VAPE HALAL MALAYSIA !



Guys ..terkilan juga aku bila dapat tahu kerajaan Malaya dah tak haramkan vape . Firstly aku fikir vape halal tapi bila dihisap ia jadi haram  ahahaha alkisah  , bodoh yang dibuat2 je kot aku ni . Vaper dah mula seronok lah kan , sebab dah halal ,tapi bagaimana dengan negeri kesayangan aku Johor ? Apakah masih mengharamkan menghisap vape ? Atau terpaksa rombak keputusan tempohari . Ahh aku tahu Sultan kami sudah bersedia dengan keputusan muktamad baginda  . ALLAH HU AKBAR*

Dalam keadaan udara malaya makin sesak dan pencemaran udara dimana2 , keputusan kerajaan kali ni bakal menambahkan lagi jerebu  di kalangan rakyat . Aku over ? Korang lihat je sendiri , sebab aku tak boleh cakap lelebih ,aku tak nampak ,aku jauh dari korang 😒.

Pro dan kontra jika tak melibatkan orang lain , korang boleh je layan , tapi bila korang dok   melayan vape dengan seronok , tapi orang keliling dok maki , marah , naik hantu , better fikir elok2 guys . Sia2 Allah bagi otak yang cantik ,yg elok ,dijunjung indah di bahagian paling atas tubuh badan , ditutupi pula dengan tengkorak kepala supaya selamat , tapi jika korang gagal gunakannya . Rugi guys ..sangat2 rugi .

Seriusly aku cakap dlm blog ni ..aku akan hisap vape andai kata dengan vaping aku boleh hafal surah alQuran menjadi makin lancar . Boleh buat hati aku bersih dan tenang , terang hati , tajam ingatan tentang agama dan boleh lupakan hiburan dunia yang sementara ni  , yep aku akan layan VAPE  ! Tapi mampukah vape dapatkan aku semua keistimewaan yg diatas tu? Korang tau kot the answer  ..aku tak bijak sangat pasal vape ni , so i dont know 😊ALHAMDULILLAH*

Thanks Allah ..

25 OCTOBER 2016


Morning guys ..

Today 25 0ctober 2016 . 

Ada 2 perkara penting dan penuh bermakna yang aku jumpa harini . Firstly dah tentu harini exam besar pertama kali aku di kolej disini , kertas farmasi merupakan kertas pertama  yang akan aku tatap selama 2 jam dan  terpaksa All out demi mendapatkan 30% untuk final nanti . By the way ramai tanya apa syarat2 kemasukkan bidang farmasi ini : ok,klik sini **

 Syarat-syarat kelayakkan kebidang Farmasi


Second perkara pulak, harini merupakan  hari majlis Konvokesyen *my mr Cermin * at Linton University College, Negeri Sembilan. Beberapa harini beliau terlalu busy dengan kerja2nya dan persiapan majlis konvo tersebut sehingga kerap mengalami kemurungan kecil hingga termengalir air mata lelakinya . hihihih  comel kot lelaki nangis2 ni 😍 Boss pun satu , sibok orang nak buat persiapan siboklah dia nak out station luar negara . Nyampah ~~~ 

( awek sudah  back up sey )πŸ˜…


🌹Congratulations Dear 🌹

hari ini merupakan hari yang penuh bermakna bagi diri you and your parents atas hasil usaha you selama 4 tahun di  Linton University College tu. Bukan senang nak senang kan sayang? Ok, Harini you nak nangis ke, nak senyum all the time ke , itu hak you , because today is your day !! 

Sayang.. sorry sebab i tak dapat sama2 meraikan kejayaan you kat sana tu . Tak dapat give you flowers and choclate , tak dapat  hug you and say "congratulation sayang" ..sorry .. i jauh and today i pun kena berperang habis2an demi masa depan i pulak .adoii sebak dah ni sayangggg ..😭  .

Semoga Allah permudahkan semua urusan 25 october 2016 kami kali ini. Aamiin 

*Takbir*

THANK YOU


8am kΓ t sini ..

