Rancangan kita apakah ???

Buang Dosa , Kaut Pahala .Yang haram ,kita  halalkan.

Ehh.. boleh ke yang haram jadi halal ?????

Bolehh..

Contoh ??

DARI COUPLE JADI SUAMI ISTERI ...!!!

Yezzaaaaaa ..kikikih

Okay lah guys , dah nak maghrib , aku kena siap2 .

Selamat sejahtera keatas kamu  ..

AWEK BOSAN




Layan lagu sikit guys ..

*Ku nyanyikan lagu rindu bila teringatkan mu yang bertakhta dihatiku *

Arghh bosan !!!  Tablet aku rosak doe !! Jawabnya  memang offline la memanjang lepas ni . Dari pagi aku charge  sampai tengahari , rupanya bertri tak tambah2 ,makin lama makin zero . Try charge lain pun serupa . Oh menn .. thats means .. application wechat dan yang sewaktu dengannya   delay la beberapa harini . Sampai lah tablet aku  sembuh !

Bytheway semua ni ada hikmahnya kot ,tak lama lagi dah bulan puasa  , so Allah suruh aku kurang2kan  dosa menyakat orang ..hihihihihi

Nasib aku sedar diri **

Aku pasrah ,aku redha ..

Selamat sejahtera keatas kamu ..

AWAK ... KENAPA AWAK JAUH ?



Harini aku dah dapat result exam yang pecah kepala tu. Alhamdulillah ..walaupun tak secemerlang  pelajar terbaik , namun aku masih mampu dipanggil  medical student . Ok sekarang aku dah tak malu !! Korang dah boleh panggil aku  kak Misi* dan aku masih ada 1 tahun setengah untuk jadi seorang jururawat dinegara orang . Bukan jururawat Malaya ok.

Ape la kerek kau ni Mia ?? Semua nurse tu sama je level dia doe !


No..no.. no ..aku misi yang berpurdah , berniqab , sedang diMalaya ramai nurse bajunya ketat .dan ..dan..dan aku ...ermm no comment lah . Lagi 1  , selain aku nurse berbahasa inglish , aku pun layan bahasa arab doe , ahhaaa misi malaya aku rasa reti jugak cakap arab ..kan ??

Bismillah
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Waalaikumsalam ..

Hihihih siapa pun kita , kalau dah nama pun misi , aku tau ,bukan satu kerja mudah dan tak semua orang belum tentu mampu buat  . Respect lah sikit oiii !!

Kat laman sosial ni aje  , dalam sebulan ,kalau takda viral yg buruk2kan kaki tangan hospital,memang tak sah  orang malaya nak online  . Kalau viral tu merupakan pujian aku tak hairan , tapi kebanyakkannya lebih kepada  keburukan  . Nak buat macamana dah jenis masyarakat kita suka cari buruk orang kan. Redha je lah !

Sayang .. Eh typo ..tetiba taip sayang ni dah kenapa ko Mia?

Kikikih ..sebenarnya nak taip guys ..tertaip sayang pulak .dasyat typo kalini .

Guys ..perjalanan aku masih jauh . Jika aku diibaratkan naik roket kelangit  biru , bermakna sekarang ni aku baru je jumpa awan . Masih banyak lagi aku akan jumpa ,misalnya bulan ,planet2 , tahi bintang a.k. a . meteor, dan apa tah lagi yg ada kat atas sana tu  ..yes guys ..masih banyak lagi rintangan yang bakal aku jumpa sikit masa lagi .

Bytheway ,petang ni ada  majlis jamuan makan minum untuk classmate aku . All the student must attend , termasuk aku . Nak tak nak aku kena join ,sebab lepas ni 1 bulan tak pergi kolej . Hishh ..ghindu  pulak kat pak arab yg handsome2 tu ..

hahahahaha siut .. perempuan ini gatal dia tak pernah sudah ek ..

grrrr ~

Sayanggg ...kenapa  awak jauh  sangat ..ermm * pandang  langit biru *


Nak nangis la pulak  ;')


Selamat sejahtera keatas kamu ..

DIALISIS MEMBATALKAN PUASA ?






Guys .. perkongsian lagi . Kali ni perihal buah pinggang dan prosese dialisis yang dilakukan didalam bulan puasa . Apa hukum puasa  seorang yang melakukan dialisis? Jom hadamkan . Jangan nanti orang cakap ,kaum yang paling malas membaca itu ialah *orang MELAYU ! ..err.. nasib aku jawa :)) .. dah2 ,jangan merepek lagi ..baca !!


