HOBI DAH TUKAR


Guys .. sejak jadi bukan wanita biasa ni , korang nak tau tak satu perangai pelik aku ? Aku dah giler khinzir kalau nampak bunga tulip !  kalau dulu , aku nampak motor kawasaki je aku cair , sekarang tukar dah ! Nampak bunga je aku jerit ! Ya Allah !! Tuuuuuulip !! Masa ni kalau ada buahhati kat sebelah ,memang aku angkat dia letak tepi ! Kah !

Nowday kalau aku nampak kawasaki ? Automatik aku tutup hidung , tutup telinga. Ofcouse sebab bau minyak dia aku dah tak boleh tahan ,belum lagi asap ekzos , belum lagi bunyi vroom dia  ,Mau muntah darah aku batuk tersedak2.
Kah! Ngadeeeeee je kan ?

Makan tengahari*

AKU YANG SEKARANG


Selamat pagi  guys ,

πŸ‘œπŸ’ΌπŸŽ’ sejak dah tak jadi awek bengkel  sekarang ini , aku dah tak lincah macam dulu lagi guys . Semua aktiviti aku buat dengan hati2 dan slowly. Sebab ? Sebab aku dah tak kuat macam dulu.

Maybe korang ada baca pasal doa mengubah takdir yang aku taip semalam kan ? Ya , dengan doa2 orang tersayang , yang terlalu menyayangi aku selama ini , Allah izinkan aku jumpa korang dalam ni semula , dan izinkan aku merepek repek dalam ni semula. Thanks Allah.

Guys .. aku sekarang jenis orang yang tak ambil peduli hal orang lain. Apa yang bermain dalam kepala otak aku ni , esok aku hidup lagi ke tak ek ? Aaa.. itu je guys yang aku fikir hari2 , tiap masa , tiap saat.

harini aku tak sedap badan . Maybe study week ni dah buat antibody aku tak betul sikit kot..hihihihi padahal takde kena mengena pun .

korang teruskan usia yang ada tu untuk buat baik dengan semua orang k. Mudahnya hidup ini bila kau tak pandang jahat orang lain guys , tapi kau lihat jahat kau di cermin diri. Maybe hantu pun takut tengok kejahatan kita guys.. hahahaha

persoalannya sekarang : perlukah aku buang topeng yang aku pakai selama aku aktif dialam maya ini? Dan andai aku tunjukkan the real of Damia Hazirah depan publik , apakah aku bakal jadi retis ? Kah ! Someone said aku hidup dengan terlalu banyak berlakon  tu yang aku rasa aku wanna to jadi retis lepas ni . Kah ! 😚


4files*😍


Okay guys ,aku nak rest !

FIRST !





Salam 1 rejab buat semua.


πŸ’πŸ’πŸ’Mulalah versi baru ,episod baru dlm kehidupan aku sebagai seorang wanita yang bukan biasa-biasa pada hari ini. Sebagai permulaan tak banyak bakal aku taip sebab mata aku dah berat giler  . Apa pun  guys ,untuk pengetahuan korang , doa itu boleh mengubah takdir , tu je yang aku nak  cakapkan . Dan lagi satu , mengikut pakar agama , aktiviti berpuasa 1 rejab tidak ada dalam fadhilat  bulan rejab tapi kalau korang rasa korang nak latih usus perut korang tentang istilah rehat dari beroperasi , dan korang rasa nak latih perut biar tak meragam pada bulan ramadhan nanti , korang boleh lah teruskan berpuasa pada siang 1 rejab ni. Niat je nak puasa , ye sudah !  πŸ’πŸ’πŸ’

Aku puasa*