Morning guysss ~~

Agak kurang ajar namanya bila ada blog tapi dibiarkan sepi kan . Aku terasa sendiri doe . Tapi nak buat macamana , kepala otak asyik mikir pasal exam esok ( selasa 25 - 10- 2016 ) .exam yang berjalan selama hampir 2minggu amat memeritkan minda  kecil aku ni . Padahal paper cuma 4 je pun , tapi disebabkan banyak paper yang bukan hak aku akan diuji dahulu , so aku punya paper kena la lompat2 macam main skipping ..

Guys .. Bukan senang nak senang , bukan susah nak susah ! Aku selalu ingat kata2 ni . Bila aku stress dengan study , ini aku ucap hari2 , selain ingat akan nama Allah , disebut berulang kali , YA ALLAH HU YA ALLAH , YA ALLAH  HU YA ALLAH ...yep guys tu je sebutan yg boleh buat aku tenang dan damai . Sambil dalam hati aku niatkan moga Allah permudahkan segalanya , YA ALLAH HU YA ALLAH aku akan sebut sampai aku terlelap. Then bila sudah tidur dalam hampir 1 jam dan kadang2 lebih , aku  bangun dan sudah boleh tersenyum seperti biasa dan dunia aku akan menjadi seperti sebelum - sebelumnya . Happy go lucky dan kemudian cari idea nak sakat orang .. hihihi tu je kerja aku guys , takda lain .

By the way ,

thanks Allah
thanks Sayang
thanks all my friends ..
yeaaa .. thanks  for everythings
tanpa ujian dari semua , aku takkan jadi aku yg sekarang ini ..


selamat sejahtera keatas kamu ...





APA KAH KURANGNYA LAGI ?


Hi guys..
Mata pedih2 ngadap nota ni , twitter krik3 ,facebok z..zz so better layan blog jap .nak tengok  warna hijau tak larat pulak nak turun bilik ni kikiki *gedik tak sudah*

Guys..aku rasa sekarang ni memang musim lah kot . Ermm selain musim pengantin , dan musim kucing mengawan , sekarang ni kalau korang perasanlah kan musim laki orang  test market ! Tak caya ? Up to you  lah but apa yang bakal aku cerita kejap lagi ,adalah pengalaman  dari orang keliling aku sendiri yang aku tanya sendiri ,yang aku jumpa sendiri. So ini cerita bukan main2 bedal je nak share okay ?

Aku ada kenal sorang perempuan , standard kakak2 la dengan aku , satu hari  kakak ni mengadu kat aku yang kawan kerja ditempat lama dia selalu lah berwhatsapp2 dengan dia. Asalnya dia fikir sekadar tanya pasal kerja or ambil peduli sebab dah kenal sebelum ni .awal2 gitulah kot sebab abang  nak masuk line .


Then  lepas sehari masuk sehari , makin rancak pulak berwhatsapp. Tak kira siang atau malam. Tanya itu ini , ada kata2 unsur sex dlm ayat . Then kakak tu buatlah tak layan dengan tidak balas whatsapp , or balas lambat2 or simpan dulu , 2,3 hari baru balas .

Apa jadi ?? Peh siap berani  call pulak ! Tak call siang , dia call sebelah malam . Ahh suddah  kakak tu naik pening nak melayan da. Sebab pada dia ,kalau bini lelaki tu tahu , mati dia kena serang ,padahal yang rajin mulakan perbualan adalah laki dia ! Makin lama ,makin menjadi2.

Kakak tu cakap kat aku , agaknya  bini abang tu tak bagi " makan " cukup ke ha? Atau abang tu jenis nafsu kuda ? Ahahahaha aku cakap itu bukan kuda ,itu nafsu naga ! Kena lebih hati2. Bola2 api dia sangat power !! Ahahaha

Aku tahu kakak ni seorang yg friendly dan comel  tapi takkan abang tu tak fikir comel2 pun  dia adalah anak dara orang , bukan anak ayam . Dan apakah agaknya abang tu tak terfikir  perasaan bini dia bila dapat tahu perangai suami macam orang kurang kasih sayang. Aku percaya confirm isteri  dia sedih dan terkilan . Erm  kalau lah ada perempuan yang izinkan pasangannya melayan anak dara orang , boleh tabik spring aa guys. Hantaran 50 ribu pun korang boleh bagi double doe. Tak rugi !! Trust me ..