Saya ditanya oleh seorang follower tentang apakah dialisis darah membatalkan puasa.Pada pandangan saya sebagai doktor, dialisis tidak membatalkan puasa kerana ia tidak mengenyangkan dan merupakan satu keperluan untuk hidup bagi pesakit.Jika mereka tidak melakukan dialisis hanya kerana hendak melakukan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, ini pasti akan memudaratkan nyawa mereka hingga boleh meninggal dunia.

Namun saya merujuk fatwa ulama2 besar dan mendapati mereka sudah ada fatwa bagi permasalahan ini.Secara umumnya, dialisis adalah merupakan satu kaedah di mana darah pesakit di alir keluar ke dalam mesin untuk dibersihkan sebelum dimasukkan semula ke dalam badan pesakit. Ia menggantikan fungsi buah pinggang yg telah rosak dan jika tidak dilakukan akan menyebabkan kematian.

Dalam proses ini (penyucian darah) ada garam2 tertentu, zat2 nutrien dan kadangkala darah (packed cell) akan dimasukkan yang mana proses ini membatalkan puasa.

Namun para kibarul ulama ini telah menilai bahawa nyawa lebih utama dari segalanya dan menfatwakan tiada kewajipan bagi para pesakit dialisis berpuasa.Jika mereka menjalani hemodialisis yang kebiasaannya adalah sebanyak 3 kali seminggu, mereka tidak boleh berpuasa pada 3 hari dialisis berkenaan. Hari di mana mereka tidak melakukan dialisis mereka boleh meneruskan puasa jika mampu.Jika mereka merupakan pesakit yg menjalani dialisis peritoneal (dialisis di perut), ia merupakan proses yg perlu dilakukan setiap hari.

Oleh itu berbincanglah dengan doktor nefrologi anda sekiranya dialisis anda boleh dilakukan selepas anda berbuka di rumah.

Namun demikian, para ulama telah memberikan rukhsah yang cukup baik  dengan mengatakan bahawa mereka boleh untuk tidak berpuasa.Bagi pesakit2 hemodialisis ini, mereka boleh menqada'kan puasa bagi hari2 dialisis mereka jika mampu atau boleh membayar fidyah dengan memberi seorang fakir miskin makan bagi setiap hari dia meninggalkan puasa.

Adapun bagi pesakit peritoneal dialisis yang perlu menjalani dialisis setiap hari yang menjadikan ibadat qada' puasa ini mustahil, maka mereka bolehlah membayar fidyah dengan memberi makan seorang fakir miskin bagi setiap hari seluruh bulan Ramadhan mereka tidak berpuasa.Ada juga para ulama yang berpendapat hemodialisis dan peritoneal dialisis tidak membatalkan puasa.


Namun saya cenderung dengan pandangan pertama bahawa dialisis membatalkan puasa. Adalah amat sukar untuk menjaga keseimbangan air (fluid balance) pesakit kegagalan buah pinggang pada hari2 biasa, apatah lagi jika mereka berpuasa.


Sumber rujukan:1. Majmoo’ Fataawa Ibn ‘Uthaymeen, 20/113.2. e-fatwa Jakim.

Copypastr dari  TUAN  DR .ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR ( Face Book )

Semoga bermanfaat buat semua . Selamat sejahtera keatas kamu . 

MUS



Kempen MUS dari KKM .

Info ni aku dapat dari girlfriend dari kolej KKM . Awek2 misi yang kat  Malaya tu send kat group whats app  student KKM Penang ! Apakah yang dimaksudkan kempen MUS?

Firstly  diaorang nak cakap sekarang MUSim hujan

Second diaorang ingatkan pasal MUSuh utama manusia (nyamok aedes )

Third diaorang suruh MUSnahkan tempat pembiakan nyamok2 tu.

Aedes ..dah berleluasa diMalaya . Hati2 guys .

But  ,mulanya bila ingat MUS , kat kepala otak aku teringat brother sorang kat group ni . Nama dia MUS . Apa nama penuh aku tak tau la pulak , tapi kat group nama tak nak kalah siut  *wild skull * kooo.. hahahaha ada 1 baris perkataan yang Brother Mus cakap ,sampai sekarang ni aku takkan lupa ,dan aku akan ingat sampai bila2 la kot..ayat dia is ..