Aku ..sebagai perempuan yg baru nak dewasa , aku just berani pesan kat akak tu. Andai akak nak rasa apa yg isteri dia rasa , akak teruskan lah melayan abang tu . Tapi bila akak ada rasa  kasihan dengan isteri dia yang akan merana dan kecewa , better akak cari jalan penyelesaian . Tak baik kacau rumahtangga orang . Jodoh itu takdir dan takdir boleh berubah dengan doa . Ingat tu !

Akhirnya kakak tu buat keputusan yang dia akan tukar nombor whatsapp baru . Okay ! Aku setuju idea tu . Tapi aku cakap , dari akak modal beli nombor baru ,apa kata akak block je nombor abang bernafsu naga tu , settle !

Dan idea aku diterima !! Ahahahah kerja mudah je guys . Korang nak bahagia , bagi je peluang orang lain jugak bahagia . Tak perlu takut berubah , kerana mungkin saja perubahan itu bawa kebaikan  .

Buat suami2 orang diluar sana . Katalah kan , abang2 kacau anak dara orang sekarang ni , abang sakitkan hati "perempuan " abang ( isteri ) esok2, anak2 perempuan abang berkahwin dan suami dia buat perangai serupa ,apa abang rasa ? Bang ..sekarang Allah bayar cash . Lu buat lu dapat , gua pesan je sebab tu sekarang gua dah tak tamak macam dulu . Gua dah insaf doe 😭 suami orang ada kacau aku ? Ahh nanti kita sembang la ye , aku nak sambung baca nota jap lagi . Next week exam sudah hihihi . Semoga dipermudahkan ..aamiin

selamat sejahtera keatas kamu ..


AKU DAH BERUSAHA DAH TAPI MASIH BODOH



Hi guys ..

Harini aku kena pukul teruk . Bukan kat tubuh badan tapi kali ni pukulan demi pukulan bertubi2 aku dapat dikotak minda , ini berlaku bila aku online facebook . Bila aku bukak message request kat inbox , beberapa manusia  ,bukan follower ,bukan friendlist aku ,  dah bantai aku cukup2. Mereka pakat2 serang hendap aku kat facebook doe ! Not bad ! Aku yang dah mamai dlm ward ni , terus hilang rasa mengantuk ! Punca kena bantai ?

Yep , puncanya  sangat menarik sekali bila aku berjaya buat silap paling besar bagi mereka . Aku bodoh ? Ye sangat2 bodoh ! Tapi sebodoh2 aku ,aku tak pernah bodohkan orang lain , tapi orang lainlah  yg berjaya buat diri mereka nampak bodoh . Aku dikata bodoh sebab tak pilih kawan baik mereka sebagai * pendamping * !

Aku telah diugut !

Aku diugut ?yeszzaaa ..aku diugut akan dipukul ! Sebab ?  sebab aku dah ubah haluan aku yang seterusnya , bukan haluan yang mereka harapkan , yang aku dan someone selalu sembangkan! Okaykay , Mari kita sembang kejap guys . Ayat bawah ni untuk kaki2 pukul tu okay 😊

Hey you alls .. kalau korang ada adik perempuan , rasa2 korang , korang nak ke adik korang teruskan hidup dengan someone tu ? Korang tahu kan , berapa lama aku  dah jadi peneman dia ? Berapa lama aku bersabar dengan aktiviti2 dia ? Apa orang cakap pasal buruk dia ,aku abaikan je,aku butakan mata ,aku buat2 tak nampak silap dia , sebab apa ?sebab aku ikhlas nak tolong dia,  Sebab aku masih tahan sabar ,aku nak dia berubah sikit demi sedikit ! Yep dia memang berubah guys , tapi apa yang dia buat selepas tu ?? Ahh korang pun tahu la ,walaupun aku tak duduk semeja dengan dia , aku dah masuk dah dlm kehidupan dia . TAPI Mana perubahan tu ? Apa yang boleh mama dia bangga dengan kehidupan  dia sekarang? Korang nak aku teruskan semua tu dengannya dengan macam tu aje ? Aku je berusaha untuk dia berubah tapi dia ? Dia buat apa untuk diri dia sendiri ? Mengadu sana sini retilah !

21 years old  bro , you are adult !!

Guys !! Marahlah aku semahu korang . Aku tak kisah . Cuma ..pandang aku sekejap dan bayangkan aku ni sebagai adik perempuan kau yg berdiri didepan mata kau tu , korang mahu adik kau ni jadi apa ????? Teruskan semua ini dengan dia ? atau ???

Kau pandang jahat aku ,kau kesan bodoh aku , tapi apa someone tu  dah buat untuk diri dia ??? Berapa lama lagi aku nak support dia untuk berubah ?? Yep ,aku faham bila dah kawan baik ,korang tak nampak silap dia kan guys . Aku faham tu..takpa ,aku memang salah . Yes salahnya aku bagi support kat orang yg anggap aku takda apa2 . Malahan korang yang 24jam ada dengan dia ,korang berjaya ubah dia jadi apa guys ?? Cuba tunjukkan aku perubahan tu ?? Cari silap orang memang seronok kan ? Awesome ! * tepuk tangan *

Buat pengetahuan korang , hampir setahun aku berdiri dibelakang dia ,jatuh bangun bersama ,nangis bersama , suka duka bersama , tapi sampai bila dia nak macam tu ??? Aku tak salahkan dia sebab dia pun anak orang kaya ,so tak perlu fikir masa depan . Tak macam aku ni , tak belajar ,tak kerja , aku tak punya apa2,aku tak punya siapa2 , sakit ,pening aku kat sini aku hadap sorang2 je guys , sebab tu aku kena berusaha  habis2an ,aku kena kejar  semua  yang belum pasti aku capai ! Tapi akan aku dapatkannya !!

Sekali lagi guys soalan aku  ,

"kalau aku adik perempuan korang , nak ke korang suruh adik kau tu teruskan semuanya dengan someone tu ?? 😊" setahun tu lama bro , tapi aku dapat apa ? NOTHING !  Dia masih macam tu .. ahh korang je aa yang betul !! Bytheway Aku masih tahu jaga aib orang2 yg aku kenal sebelum ni ,dont worry . Screen shot texts korang aku takkan publickan sebab aku tak reti nak aibkan *member* πŸ˜‰ sebab post aku ni walaupun aku bukan blogger popular , tapi 1 dunia boleh baca kay .. hari2 nak malukan orang pun tak boleh jugak kan ? πŸ˜‚


Apa2pun , doa aku untuk mereka yg kata aku bodoh dan tak guna tu , semoga Allah permudahkan urusan korang , sihat sejahtera sentiasa  , family korang sihat2 belaka, Allah murahkan lagi rezeki dan diberkati pada amalan dunia dan akhirat .. amiin 😍

Bodoh aku bersebab bro , thats all..

STUDY WEEK


Baca tajuk guys ! Ahha aku punya week aa tu . Harini start lah study week aku kat sini . Seminggu !! Study week ? Apa perlu students buat during their study week ? Ahaha giler ! Lagi mau tanya ! Study la bang oii . Fikir nak gelek2 je ke ? Grrrr .

Aku buat apa je  on study week ni ?

Firstly :
aku slowkan dulu laman sosial aku yang ada 2,3 ketol  tu , free 500 %  baru aku online . Atau bila ada timbul rasa rindu2 tu ,aku try2 lah stalk kesayangan yang jauh dimata ,jauh dihati tu.ehh salah ,jauh dimata dekat dihati hahahaha marah ? I tau ,you tak reti marah orang kan ,  terutama kat i kannn .. sebab tu i yang selalu marah2 kat you  , buat you sedih ,buat you sebak , sebu , ape semua tu hihihih sorry tak sakat orang bukan DH namanya  .. tapi hari2 marah pun tak boleh jugak hahahah aku bahan diri sendiri guys ..addoii