" kesian kat saya , muda2 dah single "

Hahahahahaha giler !! Macam dia sorang single kat malaya tu . Padahal dia baru je kot single ,orang lain tu ,nak couple pun tak lepas2 ,sejak lahir single doe ..hahahaha


Lagi buat aku respek brother sorang ni , happy ke.. sad ke ,  dia dok la menyanyi ,menyanyi dan menyanyi . Letih menyanyi dia mendota ,letih mendota ,dia menyanyi lagi . Itulah kerja dia .  Single happy , couple pun happy .. hati dia ??? Tuhan je tau , aku dengan kawan2 lain  memang tak tahu la .

Oii Mia gossip ?!!!

Hahahahaa nooooo aku cerita pasal kempen MUS  la so aku sapu bersih lah pasal MUS yang sewaktu dengannya hahahahah chill doe ,nasib Mus tak suka baca blog camni ,kalau tidak , masakkkk !!

Location  : masih  kat Sahara cafe dengan warden kesayangan  ..

Baii mama .. love you  so much ..

Selamat sejahtera keatas kamu *

TIPS 4.00AM - 7.00AM




Hi guys ..aku dapat info ni dari page 'Hamil Dalam 3 Bulan'  kat fb tu . Kenapa aku share natang ni dalam blog ,korang fikirlah sendiri . Kalau korang nak fikir negetif or positif  ,tu hak korang . Sebagai orang yang bersangkut paut dengan medical , aku just  kongsi . Manfaat tak manfaat  , kisah nya aku ?

*awek lu  ajet2  kerek siut * hahahaha

Guys..  for your infomation!!! Waktu subur suami di anggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau lebih mudah “senang lekat”.‪

Ohmy ..


Readers gugurl yang dah berkahwin tu sila share info ‬pada suami  puan2 ye, ahhaa jangan nak nuduh dia tak powerlah , dia tak  boleh pakailah , kalau 5 tahun kawin tapi tak ada zuriat  , selain belum rezeki korang , ada tips yang korang belum pratiks kan tu . Yang  mana anak dah bersusun tu , sila  ingat 4.00am sampai 7.00am elok zikir saja , tambah amalan dan pahala  ,jangan asik nak ingat tapak projek  . Hahahaha bythe way yang dah monopos tu tak mau lah kecoh2 k . Ini qadaq dan qadar  ,jangan merunggut .

Hahahaha siut mia !!


Please jangan kecam saya * grrr


Baii ma ..love you never ends :*


Selamat sejahtera keatas kamu ..

LOVE YOU MA ..



1 jun ..

Biarkan aja tarikh itu bersemadi dalam kotak kenangan aku
Biarkan pedih menusuk2 diminda ,dihati dan dikamar  memori
Biarkan  , biarkan dan lantas tolong lepaskan segalanya pergi..
Sesuatu yang bukan milikmu ,
Mana mungkin kekal jadi milikmu
Sesuatu yang datang kepadamu,
Pasti akan pergi meninggalkanmu
Sesuatu yang kau sayang ,
Suatu hari pasti akan buat kau menangis..
Wake up  Mia ?!
Biarkan semalam yang hilang
Lupakan sakit yang  memagar sejuta rasa nikmat milik kau
Simpanlah setitik airmata mu buat sesuatu yang lain
yang dipanggil bahagia*
Kau ada Tuhanmu
Kau ada ayahmu
Kau ada mamamu
Kau ada adikmu ,kaum keluargamu yang lain dikejauhan sana
Kau ada insan yang sentiasa memanggilmu sayang
Kau ada teman2 yang sentiasa  memerhatikanmu dari jauh dlm diam
Kau ada  stalkers yang sangat rajin ambil tahu perihal kau
Apa lagi mahu mu ?

Err...

Ok..aku jawab  ea ?
Yang sebenarnya  aku nak  sesuatu yang  memang milik aku !
Aku nak  semua yang aku cakap aku punya !
Aku nak itu ,itu,dan itu !!
Ape ????
Aku nak kau aa
Hihihihih
Aku nak dia !
Aku nak awak
Aku nak  anu  !
Aaa.. tak paham la tu ..grrr

Sebenarnya  ..
Guys ..mama aku tengah siap2 nak balik Malaya ni .
 Dan yang sebenarnya..aku nak Nangissss ..aaaa ..
Tapi aku tahan ,tahan dan tahan guys.
Aku tak nak menangis depan mama !
Aku nak buat macam aku happy 400%
Aku nak mama balik dengan hati yang tenang .
Tapi siapa lah aku .. sebab naluri keibuan mama memang power dari  aku .
Akhirnya  ....


*hujan dilangit  gurun *


Selamat sejahtera keatas kamu..

Loveyou ma .. :*