Second :
kumpul semua nota terakhir  ( macam tajuk lagu aleycats ) hahahaha okay , kumpul semua nota2 untuk sem ini , then ngadap aa baca sampai lebam ! Agagagaga boleh muntah hijau ko tau tak ?? Adoiii berpinar2 biji mata aku ni aaa. So kalau berpinar2 apa aku buat ? Yeszzaaa  ku lihat hijauuu .. hijau ? Sini mana ada pokok2 ?!!?  Aaa skill guys ..carilah mamat2 arab yang berbaju or jubah hijau ..aaa settle !  Ahahaha dont follow my idea kalau mahu waras lama !

Third :
Aku kena minum banyak air masak ,air mineral ,air mata air ,air zam2 ,air kolah ,air 7 masjid, semua jenis air aku kena minum guys ,asalkan air itu suci lagi menyucikan dan  selamat diminum . Biasanya aku minum air masak dan mineral water je ,air lain2 tu haremm hahahaha mana nak dapat doe ,ko fikir ini negara pembekal air minum ? Kenapa aku kena minum banyak air padahal bukan aku dalam diet  nak kuruskan badan pun ,tapi aku nak exam ! Jawapannya mudah je  ..untuk exam next week ,aku kena pastikan kesihatan aku terjaga . Cukup sihat walafiat , zahir dan batin dan dijauhi dari segala penyakit berjangkit.  Bila air cukup dalam badan , bekalan oksigen dalam darah akan berjalan lancar sampai ke otak dan aku tak mudah rasa pening or sakit kepala sebab all out masa exam . Dan  bagi pihak aku pulak " minum air banyak2 tau " itu adalah perkataan2 rutin  seorang doktor peribadi merangkap doktor pakar cinta ..ahh tak menahan bhaii*

Lain2 , selama study week ni , fokus je pada subjek yg telah dibelajar , jangan fikir lain2 yang takda keluar dalam kertas soalan guys .tak perlu nak fikirkan sedap mana nasik lemak anak dara , tak perlu nak fikir macamana dalam air pasang yg dialami laut pantai barat malaysia , tak perlu fikir duit berjuta2 dlm kabinet tu siapa punya ,siapa dapat , tak perlu fikirkan jugak akhir tahun nanti nak jadi pengapit pengantin siapa , sepupu ? Makcik ? ...semua tu tak perlu !! Fokus subjek korang study je tu !!

Dan guys ..dlm study week ni , janganlah buat nakal2 , jangan lupa padaNya yang dah beri kau berbilion nikmat sejak kau lahir , kalau stress or bosan tak perlulah kontak ex , tapi bukak la AlQuran ,bacalah biar hati tenang . Dan call parent korang  ,minta ampun pada tiap kesilapan korang yg sengaja or tak sengaja kan tu.

Dan lastly .. kekasih2 diluar sana  ,yang buah hatinya tengah perang dengan exam tu ,tak payahlah korang nak try2 curang  ,almaklom buahhati sepi kejap kan . Nanti kantoiii ..aaaaa nyesal dunia akhirat korang kena bedal ..aaa aku cakap je guysss .. btw aku pun dah lama tak belasah orang ni agagagagaga

 * munafik !  jangan percaya ayat aku tu guysπŸ˜‚

Kaylah ..nak keluar beli stock ni , sibok study ,mulot,perut pun asiklah kelaparan kerjanya ..adoiiyaiii .. sabao je laaaa ..


Selamat sejahtera keatas kamu ..

* blow kiss* 😘 agagagga gataaaal !!

MOOD HILANG



Evening guys ..  bila lamunan terhenti , aku baru sedar bahawa  semuanya bakal berakhir disini . Menjadi aku tak semudah yang semua orang jangkakan . Happy ,ceria , cakap lepas , itu hanya dilaman sosial je , reality adalah TIDAK .

So , dalam  waktu yang terbatas ni , andai terlalu banyak ayat aku yang  menyinggung perasaan dan menimbul syak wasangka  korang , sorry guys ,aku manusia tak sempurna.

Aku bukan seorang blogger retis ,bukan orang terkenal ,bukan kaum kerabat yang perlu dipandang . Aku hanyalah aku , seorang perempuan yang cuma layak bersuara di alam maya.

Tak perlu kenali aku lebih detail sebab hadir aku bukan untuk disiasat atau di fokuskan. Hadir aku hanya sebagai penyeri disudut suram korang - pengguna alam maya diMalaya -

Entah kenapa ,lepas masuk class tadi ,mood aku down giler sampai la sekarang ni .aku sendiri tak faham , korang ofcos lah lagi tak faham kan . Ahh lantak lah !!

Aku masih cari mood aku yang lesap entah kemana ..ermm

Salam maghrib dari DH

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 12



Morning mia !

Hi ! Morning too dear ..

Ceria je promoter sejawatan dengan aku tu. Nama dia Rania Steward , anak nombor 3 dari 4 orang adik beradik . Singaporean dan kacukan cina dan Australia  . Not bad lah orangnya ,manja2 liar gitu hihihih . And dia pengamal hubungan sejenis jugak ,macam aku , fatin dan Kawan2 lain. Pengamal ? What the fish doe !! Hahaha perkataan tu mace harem siak !!  Perkataan sampah tu ! Ahahaha delete !

Okay fine tu zaman jahiliah kot , otak masih belum berkembang dan susah nak  berhubung. Dalam kepala cuma tahu nak enjoy ,enjoy dan enjoy. Kalau namanya lelaki ? Ahh TOLONG TEPI SIKIT !! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kerek sey masatu , handsome nak mati pun tak pandang ,apatah lagi yg tak handsome ?? Muntah hijau !! Agagagaga .

Berbalik pada Rania , perempuan lurus bendul ni nafsu dia  kuat tapi otak slow hahahaha . Aku kawan dengan dia hanya sebagai kawan sekerja. Lain2 aku memang tak join sebab dia kristian , dan  gaya hidup dia  jauh sangat bezanya dari aku masa tu. Yang sama is , shes lesbian like me ! Ahak !!

Oneday masa aku online wechat ,dia bersungguh2 nak tahu. Aku tanya dia ,dia ada main wechat ke ? Dia cakap takda , dia just ada facebook dan instagram. Okay aku kata kalau nak try rapat dengan lelaki , aku boleh je buatkan dia acc wechat. Dia tolak . Tapi dari air muka dia aku perasan sangat yang dia berminat nak tahu wechat tu macamana rupanya.

Please install wechat application , then i give you my id and my passward !

Aku pelawa Rania . Hahahaha agak dah ..dia memang berminat . Aku cakap , tengok dulu kawan2 aku macamana kat wechat tu . Kalau selesa pakai je sebab aku dah tak berminat nak on9 wechat masa tu , sebab kepala otak asik lah fikir pasal sakit akak . Then dia pun setuju , and wechat Rania Evans tu dah berjaya jadi milik Rania Steward pula !

Hahahaha rupanya bahasa melayu skema Rania dah jadi bahan lawak kawan2 wechat aku . Kalau korang pernah tengok video pasal budak lelaki Singapura yang peramah sangat tu cakap .." hi awak , tolong jangan pergi " yang jadi viral baru2 ni , haaa gitulah bahasa melayu skema Rania Steward ! Hahahaha bahasa inggeris dia pun bahasa rojak , ala kalau korang biasa sembang dengan Singaporean ,korang akan tahu macamana  bahasa inggeris mereka  ! Awesome guys !!  Asal faham sudah .

Lama jugak Rania guna id wechat tu dan 1 hari aku dapat tahu dia rapat dengan someone dlm group aku tu. Mr Shawl ! Bukan nama sebenar , kikiki cover aa bro ,kang luka lama berdarah kembali la pulak agagagag .Dan bila aku tanya betul ke dia dengan mr Shawl tu , Shes said  " i wanna change my life , my future and my hobby " ahahahah aku tergelak je masa tu sebab aku kenal siapa mereka ni . Aku just said : sure ? Okay let me see .. πŸ˜‰ padahal aku tahu apa akan jadi nanti .

Rania tak jahat tapi dia sikit nakal , Kaki clubbing and kuat ponteng kerja sebab dia selalu mabok2 then tidur tak sedar sampai tengahari. Parent dia pun jenis malas nak ambil port pasal anak remaja nya so , Rania memang lemak2 berkrim  dengan kenakalanya tu. Aku je budak baik ! Agagagag bodek diri sendiri.  Hey kan awal2 aku dah cakap ,aku tak follow perangai singaporean ni . Dia cuma kawan sekerja , tak lebih dari tu kayy!!

Truly aku tak dapat masuk wechat tu lagi lepas Rania gunanya , shes changed my password !!  ini sangat kurang ajar hahahaha bagi betis mahu dada !! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ jilake !

Opsss.. tapi aku ngak kisah dong ,  sebab aku memang dah tak fikir langsung pasal laman social , sampailah akak pergi tinggalkan aku . Ye.. akak tinggalkan aku ketika aku tak hubungi sesiapa pun kat luar sana . Aku takda facebokk ! Twitter ! Blog ! Instagram ! apatah lagi wechat !

Pada aku hidup aku dah takda apa untuk kawan2 laman social tu lagi , sebab aku memang tak punya siap2 dah !! Hari2 aku menangis ,menangis dan menangis ..akak pergi tanpa aku ada disisinya .. hinggalah 1 hari Rania Steward call aku , cakap taknak dah on9 id aku tu lagi sebab dia tak boleh teruskan semuanya ,aku terkejut gak asalnya tapi aku dah katakan awal tadi ,aku kenal mereka ni  dan well ..inilah akhirnya ...hihihi dan boleh sleepwell ke bro?

Jangan kecam saya * πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ok , give me the password .. itu kata2 aku yg aku tak sangka akan keluar dari mulut aku ketika tu ...what the !! Aku macam nak on9 wechat semula ke lepas ni ? Ahh kita tengok kisah lain nanti kay ..sambung kisah ke 13 !

Guys ..rania dah kawen dah , dengan lelaki pilihan family dia . Hahaha padan muka ,nakal sangat , so family risau , thats why kena kawen cepat !! Hahahaha jodoh kan ,siapa kita nak halang hadirnya ..ceh 😊 aku cakap macam aku pro pasal jodoh hihihhi okay lah tu je story sikit pasal id rania evans yang aku pernah guna tu , termasuk juga sorang manusia lain  yang guna  bernama Rania Steward !!

Apa pun ..selamat sejahtera keatas kamu ..

TANYA KHABAR ORANG MALAYA



Hi guys .. pekabo ? πŸ˜† baik ? Sihat ? Okay  just nak tanya tu je ??? hahahahah kay baii!

Sebenarnya aku takda point apa nak taip doe . Tengok tv semua chanel membosankan. Bukak youtube asyik lah tengok cerita hantu , asyik lah cerita cinta , asyiklah asyikk , asyikkkk aaaaasyikkkk , asyiknya bercinta ,bagai dunia milik berdua ,indahku rasa 😍😍

hahahaha layan dangdut sey gua ! πŸ˜‚

Guys  .. fenomena Busan ( taufan ) ,  peserta keamanan ditahan dan dunia dok kutuk perampas kapal , langgar lari  sebiji motor dihighway but brother still berdiri dengan machoo tanpa dapat bantuan orang keliling , dalam meja pulak ada duit beranak pinak sampai 20 juta , orang tu nak putih gebu , kunyah2 putih sudah , orang ni nak sado ,angkat2 longgar seluar  ..arhhhh tu je jajan dialam maya dalam minggu ni yang aku baca. Di facebook , twitter , akhbar online , page2 dan semja lah yang terlibat. Hari2 orang dok update pasal semua tu .  Tapi apa rakyat malaya buat ?

Layan AF la boh ! Ni macam ,gelek2, lompat2,nyanyi2 πŸ‘πŸ‘ ,

Gaduh kat stadium bola sepak  la beb , baru rare ! ✌✌

Cari duit siang malam lah ,berusaha !πŸ‘ŒπŸ‘Œ

tanpa fikir kasih sayang anak bini terabai ?? Alaa  apa susah janji ayang tak curang ! Abang cari duit untuk masa depan keluarga kita , padahal abang layan awek 1 kerja πŸ˜‚πŸ˜‚ .

Okay bang ayang setia , duduk rumah jaga anak2 kita ,padahal ayang pasang 4 skandel kat luar sana  πŸ˜…πŸ˜…

ahh kantoii !!abang kecewa ,pejabat agama jadi mangsa ! File masaalah rumah tangga bersusun padu 2 blok dah tu ! Semua pasal laki buas ,bini tak puas ! Hahahaha nahas - nahasssss.

So harini aku just nak tanya 1 je guys ., apakah korang peka dengan semua tu ?????? Peka kah  pada tiap yang berlaku dikeliling korang ? Apa jadi dengan dunia kita ? Apa jadi dengan Malaya kita  ? Korang kat mana  kah ? Guys ..jika kau seorang lelaki tulin .

Jadilah suami yang penyabar macam Dato Najib
Jadilah pemimpin yang jujur macam Tun Abdullah
Jadilah kekasih yang berusaha macam  Tun Mahadir
Jadilah ketua yang setia macam Tun Hussin Onn
Jadilah ayah yang penyayang macam Tun Abdul Razak
Jadilah  lelaki yang gagah berani macam Tuanku Abdul Rahman


Kenapa aku cakap macam tu ?  Hahahaha korang fikirlah sendiri , semua tu pemimpin kita yang dah berjaya naik kan nama Malaysia di mata dunia ni , aku malas nak cakap banyak ,nanti pendapat kita lain2 . Tapi aku dah layak mengundi doe hahahah beressss 😚😚

Sebelum aku berhenti naip ,just onething , tutup aurat tu wajib kan bang dan andainya isteri lalai ,suami wajib tegur sebab dosa dikongsi bersama nanti. Dan andai suami abai solat , celah mana nak fokus tanggungjawab ? Anak bini tunggang langgang bang .. maaf kalau silap , saya pun tak perasan calon suami saya nanti type apa ? Adoiii ..maaf sekali lagi .😊 mohon yang baik2 buat keluarga kita kan guys .. hari2 nak buat dosa pun tak boleh jugak πŸ˜…πŸ˜…


selamat sejahtera keatas kamu


** ..kay  sleep jap, malam jumaat banyak tanggungjawab nk kasi settle πŸ˜„πŸ˜„


SEMBANG TAHUN BARU



Salam Maal Hijrah guys .. semoga tahun baru ini lebih bermakna buat korang pada amalan dunia dan akhirat . Tiap hari nak havoc  pun tak boleh juga ..

Now , korang sure dah lunchkan , sedang  aku ni baru nak breakfast ! Sorry sejak kebelakangan ni sangat sibok , memang tak sempat nak merepek2 dlm blog ni. Apa pun aku masih lagi aku guys , korang jangan takut aku berubah okay. Selagi aku tak ubah hati dan perangai aku , aku masih orang yang serupa !

Ada someone beritahu aku ,yang dia sedang berusaha merubah perangai insannya yang tersayang , dari baik utk jadi yang baik2 . Good job bro ! Macam tulah lelaki , bila kita jumpa seseorang perempuan yang baik , maka tugasan kita seterusnya jadikan dia lebih baik , supaya  dia tahu bahawa dia bukan saja baik , tapi tergolong dlm ketogeri orang baik2.

Korang faham tak maksud aku ? Try la to understand  ! Aku ni jenis cakap suka celah2 , all out tu nanti ada pulak terasa hahaha ragam dunya guys , cakap pasal orang lain ,orang lain pulak yang sentap . Nak buat macamana ? Layankan jelah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

sekali lagi aku cakap guys ..aku tetap aku , biar tahun mungkin berubah ,aku masih aku yang dulu .. cuma minda je ni dah mula cekap sikit kot. Tahu dah mana halal haram ,mana dosa pahala . Alhamdulillah..

selamat sejahtera keatas kamu ..